tajuk 2-konsep, teori dan falsafah pembentukan kurikulum pendidikan jasmani suaian untuk murid...

Upload: mohamad-fahruddin-fazain

Post on 11-Feb-2018

368 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    1/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    Tajuk 2

    KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN

    KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN UNTUK

    MURID KURANG UPAYA

    Sinopsis

    Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep dan definisi Pendidikan Jasmani

    Suaian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hubungannya dengan Pendidikan

    Jasmani Suaian serta Pendidikan Jasmani untuk semua. Modul ini juga dibekalkandengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

    Hasil Pembelajaran

    Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

    1.

    menjelaskan konsep, definisi dan falsafah pembentukan PendidikanJasmani Suaian untuk murid kurang upaya.

    2. Mengurus dan melaksanakan Pendidikan Jasmani Suaian untuk murid

    kurang upaya.

    3. Mengenalpasti sumber kewangan, tenaga manusia, bahan dan peralatan

    untuk melaksanakan Pendidikan Jasmani Suaian.

    Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    Konsep, Teori danFalsafah

    Pendidikan JasmaniSuaian

    Konsep dan definisiHubungan FPK

    dengan PendidikanJasmani Suaian

    Pendidikan Jasmani

    untuk Semua

    11

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    2/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    KANDUNGAN

    2.0Pengenalan

    Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian merupakan aktiviti yang penting kepada murid-

    murid berkeperluan khas di sekolah. Murid-murid khas ini mengalami pelbagai

    masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti

    Pendidikan Jasmani Suaian ini bukan sahaja aktiviti fizikal semata-mata malah

    merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang

    dihadapi.

    2.1 Definisi dan Konsep.

    Murid-murid berkeperluan khas yang mengalami kesukaran dalam menjalankan

    aktiviti sangat memerlukan pendekatan yang berbeza kepada murid yang

    normal. Pendekatan yang berbeza diperlukan mengikut kemampuan dan

    kebolehan murid berkeperluan khas tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan

    agar mereka dapat mengikuti dan mampu menjalankan aktiviti yang telah

    dirancang serta disediakan untuk mereka.

    Justeru itu, Pendidikan Jasmani untuk golongan ini memerlukan

    pendekatan yang berbeza mengikut kemampuan kerana mereka tidak boleh

    menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan

    seperti golongan yang normal. Sukatan pelajaran dan pendekatan yang

    tersendiri adalah diperlukan kepada mereka. Oleh kerana golongan ini

    mempunyai perbezaan dari segi tahap keupayaan maka keperluan dan

    kemudahan yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian dengan keadaan

    12

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    3/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    mereka.

    Proses untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih

    untuk mencapai keputusan yang dikehendaki dan berkait rapat dengan

    pemilihan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan

    pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan dan memperolehi pengetahuan dan

    pembangunan sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

    Pendidikan jasmani ini adalah untuk meningkatkan peningkatan fizikal,

    belajar bekerjasama dari segi sosial dan dari segi mental pula ianya dapat

    melatih mental kita belajar dan berkembang.

    2.1.1 Objektif pendidikan jasmani.

    Pembangunan fizikal dan organisasi.

    Pembangunan ( otot yang boleh dibina ) neuro otot atau motor.

    Pembangunan kognitif.

    Pembangunan sosial, emosi dan afektif.

    2.1.2 Komponen

    Komponen Pendidikan Jasmani Khas

    Pendidikan Jasmani Suaian wajib diadakan di luar dan ianya merupakan

    Pendidikan Jasmani perkembangan dan pemulihan.

    2.1.3 Pendidikan Jasmani Suaian.

    Pendidikan Jasmani Suaian merupakan modifikasi kepada aktiviti Pendidikan

    Jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu

    kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat,

    13

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    4/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah

    supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil kira potensi individu untuk

    melakarkan aktiviti tersebut.

