pando tubuh kristus menyebar -...

5
Pando – Tubuh Kristus Menyebar Di Pergunungan Wasatch di Utah berdiri hutan aspen yang mengagumkan. Apa yang kelihatan di mata sebagai satu hutan besar, sebenarnya hanyalah satu pokok! Di tengah- tengah hutan itu terdapat pokok yang sangat kuno yang dipanggil oleh para penyelidik sebagai “Pando” - satu perkataan Latin yang bermaksud “Saya menyebar.” Berkurun lamanya (dikatakan 80,000 tahun), Pando menyebarkan akarnya di tanah seluas lebih dari 43 hektar (106 ekar). Ia melahirkan lebih daripada 47,000 pokok individu, dengan satu sistem akar bawah tanah yang sangat besar seberat 6,615 tan! Dijuluki “gergasi bergetar”, Pando bergemuruh ketika angin bertiup, seolah-olah gergasi sedang melintas! Beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa kes mahkamah yang melibatkan hak-hak umat Kristian di Sabah dan Sarawak memberi kita satu perasaan kita adalah Hutan Kristus. Kita seperti Pando, yang dihubungkan dengan akar-akar kita yang ada pada Yesus Kristus. Nama Allah menyatukan kita ketika kita berdiri bersama saudara-saudara seiman kita di Sabah & Sarawak, berdoa agar Tuhan bertindak pada waktu-Nya di negara ini, demi nama-Nya. Secara individu kita mungkin hanya boleh membuat sedikit impak, tetapi bersama dengan persekutuan orang kudus yang lain, mereka yang masih hidup dan mereka yang telah mendahului kita, kita mampu membuat satu perubahan yang besar, “bergetaran” ketika Roh Allah bertiup di negeri ini. Ini adalah satu imej yang menarik untuk kita ketika kita memikirkan tentang kedudukan dan hubungan kita dengan satu sama lain dan dengan dunia di sekeliling kita. Kita adalah satu. Walaupun kita berpelbagai, kita berkongsi satu akar yang sama dalam Kristus. Adakah ketakutan dan obsesi yang membezakan kita antara satu sama lain menyebabkan kita melupakan ikatan bersama kita? Kita berdaya dan mampu menahan perubahan dan ujian-ujian masa. Bersama-sama kita dapat menahan semua yang mengancam untuk memecah-belahkan kita. Bukankah kita seharusnya lebih bersemangat kerana kesatuan kita? Kita hidup di antara Yang Lanjut Usia. Kehidupan kita adalah sebahagian daripada realiti hidup yang mencerminkan imej Allah. Adakah kita tidak memahami warisan kita dalam Tuhan? Bersama-sama kita mempunyai potensi untuk menjadi “gergasi bergetar.” Adakah kita tidak menyedari bahawa kita adalah sebahagian daripada penyembuhan Tuhan kepada bangsa-bangsa? Semoga kita belajar dari Pando, bahawa kita bukan sahaja menyebar dan bertumbuh, tetapi kita juga harus berdiri sebagai satu suara dan satu hati, memberi respons setiap kali hak keagamaan saudara-saudara kita yang berbahasa Malaysia dilanggar. Selamat Paskah! Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Upload: duongnhu

Post on 13-Jun-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pando Tubuh Kristus Menyebar - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur-Q1-2018.pdf · mendahului kita, kita mampu membuat satu perubahan

Pando – Tubuh Kristus Menyebar

Di Pergunungan Wasatch di Utah berdiri hutan aspen yang mengagumkan. Apa yang kelihatan di mata sebagai satu hutan besar, sebenarnya hanyalah satu pokok! Di tengah-tengah hutan itu terdapat pokok yang sangat kuno yang dipanggil oleh para penyelidik sebagai “Pando” - satu perkataan Latin yang bermaksud “Saya menyebar.” Berkurun lamanya (dikatakan 80,000 tahun), Pando menyebarkan akarnya di tanah seluas lebih dari 43 hektar (106 ekar). Ia melahirkan lebih daripada 47,000 pokok individu, dengan satu sistem akar bawah tanah yang sangat besar seberat 6,615 tan! Dijuluki “gergasi bergetar”, Pando bergemuruh ketika angin bertiup, seolah-olah gergasi sedang melintas! Beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa kes mahkamah yang melibatkan hak-hak umat Kristian di Sabah dan Sarawak memberi kita satu perasaan kita adalah Hutan Kristus. Kita seperti Pando, yang dihubungkan dengan akar-akar kita yang ada pada Yesus Kristus. Nama Allah menyatukan kita ketika kita berdiri bersama saudara-saudara seiman kita di Sabah & Sarawak, berdoa agar Tuhan bertindak pada waktu-Nya di negara ini, demi nama-Nya.

