sme produk

16
PINJAMAN ANDA Perusahaan Kecil dan Sederhana – Produk Pembiayaan untuk Perniagaan Anda Program pendidikan pengguna oleh: Perusahaan Kecil dan Sederhana

Upload: alfakir-fikri-altakiri

Post on 19-Jul-2015

32 views

Category:

Economy & Finance


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sme produk

P I N JA M A N A N DA

Perusahaan Kecil dan Sederhana –Produk Pembiayaan untukPerniagaan Anda

Program pendidikan pengguna oleh:

Perusahaan Kecil dan Sederhana

Page 2: Sme produk

kan

du

ng

an

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am andasahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad ataumaklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dantidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepadanasihat guaman.

Tarikh: 1 Mac 2004

1 Pengenalan

2 Produk yang betul untuk tujuan yang betul

Pemerolehan aset/pengembangan perniagaan– Pinjaman berjangka– Pajakan– Sewa beli perindustrian

4 Modal kerja– Overdraf– Kredit pusingan– Pemfaktoran

6 Pembiayaan dagangan– Surat kredit atau kredit berdokumen – Resit amanah– Penerimaan jurubank– Pembelian bil pertukaran– Kontrak tukaran asing– Pembiayaan kredit eksport

9 Perkhidmatan perdagangan– Bil masuk/keluar untuk pengutipan

11 Jaminan– Jaminan bank– Jaminan perkapalan

Page 3: Sme produk

Pengenalan

Bagi memenuhi keperluan perniagaan anda, institusi kewangan menawarkanrangkaian produk pembiayaan yang luas untuk perusahaan kecil dan sederhana(PKS) di bawah perbankan konvensional dan Islam. Anda boleh memilih daripadapelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran, bergantung kepada keperluanpembiayaan dan kesesuaian pembiayaan tersebut dengan perniagaan anda.

Buku kecil ini memberi anda pengetahuan asas mengenai jenis-jenis produk yang terdapat di pasaran, berserta kegunaan dan faedahnya untuk PKS. Iabertujuan membantu anda mengenal pasti produk-produk yang paling sesuaiuntuk keperluan pembiayaan anda.

Institusi kewanganmenawarkan

rangkaian produk pembiayaan yang luas bagi perniagaan anda

Page 4: Sme produk

PEMEROLEHAN ASET/PENGEMBANGANPERNIAGAAN

Perniagaan anda memerlukan aset untukberoperasi. Aset-aset ini mungkin terdiridari harta benda tak alih seperti kilang,rumah kedai dan bangunan ataupun lain-lain aset seperti kenderaan, peralatan,lekapan dan mesin. Sekiranya andabercadang untuk membeli atau memajakaset-aset tersebut, produk pembiayaanyang tersedia adalah disenaraikan sepertiberikut:

PINJAMAN BERJANGKA

• Kegunaan

Untuk memperolehi aset tetap (harta tak alih, iaitu, tanah dan bangunan sertakenderaan komersil).

• Ciri-ciri

Pinjaman yang diberi untuk jangka masayang dipratentukan (tempoh), denganpembayaran balik secara ansuran.

PRODUK YANG BETUL UNTUK TUJUANYANG BETUL

Umumnya, perniagaan anda memerlukanpembiayaan untuk pemerolehan aset dan modal kerja. Walau bagaimanapun,terdapat pelbagai jenis pembiayaan yang boleh anda pilih. Misalnya, untukmemperolehi peralatan perniagaan,lekapan dan kelengkapan, anda bolehmemilih untuk membiayai pemerolehantersebut melalui sewa beli perindustrian,pajakan ataupun pinjaman berjangka.Pilihan muktamad adalah keputusan anda.Walau bagaimanapun, anda mungkin inginmendapatkan maklumat lanjut mengenaikesesuaian produk tersebut sebelummembuat keputusan mengenai jenispembiayaan untuk perniagaan anda.

Maklumat yang disediakan hanya sebagai panduan. Oleh yang demikian, anda harus merujuk kepada institusikewangan anda untuk mendapatkanpenjelasan dan maklumat lanjut.

2

Perniagaananda

memerlukanpembiayaan untukpemerolehan aset

dan modal kerja

Page 5: Sme produk

3

• Faedah

Memudahkan pengurusan danamemandangkan jumlah bayaran dipratentukan.

