warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja...

6
Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q3-2019.pdfpara sponsor dengan pelbagai keperluan, membantu

Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Page 2: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q3-2019.pdfpara sponsor dengan pelbagai keperluan, membantu

Dia Berjalan Bersama Kami Oleh: Chow Chee Yan

“Rancangan-Ku tidak akan gagal, Aku pasti melakukan

segala kehendak-Ku.” (Yesaya 46:10)

Tuhan kita berdaulat. Ini kita boleh yakini. Tidak kira bagaimana kita merancang, kehendak Tuhan yang akan berdiri. Kehendak Tuhan ialah untuk meningkatkan pengikut Kristus di kalangan komuniti berbahasa berbahasa. Kehendak-Nya ialah untuk menggandakan sumber-sumber pemuridan untuk komuniti ini. Perjalanan Wawasan Penabur adalah kesaksian kepada tujuan Tuhan itu. Tuhan berjalan bersama kami. Setiap buku dan projek kami menceritakan satu kisah unik tentang campur tangan Tuhan. Anda boleh membaca tentang mereka dalam buku kami yang merayakan 10 tahun kesetiaan Tuhan.

Ia adalah tujuan Tuhan untuk beberapa daripada kami berkumpul pada 2008. Kami tidak saling mengenal tetapi kami semua mempunyai kerinduan yang sama untuk lebih banyak sumber BM. Talenta kami saling melengkapi - dalam pencarian dana, pengetahuan teknologi dan hubungan dengan para pemimpin BM Kristian. Penasihat kami adalah pemimpin Kristian yang dikenali, masing-masing menawarkan kepakaran dalam penjagaan pastoral, hubungan dan guaman. Pada tahun 2009, Allah menghendaki Randy Singkee menyertai kami sebagai pengarah eksekutif sepenuh masa. Randy, pribumi Sabah, fasih dalam bahasa Inggeris, BM dan Mandarin. Seorang penggerak dan penyelenggara yang berkesan, dia bekerja tanpa mengenal penat lelah, menawarkan dirinya untuk diguna oleh Kristus yang “memberi kekuatan” kepadanya (Kolose 1:29). Projek-projek dan bahan sumber yang berjumlah lebih dari 100 judul, dilaksanakan melalui kepemimpinannya.

“Ini projek-Ku, Aku ada di dalamnya. Dan Nama-Ku akan dimuliakan melaluinya.” Ini adalah kata-kata nubuatan Bishop Hwa Yung pada tahun 2011, semasa pelancaran Alkitab Kanak-Kanak (AKK) kami. Kata-kata nubuatan itu adalah satu titik perubahan. Ia sangat merendahkan hati kami dan mendorong kami untuk mengubah strategi. Sehingga masa itu, model pelayanan kami adalah “bukan untuk keuntungan”. Kami telah merancang tidak lebih daripada 20,000 naskah AKK - satu angka menakutkan yang memerlukan kami untuk cari dana sebesar RM200,000.

Ia mencabar kami untuk melangkah dalam iman untuk percaya kepada Jehovah Jireh. Jadi, projek “Satu Anak Satu Alkitab” (SASA) pun bermula dengan matlamat untuk meletakkan Alkitab ke dalam tangan setiap 400,000 kanak-kanak Kristian yang berbahasa Malaysia di negara kita. Tidak ada anak Tuhan yang harus dirampas hak mereka untuk memiliki Firman Tuhan. Dengan harga jualan RM5 sebuah, ia harus disubsidi dan memerlukan berjuta-juta ringgit. Dan Tuhan tidak mengecewakan. SASA menjadi projek utama kami. Sehingga Jun 2019, Tuhan telah membolehkan kami mengedar 320,000 AKK. Pada akhir 2014, Randy dan saya bertemu seorang pelajar di sebuah Sekolah Alkitab. Dia kelihatan sedih. Dalam poketnya adalah surat peringatan dari sekolah yang menagih yuran tunggakan 2013 dan 2014. Dia berkeluarga dan mempunyai 3 anak kecil. Saya berkongsi masalahnya dalam pertemuan doa di gereja saya. Seorang ibu disentuh oleh Roh Kudus untuk menolongnya melalui sel groupnya.

