153488857 psikologi-pendidikan

21
Get Homework Done Homeworkping.com Homework Help https://www.homeworkping.com/ Research Paper help https://www.homeworkping.com/ Online Tutoring https://www.homeworkping.com/ click here for freelancing tutoring sites 1.0 Pengenalan Pencapaian akademik merupakan seseorang murid melalui ujian di dalam peperiksaan. Pengukuran ini adalah suatu pencapaian dalam penguasaan pembelajaran yang diperoleh pada peringkat tertentu dalam pelbagai lingkungan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pengukuran ini boleh berasaskan umur, proses pembelajaran yang telah diperolehi serta kebolehan individu dalam pelbagai aspek dan seharusnya melibatkan ruang yang lebih luas agar murid mempunyai tahap pencapaian yang rendah . Di samping itu, mampu menjadikan seseorang murid terus berdikari untuk memperbaiki diri dan kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengannya. Malah 1

Upload: homeworkping4

Post on 20-Feb-2017

153 views

Category:

Economy & Finance


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 153488857 psikologi-pendidikan

Get Homework Done Homeworkping.comHomework Help https://www.homeworkping.com/

Research Paper helphttps://www.homeworkping.com/

Online Tutoringhttps://www.homeworkping.com/

click here for freelancing tutoring sites

1.0 Pengenalan Pencapaian akademik merupakan seseorang murid melalui ujian di dalam

peperiksaan. Pengukuran ini adalah suatu pencapaian dalam penguasaan pembelajaran

yang diperoleh pada peringkat tertentu dalam pelbagai lingkungan ilmu pengetahuan dan

kemahiran. Pengukuran ini boleh berasaskan umur, proses pembelajaran yang telah

diperolehi serta kebolehan individu dalam pelbagai aspek dan seharusnya melibatkan

ruang yang lebih luas agar murid mempunyai tahap pencapaian yang rendah . Di

samping itu, mampu menjadikan seseorang murid terus berdikari untuk memperbaiki diri

dan kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengannya. Malah bukannya semua tahap

pelajar adalah dalam tahap perkembangan yang sejajar.

Setiap individu mempunyai perbezaan dari pelbagai segi dan aspek. Perbezaan

individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli satu kumpulan daripada

ciri-ciri tertentu seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu

bapa dengan anak(Borich dan Tombari, 1997). Bagi Henson dan Eller (1999), dalam

bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula menerangkan perbezaan

individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama

ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani

1

Page 2: 153488857 psikologi-pendidikan

mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran

sekolah.

Oleh itu, dua orang murid sekolah rendah dipilih dengan seorang murid

berpencapaian akademik baik dan seorang murid berpencapaian akademik lemah untuk

dikaji mengenai perbezaan individu di antara dua orang murid yang perbezaan tahapnya

walaupun umur mereka adalah setaraf. Justeru, kejayaan murid dan kegagalan murid

dalam pencapaian akademik adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Maka,

perbincangan tentang pelbagai faktor berdasarkan sudut kajian yang telah dijalankan bagi

mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran pelajar-pelajar

tersebut.

2.0 Biodata Murid Perkara Akademik Murid Baik Akademik Murid Lemah

Nama Lam Hooi Zhee Siti Nurarina Bt Shuib

Tarikh Lahir 21.04.2002 20.11.2002

Tempat Lahir Kedah Kedah

Umur 10 tahun 10 tahun

Jantina Perempuan Perempuan

Bangsa Cina Melayu

Sekolah SJKC Poay Chai, Singkir SJKC Poay Chai, Singkir

Agama Buddha Islam

Hobi Menyanyi, menari Bermain badminton

Cita-cita Peguam Doktor

Nama Bapa Lam Kwong Nam Shuib bin Bahaarom

Pekerjaan Bapa Peniaga Nelayan

Nama Ibu Chun Gei Yong Siti Hawa Binti Said

Pekerjaan Ibu Pegawai bank Suri rumah tangga

2

Page 3: 153488857 psikologi-pendidikan

Bilangan Adik-Beradik 3 orang (anak bongsu) 11 orang (anak bongsu)

3.0 Faktor – Faktor Menpengaruhi Aspek Pencapaian Akademik Pencapaian akademik seseorang murid amat dipengaruhi oleh pelbagaai faktor.

Faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang murid berpencapaian akademik baik

ataupun berpencapaian akademik lemah berkait rapat dengan budaya belajar murid

tersebut. Budaya belajar ini boleh diterangkan berdasarkan kerangka konsep yang

menunjukkan pertalian antara empat faktor yang dikenal pasti dalam mempengaruhi

pencapaian akademik seseorang murid iaitu keluarga, pelajar itu sendiri, sekolah dan

persekitaran.

3.1 Faktor Keluarga Faktor keluarga memainkan peranan penting dalam pencapaian akademik anak-

anak mereka (Mitchells dan Tyreman, 1996) dalam mempengaruhi pencapaian akademik

anak-anak mereka adalah suatu tanggungjawab yang sangat penting. Berdasarkan

maklumat dua orang murid yang disediakan, didapati murid yang berpencapaian

akademik baik berasal dari sebuah keluarga yang kecil dengan hanya mempunyai lima

orang ahli keluarga dengan stautus ekonomi yang kukuh. Di sebaliknya, didapati murid

yang berpencapaian akademik lemah berasal dari sebuah keluarga yang mempunyai

bilangan ahli keluarga yang ramai dengan mempunyai tiga belas orang ahli keluarga.

Didapati status ekonomi keluarganya berada dalam keadaan kurang berkemampuan.

Menurut Marimuthu (1985), taraf sosio ekonomi ada perkaitan dengan pencapaian

akademik. Status ekonomi keluarga yang kukuh bersedia dan berkemampuan untuk

memberikan pelbagai kemudahan dan bahan pembelajaran mengikut perkembangan

semasa dunia bagi menentukan kebolehan akademik serta memperkembangkan

kemahiran berfikir anak-anaknya. Di samping itu, ibu bapa juga menghantar anak-

anaknya ke kelas tambahan untuk mengukuhkan lagi pelajarannya. Robiah dan Zaiton

(1989) dalam Siti Rahimah, menyatakan bahawa pelajar yang berjaya boleh dikenali

melalui kemewahan kebendaan yang terdapat di rumah mereka.

Sosio ekonomi keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk

membeli peralatan dan bahan pembelajaran, membayar yuran sekolah, tambang bas dan

3

Page 4: 153488857 psikologi-pendidikan

membeli cermin mata (BPPDP,1996). Keluarga yang miskin tidak mampu untuk

menampung kos pendidikan sekolah. Ibu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga

yang ramai dan mempunyai pendapatan yang rendah menjadi punca murid lemah dalam

akademik (Suntzi Jr, 2002). Kemiskinan sesebuah keluarga juga tidak dapat

membekalkan keselesaan tempat tinggal serta memenuhi kelengkapan yang diperlukan

dalam proses pembelajaran menyebabkan suasana tidak kondusif untuk menjadi tempat

belajar.

Dapatan kajian ini disokong oleh Kajian factors Influencing the Academic of

Students in Malaysian Schools oleh Universiti Malaya (Leong Yin Ching dan lain-

lain,1990) tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar mendapati

bahawa status sosioekonomi merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar pada peringkat sekolah rendah(UPSR).

Menurut Suntzi Jr (2002), ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan meluangkan

lebih masa untuk anak-anak dalam membantu menangani masalah yang dihadapinya.

Tanggapan positif ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan akan mendorong ibu bapa

sentiasa menjalankan aktiviti bersama-sama anak dalam mengajar, memeriksa kerja

sekolah dan mengawasi kemajuan pelajarannya.

Menurut Kajian Drop-out & Low Achievement – Case Studies in Selected

Primary Schools in Malaysia (EPRD, 1994) mendapati bahawa murid berpencapaian

lemah adalah daripada faktor keluarga yang kurang memberi junjungan terhadap

pendidikan anak. Kekurangan pengawasan kemajuan pelajaran dan penyemakan kerja

sekolah oleh ibu bapa telah menghad pembelajaran sehingga ketinggalan daripada

sukatan pelajaran.