Secara individu kita mungkin hanya boleh membuat sedikit impak, tetapi bersama dengan persekutuan orang kudus yang lain, mereka yang masih hidup dan mereka yang telah mendahului kita, kita mampu membuat satu perubahan yang besar, “bergetaran” ketika Roh Allah bertiup di negeri ini. Ini adalah satu imej yang menarik untuk kita ketika kita memikirkan tentang kedudukan dan hubungan kita dengan satu sama lain dan dengan dunia di sekeliling kita.

Kita adalah satu. Walaupun kita berpelbagai, kita berkongsi satu akar yang sama dalam Kristus. Adakah ketakutan dan obsesi yang membezakan kita antara satu sama lain menyebabkan kita melupakan ikatan bersama kita?

Kita berdaya dan mampu menahan perubahan dan ujian-ujian masa. Bersama-sama kita dapat menahan semua yang mengancam untuk memecah-belahkan kita. Bukankah kita seharusnya lebih bersemangat kerana kesatuan kita?

Kita hidup di antara Yang Lanjut Usia. Kehidupan kita adalah sebahagian daripada realiti hidup yang mencerminkan imej Allah. Adakah kita tidak memahami warisan kita dalam Tuhan?

Bersama-sama kita mempunyai potensi untuk menjadi “gergasi bergetar.” Adakah kita tidak menyedari bahawa kita adalah sebahagian daripada penyembuhan Tuhan kepada bangsa-bangsa?

Semoga kita belajar dari Pando, bahawa kita bukan sahaja menyebar dan bertumbuh, tetapi kita juga harus berdiri sebagai satu suara dan satu hati, memberi respons setiap kali hak keagamaan saudara-saudara kita yang berbahasa Malaysia dilanggar. Selamat Paskah!

Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Page 2: Pando Tubuh Kristus Menyebar - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur-Q1-2018.pdf · mendahului kita, kita mampu membuat satu perubahan

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Berakar dan Berasas

Hari ini, apabila anda melalui hutan Aspen, keadaan mereka semakin lesu akibat kemarau dan penyakit kulat. Di tengah-tengah pokok Aspen yang menjulang tinggi, ada sesuatu yang hilang – anak-anak pokok! Pelaku utamanya adalah rusa-rusa liar, yang memerlukan 2 kg makanan setiap hari. Makanan mereka? Tunas-tunas pokok.

Ia seperti anak-anak muda kita di Malaysia. Godaan dunia dan usaha pengislaman yang agresif memakan mereka setiap hari. Kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melindungi mereka, dan untuk memastikan anak-anak muda kita dimuridkan dengan betul supaya iman mereka bertumbuh kuat.

Ada sekumpulan guru Kristian yang setia menabur dan memupuk benih-benih di sekitar Miri, Bintulu, Spaoh, Sibu, Saratok, Debak, Roban, Betong dan Lubuk Antu. Alkitab Kanak-Kanak diajar setiap minggu. Berdoalah agar ada lebih ramai pengajar di rumah panjang kerana guru-guru sangat kurang.

Gereja Katolik di Sabah juga menyebar Alkitab Kanak-Kanak secara besar-besaran. Kanak-kanak mendapat sukacita besar dalam membaca Firman Allah. Suara-suara anak-anak yang membaca Firman Allah dalam gereja pasti membawa kegembiraan yang besar kepada Bapa kita yang di Syurga!

Ya Tuhan, tolonglah kami untuk menjadi setia dalam memuridkan generasi pemimpin masa depan kami. Tolonglah kami untuk selalu mengingat bahawa kami adalah satu di dalam nama Engkau!

