kerja krusus rbt 3173e

Upload: leonix-keh-hee

Post on 10-Oct-2015

210 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kerja Krusus RBT 3173E

TRANSCRIPT

RBT3173E PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

1.0 Saolan tugasan:Sistem kurikulum dan pengajaran kemahiran hidup sdekolah rendah (KHSR) dan Reka Bentuk Teknologi di Malaysia.

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 (pada tahun 2011). Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Banding Beza antara Kurikulum (KHSR) dan RBT(KSSR).

AspekKHSRRBT

PendahuluanKemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dankeusahawanan.Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai mata pelajaran dalam KSSR. Mata pelajaran ini memberi tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang memberikan murid menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

Matlamat Membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologikeusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerjabuat-sendiri serta cenderung berusaha niaga dan mereka ciptaMembolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kriyis, kreatif dan inovatif.

Objektif 1. Menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek.2. Menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk.3. Membuka dan memasang produk untuk mengenal pasti fungsi komponen.4. Menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam.5. Memilih alatan, perkakas, dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.6. Mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari.7. Menghasilkan projek elektrik8. Penyenggaraan alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya.9. Menghasilkan tanaman hiasan10. Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual.11. Merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan.12. Menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik.13. Mengira harga jualan dan untung.14. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.1. Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat.2. Menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk3. Mengetahui teknologi dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga.4. Berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin, dan perisian serta menggunakannya dengan teknik yang betul dan beretika.5. Melakukan kerja buat sendiri (DIY) dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan perkakasan6. Menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk berkualiti7. Menggunakan TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan8. Berkemahiran menjana idea untuk menyelesaikan masalah

Fokus Menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan merekacipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalanikehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilaimurni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan.

Berteraskan kepada kemahiran mereka bentuk menggunakan teknologi dengan menggabungjalin pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran iaitu Teknikal, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Kurikulum ini memberi penekanan kepada aspek pengetahuan asas dan kemahiran mereka bentuk, asas pertukangan dan teknologi bagi membolehkan murid menghasilakan produk berkualiti.

Organisasi kandunganTerdapat dua bidang dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu :1. Reka Bentuk dan Teknologi2. Perniagaan dan Keusahawanan

Terdapat enam standard kandungan:1. Organisasi dan Keselamatan Bengkel2. Asas teknologi 3. Reka bentuk4. Penghasilan projek5. Teknologi pertanian6. Sains Rumah Tangga

Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan PembelajaranPenekanan : pembelajaran melalui pengalaman

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: Tunjuk cara Bercerita Kajian Simulasi Sumbang saran Main peranan Permainan Temu bual Tinjauan Lawatan Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang berasaskan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang akan mewujudkan pengalaman baharu kepada murid.

Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Penilaian1. Pemerhatian2. Lisan3. Penulisan 1. Pemerhatian2. Amali3. Lisan4. Penulisan

Pendekatan modularTiada Distrukturkan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Dengan menggunakan modul yang disediakan, pengajaran dan pembelajaran dapat difokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran tertentu melalui aktiviti yang bermakna.

Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekelilingsertaperkembangdiri individu.Di dalam reka bentukkomunikasi KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan Muzik, serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmuyang relevandengan keperluan setiaptunjang.Jika kitalihat didalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

2.0 Saolan tugasan:Menjelaskan tentang skop organisasi dan pengurusan bengkel. (Penjelasan tentang skop organisasi dan pengurusan bengkel. )

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, pengurusan ditakrifkan sebagai perihal kerja dan sebagainya. Menurut Brech (1957), pengurusan ialah proses sosial yang merangkumi perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Ia juga merupakan usaha koperatif bagi mencapai objektif objektif dan matlamat yang telah ditentukan. Antara tujuan pengurusan bengkel adalah seperti berikut:

Mengelakkan pembaziran masa & tenaga serta menjimatkan wang. Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan & bahan. Mewujudkan suasana pengajaran & pembelajaran yang berkesan, sekaligus mewujudkan suasana bengkel yang kondusif. Menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Mengurangkan kos pengeluaran & pembaziran. Menjimatkan masa bekerja. Boleh dijadikan kebanggaan guru kerana menarik untuk dipandangOleh itu terdapat beberapa prinsip dalam pengurusan bengkel. Menurut Henri Fayol, prinsip umum dalam sesebuah organisasi dan pengurusan harus mengandungi 14 perkara seperti berikut:1. Pengkhususan / pembahagian kerja