Pengalaman ini yang menghubungkan penaja kepada orang yang memerlukan, bukan hanya dari segi bantuan kewangan tetapi juga dalam doa dan persahabatan, telah membuat kami melancarkan Inisiatif Sikhem pada 2015. Inisiatif ini menyediakan platform untuk menjambatani dua komuniti. Pelajar itu kini adalah seorang pastor gereja di Sabah. Sehingga Jun 2019, melalui individu, CG dan gereja, 60 pelajar Sekolah Alkitab dan 22 pekerja penuh masa telah dibantu. Sikhem juga membantu membiayai sebuah perpustakaan, 4 lawatan misi untuk pelajar universiti, 2 penginjil Iban dan seorang pelatih.

Page 3: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q3-2019.pdfpara sponsor dengan pelbagai keperluan, membantu

Bacalah cerita-cerita kami tentang projek Titus 2:7 yang dilancar pada 2014 yang menyediakan Alkitab Edisi Studi kepada para pastor, pelajar Sekolah Alkitab dan pemimpin gereja. Atau projek Lapan Permata untuk kurikulum 8 tahun Sekolah Minggu yang bermula pada 2016. Atau platform digital www.sabdaharian.com pada 2017 atau Inisiatif Emmaus untuk pelajar penamat Sekolah Alkitab pada 2018. Dia berjalan bersama kami. Dan kami menantikan lebih banyak cerita untuk kami kongsikan pada masa akan datang.

Segala kemuliaan untuk Tuhan!

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Satu Anak Kristian Satu Alkitab

Pada tahun 2011, berdasarkan Banci Penduduk 2010, kami menganggarkan ada 470,000 kanak-kanak Kristian berbahasa Malaysia di negara ini yang tidak mempunyai akses kepada Alkitab. Walaupun mereka dibesarkan dalam keluarga Kristian dan menghadiri gereja secara berkala, ramai di antara mereka mungkin tidak pernah melihat, memegang atau membaca Alkitab! Di sinilah Alkitab Kanak-Kanak (AKK) memainkan satu peranan penting. Tiada Alkitab bermakna tiada pemuridan. Tanpa pemuridan, bagaimanakah mereka dapat berdiri teguh dalam iman mereka? Cabaran pengislaman yang agresif, arus pemodenan dan perubahan demografi yang besar sangat mempengaruhi kehidupan pribumi Kristian. Dilancarkan pada tahun 2011, Kempen “Satu Anak Satu Alkitab” (kemudiannya diubah menjadi “Satu Anak Kristian Satu Alkitab”) mempunyai satu tujuan: mencetak dan mengedarkan ribuan AKK ke pedalaman Sabah dan Sarawak. Sehingga akhir 2018, Wawasan Penabur telah mencetak 370,600 (mengedar 330,000) naskah AKK, membawa Firman Tuhan ke tempat yang paling terpencil di Sabah & Sarawak.

Ladang sudah menguning. Ada kelaparan akan Firman Tuhan yang besar di kalangan kanak-kanak dan orang muda. Kita tidak boleh membiarkan kelaparan Firman berlanjutan kerana kegagalan kita untuk menjadikan Firman Tuhan tersedia untuk umat Kristian berbahasa Malaysia, terutamanya kanak-kanak.

