tang jun chin · 2.2.2 model pembelajaran dalam e-pembelajaran 15 16 17 2.3 aplikasi e-pembelajaran...
TRANSCRIPT
PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM
SISTEM E-PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA
GUBAHAN (SPM 2322) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
TANG JUN CHIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenanan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM SISTEM E-
PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA GUBAHAN (SPM 2322)
DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya TANG JUN CHIN . (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
Kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
. .
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
NO 26A, JALAN SELANGAN ... 96000 SIBU EN MOHD FADZLI BIN ALI SARAWAK. Nama Penyelia
Tarikh: 20.04.2006 Tarikh: 20.04.2006 .
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Mudan Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)”
Tandatangan : .............................................
Nama Penyelia : En Mohd Fadzli bin Ali
Tarikh : .............................................
PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM SISTEM
E-PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA GUBAHAN
(SPM 2322) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
TANG JUN CHIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
Saya akui Projek Sarjana Muda ini yang bertajuk “Pengaplikasian Pembelajaran
Kolaboratif Dalam Sistem E-Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Gubahan
(SPM 2322) Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia” adalah hasil
kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.
Tandatangan : .................................................
Nama : Tang Jun Chin
Tarikh : .................................................
iii
Kepada ibu bapa yang tersayang
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada penyelia projek
sarjana muda, En Mohd Fadzli bin Ali. Beliau banyak memberi dorongan dan
bimbingan kepada saya sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi memberi
kerjasama dengan mengisikan borang soal selidik untuk tujuan penyelidikan.
Tanpa kerjasama mereka, penyelidikan ini tentunya tidak akan berjaya.
Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan di Universiti Teknologi Malaysia atas sokongan, bantuan dan
teguran yang bernas bagi menyempurnakan projek sarjana muda ini.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung dan tidak langsung yang
membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap pengaplikasian pembelajaran
kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan
(SPM 2322) di Fakulti Pendidikan, UTM dari segi perkongsian ilmu
pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar. Pengkaji juga melihat
aspek peranan pensyarah sebagai fasilitator dalam mengaplikasikan
pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran. Responden bagi kajian
ini merupakan 86 orang pelajar yang diambil secara rawak sebagai sampel dalam
kajian ini. Mereka merupakan pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa
Gubahan (SPM 2322). Kertas soal selidik ditaburkan untuk mendapatkan data.
Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 10.0 untuk mendapatkan nilai min dan
peratusan. Analisis data telah menunjukkan tahap pengaplikasian pembelajaran
kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan
(SPM 2322) adalah pada tahap yang tinggi. Beberapa cadangan kajian lanjutan
juga diberi untuk meningkatkan tahap pengaplikasian pembelajaran kolaboratif
dalam sistem e-pembelajaran di fakulti.
vi
Abstract
The purpose of this study is to investigate the application of collaborative
learning in e-learning for Authoring Language subject (SPM 2322) at the Faculty
of Education, UTM from the aspects of sharing knowledge and authority among
lecturers and students. The researchers also look at the roles of the lecturers as
facilitators in collaborative e-learning. The respondents of 86 students were
