1kuyf

18
Tugasan 1 : Perbandingan antara Modul Modifikasi Tingkah Laku Skinner dan Modul Disiplin Asertif Center 1.0 Pengenalan Dunia pendidikan semakin lama samakin maju dengan dari pelbagai aspek. Pelbagai teknologi teknologi canggih telah banyak dihasilkan untuk membantu para guru dalam mengharungi cabaran cabaran mendidik anak anak bangsa. Walaupun ramai orang yang beranggapan bahawa profesion sebagai guru ini merupakan satu kerjaya yang mudah namun hakikatnya bukanlah yang disangkakan. Tanggungjawab dan kesulitan menjadi guru sebenarnya semakin hari semakin bertambah besar dan berat untuk ditanggung atau digalas oleh para guru. Apatah lagi apabila hendak melaksanakan dan merealisasikan sebuah generasi baru yang berintegriti sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, kredibiliti seorang guru haruslah sentiasa digilap agar dapat meningkatkan kepakarannya dalam mendidik anak bangsa. Guru dituntut untuk sekurang kurangnya dapat menguasai ilmu pengurusan bilik darjah yang efektif dan kondusif sebagai tempat proses pengajaran dan pembelajaran murid murid. Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran pembelajaran. Guru boleh menggunakan pelbagai perinsip dan mengaplikasikan jenis - jenis model pengurusan disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama murid murid di dalam bilik darjah. Guru juga perlu menganalisis masalah disiplin bilik darjah dan memilih model model pengurusan disiplin bilik darjah, serta pendekatan pendekatan yang sesuai untuk menanganinya. Selain itu sebuah RPH iaitu Rancangan Pengajaran Harian menjadi satu kepentingan dan aset penting yang membantu para guru untuk mengawal dan mengurus situasi bilik darjah dengan berkesan. Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan. 1.1 Konsep Disiplin Bilik Darjah

Upload: nazirul-akie

Post on 15-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ghtyd

TRANSCRIPT

Page 1: 1kuyf

Tugasan 1 : Perbandingan antara Modul Modifikasi Tingkah Laku Skinner dan Modul

Disiplin Asertif Center

1.0 Pengenalan

            Dunia pendidikan semakin lama samakin maju dengan dari pelbagai aspek. Pelbagai

teknologi – teknologi canggih telah banyak dihasilkan untuk membantu para guru dalam

mengharungi cabaran – cabaran mendidik anak – anak bangsa. Walaupun ramai orang yang

beranggapan bahawa profesion sebagai guru ini merupakan satu kerjaya yang mudah namun

hakikatnya bukanlah yang disangkakan. Tanggungjawab dan kesulitan menjadi guru

sebenarnya semakin hari semakin bertambah besar dan berat untuk ditanggung atau digalas

oleh para guru. Apatah lagi apabila hendak melaksanakan dan merealisasikan sebuah generasi

baru yang berintegriti sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian,

kredibiliti seorang guru haruslah sentiasa digilap agar dapat meningkatkan kepakarannya dalam

mendidik anak bangsa. Guru dituntut untuk sekurang – kurangnya dapat menguasai ilmu

pengurusan bilik darjah yang efektif dan kondusif sebagai tempat proses pengajaran dan

pembelajaran murid – murid.

            Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk

Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran

pembelajaran. Guru boleh menggunakan pelbagai perinsip dan mengaplikasikan jenis - jenis

model pengurusan disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama murid – murid

di dalam bilik darjah. Guru juga perlu menganalisis masalah disiplin bilik darjah dan memilih

model – model pengurusan disiplin bilik darjah, serta pendekatan – pendekatan yang sesuai

untuk menanganinya. Selain itu sebuah RPH iaitu Rancangan Pengajaran Harian menjadi satu

kepentingan dan aset penting yang membantu para guru untuk mengawal dan mengurus situasi

bilik darjah dengan berkesan.

            Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah  seperti Model Modifikasi Tingkah laku

Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan

Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-

guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.

