sscf crew - sains teknologi dan manusia - bab 10 pencapaian

90
BAB 10 PENCAPAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI PARA ILMUWAN ISLAM

Upload: sscfcrew

Post on 19-Jul-2015

272 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

BAB 10

PENCAPAIAN SAINS DAN

TEKNOLOGI PARA ILMUWAN

ISLAM

Page 2: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

1- Memperkenalkan sains dan teknologi zaman para Nabi.

2- Menjelaskan pencapaian sains dan teknologi Islam dalam bidang

astronomi, matematik, fizik, kimia, farmasi, perubatan, biologi,

kejuruteraan, dan muzik.

3- Mengenalpasti faktor-faktor kegemilangan inovasi dalam sains dan

teknologi Islam.

4- Menganalisis faktor-faktor kemalapan sains dan teknologi Islam.

Page 3: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

ISI KANDUNGAN

Sains Dan Teknologi Zaman Para Nabi

Sains Dan Teknologi Zaman Para Nabi

Sumbangan Sains Dan Teknologi Islam

1) Bidang Astronomi 2) Bidang Matematik

3) Bidang Fizik 4) Bidang Kimia

5) Bidang Perubatan 6) Bidang Farmasi

7) Bidang Biologi (Botani Dan Zoologi)

8) Bidang Kejuruteraan 9) Bidang Seni Muzik

Faktor Kegemilangan Inovasi Dalam Sains Dan Teknologi Islam

Faktor Kemalapan Sains Dan Teknologi Islam

Kesimpulan

Page 4: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Menurut kajian historiografi Islam yang dikemukakanoleh para sarjana Islam seperti Ibn Al-Nadim, Ibn AbiUsaybi’ah, al-Qifti, al-Zahabi, dan Ibn Sa’id al-Andalusi bahawa kesemua mereka tidak menolakpandangan bahawa Allah S.W.T telah menurunkansains dan teknologi kepada Nabi Adam a.s danketurunannya (Bani Adam) terutama para Nabi yangmewarisi kekhalifahan dan kepimpinannya.

Page 5: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Penyelidikan historiografi Islam menerima faktakewujudan Haramisah (kata jamak bagi Hermes yangbermaksud guru falsafah dan sains) yang dikenalidalam sejarah sains Barat sebagai CorpusHermeticum.

Terdapat tiga Hermes dalam historiografi Islam yangberasal daripada rantaian keturunan Nabi Adam a.shingga Nabi Muhammad s.a.w.

Page 6: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Hermes pertama ialah Nabi Idris a.s yang merupakanketurunan keenam Nabi Adam a.s. Nabi Idris a.smemiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidangastronomi, matematik, dan teknologi binaan.

Hermes kedua ialah al-Babili yang hidup diMesopotamia selepas peristiwa banjir besar padazaman Nabi Nuh a.s.

Manakala Hermes ketiga hidup di Mesir dan salahseorang muridnya bernama Thales (m.d. 546 S.M),tokoh falsafah tabi’i Yunani pertama yang pernah belajardi Mesir di bawah bimbingan Hermes III.

Page 7: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Begitu juga halnya dengan para Nabi seperti NabiAdam a.s yang menguasai ilmu bahasa, pertanian, dankejuruteraan besi, Nabi Nuh a.s yang mahir dalamkejuruteraan pembuatan kapal, Nabi Ibrahim a.s yangmendalami astronomi, dan Nabi Daud a.s yangmenguasai kejuruteraan besi dan pakar strategipeperangan.

Kesemua nabi tersebut mempunyai kemahiran tertentuyang menjadi mukjizat kenabian yang digunakan untukmelestarikan dakwah kenabian mereka.

Page 8: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Demikian juga dengan kemahiran Nabi Muhammads.a.w dalam bidang ketatanegaraan, pentadbiran,organisasi dan peperangan yang turut menjayakanmisi kerasulan baginda pada abad ke 7 Masihi. Ajaranwahyu yang dibawa oleh para nabi sebenarnyamerangkumi aspek-aspek spiritual dan material.

Ringkasnya, sains dan teknologi para Nabi telahdiwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lainsehinggalah kebangkitan Nabi Muhammad s.a.wyang menyempurnakan dan mensintesiskankebenaran-kebenaran ilmiah para Nabi tersebutuntuk manfaat generasi terakhir manusia hingga kini.

Page 9: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

SUMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

• 1) Bidang Astronomi2) Bidang Matematik

• 3) Bidang Fizik4) Bidang Kimia

• 5) Bidang Perubatan 6) Bidang Farmasi

• 7) Bidang Biologi (Botani Dan Zoologi)

• 8) Bidang Kejuruteraan

• 9) Bidang Seni Muzik

Page 10: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

1- BIDANG ASTRONOMI

Astronomi adalah sains kajian bintang yangmelibatkan kedudukan, pergerakan, dan perkiraanserta tafsiran yang berkaitan dengan bintang. Ahliastronomi Muslim telah meneruskan tradisi astronomiPtolemy, tradisi Parsi, dan India.

Ahli astronomi Muslim generasi pertama muncul padapertengahan abad ke-8 Masihi di Baghdad. Rekodterawal mengenai cerapan astronomi dalam duniaIslam bertarikh 184H apabila Ahmad al-Nahawandimencerapi pergerakan matahari di Parsi.

Page 11: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Para astronomis Muslim telah membina balai cerapan(observatori) untuk melakukan cerapan cakerawala.Antara observatori terkenal dibina di Maraghah padatahun 657H.

Manakala alat astronomi yang utama ialah astrolabyang digunakan untuk menentukan altitud bintang,matahari, dan planet. Ia juga boleh digunakan untukmengukur waktu, ketinggian gunung serta kedalamanperigi, sungai, atau laut.

Page 12: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Sumbangan Ilmuwan Muslim Dalam Bidang

Astronomi

Tokoh-tokoh astronomi Islam ialah Muhammad al-Fazari(m.d. 777M), al-Khawarizmi (m.d. 850M), al-Faraghani(m.d. abad 9M), al-Battani (m.d. 929M), Abu Sahl al-Kuhi(m.d. abad 10M), Abd al-Rahman al-Sufi (m.d. 986M),Ibn Yunus (m.d. 1009M), Ulugh Beg (m.d. 1449M), AbuSaid al-Sijzi (m.d. 1020M), Abu al-Wafa’ al-Buzjani (m.d.998M), Abu al-Qasim/Maslama al-Majriti (m.d. 1008M ),Al-Zarqali (m.d. 1087M), al-Biruni (m.d. 1048M), UmarKhayyam (m.d. 1131M), Nasiruddin al-Tusi (m.d.1274M), Ibn al-Shatir (m.d. 1375M), Qutbuddin al-Shirazi(m.d. 1311M), Muhyuddin al-Maghribi (m.d. 1240 M),dan al-Kashani (m.d. 1214M).