PAJAKAN

• Kegunaan

Untuk memperolehi modal aset sepertiperalatan dan mesin.

• Ciri-ciri

– Kemudahan yang membenarkan PKSmemajak peralatan daripada institusikewangan tanpa perlu membeli peralatan itu

– Terdapat 2 jenis kemudahan pajakan yang tersedia:

i. Pajakan OperasiHak milik dipegang oleh institusi kewangan.

ii. Pajakan PembiayaanHak milik dipegang oleh institusi kewangan.Walau bagaimanapun, pemajak mempunyaipilihan untuk membeli aset tersebut padaakhir tempoh pajakan.

• Faedah

– Memudahkan pengurusan dana kerana jumlah ansuran pajakan adalahdipratentukan

– Untuk pajakan operasi, kos penyelenggaraanditanggung oleh pemberi pajak (institusikewangan)

– Ansuran yang dibayar untuk pajakan layakmendapat pelepasan cukai sepenuhnya

SEWA BELI PERINDUSTRIAN

• Kegunaan

Untuk memperolehi modal aset sepertiperalatan dan mesin.

• Ciri-ciri

– Satu bentuk pembiayaan yang mana asetdibeli oleh institusi kewangan dan disewakankepada PKS dengan hak milik dikekalkan oleh institusi kewangan sehingga pinjamandibayar balik

– PKS membuat pembayaran balik secaraberkala kepada institusi kewangan

Page 6: Sme produk

4

• Faedah

– Membolehkan PKS memiliki peralatan dan mesin tanpa perlu membayar amaunsepenuhnya terlebih dahulu

– Memudahkan pengurusan danamemandangkan jumlah pembayaran balikdipratentukan

– Membolehkan dana yang sedia adadigunakan bagi tujuan lain

MODAL KERJA

Selain daripada pembiayaan aset, perniagaananda memerlukan modal kerja bagimembiayai operasi harian perniagaan. Padaamnya, bentuk pembiayaan yang palingmudah ialah kemudahan overdraf daripadabank-bank perdagangan. Namun begitu,walaupun fleksibel, overdraf mungkinmeningkatkan kos perniagaan. Fi komitmenmungkin dikenakan ke atas baki kemudahanoverdraf atau kredit pusingan yang tidakdigunakan. Faedah-faedah dan ciri-ciri produkyang disediakan oleh institusi kewangan bagitujuan modal kerja adalah seperti yangberikut:

OVERDRAF (OD)

• Kegunaan

Bagi memenuhi keperluan modal kerja,iaitu pembayaran gaji, pembelian, utilitidan lain-lain.

• Ciri-ciri

– Pinjaman pusingan yang disediakan kepada pelanggan perniagaan melaluiakaun semasa, yang mana peminjamboleh mengeluarkan jumlah wang yangdiperlukan dengan cara mengeluarkancek selagi tidak melebihi had OD

– Fi komitmen sebanyak 1% dikenakan atasbaki kemudahan yang tidak digunakan

– Faedah dikira atas kadar harianberdasarkan baki belum jelas pada akhir setiap hari perniagaan

• Faedah

Kefleksibelan dalam pengurusan danakerana OD dapat digunakan secaraberterusan, selagi kemudahan tersebutdigunakan dengan cara yang teratur danperniagaan terus diuruskan denganmemuaskan.

Page 7: Sme produk

5

KREDIT PUSINGAN (RC)

• Kegunaan

Seperti OD, ia bersifat jangka pendek danbiasanya digunakan untuk memenuhikeperluan modal kerja jangka pendek.

• Ciri-ciri

– Pinjaman yang diberikan untuk satutempoh jangka masa tertentu yangboleh dipusing semula apabila matang

– Kemudahan jangka pendek yang sesuaibagi syarikat-syarikat yang mempunyaikedudukan kewangan yang baik

– Pengeluaran pinjaman melalui suratdaripada PKS kepada institusikewangan dengan menyatakan tempohpinjaman yang diperlukan

• Faedah

– Kos pembiayaan lebih rendahberbanding dengan kemudahanpembiayaan konvensional

– Dana boleh digunakan secaraberterusan kerana ia adalahkemudahan pusingan

PEMFAKTORAN

• Kegunaan

Bagi memperolehi pembiayaan jangka pendek untuk hutang dagangan(jualan barangan kepada pelanggan secara kredit).