1.1 Konsep Disiplin Bilik Darjah

Page 2: 1kuyf

Disiplin bilik merupakan satu idea bagaimana guru mengawal murid – muridnya untuk

bertingkah laku agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancer dan tidak terhalang. Adalah

penting bagi guru untuk sedar tentang fakta bahawa dirinya merupakan individu yang

mempunyai autoriti dan menjadi tugasnya untuk memberikan semua bentuk arahan di dalam

bilik darjah. Guru perlu mendapatkan rasa hormat daripada murid dengan cara bertegas dalam

pengurusan serta tidak membenarkan dirinya digelincirkan oleh murid daripada landasan

seorang guru. Gru bertanggungjawab untuk menjelaskan tentang kepentingan berperilaku yang

boleh diterima. Selain itu, guru juga perlu tahu bagaimana mengendalikan masalah tingkah laku

tertentu seperti berbincang atau menghukum menggunakan tahanan kelas. Kedua – dua

tingkah laku, baik atau sebaliknya, perlu dikendalikan dengan bijaksana dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

2.0 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner

2.1 Konsep/ prinsip - prinsip

Pelaziman operan atau pelaziman instrumental sebenarnya bermula dengan thorndike

( 1874 – 1949 ) dan hokum kesan ( Low of Effect ) yang dikemukakan. Hokum ini menjelaskan

bahawa sekiranya sesuatu tingkah laku itu diikuti dengan akibat berbentuk ganjaran maka

kebarangkaliannya untuk berulanbg adalah tinggi. B. F. Skinner ( Shilling, 1984 ) telah membuat

sumbangan yang besar untuk membuat kajian tentang pelaziman operan. Skinner mendapati

bahawa pengekalan sesuatu tingkah laku dipengaryhi oleh aspek pengukuhan yang diberikan.

Tiga persolan yang perlu dilihat berdasarkan model modifikasi tingkah laku operan adalah :

1. Tingkah laku yang manakah dianggap sebagai tidak selaras ( maladaptive ) dan sekerap

manakah ia berlaku?

2. Aspek situasi atau persekitaran yang bagaimanakah menyebabkan tingkah laku tidak

selaras atau salah satu itu berlaku?

3. Situasi atau persekitaran yang manakah boleh dimanipulasikan untuk menjadi lebih

baik?

2.2 Fokus Model yang Dipilih

Model ini mempunyai empat elemen utama berkaitan peneguhan iaitu peneguhan

positif, peneguhan negatif, dendaan dan penghapusan. Peneguhan positif merupakan

Page 3: 1kuyf

perolehan sesuatu atau hasil yang menyenangkan dan menyeronokkan setelah sesuatu tingkah

laku itu ditunjukkan seperti penghargaan, pujian, peningkatan gred dan hadiah. Mengikut

pandangan ahli psikologi tingkah laku, apabila peneguhan positif di berikan, kebarangkalian

sesuatu tingkah laku itu diulangi adalah tinggi. Contohnya dengan menyatakan “sila berikan

tepukan kepada diri sendiri kerana telah dapat menyelesaikan soalan latihan teka tubi dengan

baik sekali.”. peneguhan negatif merupakan satu keadaaan apabila murid bertingkah laku yang

wajar dan boleh diterima, ia tidak akan didenda atau disakiti. Contohnya seperti menyatakan

“walaupun tidak semua telah berusaha dan tidak ada denda yang akan dikenakan kepada yang

tidak siap”.

Dendaan pula merujuk kepada hukuman yang diberikan kepada murid sekiranya

bertingkah laku dengan perlakuan yang tidak diingini. Dendaan yang diberikan ini sebenarnya

bertujuan untuk menyedarkan murid dan telah diperbincangkan bersama ketika membina

peraturan dan prosedur bilik darjah pada awal tahun dan hanya dilaksanakan setelah memberi

amaran sekurang – kurangnya dua kali. Tambahan lagi, guru juga perlu menjelaskan sebab –

sebab mengapa murid tersebut dikenakan dendaan. Contoh dendaan ialah meminta murid –

murid berdiri di luar kelas tetapi masih boleh mengikuti proses pembelajaran dari luar.

Penghapusan dilaksanakan dengan mentiadakan sesuatu yang menmyenangkan

akibat daripada perlakuan murid yang tidak diingini. Contoh, sekiranya murid melakukan

kesalahan di dalam bilik darjah, guru boleh membatalkan rancangan yang menyeronokkan

pada akhir kelas. Apabila elemen penghapusan ini dilasksanakan, murid akan merasakan

kehilangan sesuatu yang menyeronokkan dan ini membuatkan mereka merasa kecewa dan

sebagainya. Elemen penghapusan ini boleh dibatalkan apabila murid menunjukkan tingkah laku

bekerjasama dalam pembelajaran.

