ringkasan eksekutif re 1.0 pengenalan

22
RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II) EIA NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-1 RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN 1. Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekeliling (EIA) untuk “Cadangan Projek Pembalakan di atas Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D dengan Keluasan 417.00 Hektar (1,030.43 Ekar) di Mukim Kenering Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Jadual 1). 2. MCGF Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang di daftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat, 1965, telah dilantik sebagai kontraktor oleh penggerak projek (Dataran Waja Sdn. Bhd., Mewah Suci Sdn. Bhd, Tunas Deras Sdn. Bhd. dan Syarikat Sri Bersia Sdn. Bhd.) untuk menjalankan aktiviti pembalakan. MCGF Sdn. Bhd. telah mendapat lesen membalak dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan Projek ini boleh diajukan kepada: MCGF Sdn. Bhd. No. 206, Taman Okid, 31100 Sungai Siput (U), Perak Tel. No.: 05 - 598 7226, Fax. No.: 05 598 7226 E-mail: [email protected] Person in-charge: Lim Chee Meng 3. Perunding EIA yang dilantik untuk menjalankan kajian alam sekitar dan menyediakan Laporan EIA adalah Nilaimas Services, sebuah firma jururunding kejuruteraan alam sekitar dan trafik. Sebarang pertanyaan berkenaan laporan ini boleh diajukan kepada: NILAIMAS SERVICES (001953513-D) No. 17-2 & 17-3, Jalan Equine 10D, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor Tel.: 03-8940 9959, Fax: 03-8940 9958 Orang yang boleh dihubungi: Mohd Nawahidudin Bin Mahamad Isa Nomber Pendaftaran JAS: C0350

Upload: others

Post on 27-Nov-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-1

RINGKASAN EKSEKUTIF

RE 1.0 PENGENALAN

1. Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekeliling (EIA) untuk “Cadangan

Projek Pembalakan di atas Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D

dengan Keluasan 417.00 Hektar (1,030.43 Ekar) di Mukim

Kenering Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan – (Jadual 1).

2. MCGF Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang di daftarkan di

Malaysia di bawah Akta Syarikat, 1965, telah dilantik sebagai

kontraktor oleh penggerak projek (Dataran Waja Sdn. Bhd., Mewah

Suci Sdn. Bhd, Tunas Deras Sdn. Bhd. dan Syarikat Sri Bersia

Sdn. Bhd.) untuk menjalankan aktiviti pembalakan. MCGF Sdn.

Bhd. telah mendapat lesen membalak dari Jabatan Perhutanan

Negeri Perak. Sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan

Projek ini boleh diajukan kepada:

MCGF Sdn. Bhd.

No. 206, Taman Okid, 31100 Sungai Siput (U), Perak

Tel. No.: 05 - 598 7226, Fax. No.: 05 – 598 7226

E-mail: [email protected]

Person in-charge: Lim Chee Meng

3. Perunding EIA yang dilantik untuk menjalankan kajian alam sekitar

dan menyediakan Laporan EIA adalah Nilaimas Services, sebuah

firma jururunding kejuruteraan alam sekitar dan trafik. Sebarang

pertanyaan berkenaan laporan ini boleh diajukan kepada:

NILAIMAS SERVICES (001953513-D)

No. 17-2 & 17-3, Jalan Equine 10D,

Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Tel.: 03-8940 9959, Fax: 03-8940 9958

Orang yang boleh dihubungi: Mohd Nawahidudin Bin Mahamad Isa

Nomber Pendaftaran JAS: C0350

Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-2

4. Rajah RE-1 menunjukkan peta topografi tapak cadangan. Tapak projek

terletak di Plot A, Plot B, Plot C dan Plot D di Mukim Kenering, Hutan

Simpan Bintang Hijau, Daerah Hulu Perak. Kawasan plot seperti

kelulusan sempasan seperti ditunjukkan di dalam Lampiran A. Permit

aktiviti pembalakan terdapat empat (4) plot dengan keseluruhan

keluasan tapak cadangan seluas 417.00 hektar (1,030.43 ekar).

5. Kawasan tapak projek dengan empat (4) fasa dan titik koordinat tapak

pembalakan di tunjukkan di dalam Rajah RE-2 manakala Jadual RE-1

mnunjukkan titik dan koordinat sempadan tapak projek.