Tunjukkanlah Kami Jalan Itu Hari itu, dua orang kakak datang melawat keluarga saya di kawasan setinggan berhampiran Kota Kinabalu. Kami sebenarnya berasal dari sebuah kampung kecil di Pitas, tetapi kemiskinan memaksa ibu bapa saya datang ke bandar untuk mencari pekerjaan. Kehidupan sangat susah tetapi kami sudah terbiasa dengannya ... berkeliaran di sekitar kejiranan bermain dengan ceper (topi botol) atau guli kami.

Dua orang kakak yang melawat rumah kami itu berkongsikan 4 Hukum Rohani, menjelaskan bagaimana kita membuat Tuhan sedih apabila kita tidak taat kepada Tuhan dan ibu bapa kita, atau ketika kita melakukan kesalahan. Perkara jahat yang disebut 'dosa' itu menghalang kita daripada Tuhan dan Syurga. Dan mereka menjelaskan bagaimana Yesus datang ke dunia ini untuk dihukum kerana dosa-dosa kita. Ibu dan ibu-ibu saudara saya mendengar dengan penuh perhatian.

Kemudian mereka memimpin kami untuk mengucapkan sebuah doa mudah bagi memohon pengampunan dari Tuhan kerana kami telah tidak taat kepada-Nya, dan meminta Yesus untuk masuk dan hidup di dalam hati kami. Mereka memberi kami beberapa buah komik yang memberitahu kami tentang kisah Yesus. Komik Singa Yehuda sangat mudah untuk dibaca dan kami telah berkongsinya dengan rakan-rakan kami. Saya telah membacanya beberapa kali dan telah meminta Yesus untuk membantu saya mengikuti dan taat kepada-Nya.

*Berdoalah untuk Projek Komik Singa Yehuda. Kami telah mencetak 90,000 buah dan telah mengedarkan 48,000 sejak November 2017. Sasaran kami adalah para pelajar dan orang muda.

Page 3: Pando Tubuh Kristus Menyebar - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur-Q1-2018.pdf · mendahului kita, kita mampu membuat satu perubahan

Menjambatani Komuniti Kristian

Memikul Beban

Nama saya Masri dan saya berumur 8 tahun. Ini adik lelaki saya Marlius. Dia berumur 6 tahun. Foto ini diambil 3 tahun yang lalu ketika kami berusia 5 dan 3 tahun. Bapa saya adalah salah seorang pelajar Sekolah Alkitab dan oleh kerana dia mempunyai keluarga, sekolah itu membenarkan kami tinggal di asrama keluarga.

Dua tahun selepas saya dilahirkan, Bapa pulang dari Singapura untuk tinggal bersama Ibu dan saya di kampung. Dia telah bekerja keras untuk mencari nafkah. Datuk saya adalah seorang Kristian yang sangat komited. Semasa Datuk masih muda, dia bekerja sebagai seorang penginjil selama beberapa tahun, di bawah pengawasan seorang mubaligh Jerman sebelum mereka pulang ke negara mereka. Melalui Datuk, bapa saya dan adik-beradiknya dibesarkan di sebuah keluarga Kristian yang sederhana.

Tetapi mereka sangat miskin. Kemiskinan memaksa bapa saya untuk berhenti sekolah selepas Tingkatan 3. Dia keluar bekerja pada usia yang sangat muda, dan pada tahun-tahun bertungkus-lumus itu, imannya luntur. Selepas bekerja selama beberapa tahun di Kota Kinabalu, Bapa mengikuti rakan-rakannya ke Singapura. Di Singapuralah dia mula pergi ke gereja sekali lagi, dan akhirnya memberikan hidupnya kepada Tuhan. Dia kembali ke kampungnya sebentar dan di sana dia bertemu dengan ibuku yang aktif melayani di Sekolah Minggu. Tidak lama kemudian, mereka berkahwin dan Bapa kembali ke Singapura untuk satu tahun lagi. Tetapi Allah mempunyai rencana untuk Bapa. Tuhan seolah-olah berbicara di hatinya supaya melayani-Nya sepenuh masa. Setelah berdoa selama berbulan-bulan, dia memutuskan untuk mendaftar di Sekolah Alkitab. Gerejanya tidak dapat membantunya kerana mereka juga serba kekurangan. Memasuki Sekolah Alkitab tanpa sumber pendapatan tidak mudah untuk pelajar yang berkeluarga. Oleh itu, dengan penuh ketakutan dan gemetar, dan bergantung sepenuhnya kepada pemeliharaan Tuhan, ibu bapa saya membawa kami ke Sekolah Alkitab.