Page 13: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Sumbangan terpenting astronomi Islam ialah jumlahcerapan bintang dan cakerawala yang mengatasi rekodcerapan astronomis Yunani. Misalnya, Ibn Yunus (m.d.1009M) pada tahun 1007M/397H telah melaporkandalam jadual astronominya Kitab al-Zayj al-Kabir al-Hakimi tentang cerapan pertama yang dibuat olehastronomis Islam sejak abad ke-9M lagi.

Para astronomis Islam telah diarahkan oleh Khalifahal-Ma’mun untuk mengukur lilitan bumi. Merekamendapati nilai sebanyak 40,253 km sedangkan nilaiyang diukur pada masa kini adalah 40,068 km melaluiKhatulistiwa dan 40,000 km melalui kutub, iaituperbezaannya kurang daripada 0.5%.

Page 14: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Pengukuran-pengukuran yang dihasilkan olehastronomis Islam telah dibukukan dalam bentuk jadualberupa takwim atau kalendar.

Al-Faraghani yang sezaman dengan al-Khawarizmi telahmenulis dua karya penting dalam bidang ini, iaitu Usulal-Falak (Prinsip Astronomi) dan Jawami’ Ilm al-Nujumwa Usul al-Harakat al-Samiya (Sains Bintang dan PrinsipPergerakan Cakerawala).

Begitu juga dengan al-Battani yang telah mengarangjadual astronomi yang diberi judul Zij al-Sabi. ManakalaAbdul Rahman al-Sufi mengarang kitab Suwar al-Kawakib, al-Biruni pula mengarang Qanun al-Mas’udi.

Page 15: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Nasir al-Din al-Tusi yang menjadi pengarahobservatori Maraghah menghasilkan karya astronomiberjudul Tazkirah dan Ulugh Beg pula menghasilkanjadual astronomi yang berjudul Zij Ulugh Beg.Selanjutnya al-Zarqali, astronomis Islam di Sepanyoltelah menghasilkan jadual astronomi berjudul ZijToledo (Fadzlullah Shuib, 2007: 34-36).

Page 16: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

2) BIDANG MATEMATIK

Bidang matematik berkembang dalam sains danteknologi Islam hasil daripada aktiviti ahli matematikIslam yang mensintesiskan metodologi matematikIndia, Yunani, Mesir, dan Mesopotamia.

Antara penemuan matematik Islam ialah sistemnombor, sistem perpuluhan aritmetik, algebra,trigonometri, dan geometri.

Page 17: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Tokoh-tokoh utama dalam bidang ini ialah Muhammadbin Musa al-Khawarizmi (m.d. 863M), al-Kindi (m.d.873M), al-Biruni (m.d. 1051M), Thabit bin Qurrah (m.d.901M), al-Battani (m.d. 929 M), Abu Kamil Syuja’ binAslam (m.d. 930M), Abu al-Wafa’ al-Buzjani (m.d.997M), Abu Bakr al-Karkhi (m.d. 1024 M), UmarKhayyam (m.d. 1121M), Abu Ja’far al-Khazini (m.d.960M), Jamsyid al-Kashi (m.d. 1424M), Abu al-Hasanal-Qalsadi (m.d. 1487M), dan Baha’ al-Din al-Amili(m.d. 1622M).

Tokoh yang paling cemerlang dalam matematik Islamialah al-Khawarizmi yang digelar “Bapa Algebra”menerusi karya beliau, Kitab al-Jabr wa al-Muqabalah(Fadzlullah Shuib, 2007: 34).

Page 18: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Sumbangan Ilmuwan Muslim Dalam

Bidang Matematik

Al-Kindi telah mengarang sejumlah buku dalam bidangaritmetik yang membincangkan tentang pengenalanaritmetik, penggunaan nombor-nombor India,penerangan nombor-nombor yang disebut oleh Platodalam Politiknya, keharmonian nombor-nombor,garisan dan pendaraban nombor-nombor, ramalan darisudut pandangan nombor-nombor, kuantiti relatif,penentuan perkadaran dan masa serta tatacaraberangka dan penghapusan.

Page 19: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Al-Karkhi telah mengarang kitab al-Kafi fi al-Hisab dalambidang aritmetik yang menghuraikan tentang kaedah-kaedah pengiraan.

Al-Khawarizmi yang digelar Bapa Algebra keranamengarang Kitab al-Jabr wa al-Muqabalah. Beliaujuga telah mengarang kitab al-Mukhtasar fi Hisabal-Jabar wa al-Muqabalah yang membincangkankepentingan dan penyelesaian algebra dalamkehidupan seharian.

Thabit bin Qurrah telah menterjemahkan karya-karya asing khasnya yang berkaitan dengan algebrake dalam bahasa Arab, di samping menulis karyaasli.

Page 20: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Al-Battani telah memperkenalkan konsep-konsepmoden dengan perlambangan, fungsi-fungsi danidentiti trigonometri. Beliau juga memperlengkapkanjadual keterangan dalam bentuk darjah, menghitungdarjah sinus, tangen, dan kotangen.

Al-Biruni telah mengarang kitab al-Tafhim li Awa’iliSina’at al-Tanjim yang membincangkan ilmumatematik dan trigonometri.

Ala’ al-Din Ali bin Ibrahim bin al-Muwaqqit telahmengarang 100 buah jadual nilai-nilai sinus dankotangen.

Ibn al-Haytham telah mengarang kitab al-Manazir yangdikatakan begitu penting dalam bidang matematik(geometri) dan amat berpengaruh di kalanganmasyarakat Barat (Rasid Muhamad, 1996: 178-182).

Page 21: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

3) BIDANG FIZIK

Fizik menurut Kamus Dewan (2007: 413) ialah cabangilmu sains yang mengkaji sifat-sifat jirim dan tenaga(seperti haba, cahaya, bunyi, graviti, magnetism) danperkaitan antara semua unsur tersebut.

