teori psikoanalisis

33

Click here to load reader

Upload: -

Post on 05-Dec-2014

598 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Teori psikoanalisis

     a)TEORI PSIKOANALISIS

Psikoanalisa merupakan salah satu gerakan revolusioner di bidang psikologi yang

dimulai dari satu metod penyembuhan penderita sakit mental. Hipotesis pokok psikoanalisa

menyatakan bahwa tingkah laku manusia sebahagian besar ditentukan oleh motif-motif tak

sedar, sehingga Freud (Pendiri Aliran psikoanalisis) dijuluki sebagai bapak penjelajah dan

pembuat peta ketidaksedaran manusia.

Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. 

Beliau berasal dari Moravia, yang pada masa sekarang terkenal dengan nama Slovakia. 

Beliau bermula sebagai seorang doctor perubatan dan sebagai penyelidik menumpukan

penyelidikannya kepada kecelaruan saraf.  Bidang ini tidak begitu maju dalam abad yang ke

18, dimana ramai semasa itu yang menggunakan hipnosis sebagai satu kaedah bagi

menyelesaikan penyakit mental.  Freud bagaimana pun dipengaruhi oleh kerja-kerja kaedah

yang dijalankan oleh seorang doktor di Vienna, Austria yang bernama Joseph Breur.  Breur

telah menggunakan suatu teknik bagi mengubati pesakit-pesakitnya, iaitu menumpukan

kepada perbualan tentang simtom-simtom dan didapati berkesan.  Pengaruh ini melibatkan

Freud mendalami kajiannya secara persendirian dan hingga diterbitkan bukunya yang

pertama 'The Interpretation of Dreams' (1900) dan seterusnya kajian tentang analysis sendiri.

Psikoanalisis bolehlah diiktirafkan sebagai satu kaedah bagi merawati seorang

individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya.  Sekiranya kita

mengikuti fahaman tradisi, psikoanalisis lebih dianggap sesuai merawati individu yang mana

masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Kemungkinan agak kurang sesuai

untuk membantu mengatasi kesulitan yang dialami seharian.

Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan

dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives).  Berdasarkan kepada pandangan ini

lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia.  Fahaman ini berpendapat

manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan

manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya.

Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic instincts)

dan desakan biologikal.  Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan

Page 2: Teori psikoanalisis

nafsu sendiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau

perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. 

Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam

masyarakat.  Dalam ertikata yang luas termasuklah juga kekeluargaan.  Dengan demikian,

maka diadakan ciri-ciri sosialiasi.  Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka individu akan

berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat

sendiri.  Apabila kesedaran ini berlaku, maka individu dianggapkan bilazim.

Freud  juga memberikan pernyataan bahawa pada awalnya perilaku manusia didasari

pada hasrat seksualitas (eros) yang dirasakan oleh manusia semenjak kecil dari ibunya.

Pengalaman seksual dari Ibu, seperti menyusui, selanjutnya mengalami perkembangan atau

tersublimasi hingga memunculkan berbagai perilaku lain yang disesuaikan dengan aturan

norma masyarakat atau norma Ayah. Namun pada akhirnya Freud pun mensejajarkan atau

tidak menunggalkan insting seksual saja yang ada di dalam diri manusia, namun

disandingkan dengan insting mati (Thanatos). Kedua hal ini yang nantinya membentuk

keperibadian dasar manusia. Atau dengan kata lain terbentuknya keperibadian dasar manusia

terjadi pada 5-6 tahun pertama dalam kehidupannya.

