sosial dalam islam latest

Upload: bohari77

Post on 04-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Tamadun Islam (Sosial)Dibentangkan oleh :

    Bohari Bin IshakYassier Bin Abdu Rajak

  • Takrif SosialPergaulan serta hubungan manusia dan kehidupan kelompok manusiaAl-Quran merupakan sumber rujukan utamaIslam meletakkan asas persamaan sosial yang jelas dalam kehidupan bermasyarakatMuamalat merupakan istilah yang digunakan dalam Islam.

  • Takrif MuamalatAbdul Qadir Djaelani (2001) -tata-aturan Ilahi yang mengatur hubungan manusia dengan sesama manusia dan hubungan manusia dengan bendaTerbahagi kepada dua:

    1. Al Qanunul khas

    2. Al Qanunul Am

    M. Quraish Shihab (1999) - hubungan timbal balik antara sesama manusia, baik secara peribadi mahupun dalam bentuk badan hukum

  • Al Qanunul khasHukum NiagaHukum NikahHukum WarisAl Qanunul AmHukum pidanaHukum tatanegaraHukum Perang dan Damai

  • Sosial dalam masyarakat Arab Jahiliah

    Sebelum keadaan sosial Islam, sosial masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua golongan ; 1. golongan Arab Badwi- golongan yang nomad. 2. golongan Arab Hadari- golongan yang menetap sesuatu tempat.

    Abdul Rahman (1990) - menjadi kebiasaan yg dilakukan oleh Qusai bin Kilab, ukuran tinggi rendahnya martabat sesuatu kabilah dikira berdasarkan jarak kediaman mereka dari Kaabah.

    Mahayudin & Ahmad Jelani (1993) - kaum Quraisy al-Birah daripada keturunan Qusai yg tinggal di kawasan tengah kota Makkah menjadi terkenal dalam bidang pentadbiran, politik dan perniagaan.

  • MASYARAKAT DAN KELUARGA ZAMAN JAHILIAH Sistem kabilah atau puak dan taksub terhadap kabilah masing-masing.

    Mengamalkan sistem hidup kelas atau kasta.

    Dibahagikan kepada dua golongan; 1.bangsawan, hartawan dan pemerintah. 2.hamba abdi - golongan majoriti, tiada hak dan boleh dijual beli

    Golongan bangsawan dan hartawan mempunyai ramai hamba abdi, kaya, berpengaruh, mulia dan tinggi martabatnya.

    Kedudukan wanita sangat rendah dan diberi layanan yg buruk. Kaum wanita diperalatkan dalam pelbagai bentuk seperti perzinaan, pelacuran, perkahwinan, poligami dan penceraian.

    Ketua keluarganya ialah lelaki dan kuasa penentu dalam perkara yang berkaitan dengan keluarga. Lelaki boleh berkahwin dan menceraikan isteri mereka dengan sesuka hatinya.

  • PEMBENTUKAN MASYARAKAT DAN KELUARGA DALAM ISLAMIslam sebagai ad-din yang membawa kesejahteraan kepada keluarga, masyarakat, negara dan umat di duniaMembetulkan institusi keluarga, meninggikan dan meletakkan kaum wanita di tempatnya, mewujudkan keseimbangan sosial dan sebagainyaMemberi taraf kesamarataan dalam pergaulan dan semua aspek antara lelaki dengan perempuanPembentukan keluarga bermula dengan perkahwinan Sebelum dilangsungkan akad nikah, beberapa perkara perlu dilaksanakan seperti pemilihan jodoh dan pertunanganBeberapa perkara perlu diperhatikan semasa memilih jodoh supaya ikatan perkahwinan tercapai. Nabi bersabda:

    Wanita dikahwini kerana empat sebab, iaitu kerana kekayaannya, kerana darjat keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah beragama (iman), nescaya kamu akan bahagia

  • PERKAHWINAN DALAM ISLAM

  • Hadis-hadis Rasulullah s.a.W yang menganjurkan supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud ; Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku.

    Hadis ini menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan satu sunnah sebagai umat Muhammad.

    Sesungguhnya perempuan itu menghadap dalam gambaran syaitan dan membelakang dengan gambaran syaitan pula. Maka apabila seseorang kamu melihat tertarik kepada perempuan itu hendaklah ia mendatangi isterinya kerana sesungguhnya yang demikian itu dapat melepaskan runtunan jiwa.

  • Perkahwinan itu sebahagian dari iman seperti dalam hadis berikut yang bermaksud ;Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain.

    Dalam menganalisa hadis ini, Imam al-Ghazali berpendapat ; dengan melangsungkan perkahwinan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan berkahwin akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya.

  • Islam telah menetapkan beberapa tanggungjawab dan hak kepada suami isteri yg mendirikan rumah tangga.

