rph rbt tahun 5 (tampal buku)

25
TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI STANDARD KANDUNGAN 2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual. STANDARD PEMBELAJARAN 2.2.1 Membaca dan memahami manual. 2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model. 2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membaca dan memahami manual. 2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul 3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul. RINGKASAN Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalamkit model didedahkan kepada murid. KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model. 2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model. EMK -Keusahawanan : EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber. Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian. -Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan. BBB Kit model, manual, carta, alatan tangan. AKTIVITI Set Induksi -Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini. Langkah 1 1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan. 2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual kit model. Langkah 2 1. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan alatan tangan dengan betul. 2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh. Langkah 3 1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh kegunaan

Upload: casbenx

Post on 09-Nov-2015

320 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

CNCNNC

TRANSCRIPT

TAJUK2.0 ASAS TEKNOLOGI

STANDARDKANDUNGAN2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARDPEMBELAJARAN

2.2.1 Membaca dan memahami manual.2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. membaca dan memahami manual.2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul.

RINGKASANMurid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalamkit model didedahkan kepada murid.

KEMAHIRAN

1. Membaca manual kit model.2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

EMK-Keusahawanan : EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber. Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian.-Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

BBBKit model, manual, carta, alatan tangan.

AKTIVITISet Induksi-Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.Langkah 11. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual kit model.Langkah 21. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan alatan tangan dengan betul.2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh. Langkah 3 1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh kegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran.PenutupGuru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandingan beberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

PENILAIAN PDPGuru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan kit model semasa berada di tahap 1.

REFLEKSI

TAJUK2.0 ASAS TEKNOLOGI

STANDARDKANDUNGAN2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARDPEMBELAJARAN

2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.2.2.6 Menguji kefungsian kit model.2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :1. memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul.2. mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat pada kit model.3. menguji kefungsian kit model.4. mengetahui cara-cara yang betul untuk membuka dan menyimpan kit model.

RINGKASANMurid memasang, mengenal pasti sistem pergerakan elektromekanikal, membuka dan menyimpan kit model berpandukan manual dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN

1. Membaca manual kit model.2. Menggunakan alatan tangan dengan betul.3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan betul.

EMKKeusahawanan :EK 3 - Merancang sesuatu projek dengan teliti dan melaksanakannya.Kreativiti - Boleh mengumpul maklumat dan memastikan kualiti tugasan.Nilai murni - Berazam tinggi

BBBKit model, manual, alatan tangan.

AKTIVITISet Induksi -Guru menunjukkan kit model dan meminta murid untuk menamakan kit model tersebut. -Guru bersoal jawab dengan murid.Langkah 11. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap kumpulan.2. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual dalam kumpulan.Langkah 21. Murid mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapa pada kit model.2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat pembaikan sekiranya tidak berfungsi.Penutup Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit model.

PENILAIAN PDP1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang mengikut kumpulan.2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melakukan aktiviti memasang kit model pada pembelajaran yang lalu

REFLEKSI

TAJUK4.0 Penghasilan Projek

STANDARDKANDUNGAN4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik

STANDARDPEMBELAJARAN

4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink dan bahan bukan logam.4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam, gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis, penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. memahami cara membuat projek berpandukan manual.2. mengenal pasti pelbagai bahan logam yang akan digunakan untuk membuat projek3. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan.

RINGKASANGuru menerangkan cara membuat projek dengan berpandukan manual. Murid membaca dan memahami manual, kemudian murid dapat menentukan bahan dan alatan tangan yang akandigunakan untuk membina projek.

KEMAHIRAN

1. Memahami manual. 2. Mengenal pasti pelbagai jenis bahan logam 3. Menama dan menyatakan fungsi alatan tangan.

EMKKeusahawanan : EK2 - memilih idea terbaik daripada banyak idea. - meneruskan peningkatan kualiti idea Kreativiti - boleh mengumpul dan boleh membuat penilaian terhadap idea.Nilai murni : mematuhi peraturan.

BBB1. Manual2. Aluminium, zink, keluli3. Gergaji logam, gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis, penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

AKTIVITISet Induksi1. Guru mempamerkan contoh projek Papan tanda elektronik yang sudah siap.2. Guru bersoal jawab dengan murid. a. Apakah kegunaan projek yang dipamerkan?b. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat projek? 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada hari ini.Langkah 1 1. Guru mengedarkan manual projek Papan tanda elektronik. (seperti lampiran) 2. Murid membaca dan memahami manual yang diedarkan dengan bimbingan guru. Langkah 2 1. Guru mempamer dan menerangkan pelbagai jenis bahan logam yang boleh digunakan untuk membuat projek.2. Guru menerangkan nama dan fungsi alatan tangan.3. Guru menunjukkan cara mengguna alatan tangan pada bahan dengan betul. (lampiran) Langkah 3 1. Murid diminta mengenal pasti bahan logam dan bukan logam. (lembaran kerja 1)2. Murid diminta menyesuaikan fungsi alatan tangan dengan betul. (lembaran kerja 2) PenutupGuru membimbing murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN PDPMurid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja 1 dan 2.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam pada tahun 4.

