teori pembelajaran bruner

7
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak 1 TOPI K 4 TEORI PEMBELAJARAN BRUNER Sinopsis Topik ini membincang kan Teori Pembelajar an Bruner. Anda a kan belaj ar tentang pembelajaran induktif dan macam mana kanak -kanak belajar konsep sa ins. Anda j ug a ak an diperkenalkan implikasi te or i pembela j ar an ini untuk mengajar sains sekolah rendah. Objektif  Menerangkan Teori Pembelajaran Bruner  Jelaskan Pembelajaran Induktif  Menerangkan implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah. Kerangka Tajuk-tajuk (Peta Konsep) Teori Pembelajaran Bruner Pembelajaran Induktif Pembelajaran Konsep Implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah

Upload: ria-feat-riana

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/29/2019 Teori Pembelajaran Bruner

http://slidepdf.com/reader/full/teori-pembelajaran-bruner 1/7

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

1

TOPIK 4 TEORI PEMBELAJARAN BRUNER

Sinopsis

Topik ini membincangkan Teori Pembelajaran Bruner. Anda akan belajar 

tentang pembelajaran induktif dan macam mana kanak-kanak belajar konsep

sains. Anda juga akan diperkenalkan implikasi teori pembelajaran ini untuk

mengajar sains sekolah rendah.

Objektif 

Menerangkan Teori Pembelajaran Bruner 

Jelaskan Pembelajaran Induktif 

Menerangkan implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah.

Kerangka Tajuk-tajuk (Peta Konsep)

Teori PembelajaranBruner 

PembelajaranInduktif 

PembelajaranKonsep

Implikasi teori untukpembelajaran sains

sekolah rendah

7/29/2019 Teori Pembelajaran Bruner

http://slidepdf.com/reader/full/teori-pembelajaran-bruner 2/7

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

2

4.1 Teori Pembelajaran Bruner 

Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan

seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.

Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat

membolehkan seseorang itu menguasai secara mendalam informasi yang

diberikan serta mempelajari macam mana beberapa perkara dapat dikaitkan

secara bermakna. Bruner juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-

kanak melihat sesuatu gambaran secara keseluruhan. Oleh itu kanak-kanak

sepatutnya diajar untuk memahami konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu

konsep tanpa pemahaman yang signifikan.

Pemahaman konsep melibatkan perkembangan mental kanak-kanak.

Dalam proses pemahaman konsep, Bruner telah menyatakan bahawa

perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:

(a) Peringkat enaktif (0-2 tahun)

(b) Peringkat ikonik (2-4 tahun)

(c) Peringkat simbolik (5-7 tahun)

(a) Peringkat Enaktif  

Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu

yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak menggunakan

anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini

masih belum pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu

objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya.

Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga

untuk melihat keseimbangannya.

7/29/2019 Teori Pembelajaran Bruner

http://slidepdf.com/reader/full/teori-pembelajaran-bruner 3/7

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

3

(b) Peringkat Ikonik

Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah berupaya

menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej

tertentu. Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang tiada di hadapan

matanya, iaitu telah terbentuk “imej mental”. Contohnya, kanak-kanak tersebut

boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek

tersebut tiada di hadapan matanya.

(c) Peringkat Simbolik

Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakansimbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu

bermulanya penaakulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan

bagaimana kayu yang diletakkan di atas sangga menjadi seimbang.

Pembelajaran Penemuan Bruner 

Bruner telah mengemukakan Pembelajaran Penemuan. Bruner 

berpendapat bahawa guru seharusnya membekalkan kanak-kanak dengan

pengalaman untuk membantu mereka menemui sesuatu idea, konsep atau pola.

Mod pembelajaran yang yang diperkenalkan oleh Bruner dikenali sebagai

Pembelajaran Penemuan.

Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan satu fenomena.

Contohnya, mengapa air terkumpul pada bahagian luar gelas yang mengandungiais di dalamnya. Selepas fenomena ini diperkenalkan, pelajar dikehendaki

menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi.

Pelajar akan menyiasat daripada beberapa sumber maklumat, seperti buku-

buku di perpustakaan, perbincangan dengan kawan, perbincangan dengan guru,

7/29/2019 Teori Pembelajaran Bruner

http://slidepdf.com/reader/full/teori-pembelajaran-bruner 4/7

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

4

membuat pemerhatian atau membuat uji kaji sendiri. Setelah jawapan diperoleh,

 jawapan tersebut dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.