Dalam mengembangkan pendekatannya terhadap masalah-masalah yang berkaitan

dengan keperibadian manusia, Freud mengajukan suatu anggapan dasar bahawa ada tiga

sistem energi yang tumbuh dan berkembang dalam diri setiap manusia. Interaksi dari ketiga

sistem itulah yang oleh Freud dianggap paling bertanggung jawab terhadap perkembangan

karakter dan moralitas seseorang. Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran inidan

kesannya terhadap perkembangan personaliti, psikoanalisis juga telah membahagikan

personaliti manusiaitu kepada tiga struktur:   

(1) ID

(2) EGO

(3) SUPER EGO

Id

  Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu.  Dalam

pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan.  Id

dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, satu

Page 3: Teori psikoanalisis

elemen yang sedia ada dalam diri manusia.  Id merupakan satu gejala bawah sedar.  Id

merupakan satu tenaga yang primitif.  Id tidak teratur, tidak rasional dan penuhdengan

orientasi berkehendakkan kepuasan.  Id merupakan sumber LIBIDO.  Tujuan utama id adalah

bagi mendapatkan kepuasan swadiri secara mendadak (immediategratification).  Itulah

sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral.  

Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang

tidak payah dipelajari.  

Ego

Ego berbeza dengan id.  Ego tidak wujud semasa kelahiran.  Sebaliknya, ego

berkembang secara berperingkat.  Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan

persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. 

Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang

lain, objek di dalam alam sekelilingnya.  Sebagai alat memperkukuhkan swadiri pada tahap

sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkahlaku dan personaliti

individu.

Identifikasi.  Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan

peranan yang penting semasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepada ego. 

Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak terhadap acara yang mendatangkan kecemasan,

biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego.  Ego mempunyai dua cara

untuk bertindak dalam keadaan kecemasaan.

(1) Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga

pemikiran yang nyata atau yang sebenar.  Seterusnya, ego boleh

bertindak terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah berasaskan

pengalaman dan sosialisasi.

(2) Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah

dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran.  Apabila

kaedah ini bergerak dan mengambilalih tingkahlaku, keadan ini ternyata

sebagai mekanisma beladiri ego.  Antara mekanisma beladiri adalah

pendaman, rosotan, sublimasi.

(3) SUPER EGO.  Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam

pemikiran tingkahlaku psikoanalisis.  Super ego lebih menyerupai hati

Page 4: Teori psikoanalisis

nurani atau 'conscience' seseorang individu.  Super ego merupakan akar

tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik.  Moral yang dipelajari,

dikenal pasti daripada ibu dan bapa, mahupun masyarakat. Moral yang

demikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu

masih kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan

moral sebagai sebati dengan hati nuraninya. Super ego mengawal ego

dan id.  Super ego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa seorang

individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi,

pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku.  Disebalik super ego

sentiasa wujud imej pengawalan.  Sebagai contoh, lazimnya di kalangan

orang Melayu, apabila hendak keluar dari rumah, secara otomatis

terlintas bagi memakai kasut.  Keadaan menanggalkan kasut sebelum

memasuk ke dalam rumah kediaman juga menjadi kelaziman adat orang

Melayu.

Fahaman tenaga psike di dalam individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada

konsep LIBIDO.  Konsep libido in lebih menyerupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga

hidup atau EROS (tenaga kehidupan).  Dalam pengertian yang lebih luas, libido merupakan

desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak tertunpu hanya kepada maksud seks

yang sempit, tetapi termasuk segala aspek kepuasan swadiri.  Desakan yang kedua dalam

tenaga psike adalah desakan aggresif atau THANATOS (kehendak mati).

Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi semenjak

seseorang itu dilahirkan.  Penentuan psike ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awal

tadi bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. 

Naluri desakan biological itu lebih kuat mempengaruhi tingkahlaku manusia.  Dalam

kaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak adalah bagi memberi

fokus kepada konflik yang belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil.  Dalam

fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proses kaunseling, kaunselor perlu mengkaji

latar belakang dan sejarah pengalaman kliennya.

Page 5: Teori psikoanalisis

     Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis, selain dari Penentuan Psike. 

Dalam pemikiran manusia, keadaan sedar merupakan satu tahapyang paling rendah dari segi

keutamaan tahap kesedaran.  Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran:

(1)  SEDAR (Concious)

      (2)  PRASEDAR (Preconcious)

     (3)  BAWAH SEDAR (Unconcious)

     Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanalisis. 

Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh

individu.  Rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya.

Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan,

pemikiran kita yang boleh dipanggil secara swadiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam

keadaan sedar.  Sungguh pun pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan

sebahagaian dari tahap sedar tadi.  Contoh, Pada masa tertentu, kita akan rasa lapar--boleh

dipanggil secara swadiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untuk makan.  Contoh

yang lain, panas, sejuk dapat difikirkan kekuatannya.  Tahap panas, sejuk mempunyai tahap

tertentu bagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing.

     Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses

psikoanalisis.  Peringkat bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan

tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yang semulajadi seperti tenaga psike.

Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat

mengeluarkannya secara swadiri.  Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar

kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan daripada kaunselor.

     Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat

dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun

individu tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawa

masyarakat juga tidak dapat menerimanya.

Page 6: Teori psikoanalisis

     Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi

kata-kata tersasul; mimpi; fantasi atau khayalan seseorang individu.  Kesemua inimerupakan

satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar individu. 

Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya di antara

kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yangbaru yang lebih menumpukan kepada tingkah

laku semasa yang dapat dicerap.

     Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk

bertindak kepada tahap kesedaran kliennya.  Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian

klien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawah sedarnya yang telah disekat

darikenyataan secara mekanisma bela diri REPRESSI.  Secara repressi, individu itu telah

dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang 'tak sesuai'tetapi kaunselor

juga dikehendaki membantu kliennya bekerja keras bersama sama bagi cuba menyelesaikan

konflik yang belum dapat dibereskan.

     Caranya:

(1) Pendedahan

            (2) Meneroka

            (3) Pentafsiran

     Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar,kaunseling secara psikoanalisis juga

tertumpu kepada kaedah penerokaan dan pendedahan.  Apa yang dimaksudkan di sini ialah

kaunselor itu akan membantu kliennya dengan mendedahkan sebab sebenar masalah yang

dihadapinya.  Pada biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebab asas masalah ini akan

melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnya mekanisma bela diri klien.  Klien akan

sedaya upaya menghalang sebab masalahnya itu didedahkan.

Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang

sebenarnya disebalik huraian komunikasi yang dibuat oleh klien.  Pentafsiran merupakan

elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat

membantu klien memahami apakah yang beliau sedang mengalami disebalik tahap bawah

sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya terhadap acara semasa. 

Apa yang telah diperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedah pendekatan

psikoanalisis.  Konsep yang kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat. 

Page 7: Teori psikoanalisis

Teori hierarki keperluan Abraham Maslow

Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang

tertentu.  Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai

keperluan yang kompleks.   Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah

menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat.  Sesuatu

peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih

rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu.  Pada peringkat yang paling asas terdapat

keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi.  Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah

keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan

kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia

adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. 

Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah di bawah. 

 

1. Keperluan Estetik

2. Keperluan Mengetahui

3. Penyempurnaan Diri

4. Penghargaan Kendiri

5. Kasih Sayang

6. Keselamatan

7.Fisiologi

 

Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’

individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada

masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti

dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga

kepada peringkat penyempurnaan kendiri.  Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan

Page 8: Teori psikoanalisis

individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal

ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya.  Pada

masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan

kreativiti impuls individu.  Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam

mencapai kemahuan ini.  Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat

terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan

perkembangan. 

Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas.

Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia.    

Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti

keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.  Membicarakan teori

motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan

tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana

kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu

atau terjejas.  Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan

perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan

dari segi fizikal pelajar itu.  Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang

bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran.  Selain itu, salah satu lagi yang termasuk dalam

keperluan asas manusia adalah keperluan seks.  Keperluan ini akan mencapai kemuncaknya

apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh.   Melalui keperluan ini, setiap individu

dapat mengetahui peranan jantina masing-masing.  Mereka perlu berkahwin untuk memenuhi

keperluan seks.  Bagi remaja yang cuba memenuhi keperluan seks melalui hubungan seks

yang tidak selamat, boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada mereka. 

Kekurangan keperluan seks boleh menyebabkan seseorang individu tidak dapat melakukan

tugasan lain kerana keperluan ini adalah merupakan  keperluan utama yang perlu dipenuhi

terlebih dahulu.

  Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam

hidup.  Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan

yang berbeza-beza..  Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya

lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya

sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain.  Keperluan ini

Page 9: Teori psikoanalisis

boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya

dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan

keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi.  Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang

kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa.  Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang

ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil

penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut

menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang

kanak-kanak.

  Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas.  Pelajar-pelajar memerlukan

keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin.  Oleh itu dari peringkat awal

lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini.  Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan

diri mereka sendiri.  Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan

peranannya dalam mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini. 

 Di dalam kelas guru pula berperanan besar.  Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin

jikalau seseorang guru itu bertindak dengan konsisten.  Ini kerana pelajar-pelajar itu akan

dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau ‘mood’’

guru itu.  Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan.  Semestinya setiap arahan

yang diberi tidak bercanggah.  Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada

sikap toleransi terhadap para pelajarnya.  Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan

membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses

pembelajaran.

 

  Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini  untuk mendapatkan

hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri.  Kebiasaan yang berlaku di dalam

kelas, pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau

perbalahan antara satu sama lain.  Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam

keadaan yang tidak stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses

pembelajaran mereka.  Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka

dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda.  Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak

senang di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai,

Page 10: Teori psikoanalisis

dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itu

keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan lenyap.

 

 Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan

menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama

mereka.  Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara hubungan yang baik dan mesra di

antara pelajar dengan guru.   Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima,

dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak

milik keanggotaan dalam komuniti tersebut.  Secara tidak langsung, proses pengajaran

pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan  kerana masing-masing

individu telah dapat memenuhi keperluan kehendaknya. 

 

  Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan

oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai

sifat-sifat istimewa individu  sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari

segi sikap, pengetahuan dan kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu

belajar menerima diri mereka sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak

merasa tersingkir.Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi

berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri

mereka dihargai, dikasihi dan bernilaai.Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif

membincangkan masalah pembelajaran dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktivviti

seperti projek-projek bagi setiaap murid supaya mereka dapat berdamping dan mendampingi

murid yang lain.

 

Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai

individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik atau istimewa ( Shaffer,1985 ).Ia

membawa maksud bagaiman seseorang individu itu berpendapat dan menganggap

dirinya.Penyempurnaan kendiri pula bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti

jadi, iaitu potensinya dilahirkan.  Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan

kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya.Kesedaran itu pula lahir daripada maklum

Page 11: Teori psikoanalisis

balas, gerakbalas atau preaksi individu lain disepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi

dengan individu lain.

 

 Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri yang

tinggi dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya dengan melihat

dirinya berkebolehan  dalam hubungan dengan dunia luar. Manakala mereka yang

mempunyai konsep kendiri yang rendah pula melihat dirinya sebagai orang yaang membenci

dan tidak menghargai dirinya.Iaitu seseorang yang tidak berkebolehan untuk berhubung

secara berkesan dengan persekitarannya.  Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah

peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah

itu telah dipenuhi.  Demikian pula mengikut Atan Long (1976 : 148) daripada Maslow

(1970),  keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu adalah keperluan yang menjadi

kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan manusia.  Keperluan ini

hanya dapat dicapai setelah seseorang itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada

peringkat yang lebih bawah di dalam sistem keperluan tadi.  Menurutnya lagi, keperluan

penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan manusia. 

  Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat memenuhi

keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika; ia telah dapat dengan sepenuhnya akan

makna hidup; ia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain; ia merasakan gembira

tentang nikmat hidup dan telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya.