3.2 Faktor PersonalitiMenurut Abdul Majid (1997), personaliti adalah perhubungan antara pemikiran,

emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Menurut Gordon Allport (1980),

personality adalah tingkah laku individu yang dinamis iaitu perubahan dan penyesuaian

diri mengikut keadaan dan persekitaran. Maka, menurut ahli psikologi, personality

meliputi pemikiran, persepsi, nilai, tingkah laku, sifat, kebolehan, kepercayaan,

kecerdasan, semangat, kebiasaan dan sebagainya.

4

Page 5: 153488857 psikologi-pendidikan

Murid sekolah rendah didapati lebih ekstrovert dan bersedia memperolehi

pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot, 1972; Anthony 1977 dan Riding 1979).

Keupayaan dan kecerdasan kognitif di kalangan murid berpencapaian baik lebih

mempunyai personaliti ekstrovert. Ini disebabkan golongan murid ini suka bergaul,

mudah bermesra, bersikap terbuka, cepat mengeluarkan pendapat dan kreatif. Menurut

Kajian Johnson (1997), didapati bahawa korelasi yang signifikan antara factor personality

dengan pencapaian akademik dan kajian Eysenck dan Cookson (1961) yang dibuat di

kalangan murid sekolah rendah di Staffordshine juga mendapati murid yang

berpencapaian baik dan mempunyai kecerdasan yang tinggi mempunyai sahsiah

ekstrovert.

Murid sekolah rendah yang berpencapaian lemah sering dikaitkan dengan

personaliti introvert. Didapati ciri-ciri murid yang pesonaliti introvert mempunyai sikap

pendiam, pasif, pemalu, gemar perseorangan, tidak suka bertutur di depan umun, kurang

keyakinan dan tidak suka bergaul dan belajar dalam kumpulan. Menurut Rita Dunn et al

(1989), menunjukkan bahawa yang mempunyai personaliti introvert lebih gemar belajar

bersendiri daripada belajar kumpulan.

Menurut teori psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Freud, umumnya

personaliti manusia atau tingkah laku manusia merupakan hasilan dari bentuk di antara

bentuk komponen personaliti.Ia juga dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri

individu. Teori struktur personaliti manusia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Id,

Ego dan Superego.

Id

Id adalah bahagian akal fikiran berkaitan dengan nafsu dan dorongan bawah sedar. Teori

psikoanalisis menerangkan bahawa semua tingkah laku atau gejala manusia yang neutral

dalam pemikiran manusia itu adalah Id. Ciri Id seseorang individu sudah diperolehi

semasa dilahirkan. Id merupakan satu elemen rangka yang semulajadi, satu elemen yang

terdapat dalam diri individu serta dianggap satu elemen yang diwarisi. Justeru, Id adalah

gejala bawah sedar tetapi tidak tersusun, tidak logik dan penuh dengan orientasi

berkehendakkan naluri.

Ego

5

Page 6: 153488857 psikologi-pendidikan

Ego pula berbeza dengan Id kerana ego tidak wujud atau diwarisi apabila dilahirkan. Ego

diperkembangkan secara berperingkat dan berada dalam keadaan yang sedar. Ego

memainkan peranan dalam cuba mengawal dorongan dan desakan yang primitif supaya

mengikut perubahan kehendak persekitaran. Ego dipenuhi dengan persepsi. Ego

diperkembangkan melalui hubungan atau pertalian secara sosial dan identifikasinya

dengan orang lain atau prsekitaran.

Super Ego

Super Ego adalah sumber awal suara hati ( conscience) yang membolehkan kita

membuat perbandingan antara baik dan buruk. Super ego merupakan struktur yang ketiga

dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis. Super ego adalah penetapan kepada

pengukuhan moral yang baik. Perihal super ego berdasarkan nilai moral yang dipelajari

melalui didikan ibu bapa, dipelajari daripada masyarakat atau persekitaran dan

pengalaman, dan seterusnya kepada penerapan moral sehingga sebati dalam diri.

