unit 7 - definisi operasi disleksia

31
UNIT 7 DEFINISI OPERASIONAL DISLEKSIA HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Menyatakan definisi operasi disleksia. Mengenal pasti simptom dan ciri-ciri umum disleksia. Mengetahui f aktor-faktor penyebab disleksia. Membincangkan tentang latar belakang sejarah pendidikan disleksia. Mengenali tokoh-tokoh penting yang mengalami disleksia. PENGENALAN Apakah yang anda gambarkan dalam kotak pemikiran anda apbila membicarakan tentang ciri-ciri kanak-kanak disleksia. Adakah anda rasa ganjil dengan tingkah laku mereka.? Mampukah anda memberi pendidikan yang berkesan kepada golongan kanak-kanak seperti ini? Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud dalam kalangan murid- murid sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, maklumat tentang disleksia mula diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaan Pengenalan kepada Disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak. Ketika ini banyak maklumat tentang disleksia boleh didapati dari buku-buku serta internet namun rujukan dan panduan mengenai disleksia dalam bahasa melayu masih berkurangan. Maklumat sebegini sangat penting khususnya bagi ibu bapa untuk mengesan masalah yang ada dan

Upload: aliem73

Post on 31-Dec-2014

164 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

pjj

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

UNIT 7

DEFINISI OPERASIONAL DISLEKSIA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:

Menyatakan definisi operasi disleksia. Mengenal pasti simptom dan ciri-ciri umum disleksia. Mengetahui f aktor-faktor penyebab disleksia. Membincangkan tentang latar belakang sejarah pendidikan disleksia. Mengenali tokoh-tokoh penting yang mengalami disleksia.

PENGENALAN

Apakah yang anda gambarkan dalam kotak pemikiran anda apbila membicarakan tentang ciri-ciri kanak-kanak disleksia. Adakah anda rasa ganjil dengan tingkah laku mereka.? Mampukah anda memberi pendidikan yang berkesan kepada golongan kanak-kanak seperti ini?

Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud dalam kalangan murid- murid sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, maklumat tentang disleksia mula diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaan Pengenalan kepada Disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak.

Ketika ini banyak maklumat tentang disleksia boleh didapati dari buku-buku serta internet namun rujukan dan panduan mengenai disleksia dalam bahasa melayu masih berkurangan. Maklumat sebegini sangat penting khususnya bagi ibu bapa untuk mengesan masalah yang ada dan mendapatkan bantuan seawal mungkin untuk anak-anak disleksia ini. Sering kali ibu bapa menyedari masalah spesifik anak mereka hanya apabila terdapat kemerosotan yang sangat serius dalam pelajarannya ketika di tahun 3 atau 4. Ketika itu anak ini sudah pun mengalami pengalaman persekolahan yang begitu menyukarkan, yang sebenarnya boleh diatasi sekiranya diagnosis awal dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kanak-kanak itu mengalami disleksia. Pihak yang sering dipertanggungjawabkan dengan tugas ini adalah para guru, terutama guru sekolah rendah. Sehubungan itu, adalah amat penting guru-guru mempunyai pengetahuan tentang disleksia supaya dapat memberi perkhidmatan dengan lebih berkesan.

ISI KANDUNGAN

Page 2: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 99

DEFINISI

Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ bermaksud ‘kesukaran’ dan ‘lexia’ bermaksud ‘perkataan’. Secara literalnya, disleksia bermaksud “ kesukaran dalam bahasa” (Ott, 1997). Terjemahannya membawa maksud ‘kesukaran dengan perkataan bertulis’. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith1999).

Terdapat pelbagai interpretasi dan definisi yang diberikan terhadap disleksia, namun begitu semuanya membawa maksud kepada kelemahan atau kesukaran membaca yang dialami kanak-kanak. Menurut Zahrah Hj. Abdullah, kanak-kanak disleksia bukan sahaja menghadapi masalah dalam pembacaan, tetapi juga ejaan, penulisan serta beberapa aspek bahasa yang lain. Secara umumnya disleksia merujuk kepada masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan kesukaran membaca dan menulis bahasa. Murid disleksia sering tidak dapat membaca walaupun mereka mempunyai IQ yang tinggi atau sama dengan murid normal.

Menurut World Federation of Neurology (1968) , disleksia ialah “suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka”.

Kementerian Pelajaran Malaysia pula mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran membaca, mengeja dan menulis.

Mengikut Thomson (1984), disleksia ialah sebagai suatu masalah kognitif. Selain itu, disleksia diakui bukan sahaja menjejaskan ingatan dan konsentrasi seorang kanak-kanak, bahkan menjejaskan kemahiran pengurusan diri dan kebolehan matematik.

Page 3: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 100

World Federation of Neurology (1968)

Disleksia ialah “suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka”

Mercer (1991) Disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf.

Perkataan disleksia berasal daripada bahasa Yunani. Dys bermaksud kesulitan untuk dan lexis (‘huruf” atau “leksikal”).

Thomson (1984)

Mendefinisikan disleksia sebagai satu masalah kognitif, menjejaskan ingatan dan konsentrasi seseorang kanak-kanak, bahkan menjejaskan kemahiran pengurusan diri dan kebolehan matematik.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran membaca, mengeja dan menulis.

Page 4: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 101

Disleksia adalah salah satu masalah pembelajaran yang biasanya diwarisi secara keturunan. Mereka yang mengalamainya menghadapi kesulitan dalam pembelajaran yang mempengaruhi pembacaan, penulisan dan penumpuan sehingga golongan ini sukar belajar semudah orang lain disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Disleksia bukan sejenis penyakit dan tidak memerlukan ubat untuk merawatnya, sebaliknya, dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.

Fadhilah Fitri (2009)

Menurut Choong Lean Keow (2009:158)

Dalam bukunya “Penggurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku” mendefinisikan ‘disleksia’ sebagai kesukaran menggunakan perkataan yang dihadapi oleh murid-murid yang mengalami kecelaruan bahasa.

Augur (1993) dan Bender (1995)

Disleksia ialah kesukaran spesifik dalam pembelajaran, satu kemahiran atau lebih dalam membaca, mengeja dan menulis walaupun mendapat pengajaran secara konvenasional.