Tokoh sains Islam terdahulu mengenali fizik sebagaisains tabii atau natural science. Kini, fizik adalah salahsatu cabang sains fizik (physical sciences) yangmerangkumi kimia, geologi, dan sains nuklear.

Page 22: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Ahli-ahli fizik membahagikan fizik kepada beberapacabang, iaitu fizik atom dan molekul, fizik nuklear,fizik keadaan pepejal (fizik jirim terkondens),astrofizik, dan fizik zarah asas (fizik tenaga tinggi).Terkini, biofizik dan fizik perubatan juga diterimasebagai cabang ilmu fizik. (A. Rahman Omar, 1995:89-90).

Perkembangan fizik dalam tamadun Islam bolehdibahagikan kepada dua tahap utama. Pertamanya,tahap pemindahan ilmu-ilmu fizik tamadun awal,khususnya tamadun Yunani ke dalam tamadun Islamdan keduanya, tahap tamadun Islam mempeloporipenemuan baru dan asli dalam bidang fizik.

Page 23: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Pada tahap pertama, tiada penemuan atau penghasilanbidang fizik yang boleh dianggap asli. Paradigma fizikutama pada tahap ini ialah paradigma fizik organik(Aristotle), simbolik (Phytagoras-Plato/Neo-Platonik), dannaturalistik atau mekanistik (Leusippus/Demokritus). Inibererti bahawa hampir kesemua paradigm fizik utamayang wujud dalam tradisi ilmu Yunani dan Hellenistikdipindahkan ke dalam budaya ilmu Islam.

Adalah dipercayai bahawa tahap ini berlangsung dalamlingkungan abad 660 hingga 830 Masihi. Dari abad 830hingga abad 900 Masihi barulah terdapat tanda-tandawujudnya pengolahan baru dan pembaharuan dalampenggunaan kategori-kategori intelektual dalam kajian fizik(Hairudin Harun, 2004: 183-185).

Page 24: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Pada tahap kedua (selepas 900 Masihi), idea dankonsep yang dikemukakan boleh dianggap sebagaipermulaan untuk melewati batasan paradigm fizikYunani. Antara tokoh yang terkemuka dalam usaha iniialah al-Farabi (m. 950) dan Ibn Sina (m. 1037).

Ibn Sina terutamanya telah membina satu paradigmfizik yang berjaya mengintegrasikan paradigmaAristotel dan Plato yang sebelumnya diterima umumsebagai mustahil untuk digabungkan. Ibn Sina jugaberusaha menyesuaikan paradigm fizik beliau dengandasar-dasar Islam, khususnya dalam persoalan sebabmusabab (causality) yang boleh dilihat dalam karya-karya beliau, antaranya Oriental Philosophy (HairudinHarun, 2004: 185).

Page 25: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Sumbangan Ilmuwan Muslim Dalam Bidang Fizik

Antara tokoh yang banyak memberi sumbangan dalambidang fizik ialah Ibn al-Haitham, al-Biruni, Ibn Yunus,dan al-Khazani. Berikut adalah maklumat nama tokohilmuwan Muslim dan sumbangan masing-masing dalambidang fizik:

Page 26: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

i) Ibn al-Haitham (965-1040M/354-430H)

Ibn al-Haitham atau lebih dikenali sebagai Alhazendi Barat terkenal sebagai “Bapa Optik Moden”.Antara sumbangan beliau dalam bidang fizik ialah:

1- Kajian mengenai gerakan yang membawakepada penemuan prinsip inersia dan statik.2- Menggunakan matematik dan model fizik yangbaik serta eksperimen yang teliti, beliaumeletakkan optik pada batu asas yang kukuh.3- Mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang danimej serta banyak lagi fenomena optik yangpenting.4- Menggunakan mesin lathe (larik) untukmembuat cermin, kanta cembung, dan cengkunguntuk penyelidikan.

Page 27: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

ii) Al-Biruni (973-1048M)

Membincangkan dan menganalisis denganmendalam konsep asas fizik seperti graviti, jirim,ruang, dan gerakan bumi.Membincangkan tentang graviti, gerakanmembulat bagi cakerawala, dan soal tempatsemulajadi sesuatu jasad.Membincangkan tentang keselanjaran dantidak keselanjaran jirim, dan percaya bahawawujudnya ketakselanjaran itu.Membincangkan apa yang dikenali sebagaiteori atom apabila dia menyangkal pendapatbahawa sesuatu bungkah itu boleh dibelahkepada komponen yang lebih kecil secaraberterusan tanpa had.Bertanggungjawab memajukan mekanik danhidrostatik.

Page 28: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

iii) Al-Razi (865-925M)

Al-Razi lebih dikenali sebagai Rhazes di Barat.

Sumbangan beliau dalam bidang fizik ialah menghasilkan

karya berkaitan dengan ruang (space), waktu (time), gerak

(motion), ilmu mata (optic), dan alkemi (alchemy).

Page 29: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

iv) Ibn Yunus al-Misri (950-1009M)

Ibn Yunus al-Misri telah menciptabandul (pendulum) yang digunakanuntuk mengukur masa.

Page 30: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

v) Abd al-Rahman Al-Khazini (Abad 11-12M)

Membincangkan keseimbangan hidrostatik,pembinaan dan kegunaannya, serta teori statik danhidrostatik yang ada di sebaliknya (bidang mekanikdan hidrostatik, iaitu antara bidang terpenting dalamfizik).

Orang pertama yang membuat hipotesis bahawagraviti badan manusia adalah berbeza-bezabergantung kepada jarak mereka dengan pusat bumi.Fenomena ini hanya ditemui pada kurun ke-18 (6kurun selepas kematiannya).

Menemui bahawa ketumpatan cecair lebih besarketika lebih dekat dengan pusat bumi satu kurunsebelum Roger Bacon (1220-1294M) mengemukakandan membuktikan hipotesis yang sama.

Penemuan mengenai ketumpatan udara denganmendapati bahawa udara seperti cecair lain memberidaya apungan kepada objek yang berada di dalamnya.

Page 31: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

4) BIDANG KIMIA

Menurut Sulaiman Nordin (1995: 78), perkembangansains umat Islam bermula daripada penyelidikan teorimenuju kepada penggunaan praktik yang menyaksikansaintis Muslim menghasilkan barang-barang harianseperti kapur barus (camphor), air suling, dan minyakgosok.

