1. konsep psikologi dan psikologi pendidikan

30
TOPIK 1 Konsep Psikologi dan Psikologi Pendidikan

Upload: ab-aziz-hasniza

Post on 16-Nov-2015

199 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

edsm

TRANSCRIPT

  • TOPIK 1 Konsep Psikologi dan Psikologi Pendidikan

  • KENAPA BELAJAR PSIKOLOGI ?APAKAH KONSEP PSIKOLOGI ?Anda akan dapat memahami manusia / murid dengan lebih baikMerupakan satu kajian sains merangkumi aspek mengaplikasikan prosedur dan pendekatan saintifik untuk memahami tingkah laku manusia

  • 1.1 DEFINISI PSIKOLOGIPsikologi berasal dari perkataan tamaddun Greek purba psyche dan logos.Psyche bermaksud jiwa/minda.Logos bermaksud kajian mengenai sesuatu (kajian mengenai pemikiran/jiwa yg dapat mempengaruhi sikap dan pelakuan organisma).Psikologi merupakan satu kajian saintifik tingkahlaku manusia dan proses mental mengenai sesuatu yg memberi kesan kpd jiwa seseorang.

  • Definisi Psikologi yang lain:The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour or the influence of a particular persons character on their behaviour.

    (Cambridge International Dictionary of English, p.383).

    Psychology may be defined as the systematic study of behaviour and mental life.

    (Henry L. Roediger dan rakan,1984).

  • Definisi Psikologi yang lain:Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman.

    (Kalat,1999).Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti. (Williams, 1960).Psikologi ialah sains tingkah laku--kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To Psychology).

    Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

  • Psikologi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik mengenai tingkahlaku manusia dan haiwan secara nyata dan selindung.Tingkah laku meliputi semua perkara yang dilakukan oleh manusia atau haiwan yang boleh diperhati dan diukur secara langsung atau tidak langsung. Tingkah laku termasuk perasaan, sikap dan pemikiran.

  • Definisi Psikologi (Kamus Dewan)Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.

  • KONSEP PENDIDIKANPendidikan ialah alam melibatkan pemikiran dan alam aktiviti praktikalDewey dan para pragmatik pendidikan adalah sebagai satu keperluan dalam kehidupanMilton Pendidikan secara menyeluruh membolehkan seseorang individu bertindak secara adil, terlatih dan bertimbangrasa dalam semua tugasan yang dilaksanakan oleh pihak awam atau swasta pada bila-bila masa.

  • Langford Pendidikan adalah satu aktiviti yang mempunyai matlamat yang praktikal dan berbeza dari aktiviti yang mempunyai matlamat berdasarkan teori.Lodge Satu pengalaman sebagaimana pengalaman sesuatu organisma yang bernyawa berinteraksi dengan persekitaranDewey, Longford dan Lodge melihat pendidikan adalah sebagai satu proses yang panjang dan berterusan.Milton Pendidikan adalah sebagai satu produk iaitu perubahan tingkah laku.

  • Definisi Pendidikan Secara UmumPendidikan merupakan satu bentuk persekolahan formal, di mana aktiviti pembelajaran dirancang oleh pakar pendidikan untuk mencapai matlamat dan objektifPendidikan merupakan satu proses perkembangan di mana kanak-kanak berkembang secara fizikal, mental, sosial dan emosi sepanjang hayat.

  • Pendidikan adalah satu proses berterusan, sepanjang hidup untuk belajar. Individu akan dapat menambahbaik diri, kerterbukaan dan dapat mengemukakan dan mempersoal isu-isu serta peka terhadap alam sekitarnyaPendidikan merupakan proses bersepadu. Setiap masyarakat mempunyai matlamat pendidikan tersendiri dan bertujuan menambahbaik dan memperkembangkan masyarakatnya.

  • HUBUNGAN PSIKOLOGI DAN PENDIDIKANPsikologi adakah kajian saintifik tentang cara manusia berfikir dan bagaimana ia dapat mempengaruhi tingkah lakuPendidikan adalah proses untuk memperkembangkan potensi dan kemahiran individuPsikologi pendidikan adalah memilih pengetahuan yang bersesuaiandari disiplin psikologi untuk diaplikasi bagi memperbaiki kualiti / hasil proses pendidikan.

  • Sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran di dalam bilik darjah.(Atan Long, 1976)Kajian saintifik ttg tingkah laku individu dalam pendidikan serta mengandungi prinsip-prinsip dan kaedah p & p untuk menyelesaikan masalah-masalah pendidikan. (Smith, 1978)Rumusan : Kajian ttg perlakuan manusia dalam proses p&p spt perkembangan manusia, pembelajaran, ingatan, motivasi,pgurusan bd dan pengujian dan penilaian.

    1.3 Konsep Psikologi PendidikanDefinisi Psikologi Pendidikan

  • Banks dan Thompson(1995),Psikologi ialah ilmu yg mengkaji tingkah laku manusia. Pendidikan adalah profesion yg mengkaji dan membina metodologi atau pendekatan pengajaran pembelajaran utk digunakan di sekolah.

    Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia dlm proses pengajaran dan pembelajaran dlm bilik darjah.

  • Borich dan Tambori(1997), Psikologi pendidikan ialah satu disiplin yg memfokuskan kajiannya kpd pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran dlm bilik darjah.

    Clifford,1984 (dlm Henson dan Eller, 1999),Psikologi pendidikan ialah applying the methods of psychology to studying the process of education.

    Grinder(1981),Psikologi pendidikan ialah mengaplikasi pengetahuan psikologi ke dlm situasi bilik darjah.

  • Tugas ahli psikologi pendidikan ialah mengaplikasi prinsip psikologi kpd pendidikan dan di sepanjang kerjayanya, mengkaji pelajar, proses belajar dan strategi pengajaran utk meningkatkan pembelajaran.

    Kesimpulannya:

    Psikologi pendidikan amat berguna bagi guru utk tujuan memahami tingkah laku pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

  • 1.4 TUJUAN PENDIDIKAN PSIKOLOGIMemahami(memerihal dan menerangkan) tingkah laku pelajar dlm proses pengajaran dan pembelajaran.

    Meramalkan tingkah laku gantian yg mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.

  • Menurut Abd. Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin(1997), matlamat ahli psikologi tertumpu kpd empat bidang iaitu:

    Memerihalkan(describe),Menerangkan(explain),Mengawal(control) danMeramalkan(predict) sesuatu perlakuan.

  • 1.5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PSIKOLOGI KEPADA GURU1. - Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian, - membantu pelajar memahami diri mereka, - membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yg sesuai dgn pelajar dan - merumuskan langkah supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yg telah ditetapkan.

  • 2. Membantu guru memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta menghubungkaitkan dgn proses p&p dalam bilik darjah. Guru dapat merancang strategi p&p yang sesuai dan berkesan untuk kumpulan kanak-kanak yang berlainan. Guru boleh menggunakan teknik-teknik p&p yang sejajar dgn kognitif kanak-kanak.

  • 3. - Membolehkan guru meramal tingkah laku dan kegemaran pelajar pada peringkat umur tertentu, serta - merancang peneguhan yg sesuai dlm usahamengawal tingkah laku dan memotivasikan mereka.

  • sambungan..4. - Membolehkan guru mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi, - merancang pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap perkembangan mereka.

    5. - Membolehkan guru mereka cipta soal selidik utk mengenal pasti tahap perkembangan pelajar dan menyediakan program yg sesuai untuk meningkatkan prestasi.

  • 6.Memahami tingkahlaku murid melalui pemahaman teori dan prinsip psikologi pendidikan.Guru dapat meramal, menelah dan mengawal tingkah laku murid.7.Memotivasi murid-murid dalam proses pembelajaran.8.Memahami perbezaan individu murid dari segi kognitif, bakat, minat dan keperluan.9.Menyelesaikan masalah murid yang menunjukkan tingkah laku yang bermasalah di dalam bilik darjah

  • sambungan..10. Data dan maklumat yg diperolehi dari penyelidikan berkaitan isu dlm pendidikan membolehkan guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.11. Membolehkan guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar dan membantu mereka membentuk konsep kendiri yg positif.

  • TUTORIAL 1

    Sebagai seorang guru baru, huraikan cara-cara bagaimanakah guru boleh mengaplikasikan pengetahuan tentang psikologi untuk memahami tingkah laku murid-murid anda.

  • TUTORIAL 2Beri dua contoh aktiviti berkaitan dengan psikologi&Beri dua contoh aktiviti bukan berkaitan dengan psikologi

  • TUTORIAL 3Berdasarkan pengetahuan anda mengenai psikologi, senaraikan dua kaedah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

  • TUTORIAL 4Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda. Berikan contoh yang sesuai

  • TUTORIAL 5Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, terangkan mengapakah anda mempelajari psikologi pendidikan ?