    Ianya juga merupakan program Pendidikan Jasmani progresif atau

    program latihan kemahiran motor kasar, bertujuan untuk meningkatkan

    keupayaan motor individu ke tahap yang hampir sama dengan tahap

    kemampuan pendidikan jasmani rakan sebaya (populasi normal). Objektif utama

    program ini adalah untuk merapatkan jika mungkin jurang umur perkembangan

    (keupayaan) dan umur kronologi (hayat ).

    2.1.4 Pendidikan Jasmani Pemulihan

    Pendidikan jasmani pemulihan merupakan program yang berobjektif pembetulan

    atau pemulihan bagi kes luar biasa yang dialami dari segi fungsi fisiologi, postur

    dan mekanikal. Fokus utama adalah kepada populasi lencongan fizikal seperti

    kes kyphosis (boleh beradaptasi pergerakan dan struktur postur tertentu).

    Scoliosis, obesiti dan terapi otot. Matlamat utama pemulihan adalah untuk

    membolehkan populasi. Ini dapat diserapkan ke dalam proses pendidikan

    jasmani biasa.

    2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Hubungannya dengan Pendidikan

    Jasmani Suaian

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan suatu garis panduan yang sangat

    penting dalam menentukan bentuk dan perkembangan sistem pendidikan di

    negara kita. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertindak sebagai dasar, hala tuju

    14

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    5/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    dan panduan kepada segala idea dan usaha yang dijalankan bagi meningkatkan

    mutu dan prestasi pendidikan negara kita. Konsep Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan dapat dinyatakan melalui:

    Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

    rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

    kepada Tuhan. Isaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

    memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

    (Kementerian Pendidikan Malaysia 1996)

    Dapatlah dilihat daripada konsep itu, pendidikan merupakan satu usaha

    yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long education). Manusia

    mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang menyebabkan

    perubahan berlaku dalam hidup seseorang individu.

    Oleh sebab itu, latihan kemahiran mahupun pendidikan diperlukan untuk

    menerima segala perubahan yang berlaku. Persekitaran juga berubah dari

    semasa ke semasa dan akan menyebabkan perubahan dari segi ketrampilan.

    Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, perkembangan dalam kehidupan

    dapat berjalan dengan baik dan lancar.

    Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula ialah melahirkan insan

    yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan

    berguna. Dalam erti kata lain, matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    15

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    6/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    ialah melahirkan rakyat yang memiliki dan menghayati ciri percaya dan patuh

    kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada

    diri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan

    sepadu; dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

    Semua ciri ini merupakan potensi dalam diri individu dan dapat dipupuk. Selain itu,

    melalui pendidikan (jangka masa panjang), Malaysia dapat:

    2.2.1 Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi

    kewajipannya sebagai seorang warganegara.

    2.2.2 Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

    membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta

    sempurna demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan

    pembangunan.

    2.2.3 Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta

    mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut

    perlembagaan.

    2.2.4 Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara.

    2.2.5 Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip

    Rukunegara dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat

    berbilang kaum.

    2.2.6 mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan

    kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang

    berada.

    Matlamat pendidikan akan menjadi lebih jelas dan tersusun sekiranya

    elemen-elemen pendidikan dimasukkan dalam ideologi dan aspirasi negara

    16

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    7/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    diwujudkan sebagai Falsafah pendidikan Kebangsaan.

    Falsafah Pendidikan Khas juga mempunyai matlamat yang sama dan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu tidak hanya meliputi semua aspek

    pendidikan sahaja. Ia turut menyediakan perkembangan optima kepada kanak-

    kanak berkeperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang

    berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan

    sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam

    masyarakat. Falsafah Pendidikan Khas berteraskan kepada 3 prinsip utama

    iaitu:

    Perkembangan individu yang menyeluruh

    Kepatuhan kepada agama dan negara

    Pembentukan masyarakat yang berdisiplin dan bersepadu

    Falsafah Pendidikan Khas turut menjelaskan bahawa:

    Setiap kanak-kanak istimewa mempunyai hak terhadap penerimaan

    pendidikan

    Perbezaan-perbezaan ilmu yang luas, wujud antara kanak-kanak dalam

    setiap bidang keistimewaan

    Tapisan pengenalpastian dan penempatan awal dalam program Pendidikan

    Khas diperlukan

    Pendekatan multidisiplin yang melibatkan pakar-pakar pendidik, perubatan,

    sosiologi dan psikologi

    Kurikulum dan bahan-bahan khas diperlukan

    Pendidikan Khas harus menjadi bahagian yang melengkapkan dalam

    program pendidikan yang menyeluruh

    17

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    8/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    Pemerhatian terhadap kanak-kanak yang meninggalkan program

    Pendidikan Khas serta khidmat penempatan amat diperlukan

    Program Pendidikan Khas diperkukuhkan lagi melalui pentaksiran berkali-

    kali tentangnya daripada pendidik, ibu bapa dan orang ramai.

    Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan,

    berakhlak mulia, bertanggungjawab dan memberi sumbangan terhadap

    masyarakat dan negara. Di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan KBSR telah menekankan betapa pentingnya Pendidikan Jasmani

    yang perlu dijalankan di setiap sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia

    1998). Ini kerana PJK merupakan satu-satunya mata pelajaran yang dapat

    menghasilkan pendidikan yang menyeluruh meliputi domain psikomotor, kognitif,

    afektif, sosial dan emosi. Pendidikan dalam kelas Pendidikan Jasmani memberi

    peluang kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran

    melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal. Colfer, Hamilton dan Magill

    (1986) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan proses pembelajaran yang

    berorientasikan tugasan dan dapat menghasilkan kejayaan kepada sesuatu

    kumpulan pelajar. Oleh itu, mata pelajaran ini memerlukan satu pendekatan

    pengajaran yang lebih mantap supaya menghasilkan proses pendidikan yang

    menyeluruh dan berkesan.

    Dalam aspek hubungan antara Pendidikan Jasmani dengan pendidikan

    formal pula, Pendidikan Jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses

    asimilasi individu ke dalam masyarakat. Pendidikan formal pula ialah proses di

    mana masyarakat melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian

    menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada satu generasi

    18

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    9/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    ke satu generasi. Mata pelajaran pendidikan Jasmani dilihat sebagai lebih

    menyeluruh berbanding mata pelajaran lain yang hanya banyak menyentuh

    aspek kognitif (intelek) dan rohani (afektif) sahaja. Dengan penekanan kepada

    semua aspek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah penting kepada

    kanak-kanak berkeperluan khas kerana sebahagian besar daripada mereka

    mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak

    sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan mereka boleh

    membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi

    oleh mereka. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

    Jasmani Suaian untuk murid-murid berkeperluan khas yang dirancang dengan

    baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi hasrat falsafah dan kurikulum

    bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.

    Maka jelaslah bahawa Pendidikan Jasmani Suaian turut menerapkan di

    dalam diri murid-murid dengan keperluan yang sama seperti yang dinyatakan

    dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid berkeperluan khas juga

    merupakan nadi penggerak negara maka mereka juga harus diberikan peluang

    yang sewajarnya. Melaui Pendidikan Jasmani Suaian, individu yang yang

    mempunyai potensi menyeluruh dan seimbang daripada segi jasmani, emosi,

    rohani dan intelek dapat diwujudkan kerana dalam pendidikan tersebut kesemua

    aspek yang dinyatakan diambil berat dan menjadi objektif pembelajaran yang

    utama. Seperti mana yang dinyatakan, aspek jasmani tidak dapat dilihat dalam

    mata pelajaran yang lain tetapi dapat diuji dan dikembangkan dalam Pendidikan

    Jasmani dan Pendidikan Jasmani Suaian. Pendidikan Jasmani Suaian turut

    menerapkan nilai-nilai murni sewaktu pembelajaran yang akan memenuhi dan

    melengkapkan aspek rohani murid-murid. Oleh yang demikian, dengan rapatnya

    19

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    10/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    hubungan dan perkaitan antara Pendidikan Jasmani Suaian dalam Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan maka aspirasi negara akan dapat dicapai dan

    dijayakan.