Perkembangan sainstis muslim dalam industri kimiadapat dilihat daripada kecekapan yang tinggi dalamkesenian, celupan, menyamak kulit, dan membaja keluli.Penemuan-penemuan baru dalam industri seperti ubatbedil, pembuatan kertas daripada kapas dan kain linenjuga dipelopori oleh saintis muslim.

Page 32: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Menurut H.G Wells (sarjana Barat terkenal), parailmuwan Muslim merupakan golongan pertama yangmengasaskan ilmu kimia. Oleh kerana itu, tidakhairanlah jika mereka telah mengembangkan ilmu kimiaselama sembilan abad bermula pada abad ke-8 Masihi(al-Zirikli, 2002: 6/103-104).

Page 33: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Sumbangan Ilmuwan Muslim Dalam Bidang Kimia

i) Jabir Ibn Hayyan/Geber (722-815MJabir Ibn Hayyan atau lebih dikenali sebagai Geber di Barat

terkenal sebagai “Bapa Kimia Moden”. Antara sumbangan

beliau dalam bidang kimia ialah:

•Memperkenalkan penggunaan praktik kimia seperti

membersihkan besi daripada campuran, menyediakan keluli,

mencelup kain dan kulit, pengunaan minyak varnis untuk kalis

air bagi kain dan memelihara besi, penggunaan mangan-

dwioksida untuk mewarnakan gelas dan penggunaan besi pirit

(iron-pyrites) bagi tulisan dalam emas dan penyulingan cuka

kepada asid asetik yang pekat.

•Menemukan asid klorida, asid nitrat, asid sitrat, dan asid asetat.

•Menemukan larutan aqua regia (dengan menggabungkan asid

klorida dan asid nitrat) untuk melarutkan emas.

Page 34: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

ii) Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Al-Razi (865-925M)

Memberikan informasi yang lengkap daripada beberapa

reaksi kimia serta deskripsi dan bentuk yang lebih

daripada dua puluh instrumen untuk tujuan analisis kimia.

Memberikan deskripsi ilmu kimia secara sederhana dan

rasional.

Orang yang pertama mampu menghasilkan asid sulfat

dan beberapa asid lainnya serta penggunaan alkohol untuk

menghasilkan zat yang manis.

Page 35: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Menghasilkan beberapa buah karya ilmiah dalam

bidang ilmu kimia, iaitu Kitab al Asrar

(membahaskan tentang teknik penanganan zat-zat

kimia dan manfaatnya), Liber Experimentorum

(membahaskan tentang pembahagian zat ke dalam

haiwan, tumbuhan dan mineral yang menjadi sumber

bakal kimia organik dan kimia non-organik), dan

kitab Sirr al-Asrar (ilmu dan pencarian ubat-ubatan

daripada sumber tumbuhan, haiwan, dan galian, serta

simbolnya dan jenis terbaik bagi setiap satu untuk

digunakan dalam rawatan).

Page 36: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

5) BIDANG PERUBATAN

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arabmempunyai amalan dan kepercayaan tertentu yangberkaitan dengan perubatan. Selain daripada amalanperubatan berbentuk tahyul, sihir dan sebagainya,masyarakat Arab turut menerima pengaruh perubatanYunani dan Parsi. Mereka mengamalkan perubatan yangditinggalkan oleh Hippocrates (360M) dan Galen (210S.M).

Selepas kedatangan Islam, masyarakat Arab telahmengubah sikap dan amalan mereka dalam bidangperubatan dan penyakit berlandaskan ajaran Islam (Ab.Alim Abdul Rahim & Syed Idrus Syed Mat Zin, 1995:179).

Page 37: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Perkembangan ilmu perubatan Islam bolehdikategorikan kepada dua tahap. Tahap pertama;zaman penterjemahan dan tahap kedua; zamanciptaan atau hasil tokoh agung Islam dalam bidangperubatan.

Sumbangan yang dihasilkan dalam kedua-dua tahap inimemainkan peranan besar terhadap perkembangankeilmuan Islam.

Page 38: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Sumbangan Ilmuwan Muslim Dalam

Bidang Perubatan

i) Abu Bakr Muhammad bin Zakaria al-Razi/Rhazes(865-925M)

Menghasilkan 200 buah buku perubatan antaranyadalam pengubatan penyakit campak (small-pox).

Mengarang kitab al-Hawi yang mengandungi semuamaklumat berkaitan ilmu perubatan Yunani, Parsi,dan Arab yang disusun berpandukan pengalamanbeliau sendiri. Buku ini mengandungi 20 jilid danditerjemahkan oleh Faraj bin Salim ke dalam bahasaLatin pada tahun 1279M.

Page 39: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

ii) Ali Ibn al-Abbas al-Majusi (m.d 982-994M)

Ali Ibn al-Abbas al-Majusi atau lebih dikenali sebagaiHaly Abbas di Barat terkenal sebagai “BapaFarmakologi”. Antara sumbangan beliau dalam bidangperubatan ialah:

Mengarang Kitab al-Maliki atau Kamil al-Sina’ah al-Tibbiyah yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Latindengan judul Liber Regius dan diterbitkan di Venicepada tahun 1492M dan di Lyon pada tahun 1523M.

Page 40: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Buku ini mengandungi gambaran klinikal yang jelastentang pleurisi ataupun inflamasi salut paru-paru.Kitab ini merupakan salah satu karya perubatan yangpaling sempurna yang pernah ditulis dalam bahasaArab dan merupakan satu teks penting sehinggamunculnya al-Qanun karya Ibn Sina.

Dianggap sebagai tokoh yang pertama mengusulkanadanya satu sistem pembuluh darah (kapilari) ketikamembincangkan tentang adanya ruang-ruang halusdi antara salur nadi dan salur darah.

Page 41: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Tokoh pertama yang menganjurkan bahawa semasaproses bersalin, bayi itu tidak keluar dengan sendirisecara pasif tetapi ditolak keluar oleh daya kecutan(kontraksi) dari uterus (Ismail Said et.al, 1992: 21-22;48-49).

Page 42: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

iii) Abu Ali al-Hassan Ibn al-Haytham(960-1039M/355-429H)

Menghasilkan sebuah treatis berjudul Kitab al-Manazir (Buku Optik).

Orang pertama menganjurkan bahawa penglihatanadalah hasil daripada sinaran cahaya yangdipantulkan dari objek dan gambaran ini difokus keatas retina dan seterusnya dihantar ke otak melaluisaraf optik. Dengan ini beliau menafikan teori Eucliddan Ptolemy yang menganjurkan bahawa matamenghantar cahaya ke objek yang dilihat.