REFLEKSI

TAJUK4.0 Penghasilan Projek

STANDARDKANDUNGAN4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik.

STANDARDPEMBELAJARAN4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan.4.2.5 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. menyediakan alatan dan bahan berpandukan manual.2. mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan bukan logam dengan kaedah yang betul dan ukuran yang tepat.

RINGKASANMurid menyediakan alatan dan bahan bagi melakukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan bahan bukan logam dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN

1. Mengenal pasti bahan dan alatan tangan.2. Mengukur bahan logam dengan menggunakan pembaris keluli.3. Menanda bahan logam dengan menggunakan penggarit.4. Memotong bahan logam dengan menggunakan gunting logam.

EMKKeusahawanan: EK2 boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian semasaKreativiti boleh menggunakan cara dan teknik mengikut kaedah yang lebih baik.Nilai murni - berdisplin

BBB1. Manual 2. Bahan logam dan bahan bukan logam.3. Alatan tangan. - Gunting logam, gandin getah, kikir rata, playar gabung, penggarit, pembaris keluli

AKTIVITISet Induksi 1. Guru bersoal jawab dengan murid. Apakah alatan dan bahan yang telah dipelajari pada pelajaran yang lepas? 2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada hari ini.Langkah 1 1. Guru mengedarkan manual.Murid membaca dan memahami manual.2. Murid menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat projek. Langkah 2 1. Guru mengarahkan murid mengambil alatan dan bahan yang diperlukan secara teratur.2. Murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda dengan berpandukan manual.3. Guru membimbing murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda dengan cara yang betul. Langkah 3Guru membuat penilaian hasil kerja murid dengan memberi penghargaan pada bahan yang telah dipotong.PenutupGuru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN PDPGuru menilai bahan yang telah dipotong.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melakukan aktiviti menanda dan memotong pada tahun 4

REFLEKSI

TAJUK4.0 Penghasilan Projek

STANDARDKANDUNGAN4.2. Menghasilkan projek bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik.

STANDARDPEMBELAJARAN4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. memasang komponen projek yang telah dipotong.2. mengguna pengikat dan pencantum pada bahan dengan betul.

RINGKASANKerja memasang bahan yang telah dipotong dengan menggunakan pengikat dan pencantum yang betul.

KEMAHIRAN

1. Menggunakan pengikat dan pencantum dengan betul.2. Memasang bahan logam dengan kemas.

EMKKeusahawanan: EK5 Prinsip tanggung jawab sosial untuk menjaga kebersihan bengkel.Kreativiti Penyelesaian masalah.Nilai murni - Mengamalkan budaya bersih.

BBBAlatan tangan dan bahan berkaitan, Manual pemasangan

AKTIVITISet induksiGuru menunjukkan contoh projek yang cantik dan kemas buatannya sambil bersoal jawab berpandukan projek tersebutLangkah 1Guru menunjukkan jenis-jenis bahan pengikat dan pencantum yang akan digunakan dalam projek PAPAN TANDA ELEKTRONIK.Langkah 2Guru menunjuk cara penggunaan pengikat dan pencantum pada bahan projek dengan cara yang betul. a. Menyapu glu sentuhb. Memaku Langkah 3 Murid memasang bahan projek berpandukan manual.Langkah 4Penyelenggaraan bengkel:Murid membersih bengkel, membersih alatan dan menyimpan bahanprojek.Penutup Guru membimbing pelajar merumus isi-isi penting berkaitan 1. jenis-jenis pengikat dan pencantum.2. Langkah-langkah mengikat dan mencantum

PENILAIAN PDPGuru menyediakan lembaran kerja pada murid.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid telah belajar memasang projek eksperimental pada pembelajaran dan pengajaran Tahun 4

REFLEKSI

TAJUK4.0 Penghasilan Projek

STANDARDKANDUNGAN4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik

STANDARDPEMBELAJARAN4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat licau atau syelek.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Membuat kemasan projek menggunakan cat licau atau syelek dengan cara yang betul

RINGKASANMurid boleh membuat kerja kemasan menggunakan cat licau atau syelek.

