tempang

16
TEMPANG SLIDE 1 SLIDE 2 SLIDE 3 SLIDE 4 SLIDE 5 SLIDE 6 SLIDE 7 SLIDE 8 SLIDE 9 SLIDE 10 SLIDE 11 SLIDE 12 SLIDE 13 SLIDE 14

Upload: pravinameganathan

Post on 31-Jul-2015

1.367 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tempang

TEMPANGSLIDE 1 SLIDE 2 SLIDE 3 SLIDE 4 SLIDE 5 SLIDE 6 SLIDE 7

SLIDE 8 SLIDE 9 SLIDE 10

SLIDE 11

SLIDE 12

SLIDE 13

SLIDE 14

Page 2: Tempang

SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan tentang remaja kurang upaya bernama Hafizi yang tempang sejak dilahirkan. Sungguhpun cacat,dia cemerlang dalam pelajaran,berdikari dan tidak pernah menganggap kecacatannya sebagai suatu kekurangan. Dia dilahirkan dalam kalangan keluarga berada kerana dia dihantar dan dijemput dari sekolah oleh pemandu keluarganya. Raja ialah kawan baik Hafizi. Dia selalu menemani Hafizi dan menjadi pelindung Hafizi tatkala rakannya itu dibuli oleh Kamil kerana Kamil cemburu akan kepintaran Hafizi dalam pelajaran. Kamil dan rakan-rakannya sering mempermainkan Hafizi,namun Hafizi tidak pernah melawan. Meskipun pernah didenda oleh guru disiplin,namun Kamil tidak pernah serik. Suatu hari,kelas Tingkatan 4 Sains 1 mengadakan aktiviti perkelahan. Tiba-tiba,Kamil hampir lemas di dalam kolam. Hafizi bertindak pantas dengan terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil. Kamil berasa malu kepada Hafizi. Dia meminta maaf atas segala keterlanjurannya selama ini terhadap Hafizi. HOME

Page 3: Tempang

TEMA Tema cerpen ini ialah kecacatan bukanlah penghalang untuk hidup seperti biasa dan beroleh kejayaan seperti orang lain. Hafizi yang dilahirkan tempang tidak pernah menganggap kecacatan tersebut sebagai penghalang untuk hidup seperti insan lain yang sempurna. Malah,kekurangan itu menjadi pembakar semangat kepadanya untuk berdikari dan cemerlang dalam pelajaran.

HOME

Page 4: Tempang

PERSOALAN(a) Orang kurang upaya sering diperkecil dan dipandang hina oleh segelintir

masyarakat.-Kamil dan rakan-rakannya sering menghina dan membuli Hafizi yang tempang. Dia tidak serik-serik melakukan perbuatan yang serupa meskipun pernah menerima hukuman.(b) Sifat cemburu segelintir manusia yang tidak senang melihat kelebihan orang lain.-Kamil tidak berasa kasihan terhadap Hafizi malah menyimpan rasa cemburu atas kelebihan Hafizi. Sungguhpun Hafizi cacat,namun dia cemerlang dalam pelajaran dan dilahirkan dalam golongan berada.(c) Ketabahan menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan.-Hafizi tabah melalui kehidupan meskipun dia tempang. Sungguhpun pergerakannya lambat dan dia tidak dapat melakukan aktiviti lasak seperti orang lain,namun dia tidak merendah diri.(d) Bersyukur atas anugerah Tuhan.-Hafizi tidak menyalahkan takdir atas kecacatannya malah bersyukur atas anugerah tersebut kerana percaya bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmahnya. HOME

Page 5: Tempang

WATAK DAN PERWATAKAN

HAFIZIHafizi pelajar Tingkatan 4 dalam aliran Sains.Hafizi anak orang kaya kerana pergi dan pulang dari

sekolah dihantar oleh pemandu keluarganya,Pak Mat.Dia dilahirkan cacat,iaitu kakinya pendek sebelah.

Sungguhpun tempang,Hafizi cekal,berani dan berprinsip.Hafizi penyabar orangnya, tidak suka bergaduh,baik

hati,dan tidak pernah menyimpan dendam, walaupun dia dibenci oleh Kamil dan beberapa rakannya yang lain.

Dia pelajar yang pintar.Oleh sebab itu, dia dicemburui oleh beberapa orang rakan sekelas seperti Kamil.

Hafizi tabah dan redha dengan keadaan dirinya yang cacat.

HOME

Page 6: Tempang

RajaDia kawan baik hafizi,pelajar tingkatan empat dan satu kelas dengan

Hafizi.Raja amat mengambil berat akan Hafizi dan sentiasa bersedia untuk

membantu Hafizi.Dia sanggup bertumbuk dengan Kamil semata-mata untuk

mempertahankan Hafizi.

KAMILDia sangat membenci Hafizi kerana mencemburui kepintaran Hafizi. Dia rakan sekelas Hafizi dan Raja.Kamil sering memperkecil dan menghina Hafizi meskipun Hafizi tidak

pernah mempedulikan sikap buruknya itu. Dia busuk hati ,suka bergaduh ,dan suka membuat kecoh hingga

bergelar samseng sekolah. Dia sering juga melanggar disiplin sekolah. Dia tidak tahu serik walaupun pernah didenda oleh pihak sekolah

sebelumnya.Akhirnya Kamil insaf setelah dia diselamatkan oleh Hafizi semasa dia

hampir lemas di dalam kolam. HOME

Page 7: Tempang

MEI LING

o Dia rakan sekelas Hafizi.oMei Ling bersimpati dengan Hafizi.o Dia berani. Dia tidak takut untuk melaporkan kelakuan

buruk Kamil kepada Cikgu Ridzuan yang merupakan guru disiplin.