Pengkhususan kerja adalah penting dalam sebuah pengurusan. Pengkhususan akan memberi hasil kerja yang lebih berkesan dan produktif. Dalam pengkhususan kerja, seseorang pekerja akan memberi tumpuan kepada tugas yang telah ditentukan dalam rutin kerja harian. Dengan ini, hasil kerja akan menjadi tepat dan meningkatkan output. Dalam pengurusan bengkel, prinsip ini boleh diamalkan, misalnya seorang guru akan ditugaskan untuk menjaga penyengaraan mesin, seorang menjaga stok dan inventori. 2. Kuasa dan tanggungjawab

Seorang pengurus yang baik harus mempunyai kuasa rasmi (official authority) daripada pejabatnya dan juga kuasa personel (personal authority) yang merangkumi beberapa cirri seperti kebijaksanaan, pengalaman, kebolehan memimpin, akhlak, dan rekod perkhidmatan yang baik. Tanggungjawab adalah selaras dengan kuasa. Jika seorang pengurus menguatkuasakan kuasanya maka tanggungjawabnya turut timbul. Perlantikan Ketua Bengkel harus dilaksanakan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan. Ketua Bengkel berperanan untuk menyelaras tugas di bengkel dan memimpin guru-guru bengkel yang lain.

3. Disiplin

Disiplin dalam pengurusan dan organisasi bermaksud kepatuhan, taat setia dan menghormati. Disiplin diperlu untuk memastikan jentera pentadbiran sebuah pengurusan boleh berjalan dengan lancar. Disiplin juga merupakan satu cabang pengurusan bengkel yang penting. Misalnya guru dan semua pelajar mesti berusaha untuk menjaga kebersihan bengkel dan memastikan perlatan bengkel selamat digunakan.

4. Kesepakatan dan perintah (unity of command)

Seorang kakitangan atau pekerja harus menrima arahan atau perintah daripada seorang ketuanya. Prinsip ini amat sesuai untuk diamalkan menjaga kebersihan dan keceriaan bengkel. Seorang pelajar boleh dilantik sebagai ketua untuk memimpin rakan sekelas meembantu dalam menjaga kebersihan bengkel.

5. Kesepakatan dalam arahan (unity of direction)

Seorang ketua akan mempunyai beberapa rancangan aktiviti untuk pekerja dibawah jagaannya. Aktiviti-aktivit ini mempunyai objektif yang sama.

6. Kepentingan peribadi kepada kepentingan keseluruhan

Kepentingan keseluruhan harus diutamakan dalam pengurusan sebuah organisasi. Kepentingan peribadi harus diketepikan. Pembentukan sebuah organisasi adalah sama dengan pembentukan sebuah negara atau bangsa, di mana kepentingan negara fan bangsa harus diutamakan. Setiap bengkel telah dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan yang bernilai. Dengan ini, tanggungjawab guru ialah menjaga dan menyenggara peralatan ini supaya pengajaran dan pembelajaran boleh berjalan dengan lancar.

7. Penghargaan

Penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada kakitangan sebuah organisasi harus adil dan berasaskan kepada prestasi kerja. Semua kakitangan berpuas hati terhadapnya dan penghargaan diberi mengikut kemampuan kewangan syarikat. Penghargaan harus diberi kepada bengkel yang paling bersih serta mempunyai rekod inventori yang kemas dan terkini oleh pentadbiran sekolah.

8. Pemusatan

Menurut Henri Fayol, pemusatan adalah satu keperluan dalam sebuah organisasi. Seorang pengurus akan menggunakan kebijaksanaan dan pengalamannya untuk melaksanakan pemusatan dalam aktiviti-aktiviti pengurusan dan ini boleh mengelakkan daripada sentiasa memberi arahan kepada kakitangannya. Ketua bengkel atau ketua panitia harus diberi kuasa untuk menetapkan tugas rutin guru-guru bengkel secara rasmi.