KEMAHIRAN

1. Mengecat cat licau dengan menggunakan berus cat.2. Menyapu syelek dengan menggunakan berus syelek.

EMKKeusahawanan : EK 5 prinsip keadilan mengikut giliran.Kreativiti membuat perbandingan kualiti bahan.Nilai murni kekemasan dalam tugasan yang diberikan

BBBCat licau, Syelek, Berus cat, Berus syelek, Pelarut, Kertas las

AKTIVITISet Induksi1. Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap. Projek yang siap dibuat kemasan. Projek yang belum di buat kemasan. 2. Guru meminta murid menerangkan perbezaan projek tersebut. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran hari ini. Langkah 11. Guru menerangkan kepada murid mengenai kertas las dan cara penggunaannya.2. Guru membimbing murid menggunakan kertas las untuk melicinkan permukaan kayu.3. Murid membersihkan permukaan kayu dari habuk dan kotoran.

Langkah 21. Guru menunjukkan cat licau dan syelek serta cara menggunakannya dengan betul.2. Murid melakukan kemasan menggunakan cat licau atau syelek pada permukaan projek.3. Murid membiarkan cat licau atau syelek yang digunakan di permukaan projek kering sepenuhnya.

Penutup1. Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid dengan memberi penghargaan kepada hasil kerja murid.Penyelengaraan bengkel murid membersihkan bengkel, menyimpan dan menyenggara alatan serta bahan projek.

PENILAIAN PDPGuru menyediakan lembaran kerja pada murid (lihat lampiran B)

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melihat aktiviti mengecat dijalankan

REFLEKSI

.

TAJUK4.0 Penghasilan Projek

STANDARDKANDUNGAN4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik

STANDARDPEMBELAJARAN

4.2.8 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED), perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis.4.2.9 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual.

OBJEKTIFPEMBELAJARANDi akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat: 1. menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektronik. 2. membaca litar skematik dan litar bergambar serta mengenal pasti setiap komponen elektronik yang terdapat dalam litar.

RINGKASANMurid dapat mengenal pasti komponen elektronik serta boleh membaca litar skematik dan litar bergambar

KEMAHIRAN

1. Mengenal pasti komponen elektronik2. Membaca litar skematik dan litar bergambar

EMKKeusahawanan:EK 4 menggunakan idea teknologi untuk menghasilkan produk.Kreativiti menggunakan sumber alternatif.Nilai murni berhati-hati.

BBBKomponen elektronik, litar skematik dan litar bergambar

AKTIVITISet Induksi 1. Guru menunjukkan sebuah lampu suluh LED kepada murid. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lampu suluh LED dan komponen elektronik yang terdapat pada lampu suluh.3. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh lain peralatan yang menggunakan LED. (Contoh : Lampu Isyarat, Lampu kereta, TV LED) Langkah 1 1. Guru menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektronik . 2. Guru menunjuk cara membaca litar skematik dan litar bergambarLangkah 21. Guru membimbing murid untuk mengenal pasti setiap komponen elektronik pada litar skematik dan litar bergambar.2. Murid membaca litar skematik dan litar bergambar dengan bimbingan guruLangkah 3Guru menyemak lembaran kerja murid.PenutupGuru membuat rumusan pada hasil kerja murid. (Contoh : Kamu telah pun mengenal pasti 6 jenis komponen elektronik yang merangkumi nama, simbol dan fungsi)

Penyenggaraan bengkelSebelum murid meninggalkan bengkel, guru perlu memastikan bengkel dalam keadaan kemas dan bersih.

PENILAIAN PDPGuru menyediakan lembaran kerja. (Sila rujuk lampiran)

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah menggunakan lampu suluh LED.

REFLEKSI

TAJUK4.0 Penghasilan Projek

STANDARDKANDUNGAN4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik.

STANDARDPEMBELAJARAN

4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek.4.2.11 Menguji kefungsian projek 4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.

OBJEKTIFPEMBELAJARANDi akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. membuat penyambungan litar elektronik pada projek dengan betul2. menguji kefungsian projek dengan beradab3. membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan cara yang betul

RINGKASANMurid dapat memasang litar elektronik, menguji kefungsian projek,membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan betul.

KEMAHIRAN

1. Menyambung litar elektronik dengan betul 2. Menggunakan alatan tangan dengan betul 3. Menguji kefungsian projek dengan beradab 4. Membuat penyenggaraan alatan tangan bagi kerja bahan logam

EMKKeusahawanan :EK 4 - menilai perlaksanaaan projek.Kreativiti - boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan susulan.Nilai murni berdikari dan bekerjasama.