Kovhevar (1975)

Disleksia ialah kanak-kanak yang bermasalah kekeliruan orientasi (b jadi p), struktur (n jadi h), gabungan kekeliruan orientasi (p jadi q), sukar untuk mengenal dan mengingat simbol dan urutan abjad, masalah perbendaharaan kata, tidak memahami makna perkataan, penterbalikan huruf, bacaan lisan kurang jelas, kesalahan vokal, menambah dan tidak faham konteks.

Profesor Berlin (1887)Disleksia ialah satu ’‘disorder” dalam diri kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tetapi tidak memperoleh kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yg setaraf intelek.

Davis (1982) Menyatakan seseorang yang mengalami masalah disleksia adalalh pemikir visual yang multidimensional kerana mereka berfikir dalam bentuk gambaran atau imej.

Page 5: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 102

KANAK-KANAK DISLEKSIA

Kanak-kanak disleksia ialah kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis, mengeja atau mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya secara umum. Mereka mungkin telah menguasai sesuatu kemahiran tertentu dengan cepat dan menunjukkan aras kecekapan yang tinggi, tetapi masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Kanak-kanak ini boleh menjadi seorang yang teramat kecewa dan mungkin menghadapi masalah emosi dan tingkah laku.

PUNCA DISLEKSIA

Punca utama masalah disleksia adalah faktor keturunan, kerana kajian mendapati 88 peratus daripada mereka yang mempunyai simptom disleksia mewarisi masalah itu daripada ahli keluarga. Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang juga menghidapi sindrom berkenaan.Selebihnya mendapati masalah ini berpunca dari kemalangan iaitu ketika dalam kandungan atau pun selepas dilahirkan.

Disleksia juga dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak, yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun dari kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang turut mempunyai sindrom berkenaan.

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

Disleksia visual (penglihatan).Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

Disleksia auditori (pendengaran).

Page 6: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 103

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori.

Disleksia visual-auditori. Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio. Punca utama masalah disleksia adalah faktor keturunan, kerana kajian mendapati 88 peratus daripada mereka yang mempunyai simptom disleksia mewarisi masalah itu daripada ahli keluarganya. Selebihnya 12 peratus lagi mendapat masalah ini daripada kemalangan iaitu ketika dalam kandungan atau pun selepas dilahirkan.

Trauma Disleksia berlaku selepas terjadinya trauma dibahagian otak yang mengawal bacaan dan penulisan. Ia adalah kecederaan otak yang kekal yang jarang terdapat dikalangan kanak-kanak yang telah bersekolah kerana ia adalah disebabkan kecederaan otak yang teruk. Disleksia utama adalah lebih kepada gangguan kefungsian berbanding kecederaan pada bahagian sebelah kiri otak (korteks serebrum) dan tidak berubah dengan usia. Individu yang mengalami disleksia ini jarang sekali berupaya membaca lebih dari tahap darjah empat dan biasanya sukar membaca, mengeja dan menulis seperti orang-orang dewasa. Disleksia utama adalah diwarisi melalui gen (turun-temurun). Didapati lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak- kanak perempuan.

Disleksia jenis sekunder pula atau disleksia perkembangan berlaku disebabkan oleh perkembangan hormon atau kurang zat makanan semasa peringkat awal perkembangan fetus. Kurang kemahiran keibubapaan, penyalahgunaan kuasa, pengabaian dan pemakanan yang kurang berzat pada peringkat awal perkembangan iaitu 0 hingga 5 tahun juga antara penyebab. Disleksia perkembangan akan beransur hilang apabila meningkat dewasa/matang. Lebih kerap terjadi dikalangan kanak- kanak lelaki berbanding kanak- kanak perempuan.

Jenis disleksia ini paling kerap ditemui di kelas-kelas pendidikan khas. Disleksia atau masalah pembelajaran kategori ini sesuai dengan pendekatan pengajaran seperti yang terdapat di kelas pendidikan khas yang membantu kanak-kanak ini belajar sementara sistem sarafnya terus berkembang.

Jenis-jenis Disleksia yang Layak Untuk Mendapat Perkhidmatan Pendidikan Khas.

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

Disleksia visual(penglihatan).Disleksia visual ialah istilah digunakan untuk masalah pembelajaran khusus dikenali sebagai kecelaruan proses visual. Disleksia jenis ini berlaku disebabkan perkembangan tidak matang bukan sahaja pada mata, malahan pada keseluruhan proses yang mendapatkan maklumat dari mata ke otak.

Page 7: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 104

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

Masalah yang melibatkan penggunaan deria penglihatan dimana seseorang kanak-kanak itu sukar membezakan apa yang dilihat walaupaun penglihatannya baik. Kanak-kanak ini amat sukar untuk membuat interpretasi serta mengingati apa yang dilihat walaupun perkataan.

Disleksia auditori /Disleksia Fonologi (pendengaran).

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara perlahan juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori. Dalam keadaan yang lebih teruk ianya dikenali sebagai Kecelaruan Pemerosesan Pendengaran (Auditory Processing Disorder). Disleksia jenis ini melibatkan kesukaran dengan bunyi abjad atau kumpulan abjad. Jika jenis disleksia ini berlaku, bunyiyang diterima bercampur aduk atau bukan mendengar dengan betul. Seperti juga dengan pemprosesan visual, otak akan mentafsirkan maklumat apa yang diterima.

Masalah yang mempengaruhi penggunaan deria pendengaran dapat mendengar tapi sukar mendiskriminasikan bunyi, mengenalpasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata. Tidak dapat membezakan bunyi huruf yang hampir sama, menghadapi masalah untuk membezakan bunyi antara vokal dan konsonan serta mengaitkan bunyi kepada perkataan yang dicetak atau ditulis amat sukar untuk dieja.

Disleksia visual-auditori.