• Ciri-ciri

Satu kaedah pembiayaan yang manainstitusi kewangan membeli invoisdagangan pelanggan secara diskaun atas nilai muka invois berkenaan danmenyediakan pendahuluan tunai bagitujuan perniagaan.

• Faedah

– Pendahuluan tunai diperolehi denganmudah dan cepat

– Tidak memerlukan cagaran

– Dapat menjual pada harga yang lebihberdaya saing kepada pengguna yangmembeli secara kredit

Walaupun fleksibel,overdraf mungkin

meningkatkankos perniagaan

Page 8: Sme produk

6

PEMBIAYAAN DAGANGAN

Selain daripada pembiayaan modal kerja,institusi kewangan juga menyediakanpembiayaan kepada PKS yang terlibatdalam perdagangan domestik danantarabangsa. Sebahagian daripadakemudahan pembiayaan dagangan yangbiasa ditawarkan oleh institusi kewanganadalah seperti yang berikut:

SURAT KREDIT (LC) ATAU KREDITBERDOKUMEN (DC)

• Kegunaan

Bagi mengimport atau membeli barangan,bahan mentah ataupun peralatan daripasaran tempatan.

• Ciri-ciri

Surat aku janji bertulis oleh institusikewangan untuk membayar kepadapenjual sejumlah wang yang dipersetujuitertakluk kepada syarat-syarat berikut:

– Atas pengemukaan dokumen seperti yang ditetapkan di dalam syarat-syarat LC

– Dalam jangka masa yang ditetapkan

– Di tempat yang ditetapkan

• Faedah

– Dapat memastikan bayaran dibuatkepada benefisiari

– Mampu memperolehi harga belianbarangan pada harga yang rendah danjangka masa bayaran balik yang panjangkerana LC mencerminkan kepastianbayaran daripada perspektif penjual

– Dokumen yang dikemukakan akandiperiksa oleh pakar pembiayaanperdagangan

– Tidak perlu selalu berkomunikasi denganpenjual asing memandangkankeseluruhan transaksi dijalankan melalui,dan diuruskan oleh institusi kewangan

Institusikewanganjuga menyediakan

pembiayaan kepada PKS yang

terlibat dalam perdagangan

domestik dan antarabangsa

Page 9: Sme produk

7

RESIT AMANAH (TR)

• Kegunaan

Memberi kemudahan kredit denganbersandarkan bil yang dikeluarkan di bawah LC institusi kewangan itu sendiri.Oleh itu, pelanggan tidak perlumembuat bayaran serta-merta ke atasLC.

• Ciri-ciri

Satu kemudahan pembiayaan yangmembolehkan pelanggan menerimahantaran pembelian tempatan atau luar negara sebelum pembayaran bil tampak dibuat.

• Faedah

– Membolehkan pelanggan membayarpenjual dengan serta-merta

– Membolehkan pelanggan menerimahantaran barangan tanpa perlumembuat pembayaran serta-merta

– Memudahkan aliran tunai

PENERIMAAN JURUBANK (BA)

• Kegunaan

Pembiayaan perdagangan bona fide seperti eksport,import ataupun transaksi perdagangan dalam negeri.

• Ciri-ciri

– Draf (Bil Pertukaran) yang dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh tertentu pada masa hadapandan diterima oleh institusi kewangan bagi tujuan pembiayaan perdagangan bona fide

– Jumlah pembiayaan minimum ialah RM50,000 di dalam gandaan RM1,000 [Pengumpulan("bunching") dibenarkan]

• Faedah

– Menyediakan aliran tunai sebelum hasil jualan barangan secara hutang dapat dipungut ataupunmembiayai pembelian bahan mentah untukpengeluaran

– Sentiasa boleh dijual mengikut kadar pasaransemasa sekiranya pelanggan memerlukanpembiayaan segera

– Menyediakan pembiayaan dua-hala keranapembiayaan BA adalah terpakai untuk jualan dan belian

Page 10: Sme produk

PEMBELIAN BIL PERTUKARAN (PBP)

• Kegunaan

Sebagai satu kaedah pembiayaan modal kerja bagi pengeksport.