2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

AKK 15,105 54,895 59,023 51,206 41,953 32,890 41,778 26,190 6,324

15,105

54,895 59,023

51,206

41,953

32,890

41,778

26,190

6,324

-

10,000

20,000

30,000

40,000

50,000

60,000

70,000

Alkitab Kanak-Kanak Distribution (2011-2019)

Menjambatani Komuniti Kristian

Laporan Perpustakaan Long Busang Kisah Perpustakaan Gereja untuk Long Busang telah menggerakkan hati beberapa orang untuk menderma buku dan wang untuk projek itu. Sebanyak RM 7,600 telah dikumpulkan sehingga membolehkan kami membeli dan menghantar hampir 2,000 buah buku ke Long Busang.

Gereja itu juga sudah bersedia untuk menerima buku-buku itu dan pada saat ini, mereka sedang membuat beberapa rak buku untuk perpustakaan itu.

Ruang tambahan yang akan digunakan sebagai perpustakaan

Teruslah berdoa untuk Long Busang. Kumpulan dakwah masih sangat aktif di kawasan itu, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu anak-anak di sana boleh mengakses buku-buku Kristian dalam Bahasa Malaysia (dan Bahasa Inggeris) dari gereja setetmpat.

Page 4: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q3-2019.pdfpara sponsor dengan pelbagai keperluan, membantu

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Inisiatif TITUS 2:7 TITUS adalah singkatan dari “Tekuni Iman dan menjadi Teladan Untuk Setia”. Berdasarkan Titus 2: 7, tujuan inisiatif ini adalah mengimport Alkitab Edisi Studi (AES) dari Lembaga Alkitab Indonesia dan menjadikannya tersedia untuk para pastor, pemimpin dan pelajar Sekolah Alkitab, dengan harga serendah RM50 (harga di pasaran adalah RM 250-300). Alkitab Edisi Studi (Lembaga Alkitab Indonesia, 2010) mempunyai banyak kajian dan panduan renungan. Ia mengandungi 2,120 halaman dan direka untuk melengkapkan para pelajar Alkitab dengan maklumat latar belakang, soalan-soalan yang merangsang, rujukan silang, dan carta yang meringkaskan maklumat penting. Ada lebih 100 coretan tokoh penting, tempat, konsep agama, dan adat budaya. Komentari teks mengandungi lebih dari 10,000 nota tambahan yang pastinya akan membantu para pastor dalam peranan mereka sebagai guru umat Tuhan.

Sehingga kini, kami telah mengagihkan 6,800 AES. Doa kami adalah supaya AES akan membantu para pemimpin Gereja BM dan pemimpin masa depan kita untuk bertumbuh, memperkasakan mereka untuk memimpin jemaat yang dipertanggung-jawabkan oleh Tuhan kepada mereka (2 Tim 3: 16-17).

1,454 1,517 1,383

1,281

965

284

2014 2015 2016 2017 2018 2019

AES Distribution (2014-2019)

Menjambatani Komuniti Kristian

Inisiatif Emmaus Inisiatif Emmaus dilancarkan pada September 2018 untuk menyediakan bahan pengajaran dan pemuridan untuk pelajar tahun akhir Sekolah Alkitab. Pakej ini termasuk bahan-bahan Sekolah Minggu Lapan Permata, satu set OBOR Belia untuk pelayanan belia, set Siri Asas Kepercayaan Kristian, satu set 29 buku Kaunseling Kristian, Eksposisi Khutbah dan Pembacaan Alkitab Satu-Dengan-Satu. Penaja kami membuat pakej RM420 ini dengan hanya RM 50 untuk para pelajar.

Sehingga Januari 2019, 152 pelajar tahun akhir dari 11 Sekolah Alkitab telah mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Ia telah membantu mereka memulakan pelayanan selepas tamat pengajian.

Buku-buku Obor Belia sangat membantu saya untuk memuridkan orang muda di gereja saya. Siri Doktrin Asas membantu dalam merancang satu pengajaran yang sistematik untuk orang Kristian muda. Terima kasih kerana membuat sumber-sumber ini tersedia kepada kami.

