tamadun islam

5
Tamadun Islam Pendidikan adalah cara bagaimana kita untuk mendidik jiwa,dengan pendidikanlah umat manusia dapat melangsungkan kehidupan sejagat dengan harmoni dan jitu,so disini kita dapat melihat betapa pentingnya bidang pendidikan, dengan sebab itulah penulis membuat satu lagi kategori dalam penulisannya didalam blog ini,sesungguhnya tanpa kita sedari semenjak dari kecil lagi kita telah mengalami proses pendidikan tanpa kita sedari sehinggalah kehari ini, tanpa berlingah lagi, mari kita telusuri permulaan perjalanan pendidikan Islam di zaman Rasulullah saw: 1. PENDAHULUAN Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah, dan ruhaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Pendidikan bermula ketika nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu pertama. Menunjukkan wajibnya umat islam menuntut ilmu. Terdapat 1404 atau 25 peratus ayat al-Quran tentang pendidikan. 2. PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW 2.1 sejarah. 2.2 Peringkat makiyyah. 2.3 Peringkat madinah. 2.3.1 Struktur pendidikan 2.3.2 Implikasi pendidikan islam peringkat madinah.

Upload: anjaliraju

Post on 23-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam

Tamadun Islam

Pendidikan adalah cara bagaimana kita untuk mendidik jiwa,dengan pendidikanlah

umat manusia dapat melangsungkan kehidupan sejagat dengan harmoni dan jitu,so disini

kita dapat melihat betapa pentingnya bidang pendidikan, dengan sebab itulah penulis

membuat satu lagi kategori dalam penulisannya didalam blog ini,sesungguhnya tanpa kita

sedari semenjak dari kecil lagi kita telah mengalami proses pendidikan tanpa kita sedari

sehinggalah kehari ini, tanpa berlingah lagi, mari kita telusuri permulaan perjalanan

pendidikan Islam di zaman Rasulullah saw:

1. PENDAHULUAN

Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah,

dan ruhaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan al-Qur’an dan

sunnah Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada

Allah semata-mata. Pendidikan bermula ketika nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu

pertama. Menunjukkan wajibnya umat islam menuntut ilmu. Terdapat 1404 atau 25 peratus

ayat al-Quran tentang pendidikan.

2. PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW

2.1 sejarah.

2.2 Peringkat makiyyah.

2.3 Peringkat madinah.

2.3.1 Struktur pendidikan

2.3.2 Implikasi pendidikan islam peringkat madinah.

2.1 SEJARAH.

Muhammad Rasulullah dipandang sukses dalam mendidik masyarakatnya menjadi

masyarakat yang berbudi tinggi dan akhlak mulia. Pada mulanya masyarakat Arab adalah

masyarakat jahiliyah, sehingga perkataan primitif tidak cukup untuk menggambarkannya,

hingga datang Rasulullah yang membawa mereka untuk meninggalkan kejahiliahan tersebut

Page 2: Tamadun Islam

dan mencapai suatu bangsa yang berbudaya dan berkepribadian yang tinggi, bermoral serta

memberi pengetahuan. Al-Qur’an memberi petunjuk atau arah, jalan yang lurus mencapai

kebahagiaan bagi manusia, sebagaimana firman Allah :

Terjemahannya:

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan

kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka

dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya;

dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.

Pendidikan pada zaman Rasulullah saw memperlihatkan tahap-tahap kemajuan pemikiran

yang mengubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikn tersebut

memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan islam berteraskan tauhid

dengan pendidikan jahiliyyah arab yang berasaskan pemikiran lojik dan matlamat keduniaan

semata-mata. Perkembangan pendidikan islam zaman Rasulullah memperlihatkan dua

peringkat iaitu peringkat makiyyah dan peringkat madaniyah.

2.2 PERINGKAT MAKIYYAH

2.2.1 Tahap rahsia.

Tahap rahsia berlaku pada peringkat awal Rasulullah SAW mengajar Al-Quran kepada

kaum keluarganya. Hasil daripada usahanya ini, khadijah bt khuwailid, Ali b Abi Talib dan

Zaid b Harithah telah memeluk agama islam. Seterusnya ramai kerabat Rasulullah dan para

sahabat Rasulullah memeluk islam. Pertambahan penganut islam telah mewujudkan satu

bentuk pendidikan yang mula tesusun.

Pada zaman permulaan islam, pelajaran agama disampaikan di rumah-rumah. Rasulullah

SAW menjadikan rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam sebagai tempat belajar dan tempat

pertemuan baginda dengan para sahabat dan pengikutnya. Di rumah tersebut baginda

Page 3: Tamadun Islam

menyampaikan dasar-dasar agama dan pengajian Al-Quran. Selain rumah Al-Arqam,

baginda menyampaikan pelajaran agama di rumahnya sendiri di Makkah, sebagai tempat

kaum muslimin berkumpul mempelajari akidah dan syariat islam. Rumah al-arqam dianggap

sebagai pusat pendidikan islam yang pertama dalam sejarah pendidikan islam. Nabi

Muhammad s.a.w berhijrah pada tahun 622M. Setelah berhijrah ,Masjid Quba’ dan Nabawi

didirikan dan berlaku perubahan dalam sistem pendidikan. Masjid menjadi sekolah pertama

didalam sejarah pendidikan islam.

2.2.2 Tahap terbuka.

Pendidikan islam dalam tahap terbuka bermula apabila Rasulullah SAW menerima perintah

seperti yang tercatat dalam Firman Allah SWT:

Terjemahannya:

Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu (Wahai

Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik

itu.

Ayat ini memerintahkan Rasulullah SAW menyebarkan islam secara terang-terangan dan

meninggalkan tahap rahsia. Dengan perintah tersebut, pendidikan islam dilakukan secara

umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pendidikan islam bukan hanya tertumpu di

rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam, tetapi meliputi ceruk rantau kota Makkah, lorong-lorong,

pasar, kawasan perumahan dan di sekitar Kaabah.

Oleh sebab kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan

akidah tauhid, maka isi pelajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih mebumpu

kepada menolak kepada adat istiadat, kepercayaan, dan cara beribadat kaum jahiliyyah

yang mensyirikkan Allah SWT.

Institusi pendidikan Rasulullah menjadi perhatian umum bukan sahaja di kalangan

masyarakat arab tetapi luar Makkah iaitu golongan yang ingin menunaikan haji. Pangaruh

Page 4: Tamadun Islam

Rasulullah pada tersebut telah menggugat institusi pendidikan arab jahiliyyah yang

berteraskan syirik. Akibatnya, Rasulullah dan kaum kerabatnya telah diusir dari Kota

Makkah dan dipulaukan. Seterusnya perkembangan pendidikan Rasulullah terbantut selama

3 tahun.