Model modifikasi Tingkah Laku Skinner ini banyak memfokuskan kepada tingkah laku

seseorang individu tu berbanding kepada tret personaliti dan teori psikoanalisis. Berdasarkan

model ini, guru akan menggunakan satu prosedur berasaskan prinsip tingkah laku yang telah

dibuat kajian ekperimental (applied behavior analysis - Skinner). Guru perlu memfokuskan

kepada peristiwa dan persekitaran semasa dan bukan kepada sejarah lama. Namun untuk

melaksanakan model Modifikasi Tingkah Laku Skinner ini, satu kajian mengenai factor – factor

yang mempengaruhi tingkah laku perlu dikenalpasti dahulu dan kemudian barulah dapat

dilaksanakan dengan baik.

2.3 Ciri – ciri Model

Page 4: 1kuyf

Skinner mencadangkan tiga bentuk modifikasi tingkah laku mengikut prosedur operan

dengan menggunakan peneguhan iaitu kawalan kendiri, ekonomi token, dan biofeedbeek

(Akhlar Pardi, Shamsina Shamsuddin, 2014). Kawalan kendiri ( Self Control ) merujuk

kepadadua kategori tingkah laku. Kategori pertama dikenali sebagai masalah kawalan tingkah

laku sengaja menggagalkan diri ( Self defeating behavior ) seperti berkelahi dan bergaduh di

dalam kelas. Kategori kedua pula ialah masalah mengawal perkara yang melemahkan tingkah

laku yang diingini seperti tabiat merokok, kemahiran sosial dan sebagainya. Ciri asas kepada

kawalan kendiri ialah maklum balas segera tentang tingkah laku yang tidak diingini manakala

ganjaran terhadap tingkah laku yang diingini pula dilengah – lengahkan..

Ekonomi token merupakan satu teknik yang direka bentuk untuk memodifikasikan

tingkah laku melalui penggunaan peneguhan positif dengan harapan tingkah laku yang baik

akan dipertenguhkan, manakala tingkah laku yang tidak baik akan dapat dikurangkan. Token

tidak boleh ditukarkan dengan barangan keperluan asas fisiologi. Terdapat tiga langkah untuk

melaksanakan ekonomi token dalam bilik darjah. Pertama, guru perlu menjelaskan bentuk

tingkah laku yang diubah ( Mayer, 1923 ). Tingkah laku menganggu ( disruptif ) ini boleh dalam

pelbagai bentuk seperti pergerakan yang boleh menganggu, agresif dan lain – lain tingkah laku

yang tidak sesuai. Kedua, ialah mendapatkan atau mencari dan menggunakan rangsangan

yang dapat meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki. Peneguhan diberikan dalam bentuk

token. Langkah terakhir ialah melaksanakan program secara jelas dan konsisten agar dapat

berjalan dengan berkesan dan lancar.

2.4 Kekuatan dan Kelemahan Model

Pengaplikasian model modifikasi tingkah laku skinner ini dapat membantu guru untuk

meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan bilik darjah serta mengasah bakat kredibiliti para

guru mejadi lebih tabah dan kreatif dari segi penyelesaian masalah. Selain itu, perlaksanaan

model ini juga mendesak guru untuk menjadi lebih sedar dan peka terhadap perkara yang

berlaku dalam bilik darjah. Malahan, strategi – strategi modifikasi tingkah lagi mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi. Namun terdapat juga beberapa kelemahan yang boleh di kesan

pada perlaksanaan model ini. Contohnya, memanipulasikan murid untuk melakukan sesuatu

kerana ganjaran. Hal yang sedemikian boleh menjadi satu bahaya jika ianya disalahgunakan

oleh guru yang tertentu sama ada guru yang kurang peka, tidak beretika mahupun untuk

kepentingan sendiri. Selain itu, kesukaran untuk mengenalpasti ganjaran yang selaras dengan

Page 5: 1kuyf

keperluan murid juga menjadi satu masalah kepada guru. Walaubagaimana pun, apa yang

paling ketara ialah model ini melibatkan domain kognitif dan emosi.