Tetapi Tuhan sangat baik kepada keluarga saya. Tiga bulan selepas masuk Sekolah Alkitab, sebuah kelompok sel dari sebuah gereja di Petaling Jaya memutuskan untuk membantu Bapa. Selain daripada membayar yuran sekolah, mereka juga membantu keluarga saya dengan elaun RM 200 sebulan. Ini sangat bermakna kepada ibu bapa saya. Sekurang-kurangnya kami tidak perlu berlapar dan Bapa boleh menumpukan perhatian kepada pelajarannya. Hari ini Bapa adalah seorang pendeta di sebuah kampung kecil di Pitas. Dan saya bersekolah di sekolah rendah yang berhampiran. Adakah saya bangga dengan bapa saya? Ya! Adakah saya bangga menjadi anak seorang pastor? Ya! Saya akan membesar, berterima kasih kepada Allah untuk ibu bapa saya yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk melayani Tuhan. Dan bersyukur kepada Tuhan bahawa Dia adalah Penyedia kami, sebagaimana Dia menjaga kami ketika Bapa berada di Sekolah Alkitab.

Menjambatani Komuniti Kristian

Kasut Baru Saya

Anda tidak pernah tahu sejauh mana riak-riak kebaikan akan pergi. Linda adalah seorang kanak-kanak dari sebuah rumah panjang di Sibu, dan sejauh yang dia ingat, dia tidak mempunyai kasut sekolah baru. Tetapi Krismas yang lalu, sekumpulan orang dari sebuah gereja di Sibu melawat rumah panjangnya. Beberapa bulan sebelum itu, mereka ada datang untuk mengukur saiz kasut kanak-kanak dan mengambil butir-butir lain.

Oh, betapa dia suka bau kasut baru itu! Sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi bimbang tentang terpijak tahi ayam atau kerikil kecil dengan kaki tanpa alas lagi. Apabila dia menerima kad hadiah dan kasut itu, dia hanya dapat menatap orang yang memberikannya. Matanya terpaku dengan air mata dan dia memandang pastor wanita itu dan berkata dengan perlahan, "Terima kasih." Kasut adalah lebih daripada memberi keselesaan. Mereka sering menjadi kunci untuk melindungi kanak-kanak daripada kecederaan, jangkitan dan pencemaran. Di banyak komuniti miskin, berkeliaran adalah cara hidup yang lumlah dan kanak-kanak memainkan peranan mencari barang yang boleh dikitar ulang di tempat pembuangan sampah. Kendati risiko ini, orang miskin menganggap kasut sebagai barang mewah, kerana makanan dan ubat-ubatan lebih utama.

Page 4: Pando Tubuh Kristus Menyebar - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur-Q1-2018.pdf · mendahului kita, kita mampu membuat satu perubahan

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Terbitan Buku Baru

Pembacaan Alkitab Satu-Dengan-Satu adalah satu panduan mudah bagi orang Kristian untuk melakukan pemuridan satu-dengan-satu. Ini adalah satu pendekatan baru kepada salah satu cara yang paling praktikal dan peribadi dalam penginjilan dan pemuridan yang relasional berdasarkan Firman Allah yang hidup dan aktif, yang menawarkan alat-alat praktikal untuk pembacaan Alkitab satu-dengan-satu. Kita membayangkan satu pengerahan umat Tuhan yang akan melengkapi program-program gereja.

Panduan ini adalah untuk membantu orang Kristian dalam salah satu kaedah yang paling asas untuk membantu orang lain: membaca Alkitab bersama mereka. Dalam penginjilan, atau peneguhan iman, tidak ada yang dapat menandingi dengan membuka teks Alkitab dan membaca apa yang Allah sendiri katakan.Orang Kristian hanya perlu mempunyai keyakinan terhadap Firman Allah dan satu kemahiran asas dalam membacanya dengan orang lain.