3.3 Faktor Sekolah Sekolah memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan yang

seimbang dari pelbagai aspek terutamanya aspek pencapaian akademik. Peranan guru

sentiasa menekankan kepada pencapaian akademik, berusaha menarik perhatian murid

untuk mempelajari kemahiran dan meningkatkan kemajuan serta sikap. Oleh itu, faktor

sekolah merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi pencapaian murid. Faktor

sekolah ini melibatkan pelbagai aspek seperti kemudahan sekolah, iklim sekolah, guru,

persekitaran sekolah, kemudahan sekolah, saiz sekolah, sistem pendidikan, pembiayaan

pendidikan, cara penyampaian pendidikan, program sokongan dan hubungan sekolah

dengan komuniti.

Didapati murid berpencapaian baik ini dapat menguasai kemahiran pelajaran

dengan mudah dan kefahaman yang cepat terhadap pengajaran guru. Ini disebabkan

berdasarkan maklumat yang disediakan di bahagian 2.0 murid yang cerdas ini

berketurunan Cina dan bahan pelajaran juga melibatkan bahasa ibunda. Maka, ini telah

merupakan kunci keutamaan dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam proses

pembelajaran. Namun, murid yang lemah ini berketurunan Melayu dan belajar di sekolah

Cina. Sukatan pelajaran yang disampaikan juga dalam bahasa Cina. Bahan pembelajaran

juga berada dalam Bahasa Cina. Oleh itu, keadaan ini telah memberi kesusahan kepada

6

Page 7: 153488857 psikologi-pendidikan

seorang pelajar Melayu untuk memahami isi pelajarannya yang bukan dalam bahasa

ibunda. Ini telah menyebabkan murid tersebut tercicir dari aspek pencapaian akademik.

Namun perkembangan murid-murid di sekolah tersebut kekurangan daya bersaing

jika dibanding dengan murid yang belajar di sekolah berkedudukan bandar. Ini

disebabkan bilangan murid dalam kelas terlalu kecil dengan empat orang murid sahaja di

dalam kelas. Persekitaran sekolah yang kurang selesa seperti ruang bilik darjah yang

kecil dan tidak lengkap hanya diasingkan dengan beberapa papan kenyataan, tiada bilik

komputer, bilik seni, bilik kemahiran hidup dan makmal sains. Ini telah menjejaskan

perkembangan yang ketidakseimbangan dan kekurangan pengalaman dari pelbagai aspek.

3.4 Faktor Persekitaran Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui dan kejadian yang

berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan

perkembangan dirinya. Faktor persekitaran ini melihat kepada keadaan apabila proses

perkembangan murid. Ini termasuklah pengalaman seseorang individu dialami seperti

keadaan harian di rumah, bergaul dengan jiran, persekolahan dan masyarakat di mana

individu berada. Persekiataran selepas kelahiran seseorang individu merangkumi cara

pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, peranan rakan sebaya,

tempat ibadat, media dan persekiataran dunia merupakan pemyumbang kepada

pengalaman. Lokasi tempat tinggal seseorang individu, masyarakat di sekelilingnya dan

rumah ibadat juga diliputi dalam faktor persekitaran.

Menurut kepada teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), mengasaskan bahawa

perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem,

mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem ekologi ini

yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek pencapaian akademik.

Mikrosistem adalah persekitaran di mana murid-murid banyak menghabiskan

masa dalam aktiviti dan interaksi yang hubungannya berlaku secara langsung. Dalam

mikrosistem ini, pertalian yang langsung ini berlaku di kalangan murid dengan ibu bapa,

guru, rakan-rakan , jiran dan sebagainya. Bagi Bronfenbrenner, murid adalah penerima

yang aktif kepada pengalaman persekitaran. Di samping itu, murid juga merupakan

seorang yang saling berinteraksi dengan orang lain.