CIKGU LEEo Beliau guru mata pelajaran Sains.o Beliau sangat mengambil berat akan kebajikan murid-

muridnya.o Beliau suka memberikan motivasi dan kata-kata nasihat

kepada murid-muridnyaHOME

Page 8: Tempang

LATARLATAR MASA Latar masa cerpen ini

berlangsung selama dua hari,iaitu pada waktu persekolahan dan diluar waktu persekolahan,iaitu di tempat perkelahan.

HOME

Page 9: Tempang

LATAR TEMPAT(a)Di dalam kelas Tingkatan 4 Sains 1-peristiwa Hafizi

ditolak oleh Kamil hingga menimbulkan pergaduhan antara Kamil dengan Raja.

(b) Di tempat menunggu bas di luar kawasan sekolah-Hafizi mengajak Raja pulang bersama-sama dengannya menaiki kereta.

(c) Di padang sekolah-Hafizi hanya melakukan senaman ringan manakala rakan-rakannya yang lain ligat bermain bola sepak.

(d) Di kawasan perkelahan-peristiwa Kamil hampir lemas di dalam kolam dan diselamatkan oleh Hafizi.

HOME

Page 10: Tempang

PLOTPLOT

BINAAN PLOT

Plot cerpen ini disusun secara kronologi kerana peristiwanya-peristiwanya disusun mengikut tertib masa.o PERMULAANHafizi masuk kedalam kelas Tingkatan 4 Sains 1. Apabila loceng berbunyi,semua murid berdiri di depan pintu kelas. Hafizi terus duduk di tempatnya. Kecacatan pada kakinya(tempang) menyebabkan dia tidak dapat berdiri lama, lantaran itu dia dikecualikan daripada beratur.o PERKEMBANGANKamil mengatakan bahawa Hafizi berlagak kerana dia bijak dan pandai dalam semua matapelajaran. Oleh itu,dia menyampah melihat muka Hafizi. Raja memberikan amaran kepada Kamil sambil mengacukan penumbuk kepada Kamil. Maka berlakulah HOME

Page 11: Tempang

cabar-mencabar antara Kamil dengan Raja. Keadaan menjadi reda apabila Cikgu Ridzuan,guru disiplin sekolah datang. Hafizi mententeramkan Raja supaya tidak bergaduh dengan Kamil. Semasa Hafizi hendak masuk ke dalam kelas,Kamil telah menolak Hafizi sehingga jatuh. Rakan-rakan Kamil ketawa melihat Hafizi tersungkur di lantai. Raja hendak menumbuk Kamil tetapi dihalang oleh Hafizi. Mei Ling cuba membela Hafizi lalu berlaku pertengkaran antara Kamil dengan Mei Ling. Keadaan kembali tenang apabila Cikgu Lee datang. Cikgu Lee memberikan nasihat dan motivasi kepada murid-murid agar rajin belajar dan tidak menghina orang lain. o KLIMAKSHafizi menyertai rombongan perkelahan yang diatur oleh kelas Tingkatan 4 Sains 1. Rakan-rakannya begitu seronok mandi di kolam sementara Hafizi hanya melihat dari jauh. Tiba-tiba Raja menjerit meminta tolong kerana melihat Kamil hampir lemas. Hafizi terus terjun ke dalam kolam dan mencari Kamil di dasarnya HOME

Page 12: Tempang

Lima minit kemudian Hafizi timbul bersama dengan Kamil. Raja memberikan pertolongan cemas kepada Kamil.o PELERAIAN Kamil sedar dan insaf akan kesilapannya dan meminta maaf kepada Hafizi.

HOME

Page 13: Tempang

GAYA BAHASA(a)Penggunaan ayat-ayat pendek. Contohnya:-Sudah makan?-tak balik lagi?-Tengoklah dulu!(b)Personifikasi. Contohnya:-muka pintu(c)Sinkope. Contohnya:-tak,nak,kau.(d)Simpulan bahasa. Contohnya:-busuk hati,merendah diri.

HOME

Page 14: Tempang

NILAI(a)Baik hati. Contohnya:Raja memberikan dua

keping capati bersama kuah kari kepada Hafizi untuk sarapan bersama-sama.(b)Tolong-menolong. Contohnya:Raja menolong Hafizi daripada terus dibuli oleh Kamil.(c)Berhemah tinggi. Contohnya:Kamil memohon maaf kepada Hafizi setelah menyedari kesilapannya.(d)Keberanian. Contohnya:Hafizi nekad untuk menyelamatkan Kamil daripada lemas di kolam.

HOME

Page 15: Tempang

PENGAJARAN(a)Janganlah memandang rendah dan menghina orang yang cacat.Cth:Sikap Kamil yang menghina orang cacat tidak wajar dicontohi.(b)Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.Cth:Sungguhpun Hafizi tempang,namun Tuhan mengurniakan kepintaran dan kesenangan hidup kepadanya.(c)Memberi kemaafan adalah perbuatan yang terpuji dan berhemah tinggi.Cth:Kamil meminta maaf kepada Hafizi yang selalu menjadi mangsa bulinya.(d)Kecacatan bukan alasan untuk berusaha dan mencapai kejayaan.Cth:Hafizi gigih berusaha untuk cemerlang dalam pelajarannya.

HOME

Page 16: Tempang

SEKIAN TERIMA

KASIH