2.4 Aplikasi Model dalam Menangani Masalah Dsisiplin di Bilik Darjah

` Mengikut kamus Dewan dan Pustaka, Edisi Keempat tingkah laku merujuk kepada

kelakuan atau gerak geri, kelakuan dan perbuatan. Perubahan tingkah laku merujuk kepada

tingkah laku yang diaplikasikan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini melalui

peneguhan yang berkala. Seterusnya, tingkah laku dipengaruhi dengan cara peneguhan yang

diberikan. Setiap kali pelajar menunjukkan suatu tingkah laku yang diingini maka peneguhan

yang tetap akan diberikan kemudian akan nenbantu membentuk tingkah laku baru yang diingini.

Antaranya cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk melibatkan murid – murid yang

pemalu dalam aktiviti bilik darjah ialah dengan menggunakan peneguhan yang tetap dan

berskala. Contohnya, memuji murid – murid apabila mereka dengan sukarelanya berdiri atau

mengangkat tangan untuk menjawab soalan dan dapat menjawab dengan betul. Apabila

peneguhan seperti ini diberikan kepada murid – murid maka perubahan tingkah laku telah

berlaku dengan perlahan - lahan dalam diri murid – murid. Seperti murid yang pemalu tadi akan

mula berubah untuk menonjolkan keberaniannya dari segi interaksi sosial. Malah disokong lagi

dengan peneguhan seperti bimbingan atau mendapat ganjaran pada pengajaran dan

pembelajaran.

Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan

peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai

pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani melibatkan

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat tangan apabila soalan

diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap kali murid melakukan perkara

tersebut. Namun tingkah laku ini juga tidak bersifat kekal kerana murid – murid itu boleh

mengalami perubahan tingkah laku pada bila – bila masa. Justeru itu sekiranya, bagi

mengelakkan hal yang demikian terjadi maka guru perlu membuat peneguhan pada waktu –

waktu tertentu sahaja hanya sekadar untuk mengekalkan tingkah laku berkenaan. Sekiranya

guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang maka tingkah laku itu

akan hilang begitu sahaja. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak

dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan

melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.

2.5 Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah

Page 6: 1kuyf

Pengaplikasian model pengurusan disiplin ini memberikan impak yang mendalam ke

atas proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sesuatu kemahiran atau teknik

yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara

berkala supaya kemahiran dapat dikukuhkan. Penggunaan peneguhan positif yang membawa

keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.

Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk

memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini. Disamping membantu pelajar untuk

mendalami konsep diskriminasi.

3.0 Modul Disiplin Asertif Canter

3.1 Konsep/ Prinsip - prinsip

Satu model disiplin telah dibentuk oleh Lee dan Marlene Canter ( 1976 ) berdasarkan

ribuan jam pemerhatian yang dilakukan ke atas guru – guru di dalam bilik darjah. Modul Disiplin

Tegas Diri atau Assertive Discipline merupakan pendekatan positif dan berterusan untuk

membolehkan guru – guru mengajar, manakala murid pula dapat belajar. Model ini diasaskan

berdasarkan prinsip – prinsip dimana guru perlu mendesak dengan tegas tingkah laku

bertanggungjawab.tambahan lagi. Kegagalan guru berpunca daripada kawalan murid yang

lemah. Guru tersebut tidak mampu mengajar dan menafikan peluang murid untuk belajar.

Kebanyakan guru percaya bahawa kawalan yang tegas ( firm ) sungguh melemaskan dan tidak

berperi kemanusiaan. Guru juga mempunyai hak asas sebagai pendidik untuk mengekalkan

seting pembelajaran yang optima, menjangkakan tingkah laku yang sesuai dan menjangkakan

pertolongan daripada pihak pentadbir dan ibu bapa apabila diperlukan. Malahan murid – murid

juga mempunyai hak – hak asas yang mereka perlukan. Keperluan atau hak – hak dan semua

syarat dibentuk melalui perancangan yang diperjelaskan jangkaannya kepada murid, ketekalan

aplikasi kesan dan akibat serta tidak terdapat perlanggaran kepentingan murid. Guru yang

tegas diri adalah lebih berkesan daripada guru yang tidak mempunyai ketegasan diri. Menurut

Lee dan Marlene Canter, persekitaran dan suasana yang positif serta penyayang boleh

diperolehi melalui aplikasi disiplin asertif secara berhati – hati.

Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan

terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah

laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-

Page 7: 1kuyf

peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang

telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku

Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta

memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Model ini juga 

melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

3.2 Fokus Model yang Dipilih

Menurut Lee dan Marlene Canter, persekitaran dan suasana yang positif serta

penyayang boleh diperolehi melalui aplikasi disiplin asertif secara berhati – hati. Ia dapat

menggantikan kelembaman serta permusuhan guru melalui desakan positif dan ketegangan.