9. Rangkaian scalar (scalar chain / line of authority)

Rangkaian scalar ialah susun lapis atau struktur dalam sebuah organisasi iaitu daripada yang paling atas seterusnya yang paling bawah. Rangkaian scalar sebenarnya menunjukkan bentuk hubungan dan kuasa semua lapisan dalam sebuah organisasi. Dengan itu, semua kakitangan organisasi akan jelas dan memahami tugasnya. Dalam setiap bengkel sekolah harus mempunyai carta organisasi bengkel bagi semua guru dan pelajar.

10. Tersusun (order)

Secara asas setiap organisasi mesti memberi tugas yang sesuai untuk setiap kakitangannya. Mereka perlu melihat bagaimana peranannya boleh diterap ke dalam organisasi itu seperti kata pepatah A place for everyone and everyone in is place.

11. Persamaan

Persamaan dan keadilan harus diamalkan dalam sebuah organisasi. Ini boleh menggalakkan pekerja sentiasa taat kepada organisasi. Keadaan ini adalah sama dengan sebuah organisasi bengkel sekolah iaitu setiap pelajar akan diberi peluang untuk menggunakan perlatan yang mahal mengikut gilirannya.

12. Kestabilan dalam pemegangan jawatan (tenure of stability)

Setiap anggota organisasi harus diberi masa untuk menyesuaikan diri dalam tugasnya supaya semua kerja boleh dijalankan dengan berkesan. Kestabilan dalam pemegangan jawatan akan menyumbang rasa taat setia, nilai dan tujuan kepada sebuah organisasi.

13. Inisiatif

Merancang sesuatu aktiviti dan memastikan kejayaan aktiviti itu merupakan keinginan yang diharapkan. Kejayaan merupakan satu kepuasan untuk setiap orang. Kepuasan akan menjadi pendorong utama untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, setiap organisasi harus menggalakkan semangat berinisiatif dalam anggotanya.

14. Pemangunan Harmoni

Setiap organisasi perlu memberi penekanan kepada membangunkan perasaan harmoni antara anggotanya. Ini boleh mewujudkan teamwork yang berkesan dan hubungan interpersonal yang baik.

3.0 Saolan tugasan:Aplikasi pengurusan keselamatan bengkel. (Huraian tentang keselamatan bengkel yang dilengkapi dengan plan lantai.)

Orang kata malang itu tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Begitu juga di bengkel kemahiran hidup. Namun kemalangan ini tidak berlaku dengan sendirinya tetapi mesti daripada puncanya. Malah kebanyakkan kemalangan yang berlaku boleh dicegah jika kita mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Punca kemalangan boleh dibahagikan kepada tiga sumber seperti berikut:

3.1 Faktor FizikalFaktor fizikal terbahagi kepada tiga bahgian seperti berikut:

a) Persekitaran Tumpahan minyak Basah dan licin Berselerak

b) Peralatan dan mesin Susun atur yang tidak sesuai dengan ruang bengkel Keadaan mesin yang lama dan tidak sesuai digunakan Penggunaan peralatan yang salah Penggunaan dan penyimpanan peralatan yang tidak teraturc) Sistem pendawaiaan Pendawaiaan melebihi 40 tahun Kebocoran arus elektrik Beban lebih had (overload) Pendawaian tambahan tanpa kebenaran Pemasangan wayar yang salah

3.2 Faktor Kemanusiaan

Faktor kemanusiaan yang merangkumi :a) Kecuaian Kurang memberi tumpuan kepada kerja Mengelamun atau berkhayal ketika bekerja

b) Pengetahuan Kurang berpengetahuan mengenai kerja yang dilakukan Tidak tahu langkah-langkah keselamatan Tiada atau kurang latihan melakukan tugas Tidak ambil tahu untuk mempelajari sesuatu kemahiran

c) Disiplin Bergurau secara kasar semasa bekerja Gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan Suka mengambil jalan pintas

d) Kesihatan Letih, mengantuk dan kurang sihat Gangguan emosi

e) Pengulang kemalangan Mudah diganggu Kurang cermat Kurang sensitif atau peka Reaksi pada kesakitan yang rendah Kepastian kendiri Keinginan untuk menguasai

f) Mudah mengalami kemalangan Tingkah laku dan emosi Ketahanan dan tolransi yang rendah kepada tingkah laku penyebab kemalangan