BBBManual kerja, Bahan logam, Bahan bukan logam, Komponen elektronik, Alatan tangan

AKTIVITISet Induksi Guru bersoal jawab dengan murid sambil mengemukakan persoalan berkaitan hasil projek yang telah dijalankan. Guru bertanyakan kepada murid bagaimanakah projek tersebut dapatditambah nilai bagi menambahkan kefungsian projek agar lebih menarik (boleh buat sergahan minda @ brainstorming)Langkah 1Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap dibina. Satu daripada projek tersebut tanpa sambungan litar elektronik dan satu lagi projek yang lengkap dengan litar elektronik.Langkah 2 Guru menunjukkan peralatan dan bahan yang akan digunakan semasa membuat penyambungan litar elektronik. Perbincangan spontan: Murid di minta untuk memilih alat yang diperlukan dan mengapa.Langkah 3 Guru membimbing murid yang dipilih untuk menunjukkan langkah kerja membuat penyambungan litar elektronik pada bahagian badan projek. Murid lain memainkan peranan aktif dengan menghulur atau menyebut peralatan yang perlu.Langkah 4Murid membuat penyambungan litar elektronik dengan pemantauan guru.Langkah 5Guru menerangkan kaedah membuat pengujian litar elektronik dan kefungsian projek dengan berbantukan cartalir. Di peringkat ini, murid yang membina carta alir dengan bimbingan guru (rujuk carta alir pengujian litar projek)Langkah 6Guru menunjukkan kaedah membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan. Murid akan melakukan semua penyenggaraan dan penyimpanan alatPenutupGuru membimbing pelajar untuk menyatakan langkah memasang terutama kekutupan bateri dan LED. Seterusnya membimbing pelajar untuk menyatakan langkah mengesan kerosakan pada penyambungan litar.

PENILAIAN PDPGuru menilai bahagian pemasangan litar elektronik berdasarkan senarai semak.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid telah mempelajari nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.

REFLEKSI

TAJUK4.0 Penghasilan Projek

STANDARDKANDUNGAN4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik

STANDARDPEMBELAJARAN4.2.13 Pengiraan kos bahan

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. membuat pengiraan kos bahan.

RINGKASANMurid dapat membuat pengiraan kos bahan.

KEMAHIRANMembuat pengiraan kos.

EMKKeusahawanan: EK 3 - berjaya menjalankan tugasan mengikut perancangan - membuat kiraan anggaran kos dengan tepatKreativiti - mendapat maklumat dari pelbagai sumberNilai murni - kejujuran dan ketelusan

BBBBahan sebenar, Borang pengiraan kos bahan

AKTIVITISet Induksi-Guru mengimbas kembali kerja amali yang telah dijalankan oleh murid. Guru mempamerkan semua projek untuk tatapan murid dan sesi soal jawab dijalankan. -Guru bertanyakan kepada murid, berapakah harga projek yang dapat dinilaikan pada projek berkenaan. Murid cuba untuk membuat anggaran nilai harga. Seterusnya guru mengaitkannya jawapan murid dengan keperluan menyediakan pengiraan kos.PerkembanganLangkah 1 Guru menerangkan butiran yang perlu dilengkapkan dalam lajur-lajur yang terdapat pada borang tersebut.Langkah 2Guru menerangkan contoh pengiraan kos dengan menggunakan peralatan TMK.Langkah 3-Guru mengedarkan borang penyediaan pengiraan kos projek. Murid berbincang didalam kumpulan bagi melengkapkan borang pengiraan kos.-Guru membuat bimbingan kepada semua murid.Penutup-Guru membuat rumusan keseluruhan mengenai pembelajaran hari ini.-Guru memberi penghargaan kepada semua murid

PENILAIAN PDPPenilaian guru berdasarkan borang penyediaan pengiraan kos.

PENGETAHUANSEDIA ADA1. Murid pernah membeli barangan di kedai semasa di sekolah dan di rumah.2. Murid telah didedahkan dengan nilai mata wang dan operasi tambah

REFLEKSI

TAJUK5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN

STANDARDKANDUNGAN5.1 Menanam benih dalam bekas

STANDARDPEMBELAJARAN5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak diserang perosak.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Menyatakan ciri-ciri biji benih yang baik.2. Memberi maksud setiap ciri tersebut dengan ringkas.3. Memilih biji benih yang baik dengan betul.

RINGKASANGuru dan murid membincangkan ciri-ciri biji benih yang baik berdasarkan tayangan Power Point dan spesimen sebenar. Murid-murid menerangkan setiap ciri biji benih denganringkas. Guru menunjukkan cara memilih biji benih yang baik, kemudian murid memilih biji benih dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN

1. Mengenal pasti ciri-ciri biji benih yang baik.2. Memilih biji benih yang baik.

EMK1. Keusahawanan : EK 2 - Daya kreativiti dan inovasi (pemilihan idea terbaik).2. Kreativiti : Pemilihan idea terbaik dan rasional.3. Nilai murni : Kerjasama, yakin, tekun dan sabar