Berdasarkan model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan aktiviti bilik darjah terjaga.

Sehubungan dengan itu, guru perlu berinteraksi dengan murid – muridnya dengan tenang,

serius dan konsisten. Menurut Canter, murid – murid mempunyai hak untuk mendapatkan

suasana pembelajaran yang tenang dan kondusif. Canter juga berpendapat bahawa pihak

sekolah dan ibu bapa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya agar system pengurusan

guru di dalam bilik darjah dapat diperbaiki lagi mengikut kepentingan pematuhan murid bagi

mengzahirkan satu suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan untuk pembelajaran.

Canter menjelaskan bahawa kebiasaannya murid – murid lebih memilih untuk

bertingkah laku iaitu bersosial. Justeru itu, pihak sekolah termasuklah guru perlu menyediakan

persekitaran yang boleh mempengaruhi murid – murid untuk mendapatkan tingkah laku yang

yang sesuai dan bermanfaat. Di dalam konteks ini, untuk melahirkan satu suasana yang

kondusif keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah

yang asertif. Perkara ini dapat dicapai dengan mewujudkan peraturan di dalam bilik darjah.

Peraturan ini akan menjadi satu penghalang atau sekatan untuk murid – murid melakukan

sebarang tingkah laku yang tidak sesuai dan memberikan masalah di dalam bilik darjah.

Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang

berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi

peraturan.

3.3 Ciri – ciri Model

Model Disiplin Asertif Canter ini berbeza dengan Model Modifikasi Tingkah Laku

Skinner. Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk

membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Page 8: 1kuyf

Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-

murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama

lain. Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk

mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk

belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya

guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang

murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Di dalam Model Asertif Disiplin ini terdapat

tiga jenis guru yang telah digariskan iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru

yang asertif.

Terdapat lima langkah ke arah Disiplin Asertif. Pertama, akui dan buang segala bentuk

halangan ke arah disiplin asertif. Halangan merupakan jangkaan – jangkaan negatif mengenai

murid seperti masalah kesihatan, isu di rumah dan persekitaran perlu diterima tetapi tidak

diterima sebagai alasan untuk menjadi lebih asertif.akui bahawa guru mampu untuk

mempengaruhi secara positif ke atas semua murid di dalam bilik darjah meski apa pun juga

bentuk masalahnya. Kedua, amalkan penggunaan gaya membuat respon yang

tegas.berdasarkan kajian yang dibuat oleh Lee dan Marlene Canter, tedapat tiga gaya

merespons iaitu tidak tegas, permusuhan (agresif) dan ketegasan atau asertif. walaubagaimana

pun, elakkan daripada menjadi guru yang tidak tegas dan bersikap agresif. Ketiga, belajar untuk

menetapkan batasan. Guru hendaklah menentukan dan menetapkan batasan – batasan

tingkah laku murid secara jelas semasa mereka berada di dalam bilik darjah. Keempat, guru

perlu belajar untuk mematuhi batasan. Dalam erti lain, guru perlu mengambil langkah yang

bersesuaian apabila murid enggan mematuhi tuntutan dan bertidak mematuhi tuntutan. Kelima,

guru perlu melaksanakan sistem ketegasan positif. Apabila perhatian yang sistematik diberikan

kepada murid, pengaruh guru ke atas murid akan meningkat, jumlah masalah tingkah laku akan

berkurangan dan persekitaran bilik darjah akan menjadi positif.

3.4 Kekuatan dan Kelemahan Model

Antara kelebihan penggunan model Disiplin Asertif Canter ini adalah memanfaatkan

guru khususnya guru permulaan. Sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh

pihak pentadbir, guru tidak perlu fikirkan bagaimana untuk menangani tingkahlaku bermasalah

yang timbul kerana sudah mempunyai satu rujukan sedia ada. Selain itu, merupakan tindakan

ke atas tingkahlaku murid dan bukan wataknya. Apabila peraturan bilik darjah dilanggar, guru

menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif berhubung peribadi murid

Page 9: 1kuyf

yang berkenaan. Namun model ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antaranya

keberkesanan satu-satu program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah murid-

murid daripada melakukan salah laku. Tambahan lagi, murid-murid perlu diajar bagaimana dan

betapa penting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik. Oleh itu, pihak sekolah perlu

mewujudkan persekitaran yang bersifat authoritarian di mana murid hanya akur kepada

kehendak guru. Murid juga terpaksa memikul tanggung jawab atas sebarang salah laku yang

timbul.