Page 43: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Orang pertama yang menemui lensa konceks,mengenal pasti retina dan memanggilnyasyabakiyah, mengenalpasti kornea, ‘akueoushumor’, ‘vitreous humor’ (Ismail Said et.al,1992: 47-48).

Page 44: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

iv) Ibn Sina (980-1037M/370-428H)

Antara penemuan Ibn Sina yang dianggap modentelah dibincangkan dalam al-Qanun iaitu hubunganantara emosi dengan perubahan sistem badan,fisiologi tidur, kepentingan pemurnian air minuman,pengaruh iklim terhadap kesihatan, penggunaantampon faraj, penggunaan bahan bius menerusimulut, penggunaan haiwan dalam ujiankeberkesanan ubat dan rawatan penyakit psikiatri,tetanus, pleuritis, jangkitan tuberculosis, antraks,kencing manis serta beberapa jenis penyakit saraf.

Page 45: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

v) Abu al-Qasim ibn Abbas al-Zahrawi (936-1013M)

Mengarang kitab al-Zahrawi atau lebih dikenali sebagaial-Tasrif yang telah menjulang namanya sebagai ‘BapaSurgeri Moden’. Kitab al-Tasrif ini mengandungi 30bahagian yang merangkumi pelbagai bidang perubatandalam 1500 halaman. Al-Zahrawi telah membahagikanalat pembedahan kepada tiga bahagian.

Menulis mengenai penyediaan dadah daripadatumbuh-tumbuhan, mineral dan haiwan dalambukunya, Liber Servitoris.

Page 46: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Ibn Rusyd (1126-1198M/520-595H)

Ibn Rusyd telah mengarang kitab al-Kulliyyat yangmengandungi 16 jilid dan merupakan satu-satunyasumbangan agung beliau dalam bidang perubatan.

Page 47: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Abu Marwan Muhammad ibn Abd al-MalikIbn Zuhr/Avenzoar (1072-1162M)

Menjalankan ujikaji yang tulen dalam bidang rawatandan telah menerangkan tentang penyakit tumormediastinal (ruang antara dua bahagian besar sesuatuorgan misalnya di antara paru-paru kanan dan kiri) danpenanahan di dalam ruang tersebut.

Mengarang buku panduan perubatan yang berjudulKitab al-Iqtisad fi Islah al-Anf wa al-Ajsad dan Kitab al-Taysir fi al-Mudat wa al-Tadbir yang berkaitan denganpenjagaan kesihatan, panduan perubatan amali, sertamenyediakan ubat dan diet (Ab. Alim Abdul Rahim &Syed Idrus Syed Mat Zin, 1995: 183-184).

Page 48: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Orang pertama yang menggunakan tiub perak untukmemasukkan makanan ke dalam perut, sebelum tiubRyle moden dicipta.

Menjalankan kajian tentang kaedah menyediakanubat–ubatan dan bahan pemakanan. Kajian inimemberi gambaran jelas tentang kanser perut(Mohamed Hatta Shaharom, 2008: 116).

Page 49: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

6) BIDANG FARMASI

Farmasi adalah satu bidang yang mengkaji secara khususproses dan kaedah penyediaan ubat. Proses danpenyediaan bahan farmaseutikal yang diwarisi daripadasains dan teknologi Islam antara lain ialah rebusan,pendebuan (pulverization), basuhan, campuran, larutansalap, penyulingan, pensublimatan, kalsinasi, dan koagulasi.

Tamadun Islam telah memperkenalkan dos ubat sepertisalap, serbuk, sediaan berminyak, pes, serbuk mata,pembalut, dentifis, suposttori, enema, gargle, pil, tablet,konfensi, maajun, rebusan, sirap, sediaan beralkohol,emetic, dan sebagainya.

Page 50: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Dalam aspek penyediaan ubat-ubatan, sains danteknologi Islam telah memperkenalkan alat-alat khusus,antaranya ialah penyepit (thongs), “bellows” krusibel,sudu lade, alambik, aludel, bikar, kelakang (flask),periuk, tudung, oven, “stove”, kilu, penumbuk (pestledan mortar), dan penyering (Ismail Saad, et.al., 1992:69).

Ringkasnya, sarjana Islam dalam bidang farmasi telahmenyumbang sesuatu yang sangat bernilai sehingga kehari ini sekurang-kurangnya dalam tiga perkara berikut(Ismail Saad, et.al., 1992: 64-65):

Page 51: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islamtelah memperkenalkan betapa pentingnyapemerhatian, kawalan percubaan, dan penyimpananrekod. Berdasarkan prinsip-prinsip ini, masyarakat Islamtelah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan danperkembangan kimia di Eropah.

Orang Islam buat pertama kalinya menubuhkan kedaiapoketari dan dispensari serta mempelopori pusatpengajian farmasi (Sami Hamarneh, 1962: 59-61).Seterusnya, amalan sains farmasi dipisahkan sebagaisatu profesion yang tersendiri, iaitu berlainan dariprofesion kedoktoran.

Page 52: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Memperkenalkan pengawalan etik farmasi melaluiundang-undang dan penguatkuasaan. Formulasifarmaseutikal terkawal telah diterbitkan danmenggariskan secara rasmi penyediaan danpenyimpanan ubat.

Ahli kimia ubat yang tidak mematuhi piawai yang telahditulis dalam formulasi akan dikenakan hukuman.Berdasarkan hal ini, umat Islam buat pertama kalinyamempelopori pergerakan pengguna dan kawalan mutu.

Page 53: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Tokoh-tokoh Saintis Muslim dalam

Bidang Farmasi

i) Al-Zahrawi (936-1013M)

Al-Zahrawi atau lebih dikenali sebagai Abulcasis diBarat terkenal sebagai “Bapa Pembedahan Moden”.Antara sumbangan beliau dalam bidang farmasi ialah:

Memberi sumbangan kepada penyediaan ubat-ubatandan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan.

Page 54: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Orang yang pertama menceritakan denganterperinci mengenai hemofilia dan penggunaanbenang sutera untuk tisu yang berselirat.

Mengenalpasti langkah-langkah bagi menyediakangigi palsu yang dibuat daripada tulang haiwan.

Memperkenalkan banyak pembaharuan dalambidang pembedahan.

Dr. Campbell dalam bukunya, Sejarah PerubatanArab menyatakan bahawa prinsip perubatan al-Zahrawi telah menjadi asas kepada kurikulumperubatan di Eropah.