~ Nasnie Gumbali

Saya sekarang di tahun terakhir dan dalam masa beberapa bulan (Januari 2020), saya akan menjadi gembala gereja. Pakej sumber akan membantu saya dalam persediaan Sekolah Minggu, dan saya dapat melihat diri saya menggunakan buku-buku Obor Belia untuk muda-mudi di gereja saya nanti. Kami sangat berterima kasih kepada Wawasan Penabur yang memberi bahan-bahan ini pada harga yang rendah. Tuhan memberkati.

~ Kerlinah Malansin

2018 2019

MIM, Lawas 27 32

STP Buduk Aru 12 12

STP Belaga 7 19

STP Long Lama - 3

MEC, Miri 22 19

STS - 19

PPT 23 22

BTS 30 14

MTS - 28

BISOM 15 -

STM 16 -

TOTAL 152 168

TOTAL 152 168

Page 5: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q3-2019.pdfpara sponsor dengan pelbagai keperluan, membantu

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Sabda Harian

Malaysia menikmati kadar celik huruf yang cukup tinggi. Namun kebanyakan belia menghabiskan masa 'membaca' mereka dalam alam maya. Harga telefon pintar yang lebih murah dan data plan yang menarik membuat pengguna dapat memilih dan menjadikannya terlalu mudah untuk seorang anak muda untuk mengambil telefon pintar dan mula membacanya berbanding dengan sebuah buku. Instagram, Twitter dan Facebook, membantu membuat anak-anak muda terpaku pada skrin mereka sepanjang hari. Kebanyakan mereka juga merupakan sebahagian daripada landskap pengguna digital Malaysia, menghabiskan purata hampir 14 jam sehari pada peranti digital, di mana 87 peratus daripada mereka berada di Internet. Jauh di kawasan pedalaman, anda akan mendapati bahawa belia pribumi juga hanyut dengan telefon pintar. Ketika orang dewasa tahu semua tempat yang optimum untuk memburu binatang, para belia ini berpengalaman dengan pelbagai poket di dalam hutan untuk menerima isyarat rangkaian dari mana mereka boleh berhubung dengan rakan-rakan mereka melalui media sosial dan melayari Video YouTube

Di Wawasan Penabur, kami melihat ini sebagai satu peluang untuk melibatkan diri dengan penduduk pribumi digital hari ini dengan melancarkan Sabda Harian pada bulan Disember 2017. Kami telah membuat penerbitan kami tersedia dalam format e-book di sabdaharian.com. Pada Mac 2018, kami telah mengadakan satu Bengkel Media untuk menggalakkan dan mengembangkan karya tempatan dalam BM untuk umat Kristian. Ini sangat penting dalam menjaga momentum penulisan tempatan. Sabda Harian bertujuan untuk menjadi pusat utama untuk artikel, renungan, e-buku, apologetika, kesaksian, bahan pemuridan dan video untuk umat Kristian dari Gereja BM. Kami berdoa supaya kita dapat terus melibatkan generasi muda melalui medium yang relevan dengan peredaran zaman.