Kesukaran membaca yang amat teruk disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio. Melibatkan kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran. Masalah yang tidak dapat membantu mengintrepretasikan apa yang dilihat dan didengar mereka. Mempunyai kesukaran membaca yang amat teruk. Disleksia mungkin menjejaskan beberapa fungsi yang berlainan. Disleksia visual bermasalah dari segi keterbalikan nombor dan abjad dan ketidakupayaan menulis simbol-simbol dalam turutan yang tepat. Disleksia pendengaran melibatkan kesukaran mendengar bunyi abjad atau suku kata. Bunyi bercampur aduk atau tidak dapat mendengar dengan betul. "Disgrafia" merujuk kanak-kanak yang sukar memegang dan mengawal sebatang pensel. Masalah ini menyebabkan kanak-kanak lambat atau sukar menulis.

Dispraksia merujuk kepada masalah pembelajaran yang dikenali sebagai integrasi sensori motor. Kecacatan ini memberi gangguan kepada pergerakan seseorang atau kurang matang dari segi organisasi pergerakan, disamping masalah bahasa, persepsi dan tanggapan. Lazimnya, kanak-kanak yang berkenaan dilihat sangat kekok dan kurang koordinasi motor/pergerakan.

Dyscalculia ialah satu kecacatan yang kurang dikenali, yang berkaitan dengan disleksia dan dipraksia. Istilahnya merujuk kepada ketidakbolehan menyelesaikan masalah matematik, biasanya disebabkan disfungsi otak. Ia berlaku kepada manusia dan merentasi keseluruhan julat IQ. Orang yang mengalaminya sering mempunyai kesukaran dengan masa, ukuran dan penakulan.

Terdapat pelbagai jenis disleksia yang menyebabkan gangguan kepada kebolehan kanak-kanak dalam mengeja dan membaca. Trauma disleksia biasanya berlaku disebabkan kecederaan

Page 8: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 105

atau kemalangan kepada bahagian otak yang mempunyai kawalan kepada keupayaan membaca dan menulis. Jenis disleksia kedua pula dirujuk sebagai disleksia utama. Disleksia ini berpunca lebih daripada gangguan fungsi berbanding dengan kecederaan atau kerosakan pada sebelah kiri otak (korteks serebrum) dan tidak berubah dengan peningkatan umur. Individu-individu dengan masalah ini jarang sekali berupaya membaca melebihi tahap darjah empat dan mereka juga mengalami kesukaran membaca, mengeja dan menulis sebagai seorang yang telah dewasa. Disleksia utama diwarisi dari turun temurun melalui gen-gen mereka. Ia kerap berlaku kepada kanak- kanak lelaki berbanding kanak- kanak perempuan.

Jenis disleksia yang ketiga dikenali sebagai “sekunder" atau “disleksia perkembangan" disebabkan oleh perkembangan hormon semasa peringkat awal perkembangan fetus. Disleksia perkembangan ini berkurangan apabila kanak-kanak bertambah matang. Ia juga sering berlaku pada kanak- kanak lelaki.

Disleksia mungkin menjejaskan beberapa jenis fungsi. Disleksia visual menyebabkan individu mengalami masalah keterbalikan nombor dan abjad dan kesukaran menulis simbol mengikut urutan yang tepat. Disleksia pendengaran pula melibatkan kesukaran dengan bunyi abjad atau kumpulan abjad. Bunyi yang didengar bercampur aduk atau tidak mendengar dengan betul. “Disgrafia” pula merujuk kepada kanak-kanak yang sukar memegang dan mengawal pensel supaya dapat menanda dengan betul diatas kertas.

SIMPTOM-SIMPTOM DISLEKSIA

Simptom bermaksud gejala awal bagi sesuatu penyakit. Ekwall dan Shanker (1998) dalam buku karangan Kamarulzaman Kamaruddin, Kway Eng Hock dan Mohamed Fawzi Yusof (2007) telah menyenaraikan beberapa gejala atau simptom bagi penyakit disleksia iaitu :

1) ASPEK PEMBACAAN

Disleksia kebanyakannya menghadapi masalah dari segi pembacaan. Antara simptom yang dapat dilihat melalui aspek ini seperti berikut :

i. Lembap dalam pembacaan dan mengeja satu persatu.Kanak-kanak disleksia mengalami kesukaran dalam membaca. Mereka akan mengeja satu persatu perkataan semasa membaca. Hal ini berlaku selepas mereka diajar membaca.

Page 9: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 106

Proses untuk mereka membaca mengambil masa yang lama atau mereka lembap untuk membaca.

ii. Terdapat kecenderungan meneka dan memperhatikan sesuatu huruf.Kanak-kanak disleksia cenderung untuk meneka sesuatu jawapan apabila ditanyakan kepada mereka. Apabila diminta untuk membaca, kanak-kanak ini akan memerhatikan huruf yang dilihat dalam tempoh lebih lama sebelum memberi jawapan.

iii. Meninggalkan huruf, imbuhan dan perkataan dalam pembacaan.Ketika kanak-kanak diminta untuk membaca, mereka juga sering kali mengabaikan huruf, imbuhan dan perkataan dalam pembacaan. Contohnya apabila membaca perkataan “bermain” mereka akan menyebut “main”.

iv. Tidak menghiraukan tanda baca.Selain itu, ada juga kanak-kanak yang tidak mengendahkan fungsi tanda baca. Misalnya mereka membaca tanpa berhenti walaupun terdapat tanda noktah. Tanda baca memainkan peranan penting ketika membaca. Sehubungan dengan itu, jika kanak-kanak tidak dapat menguasai fungsinya, mereka sedang menghadapi masalah dalam pembacaannya.

v. Melangkau perkataan semasa membaca.Terdapat juga kanak-kanak yang membaca tidak secara keseluruhannya. Ini bermakna mereka akan melangkau perkataan tertentu atau melompat perkataan ketika membaca. Jika perkataan yang mudah akan dibaca manakala perkataan yang sukar dibiarkan kemudian disusuli dengan perkataan seterusnya.

vi. Keliru dan mencampuradukkan perkataan yang kelihatan hampir sama.Kanak-kanak yang menghadapi disleksia biasanya akan mencampur adukkan perkataan yang hampir sama rupanya. Misalnya bagi perkataan “babu” dan “dadu”. Kedua-duanya kelihatan sama namun hakikatnya ia berbeza bunyi, rupa dan maksud.

vii. Membaca dari arah yang salah misalnya membaca dari kanan ke kiri dan arah bawah ke atas.Bagi tulisan rumi, cara bacaannya bermula dari kiri ke kanan manakala bagi tulisan jawi, cara bacaannya adalah dari kanan ke kiri. Sekiranya kanak-kanak keliru arah membaca diawal pembacaan, mereka memiliki tanda-tanda bagi penyakit disleksia.