3.5 Aplikasi Model dalam Menangani Masalah Disiplin di Bilik Darjah

Lee dan Marlene Canter telah mencadangkan cara untuk menggunakan Disiplin Asertif

di dalam bilik darjah. Pertama, buangkan dari pemikiran bahawa terdapat alasan – alasan yang

boleh diterima untuk berkelakuan buruk kecuali tingkah laku berasaskan faktor biologi dan

kecacatan. Kedua, tentukan peraturan manakah yang ingin dilaksanakan di dalam bilik darjah.

Rancang dan fikirkan empat atau lima peraturan yang spesifik dan mudah difahami oleh murid.

Ketiga, akibat yang akan diterima apabila murid tidak mematuhi peraturan. Pilih lima hingga

enam akibat yang negatif mengikut turutan hierarki iaitu akibat seterusnya lebih bersifat

hukuman yang lebih berat berbanding dengan sebelumnya. Dalam erti lain, akibat kesalahan

kedua adalah lebih berat berbanding kesalahan pertama dan begitulah seterusnya. Model

disiplin asertif ini tidak membenarkan guru – guru melaksanakan hukuman sekiranya kata –

kata guru masih boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan.

Keempat, tentukan akibat yang positif untuk tingkah laku yang sesuai, contohnya, selain

pujian secara lisan, guru juga boleh memberikan tiket untuk cabutan bertuah sekiranya murid

berkelakuan baik. Kelima, adakan mesyuarat kelas untuk memaklumkan murid tentang program

yang dirancang. Jelaskan tentang sebab – sebab peraturan diperlukan di dalm ilik darjah.

Senaraikan peraturan tersebut beserta akibat positif dan negatif. Guru perlu memastikan

bahawa kesemua murid dapat memahami tujuan guru. Keenam, pastikan semua murid

mencatat peraturan – peraturan yang telah dipersetujui bersama untuk dibawa pulang dan

mendapatkan tandatangan ibu bapa. Kertas peraturan yang dibawa pulang perlu diserahkan

semula kepada guru setelah ditandatangani oleh ibu bapa. Ketujuh, laksanakan program tanpa

menangguhkannya. Kelapan, guru perlu memastikan bahawa dirinya dapat menguasai

kemahiran menggunakan teknik disiplin asertif seperti menyatakan ketidakselesaan guru

apabila murid berkelakuan buruk dan nyatakan apa yang perlu murid lakukan. Kemudian

kenalpasti dan bertindaklah segera keatas tingkah laku yang tidak diingini dan seterusnya

Page 10: 1kuyf

menggunakan teknik rakaman rosak dengan berulang – ulang arahan sehingga murid

mematuhinya tetapi guru juga perlu mengelakkan diri daripada terperangkap dengan alas an

murid.

3.6 Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah

Pelbagai impak dapat diperhatikan dari perlaksanaan model modifikasi Tingkah Laku

Skinner ini terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Setiap ganjaran dan

peneguhan mempunyai impak tersendiri bergantung kepada tindakan guru tersebut. Memberi

panduan kepada guru untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif. Setiap

tindakan pembetulan semakin serius mengikut aras kesalahan yang terdahulu. Rekod disiplin

murid dapat dijadikan sebagai bahan bukti utama sekiranya kesalahan murid perlu dirujuk

kepada pihak atasan dan tiada sesiapa dapat mempertikaikannya.

Penggunaan model Disiplin Asertif ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan model

modifikasi Tingkah Laku Skinner. Hal ini kerana, guru banyak memainkan peranan yang

pelbagai dalam membentuk tingkah laku seseorang murid itu ke arah yang lebih baik. Guru

yang tegas lebih memberikan impak yang mendalam ke atas murid – muridnya. Impak yang

mendalam ini membantu murid – murid untuk memilih tingkah laku yang sesuai dan baik. Ini

menunjukkan bahawa Disiplin Tegas ini merupakan satu pendekatan yang berstruktur dan

sistematik yang direka bentuk untuk membantu guru menguruskan persekitaran bilik darjah

yang kondusif. Guru yang tegas diri adalah lebih berkesan daripada guru yang tidak mempunyai

ketegasan diri. Tingkah laku murid – murid bermasalah akan terbatas dengan pengawasan guru

disiplin yang tegas sekaligus membentuk sahsiah diri yang cemerlang. Apabila perhatian yang

sistematik diberikan secara wajar kepada murid, pengaruh guru ke atas murid akan meningkat,

jumlah masalah tingkah laku akan berkurangan dan persekitaran bilik darjah akan menjadi

positif.

