sastera epik

7
SASTERA EPIK

Upload: ladyrozy

Post on 11-Jun-2015

3.612 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Kesusasteraan Melayu 1-STPM

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA EPIK

SASTERA EPIK

Page 2: SASTERA EPIK

Definisi Sastera Epik

Sastera epik dikenali juga sebagai sastera pahlawan. Karya-karya sastera epik mengisahkan seorang tokoh wira yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa.Tokoh wira tersebut diceritakan penuh keistimewaan dan luar biasa. Tokoh wira merupakan tokoh pahlawan yang istimewa dan menjadi kebanggaan bagi bangsa itu.Keistimewaan tokoh dari segi kepahlawanan dicampuraduk dengan unsur-unsur mitos, lagenda,cerita rakyat dan sejarah.

Tokoh pahlawan bersifat superhuman.Beliau juga mempunyai sifay keberanian, kesetiaan,kesaktian dan sebagainya.

Page 3: SASTERA EPIK

Ciri-ciri Sastera Epik

Dari segi bentuk ia merupakan puisi naratif yang panjang.Walaupun begitu karya epik Melayu (Epik Kebangsaan) ditulis dalam prosa naratif yang panjang

Latar Tempat – Latar tempat sastera epik meliputi ruang yang amat luas,latar dewa kayangan, bawah laut dan latarmasa amat panjang meliputi beberapa generasi.Gambaran bersifat objektif – sastera epik bersifat objektif di mana ceritanya tidak menyebelahi mana-mana pihak sewaktu menceritakan sesuatu peristiwa atau watak.

Penceritaan mengenai tokoh wira – Tokoh wira diberi kedudukan tinggi dalam sejarah bangsa. Watak tokoh wira epik mempunyai sifat kepahlawanan yang tinggi seperti gagah, berani, setia dan bersemangat tinggi. Tokoh wira juga memiliki sifat superhuman

Page 4: SASTERA EPIK

Peranan watak wira dalam cerita melibatkan – Peranan wira semasa kecil, unsur-unsur kepahlawanan yang dimilki oleh wira, sifat negarawan wira.diplomatik dan mistik.

Jenis dan Penggolongan Sastera Epik

Epik kebangsaan

– Hikayat Hang Tuah

Epik bersumber Islam

– Hikayat Hang Tuah

Hikayat Amir Hamzah

Hikayat Muhammad Hanafiah

Page 5: SASTERA EPIK

Wira Epik

Semangat pahlawan

berani

Keberanian, gagah – sejak

kecil menentang

musuh-musuh jahatPintar

akal/muslihat. Strategi peperangan

Ilmu kesaktian – senjata

ajaib/sakti

Bijaksana/pintar dalam berbagai ilmu perang dan

ilmu dunia

Kesetiaan tidak

berbelah bagi

Sabar,pemurah, adil. Mempunyai nilai-nilai moral

positif

Mistik-ilmu agama-bantab-bantuan

jibrail/Nabi

Sifat kepahlawanan pada Wira Epik

Page 6: SASTERA EPIK

Fungsi Karya Sastera Epik

1. Mengagungkan seseorang tokoh Karya sastera epik kebangsaan bertujuan mengagungkan pahlawan Melayu. Karya epik berunsur Islampula bertujuan mengagungkan pahlawan Islam yang terbilang2. Sebagai lambang keagungan sesuatu bangsa dan negaraTokoh epik merupakan lambang kebanggaan dan keagungan sesuatu bangsa. Tuah adalah lambang kebanggaan dan keagungan Kesultanan melayu Melaka. Manakala tokoh epik Amir Hamzah lambang keagungan kerajaan pemerintahan Islam ketika mencapai kemuncak kecemerlangan.3. Menanamkan semangat cintakan bangsa, negara dan agama Keperibadian yang dimiliki oleh tokoh-tokoh epik dapat membangkitkan semangat juang yang tinggi bagi mempertahankan maruah bangsa dan agama. Contohnya sifat yang dimiliki oleh Hang Tuah dapat menanam semangat kepada generasi kini tehadap bangsa, tanah air dan agama.

Page 7: SASTERA EPIK

4. Sebagai alat pengekalan dan pemantapan nilai-nilai dan norma masyarakat

Sifat-sifat kepahlawanan tokoh-tokoh epik dapat memantapkan lagi nilai-nilai dan norama kehidupan masyarakat tersebut. Contohnya sifat kepahlawanan dan negarawan yang ada pada Hang Tuah boleh dijadikan contoh atau model kepada masyarakat melayu5.Memperkenalkan identiti bangsa dan negara kepada generasi akan datang.

Sifat-sifat yang ada pada tokoh epik ini dapat memberi gambaran kepada generasi akan datang tentang bangsa itu sendiri.