7

Page 8: 153488857 psikologi-pendidikan

Mesosistem melibatkan hubungan yang rapat dengan mikrosistem. Keadaan ini

mentakrifkan bahawa satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi yang rapat dengan

mikrosistem. Contohnya kejadian yang berlaku di rumah dapat mempengaruhi sikap atau

sahsiah individu di sekolah dan sebaliknya. Bagi Bronfenbrenner, murid-murid diberikan

dorongan untuk berinteraksi dan bergaul dalam mesosistem dapat memaparkan prestasi

yang baik daripada murid-murid yang kekurangan peluang.

Ekosistem merupakan kekurangan penglibatan murid-murid secara langsung

kepada pengalaman dengan persekitaran. Namun keputusan yang dijalankan dalam

persekitaran tersebut memberi implikasi kepada murid-murid. Penguatkuasa peraturan,

kaedah pengurusan dan kemudahan oleh sesebuah sekolah secara tidak langsung telah

mempengaruhi perkembangan sosial murid-murid.

Makrosistem pula adalah pembangunan individu yang melibatkan budaya, nilai

dan amalan masyarakat. Contohnya peranan jantina dititikberatkan dalam segelintir

masyarakat. Kaum lelaki diberi keutamanan dan peranan yang lebih dominan dengan

diberi peluang untuk berpendidikan di sesebuah Negara.

Kronosistem pula merujuk kepada penglibatan perkembangan yang beubah pada

suatu jangka masa. Misalnya perubahan berlaku dalam sesebuah keluarga apabila

kehadiran anak baru akan member kesan kepada perkembangan murid-murid.

4.0 Langkah – Langkah Guru Menangani Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam Aspek Pencapaian Akademik Murid yang Berbeza Guru memainkan peranan yang penting dalam alam pendidikan. Peranan ini

adalah melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan semangat patriotism. Oleh itu, peranan utama guru di sekolah

adalah menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid. Maka, aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru perlu merangkumi pelbagai

masalah yang melibatkan murid dalam perbezaan pencapaian akademik.

4.1 Penetapan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Perbezaan tahap kecerdasan di kalangan murid dalam satu kelas bermakna

penguasaan kemahiran sesuatu pelajaran murid juga adalah berbeza. Maka guru perlu

lebih berwaspada semasa merancangkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Objektif

8

Page 9: 153488857 psikologi-pendidikan

pengajaran dan pembelajaran harus dirancang mengikut tahap perkembangan murid dan

perlu bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid. Walaupun murid di dalam satu kelas

adalah berbeza-beza tahapnya, murid masih dapat menguasai objektif kemahiran

pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu, penyediaan latihan atau aktiviti yang

berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan juga merupakan aspek yang penting.

Ini disebabkan dapat menjaga murid yang lambat supaya golongan murid ini tidak

tertinggal. Di samping itu, guru juga dapat mengawasi dan mengukuhkan lagi

penguasaan golongan murid yang baik supaya golongan murid tahap ini tidak merasa

bosan.

4.2 Program Pengayaan dan Pemulihan Setelah guru memahami perbezaan murid dari segi fizikal, mental dan emosi,

maka guru perlu merancang dan mengadakan program pengayaan dan program

pemulihan dengan mengagihkan murid kepada kumpulan mengikut tahap perkembangan.

Program pengayaan ini lebih menekankan kepada murid dalam kumpulan cerdas.

Program ini dijalankan apabila golongan murid ini telah pun menyiapkan latihan

pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Guru bolehlah menyediakan bahan

pengayaan seperti bahan bacaan tambahan, permainan, dan bahan-bahan aktiviti yang

murid telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam tempoh masa yang ditetapkan atau

lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Bahan yang berbeza ini memerlukan

murid melakukan secara bersendirian ataupun atas bimbingan guru supaya golongan ini

menguasai kemahiran berfikir.

Program pemulihan pula disediakan untuk murid kumpulan yang lemah atau

lambat. Program pemulihan ini dapat menolong murid menguasai kemahiran asas yang

belum dapat diguasai pada jangka masa yang ditetapkan. Program ini dilaksanakan

mengikut status keupayaan murid menguasai sesuatu kemahiran. Pelbagai bahan seperti

carta, bahan maujud, kad-kad , alat permainan dan lain-lain yang boleh disediakan oleh

guru. Bahan ini digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang

lebih sukar.