  Penerimaan diri berlaku melalui sosialisasi dengan individu lain.Sikiranya individu itu

diterima oleh orang lain, dia juga akan menerima dirinya.Penerimaan diri boleh

mempengaruhi tindak tanduk individu dalam menghadapi  cabaran hidup ini.Manakal

perhargaan diri pula bermaksud sikap penerimaan atau tidak penerimaan individu terhadap

dirinya.Individu yang tinggi penghargaan dirinya selalu berkebolehan membenteras dan

mengatasi kegawatan persenoliti serta kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul

dalam hidupnya.  Untuk membina konsep kendiri yang positif ibu pada dan para pendidik

perlu memberi dorongaan, bantuan dan sokongan kepada murid. Bantuan kemudahan dan

sokongan moral perlu dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa dan pendidik juga perlu 

Page 12: Teori psikoanalisis

menyediakan segala jenis pengalaman hidup untuk membantu murid mengembangkan bakat

atau potensi mereka.

 

 Dalam meniti arus kehidupan untuk membantu murid mengembangkan bakat  atau

potensi mereka. Di sekolah, terdapat banyak ruang atau peluang-peluang yang diberi atau

disediakan kepada pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini

seperti pemilihan aktiviti oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas juga sesi

bimbingan kaunseling.  Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar dapat memilih jenis

pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan mereka juga bebas menggunakan

masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu  Apabila pelajar berusaha

untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar dengan tekun,

bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan berdisiplin. 

Di samping itu pelajar juga perlu mengetahui had aktiviti mereka.

Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru

perlumemainkan peranannya.  Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga

kebolehan pelajar dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka.  Dengan ini

pelajar dan guru berjalan seiringan dalam memenuhi satu matlamat.  Kesan daripada itu

proses pengajaran serta pembelajaran dapat ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat

kepada semua pihak.

  Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara. 

Ia berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun serta menganalisis sesuatu

maklumat.  Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu mestilah berusaha mencari

jawapan mengenai makna kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya.   Dalam konteks

sekolah, guru mestilah sentiasa mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya

semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.

Page 13: Teori psikoanalisis

  Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan

memahami keindahan dan kecantikan dalam dirinya.  Salah satu untuk memiliki perasaan

tersebut adalah dengan cara memiliki baranganyang cantik dan mempunyai unsur-unsur

kesenian dalam dirinya.    Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus

malahan beribu ringgit untuk memiliki barangan yang indah . Dalam konteks sekolah pula,

pelajar perlu digalakkan supaya lebih melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat

mengembangkan otak kanan mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya.

 

Meskipun banyak teori kepribadian kontemporer mengadopsi lebih atau kurang dari

orientasi holistik, konsep teoridari Abraham Maslow dan Carl Rogers ini berbeda dengan teori Freud,

Carl Jung, Henry Murray dan GordonAllport, walaupun mereka mengidentifikasi diri mereka

sebagai tokoh-tokoh pergerakan humanistik dalam psikologimodern. Konsep humanisme

yang diusung oleh Abraham Maslow mengemukakan bahwa yang menentukankeberhargaan

seorang manusia adalah kapasitas atau kemampuannya untuk dapat merealisasikan diri. Teori

humanistik percaya bahawa manusia memiliki potensi diri untuk sehat dan kreatif, jika kita

mau menerima tanggungjawab bagi kehidupan diri kita sendiri.

b)Teori Pembelajaran tingkah laku

Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan

tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak

balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan

pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas

perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian

pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang

pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh

kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif.

Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan

Page 14: Teori psikoanalisis

perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada

tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang

dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk

pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini

ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan .Dalam perisian kursus PPBK , tumpuan

objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini akan

berpegang kepada anggapan bahawa pembelajaran perisian kursus PPBK merangkumi

tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem

pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan

sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh,

apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia

akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu

memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar

semasa kegiatan pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi:

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya

b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah

mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu;

c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat

mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar;

d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan

motisai .

Page 15: Teori psikoanalisis

Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang banyak

diterapkan di dunia pendidikan meliputi

a)    Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya 

b)     Bahan   pelajaran   disusun   dalam   urutan   yang   logik   supaya   pelajar   dapat   dengan   mudah 

mempelajarinya dan  dapat memberikan respon tertentu; 

c)     Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui 

apakah respon  yang  diberikannya telah benar

d)    Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan.

