sdp : topik 3 - derai & seni

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 04-Apr-2018

332 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    1/16

    38OUM

    TOPIK 3DERIA DAN SENI

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    PENGENALAN

    Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan tuhankepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapatdisekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelastentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentangderia adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa danhidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikanseni visual.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini, anda akan dapat:

    1. memahami perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar;

    2. menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar;

    3. menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran;

    4. menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria; dan

    5. memahami tentang penggabungjalinan aktiiviti berdasarkan kepada

    pengguanaan kemahiran deria.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    2/16

    39OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    PETA MINDA

    3.1 PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA

    Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hinggaperingkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi olehbaka dan persekitaran yang berada disekeliling mereka. Untuk itu perkembangankematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiapindividu.

    Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaaan deria semasa ia

    masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini kanak-kanak telah mulamemperolehi kordinasi dan kawalan otot. Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    3/16

    40OUM

    TOPIK 3DERIA DAN SENI

    organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secaraperlahan-lahan dan mula matang ketika berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mulamendapat perkembangan kepekaan derianya.

    Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakansatu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahuseseorang melalui explorasi dan ekperimentasi dengan menggunakan deria.

    Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung denganpersekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuatpertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

    SENTUHAN

    Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspekperkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum kanak-kanak itu mula untuk berbahasa. Melalui sentuhan pelajar akan dapat untuk membuatpelbagai aktiviti contoh dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untukmelukis gambar di atas kertas, atau kanvas. Manakala didalam muzik pelajar akan cubauntuk mencipta satu corak irama yang berbeza.apabila mendengar sesebuah lagu. Ini

    adalah disebabkan kerana pelajar terutamanya kanak-kanak suka membuat Improvisasiatau mengubah suaikan satu-satu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    4/16

    41OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    mereka akan dapat mengetahui aras, atau ruang sama ada tinggi, rendah, sederhana,dekat atau jauh.

    Perkembangan deria sentuh ini mula berkembangan ketika masih bayi lagi. Melaluisentuhan ibu kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat.

    Berdasarkan aktiviti di bawah. Cuba anda buatkan aktiviti tersebut berdasarkan deriasentuh melalui ekspresi melalui seni dengan masa yang berbeza.

    3.1.2 Dengar

    Mendergar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih

    menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengan? Contoh dalam aktivitiekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yangtelah didengarnya ketika dia melukiskan. Bagitulah juga dengan aktiviti muzik, merekaakan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam bidang pergerakanpelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat ataulambat.

    3.1.3 Lihat

    Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan pemerhatian.Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata itu seseorang akan dapatmengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta iahanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat oenafsiran dengan berdasarkankepada pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    5/16

    42OUM

    TOPIK 3DERIA DAN SENI

    Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui cirri-cirinya dan seterusnyatahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihatjuga pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial

    dengan lebih tepat.

    3.1.4 Rasa

    Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini pelajarakan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorangmembuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima olehderianya. Seterusnya apabila maklumat itu dirasakan penting individu akan membentukkonsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusiaakan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagianyang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut pengalaman

    ekspresinya. Di dalam seni visual pelajar akan dapat meluahkan perasaan melaluipengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabilamendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang ini adalah disebabkanoleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktivitipergerakan, terdapat rangsangan apabila mendengar muzik secara tanpa disedari kitaakan melakukan pergerakan.

    Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini.

    x Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran

    x Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitifpelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

    3.1.5 Hidu

    Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secarasemulajadi sebaliknya guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini dalampengajarannya ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

    x Kebolehan Mental PelajarFaktor ini penting untuk mempastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optimamengenai konsep yang diajar oleh guru

    x

    Pendekatan PengajaranGuru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya untukmembentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah;

    x Pendekatan Inkuiri PenemuanPelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaianmasalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakanorgan deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindaksebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.

    x Pendekatan ResepsiGuru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung denganbergantung kepada pelajar.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    6/16

    43OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    x Pendekatan DeduktifGuru menghuraikan prinsip dan cirri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan dikiutidengan contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

    3.2 KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA

    Hasil dari kepentingan kepekaan deria akan dapat membentuk satu persepsi dalambentuk satu keseluruhan. Persepsi ini juga dinamakan sebagai pengamatan. Untuk itupanca indera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akanmenerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.