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-1

Figure RE-1: The topography map and plot of the project site

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-2

Figure RE-2: Location of project site by four (4) phases

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-3

Table RE-1: Titik dan Koordinat bagi Sempadan Tapak Projek

Titik Latitud Longitud

A 5° 23' 26.256" N 101° 1' 25.322" E

B 5° 23' 25.122" N 101° 1' 22.267" E

C 5° 23' 10.433" N 101° 1' 1.687" E

D 5° 23' 6.690" N 101° 0' 58.676" E

E 5° 22' 46.541" N 101° 0' 51.461" E

F 5° 23' 2.296" N 101° 0' 47.445" E

G 5° 23' 9.745" N 101° 0' 43.695" E

H 5° 23' 16.887" N 101° 0' 40.954" E

I 5° 23' 26.688" N 101° 0' 42.547" E

J 5° 23' 29.900" N 101° 0' 42.234" E

K 5° 23' 36.556" N 101° 0' 41.270" E

L 5° 23' 44.613" N 101° 0' 33.640" E

M 5° 23' 53.333" N 101° 0' 29.066" E

N 5° 24' 23.913" N 101° 0' 15.267" E

O 5° 24' 30.479" N 101° 0' 12.375" E

P 5° 24' 50.211" N 101° 0' 8.580" E

Q 5° 24' 52.769" N 101° 0' 6.709" E

R 5° 25' 12.415" N 101° 0' 0.820" E

S 5° 25' 22.747" N 101° 0' 1.003" E

T 5° 25' 22.847" N 101° 0' 4.893" E

U 5° 25' 18.977" N 101° 0' 9.561" E

V 5° 24' 35.798" N 101° 0' 40.926" E

W 5° 24' 24.003" N 101° 0' 48.622" E

X 5° 24' 13.938" N 101° 0' 59.906" E

Y 5° 24' 10.321" N 101° 1' 3.008" E

Z 5° 24' 4.411" N 101° 1' 9.404" E

AA 5° 23' 48.190" N 101° 1' 18.990" E

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-4

RE 2.0 KEPERLUAN PERUNDANGAN

Tapak projek meliputi keluasan 417.00 hektar (1,030.43 ekar)

dan aktiviti pembalakan akan dijalankan dan diurus oleh

kontraktor, MCGF Sdn. Bhd., pasukan projek yang

berpengalaman, dengan pengalaman yang lama dalam industri

dan sebagai wakil dari penyokong projek.

Menurut 34 (A) Perintah Kualiti Alam Sekitar (Aktiviti

Ditetapkan) (Penilaian Impak Alam Sekitar), 2015, projek ini

berada di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 5 (b) dan 5 (c).

Oleh yang demikian, Penggerak Projek dikehendaki

mengemukakan satu laporan EIA kepada Pengarah Jabatan

Alam Sekitar (JAS) sebelum sebarang kelulusan diberikan

kepada projek.

6. Memandangkan permintaan kayu yang tinggi dalam industri,

aktiviti pembalakan dilihat berguna dan mempunyai potensi

besar untuk dikembangkan.

Jadual Kedua, Aktiviti 5 - PERHUTANAN:

Aktiviti 5(b), Pembalakan atau pengubahan hutan kepada kegunaan tanah yang lain di dalam- (i) kawasan tadahan di kolam takungan air yang digunakan bagi bekalan air perbandaran, pengairan atau penjanaan kuasa hidro; Aktiviti 5 (c), Pembalakan, atau penebangan atau pengambilan kayu dari hutan pada ketinggian 300 meter atau lebih di atas purata aras laut yang meliputi kawasan seluas 100 hektar atau lebih, di luar kawasan hutan simpan kekal.

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-5

RE 3.0 KENYATAAN KEPERLUAN

7. Keperluan untuk aktiviti pembalakan adalah jelas untuk sebab-sebab

berikut :

• Sektor ini akan membuka banyak peluang pekerjaan secara

tidak langsung;

• Untuk memenuhi permintaan produk berasaskan kayu;

• Aktiviti pembalakan diperkenalkan untuk menangani

kekurangan bekalan kayu mentah;

• Pendapatan untuk kerajaan bagi membangunkan negara yang

semakin meningkat.