    Ianya ditentukan untuk mewujudkan keharmonian, kebahagian dan kedamaian rumah tangga yang dibina.

    Tanggungjawab dan hak suami isteri ;

    1. Hak bersama 2. Hak isteri (tanggungjawab suami) 3. Hak suami (tanggungjawab isteri)

  • Hak bersama (Suami isteri)Berhak mengecap dan menikmati kebahagian rumah tangga yang dibina.Bersama-sama mewujudkan dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Mereka perlu hormat-menghormati dan melayani keluarga kedua-dua belah pihak dengan saksama.Berhak mendapatkan layanan, pergaulan yang baik, kasih sayang dan belas kasihan dalam rumah tangga yang dibina. Apabila mendapat kesusahan dan kesulitan, mereka perlu bekerjasama dan bantu-membantu.Suami isteri berhak mempusakai harta peninggalan, jika berlaku kematian seorang daripada suami isteri.Bersama-sama bertanggungjawab menjaga, mendidik, memberi bimbingan dan nasihat kepada anak-anak supaya berakhlak baik dan berlandaskan kepada akidah dan akhlak Islam.

  • Hak isteri (tanggungjawab suami) Isteri berhak untuk mendapatkan tempat tingal dan pakaian yang sempurna mengikut kemampuan suaminya. Berhak untuk mendapatkan perhatian dan jaminan keselamatan serta kebajikan daripada suami. Berhak mendapatkan nafkah zahir dan batin daripada suami. Suami bertanggungjawab merahsiakan kecacatan isteri. Berhak mendapat bimbingan, nasihat dan didikan daripada suaminya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rumah tangga dan Allah s.w.t. Berhak mendapat penjagaan yg baik daripada suami seperti kehormatannya. Seorang suami tidak boleh melakukan kejahatan dengan wanita lain. Suami tidak boleh melukakan hati dan perasaan isterinya sama ada dengan perbuatan atau perkataan. Suami tidak boleh menggunakan kekerasan untuk mendapatkan sesuatu seperti memukul dan sebagainya yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal isteri.

  • Hak suami (tanggungjawab isteri)Suami berhak menjadi pemimpin dan ketua dalam rumah tangga. Berhak mendapatkan kesetiaan dan ketaatan daripada isterinya selagi tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak Islam.Berhak mendapatkan layanan yang baik dan kasih sayang daripada seorang isteri. Seorang isteri bertanggungjawab menjaga rahsia kecacatan suaminya dan menjaga kehormatan diri sendiri apabila ketiadaan suami di sampingnya.Seorang isteri wajib menutup aurat, memelihara pandangan matanya dan tidak membenarkan lelaki bukan mahramnya memasuki rumah semasa ketiadaan suami.Seorang isteri perlu menjaga dan menguruskan harta benda suami. Dia juga perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu daripada suami untuk keluar rumah.Dia perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan kesempurnaan dirinya, rumah tangga dan anak-anaknya.Seorang isteri wajar menghormati dan mengasihi keluarga suaminya.

  • KEJIRANAN DALAM ISLAM

  • Al-Ghazali (Bimbingan Mukminin, 1-2) menyenaraikan 16 hak jiran iaitu: Hendaklah anda memulakan memberi salam kepadanya.

    Jangan terlampau banyak menanyakan tentang hal ehwalnya.

    Menziarahinya apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia mati.

    Bersama merasakan kesusahan apabila ada kematian di rumahnya, dan menunjukkan rasa kegembiraan apabila ada kesukaan.

    Bersama menyertainya dalam masa kesenangan dan kegembiraannya.

    Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.

    Tiada menunjukkan pandangan dari atas rumahmu ke dalam rumahnya, sehingga anda dapat melihat auratnya.

    Tiada menyempitkan perjalanan menuju ke rumahnya.

    Tiada menunjukkan pandanganmu kepada apa-apa yang dibawa ke dalam rumahnya.

  • Hendaklah menutup segala keaiban dan kecelaan yang mungkin berlaku daripadanya.

    Meringankan dirinya daripada menanggung mala petaka yang menimpanya.

    Jangan lalai memerhatikan rumahnya pada masa dia tiada di rumah.

    Jangan terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya.

    Palingkan pandanganmu daripada melihat isterinya dan jangan memandang lama-lama kepada khadam wanita yang bekerja di rumahnya.

    Selalu bersikap lemah-lembut terhadap anak-anaknya dengan ucapan yang baik-baik.

    Cuba tunjukkan kepadanya apa-apa yang dia tiada mengetahui sama ada perkara agama mahu pun perkara dunia.

  • Dalam hal supaya berbuat baik dengan jiran, Allah berfirman bermaksud ; Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki..." (Surah an-Nisa, ayat 36)

  • SEKIANTERIMA KASIH!