    Rajah 3.3: Proses ringkas pengamatan dan penanggapan

    3.2.1 Persekitaran

    Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deriapelajar. Jika pelajar yang ada dipersekitaran yang banyak mendapat dorongan danmgalakkan maka ia akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak iaakan berlaku sebaliknya. Untuk itu menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakansebuah bilik khusus untuk pendidikan seni visual supaya dapat membantu persekitaranyang menarik ketika berada dialam persekolahan pelajar

    Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajarandan pembelajaran Pendidikan Seni visual. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah

    memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    7/16

    44OUM

    TOPIK 3DERIA DAN SENI

    berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dansuasana yang sesuai dlam Bilik Seni.

    Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilhambukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah danpelawat. Selain hasil kerja pelajar guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contohhasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.

    Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif adalah tanggfung jawab guruuntuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatandalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititik beratkan. Selain daripada itu gurujuga dikehendaki mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberipertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanak-kanak.

    Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni visual haruslah penting kerana ia

    dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya ialah:

    (a) Aspek Fizikal

    x CahayaBilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai sama ada cahaya semula jadiatau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruangbilik darjah.

    x Peredaran UdaraBilik darjah harus mempunyai pengedaran udara yang baik supaya dapatmenimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.

    x

    StorBilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerjamurid sama ada dalam bilik stor atau almari.

    x Panel dan Rak PameranSetiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuanmempamerkan hasil kerja murid.

    x PerabotKerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengansemua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid

    x Kemudahan AsasSinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang ditempat yang sesuai dengankebanyakan aktiviti pendidikan seni visual

    (b) Aspek Emosi

    x Hiasan DalamanSusun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalambilik darjah dapatmembantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagiinteraksi pelajar

    x RuangJumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapatmenimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusifsupaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    8/16

    45OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    x Peragaan Hasil KerjaMenyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasilkerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar

    dalam menghasilkan kerja seni.

    (c) Aspek Sosial

    x Interaksi MuridMurid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang disediakandalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi murid dengan murid dan muriddengan guru.

    x Kemudahan Aktiviti KumpulanMenyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankandengan berkesan.

    Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

    Unsur Seniz;(contoh)

    Menggambar/Melukis(contoh aktiviti menggambar)

    Warna(contoh aktiviti mewarna)

    Lukisan Alam Semula Jadi.(gambar alam semulajadi)

    Seni huruf dan sebagainya.

    (Gambar seni huruf)

    Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian sewajarnya:

    Keselamatan.

    Kebersihan

    Susunan perabot

    Pameran hasilkerja

    Kelengkapan bilik seni

    Pengagihan tugas

    Pengumpulan alat/bahan

    Jadual waktu penggunaan bilik seni

    Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk memupuk sikapbertanggungjawab dan berdisiplin

    Pelan Bilik Pendidikan Seni VisualContoh pelan bilik khas seni (illustrasi) yang disertakan merupakan cadanganmenunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang sesuai.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    9/16

    46OUM

    TOPIK 3DERIA DAN SENI

    Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam ProsesPengajaran dan Pembelajaran

    x Jangkaan (rajah)

    x Hubungan latar depan dan belakangx Penumpuan

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    10/16

    47OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    x Tempoh masa

    x Tugasan jelas

    x Pengalaman

    x Susunan objek

    3.2.3 Perkembangan Nilai Estetika

    Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu:

    (a) merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi,

    (b) Persepsi

    Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangandalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses mengiterpretasi maklumat yangditerima oleh organ-organ deria manusia. Contohnya apabila anda terhidu minyakwangi otak anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya kepada seorang wanitaatau bunga.

    Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akanmenerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran.Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar keotak melalui system saraf.Seperti contoh rajah dibawah iaitu apabila seorang individu mendapat rangsangandalam bentuk bunyi siren ambulan. Bunyi ini diamati melalui deria dengar dandihantar ke otak untuk diproses.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi Persepsi

    x Jangkaan

    x Hubungan latar depan dan belakang

    x Penumpuan

    x Tempoh masa

    x Tugasan jelas

    x Pengalaman dan

    x Susunan objek

    (c) ImaginasiMerupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu didalamangan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.