2) ASPEK PENULISAN

Aspek penulisan juga pentingnya dalam mengenal pasti kanak-kanak disleksia. Berikut adalah simptom disleksia melalui aspek penulisan.

i. Lembap dalam penulisan iaitu menulis satu persatu dan selalu membuat kesalahan ketika menulis huruf yang hampir sama misalnya ‘d’ dan ‘b’.

Page 10: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 107

Kanak-kanak yang mengalami disleksia mungkin menghadapi kelambatan ketika menulis. Mereka menulis satu persatu huruf dan ini menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk menulis. Mereka juga sering membuat kesalahan ketika menulis terutama ketika menulis huruf yang hampir sama rupanya dan ia sering bertukar-tukar.

ii. Sering salah selama diajar menulis misalnya huruf ‘t’ ditulis c.Selain itu, mereka juga menghadapi masalah menulis huruf ‘t’ ditulis ‘c’. Bentuk kedua-dua huruf ini sedikit berbeza namun bunyinya pula yang hampir sama.

iii. Menulis dari arah kanan ke kiri.Jika dalam aspek pembacaan kanak-kanak disleksia membaca dari kanan ke kiri untuk tulisan rumi, bagi aspek penulisan pula mereka selalu ingin menulis dari kanan ke kiri. Ini menunjukkan terdapat masalah dalam teknik penulisan mereka.

iv. Meneka dan mereka-reka tulisan hingga tidak dapat membaca.Kita biasanya akan menulis apa yang dilihat. Namun begitu, kanak-kanak disleksia akan mereka sesuatu tulisan sehingga menyukarkan orang lain membacanya. Hanya mereka sahaja yang memahami apa yang ditulis walaupun ia tidak benar.

v. Tidak menghiraukan tatabahasa dalam penulisannya.Tatabahasa merupakan komponen penting dalam bahasa dan penulisan. Jika seseorang tidak mengendahkan tatabahasa, ini akan menyukarkan proses menyampaikan maksud melalui penulisan. Penulisan yang baik memerlukan tatabahasa yang baik juga untuk mereka. Sehubungan dengan itu, kanak-kanak disleksia adalah individu yang sering mengabaikan aspek tatabahasa ketika menulis.

vi. Menulis ayat yang tidak lengkap dan teratur.Kanak-kanak yang mengalami disleksia pada awalnya sering menulis ayat yang tidak lengkap dan teratur. Ayat yang ditulis menjadi tidak lengkap kerana ada perkataan yang tercicir, terdapat kesalahan tatabahasa mahupun tidak tersusun dengan baik.

vii. Selalu bertanya berulang-ulang kali terhadap perkataan yang telah diajar cara penulisannya.Suka bertanya merupakan satu cara untuk memupuk keberanian dan rasa ingin tahu dalam diri. Namun begitu, jika selalu bertanya perkara yang sama dan jawapannya juga adalah sama, ini adalah salah satu tanda-tanda disleksia.

3) ASPEK LAIN-LAIN

Aspek-aspek lain bagi masalah disleksia melibatkan pelbagai situasi seperti :

i. Kesukaran dalam mengingati sesuatu perkataan.Mengingat perkara adalah yang sering dilakukan apabila mempelajari sesuatu. Namun apabila seseorang itu sukar untuk mengingati, mungkin terdapat gangguan pada otak mereka.

Page 11: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 108

ii. Tidak mampu menyimpan informasi.Tidak mampu menyimpan informasi sama seperti tidak mampu mengingati apa yang telah dipelajari. Daya ingatan lemah boleh dikaitkan dengan gejala disleksia.

iii. Sukar menumpu perhatian.Kanak-kanak yang mengalami kesukaran menumpu perhatian akan terganggu proses pembelajaran mereka seterusnya menyebabkan mereka tidak menerima ilmu dengan baik.

iv. Emosi tidak stabil.Emosi yang tidak stabil biasanya berpunca daripada rumah seperti masalah keluarga, sosioekonomi keluarga atau kurang kasih sayang. Hal ini boleh menyebabkan gangguan emosi dan gangguan kepada pembelajaran juga.

v. Koordinasi mata dan tangan lemah.Apabila kurang daya tumpuan, ini juga akan mengakibatkan koordinasi mata dan tangan lemah dan aktiviti seperti menggunting sukar untuk dijalankan.

vi. Tidak mampu bekerja dengan tepat.Setiap simptom disleksia adalah berkait antara satu sama lain. Ketidakmampuan bekerja dengan tepat berkaitan dengan kurang daya tumpuan. Ini menyumbang berlakunya disleksia.

vii. Hiperaktif.Tidak semua kanak-kanak disleksia adalah hiperaktif tetapi kanak-kanak hiperaktif berkemungkinan mengalami disleksia kerana mereka tidak dapat menumpu perhatian dan melakukan kerja dengan tepat.

Simptom disleksia yang seperti yang dinyatakan tidak semestinya dialami oleh semua penghidap disleksia. Namun ia boleh dijadikan panduan dalam membuat pengesanan awal agar tindakan susulan dapat diambil dengan segera.

CIRI-CIRI UMUM DISLEKSIA

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di bawah, kanak-kanak mungkin mengalami disleksia atau masalah lain. Rujuk kepada pakar untuk pemeriksaan selanjutnya.

1) Faktor gangguan yang kerap.Kekerapan gangguan yang muncul dari peringkat awal perkembangan kanak-kanak dan masih lagi ketara apabila kanak-kanak disleksia meninggalkan sekolah.