randomly selected as sample in the study. They are the students who are taking
Authoring Language subject (SPM 2322). As for the study method,
questionnaires are conducted to collect the data. The data are then processed by
Statistical Package for Social Science software to obtain results in mean and
percentage. The analysis of the data reveals that the application of collaborative
learning in e-learning for Authoring Language subject (SPM 2322) is at a
relatively high level. Several suggestions had been proposed to further improve
the application of collaborative e-learning at the faculty.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Matlamat Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Persoalan Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Skop Kajian 11
1.9 Batasan Kajian 12
1.10 Definisi Istilah
1.11 Penutup
12
14
viii
2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Definisi E-pembelajaran
2.2.1 Bahan-Bahan Pembelajaran
2.2.2 Model Pembelajaran Dalam
E-pembelajaran
15
16
17
2.3 Aplikasi E-Pembelajaran Di Institusi Pengajian
Tinggi
20
2.4 Pembelajaran Kolaboratif Dalam E-pembelajaran
2.4.1 Fasa Pmbelajaran Kolaboratif
2.4.2 Teori Pembelajaran Dalam
Pembelajaran Kolaboratif
2.4.2.1 Teori sosio-konstruktivis
2.4.2.2 Teori sosio-budaya
2.4.2.3 Teori perkongsian kognisi
22
24
26
27
27
28
2.5 Penutup
29
3 METODOLOGI 30
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Populasi Kajian 31
3.5 Sampel Kajian 32
3.6 Instrumen Kajian 32
3.7 Kajian Rintis 34
3.8 Analisis Data 35
3.9 Penutup
37
4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 38
ix
4.1 Pengenalan 38
4.2 Analisis Data
4.2.1 Analisis Biodata Sampel (Bahagian A)
4.2.1.1 Taburan Bilangan Dan
Peratusan Sampel Mengikut
Jantina
4.2.1.2 Taburan Kekerapan Penggunaan
Sistem E-Pembelajaran UTM
Di Kalangan Sampel
4.2.1.3 Taburan Lokasi Sampel
Mendapatkan Perkhidmatan
Internet Untuk Sistem E-
Pembelajaran UTM
4.2.2 Analisis Persoalan Kajian (Bahagian B)
4.2.2.1 Analisis Tahap Perkongsian
Ilmu Pengetahuan Di Antara
Pengajar Dan Pelajar Dalam
Sistem E-Pembelajaran
4.2.2.2 Analisis Tahap Perkongsian
Autoriti Di Antara Pengajar
Dan Pelajar Dalam Sistem E-
Pembelajaran
4.2.2.3 Analisis Peranan Pensyarah
Sebagai Fasilitator Dalam
Pengaplikasian Pembelajaran
Kolaboratif Dalam Sistem E-
Pembelajaran
39
39
39
40
41
42
42
45
47
4.3 Analisis Perbandingan Tiga Aspek Kajian
Terhadap Pengaplikasian Pembelajaran
Kolaboratif Dalam Sistem E-pembelajaran
UTM
50
x
4.4 Analisis Korelasi Antara Konstruk Kajian 52
4.5 Penutup
53
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Taburan Responden Mengikut Latar
Belakang
5.2.2 Tahap Pengaplikasian
5.2.2.1 Tahap Perkongsian Ilmu
Pengetahuan Di Antara
Pengajar Dan Pelajar Dalam
Sistem E-Pembelajaran
5.2.2.2 Tahap Perkongsian Autoriti Di
Antara Pengajar Dan Pelajar
Dalam Sistem E-Pembelajaran
5.2.2.3 Peranan Pensyarah Sebagai
Fasilitator Dalam
Pengaplikasian Pembelajaran
Kolaboratif Dalam Sistem E-
Pembelajaran
5.2.3 Perbandingan tahap
5.2.4 Analisis Korelasi Antara Konstruk
Kajian
5.3 Rumusan
5.4 Cadangan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
54
54
55
55
56
56
58
59
60
62
62
63
64
65
Senarai Rujukan 66
Lampiran A – G 74 - 91
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan pelajar bagi kursus 2SPT, 2SPK,
2SPP dan 2SPL
31
3.2 Bilangan item dalam soal selidik mengikut
aspek kajian
33
3.3 Skala Likert 5 Pemeringkatan 34
3.4 Tahap penilaian berdasarkan peratusan 36
3.5 Tahap penilaian berdasarkan skor min 36
3.6 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 36
4.1 Taburan responden mengikut jantina 39
4.2 Taburan kekerapan penggunaan sistem e-
pembelajaran UTM di kalangan responden
40
4.3 Taburan lokasi responden mendapatkan
perkhidmatan internet untuk sistem e-
pembelajaran UTM
41
4.4 Taburan kekerapan, peratusan, min dan purata
min tahap perkongsian ilmu pengetahuan di
antara pengajar dan pelajar dalam sistem e-
pembelajaran
42
4.5 Taburan kekerapan, peratusan, min dan purata
min tahap perkongsian autoriti di antara