RE 4.0 PENGHURAIAN PROJEK

8. Tapak cadangan projek terletak di Mukim Kenering, Hutan Simpan

Bintang Hijau, Daerah Hulu Perak dan lokasinya lebih kurang 14 km

dari ntan dan Bandar Gerik, lebih kurang 17 km dari Sempadan

Kelantan dan lebih kurang 90 km dari Bandar Ipoh.

9. Tapak aktiviti pembalakan boleh di akses melalui Jalan Utama, Jalan

Baling – Gerik (A173: Jalan Negeri) dan juga dikenali sebagai FT4

(Jalan Persekutuan Lama) di bahagian Utara dan Jalan lain yang

boleh di akses ke tapak projek adalah melalui Jalan FELDA Lawin di

bahagian Tenggara dari tapak projek.

10. Jarak dari Jalan Utama ke tapak projek ialah lebih kurang 13 km dan

kelebaran jalan ini adalah lebih kurang tiga (3) meter. Adalah lebih

baik menggunakan kenderaan pacuan empat (4) roda menuju ke

tapak projek.

11. Kayu balak akan diuruskan oleh kontraktor yang berdaftar dengan

Jabatan Perhutanan Negeri Perak, MCGF Sdn. Bhd. and akan dijual

di dalam kawasan Negeri Perak sahaja.

12. Pokok balak yang sedia ada di tapak projek akan di tebang secara

berfasa dalam tempoh enam (6) bulan. Tapak projek ini akan di

bahagikan kepada empat (4) fasa.

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-6

Lokasi tapak projek bagi empat (4) fasa di tunjukkan di dalam Rajah

RE-2 dan koordinat bagi setiap fasa dijadualkan di dalam Jadual RE-

2.

Table RE-2: Coordinate of the Proposed Phases

Phase Point Latitude Longitude Area

(hectare)

Area

(acre)

1 E – F – G

E 5° 24’ 23.913” N 101° 0’ 15.267” E

101 249.576 F 5° 25’ 22.747” N 101° 0’ 1.003” E

G 5° 24’ 35.798” N 101° 0’ 40.926” E

2 D – E – G – H

D 5° 23’ 53.333” N 101° 0’ 29.066” E

101 249.576 E 5° 24’ 23.913” N 101° 0’ 15.267” E

G 5° 24’ 35.798” N 101° 0’ 40.926” E

H 5° 24’ 10.321” N 101° 1’ 3.008” E

3 C – D – H – I

C 5° 23’ 29.900” N 101° 0’ 42.234” E

100 247.105 D 5° 23’ 53.333” N 101° 0’ 29.066” E

H 5° 24’ 10.321” N 101° 1’ 3.008” E

I 5° 23’ 48.190” N 101° 1’ 18.990” E

4 A – B – C – I

A 5° 23’ 26.256” N 101° 0’ 25.322” E

115 284.171 B 5° 22’ 46.541” N 101° 0’ 51.461” E

C 5° 23’ 29.900” N 101° 0’ 42.234” E

I 5° 23’ 48.190” N 101° 1’ 18.990” E

Total 417.00 1030.43

13. Kemudahan untuk kawasan kerja seperti kemudahan tempat

penyimpanan, bengkel alat jentera dan mesin, pejabat tapak,

kawasan matau dan pondok pengawal perlu disediakan. Selain

daripada tapak yang digunakan untuk kemudahan aktiviti

pembalakan, sbahagian tanah lagi akan digunakan sebagai kawasan

pembuangan biomas dan sedimen basins.

14. Peralatan dan mesin yang akan digunakan di tapak projek terdiri

daripada Jentera Penggali, Lori Tipper, Loader, Traktor, Gergaji dan

Bulldozer.

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-7

15. Projek yang dicadangkan melibatkan pemerolehan bekalan air, dan

bekalan elektrik. Perkhidmatan telekomunikasi tidak tersedia di

dalam tapak projek.

16. Lain-lain seperti air kumbahan hendaklah dirawat dengan baik.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan) Jabatan Alam Sekitar,

2009 hendaklah digunakan sebagai garis panduan dan tanda aras.

17. Aktiviti pembalakan yang dicadangkan akan menjana peluang

pekerjaan kepada pelbagai kategori pekerja.