• Ciri-ciri

Kemudahan yang disediakan oleh institusikewangan untuk pengeksport, yang manainstitusi kewangan membeli bil keluaruntuk pungutan dan perolehannyadikreditkan ke dalam akaun pelanggandengan serta-merta.

• Faedah

– Boleh memperolehi dana dengan serta-merta sebaik sahaja dokumen-dokumenyang diperlukan telah dikemukakan

– Boleh memperbaiki aliran tunaiperniagaan memandangkan PKS bolehmemperoleh dana daripada institusikewangan dengan serta-merta

KONTRAK TUKARAN ASING (KTA)

• Kegunaan

Umumnya untuk perniagaan yangmempunyai ciri-ciri seperti berikut:

– Kerap mengimport dan mengeksport dalam mata wang asing

– Melibatkan jumlah yang besar

– Mempunyai kedudukan kredit yang diterima oleh institusi kewangan

• Ciri-ciri

Pembelian dan penjualan tukaran asing secara lani ataupun hadapan yang berkaitan dengan perolehan asing ataupunpembayaran yang perlu dibuat apabilatampak ataupun pada satu tarikh hadapanyang boleh ditentukan.

• Faedah

– Pelanggan boleh menetapkan sendiri kadar tukaran bagi tujuanpengekosan/perlindungan nilai

– Tidak lagi terdedah kepada risiko turun naik tukaran terutamanya dalam pasaranatau keadaan mudah ubah

8

Page 11: Sme produk

PEMBIAYAAN KREDIT EKSPORT (PKE)

• Kegunaan

– Lazim digunakan oleh pengeksportyang memenuhi kriteria berikut:

i. Mengeksport produk yangmempunyai nilai ditambahsekurang-kurangnya 20% danmenggunakan sekurang-kurangnya30% bahan mentah/bahan inputtempatan (kekurangan 2% adalahdibenarkan) dan tidak beradadalam senarai negatif Bank NegaraMalaysia

ii. Pengeksport langsung hendaklahmengeksport sekurang-kurangnyaRM3 juta barangan layak setahunbagi tahun kewangan terakhir danRM3 juta bagi 12 bulan sebelumnya

– Untuk produk pertanian, amaunminimumnya adalah sebanyak RM1juta bagi tahun kewangan terakhir dan12 bulan sebelumnya

• Ciri-ciri

– Ditadbir oleh EXIM Bank

9

– Terdapat 2 jenis kemudahan:

i. Prahantaran Amaun pembiayaan dikira dengan menggunakan 2 cara:

Mengikut Pesanan80% daripada nilai pesanan eksport ataukontrak jualan dibundarkan kepada ributerhampir.

Sijil Prestasi (SP)Amaun yang layak dinyatakan di dalam SP.

ii. Pasca hantaranAmaun pembiayaan sehingga 100%daripada bil eksport dibundarkan kepadaribu terhampir

• Faedah

Sumber yang murah untuk pembiayaan eksport.

PERKHIDMATAN PERDAGANGAN

Untuk membantu pelanggan dalam transaksiperdagangan, institusi kewangan jugamemberikan khidmat pembayaran. Bilmasuk/keluar untuk khidmat pengutipandinyatakan seperti yang berikut:

Page 12: Sme produk

• Faedah

– Pembeli:

i. Satu kaedah pembayaran yangselamat memandangkan pembayaranboleh ditangguhkan oleh pembelisehingga barangan sampai atauditangguhkan sekiranya rancanganuntuk menangguh pembayarandipersetujui

ii. Pelanggan akan mempunyai masauntuk memeriksa dokumen sebelummembuat pembayaran/penerimaan

– Penjual:

i. Dokumen bernilai, iaitu dokumen hak milik tidak dilepaskan kepadapembeli (pesuruh bayar) sehinggapembayaran atau penerimaan telahdisempurnakan

ii. Sebaik sahaja bil diterima olehpembeli (pesuruh bayar), penjual(penyuruh bayar) boleh mendapatkanremedi undang-undang sekiranyatiada pembayaran diterima padatarikh matang

BIL MASUK/KELUAR UNTUK PENGUTIPAN(OBC/IBC)

• Kegunaan

Membantu pelanggan membuatpembayaran bagi transaksi perdagangan.