pengajar dan pelajar dalam sistem e-
45
xii
pembelajaran
4.6 Taburan kekerapan, peratusan, min dan purata
min aspek peranan pensyarah sebagai
fasilitator dalam pengaplikasian pembelajaran
kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran
48
4.7 Perbandingan tiga aspek kajian terhadap
pengaplikasian pembelajaran kolaboratif
dalam sistem e-pembelajaran UTM
51
4.8 Nilai korelasi bagi konstruk 1 dan konstruk 2 52
4.9 Nilai korelasi bagi konstruk 1 dan konstruk 3 52
4.10 Nilai korelasi bagi konstruk 2 dan konstruk 3 52
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Laporan akhbar yang menyatakan
peningkatan bilangan pelajar yang menduduki
peperiksaan STPM
74
B Laporan akhbar yang menyatakan isu pelajar
mempunyai keputusan SPM dan STPM yang
cemerlang tidak dapat melanjutkan pelajaran
mereka di Institusi Pengajian Tinggi
78
C Senarai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di
Malaysia
79
D Nilai Alpha kajian rintis 83
E Kolerasi antara konstruk 84
F Jadual penetapan saiz sampel kajian 85
G Kertas Soal Selidik 86
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Ilmu dan teknologi terutama teknologi informasi berkembang sangat
pesat. Kemajuan teknologi maklumat ini telah meningkatkan penggunaan
internet, laman web dan jaringan (networking) dalam pelbagai bidang. Pesatnya
perkembangan teknologi ini ternampak juga pada pelbagai perubahan sosial
budaya. Misalnya e-perniagaan merupakan perubahan radikal dalam aspek
ekonomi masyarakat moden saat ini. Di sektor pemerintahan terdapat e-
kerajaan. Demikian pula di sektor pendidikan sudah berkembang dengan apa
yang dikenali sebagai e-pembelajaran (e-learning).
Umumnya e-pembelajaran merujuk kepada sebarang pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik sama ada menerusi Local
Area Network (LAN), World Area Network (WAN) atau internet untuk
menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Pengajaran
boleh disampaikan secara synchronously (pada waktu yang sama) ataupun
asynchronously (pada waktu yang berbeza). Menurut Learnframe (2001) bahan
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai
teks, grafik, animasi dan simulasi, audio dan video. Ia juga menyediakan
2
kemudahan untuk perbincangan kumpulan (discussion group) dan bantuan
profesional isi pelajaran secara dalam talian (on-line). Teknologi informasi
tersebut telah meningkatkan interaksi antara tenaga pengajar dengan pelajar
(Neuwirth dan Mojahn, 1996) serta menyenangkan perbincangan kelas di
samping menukar cara interaksi antara pengajar dengan pelajar (Bonk dan King,
1995).
Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu metodologi dalam
sistem pendidikan. Ia menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam
proses pembelajaran. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif
berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar
dengan pelajar dan pelajar dengan pengajar. Schrage (1990) menyatakan
pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan
perkongsian hasil penemuan dan hasil pembelajaran baru. Menurut Jonassen
(1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina
pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran
secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara
kolaboratif, kemahiran berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar.
Menurut Tinzmann et al. (1990), terdapat beberapa ciri utama dalam
pembelajaran kolaboratif, iaitu:
i. Perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan pelajar.
Dalam pengajaran dan pembelajaran traditional, peranan pengajar hanya
menyalurkan pengetahuan seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Pengajar
perlu mempunyai pengetahuan yang dalam tentang isi pelajaran dan mempunyai
kemahiran serta menyalurkannya kepada pelajar. Dalam pembelajaran
kolaboratif pula, pengajar perlu menilai dan membina satu persekitaran
3
pengetahuan yang meliputi pengalaman individu, bahasa, strategi dan budaya
yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran yang efektif.