Teori tentang perilaku dalam kegiatan pembelajaran tentunya akan lebih tepat jika

didasarkan p ada teori belajar menurut psikologi behavioristik. Ada pendapat dari penganut

paham ini yaitu: tingkah laku pelajar merupakan reaksi terhadap lingkungan mereka pada

masa lalu dan masa sekarang. Kita bisa menganalisis kejadian tingkah laku dengan cara

mempelajari latar belakang penguatan terhadap tingkah laku tersebut. (Wasty Soemanto,

1990: 117).

Sejak seorang bayi lahir otaknya mulai bekerja sebagai pengumpul, pencatat dan

penyimpanan data pengalaman hidupnya, dengan kesempurnaan kerja yang makin meningkat

secara alami, sesuai dengan pertumbuhan fungsi organ otaknya (Lavinthal, 1983).

Pengalaman apa-apa yang pernah menyentuh hidup seseorang manusia direkam dipusat

ingatannya dengan cara yang sistematis. Melalui koordinasi pusat asosiasi, rincian memori

yang d ada pada kulit otak tersebut bisa dihuibungkan satu dengan yang lain setiap saat

diperlukan dan untuk kerja otak apa-apa yang mungkin, kecepatan, kecermatan, dan

ketepatan kerja otak ditentukan oleh kondisi fisiologi otak itu sendiri (Levinthal, 1983).

Disamping itu juga ditentukan oleh kondisi psikhis pikiran individunya dan

“pelatihan atau pengalaman kerja” yang dilakukan otak dari waktu kewaktu (gagne, 1977).

Pengalaman seseorang siswa dengan sekian banyak guru, mata pelajaran, cara mengajar, cara

menilai, suasana belajar, nilai yang diperoleh, interaksi di antara teman dan sebagainya, akan

membentuk semacam sistem respon saat. Sistem ini kemudian berfungsi sebagai pemecah

masalah, yaitu masalah yang dihadapi dari saat kedetik perjalanan proses belajarnya.

Page 16: Teori psikoanalisis

Kebiasaan penelitian yang baik akan membantu siswa menguasai kuliahnya,

mencapai kemajuan penelitian. Kebiasaan Penelitian yang buruk akan menyulitkan dan

menghambat kemajuan belajar. Dengan mengacu kep ada hukum-hukum yang dikemukakan

Thorndike, Bittel (dikutip Sukir; 103-104) menyatakan bahwa penelitian yang baik mencakup

enam hal. Pertama, adanya kesiapan (readiness). Kedua, id adanya latihan (exercise). Ketiga,

manfaat (effect) yang menimbulkan kepuasan. Keempat, motivasi yang mendorong untuk

memenuhi kebutuhan berprestasi. Kelima, adanya intensitas (intensity), kecukupan waktu

yang digunakan untuk belajar.Keenam, adanya tantangan (recency). Kebiasaan yang baik

sesuai dengan prinsip-prinsip tersebut, salah satu akibatnya adalah peningkatan efisiensi.

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran

berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana

tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya

upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai

sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada

seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti

berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.

Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu

pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh

ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang

agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah

perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam

psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai

sempurna kendiri dan nilai individu.

Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan

memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21,

yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran

berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan

prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau

bagaimanapun peranan guru sebagai mu’allim, murabbi, muaddib, muhallil, dan qiadi masih

kekal, malah perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi ‘kerenah globalisasi’

Page 17: Teori psikoanalisis

Teori Realiti - William Glasser - Presentation Transcript

Teori ini telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat

pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Teori realiti berorientasikan tingkah

laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology.

Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktik dan kognitif. Kaunselor

juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah tingkah

lakunya. Terapi ini juga menolak konsep sakit jiwa yang dipelopori oleh teori psikoanalisis.

Matlamat Teori Realiti

Teori Realiti Glasser yang bersangkutan dengan cara mendisiplinkan murid

menggunakan pelbagai langkah dan peringkat. Kalau anda berminat, anda boleh teruskan

pembacaan untuk melihat isi kandungan teori ini. Jika tidak, berhenti sahaja membaca entri

ini. Banyak lagi urusan yang mungkin anda boleh selesaikan. Jika ada sebarang kemusykilan,

ada boleh google atau rujuk kepada buku-buku tentang ilmu pendidikan.