Ini termasuk: Ada hari baik dan ada hari yang buruk, kekacauan perasaan berlaku tanpa bersebab. Kekeliruan antara perkataan-perkataan arahan, contohnya naik / turun, dalam /luar, Kesukaran dengan urutan, contohnya urutan manik berwarna, kemudian hari-hari

dalam seminggu atau nombor-nombor,

Page 12: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 109

Keluarga yang ada sejarah disleksia / kesukaran membaca.

2) Di prasekolah. Kekerapan tercampur aduk frasa-frasa. Contoh: kelab orang dewasa menjadi kelab

orang puasa Mengantikan perkataan contoh: penutup lampu jadi tiang lampu Ketidakupayaan mengingat label untuk objek objek yang diketahui, contohnya; meja,

kerusi . Sukar mempelajari puisi kanak-kanak dan perkataan berirama, contoh: sen, bin, den Perkembangan pertuturan yang lewat.

3) Petunjuk bukan bahasa di prasekolah. Berjalan lebih awal tetapi tidak melalui proses merangkak Mengalami kesukaran berterusan dalam berpakaian, sukar memakai kasut, atau tidak

tahu memakai kasut pada kaki yang betul. Suka mendengar bacaan namun tidak berminat untuk membaca. Sering dianggap tidak memberi perhatian, atau mendengar. Kerap tersandung, terlanggar benda-benda dan tumbang. Kesukaran menangkap, menendang atau membaling bola; juga sukar melompat

dan/ atau skipping. Kesukaran menepuk tangan mengikut ritma mudah.

4) Umur sekolah rendah. Mempunyai kesukaran dengan membaca dan ejaan. Masalah pengamatan, contoh: keterbalikan . Sukar mengingati sifir, abjad, formula dsb. Meninggalkan huruf dalam perkataan atau meletakkannya pada tempat yang salah. Terkeliru dengan huruf 'b' dan 'd' dan perkataan seperti 'bapa / pada'. Masih menggunakan jari-jari atau menanda diatas kertas untuk membuat

pengiraan mudah. Tumpuan yang lemah. Bermasalah dalam memahami apa yang dibaca . Mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk melakukan kerja bertulis. Bermasalah memproses bahasa dengan cepat.

Petunjuk bukan bahasa umur sekolah rendah (Primary school age non-language indicators): Kesukaran mengikat tali kasut, tali leher, memakai baju. Kesukaran memberitahu kanan atau kiri, hari dalam seminggu, bulan-bulan dalam setahun,dll. Kurang peka tentang arah dan masih keliru kanan dan kiri. Kurang keyakinan diri dan mempunyai imej kendiri yang rendah/lemah.

12 tahun ke atas.

Bagi sekolah rendah, dan seterusnya:

Page 13: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 110

Masih melakukan kesalahan dalam bacaan. Masih mempunyai kesukaran-kesukaran dalam ejaan. Memerlukan arahan yang berulang-ulang. Keliru tempat, masa dan haribulan. Sukar merancang dan menulis karangan. Sukar memproses bahasa yang kompleks.

CIRI-CIRI PENGHIDAP DISLEKSIA

1) Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.2) Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.3) Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.4) Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’

dan ‘p’ dianggap ‘q’.5) Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga selesai.6) Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa

memikirkan orang lain.7) Sering berlaku dalam kalangan lelaki.8) Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan,

anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

9) Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

OTAK MANUSIA

Sukar untuk mengetahui bagaimana otak manusia berfungsi. Otak terbahagi kepada beberapa kawasan dan setiap kawasan mempunyai fungsinya yang tersendiri. Walau bagaimanapun setiap kawasan dalam otak berkait antara satu sama lain. Otak boleh dibahagikan kepada dua hemisfera disambungkan dengan satu saraf yang panjangnya sepuluh sentimeter dan diameternya lima sentimeter. Saraf itu dikenali sebagai ‘corpus callosum’.

Page 14: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 111

Setiap bahagian mempunyai tugasnya yang tersendiri. Bahagian kiri otak menguasai percakapan, kewarasan, dan merupakan bahagian yang lebih berkuasa daripada bahagian sebelah kanan (verbal, logical and controlling half). Manakala bahagian kanan pula menguasai perlakuan dan merupakan bahagian pemikiran bukan lisan, praktikal dan kebolehan memahami (non-verbal, practical and intuitive).

Pandangan atas kawasan pemprosesan bahasa dalam kedua-duahemisfera otak mereka yang normal (Hornsby, 1995)

Bagi manusia normal, kawasan utama bahasa adalah diotak sebelah kiri dimana ianya lebih besar daripada otak disebelah kanan. Ramai pakar berpendapat masalah disleksia disebabkan kedua- dua belah otak mempunyai bahagian bahasa yang sama besar. Punca utama disleksia adalah disebabkan oleh sambungan antara kedua belah otak yang dipanggil ‘corpus callosum’ bermasalah. Corpus callosum mengalami kesesakan aliran impuls saraf yang mengelirukan (confusing traffic jam of nerve signals). Contohnya, bagi kanak-kanak disleksia objek seperti pen, kotak, pemadam tidak menimbulkan masalah kepada kanak-kanak disleksia kerana ianya bersifat tiga dimensi tetapi abjad seperti ‘p’ atau ‘q’ boleh menimbulkan kekeliruan kepada mereka. Huruf ini akan dipindahkan dari hemisfera otak kiri ke hemisfera otak kanan silih berganti (berulang-alik), sambil otak cuba membuat keputusan sama ada ianya adalah p atau q. Pemindahan silih berganti ini menyebabkan laluan antara otak kiri dan kanan menjadi sesak dan mengambil masa yang lama sehingga menyebabkan kesan seperti ‘imej cermin’ bagi huruf-huruf ini.

Page 15: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 112

Perbandingan isyarat saraf antara manusia normal dan mereka yang menghidap

Gambar kiri: Pembaca normal mengaktifkan system saraf yang kebanyakannyaterletak di belakang hemisfera kiri otak (bahagian yang gelap).

Gambar kanan: Otak pembaca disleksia. Bahagian itu kurang diaktifkan , sebaliknyabahagian hadapan hemisfera kiri otak yang lebih aktif.