Page 55: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

ii) Ibn Al-Nafis (1213-1288M)

Melancarkan kempen memerangi wabak di Mesiryang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanakmahupun orang dewasa.

Membina sebuah hospital baru di Kaherah danmenyelia pembinaannya menurut keperluanperubatan berkenaan bahagian-bahagian hospitaltersebut seperti wad, farmasi, perpustakaan, ruangmenunggu, dan bilik khas untuk doktor. Hospitaltersebut telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dandinamakannya dengan al-Mansuri.

Page 56: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Memperkenalkan konsep teaching hospital.

Memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidangpembedahan termasuk penemuan sistem peredarandarah kecil.

Page 57: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

iii) Ibn al-Baitar (865-925M)

Ibn al-Baitar telah mengarang kitab al-Mughni fi al-Adawiyah al-Mufradah yang menyenaraikan tidakkurang daripada 1400 jenis ubat dari pelbagai sumberseperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan galian.

iv) Al-Kindi (801-873M)

Al-Kindi telah menghasilkan buku-buku penting yangberkaitan dengan ubat-ubatan terutama tentang ubatsebatian dan campuran yang kompleks (MohdKoharuddin bin Mohd Balwi, 2002: 36; Ismail Saad,et.al., 1992: 65).

Page 58: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

7) BIDANG BIOLOGI (BOTANI DAN ZOOLOGI)

• Bidang ini turut berkembang pada zamankegemilangan tamadun sains dan teknologi Islam.Bidang ini mengkaji fenomena benda-benda hidupdari yang sekecil-kecilnya hingga kepada yangsebesar-besarnya. Oleh itu, bidang ini turutmenyentuh secara langsung bidang botani danzoologi.

Page 59: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

• Ia amat berkait rapat dengan perkembangan bidangperubatan dan farmasi, di samping untuk memajukanbidang pertanian. Menurut S. H. Nasr (1970), umatIslam telah mula memberikan sumbangan dalambidang botani dengan munculnya karya-karya awaldalam bidang ini, iaitu buku-buku seperti Kitab al-Hudud, Kitab ‘Ilm al-Nabat dan Kitab al-Filahah, yangdianggap penting dalam bidang ini. Antara tokohpenting botani Islam ialah:

• Al-Riyasa ibn Jarit (m.d. 1193M) yang telah membuatkajian mengenai pokok limau rubab danpenggunaannya.

Page 60: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

• Al-Ghafiqi (m.d. 1165M) yang telah mengarang Kitabal-Adwiyah al-Mufradah mengenai tumbuh-tumbuhandan herba perubatan.

• Al-Baytar (m.d. 1248M) telah mengarang Kitab al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami’ fi al-Adwiyah al-Mufradah juga mengenai botani dan kaitannya denganubat-ubatan.

• Ibn Wahsyiyyah telah mengarang Kitab al-Filahah al-Nabatiyyah.

• Ali ibn Rabban al-Tabari (838–870M) telah mengarangKitab Firdaws al-Hikmah yang membincangkantentang tumbuh-tumbuhan.

Page 61: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

• Sarjana Islam juga telah memberikan sumbangandalam bidang zoologi. Antara tokoh-tokoh zoologiMuslim yang penting ialah:

• Al-Jahiz (m.d. 896M) yang telah mengarang kitab al-Hayawan, sebuah buku zoologi lengkapmembincangkan tentang binatang, sifat-sifat binatang,penyakit-penyakit, dan cara penyembuhannya. Beliaujuga mengkaji tidak kurang daripada 350 jenisbinatang.

• Al-Kindi (801–873M) turut menyentuh tentang zoologidalam beberapa tulisannya.

Page 62: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

• Ibn Qutaibah (828 – 885M) telah mengarang kitab al-Akhbar yang berkaitan dengan zoologi.

• Ikhwan al-Safa turut serta dalammemperkembangkan bidang ini.

• Al-Asma’i (m.d. 783M) telah mengarang beberapabuah buku yang berkaitan dengan zoologi, antaranyaKitab al-Ibil, Kitab al-Khayl, dan kitab al-Wuhush.

• Al-Damiri (m.d. 1405M) telah mengarang kitab Hayatal-Hayawan yang berkaitan juga dengan zoologi(Rasid Muhamad, 1996: 205-208).

Page 63: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

8) BIDANG KEJURUTERAAN

Sains kejuruteraan yang dianggap oleh paracendekiawan Islam klasikal sebagai sebahagiandaripada sains matematik terdiri daripada 12 sub-bidang, iaitu bangunan, ukur, pelayaran danpengapungan, optik, cermin membakar, mesinperang, pusat graviti, pengangkatan bebas berat,neraca, mekanik, industri, dan pertanian.

Page 64: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Dalam buku Islamic Technology: An Illustrated History(1986) oleh Ahmad Y. Al-Hassan dan Donald R. Hill,teknologi kejuruteraan dipecahkan kepada lapanbahagian, iaitu kejuruteraan mesin, kejuruteraan awam,kejuruteraan militeri, kejuruteraan perkapalan,kejuruteraan kimia, kejuruteraan tekstil, kertas dan kulit(pembuatan), kejuruteraan pertanian, dan kejuruteraanlogam dan galian.

Page 65: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Dua prinsip kejuruteraan Islam, iaitu:

1- Kesetaraan (mizan): Prinsip ini membawa maksudbahawa tiap-tiap sesuatu berada di dalam kedudukanyang betul dalam sesebuah sistem.

2- Keseimbangan (tawazun): Prinsip ini pula bermaksudbahawa sistem itu secara keseluruhannya diperlukanuntuk mengekalkannya dalam kedudukan tersebut.

Page 66: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Terdapat dua faktor kenapa hasil-hasil karya teknologikejuruteraan amat berkurangan jika dibandingkandengan sumbangan saintis Muslim dalam bidang-bidang lain.

i) Para jurutera Islam pada era inovasi sains danteknologi Islam dari abad 8-12M lebih banyakmenumpukan usaha ke arah penggunaan teknologiyang dicipta berbanding mempergiatkan kerja-kerjapenulisan dan penghasilan teknologi baru.

ii) Setelah kejatuhan empayar Islam sama ada di Timurmahupun di Barat, banyak manuskrip dan buku parasaintis dan jurutera Muslim yang menghadapikemusnahan (Fadzlullah Shuib, 2007: 40-41).