Tahun 1965, William Glasser mengemukakan Model Terapi Realiti yang menerima bahawa

tingkah laku secara luarannya dipandu motivasi dalaman. Model ini adalah berdasarkan tiga

prinsip berikut:

Motif umum terapi adalah membantu seseorang bagi mencapai autonominya. Teori

ini membantu klien dalam menentukan dan memperjelaskan tujuan-tujuan mereka dan

Membantu klien dalam menjelaskan cara- cara mereka menghambat kemajuan ke arah

tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri. Teori ini membantu klien menemukan

alternatif- alternatif dalam mencapai tujuan-tujuan dengan syarat klien sendiri yang

menetapkan tujuan-tujuan itu.

KONSEP-KONSEP TEORI REALITI menolak konsep sakit jiwa. Fokus teori ini

kepada tingkah laku. Ini menumpukan kepada situasi masa kini. Klien ini digalakkan menilai

dan meneliti tingkah laku seseorang. Teori ini tidak akan menggunakan denda atau dera.

Teori realiti lebih menekankan kepada aspek bertanggungjawab individu seseorang. Semua

persetujuan dan semua peraturan yang ditetapkan oleh kaunselor hendaklah dipatuhi secara

ketat. Sebarang pelanggaran peraturan tidak diizinkan.

Page 18: Teori psikoanalisis

Pandangan terapi tentang kejadian Manusia Dorongan Fizikal Psikologikal. Rasa

kepunyaan (belonging) Ia merupakan suatu keperluan asas . Kuasa (power) manusia seperti

makan,,Kebebasan (freedom) minum dan tidur ,Keseronokan (fun).

bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Tingkah laku tidak dihasilkan dari

persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampaunya. Individu boleh hidup dengan lebih

baik apabila diberi bimbingan dan sokongan.Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkah

laku supaya persekitarannya sesuai seperti mana yang ia kehendaki. Teori ini sering dikaitkan

dengan Teori Kawalan dan Teori Pilihan.

TEORI KAWALAN (1970):

“Kita cuba mengawal tingkah laku supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang paling

memuaskan hati kita pada waktu tersebut.”

TEORI PILIHAN (1988, 1997)

“Semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia

(diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan).”

Menurut Glasser (1984, 1996), pelajar memerlukan 4 keperluan, iaitu: Keperluan untuk

memiliki. (memiliki kawan, terlibat dalam aktiviti kelas bersama guru), Keperluan terhadap

kuasa/pengaruh. (mempunyai rasa diperlukan, disedari kehadirannya oleh orang lain, dan rasa

ingin bersaing) Keperluan terhadap kebebasan.(pelajar bebas membuat pilihan menggunakan

kemahiran membuat keputusan mereka sendiri) Keperluan untuk berseronok.

Dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang tanggungjawab

mereka dan bagaimana membuat pilihan yang tepat, Glasser telah menghasilkan 10 langkah

disiplin, iaitu:Apabila masalah disiplin berlaku, guru perlu mengambil masa memikirkan

tingkah laku pelajarnya bagi mengetahui adakah guru tersebut menjadi penyebab berlakunya

masalah disiplin tersebut. (Guru buat analisis tingkah laku pelajar).

Page 19: Teori psikoanalisis

Guru perlu menentukan cara untuk menguruskan tingkah laku pelajar berdasarkan

pengalamannya berhadapan dengan situasi yang sama pada masa lepas.

Guru mengatasi masalah tingkah laku dengan 2 cara:

i. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan menarik

ii. Membina hubungan baik dengan pelajar

Guru perlu bertanyakan kepada murid “Apa yang kamu lakukan?” daripada bertanyakan

Mengapa kamu lakukan perkara tersebut?” bagi mengelakkan pelajar menjadi bingung.

