sebab khilaf

Upload: syihabudin-ahmad

Post on 30-May-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 sebab khilaf

    1/1

    Pertama : sebab perselisihan ulama`

    Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perselisihan antara ulama`antaranya ialah :

    1) Berbeza pendapat berkenaan nas Ayat Al-Quran sama ada yang Muhkamatau mustasyabih, yang dijelaskan hokum atau tidak dijelaskan, yang jelasdan yang ditakwilkan ( membawa makna lain ). Sesungguhnya Allah SWTmenurunkan ayat Al-Quran bukanlah untuk menghendaki kefahan kepadasatu kefahaman sahaja ini membuktikan keistimewaan Al-Quran-luaskefahaman para ulama` dalam memahami Al-Quran sehingga kitamengikut pandangan mereka yang mempunyai beberapa pandangan yangberbeza .

    2) Berbeza pendapat dalam beramal dengan Hadis Nabi SAW keranaterdapat perbezaan dalam meletakkan syarat penerimaan sesebuah hadismahupun penolakannya. Dan begitu juga terdapat perbezaan dalammemahami hadis dan bagaimana hadis itu dikumpul. Imam Ibn Taimiyyah(( tidak ada seorang pun diantara para imam fuqaha`- diterimapandangan nya dengan penerimaan yang menyeluruh, mengikutiRasulullah SAW dalam apa jua perkara merupakan Sunnah baginda,secara terperinci dan tidak terpesong. Sesungguhnya para imam amatmeyakini bahawa menjadi kewajipan mengikuti Rasulullah SAW. Dansesungguhnya setiap manusia itu diambil pandangannya ( ucapannya)dan ditinggalkan pandangannya ( ucapannya ) kecuali Rasulullah SAW.Oleh itu, sekiranya ada perbuatan kamu yang ercanggah dengan Hadissahih maka kamu tinggalkanlah perbuatan itu sekiranya mempunyai salahsatu dari 3 keuzuran :

    a. Tidak berkeyakinan seoah0olah Rasulullah SAW berkata padanyadalam hal itu

    b. Tidak berkeyakinan bahawa pandangan dia sahaja yangdikehendaki

    c. Berkeyakinan bahawa hukum telah dibuang3) Berbeza pendapat dalam memahami pengertian bahasa dalam Al-Quran

    dan Hadis, kerana bahasa arab itu mempunyai makna yang terlalubanyak, ada yang hakikat ada yang kiasan dan lain-lain oleh itu munculpandangan untuk mentarjih( member pandangan yang lebih kuat) disisimasing-masing.

    4) Berbeza pendapat kerana berbeza kemampuan dalam kalanganmujtahidin dalam segi istinbat hukum, ketelitian kajian, dan kemampuanmenghayati makna ( ) Al-hadid :21, daripadaMuawiyah bin Abi Sufyan RA, daripada Rasulullah SAW bersabda : barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan maka, Allah akanberikan kefahaman Agama padanya.( HR Al-Bukhari)Ini menunjukkan bahawa kedudukan manusia itusama tapi kefahaman ituberbeza mengikut apa yang Allah berikan kepada mereka. Inilah antarasebab yang sempat saya sebutkan yang menjadi pebezaan pendapat danpandangan para imam.