BBBSpesimen sebenar, bekas plastik, Power Point, Lembaran kerja

AKTIVITISet Induksi-Guru menunjukkan beberapa spesimen biji benih. -Guru menyoal murid mengenai spesimen yang mereka lihat seperti contoh berikut : a. Apakah yang anda lihat ini? Jawapan: Biji benih b. Dari manakah biji benih diperolehi? Jawapan: Tanaman c. Apakah kegunaan biji benih? Jawapan: Sebagai bahan penanaman Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran hari ini.Langkah 1 Guru menerangkan ciri-ciri biji benih yang baik dengan bantuan Power Point.(Lampiran 1) Langkah 2Guru menunjukkan beberapa spesimen biji benih yang baik dan yang rosak.Langkah 3-Guru menunjukkan cara memilih biji benih yang baik.-Guru meminta murid memilih biji benih yang baik secara berkumpulan. Langkah 4Murid menjawab lembaran kerja.(Lampiran 2)Penutup-Guru meminta murid menyatakan aktiviti yang telah mereka lakukan.-Guru memberi penghargaan kepada semua murid.

PENILAIAN PDP1. Murid dinilai melalui aktiviti memilih biji benih yang baik dengan betul.2. Lembaran kerja.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melihat biji benih di rumah atau di pasaran

REFLEKSI

TAJUK5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN

STANDARDKANDUNGAN5.1 Menanam benih dalam bekas

STANDARDPEMBELAJARAN

5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram.5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan dan penyiram.5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran, peat most dan cocoa peat.5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai.5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menama dan menerangkan fungsi alatan.2. Mengenal pasti medium semaian.3. Mengisi medium semaian dalam bekas mengikut prosedur.

RINGKASANGuru akan menerangkan kepada murid berkenaan alatan tangan,fungsi alatan, medium semaian dan cara mengisi medium semaian ke dalam bekas yang sesuai.

KEMAHIRAN

1. Mengenal pasti alatan tangan dan kegunaannya.2. Mengenal pasti beberapa medium semaian.3. Mengisi medium semaian ke dalam bekas.

BBB1. Bahan: biji benih, medium semaian, batu kerikil dan serpihan pasu 2. Alatan: sudip tangan, bekas semaian dan lain-lain

AKTIVITISet Induksi Guru memegang alatan sebenar, contohnya sudip tangan dan meminta murid memberikan nama serta kegunaannya.Langkah 1 Berdasarkan jawapan murid, guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran iaitu nama alatan dan fungsinya. Selepas memberi penerangan, guru akan memberi soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran untuk menguji kefahaman murid. Langkah 2 Guru menunjukkan beberapa medium semaian kepada murid, seterusnya memberi penerangan tentang medium tersebut seperti sifat fizikalnya. -Guru menyoal murid berkenaan medium semaian sebagai pengukuhan. Langkah 3 -Guru membuat tunjukcara penyediaan bekas semaian dan pengisian medium semaian.-Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan (4 orang setiapkumpulan). Setiap kumpulan akan menyediakan bekas semaian dan mengisi medium mengikut prosedur. PenutupGuru membuat rumusan isi penting pengajaran dan memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan.

PENILAIAN PDPPenilaian secara lisan dilakukan pada akhir topik semasa prosespengajaran dan pembelajaran, manakala kerja amali akan dinilaisemasa dan di akhir amali.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melihat anak benih di tapak semaian.

REFLEKSI

TAJUK5.0 Teknologi Pertanian

STANDARDKANDUNGAN5.1 Menanam benih dalam bekas

STANDARDPEMBELAJARAN

5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan kaedah yang betul.5.1.8 Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal makhluk perosak.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas semaian dengan kaedah yang betul.2. Menyatakan aktiviti penjagaan semaian yang perlu dilakukan dengan betul.

RINGKASANMurid menjalankan kerja amali penyemaian biji benih halus atau biji benih kasar mengikut kaedah yang betul. Pengetahuan tentang penjagaan semaian didedahkan kepada murid supaya mereka dapat menjalankannya mengikut keperluan semasa.

KEMAHIRAN

1. Melakukan kerja menyemai biji benih halus atau biji benih kasar.2. Mengenal pasti aktiviti penjagaan semaian.

EMK1. Keusahawanan : EK 3 Berorientasikan pencapaian, tahu matlamat dan menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.2. Nilai murni: Bekerjasama, bersungguh-sungguh, cermat dan berhati-hati.

BBBBahan: biji benihAlatan: bekas semaian dan penyiram

AKTIVITISet Induksi Guru mengaitkan pembelajaran yang lepas dengan bertanyakan beberapa soalan seperti :a. Apakah yang telah kamu lakukan semasa mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi pada minggulepas? b. Mengapakah lubang saliran perlu ditutup sebelum mengisi medium?Langkah 1Guru menunjukkan kepada murid bekas semaian bersama medium semaian yang telah disediakan untuk menyemai biji benih.Langkah 2Guru melakukan tunjukcara menyemai biji benih mengikut langkah yang betul.Langkah 3Murid menjalankan kerja amali menyemai biji benih.Langkah 4-Guru menerangkan tentang kerja penjagaan yang perlu dilakukan terhadap semaian tersebut.-Guru melakukan tunjukcara dan murid diminta melaksanakan secara bersama.Penutup:Guru menerangkan kepada murid bahawa penjagaan perlu dilakukan mengikut keperluan semasa dan meminta murid melakukannya.