    2.3 Pendidikan Jasmani untuk semua

    Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam

    kurikulum pendidikan formal sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun mata

    pelajaran ini tidak ditaksirkan dalam bentuk peperiksaan tetapi ia ternyata

    relevan dan bersesuaian dengan mata pelajaran yang digubal oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia. Ini kerana mata pelajaran ini merupakan satu-satunya

    bidang pendidikan yang menekankan aspek fizikal yang tidak disentuh oleh

    mana-mana mata pelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat aspek

    terpenting dalam pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tambahan

    lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, ia juga menyumbang

    kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan

    bersenam bukan sekadar untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk

    sepanjang hayat setiap individu.

    Pendidikan Jasmani dilaksanakan tidak mengira usia, jantina, bangsa

    mahupun agama kerana setiap individu mempunyai jasadnya yang tersendiri.

    Oleh itu, setiap individu perlu sedar akan kepentingan penjagaan diri daripada

    segi mental. Emosi, jasmani, sosial dan rohani. Kesemua aspek tersebut

    dirangkumkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Walaupun konsep

    utamanya adalah jasmani, ianya tidak mengabaikan aspek-aspek lain. Sewaktu

    kita mempelajari atau mengembangkan kemahiran psikomotor, ia turut

    merangsang minda dan kognitif dengan membuatkan kita memikirkan banyak

    20

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    11/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    perkara, menganalisis setiap perlakuan dan pergerakan serta mengenalpasti

    kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti fizikal.

    Selain itu, melalui Pendidikan Jasmani juga dapat memupuk pergaulan

    yang sihat antara individu dengan masyarakat sekeliling melalui aktiviti fizikal

    yang dilakukan secara bersama di samping dapat berkongsi pengalaman dan

    keseronokan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkat tahap pergaulan sosial

    dengan masyarakat sekeliling. Pendidikan Jasmani juga tidak mengabaikan

    aspek rohani dengan penerapan pelbagai nilai murini dalam setiap aktiviti fizikal

    yang dilakukan. Nilai murini seperti menghargai tubuh badan dapat diterapkan

    dalam diri individu.

    Pendidikan Jasmani merupakan pendidikan yang berkonsepkan

    sepanjang hayat. Malaysia, sebuah negara yang ingin membina dan melahirkan

    individu yang sihat dan cerdas. Maka pendidikan Jasmani adalah salah satu alat

    yang menjadi tonggak untuk mencapai sasaran itu. Sekiranya semua rakyat

    sihat, penyakit dapat dikurangkan dan produktiviti dapat dipertingkatkan.

    Seterusnya secara tidak langsung ia akan dapat membantu kepada

    perkembangan dan kemajuan negara.

    21

  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    12/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    TUGASAN TERARAH

    Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

    maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan dan hubungannya dengan Pendidikan Jasmani Suaian

    LAMAN WEB

    http://ipdaburn.blogspot.com/2009/05/kurikulum-pendidikan-jasmani.htmlhttp://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/pendidikan-jasmani-suaian-kanak-kanak.htmlhttp://www.ceritarasahati.blogspot.comhttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdfhttp://www.pingming.edu.my/bm/bm_pkhas.htmlhttp://www.sksj.com/pkhas

    PORTFOLIO

    Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepadapensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

    RUJUKAN

    Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002).Adapted Physical Education (5th ed.). San

    Francisco, CA: Harper and Row Publishers.

    Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All

    Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

    Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An

    Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.

    Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San

    Francisco, CA: Benjamin Cummings.

    22

    http://ipdaburn.blogspot.com/2009/05/kurikulum-pendidikan-jasmani.htmlhttp://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/pendidikan-jasmani-suaian-kanak-kanak.htmlhttp://ipdaburn.blogspot.com/2009/05/kurikulum-pendidikan-jasmani.htmlhttp://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/pendidikan-jasmani-suaian-kanak-kanak.html
  • 7/23/2019 Tajuk 2-Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

    13/13

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    23