3.3 Faktor Pentadbiran

Faktor yang merangkumi:a) Penguatkuasaan peraturan keselamatan tidak bersungguh-sungguhb) Tiada arahan keselamatan sebelum memulakan tugasanc) Kawalan kelas yang lemah semasa amalid) Tiada atau kurang tunjuk ajar sebelum amalie) Tiada prosedur kerja yang tetapf) Tidak memberi latihan pencegahan keselamatang) Sikap pentadbir sekolah mengambil jalan mudah

Namun begitu kemalangan yang perlu boleh dicegah jika kita mengamalkan langkah yang betul. Berdasarkan huraian di atas, wujudnya punca-punca kemalangan daripada tiga faktor yang berkait rapat. Sehubungan itu, pencegahan kemalangan juga adalah dengan merujuk kepada ketiga-tiga unsur kelompok tersebut, iaitu :3.4 Pendekatan terhadap kelemahan pada unsur manusiaa) Pemilihan / penempatan pegawai secara tepat agar diperoleh keserasian antara bakat dan kemampuan fisik pekerja dengan tugasnya.b) Pembinaan pengetahuan dan keterampilan melalui latihan yang sesuai dengan pekerjaannya.c) Pembinaan motivasi agar pekerja bersikap dan bertindak sesuai dengan keperluan perusahaan.d) Pengarahan penyaluran arahan, maklumat dan informasi yang lengkap dan jelas.e) Pengawasan dan disiplin yang wajar.

3.5 Pendekatan terhadap kelemahan pada fizikala) Perancangan, pembangunan, pengendalian, modifikasi, peralatan kilang, mesin-mesin harus mengambil kira keselamatan kerja.b) Pengelolaan penimbunan, pengeluaran, penyaluran, pengangkutan, penyusunan, penyimpanan dan penggunaan bahan kerja secara tepat sesuai dan selaras dengan keselamatan kerja yang berlaku.c) Pemeliharaan tempat kerja tetap bersih dan aman untuk pekerja.d) Pembuangan sisa bahan dengan mengambil kira aspek keselamatan persekitaran.e) Kawasan tempat bekerja sesuai dengan kemampuan manusia.

3.6 Pendekatan terhadap kelemahan pada peringkat pentadbirana) Penyebaran, pelaksanaan dan pengawasan mengikut peraturan yang ditetapkan.b) Pelantikan struktur organisasi dan pembagian tanggung jawab.c) Penentuan pelaksanaan pengawasan, melaksanakan dan mengawasi sistem/prosedur kerja yang benar.d) Pembuatan sistem pengendalian bahaya.e) Perancangan sistem pemeliharaan, penempatan dan pembinaan pekerja yang sistematik dan strategik.f) Penggunaan standard/code yang dapat dilaksanakan.g) Pembuatan sistem pemantauan untuk mengetahui kemalangan yang ada.

3.7 REKA BENTUK BENGKEL YANG BERKESAN

Bengkel yang menarik dan tersusun dapat membantu murid dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid dapat melaksanakan amali yang dirancangkan dengan baik jika semua peralatan mencukupi dan suasana dalam bengkel adalah kondusif. Setiap sekolah mempunyai reka bentuk bengkel yang berbeza mengikut kreativiti guru panitia kemahiran hidup di sekolah masing-masing. Hal ini berkait rapat dengan pengurusan bengkel itu sendiri. Guru yang berjaya menguruskan bengkel kemahiran hidup dengan berkesan dapat memastikan objektif pengajaran tercapai. Namun beberapa ciri yang perlu ada dalam menguruskan reka bentuk bengkel kemahiran hidup ini supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif di dalam bengkel. Antara ciri yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:

Ciri-ciri tersebut dapat membantu guru dalam menguruskan bengkel kemahiran. Untuk menghasilkan bengkel yang menarik guru panitia boleh meminta bantuan daripada guru lain dan boleh melantik murid sebagai ketua bengkel untuk menceriakan bengkel kemahiran hidup sekolah. Contoh gambar bengkel di bawah mempunyai susun atur yang baik dan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang berkesan.