PENILAIAN PDP1. Murid diminta menyusun langkah menyemai biji benih mengikut urutan.(Lampiran 1)2. Murid juga ditanya secara lisan. Apakah kerja penjagaan yang perlu dilakukan terhadap semaian?

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melihat anak benih tumbuhan dan telah menjalankan amali menyediakan bekas semaian pada pembelajaran yang lepas.

REFLEKSI

TAJUK5.0 Teknologi Pertanian

STANDARDKANDUNGAN5.1 Menanam benih dalam bekas

STANDARDPEMBELAJARAN

5.1.9 Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai.5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut prosedur.5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput, menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menyediakan medium penanaman.2. Memasukkan medium ke dalam bekas penanaman.3. Mengubah anak benih dari bekas semaian ke bekas tanaman.4. Menjalankan penjagaan tanaman.

RINGKASANGuru dan murid membincangkan contoh medium dan bekas penanaman. Murid diberi pendedahan ciri-ciri anak benih yang baik. Guru menunjukkan cara menyediakan bekas penanaman, cara memasukkan medium penanaman ke dalam bekas dan cara mengubah anak benih. Akhir sekali, guru menerangkan penjagaan tanaman dalam bekas.

KEMAHIRAN

1. Menyediakan bekas tanaman dan memasukkan medium tanaman.2. Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman.3. Menjalankan penjagaan tanaman dalam bekas.

EMK1. Keusahawanan : EK 5 - Boleh menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat, meneruskan peningkatan kualiti idea. 2. Kreativiti : Menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti ciri-ciri yg betul. 3. Nilai-nilai murni : Tekun, sabar, dan bersungguh-sungguh 4. Pendidikan alam sekitar : Kitar semula dan kebersihan

BBB1. Alatan: sudip tangan, serampang tangan dan penyiram2. Bahan: medium tanaman dan bekas tanaman3. Gambar (rujuk lampiran 1,2,3 dan 4)

AKTIVITISet Induksi (bahan rujukan: Lampiran 1)-Guru menunjukkan 2 gambar anak benih dalam seed tray dan gambar anak benih di dalam takung. Kemudian guru menyoal murid.Langkah 1 -Guru menunjukkan pelbagai jenis bekas tanaman seperti pasu plastik, pasu tanah liat, beg politena dan bekas kitar semula. Guru menunjukkan contoh medium tanaman. Langkah 2-Guru menunjukkan cara-cara memasukkan medium ke dalam bekas penanaman.(Bahan rujukan: Lampiran 2)-Guru menunjukkan cara mengubah anak benih dari bekas semaian ke dalam bekas tanaman. (Bahan rujukan: Lampiran 3)-Guru menerangkan penjagaan yang perlu dilakukan bagi anak benih yang telah diubah ke dalam bekas tanaman.(Bahan rujukan: Lampiran 4) Langkah 3 a. Guru mengarahkan murid membuat kumpulan (4 orang dalam satu kumpulan)b. Murid diminta memilih satu jenis bekas tanaman yang sesuai.c. Murid dikehendaki memasukkan medium ke dalam bekas tanaman.d. Murid memilih anak benih yang sihat bagi penanaman dalam bekas.e. Murid mengubah anak benih yang telah dipilih ke dalam bekas tanaman. Penutup: Guru merumuskan tentang perlunya mengubah anak benih dari bekas semaian ke dalam bekas tanaman.

PENILAIAN PDPGuru menyoal murid secara lisan. ( Bahan rujukan: Lampiran 5 )

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid telah belajar mengenai medium semaian dan cara menyemai biji benih dalam standard pembelajaran 5.1.5 dan 5.1.7. Murid juga telah diberi penerangan tentang nama-nama alatan tangan dan fungsinya dalam standard pembelajaran 5.1.2

REFLEKSI

TAJUK6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN

STANDARDKANDUNGAN6.2 Menyediakan sajian

STANDARDPEMBELAJARAN

6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan betul 6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip, senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur dan oven elektrik.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. menyatakan maksud dan kepentingan sanitasi penyediaan makanan dengan betul.2. menyatakan nama dan fungsi alatan dengan betul

RINGKASANMurid dapat mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan serta menyatakan nama dan fungsi alatan.

KEMAHIRAN

1. Mempraktikkan sanitasi penyediaan makanan dengan cara yang betul2. Menyatakan kegunaan alatan memasak dengan betul.

EMK1. Keusahawanan : EK1 - Sikap bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih. EK2 - Menilai idea secara kritis2. Kreativiti dan inovatif : Memilih idea yang terbaik untuk inovasi3. Nilai murni : Kebersihan , kesyukuran dan bekerjasama.