9

Page 10: 153488857 psikologi-pendidikan

4.3 Pembelajaran KoperatifPembelajaran koperatif ditakrifkan sebagai keadaan belajar dalam bilik darjah

yang melibatkan murid daripada pelbagai tahap pencapaian akademik bekerjasama dalam

kumpulan yang berstruktur untuk mancapai matlamat yang dikongsi bersama.

Pembelajaran koperatif menitikberatkan kepentingan mencapai kejayaan bagi setiap ahli

kumpulan dalam pembelajaran akademik. Bentuk kumpulan pembelajaran ini adalah

heterogenius yang memerlukan murid pintar membantu atau membimbing murid lembap

dalam aktiviti pembelajaran. Apabila kumpulan ini dikehendaki bersaing dengan

kumpulan yang lain dengan secara tidak langsung telah meningkatkan semangat

bekerjasama di kalangan murid. Maka melalui pembelajaran koperatif ini dapat

mengurangkan jurang perbezaan tahap pencapaian akademik di kalangan murid. Di

samping itu, golongan murid yang lemah tidak akan tertinggal daripada penguasaan

kemahiran pembelajaran malah dapat meningkatkan kemajuan akademik.

Menurut Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, zon perkembangan proksimal

adalah melibatkan murid yang pintar membantu murid yang lemah. Didapati pengajaran

dari rakan sebaya lebih berkesan daripada guru. Ini disebabkan murid yang lebih mahir

menggunakan pemikiran lateral.

4.4 Peneguhan Positif dan Negatif Guru perlu memberi peneguhan yang bersesuaian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Peneguhan ini memainkan peranan yang penting untuk

membentuk perlakuan, sahsiah, atau minat seseorang murid supaya murid mengikut

pengajarannya. Selain itu, peneguhan juga menjejaskan perkembangan individu dari segi

fizikal dan mental. Peneguhan adalah satu perkara yang digunakan bagi menggalakkan

sesuatu perlakuan. Menurut Teori Pelaziman Operan Skinner bahawa peneguhan

dibahagikan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif merupakan suatu ganjaran yang memberikan dorongan kepada

individu setelah perlakuan yang ditunjukkan itu diulangi. Peneguhan positif merupakan

salah satu bentuk motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan memuji

murid-murid yang telah menjawab soalan atau melakukan sesuatu yang boleh dicontohi

oleh murid lain. Terdapat pelbagai jenis peneguhan positif dan tidak semestinya dalam

pemujian kata-kata sahaja. Contohnya, peneguran positif boleh diberikan dalam jenis

10

Page 11: 153488857 psikologi-pendidikan

tepukan bahu, pemberian cendera mata atau hadiah, pemberian tepukan murid-murid dan

sebagainya. Di samping itu, guru memberi peneguhan positif untuk mendorong murid

menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi haruslah terang dan

sistematik. Selain itu, perbuatan yang spesifik sahaja diberi peneguhan. Maka, peneguhan

positif ini harus kerap digunakan kepada golongan murid yang lemah yang telah mencuba

sedaya dalam melibatkan diri di sesi proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan

memberi kesan terhadap murid supaya tidak berasa rendah diri malah dapat membina

keyakinan diri dan tidak putus asa dalam pembelajarannya.

Peneguhan negatif merupakan suatu rangsangan serta merta yang kurang selesa

mahupun perasaan menyakitkan selepas sesuatu perbuatan dilakukan. Misalnya, guru

menegur murid kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Peneguhan ini akan memberi

rangsangan secara langsung kepada murid tersebut untuk meningatkan murid tentang

sahsiah yang tidak baik dan harus diperbetulkan. Dengan ini, murid akan menyiapkan

kerja rumah pada masa hadapan. Menurut Skinner, peneguhan negatif meliputi beberapa

peringkat seperti peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala

berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala bisbah berubah.

Peringkat-peringkat ini akan mewujudkan pelbagai gerak balas yang berbeza.

