rph pj tahun 4

Upload: gobi-krrish

Post on 05-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani tahun 4

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)

Mata Pelajaran:Pendidikan JasmaniModul:Kemahiran Aspek:1 Kemahiran PergerakanStandard Kandungan:Kesedaran Ruang 1.1Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan.Standard Pembelajaran:1.6.3 Mengelecek bola dalam ruang yang ditentukan.2.6.3 Mengenal pasti ruang yang sesuai untuk bergerak dengan bola.5.4.1Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan.Tarikh:2 April 2014Masa:7.45 pagi 8.45 pagiTahun:4 GeniusBilangan Murid:L-8P-8Penerapan nilai:Memberi kerjasama kepada rakan dan guru.Kemahiran berfikir:Memberi sebab terhadap kejayaan dalam permainan.Strategi utama:KontekstualBahan sumber pengajaran dan pembelajaranBahan Sumber P & P BilanganBahan Sumber P & P Bilangan

Skitel kecil20Tag Helang4

Wisel1Radio1

Papan Tanda1

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran dan Organisasi KelasCatatan

Permulaan( 7 minit)1. Kehadiran2. Kesihatan3. Pakaian

Traffic Light

Kehadiran murid direkodkan. Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas.

Fokus Pembelajaran Memanaskan badan dan regangan mengikut imaginasi sendiri.

Organisasi Kelas Murid berdiri dalam 4 barisan mengikut jantina dengan ruangan yang sesuai. Murid diberi kebebasan untuk membuat aksi-aksi semasa bangun pagi mengikut kehidupan seharian masing-masing apabila menerima arahan dari guru. Guru menjelaskan makna warna hijau = lari dalam bulatan, warna kuning = lari pelahan, warna merah = berhenti. Murid akan membuat aksi atau pergerakan dalam kawasan yang disediakan mengikut isyarat yang diterima. Arahan guru boleh ditambah mengikut keadaan dan kreativiti. Contohnya : Polis/Ambulance = duduk di lantai jerit Ee Oo Ee Oo Hujan = guna dua belah lengan menjadi pengelap cermin Aktiviti ini dijalankan selama 5 minit.

Ciri StrategiMenghubungkait

BSPP1. Skitel

Catatan1. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat menghubungkaitkan kehidupan seharian dengan permanasan badan.

Perkembangan( 25 minit)

Aktiviti 1Jom Kelecek!

Aktiviti 2Dribble Tag

Fokus PembelajaranMenggelecek dan mengawal bola dengan postur badan yang betul.

Organisasi Kelas Guru mendemostrasikan perlakuan menggelecek bola dengan betul. Secara berpasangan, murid menggelecek bola secara statik dalam ruang sendiri. Selepas 5 10 kali berterusan, tukar rakan berpasangan untuk menggelecek bola. Murid dikehendaki menggelecek bola secara berpasangan mengikut jantina dalam ruang yang disediakan. Guru meletakkan skitel di kawasan yang disediakan. Murid menggelecek bola melepasi halangan (skitel) ulang alik and bertukar dengan pasangan selepas satu ulangan. Aktiviti dibuat dalam 5 kali ulangan. (ikut keadaan) Pasangan yang paling laju dikira sebagai pemenang.

Fokus PembelajaranMenggelecek dan mengawal bola dengan memerhati keadaan sekeliling.

Organisasi Kelas Bahagikan kelas kepada 2 kumpulan mengikut jantina. Setiap murid diberi satu bola baling dan satu pelekat untuk dilekat di belakang baju. Murid akan menggelecek secara bebas di kawasan gelanggang yang disediakan selepas menerima arahan untuk bermula. Murid akan cuba mencabut pelekat di belakang rakan sebaya dengan sebelah tangan di samping menggelecek bola dengan sebelah tangan lagi. Sesiapa yang dicabut pelekat akan dikeluarkan dari permainan, murid dipesan untuk memerhati pergerakan murid yang masih bergerak di gelanggang. Permainan tamat apabila tinggal 1-2 orang murid di gelanggang.

Ciri StrategiMengalami

BSPP1. Bola Baling

Catatan1. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat menerokai posisi menggelecek yang paling sesuai dan stabil.

Ciri StrategiMemindahkan

BSPP1. Pelekat2. Bola baling3. Wisel

Catatan1. Melalui aktiviti ini, murid dapat memindahkan kemahiran menggelecek dan mengaplikasikan di situasi yang kritikal.

Kemuncak( 20 minit)

Goal!

Fokus PembelajaranMenerokai cara menggelecek bola yang stabil.

Organisasi Kelas1. Bahagikan kelas kepada 4 kumpulan mengikut jantina, kumpulan A & B (perempuan), kumpulan C & D (lelaki).2. Kumpulan A akan melawan kumpulan B manakala kumpulan C akan melawan kumpulan D.3. Murid dikehendaki menghantar bola kepada rakan dengan kemahiran menggelecek bola ke rakan untuk menjaringkan gol.4. Gol(skitel) berada di hujung gelanggang, murid yang menjaring gol perlu membaling ke arah skitel.5. Sekiranya terkena skitel, satu mata akan dipunggut oleh kumpulan tersebut.6. Kain digunakan untuk membezakan kumpulan.

Ciri StrategiMengalami

BSPP1. Kain2. Skitel3. Bola Baling4. Wisel

Catatan

1. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat menerokai posisi menggelecek yang paling sesuai dan stabil.

2. Melalui aktiviti ini, murid dapat menerapkan nilai bekerjasama dalam kumpulan semasa bermain.

Penutup( 8 minit)Make a Letter

Soal-jawab dan rumusan isi pelajaran

Fokus PembelajaranPenyejukkan badan.

Organisasi Kelas1. Guru memperkenalkan huruf A-Z.2. Murid dikehendaki menjadikan bentuk badan seperti bentuk huruf yang ditunjukkan oleh guru.3. Murid-murid berdiri berselerak dalam kawasan yang ditetapkan.4. Wisel akan ditiup dan papan tanda menunjukkan huruf huruf secara rawak dengan iringan muzik. Contohnya : huruf Z. Murid bebas membuat aksi dengan membentuk huruf dengan badan sendiri.5. Murid murid boleh membengkokkan badan, meniarap, baring, melunjur dan sebagainya untuk membentuk huruf dengan badan mengikut kreativiti murid.6. Aktiviti diulang beberapa kali dalam masa 3 4 minit.

Z

Murid-murid memberi pandangan dan menjawab soalan-soalan bertumpu dan bercapah mengenai kemahiran menggelecek.1. Antara soalan-soalan yang dilontarkan adalah seperti berikut: Apakah kunci utama semasa menggelecek? Mata pandang depan Tangan lembut Kawalan Bola Jaga Bola Bola di aras pinggang Apakah posisi yang paling sesuai untuk mengawal bola/ mengelakkan bola dari dirampas? Bengkokkan lutut Badan condong ke depan Tangan bukan dominan angkat atas sehingga paras pinggang untuk melindungi bola.

Ciri Strategi:Menghubungkait

BSPP:1. Skitel2. Papan tanda (Huruf)3. Wisel4. Muzik

Catatan:Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai: Mengenalpasti huruf A Z. Mengenal pasti aksi aksi penyejukkan badan.