BBBGambar sanitasi penyediaan makanan, gambar alatan memasak dan carta mencuci tangan.

AKTIVITISet InduksiGuru menunjukkan beberapa keping gambar tentang sanitasi penyediaan makanan. (Rujuk Lampiran 1) Langkah 1 Guru mengajukan beberapa soalan tentang gambar sanitasi yang dipamerkan dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari itu. Langkah 2 Guru memberi penerangan tentang kepentingan sanitasi penyediaan makanan sebelum, semasa dan selepas. Tunjuk cara mencuci tangan dengan langkah yang betul. (Rujuk Lampiran 2)Langkah 3Murid menyatakan nama dan fungsi alatan memasak denganbimbingan guru. (Rujuk Lampiran 3)Langkah 4Murid melakukan aktiviti mencuci tangan dengan langkah-langkah yang betul.PenutupMurid bersama guru membuat rumusan topic pelajaran.

PENILAIAN PDPMurid menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja. (Penilaian 1 dan 2)

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid mengamalkan kebersihan diri dan mengetahui alatan asas memasak di rumah.

REFLEKSI

TAJUK6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN

STANDARDKANDUNGAN6.2 Menyediakan sajian

STANDARDPEMBELAJARAN6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. memilih satu menu sarapan atau minum petang2. mengira anggaran kos bahan bagi menu sarapan atau minum petang yang telah dipilih.3. menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid.

RINGKASANMurid memilih satu menu sarapan atau minum petang yang digemarinya, kemudian menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid. Murid mengira anggaran kos bahan berdasarkan menu yang dipilih.

KEMAHIRAN

1. Memilih satu menu sarapan atau minum petang yang digemari oleh murid 2. Mengira anggaran kos bahan bagi menu yang telah dipilih.3. Menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid.

EMK1. Keusahawanan : EK1 - peka kepada peluang dengan mengambil berat terhadap perubahan persekitaran. - berorentasikan masa depan (berimaginasi)2.Kreativiti dan inovatif :Berfikiran kritis 3.TMK :Menggunakan perisian untuk menghasilkan kad menu. 4. Nilai murni : Menepati masa, ketelusan, bekerjasama

BBBContoh set menu sarapan atau minum petang dan resepi.

AKTIVITISet InduksiGuru menunjukkan beberapa contoh menu hidangan bagi sarapan atau minum petang. (Rujuk Lampiran 2 dan 3) Langkah 1Murid memilih satu contoh menu yang digemari untuk sarapan atau minum petang. Langkah 2Murid menghasilkan kad menu yang kreatif secara kumpulan.Langkah 3Guru membimbing murid membuat anggaran pengiraan kos bahan berdasarkan menu yang dipilih. (Rujuk Lampiran 4) Penutup-Murid membentangkan hasil kerja kumpulan.

PENILAIAN PDP-Guru menilai hasil kerja murid : a) Kad menub) Pengiraan kos bahan.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid menguasai kemahiran mengira kos bahan.

REFLEKSI

TAJUK6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN

STANDARDKANDUNGAN6.2 Menyediakan sajian

STANDARDPEMBELAJARAN

6.2.5 Menyedia, memasak dan menghidang sajian. 6.2.6 Membersihkan alatan dan ruang memasak.6.2.7 Menyelenggara dan menyimpan alatan.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan, berdasarkan menu yang telah dipilh.2. murid memasak dan menghidangkan sarapan atau minum petang. 3. murid membersih, mengemas, menyelenggara dan menyimpan alatan.

RINGKASANMurid menyediakan bahan bahan, memasak dan menghidangkan sajian pilihan. Murid membersih, mengemas, menyenggara dan menyimpan alatan.

KEMAHIRAN

1. Menyediakan bahan-bahan masakan.2. Memasak dan menghidang sajian pilihan.3. Membersih, mengemas, menyenggara dan menyimpan alatan.

EMKKeusahawanan: EK2 : 1. Berorientasikan pencapaian, murid tahu matlamamt dan tindakan.2. Boleh menyiapkan tugasan dalam masa yang diberi.3. Berkeupayaan memimpin.Kreativiti dan Inovatif : Penjanaan idea dan membuat kesimpulan.Nilai murni : Kerjasama, kebersihan, kesabaran, jimat cermat

BBBBahan masakan, alatan memasak, alatan menghidang dan kelengkapan membersih.

AKTIVITISet InduksiGuru menunjukkan contoh set peranggu meja untuk menghidang. (Lampiran 1)Langkah 1Murid menyediakan bahan masakan yang diperlukan berdasarkan menu yang telah dipilih.Langkah 2Murid memasak sajian sarapan atau minum petang dengan bimbingan guru. (Lampiran 3) Langkah 3Murid menghidang sajian yang telah disediakan.Langkah 4Murid membersihkan alatan memasak, mengemaskan ruang memasak dan menyimpan alatan memasak. PenutupMurid membuat rumusan dengan bimbingan guru.