Susun atur perabot yang rapi dan laluan yang selamat dan selesa.

Penggunaan warna yang cerah dan ceria membantu pencahayaan.

4.0 Saolan tugasan: Menghuraikan pengurusan kewangan, pengendalian bahan dan alatan.

PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENGENDALIAN BAHAN

Menguruskan kewangan dan pengendalian bahan merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah pengurusan bengkel di sekolah. Sumber-sumber kewangan perlu di catat dan setiap perolehan atau belian juga perlu di kemaskini bagi memastikan aliran keluar masuk kewangan tidak mengalami sebarang keraguan. Antara aspek yang dipertimbangkan dalam pengurusan kewangan adalah seperti berikut:

4.1 PUNCA KEWANGAN

Pihak pengurusan sekolah boleh mendapatkan sumber kewangan daripada tiga sumber utama seperti rajah di atas iaitu daripada kerajaan, ibu bapa atau murid dan orang awam.a) Kerajaan : Yuran pengajian yang dibayar oleh setiap murid.b) Ibu bapa/pelajar : Bantuan atau peruntukan yang diberikan yang diberikan oleh Kerajaan seperti peruntukan mata pelajaran, Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa daripada Bank/Yayasan, Yuran Peperiksaan dan lain-lain.c) Orang awam : Wang yang diterima daripada orang awam termasuklah derma serta pungutan yang dibenarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk menambah tabungan sekolah.Peruntukan ini perlu menjadi garis panduan kepada guru dan pentadbir untuk digunakan sebaik yang mungkin bagi membolehkan setiap pelajar mendapat kemudahan yang sepenuhnya bagi menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.Ia juga perlu menjadi panduan guru untuk merancang perbelanjaan dan pengiraan kos yang meliputi perancangan kemudahan pembelajaran jangka pendek dan jangka panjang.

4.2 PENGURUSAN PEROLEHAN

Satu proses untuk memperolehi input-input diperlukan oleh organisasi dengan cekap dan menguntungkan hasil output yang berkualiti bagi memenuhi keperluaan pelanggan. Input-input ini terdiri daripada :a) Bekalanb) Perkhidmatanc) KerjaKonsep pengurusan perolehan pula meliputi:a) Berasaskan 6Bb) Kualiti yang betul c) Kuantiti yang betul d) Masa yang betul e) Pembekal yang betul f) Tempat yang betul g) Harga yang betul

Setelah memahami konsep peroleh dengan jelas, seorang pengurus harus mengetahui kaedah peroleh bagi memastikan bahan yang diinginkan mudah diperoleh. Antara kaedahnya ialah :

AMAUN PEROLEHANTINDAKAN

Kurang RM 100.00Gunakan panjar wang runcit (Petty Cash)

Kurang RM 10,000.00 setahunPembelian runcit melalui pembekal tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Melebihi RM 10,000.00 dan kurang dari RM 20,000.00 setahunPembelian runcit daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Pembelian bernilai RM 20,000.00 hingga Rm 50,000.00 setahunMempelawa sebut harga sekurang-kurangnya daripada 5 pembekal berdaftar

Pembelian melebihi RM 50,000.00 setahunTender terbuka

4.3 PELUPUSAN BAHAN MILIK KERAJAAN

Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Tujuan pelupusan bahan milik kerajaan ini adalah untuk Memastikan Jabatan Kerajaan tidak menyimpan aset yang tidak digunakan atau diperlukan, menjimatkan ruang simpanan atau pejabat, mendapatkan hasil pulangan yang terbaik dan membolehkan aset milik Kementerian atau Jabatan dipindahkan ke Kementerian atau Jabatan lain.