Page 67: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Sumbangan Ilmuwan Muslim Dalam BidangKejuruteraan

Sungguhpun hasil-hasil karya teknologi kejuruteraanamat berkurangan jika dibandingkan dengansumbangan saintis Muslim dalam bidang-bidang lain,terdapat beberapa karya kejuruteraan yang masihwujud untuk dianalisis oleh generasi terkemudian.Antaranya ialah:

Karya-karya Banu Musa pada abad ke-9M sepertiKitab al-Hiyal (Kitab Pengetahuan Peranti Mekanik)yang menjelaskan tentang mesin roda pengangkut airserta mesin untuk mengisar jagung dan bijirin yanglain.

Page 68: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Al-Maqdisi (m.d. 1000M/390H) yangmenerangkan tentang mesin roda air disepanjang Sungai Ahwaz, Iran.

Al-Idrisi (1099–1165M) di Toledo, Sepanyolmenulis sebuah makalah pada tahun1154M/584H tentang kejuruteraan mesin rodaair yang digunakan untuk mengangkut air dariSungai Tagus untuk dibekalkan ke Toledo.

Page 69: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Taqiyyudin, jurutera Muslim pada abad ke-12M telahmenulis dan menghasilkan mesin pengangkut air yangdikenal sebagai syaduf, saqiya, dan naura. Mesin-mesin tersebut digerakkan dengan tenaga binatang dankuasa air (hidro).

Al-Jazari (1136–1206M) pada abad ke-13M telahmenghasilkan mesin pemancut cairan yang bolehmengubah jet pancutannya secara automatik.

Page 70: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

• Al-Himyari seorang jurutera Muslim dari Sepanyolmenulis buku kejuruteraan yang berjudul Kitab al-Rawd al-Mi’tar pada tahun 1262M/661H. Bukutersebut menjelaskan tentang kincir angina yangdigunakan sebagai mesin penggiling gula dan tepung.

• Penciptaan jam telah diusahakan oleh sebilanganjurutera Muslim seperti Ibn al-Haytham (m.d.1039M), al-Zarqali (1029–1087M) di Sepanyol, al-Khazini (m.d. 960M), dan Muhammad al-Sa’ati(Fadzlullah Shuib, 2007: 40-42).

Page 71: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

9) BIDANG SENI MUZIK

Dunia Arab mentakrifkan muzik sebagai handasah al-sawt atau seni bunyi secara estetik (al-Faruqi 1992:463). Ringkasnya, muzik adalah suatu kesenian yangdipengaruhi oleh pengawalan atau pengurusan bunyi.

Muzik diakui sebagai satu seni dan juga sains yangmenggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumentaltermasuk bunyi-bunyi semulajadi atau rekaan dengansatu cara yang dianggap memuaskan mengikutestetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yangjuga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Page 72: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Sumbangan Dunia Islam Terhadap Muzik

i) Al-Kindi (801-873M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Yusuf Yaqub Ishaq danberasal dari suku Kindah (Sharif 1994:11). Al-Kindiadalah penulis Arab yang paling awal menulis tentangmuzik dan juga ahli muzik tersohor di kalangan orangIslam (Atiyeh 1996:143).

Beliau banyak menulis karya tentang muzik dansebahagian besarnya diterjemahkan ke dalambeberapa bahasa Eropah.

Page 73: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Antara karya beliau ialah KepentinganPengetahuan Muzik (The Essentials ofKnowledge in Music), Ilmu Melodi (On TheMelodies), dan Buku Penting Pengarang Melodi(The Necessary Book In The Composition ofMelodies)

Page 74: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

ii) Yunus Khatib/al-Mughanni

Nama lengkap beliau ialah Yunus bin Sulaiman binKurd bin Shahiyar Abu Sulaiman. Beliau terkenalsebagai penulis, pemuzik, penggubah koleksi lagu-lagunyanyian, dan penulis lirik lagu sehingga digelar al-Khatib.

Pada zaman Khalifah al-Walid bin Yazid, beliau telahdiundang ke istana di Damsyik untuk memainkan muzikdan mendapat penghormatan yang tinggi daripadapihak kerajaan. Beliau juga telah menghasilkanbeberapa buah karya dalam bidang seni muzik.Antaranya ialah Kitab Mujarrad Yunus, Kitab al-Qiyan,dan Kitab al-Nagham (melodi) (Mahyudin, 1989:158).

Page 75: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

iii) Ibn Sina (980-1037M/370-428H)

Sumbangan Ibn Sina dalam bidang muzik juga amatdikagumi. Terdapat dua buah karya beliau yangterkenal menyentuh tentang muzik, iaitu: al-Shifa danal-Najat.

Page 76: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

iv) Ali al-Isfahani (897-967M)

Nama penuh beliau ialah Abu al-Faraj Ali Ibn al-HusainIbn Muhammad al-Quraishi. Beliau dilahirkan di Isfahandan menuntut ilmu di Baghdad.

Karya beliau yang paling terkenal tentang muzik ialahKitab al-Aghani (Book of Songs), Kitab al-Qiya (Book ofSinging Girls), Kitab al-Ima al-Shawair (Book of FemalesSlare Poets), Kitab Mujarrad al-Aghani (Book of ChoiceSongs), Kitab Ghilman al-Mughanniyyin (Book of SlareSingers), dan Kitab Akhbar Jahzal al-Barmaki (Book ofStones of Jahza al-Barmaki).

Page 77: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Nama penuh beliau ialah Ali Ibn al-Mas’udi. Beliaudilahirkan di Baghdad pada akhir tahun abad ke 3hijrah dari keturunan Hijaz. Al-Mas’udi terkenalsebagai sejarawan dan ahli geografi Arab.

Karya beliau yang paling agung tentang muzik ialahMuruj al-Dhahab. Perbincangan dalam karya beliautersebut merangkumi jenis-jenis peralatan muzik,irama serta not-not muzik. Antara karya beliau yanglain ialah Kitab al-Zulaf yang membicarakan tentangpengaruh muzik terhadap jiwa (Farmer 1973: 165).

v) Al-Mas’udi (896-956M)

Page 78: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

vi) Al-Farabi (872-950M)

Nama al-Farabi tidak boleh dipinggirkan apabilamembincangkan muzik dalam dunia Islam.Beliau mempunyai ilmu pengetahuan dan dayakreatif yang tinggi dalam ilmu muzik.