Pelajar digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman pembelajaran
serta strategi pembelajaran dengan pengajar serta pelajar lain.
ii. Perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar.
Pembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara
pengajar dan pelajar. Autoriti dari perspektif pelajar bermaksud pelajar berhak
memberi pendapat dalam proses membuat sesuatu keputusan. Manakala dari
perspektif pengajar, pengajar berhak untuk menyediakan beberapa pilihan bagi
tajuk tugasan dan aktiviti kelas yang sesuai dengan minat dan tahap pencapaian
pelajar dan pelajar boleh membuat pilihan sendiri. Pengajar perlu mengalakkan
pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memastikan pelajar
berkongsi pengetahuan dan strategi pembelajaran. Dengan itu, pelajar boleh
belajar menerima pendapat pengajar atau pelajar lain dan membina kemahiran
pemikiran kritis dan kreatif.
iii. Pengajar sebagai fasilitator
Dalam perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan
pelajar, pengajar berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya
akan membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada
pengalaman dan pembelajaran dalam bidang yang lain. Pengajar perlu menilai
tahap informasi dan bantuan yang diberi untuk memaksimakan keupayaan
pelajar untuk belajar.
Pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran banyak digunakan
dalam pembelajaran jarak jauh yang berasaskan internet. Pengaplikasian
4
pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran akan membentuk
komuniti dalam talian seperti group chatting di kalangan pelajar berasaskan
sistem pengurusan pembelajaran atau learning management system (LMS) yang
dikenali sebagai MoodleTM. Perkataan Moodle merupakan singkatan bagi
perkataan Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment. Sistem
pengurusan pembelajaran (LMS) merupakan satu sistem perisian yang digunakan
untuk mengakses pendidikan dalam talian. Antara fasiliti LMS yang telah
digunakan secara meluas dalam web termasuklah forum perbincangan, chats dan
journal. Manakala contoh aplikasi bagi LMS termasuk WebCT dan blackboard.
Secara umumnya, LMS mempunyai dua kriteria yang utama, iaitu:
i. Pelajar mempunyai hubungan dengan organisasi yang menyediakan
perkhidmatan.
ii. Pelajar mempunyai kebebasan untuk belajar berdasarkan tahap
penguasaan mereka.
Pengaplikasian e-pembelajaran dalam sistem pendidikan boleh
diperlihatkan dari pelbagai aspek. Pengaplikasian e-pembelajaran telah
menggantikan pembelajaran bersemuka (face-to-face) terutamanya dalam sistem
pendidikan jarak jauh di mana pelajar mengakses bahan pembelajaran melalui
web dan komunikasi dalam kelas digantikan dengan komunikasi berasaskan
komputer sepenuhnya. Kajian telah menunjukkan terdapat peningkatan dalam
prestasi pelajar berbanding dengan penyampaian pelajaran menerusi kuliah
(Schutte, 1997; Zhang, 1998).
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif tanpa
sempadan geografi dan bilik darjah kini telah menjadi satu isu penting dalam
kaedah pembelajaran terutamanya dalam sistem pendidikan tertier. Hal ini
sedemikian disebabkan bilangan pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
semakin meningkat setiap tahun yang secara langsungnya bilangan pelajar yang
akan melanjutkan pelajaran tertier juga meningkat. Seperti yang dinyatakan
dalam laporan akhbar Berita Harian (13-03-2005):
“Seramai 71,145 calon menduduki peperiksaan STPM tahun lalu
(2004) iaitu peningkatan sebanyak 25.9 peratus berbanding 56,502
calon tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 58,456 atau 82.2
peratus adalah calon sekolah kerajaan, 5,825 (8.2 peratus) calon
sekolah swasta dan 6,864 (9.6 peratus) calon persendirian.”