Disleksia berlaku kerana terdapat perbezaan dalam struktur dan fungsi otak tetapi tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar masalah disleksia. Kita hanya tahu bahawa disleksia adalah satu masalah keturunan dan dapat dikaitkan dengan kromosom 6. Walau apa pun punca disleksia, kita sebagai guru harus menerima situasi ini dan menumpukan lebih perhatian terhadap murid yang mempunyai otak yang berlainan, yang berbakat dan produktif, tetapi perlu menggunakan kaedah belajar yang tersendiri.

Terdapat beberapa perbezaan otak anak disleksia dengan anak normal.

i. Otak anak disleksia tidak menunjukkan ketidakseimbangan (asimetri) pada pusat berbahasa di otak, di daerah temporal. Pada anak biasa, daerah temporal diotak kiri lebih besar berbanding dengan otak kanan. Pada kanak- kanak disleksia, kiri dan kanan adalah sama saja.

Page 16: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 113

ii. Pada kanak- kanak disleksia, terdapat ganguan sel saraf dibeberapa kawasan otak yang berhubung dengan kemampuan membaca, misalnya kawasan parietal dan temporal. Gangguan sel saraf ini sudah terjadi sejak kanak- kanak masih dalam kandungan.

MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakannya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

1) MengejaKelemahan mengeja menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja memberikan kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m – w y – g – j u – n m – n c – e p – q h – n b – dTerdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti t – h f – v

2) MembacaKesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya membuatkan kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:Batu – tuba Gula – lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:Jam – jemcat – cat

3) MenulisKanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan- perkataan yang pelik.

4) Bercakap dan mendengarTerdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

5) NomborKanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan

Page 17: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 114

nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :3 – 5 – 8 9 – 6

6) Masalah fizikal, pengurusan diri dan social Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan

pandai mengikat tali kasut. Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh. Skop penglihatan yang terhad dimana kekeliruan antara depan, belakang, kiri, kanan, atas,

bawah serta pengamatan yang lemah.

RAWATAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apapun ianya bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.

1) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.

2) Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

3) Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.4) Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang

berterusan.5) Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.6) Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.7) Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana

harmoni.8) Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.9) Mengamalkan konsep diri yang memberikan ganjaran atau pujian seperti bagus, pandai.

Page 18: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 115

SEJARAH PENDIDIKAN DISLEKSIA DI MALAYSIA

Pendidikan disleksia adalah satu program pendidikan yang baru diperkenalkan di negara kita. Bagi Kementerian Pelajaran Malaysia bermulanya program disleksia di sekolah adalah dengan pengambilan kumpulan pertama guru-guru menjalankan kursus disleksia selama empat belas minggu pada tahun 2004. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) telah terpilih sebagai sekolah perintis program disleksia ini dan telah dirasmikan pada 13 Mac 2004. Program ini bermula dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang guru sahaja dan subjek yang diajar hanyalah Bahasa Melayu.

Program ini terus berkembang dengan pesat, dengan pertambahan jumlah murid meningkat kepada 33 orang dan dikelolakan oleh 4 orang guru. Subjek juga bertambah selain Bahasa Melayu, Sains dan juga Matematik turut diajar. Pelancaran secara rasmi program disleksia peringkat kebangsaan telah disempurnakan di sekolah itu pada 16 Jun 2004 oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelaksanaan program rintis disleksia telah mencadangkan dua kaedah iaitu program kelas inklusif dan kelas khas disleksia. Melalui program kelas inklusif, penempatan murid-murid yang mengalami masalah dalam menguasai sebahagian besar kemahiran dalam matapelajaran akademik dijalankan dalam bilik darjah biasa. Manakala kelas khas disleksia (pemulihan khas) diwujudkan bagi murid–murid yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.

Jadual waktu bagi kelas inklusif dan kelas khas disleksia diambil daripada kelas arus perdana iaitu kelas biasa dengan menggunakan kokurikulum yang sama.

Page 19: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 116

PENUBUHAN PROGRAM DISLEKSIA PERSATUAN–PERSATUAN DISLEKSIA

Sejarah Persatuan Disleksia di Malaysia bermula bila Kelab Rotari Gombak, dan Institut Strategic and International Studies (ISIS), bersama-sama mengelolakan satu seminar umum bertajuk “Dyslexia Awareness in Malaysia” pada 18 April 1993. Selepas berakhirnya seminar itu, para peserta telah membuat keputusan untuk membentuk sebuah persatuan dan didaftarkan mengikut syarat-syarat Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan pada 23 Mac 1995. Persatuan ini telah didaftarkan dengan Persatuan Kesukaran Pembelajaran Spesifik, Wilayah Persekutuan (Specific Learning Disabilities Association of Wilayah Persekutuan). Alamat rasmi persatuan ialah Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat rasmi tahunan pada tahun 1999, ahli-ahli yang hadir telah meluluskan resolusi mengubah nama persatuan kepada Persatuan Dyslexia, Wilayah Persekutuan, dan mengubah alamat rasmi kepada No.6, Persiaran Kuantan, Setapak, Kuala Lumpur.Sejak Mac 1999, Persatuan Disleksia ini telah menggunakan premis-premis ini untuk pelbagai kegiatannya, seperti seminarn untuk guru-guru dan ibu bapa, runding cara dan kelas-kelas khas untuk anak-anak disleksia.

Antara objektifnya adalah:

Memajukan pendidikan dan kesejahteraan umum kanak-kanak dan lain-lain yang terjejas disebabkan oleh disleksi dan masalah pembelajaran khusus yang lain.

Untuk menggalakkan satu kesedaran umum dan kefahaman mengenai masalah-masalah serta keperluan kanak-kanak dan lain-lain pemasalahan pembelajaran khusus supaya dapat membantu mereka memperolehi diagnosis khusus serta rawatan dan dengan itu ketidakupayaan mereka dapat dipulihkan seberapa awal yang mungkin.

Untuk merayu pihak yang berwajib memasukkan dalam kursus latihan perguruan, arahan/latihan yang dapat melahirkan guru berkelayakkan serta peka tentang keperluan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran khusus ini yang memerlukan layanan istimewa.

Untuk menggalakkan penubuhan kursus khas latihan guru pemulihan serta mewujudkan perkhidmatan guru pemulihan di tempat-tempat yang mana kemudahan seperti itu tidak wujud.