PENILAIAN PDPGuru menilai hasil kerja murid dengan menggunakan boring penilaian (Lampiran 2)

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid telah mempelajari tentang sanitasi penyediaan makanan

REFLEKSI

TAJUK6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN

STANDARDKANDUNGAN6.3 Menghias dan Membungkus Makanan

STANDARDPEMBELAJARAN

6.3.1 Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat urai, jem dan kelapa parut kering 6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti bekas plastik dan kertas pembungkus. 6.3.3 Menyatakan maklumat pada label pembungkus makanan iaitu jenama, nama makanan, kandungan, tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh luput.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. memilih jenis hiasan dan pembungkus makanan yang sesuai dengan makanan yang disediakan.2. menyatakan maklumat yang terdapat pada label pembungkus.3. memilih pembungkus makanan yang sesuai dengan makanan.

RINGKASANMurid menyatakan bahan-banan untuk menghias makanan dan jenis pembungkus yang akan digunakan. Murid juga menyatakan maklumat yang perlu ada pada pembungkus makanan

KEMAHIRANMenyediakan pembungkus dan label makanan untuk pelajaran akan datang.

EMKKeusahawanan: EK3 : Mengumpul maklumatEK4 : Menghasilkan produk berasaskan pengetahuanKreatif dan inovatif : Menggunakan sumber alternatif

BBBContoh bahan hiasan,carta bergambar dan pembungkus makanan.

AKTIVITISet InduksiGuru menunjukkan pelbagai bahan hiasan dan pembungkus makanan. ( Lampiran 1 ) Langkah 1Guru membimbing murid mengenalpasti bahan hiasan dan pembungkus yang sesuai dengan jenis makanan.Langkah 2Guru meminta murid menyatakan maklumat yang terdapat pada label pembungkusan.Langkah 3Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan label makanan untuk kegunaan pembelajaranpada minggu hadapan.Langkah 4Guru menunjuk cara membungkus makanan.PenutupGuru membuat rumusan.

PENILAIAN PDPMurid menilai hasil kerja kumpulan dengan menggunakan borang penilaian dengan bimbingan guru.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melihat pelbagai jenis hiasan pada makanan dan pembungkus makanan.

REFLEKSI

TAJUK6.0 MENGHIAS DAN MEMBUNGKUS MAKANAN

STANDARDKANDUNGAN6.3 Menghias dan Membungkus Makanan

STANDARDPEMBELAJARAN6.3.4 Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti, donut dan biskut

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1 Menghias makanan dengan hiasan yang sesuai2 Membungkus makanan dengan pembungkus yang sesuai

RINGKASANMurid menghias dan membungkus makanan dengan cara yang betul

KEMAHIRAN

1 Menghias dan membungkus makanan dengan pembungkus yang yang sesuai.2 Menghasilkan pembungkusan makanan yang menarik untuk tujuan promosi.3 Mengaplikasikan sanitasi dalam penyediaan dan pembungkusan makanan.

EMKKeusahawanan:EK4 : Menghasilkan produk berasaskan kemahiran teknologiEK5 : 1. Prinsip keadilan, membahagikan tugas sama rata. 2. Prinsip ketelusanTMK : Membuat jaringan socialNilai murni : Kerjasama, kebersihan

BBB1. Bahan-bahan hiasan makanan2. Jenis jenis pembungkusan 3. Contoh makanan yang telah siap dibungkus4. Peralatan untuk menghias makanan

AKTIVITISet Induksi Guru menunjukkan contoh makanan yang telah siap dibungkus dan mengaitkan gambar dalam Lampiran 1 padahari itu.Langkah 11. Murid diminta berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan pada pelajaran yang lepas.2. Ketua kumpulan diminta ke meja guru untuk mengambil makanan dan bahan hiasan. Langkah 2 Tunjuk cara guru 1. Cara menghias makanan dengan menggunakan peralatan menghias.2. Membungkus makanan. Langkah 3 1. Murid menghias makanan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing2. Murid membungkus makanan yang telah dihias menggunakan pembungkus bermaklumat yang telah disediakan pada pelajaran yang lepas.

PENILAIAN PDPMurid mempersembahkan hasil kerja. Guru dan murid membuat penilaian ke atas hasil kerja setiap kumpulan.

PENGETAHUANSEDIA ADA1 Murid telah mempelajari bahan hiasan dan jenis pembungkus makanan pada pelajaran yang lepas.2 Murid berpengalaman membeli makanan berbungkus.3 Murid berpengalaman melihat hiasan kek seperti kek hari jadi.

REFLEKSI