4.2 Teori Pembelajaran Induktif 

Kajian Jerome Bruner menunjukkan bahawa guru seharusnya

membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu

mereka menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Untuk itu, Bruner 

mengalakkan pembelajaran induktif untuk memotivasikan pembelajaran yang aktif 

dan pembentkan konsep yang difahami. Bruner adalah seorang yang menyokong

pemikiran induktif yang bermula dari spesifik ke umum. Menggunakan

pengalaman seseorang dan mengaplikasikannya dalam situasi lain juga adalah

satu contoh pemikiran induktif.

Teori pembelajaran induktif lebih kepada membekalkan kanak-kanak

dengan satu jurang pengalaman yang dapat menambahkan kebiasaan mereka

tentang konsep baru yang dipelajari. Di sini, guru tidak memberikan definisi konsep

yang diajar tetapi pemahaman konsep kanak-kanak adalah dibina secara

perlahan hasil daripada pendedahan kanak-kanak kepada pelbagai aktiviti dan

pengalaman.

7/29/2019 Teori Pembelajaran Bruner

http://slidepdf.com/reader/full/teori-pembelajaran-bruner 5/7

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

5

Langkah-langkah dalam Pembelajaran Induktif 

Kanak-kanak diberi pengalaman and contoh-contoh spesifik untuk konsep

yang akan ditemui.

Guru membantu kanak-kanak meneliti contoh dan mengenali cirri-ciri

persamaan dan perbezaan.

Guru membantu kanak-kanak membentuk konsep dan idea yang umum.

Kanak-kanak menguasai pemahaman konsep yang dikenali dan

mengaplikasikan konsep dalam situasi baharu.

4.3 Pembelajaran Konsep

Konsep adalah kategori mental yang membantu kita mengklasifikasikan

objek, kejadian atau idea. Setiap objek, kejadian atau idea mempunyai satu

set ciri-ciri yang umum.

Memainperanan

LatihanPembentukan

Konsep

Aktiviti

lainAktiviti

Amali

Difinisi konsep oleh

kanak-kanak 

Pembelajaran Induktif 

7/29/2019 Teori Pembelajaran Bruner

http://slidepdf.com/reader/full/teori-pembelajaran-bruner 6/7

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

6

Pembelajaran konsep adalah satu strategy yang memerlukan seorang

kanak-kanak membandingbezakan kumpulan atau kategori tertentu yang

mempunyai ciri-ciri yang relevan dengan kumpulan atau kategori yang tidak

relevan.

Kanak-kanak memikirkan sifat-sifat dalam sesuatu kompulan atau kategori

yang telah dibentuk oleh guru mereka. Kanak-kanak kemudian

membandingbeza contoh-contoh sesuatu kumpulan atau kategori yang

mempunyai sifat-sifat tersebut dengan contoh-contoh yang tidak

mempunyai sifat-sifat tersebut.

4.4 Implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah

Kanak-kanak belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu

menyediakan peluang untuk kanak-kanak meneroka, menyentuh dan merasa.

Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi

kanak-kanak di Tahap Satu, gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi

memudahkan pembentukan konsep.

Bagi kanak-kanak Tahap Dua, hukum dan prinsip perlu ditekankan agar 

murid-murid berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah.

Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid

dengan guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahan

pengajaran. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari

masa ke semasa.

Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati

pembelajaran bermakna. Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar 

pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat

yang rumit. Ini bermakna guru perlu memeringkatkan isi pelajaran.

Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini

bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku

7/29/2019 Teori Pembelajaran Bruner

http://slidepdf.com/reader/full/teori-pembelajaran-bruner 7/7

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

7

yang diingini. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru

perlu mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses

pengajarannya. Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak

ansur dan tolong-menolong boleh dipupuk dalam aktiviti projek dan perbincangan.

Soalan tutorial

1. Berdasarkan Teori Induksi, terangkan bagaimana anda dapat mengajar 

satu konsep sains kepada kanak-kanak tahun 1.

2. Bincangkan implikasi Teori Bruner dalam pengajaran sains sekolah

rendah.

Rujukan:

Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th

Edition) USA, Allyn & Bacon.

Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th

ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.

http://olc.spsd.sk.ca/DE/PD/instr/strats/cattain/index.html (Concept Attainment)

http://education.uncc.edu/theafner/SS%20Methods/a_step_by_step_guide_concept_attainment.htm (Concept Attainment)

http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/7.4.html (Discovery learning)