Sebagai seorang guru Kemahiran Hidup yang menguruskan bengkel, aspek peralatan dan bahan juga perlu diuruskan dengan sebaiknya. Setiap peralatan dan bahan perlu di senggara bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan. Jika peratan yang rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi maka keputusan untuk melupuskan peralatan tersebut perlu dilaksanakan. Namun ia bukanlah satu kerja yang mudah kerana peralatan tersebut adalah hak milik kerajaan dan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Berikut adalah prosedur pelupusan peralatan dan bahan milik kerajaan:Justifikasi Pelupusan:a) Tidak Ekonomik untuk dibaiki b) Usang atau Obselete c) Rosak & tidak boleh digunakan lagid) Luput tempoh penggunaan e) Keupayaan aset tidak lagi di peringkat yang optimumf) Tiada lagi alat ganti untuk peralatan tersebut g) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokonganh) Disyorkan selepas pemeriksaan aset dibuati) Tidak lagi diperlukan oleh Bengkelj) Perubahan teknologi k) Melebihi keperluan semasaTatacara pelupusan aset dan barang telah ditetapkan di bawah Bahagian XIV Panduan Perbendaharaan - Tatacara Pengurusan Stor dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan. Cara-cara pelupusan yang telah ditetapkan di bawah bahagian ini adalah seperti berikut:a) Lelongb) Tenderc) Tukarbeli (trade-in)d) Pindahan

5.0 REFLEKSI

Segala puji bagi tuhan, tuhan semesta alam yang memberi kesempatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan subjek RBT3112 Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel ini dalam masa yang ditetapkan. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam dan lanjut lagi mengenai tajuk yang kami belajar pada semester ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel saya, En. Paiman Bin Pardi yang banyak membantu dalam pemberian maklumat yang amat penting untuk saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, terima kasih kepada pasangan, rakan rakan yang lain yang banyak membantu dalam perbincangan, pertukaran idea semasa menyiapkan tugasan ini. Tugasan yang saya fokuskan ialah menghuraikan, mengenalpasti dan mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel.Antara ilmu yang dapat diperolehi ialah saya dapat mengetahui cara menguruskan sesebuah bengkel yang merangkumi aspek punca & pencegahan kemalangan, pengurusan kewangan dan pengendalian bahan, reka bentuk bengkel yang efisien, permasalahan pengurusan bengkel dan saya dapat menyatakan cadangan bagi mengatasi masalah yang timbul. Secara keseluruhannya, tugasan ini banyak membantu saya menmbanh pengetahuan dan ilmu baru disamping melatih saya supaya dapat memahami tugas seorang pengurus bengkel Kemahiran Hidup. Pertamanya ialah proses pencarian maklumat. Proses pencarian maklumat telah dijalankan seperti merujuk maklumat daripada pelbagai sumber, termasuklah buku rujukan, surat khabar, internet. Segala maklumat yang saya perolehi kebanyakannya melalui sumber internet kerana lebih mudah untuk mendapatkan maklumat. Tetapi saya tetap memperluaskan skop pencarian dengan merujuk sumber yang dinyatakan tadi. Sumber rujukan seperti buku saya perolehi daripada perpustakaan kerana perpustakaan menyediakan berjuta-juta maklumat yang ingin diperolehi dengan mudah. Maklumat daripada surat khabar pula agak sukar untuk dicari kerana maklumat yang ingin diperolehi hanya dikeluarkan pada keluaran tertentu sahaja. Setelah menjalani proses di atas, saya berkolaborasi bersama rakan lain untuk berbincang tentang maklumat yang saya peroleh. Saya mengalami sedikit kesulitan ketika proses pencarian maklumat berlangsung seperti mengalami gangguan capaian internet. Hal ini kerana di kawasan bilik saya di asrama liputan capaian internet tidak sebagus apabila berada di bilik kuliah atau di perpustakaan. Oleh itu, saya telah mendapatkan capaian internet di perpustakaan atau di bilik kuliah dan juga menggunakan broadband rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat. Terima kasih kepada rakan yang banyak membantu. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami lebih lanjut tentang isi pembelajaran yang dipelajari mengenai subjek Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel terutamanya mengenai pengurusan keselamatan bengkel. Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini setelah melalui pelbagai proses seperti yang dinyatakan di atas. Melalui tugasan ini, saya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel dan boleh diaplikasikan apabila berada si sekolah kelak. Sesungguhnya, tugasan ini amat memberi manfaat kepada saya dan saya berasa sangat bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.