Apabila pelajar menyedari apa yang dilakukannya itu salah, maka dia akan mula berfikir

tentang kesalahan tersebut dan tidak mengulanginya. Guru membuat perbincangan dengan

pelajar tersebut. Pelajar akan disuruh membuat perjanjian untuk mengubah tingkah laku

mereka kepada yang lebih baik. Jika tidak berkesan, pelajar perlu diasingkan dengan

menggunakan kaedah “time-out” yang dilakukan dalam kelas. Ketika ini pelajar tidak boleh

terlibat dalam aktiviti kelas sehingga dia memperbaiki perjanjiannya, atau membuat

perjanjian yang baru.Jika tidak berhasil, pelajar tersebut perlu diberi kelas tahanan.

Dicadangkan guru yang menyelia kelas tahanan tersebut adalah guru yang berhemah dan

menjadi pilihan pelajar yang ditahan.Apabila pelajar tidak dapat dikawal, ibu bapa perlu

diberitahu dan pelajar digantung persekolahan selama sehari. Langkah terakhir ialah, pelajar

perlulah tinggal di rumah atau dirujuk kepada agensi dapat mengendalikan masalah dan

kehendak pelajar tersebut.

Main Peranan (role play) Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main peranan

bersama klien. Dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba memberikan penekanan pada

‘“di sini’ ” dan pada ‘“ketika ini”’ dan elakkan daripada memberi penumpuan kepada

peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-perasaan yang tidak baik. Kaunselor akan

bersikap lucu dan tidak terlalu serius dengan tujuan untuk meringankan tekanan atau bebanan

yang dihadapi klien. Konfrantasi Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien tanpa

membenarkan klien memberikan alasan-alasan tertentu.

Dalam teknik ini kaunselor mestilah menjadi contoh teladan atau model yang

berperanan sebagai seorang pendidik. Kaunselor perlu mengajar klien dengan cara yang lebih

berkesan bagi memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti. Tindakan ini membolehkan

klien menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang tidak realistik.

Page 20: Teori psikoanalisis

Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh

klien. Dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu maka dalam membuat

peraturan tersebut klien libatkan diri dengan kaunselor. Kaunselor juga perlu menyemak

kemajuan klien dan berikan pujian mengikut situasi yang perlu. Sekiranya rancangan yang

dirancang agak sukar dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak klien,

kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.

Glasser, Wubbolding & Brickell menggunakan sistem WDEP untuk kaunselor

menolong klien dalam prosuder menuju kepada perubahan. kehendak ants Lakukan oing

Terarah irection Penilaian valuation Perancangan lanning. Aplikasi Terapi Realiti dalam

Kaunseling di Sekolah- Sekolah di Negara Brunei Darussalam Diaplikasikan di sekolah-

sekolah. Dilakukan dalam jangka masa yang pendek Boleh diaplikasikan dalam banyak

bentuk perkhidmatan kaunseling. Merawat pelajar-pelajar yang mempunyai masalah moral

dan melanggar peraturan atau undang-undang, mengalami masalah kemurungan dan rendah

diri.

KESIMPULAN

Terapi realiti dianggap paling mudah dipraktikkan kerana ianya bersifat realistik dan

praktikal untuk digunakan dalam banyak bentuk perkhidmatan kaunseling. Tujuan dan

matlamat terapi ini ialah untuk mengatasi pelbagai masalah tingkah laku dan emosi yang

negatif dikalangan remaja dan belia. Di samping itu, keboleh percayaan dan keyakinan

terhadap kemampuan individu untuk memimpin dirinya sebagai seorang yang

bertanggungjawab telah memberikan suatu penghormatan dan sokongan moral kepada

individu itu. Perkara ini merupakan suatu bentuk peneguhan dan motivasi dalaman yang

amat kuat untuk membantu individu itu berusaha memperbaiki tingkah lakunya untuk

mencapai matlamat masa depan dengan lebih berjaya.

Sehubungan itu, Kelima-lima teknik yang terdapat dalam teori realiti ini juga sesuai

untuk diaplikasikan dalam membantu klien mengubah tingkah laku mereka ke arah menuju

identiti berjaya