Terdapat beberapa buah buku mengenai muzikyang dihasilkan oleh al-Farabi. Antaranya ialahKitab al-Musiqi al-Kabir, Kitab Ilmu al-Musiqi,dan Kitab Fi Ihsa al-Iqa.

Page 79: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

FAKTOR KEGEMILANGAN INOVASI DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengankecemerlangan inovasi dalam bidang sains dan teknologiIslam, antaranya ialah:

i) Dorongan ajaran al-Quran dan hadis yang mencetuskanbudaya ilmu dalam masyarakat Islam.

ii) Naungan politik para pemerintah Islam. Polisipemerintah terhadap kegiatan inovasi sains dan teknologitelah meningkatkan dan memantapkan lagikecemerlangan sains dan teknologi Islam.

Page 80: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

iii) Kegiatan penyerapan budaya ilmu asing khasnyaYunani ke dalam budaya ilmu Islam telah memarakkanlagi kegiatan inovasi sains dan teknologi Islam.

iv) Kemunculan cendekiawan neo-Muslim zamanAbbasiah, Andalus dan Fatimiah telah menyumbangkepada pendemokrasian ilmu yang menginovasikansains dan teknologi Islam yang gemilang.

Page 81: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

v) Polemik agama-sains dan teologi-falsafah telahmemarakkan lagi kegiatan intelektual Islam yangbersifat penyaringan ke atas pengaruh budaya asingyang tidak bersesuaian dengan budaya ilmu Islam.Contohnya, polemik antara al-Ghazali dan Ibn Rushd(Tahafut al-Falasifah vs Tahafut al-Tahafut).

vi) Kegiatan perdagangan antarabangsa pada erakegemilangan sains dan teknologi Islam telahmencetuskan rekaan dan produk dalam pelbagaibidang termasuk ketenteraan, pembinaan kapal,cerapan astronomi, perubatan, pembuatan, danperkhidmatan.

Page 82: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

FAKTOR KEMALAPAN SAINS & TEKNOLOGI ISLAM

Ibarat siang dan malam yang silih berganti, makademikianlah nasib yang dialami oleh setiap tamadundunia termasuklah tamadun Islam yang pernahmencapai zaman kegemilangan dalam bidang sains danteknologi. Antara faktor yang boleh dikaitkan dengankemalapan bidang sains dan teknologi Islam ialah(Fadzlullah Shuib, 2007: 31-32):

1- Ketidakstabilan politik dan kegawatan ekonomimenjelang abad ke-13 Masihi di seluruh wilayah Islamtelah memberikan kesan yang besar kepadakemerosotan kegiatan inovasi sains dan teknologi Islam.

Page 83: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

2- Serangan kuasa ketenteraan asing yang kurangbertamadun seperti tentera Tartar dan tenteraSepanyol-Kristian yang telah meranapkan sama sekalikerajaan-kerajaan Islam. Dengan ini kegiatanintelektual serta inovasi dalam sains dan teknologiturut terencat.

3- Krisis dalaman umat Islam sehingga munculpertelagahan antara pendokong sains dan teknologiIslam dengan golongan tradisionalis telah merencatkanperkembangan inovasi sains dan teknologi di duniaIslam.

Page 84: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

4- Kebangkitan Barat dengan zaman Renaisans danrevolusi sains Eropah menjelang tahun 1600M diikutidengan tempoh penjajahan Barat ke atas dunia Islamtelah melumpuhkan sama sekali kegiatan sains danteknologi Islam.

Page 85: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Para cendekiawan Islam telah memberi sumbangan yangtiada tolok bandingnya kepada tamadun dunia sertakemajuan sains dan teknologi.

Hakikat ini begitu menyerlah dengan terdapatnya lebihdaripada suku juta manuskrip karya saintis Muslim yangditemui di dalam perpustakaan-perpustakaan terbesar didunia.

Manuskrip-manuskrip tersebut masih tersimpan di negara-negara umat Islam dan Eropah, meskipun sebahagianbesarnya telah dimusnahkan oleh tentera Tartar padatahun 1258 dan dimusnahkan oleh tentera Sepanyol yangberagama Kristian pada tahun 1492 berikutan kejatuhankota Granada di Sepanyol.

KESIMPULAN

Page 86: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Pelbagai pihak yang berpandangan serong dan cemburudengan Islam tetap berusaha menafikan sumbanganpara cendekiawan Muslim dalam pelbagai lapangansains. Walhal saintis Muslimlah yang telah menyumbangsaham yang besar kepada tercetusnya era Renaisans diEropah dan kemunculan zaman moden di Barat.

Amat menyedihkan lagi apabila sebilangan besarpenganalisis tamadun moden Barat mengungkapkankekagumannya kepada tamadun Yunani yang dianggapsatu-satunya peradaban yang bertanggungjawabmelahirkan tamadun Barat Moden yang gemilang.

Page 87: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Sebenarnya, tamadun Yunani selepas tumbangnyaEmpayar Rom telah gagal menyelamatkan Eropahdaripada zaman kegelapan selama 500 tahun.Kemunculan tamadun Islam dalam tempoh itu yangdikenali sebagai zaman pertengahan (mulai abad 7-16Masihi) telah menyelamatkan Eropah daripada terus-menerus berada dalam kegelapan dan kejahilan.

Malah, pihak berautoriti di Eropah pada ketika itu telahmenindas dan menzalimi para saintis dan filsuf merekayang telah menerima cahaya ilmu sains dan teknologidari universiti-universiti Islam di Sepanyol.

Page 88: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

Benar sekali rumusan yang dibuat oleh George Sarton,sarjana sains Amerika yang mengatakan:

“ .... dalam menjelaskan sejarah budaya Eropah, kitaboleh meninggalkan langsung sumbangan Hindu danCina dalam perkembangan matematik, tetapimeninggalkan sumbangan Muslim akanmemusnahkan ceritanya, kerana tidak boleh diterimaakal. Sarjana Muslim menandingi sarjana Yunani,sepertilah kaitan Amerika dengan Eropah pada masasekarang.”

Page 89: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian

SOALAN ULANGKAJI:

1- Apakah sumbangan terbesar tokoh Islam dalam bidangfizik dan kimia?

2- Siapakah tokoh fizik Islam yang mempelopori ilmuoptik?

3- Jelaskan sumbangan tamadun Islam dalam bidangfarmasi.

4-Huraikan tahap perkembangan ilmu perubatan Islam.

5- Jelaskan konsep rawatan dari perspektif Islam.

Page 90: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 10 pencapaian