5.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, guru harus mengetahui bahawa manusia adalah berbeza

tahapnya dalam perkembangan secara keseluruhan. Begitu juga perkembangan murid-

murid yang belajar di sekolah. Guru perlu memahami tingkah laku setiap murid untuk

membantu murid dari segi perbezaan pencapaian akademik. Untuk mengetahui

perkembangan murid dengan lebih lanjut , guru perlu mengkaji tentang faktor-faktor

yang mempengaruhinya dari pelbagai aspek terutamanya murid yang berpencapaian

akademik lemah. Melalui kajian yang dibuat ke atas dua orang murid yang berbeza

pencapaian akademiknya, faktor keluarga merupakan faktor yang terpenting dalam

mempengaruhi budaya belajar murid di sepanjang pembelajaran kerana pelbagaai apsek

latar belakang keluarga sudah terjalin dalam pembentukan pembangunan fizikal dan

mental. Faktor personaliti, faktor sekolah dan juga faktor persekitaran juga merupakan

faktor yang menentukan budaya belajar murid kea rah mencapai kejayaan atau kegagalan

dalam pelbagai bidang mahupun kehidupan.

11

Page 12: 153488857 psikologi-pendidikan

Setelah mengkaji tentang pertumbuhan dan perkembangan murid, guru lebih

mengetaahui tahap perkembangan murid daripada segi fizikal, emosi, mental dan

jasmani. Oleh itu, ini telah menolong guru dalam merancang objektif dan matlamat

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelbagai tahap murid. Di samping itu,

pengetahuan yang diprolehi oleh guru dapat menolong merancang peneguhan yang sesuai

dan berusaha mengawasi perbuatan serta memotivikasikan murid. Selain itu, guru boleh

merancang program pengayaan dan pemulihan bagi tahap murid yang cerdas dan lemah

supaya suasana pembelajaran di kelas dapat diselaraskan. Penyerapan pembelajaran

koperatif dapat menerapkan tanggungjawab di kalangan murid serta membantu murid

yang lemah.

(3000 perkataan)

12

Page 13: 153488857 psikologi-pendidikan

Rujukan

Suntzi Jr (2002), Faktor yang membawa kepada sikap rajin tiong hua. [Online].

Available: http://idealis-mahasiswa.tripod.com/artikel-harian/feb2002/14feb03.html

Pahrol Radzi Mat Ali (1996). Kesan factor pekerjaan, pendidikan dan persekitaran

keluarga terhadap pencapaian. Tesis sarjana muda. Universiti teknologi Malaysia:

tidak diterbitkan.

Marimuthu (1990). Pengenalan sosiologi pendidikan. Petaling jaya. Fajar bakti sdn bhd

Azizi yahaya dan Mohamad Hasan Omar (2010). Permasalahan Keluarga. [online].

Available: http://eprints.utm.my/10402/1/30.9_Permasalahan_Keluarga.pdf

[ 2012, march 28]

Punca kelemahan pencapaian akademik pelajar melayu (2009). [online]. Available:

http://msgsabah.blogspot.com/2009/04/punca-kelemahan-pencapaian-

akademik.html [2012, March 28]

Nurulhaslin Zainol ( 2010). “Baka atau Persekitaran: Yang manakah lebih mempengaruhi

ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia?” [online]. Available:

http://lynnbretta.blogspot.com/2010/03/baka-atau-persekitaran-yang-

manakah.html. [2012, March 28]

Skinner, C. E.(1970). Educational Psychology. Prentice Hall of India, New Delhi.

Ariedrifke (n.d). PKK Faktor Perkembangan Kanak-Kanak. [online]. Available :

http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-faktor-faktor-perkembangan-

kanak.html#

Kulanz (2010). Perbezaan Individu.[online]. Available:

http://kulanzsalleh.com/perbezaan-individu/

Tingkah laku bermasalah. [online]. Available:

http://mysalawati.21classes.com/pub/mysalawati/tingkahlaku_bermasalah.doc.

Pengaruh Ibu bapa terhadap pembelajaran.[online]. Available:

http://ilmu.edublogs.org/files/2011/11/Pengaruh-ibubapa-terhadap-pembelajaran-

13ffd7p.doc.