Menjambatani Komuniti Kristian

Insiatif Sikhem

Ada perpatah Melayu, “Berat mata memandang, lebih berat bahu yang memikul.” Ini adalah dua realiti yang kita lihat di Gereja Malaysia. Satu realiti adalah saudara-saudara kita dari Gereja BM memerlukan banyak bantuan. Realiti yang satu lagi adalah banyak gereja bukan BM yang ingin membantu, tetapi mereka tidak tahu bagaimana. Melalui Inisiatif Sikhem yang dilancarkan pada 24 September 2015, Wawasan Penabur berharap dapat menjembatani kedua-dua realiti ini. Sikhem dalam Alkitab berasal dari perkataan Ibrani shékém, yang bermaksud “bahu”, “belakang” atau “pelana”. Oleh itu, Sikhem adalah nama tepat untuk inisiatif ini. Di Sabah, Sarawak dan Gereja Orang Asli, semakin ramai yang terpanggil untuk Tuhan dan kerja-Nya tetapi mereka sering dihadapkan dengan kekurangan sumber kewangan. Ramai di antara mereka sangat tertekan dengan keperluan harian serta yuran sekolah. Gereja mereka yang serba kekurangan tidak mampu memberi sokongan kewangan. Kita boleh membantu beberapa keperluan ini. Inisiatif Sikhem membuka pintu untuk anda dan saya menjadi sebahagian daripada pekerja Tuhan di ladang-Nya - sebagai Penabur, penanam, dan penuai. Kita berdoa agar langkah strategik ini akan memastikan generasi akan datang Kristian di Malaysia akan mempunyai satu asas kukuh dalam Firman Tuhan dan jalan-Nya, supaya mereka menjadi alat-Nya dalam membawa air yang memberi kehidupan kepada jiwa-jiwa yang haus. Sejak tahun 2015, kami telah membantu menjembatani para sponsor dengan pelbagai keperluan, membantu 60 pelajar Sekolah Alkitab, 22 pekerja sepenuh masa, 2 penginjil Iban, 4 lawatan misi ke pedalaman untuk pelajar universiti, projek-projek ad-hoc (seperti Projek Kasut Sekolah dan Projek Beg Sekolah) dan 2 perpustakaan (buku-buku untuk perpustakaan sebuah Sekolah Alkitab di Sabah, dan perpustakaan komuniti di pedalaman Sarawak).

Page 6: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q3-2019.pdfpara sponsor dengan pelbagai keperluan, membantu

Badan Pengurus (Penabur): • Chow Chee Yan (Petaling Jaya Evangelical Free Church)

• Roshan Thiran (Pusat Injil Kelana Jaya)

• Randy Singkee (Sungai Way-Subang Methodist Church)

• Rev Danil Raut (BEM Sarawak, Legacy Builder Ministry)

Badan Penasihat:

• Rev Wong Fong Yang (Senior Pastor of City Discipleship

Presbyterian Church) • Rev Datuk Jerry Dusing (President, SIB Sabah)

• Lim Heng Seng (Lawyer, SIB KL)

• Rev Jasme Dairis (President, SIB Semenanjung)

http://sabdaharian.com/

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Singa Yehuda

Singa Yehuda adalah buku komik Injil Markus setebal 130 halaman. Melalui Injil Markus bergambar ini, kami mahu menarik perhatian para pembaca untuk percaya dan yakin bahawa Firman Tuhan hidup dan berkuasa (Ibrani 4:12) dan bahawa Firman Tuhan kekal selama-lamanya (1 Petrus 1:25). Firman Allah mempunyai kuasa untuk mengubah hidup kanak-kanak dan orang dewasa!

Untuk mengedarkan komik ini di kalangan pelajar sekolah, kolej dan universiti, kami telah melancarkan kempen “Setiap Murid Kristian Adalah Murid Kristus”. Sejak kempen itu dimulakan pada Dis 2017, kami telah mengedar 98,106 naskah.

Doa kami adalah semoga buku ini akan membantu kita memahami, mengingati dan menerapkan pengajaran Yesus dalam kehidupan kita. Sama seperti doa Yesus kepada Bapa untuk kita semua, “Sucikanlah mereka dengan kebenaran-Mu; Firman-Mu adalah kebenaran.” (Yohanes 17:17)

23,123

66,806

8,177

1

-

20,000

40,000

60,000

80,000

2017 (Dec) 2018 2019 (Jan -Jun)

Distribution of Singa Yehuda (2017-2019)

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Sponsor dan dukung “Kempen Satu Anak Kristian

Satu Alkitab” Wawasan Penabur

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in: Akaun Maybank: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.

Menyumbang pada “Projek Digital Sabda Harian”

Mensponsor pekerja sepenuh masa atau pelajar Sekolah

Alkitab di pedalaman melalui “Inisiatif Sikhem”

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama: _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ____________________________________________________________________________

Nombor Telefon : _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)