(Berita Harian, 13-03-2005)
Sebagaimana yang diketahui, bilangan institusi pendidikan tinggi sama
ada institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) ataupun institusi pendidikan tinggi
swasta (IPTS) di negara kita adalah terhad. Di negara kita, Malaysia, terdapat 17
IPTA dan 23 IPTS termasuk 14 IPTS bertaraf universiti, 5 IPTS bertaraf
universiti-kolej universiti serta 4 IPTS bertaraf universiti-kampus cawangan luar
negeri untuk pelajar lepasan SPM, STPM atau pelajar yang mempunyai sijil yang
setarafnya. Memang ianya tidak dapat menanggung bilangan pelajar yang
semakin meningkat dan memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar yang
mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pelajaran tertier mereka. Ini telah
mewujudkan persaingan yang hebat untuk memasuki institusi pengajian tinggi.
6
Isu pelajar mempunyai keputusan SPM dan STPM yang cemerlang tidak
dapat melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi berlaku setiap
tahun seperti yang ternyata dalam akhbar Berita Harian:
“Mengikut data Jabatan Pengurusan Institut Pendidikan Tinggi
(IPT) Kementerian Pengajian Tinggi, sebanyak 105,014
permohonan diterima bagi mengikuti program peringkat ijazah
pada sesi ini dengan 64,877 daripadanya melepasi syarat minimum
atau syarat khas program yang dimohon.
Di peringkat diploma pula, 132,000 lulusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mengemukakan permohonan. Ini bermakna lebih
170,000 lagi pelajar tidak diterima masuk ke IPTA kerana tempat
yang ditawarkan terhad.”
(Berita Harian, 03-07-2005)
Selain itu, perubahan demografi pelajar seperti kursus pendidikan jarak
jauh dan kursus pendidikan separuh masa (part-time) menjadi satu aspek yang
perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan e-pembelajaran secara kolaboratif
kerana ia menyumbang kepada peningkatan permintaan dari segi penyampaian
isi pelajaran yang lebih fleksibel, memberi keupayaan kepada pelajar supaya
lebih komitmen dalam pembelajaran serta menerima pelajaran tertier yang lebih
sempurna (Curtis dan Lawson, 1999). Selain itu, sistem e-pembelajaran juga
memberi banyak manfaat kepada pelajar sepenuh masa (full-time) dari segi sifat
pembelajaran yang fleksibel. Kewujudan rangkaian e-pembelajaran juga
menggalakkan pembelajaran kolaboratif di dalam dan juga di luar bilik darjah.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam sistem pendidikan Malaysia, guru-guru sekolah mengamalkan
sistem pendidikan yang berorientasikan bilik darjah, di mana bilangan pelajar
dalam satu kelas adalah di antara 30 hingga 40 orang pelajar. Keadaan ini adalah
lebih mudah untuk guru mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran
kerana komunikasi dua hala masih boleh dijalankan dalam bilik darjah yang
bilangan pelajarnya terkawal. Sementara di institusi pengajian tinggi awam atau
swasta, bilik atau dewan kuliah pula boleh memuatkan pelajar sehingga kepada
500 orang bergantung kepada saiz bilik atau dewan yang digunakan. Seorang
pensyarah akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kelas tersebut.
Dengan bilangan pelajar yang banyak, pensyarah tidak dapat memberi
perhatian kepada setiap individu dalam kelas atas batasan masa dan ruang.
Dengan adanya sistem e-pembelajaran, pembelajaran boleh melibatkan bilangan
pelajar yang tinggi (Crook dan Webster, 1997; Stainfield, 1997). Selain itu,
komunikasi antara tenaga pengajar dan pelajar tidak akan dibatas oleh kekangan
masa dan ruang. Komunikasi boleh berlaku di luar bilik kuliah dan bila-bila
masa menerusi sistem tersebut.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menggunakan sistem
pembelajaran terbuka secara dalam talian (on-line) yang dikenali MoodleTM di
antara pensyarah dengan pelajar. Sistem MoodleTM mempunyai banyak manfaat
berbanding dengan sistem pengajaran dan pembelajaran traditional yang
berasaskan proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka dalam bilik kuliah.