Pastor and pendeta, anda perlu mendapatkan beberapa buah untuk para penatua, diakon, staf, penyelaras program pemuridan dan jemaah anda!

*Harga senaskah: RM 6

Oleh kerana itulah, adalah menjadi perkara biasa bagi adik-beradik untuk bergilir-gilir memakai sepasang kasut yang sama. Pada hari mereka mendapatkan giliran untuk memakai kasut itu adalah juga hari tiba giliran mereka untuk pergi ke sekolah. Bagi kanak-kanak ini, kekurangan kasut bermakna peningkatan risiko luka dan terluka yang boleh membawa kepada beberapa jangkitan yang serius.

* Adakah anda merancang satu perjalanan misi singkat ke

kampung-kampung di Sabah, Sarawak atau OA? Anda boleh membawa kasut sekolah atau beg sekolah atau alat tulis untuk anak-anak di kampung yang anda lawati. Riak-riak kebaikan bergerak sangat jauh ....

Menjambatani & Menabur

Bengkel Media 2018 Kami mengadakan bengkel media yang pertama pada 23-24 Mac lepas di SSMC. Seramai 48 peserta telah mendaftar dengan satu pasukan 9 fasilitator/mentor yang menanam benih ke dalam gereja berbahasa Malaysia.

Teori dan kemahiran praktikal telah diajarkan kepada para peserta. Mereka mempelajari asas-asas proses kreatif; dari teknik bercerita kepada penulisan skrip, dari kemahiran kamera asas ke penyuntingan filem dan proses pasca penerbitan.

Para peserta berpeluang berinteraksi dengan fasilitator berdasarkan kumpulan minat, dan sesi soal jawab adalah peluang untuk mendapatkan jawapan mengenai bidang minat tertentu.

Pada hari kedua, para peserta belajar bekerja sebagai satu pasukan dengan menghasilkan klip-klip video pendek. Ia adalah satu peluang yang baik untuk mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari pada hari sebelumnya.

Hasilnya? Empat video pendek telah dihasilkan dan anda boleh melihatnya di website Sabda Harian!

Page 5: Pando Tubuh Kristus Menyebar - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur-Q1-2018.pdf · mendahului kita, kita mampu membuat satu perubahan

Going Digital

Untuk membuat sumber lebih mudah dicapai, kami telah mulakan satu laman web baru, Sabda Harian (http://sabdaharian.com) pada bulan Disember 2017 di mana ebook, video, bahan pengajaran dan testimoni boleh dimuat turun. Kami memerlukan doa anda kerana ini adalah salah satu projek utama kami pada tahun 2018.

“Yang ditaburkan di tanah yang baik ialah orang yang mendengar firman itu dan mengerti, dan karena itu ia berbuah, ada yang seratus kali lipat, ada yang enam puluh kali lipat, ada

yang tiga puluh kali lipat." (Matt. 13:23, TB)

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Membangun kesedaran dan menggalang dana.

Saya percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang.

Saya ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif

ini supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan

gereja BM melalui tenaga, dana dan doa.

Terlibat dalam projek penulisan &

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis,

penterjemah dan penerbit yang lain.

Menyumbang kepada “Kempen Satu Anak Kristian

Satu Alkitab” untuk kanak-kanak Gereja BM Orang Asli,

Sabah dan Sarawak

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Mensponsor pekerja sepenuh masa atau pelajar Sekolah

Alkitab di pedalaman melalui “Inisiatif Sikhem”

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

Nombor Telefon : _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in: Akaun Maybank: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.

Badan Penasihat

Badan Pengurus (Penabur)

Rev Danil Raut

Rev Datuk Jerry Dusing

Rev Wong Fong Yang

Lim Heng Seng

Menyumbang untuk projek “Singa Yehuda” bagi

mencetak dan menyebar komik Injil dan Apologetika

kepada pelajar-pelajar dan muda mudi.

Chow Chee Yan

Alfred R. Tais

Roshan Thiran

Randy Singkee

Visi Wawasan Penabur

Menabur, menanam dan menyebar bahan sumber Kristian yang terbaik di kalangan umat Kristian

berbahasa Malaysia di Malaysia