169109138 proses penghasilan karya

3
Proses Penghasilan Karya (Tugasan 3) Disediakan Oleh : Chelsea Mujan Meripa Opsyen : 4 PISMP TESL Penjanaan Idea Setelah memahami kehendak rancangan pengajaran harian, saya berfikir sejenak mengenai karya capan yang hendak saya hasilkan. Saya kemudiannya menyenaraikan beberapa warna-warna primer dan sekunder yang dapat saya gunak untuk menghasilkan karya ini. Pengolahan dan Pemurniaan Kemudian, saya mengambil beberapa batang bendi untuk dijadikan bahan penerokaan sebelum memulakan penghasilan karya. Batang bendi tersebut saya potong dengan pelbagai cara. Seterusnya, saya mengambil satu demi satu bendi yang telah dipotong dan celupkan ke atas warna kemudiannya capkan di atas kertas. Saya mendapat tahu bahawa potongan yang berlainan akan menghasilkan kesan visual atau rupa yang berbeza. Melalui langkah ini, saya telah memilih dua cara pemotongan yang saya inginkan iaitu secara condong dan rata. Dari situ, saya mencuba untuk menyusun susunan mencapan yang menarik untuk dilakukan. Bukan itu sahaja, saya juga telah memilih warna biru untuk warna primer manakala warna jingga untuk warna sekunder. Saya telah memilih untuk mencapan warna biru dan jingga serta rupa condong dan rata bendi secara selang-seli. Kemahiran menggunakan Bahan Bagi melaksanakan proses mencapan, saya telah memilih beberapa alat dan bahan yang saya perlu gunakan untuk menghasilkan karya ini.

Upload: nooraini-hamdan

Post on 17-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Proses Penghasilan Karya (Tugasan 3)Disediakan Oleh: Chelsea Mujan MeripaOpsyen: 4 PISMP TESLPenjanaan IdeaSetelah memahami kehendak rancangan pengajaran harian, saya berfikir sejenak mengenai karya capan yang hendak saya hasilkan. Saya kemudiannya menyenaraikan beberapa warna-warna primer dan sekunder yang dapat saya gunak untuk menghasilkan karya ini.Pengolahan dan Pemurniaan Kemudian, saya mengambil beberapa batang bendi untuk dijadikan bahan penerokaan sebelum memulakan penghasilan karya. Batang bendi tersebut saya potong dengan pelbagai cara. Seterusnya, saya mengambil satu demi satu bendi yang telah dipotong dan celupkan ke atas warna kemudiannya capkan di atas kertas. Saya mendapat tahu bahawa potongan yang berlainan akan menghasilkan kesan visual atau rupa yang berbeza. Melalui langkah ini, saya telah memilih dua cara pemotongan yang saya inginkan iaitu secara condong dan rata. Dari situ, saya mencuba untuk menyusun susunan mencapan yang menarik untuk dilakukan. Bukan itu sahaja, saya juga telah memilih warna biru untuk warna primer manakala warna jingga untuk warna sekunder. Saya telah memilih untuk mencapan warna biru dan jingga serta rupa condong dan rata bendi secara selang-seli.

Kemahiran menggunakan BahanBagi melaksanakan proses mencapan, saya telah memilih beberapa alat dan bahan yang saya perlu gunakan untuk menghasilkan karya ini. Bahan-bahan dan alatan yang telah saya gunakan adalah seperti yang berikut:

Alat-alatan: Pisau Berus cat Palet warna BendiSaya telah memilih untuk menggunakan pisau untuk memotong bendi agar potongan akan nampak lebih kemas dan rapi. Kesan yang terhasil pun akan nampak kemas apabila dicapan. Berus cat yang saya gunakan pula adalah bersaiz kecil. Ini adalah supaya warna air yang disapu ke atas permukaan bendi adalah secukupnya dan tidak berlebihan sehingga akan menyebabkan kesan jalinan yang terhasil tidak jelas. Bendi yang saya pilih pula dalah bersaiz sederhana agar dapat menghasilkan banyak ulangan di atas kertas. Tujuan saya memilih bendi dan bukannya tumbuhan-tumbuhan yang lain kerana corak yang terhasil adalah seakan-akan bunga seperti yang ingin saya hasilkan.

Bahan-bahan: Kertas lukisan Cat air

Kertas lukisan yang saya gunakan adalah bersaiz A3. Saya telah menggunakan kertas lukisan bersaiz ini kerana mengikut kehendak arahan soalan. Namun, jika dilihat mengikut kesesuaian, kertas A3 memang patut digunakan kerana saya mendapat peluang untuk mencap lebih banyak kesan ke atas kertas. Hasilnya pula akan menjadi lebih menarik.Manakala, saya memilih untuk menggunakan cat air kerana senang untuk didapati. Bukan itu sahaja, warna air juga sangat sesuai untuk membuat capan kerana warnanya kekal dan tidak mudah hilang apabila dicapan ke atas kertas nanti. Kesan jalinannya juga akan menjadi jelas dan senang untuk dilihat apabila dibandingkan dengan menggunakan warna pensel, krayon ataupun kapur.