    (d) Konsepsi pelajarProses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikanmaklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyaiperkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan sebagai satu idea yangspesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud atau abstrak yangmempunyai cirri-ciri yang khusus. Contohnya konsep reptilia merujuk kepadasekumpulan haiwan yang mempunyai cirri-ciri berikut;

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    11/16

    48OUM

    TOPIK 3DERIA DAN SENI

    x berkulit keras

    x hidup di air atau didarat

    x menetas telur

    Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampumengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. KurikulumPendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar,membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Muriddilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspekestetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkandengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan,terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visualyang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta

    mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

    3.3 AKTIVITI

    Untuk mempastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam Seni dalamPendidikan aktiviti-aktiviti hendaklah selalu diadakan untuk mempastikan kefahamantentang seni itu meningkat.

    Di bawah diberikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria. Untuk itu andadikehendaki menyatakan aktiviti yang difikirkan sesuai pada yang telah ditetapkan melaluiekspresi seni pada deria yang ditetapkan.

    Jadual 3.1: Contoh Aktiviti Kepekaaan Deria Sentuh

    MASA

    DERIAEKSPRESI

    Melalui SENISUBUH TENGAH HARI MALAM

    Sentuh

    (Apa yang andasentuh)

    Seni Visual

    (lukis gambar)

    Gambar macambiasa terdapatbanyak idea

    Gambar macambiasa, ideakurang

    Gambar macambiasa, ideabanyak

    Muzik

    (Cipta irama yangberbeza)

    Corak Iramayangmenyegarkan

    Corak Irama yangsegar

    Corak irama yanglembut

    Pergerakan

    (Aras: Tinggi,sederhana dan

    rendah)

    Pergerakan arassederhana danruang yang dekat

    Pergerakan arastinggi dan ruangyang jauh atauluas

    Pergerakan yangrendah ruangyang dekat.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    12/16

    49OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    Huraian Aktiviti di atas:Pada ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis tetap sama tidak mengira waktuCuma perbezaan yang ada adalah dari segi kreativiti.atau luahan perasaan ketika melukis.

    Di dapati melukis pada waktu subuh dan malam keadaannya sunyi dan ini memungkinkanidea akan banyak datang berbanding dengan waktu tengah hari keadaan adalah bisingdan terdapat pelbagai aktiviti dan ini akan menyebabkan kekurangan memberi tumpuan.

    Di dalam muzik pula corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-bolehnyabiarlah satu corak irama yang menyegarkan atau aktif, kerana pada waktu ini iaitu awalpagi pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya menjadi aktifuntuk itu corak irama yang sesuai adalah seperti rentak March. Berbanding dengan waktumalam, pelajar mengantuk untuk tidur maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli,masri, slow rock dan sebagainya dan lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu yang mempunyai mud yang lembut.

    Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukan adalhbercorak sederhana kerana ia baru bangun dari tidur. Berbanding dengan masa tengahhari pergarakan yang dilakukan adalah aras tinggi iaitu masa yang aktif.

    Latihan 3.1

    Berdasarkan jadual 3.2 dibawah cuba buatkan penerokaan berdasarkan deriayang telah ditetapkan.

    MASA

    DERIAEKSPRESI

    Melalui SENI

    SUBUH

    TENGAH

    HARI MALAM

    Mendengar

    (Apa yanganda dengar)

    Seni Visual

    (lukis gambar)

    Muzik

    (Cipta bunyi)

    Pergerakan

    (bergerakcepat danlambat)

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    13/16

    50OUM

    TOPIK 3DERIA DAN SENI

    3.3.1 Mengalami Melalui Deria

    Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi pengalaman

    deria pelajar. Untuk itu aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan seberapa kerap yang boleh bagimempastikan deria menjadibertambah matang.

    3.3.2 Penggabungjalinan

    Penggabungjalinan bermaksud proses mengintergrasikan berbagai-bagai kemahiranuntuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Melaluipenggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran dapat disampaikansecara harmoni dan bersepadu. Penggunaan penggabungjalinan ini dapat mengelakkankebosanan terhadap sesuatu pelajaran jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan.

    Disamping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu seperti yangdialami dalam kehidupan mereka. Misalnya dalam aktiviti mewarna, mereka perlumenggunakan kemahiran mendengar, melihat, menyentuh dan sebagainya. Melaluistrategi penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuhkan antarasatu sama lain.

    Rajah 3.2: Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran

    Ciri-ciri Penggabungjalinan

    Berdasarkan rajah di atas, beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dandinyatakan seperti berikut:

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    14/16

    51OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    (a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satukemahiran.

    Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan kemahiranlisan atau pertuturan , membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain lainkemahiran asas. Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebihbermakna, menyeronokkan, meningkatkan motivasi pelajar serla lebih berkesan.

    Disamping itu pelbagai kemahiran itu boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu:

    x Kemahiran FokusIaitu sesuatu kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapatdalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

    x Kemahiran SampinganKemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengankemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan lagipenguasaan kemahiran focus di samping menjadikan pengajaran guru lebihbererti dan menarik.

    Rajah 3.3: Penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan muzik

    (b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan dengansecara bersepadu serta menyeluruh.

    (i) Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas KurikulumPenggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah melibatkankemahiran-kemahiran seperti berikut:

    x Kemahiran belajar untuk belajarKemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk,

    membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi dikhalayak ramai dan

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    15/16

    52OUM

    TOPIK 3DERIA DAN SENI

    sebaginya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran danpembelajaran.

    x Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritisPelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian, idea yangkemungkinan akhirnya membawa kepada perubahan ke arah yang lebihpositif. Pemikiran kritis juga membolehkan pelajar membuat analisis ke atassesuatu persoalan seterusnya dapat mencari jalan untuk membuatpenyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran kreatif dan mampuuntuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan cadangan,membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan membolehkanseseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi baru.

    x Kemahiran pelbagai kecerdasanBagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telahmenyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai antaranya ialah;

    Kecerdasan bahasa

    Kecerdasan logic matematik

    Kecerdasan muzik

    Kecerdasan ruang

    Kecerdasan kinestetik

    Kecerdasan interpersonal

    Kecerdasan intrapersonal

    Kecerdasan naturalistic

    Usaha memperkembangankan pelbagai kecerdasan yang ada pada pelajarjika berjaya dilaksanakan akan dapat melahirkan individu yang holistic,seimbang dan harmonis.

    x Kemahiran generikIni termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalampenggunaan teknologi, kebolehan membuat perancangan danmengelolakan aktiviti, mampu melakukan kerja dalam kumpulan, berupayauntuk menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih danmenganalisis maklumat, berkebolehan menggunakan idea dan teknikmatematik, kebolehan memahami budaya, dan mempunyai literasi

    maklumat.

    Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi pekerjayang cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaandisamping mengekalkan budaya dan etika yang baik.

    (ii) Kebaikan Penggabungjalinan dalam PengajaranTerdapat beberapa kelebihan dengan terlaksananya penggabungjalinan dalamproses pengajaran dan pembelajaran.

    Antara kebaikan tersebut ialah;

    x Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripadamata pelajaran lain

  • 7/30/2019 SDP : Topik 3 - Derai & Seni

    16/16

    53OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    x Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapatmembantu penguasaan kemahiran focus debagai yang dikehendaki dalamobjektif pengajaran dan pembelajaran.

    x Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perludalam kehidupan.

    x Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaranyang menarik dan mengelakkan kebosanan.

    x Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secaraseimbang, harmonis dan bersepadu.

    RUMUSAN

    Sebagai rumusan deria dan seni lebih menumpukan tentang kepekaan deria terhadapperkembangannya. Di samping itu pengaruh persekitaran, pengalaman juga dapatmempertingkatkan lagi ketajaman Sesuatu deria dan perkembangannya terhadap nilai-nilai estetika. Berdasarkan aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dengan pergerakan ia secaratidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa dan dengan mengadakanpenggabungjalinan aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kefahaman terhadap bidang SeniDalam Pendidikan.

    UJIAN 1

    1. Nyatakan deria-deria manusia.

    2. Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

    UJIAN 2

    1. Apakah itu penggabungjalinan?

    2. Apakah kelebihan-kelebihan penggabung jalinan sesuatu matapelajaran yang diajar.

    3. Berdasarkan deria mata, bagaimanakah pengajaran dapat dijalankan terutama dalammata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

    RUJUKAN

    Lowefeld, V. & Brittain W. L., (1986). Creative and mental growth, NY. Macmillan.

    Penny, S., Ford, R. Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary schools.United Kingdom: Learning Matters Ltd.

    Reiner, B. & Smith, R. A. (1992). The arts, education, and aesthetic knowing. Chicago:The University of Chicago Press.

    Schmeer, G. (1994). Movement improvisation in the word of a teacher and her student.Illinois: Human Kinetics.

    Shanahan, T., Robinson, B., & Schneider, M. (1995). Integrating curriculum. The ReadingTeacher, 48 (8), 718-719