Mengambil tindakan dan langkah-langkah sedemikian dan membuat semua perkara yang sependapat dengan persatuan yang mana boleh mempromosikan perhubungan yang mesra antara persatuan dan orang perseorangan (samada di Malaysia atau sebaliknya) yang berminat dalam sebarang aspek masalah pembelajaran khusus.

Untuk membuat jaringan, menderma sambil mempromosikan, menjadi ahli, menyokong atau berkerjasama atau bergabung dengan mana-mana persatuan atau perbadanan (sama ada perbadanan ataupun tidak) yang objektifnya menghampiri sebahagian atau kesemuanya dengan objektif persatuan.

Page 20: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 117

DISLEKSIA BUKAN PENGHALANG KEPADA KEJAYAAN HIDUP

Walaupun disleksia menyebabkan kesukaran dalam bahagian tertentu semasa kanak-kanak, namun pada orang dewasa disleksia dapat menikmati kepuasan melebihi tahap sederhana kemahiran koordinasi fizikal, empati, dan kemungkinan dianugerahkan dengan kebolehan seni artistik.

Jika mereka dapat mengatasi masalah kurang keyakinan diri yang dialami sewaktu di sekolah rendah, mereka boleh berjaya sebagai orang dewasa. Disleksia bukan penghalang kepada kejayaan hidup sesorang. Ramai individu disleksia telah berjaya dalam kehidupan mereka dan telah menjadi tokoh yang terkenal dalam pelbagai bidang dari seorang pelakon hinggalah kepada pakar saintis. Antara orang ternama yang juga mengalami disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein). Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut/dimensi.

.Tokoh-tokoh yang Mengalami Disleksia

Tom CruiseTom Cruise adalah seorang pelakon filem yang hebat, lahir di Syracuse, New York. Cruise berketurunan Inggeris dan Jerman. Pada tahun 1990, 1991 dan 1997 majalah People terbitan Amerika telah menobatkan beliau sebagai salah seorang “The 50 Most Beautiful People In the World”. Beliau telah membintangi dan mengeluarkan banyak filem yang telah menjadi ‘box office’.

Whoopi GoldbergNama sebenar Whoopi ialah Carolyn Johnson. Beliau adalah seorang penghibur dan selebriti Amerika yang terkenal. Antara filem lakonan beliau ialah Ghost, Sister Act 1 and 2, dan lain-lain. Whoopi menghadapi banyak masalah di sekolah tetapi hanya mengetahui yang beliau menghadapi disleksia ketika sudah dewasa. Beliau pernah diejek dengan gelaran lembab dan bodoh kerana tidak tahu membaca.

Orlando BloomLahir di Cantebury, Kent. Keluarga nenek sebelah ibu Bloom tersebar luas di Tasmania, Australia, India dan mereka semua berketurunan Inggeris asli. Bloom berjaya lulus dari St. Edmund’s school walaupun saat itu menderita disebabkan disleksia. Beliau telah menjadi pelakon secara professional bermula dari sebuah drama ‘Casualty’ dan kemudian ditawarkan berlakon dalam filem pertamanya ‘Wild” pada tahun 1997. Bloom menjadi lebih terkenal kerana memegang watak utama sebagi Legos dalam filem “The Lord of the Rings” pada tahun 2001-2003. Beliau pernah mengatakan, “Dyslexia is not due to lack of intelligence it’s a lack of access. It’s like if you’re dyslexic, you have all the information you need, but find it harder to process”. Dia mengganggap dirinya mengalami disleksia yang ringan.

Steve JobsPengasas Apple Computers, CED untuk Apple dan Pixar yang memenangi Anugerah Akademi studio animasi.

Richard Branson

Page 21: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 118

Richard adalah seorang pengasas dan pengerusi Syarikat Virgin Group di London. Beliau sering memperolehi keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan dan masa depan yang kurang cerah. Beliau sering malu kerana mengalami masalah disleksia dan pelajarannya semakin mundur. Tetapi beliau mempunyai kebolehan semula jadi iaitu kebolehan interpersonal luar biasa serta intuitif berkenaan kehendak orang lain. Mula terkenal apabila menerbitkan akhbar untuk pelajar yang bertajuk “Pelajar bersama rakan kongsi”. Kejayaan akhbar ini adalah titik tolak kejayaan gemilangnya yang memperlihatkan kejayaan demi kejayaan.

Walt DisneyWalter Elias "Walt" Disney ialah pengeluar filem Amerika, pengarah,penulis lakon layar, pelakun suara , dan juruanimasi. Salah satu penerbit filem yang paling terkenal di dunia.

Jay LenoJay Leno seorang yang sangat gigih. Hanya mendapat C dan D dalam pelajaran akibat masalah disleksia. Beliau memasukki Emerson College di Boston untuk mencapai impianya. Beliau sanggup duduk di luar bilik pengurusan universiti 12 jam sehari selama lima minggu sebelum diterima masuk. Jay menyatakan bahawa disleksia adalah penyebaba kejayaannya dalam bidang komedi. Keadaan disleksia yang menyebabkan dia mempunyai dorongan dan kecekalan untuk berjaya dalam komedi dan hidupnya.

Thomas EdisonThomas Edison lahir pada 1847. Beliau adalah seorang sainstis dan pereka cipta. Pernah dibuang sekolah semasa berusia 12 tahun kerana dipercayai sangat lembab. Beliau dikelaskan mempunyai masalah dalam menguasai matematik, tidak dapat memberikan tumpuan dan mengalami kesukaran untuk menggunakan perkataan serta pertuturan. Mula terkenal apabila beliau sering menyumbangkan artikel berkenaan rekabentuk telegraf yang baru kepada jurnal- jurnal teknikal. Edison mempatenkan 1093 rekaan baru. Beliau seorang yang kuat bekerja, kadang kala sehingga 20 jam sehari.Petikan yang terkenal oleh beliau: “Genius is one percent inspiration and 99 percent perspiration”. Thomas Edison berjaya menghasilkan pelbagai peralatan hebat yang menjadi asas kepada peralatan moden hari ini.