MoodleTM menyediakan fasiliti kepada pensyarah untuk memuat naik bahan
pengajaran seperti nota, contoh soalan dan demonstrasi serta tajuk tugasan
kepada pelajar manakala pelajar boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk
menghantar tugasan mereka kepada pensyarah pada mana-mana tempat.
MoodleTM telah menyediakan satu platform yang fleksibel berasaskan
8
pembelajaran kolaboratif melalui kemudahan forum. Kemudahan forum tersebut
menggalakkan pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran secara
synchronous dan asynchronous di antara interaksi pelajar-pelajar ataupun
pelajar-pengajar. Walau bagaimanapun, sistem e-pembelajaran UTM merupakan
satu sistem yang membantu melengkapkan pembelajaran traditional.
Tenaga pengajar dan pelajar memainkan peranan yang tertentu dalam
pembelajaran kolaboratif. Slavin (1990) telah menyatakan tulang belakang bagi
pembelajaran kolaboratif ialah kesediaan pelajar untuk melibatkan diri secara
aktif dan konstruktif. Persekitaran pembelajaran kolaboratif merupakan satu
proses yang bukan sahaja membantu penglibatan aktif tetapi juga akan
membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri kerana ia berpotensi membentuk
pembelajaran berdikari (independent learning) (Bennet dan Dunne, 1992).
Selain itu, pengajar mempunyai peranan sebagai orang tengah dalam
menentukan kualiti interaksi dan pembelajaran di kalangan pelajar dalam
pembelajaran kolaboratif (Hiltz, 1994; Beaudin, 1999).
Berdasarkan kepada ciri-ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif
(Tinzmann et al., 1990) iaitu perkongsian ilmu pengetahuan dan autoriti di antara
pengajar dan pelajar serta peranan pengajar sebagai fasilitator, pengkaji ingin
melihat sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem
e-pembelajaran di Fakulti Pendidikan UTM memanfaatkan pensyarah dan juga
pelajar.
1.4 Matlamat Kajian
Matlamat bagi kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap perkongsian
ilmu pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar dalam sistem e-
pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti
9
Pendidikan UTM. Selain itu, pengkaji akan melihat aspek peranan pensyarah
sebagai fasilitator dalam mengaplikasikan pembelajaran kolaboratif dalam sistem
e-pembelajaran UTM. Korelasi tahap perkongsian ilmu pengetahuan dengan
tahap perkongsian autoriti, tahap perkongsian autoriti dengan peranan pensyarah
sebagai fasilitator serta tahap perkongsian ilmu pengetahuan dengan peranan
pensyarah sebagai fasilitator juga akan dianalisis dalam kajian ini.
1.5 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan mempunyai beberapa objektif yang tertentu, iaitu:
i. Meninjau tahap perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan
pelajar dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa
Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM.
ii. Meninjau tahap perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar
dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan
(SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM.
iii. Meninjau peranan pensyarah sebagai fasilitator dalam pengaplikasian
pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran.
iv. Menganalisis korelasi tahap perkongsian ilmu pengetahuan dengan
tahap perkongsian autoriti, tahap perkongsian autoriti dengan peranan
pensyarah sebagai fasilitator serta tahap perkongsian ilmu
pengetahuan dengan peranan pensyarah sebagai fasilitator.
10
1.6 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan kajian seperti
berikut:
i. Adakah pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-
pembelajaran melibatkan perkongsian ilmu pengetahuan di antara
pengajar dengan pelajar dalam proses pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM?
ii. Adakah pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-
pembelajaran melibatkan perkongsian autoriti di antara pengajar
dengan pelajar dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa
Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM?
iii. Apakah peranan pensyarah sebagai fasilitator dalam pengaplikasian
pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran?
iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap perkongsian
ilmu pengetahuan dengan tahap perkongsian autoriti, tahap
perkongsian autoriti dengan peranan pensyarah sebagai fasilitator
serta tahap perkongsian ilmu pengetahuan dengan peranan pensyarah
sebagai fasilitator?