• Ciri-ciri

– Dokumen-dokumen disalurkan melalui institusi kewangan mengikut arahankhusus

– Institusi kewangan mengendalikandokumen berdasarkan arahan yangditerima (daripada pelanggan ataucawangan lain atau institusi kewangan)untuk:

i. Mendapatkan penerimaan dan/ataupembayaran

ii. Menghantar dokumen komersilbersandarkan penerimaan dan/ataubersandarkan pembayaran

iii. Menghantar dokumen atas terma dan syarat-syarat lain

10

Page 13: Sme produk

JAMINAN

Di samping pembiayaan untuk perniagaan,anda mungkin memerlukan kemudahanjaminan bagi pelbagai tujuan. Padaasasnya, kemudahan jaminan ini adalahaku janji institusi kewangan bagi pihakanda (pihak ketiga) yang dibuatberasaskan undang-undang. Aku janji inimenjamin pembayaran sejumlah wangyang telah ditetapkan jumlahnya kepadabenefisiari, seandainya perniagaan andagagal menjelaskan hutangnya atau tidakmelakukan sesuatu obligasi undang-undang. Ini adalah tertakluk kepadapematuhan sepenuhnya kesemua syaratyang ditetapkan di dalam jaminanberkenaan. Terdapat beberapa jenisjaminan yang boleh diaturkan oleh institusikewangan bergantung kepada keperluan-keperluan spesifik peminjam.

Institusi kewangan mungkin mengambilkira beberapa faktor sebelum sesuatujaminan dikeluarkan, seperti saiz, tempohdan tarikh luput serta kedudukan kreditpelanggan terlibat. Berikut adalah jenis-jenis jaminan yang biasa diperolehi:

JAMINAN BANK (BG)

• Kegunaan

– Menyediakan jaminan bagi kepentinganpihak ketiga untuk prestasi kerja,pembayaran, dll.

– Umumnya, jenis perniagaan yangmemerlukan BG adalah kontraktor,seperti kontraktor binaan dan pembekal.Bagi sektor korporat, BG dikeluarkanuntuk terbitan sekuriti hutang swasta

• Ciri-ciri

– Jenis jaminan:

i. Jaminan Tender atau Bon Bida

ii. Jaminan Prestasi

iii. Jaminan Pembayaran Pendahuluan

iv. Jaminan Waranti Penyelenggaraan

v. Jaminan Bendungan

vi. Jaminan Sekuriti

11

Institusi kewanganakan mengambil

kira beberapafaktor sebelumjaminan dikeluarkan

Page 14: Sme produk

– Komisen akan dikenakan berdasarkanamaun dan tempoh jaminan

– Tempoh maksimum jaminan adalahberpandukan kepada peraturan Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia,iaitu jaminan tidak boleh dikeluarkanuntuk tempoh melebihi 1 tahun kecualikontrak kerajaan. Manakala tempoh luput jaminan mestilah tidak melebihi 12 bulan selepas tarikh luput tempohkontrak asal.

• Faedah

– Menunjukkan kebolehan pelanggan/pemohon untuk melakukan kerja sepertiyang ditetapkan dalam kontrak

– Boleh mendapatkan terma perdaganganyang lebih baik daripada benefisiari jikaBG disertakan

– Tiada keperluan mengumpul wang tunaiuntuk memenuhi keperluan deposit. Dana boleh digunakan untuk pengurusanmodal kerja

– Memberi pelanggan akses kepada dana terutama sekali apabila BG

dikeluarkan untuk tujuan pembayaranpendahuluan atau pelepasan dana tertahan di bawah kontrak

JAMINAN PERKAPALAN (JP)

• Kegunaan

Untuk mempercepatkan penyerahan baranganyang sampai sebelum dokumen pengangkutanasal diterima.

• Ciri-ciri

– Jaminan atau aku janji yang dikeluarkan oleh institusi kewangan kepada ejenperkapalan untuk menyerahkan barangantanpa memerlukan dokumen pengangkutanasal

– JP biasanya dikeluarkan apabila barangan pada asalnya diimport di bawah LC dan perlubersandarkan kemudahan TR/BA

• Faedah

Membantu memastikan pengeluaran ataupunkontrak dapat dilaksanakan pada tarikh yangditetapkan.

12

Page 15: Sme produk

Design Copyright © 2004 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

Page 16: Sme produk

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK-BANK TERTENTU

Edisi Pertama