Page 11: 1kuyf

Tugasan 3 : Refleksi Kendiri

Pengajaran berkesan merupakan salah satu tanggungjawab dan tugas utama yang

harus dipikul oleh semua guru. Ia memperlihatkan lagi bahawa tanggungjawab seorang guru

bukan hanya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu memastikan

bahawa ilmu yang ingin disampaikannya mesti diterima oleh murid walaupun dalam kuantiti

yang sedikit. Untuk memastikan bahawa murid menerima ilmu tersebut, guru harus mengkaji

bagaimana cara pengajaran yang perlu dilakukannya supaya murid dapat menerimanya dengan

mudah.

Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang saya lalui, sedikit sebanyak

saya telah berjaya mendapatkan ilmu berkaitan pengurusan bilik darjah seorang guru ( mentor )

saya. Pengurusan bilik darjah yang dipraktikkan oleh mentor saya.agak menarik. Melalui

pemerhatian, saya boleh menjelaskan bahawa mentor saya amat mengambil berat tentang

persekitaran fizikal dan psikososial di dalam kelas. Hal ini kerana, pengalaman beliau yang

sudah lama memberikan mentor saya satu pencerahan mengenai persekitaran pembelajaran

boleh mempengaruhi psikologikal murid – murid.

Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah inimemberikan ruang untuk guru kelas dan

anak – anak muridnya untuk membina satu hubungan positif antara mereka. Sebagai seorang

guru yang berpengalaman, beliau menyatakan bahawa hubungan guru dan murid ini sangat

penting dalam menjaga kesejahteraan PdP di sekolah. Apabila persekitaran pembelajaran

terjaga maka murid – murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam

persekitaran yang kondusif.

Menurut mentor saya, beliau menyatakan bahawa pelan atau perancangan pengurusan

bilik darjah amat penting dalam membantu guru membina persekitaran pembelajaran yang

efektif, bebas dari gangguan serta bebas daripada ancaman – ancaman kea atas keselamatan

murid. Guru yang dapat mengawal bilik darjah akan membolehkannya mengajar dengan lebih

yakin dan focus berbanding guru yang gagal mengawal bilik darjahnya.

Matlamat pelan perancangan pengurusan bilik darjah ialah memastikan keselamatan

murid, menggalakkan persekitaran pembelajaran efektif, mewujudkan suasana saling

menghormati dan penyayang, dan menyediakan murid untuk menghadapi keadaan dunia

sebenar.

Page 12: 1kuyf

Dapatan saya daripada kerja kursus ini ialah, saya memahami dengan lebih mendalam

bagaimana untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran apabila berdepan dengan

murid – murid yang mempunyai perbezaan dari segi perangai dan tingkah laku. Guru tidak

sepatutnya mempersalahkan murid yang dilahirkan sedemikian, guru perlu mengkaji bagaimana

murid tersebut belajar atau boleh menerima ilmu dengan mudah dan gunakan kajian tersebut

sebagai kekuatan untuk berdepan murid tersebut.

Guru juga perlu kreatif dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar ia

sesuai untuk muridnya. Sememangnya ia agak sukar tapi itulah tanggungjawab guru.

Walaubagaimana pun murid yang dihadapinya dia mesti juga mencorak kehidupan mereka.

Kesimpulan

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak

bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru

yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan

disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal. Oleh

sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru

membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model

tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin

murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik

darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.

Page 13: 1kuyf

RUJUKAN

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku untuk program ijazah

sarjana muda perguruan. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.

Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.

Jacob Sebatian Kounin. (2007). Discipline and group management in claassrooms. New York:

Holt, Rinehart and Winston.

Juliette Louise Despert. (1965). The emotionally disturbed child, then and now. New York:

Robert Bruner. Inc.

Woody, R. H. (1969). Behavioral problem children in the schools: Recognition, diagnosis, and

behavioral modification. . New York: Appleton-Century-Crofts.