Albert EinsteinBeliau dilahirkan di Ulm, Wuttemberg, Jerman. Albert bersekolah disekolah Katholik kerana keinginan ibunya untuk beliau mempelajari bermain biola. Meskipun beliau mencipta model serta alat mekanik yang dianggap sebagai hobi, beliau dianggap pelajar yang lambat kerana masalah disleksia. Beliau mendapat gelaran doktor setelah menyerahkan tesis Eine neue Bestimmung der Molekul dimensionen pada 1905 di Zurich University. Beliau juga ada menulis empat artikel dan mendapat penghargaan Nobel melalui tesis kesan fotoelektrik.

General George PattonGeorge Smith Patton, Jr., ialah seorang jeneral Amerika yang terkenal pada Perang Dunia II. Dalam 36 tahun kariernya sebagai tentera, beliau adalah pakar strategi kententeraan dan pernah memerintah unit utama yang berpengkalan di Afrika Utara, Sicily dan di Eropah.

Page 22: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 119

Han Christian AndersonSeorang pengarang cerita kanak-kanak dan juga penyajak yang terkenal berbangsa Denmark. Buku karangannya masih menjadi kegemaran dan dibaca hingga ke hari ini.

Leornado da VinciLahir pada tahun 1432 di Itali. Da Vinci mengalami beberapa masalah pembelajaran termasuk disleksia dan ADD. Terkenal sebagai arkitek, pemuzik, anatomi, pencipta, jurutera, ahli matematik, pengukir dan pelukis. Dia telah digambarkan sebagai contoh tipikal “Lelaki Renaisans” dan sebagai seorang pintar cerdas. Lukisan Leorndo yang terkenal adalah seperti “ The Last Supper dan Mona Lisa”,

Pablo PicassoPablo lahir pada 1881 di Malaga Spain. Seorang pelukis yang terkenal tetapi menghadapi masalah membaca dan dilabelkan sebagai disleksia. Bapa Pablo merupakan seorang guru seni dari Malaga dan beliau menggalakkan Pablo menyertai sekolah itu. Sepanjang kerjayanya, beliau berjaya memperkembangkan konsep kecantikan dan gaya unik yang menarik perhatian orang ramai. Pablo melukis pelbagai benda seperti mana beliau melihat dalam persepsinya iaitu becelaru dan terbalik. Lukisan beliau menggambarkan imaginasi, emosi dan kreativiti. Pablo diiktiraf sebagai tokoh yang mencetuskan aliran baru dalam seni lukisan.Antara lukisnnya yang terkenal ialah: The Young Ladies of Arigon, The Man With Guitar dan Guenica.

Lee Kuan YewLee Kuan Yew lahir di Singapura pada 16 September 1923. Beliau menjadi perdana menteri Singapura dari tahun 1959-1990. Beliau pernah bekerja sebagai penulis laporan Sekutu bagi Jepun semasa Perang Dunia ke 2 serta sebagai editor bahasa Inggeris untuk alat propaganda dari 1943-1944. Lee menubuhkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada tahun 1949. Melalui pemerintahan beliau negara Singapura telah menapak maju dari negara golongan ketiga yang menjadi salah satu negara maju di dunia.

PENILAIAN KENDIRI

1. Dengann menggunakan perkataan sendiri, huraikan definisi operasi disleksia?.

2. Jelaskan mengapa masalah disleksia berlaku?

3. Disleksia bukan menjadi penghalang kepada kejayaan hidup seseorang. Bincangkan.

Page 23: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 120

4. Senaraikan ciri-ciri umum kanak-kanak disleksia.

PETA KONSEP

Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta Konsep di bawah.

5. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan definisi operasi disleksia?.

SIMPTOM-SIMPTOM DISLEKSIA

Aspek-aspek lainAspek Penulisan

i)

ii)

iii)

iv)

i)

ii)

iii)

iv)

i)

ii)

iii)

iv)

Page 24: Unit 7 - Definisi Operasi Disleksia

KBP3013 – Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 121

6. Jelaskan mengapa masalah disleksia berlaku?

7. Disleksia bukan menjadi penghalang kepada kejayaan hidup seseorang. Bincangkan.

8. Senaraikan ciri-ciri umum kanak-kanak disleksia.

Rujukan:

J Masey (2008). Meeting the Needs of Students with Dyslexia.Network Continuum.Davis, Ronald (1997). The Gift of Dyslexia.Peridgee Trade. New YorkSheila Devaraj & Samsiah Roslan (2010).Apa itu Disleksia?. PTS Professional PublishingJamela K.A. Mohamed (2005/2006). Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa (2nd ed., pp.91-92).PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.Zawawi Zahri & Norseha Mohd Yusof (2006). Kanak-Kanak Disleksia (1st ed.,pp.127-141). Open University Malaysia (OUM).Ott, P. (1997). How to Detect and Manage Dyslexia. A Reference and Resource Manual .London : Heinemann Educational Publishers.Sylvia Edwards.(1999). Reading For All. David Fulton Publishers, London..Sylvia Edwards.(1999). Writing For All.David Fulton Publishers, London.Ann Berger.(1999). Implementing the Literacy Hour for People with Learning Difficulties.Biggar, S., & Barr, J. (1996). The Emotional World of Specific Learning Difficulties.In G. Reid(Ed.),Dimensions of Dyslexia. Volume 2. Literacy, Language and Learning.Flynn, J. M., & Rahbar, M. H. (1994). Prevalence of reading failure in boys compared with girls.Sacramento,USA.Hornsby, B. (1995). Overcoming Dyslexia.London: Vermillon.Ott , P. (1997).How to Detect and Manage Dyslexia . A Reference and Resource Manual .London : Heinemann Educational Publishers.Raymond, S. (1997).Helping Children Cope with Dyslexia.London : Sheldon Press.Shaywitz, S. (2003).Overcoming Dyslexia. Alfred A. Knopf: New YorkZahrah Hj. Abdullah.(2004). Murid Disleksia belajar mengeja dengan melakar/melukis gambar.http://kami213.blogspot.com/2007/09/punca -disleksia.htmlhttp://www.avko.org/Info/dyslexia/dyslexia contributing factors.htm