18. Tahap utama pelaksanaan Projek adalah tahap eksplorasi dan

prospek, tahap penyediaan pembangunan dan tapak, tahap operasi

pembalakan dan tahap pemulihan dan pengabaian.

RE 5.0 ALAM SEKITAR SEDIA ADA

19. Tanah di sekitar tapak Projek terdiri daripada kawasan berbukit dan

beralun. Ketinggian kontur diantara 240 meter hingga 500 meter dari

Purata Paras Laut (MSL). Kawasan tapak projek ini terletak kira-kira 14

km dari Bandar Gerik, lebih kurang 17 km dari sempadan Kelantan dan

lebih kurang 90 km dari Bandar Ipoh.

20. Pada asasnya, tapak projek adalah di kawasan Hutan Simpan Bintang

Hijau yang mana ia adalah hutan sekunder yang dikeliligi dengan flora

dan fauna.

21. Kawasan Projek mengalami iklim cuaca khatulistiwa, yang dicirikan

oleh cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Stesen meteorologi

terletak di Hospital Lenggong, Perak (Januari 2010- April 2019). Lihat

Bab 6.

22. Air larian permukaan dari tapak mengalir ke arah anak Sungai

Kenayat, anak Sg. Lerek dan anak Sg. Lipai sebelum menghala terus

ke sungai utama, Sg. Kenayat di bahagian Selatan daripada tapak

projek. (lihat Bab 5, Figure 5.5).

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-8

23. Sampel kualiti air dijalankan di 15 lokasi yang berlainan. Bagi 11 lokasi

persampelan air dalam radius lima (5) km dari tapak cadangan di ambil

pada 27th Disember 2018, manakala empat (4) lokasi persampelan air

yang luar dari radius lima (5) km dari tapak cadangan seperti yang

diminta oleh Lembaga Air Perak telah di ambil pada 28th Mac 2019.

24. Keputusan analisis menunjukkan bahawa kualiti air dari stesen

pensampelan majoriti berada di bawah Kelas II kecuali stesen sampling

pada stesen W4 di bawah Kelas III Indeks Kualiti Air (WQI), Jabatan

Alam Sekitar.

25. Persampelan kualiti udara sekitar, Particulate Matter (PM10) telah di

ambil di empat (4) lokasi pemantauan untuk setiap fasa. Keputusan dari

semua stesen pemantau adalah lebih rendah dari ketinggian yang

menunjuk di bawah 'Standard Kualiti Air Ambient New Malaysia'.

26. Pemantauan bunyi bising telah dijalankan di empat (4) lokasi

pemantauan. Keputusan bacaan bunyi bising di semua stesen

persampelan adalah mematuhi had yang telah ditetapkan iaitu 55 dB(A)

pada waktu siang dan 45 dB(A) pada waktu malam seperti yang

disyorkan berpandukan ‘Department of Environment Planning Guidelines

for Environmental Noise Limits and Control’.

RE 6.0 KESAN KE ATAS ALAM SEKITAR

27. Secara amnya, potensi kesan alam sekitar yang dijangka daripada

aktiviti pembalakan berpotensi memberi kesan terhadap persekitaran

boleh dikategorikan mengikut peringkat pembangunan:

• Peringkat siasatan;

• Peringkat persediaan dan pembangunan awal tapak;

• Pembersihan tapak dan Aktiviti Pembalakan;

• Peringkat pemulihan dan pengabaian.

28. Gangguan ke atas persekitaran sedia ada semasa peringkat ini

adalah minimum. Maka, tiada impak negatif yang signifikan akan

berlaku. Sebaliknya, terdapat beberapa impak positif dapat

dikenalpasti seperti menjana peluang pekerjaan dan perniagaan yang

dapat dikenalpasti.

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-9

29. Penyediaan Awal Tapak melibatkan beberapa aktiviti utama, yang

mungkin mempunyai kesan yang berpotensi terhadap alam sekitar

seperti pengangkutan peralatan dan bekalan; pembersihan tapak;

pembinaan jalan pengangkutan, penambahbaikan sistem saliran;

pembinaan kemudahan; pembinaan lembangan sedimen dan

pengurusan sisa di tapak projek, dan sebagainya.

30. Impak yang berpotensi berlaku semasa peringkat tersebut ialah

hakisan tanah dan sedimentasi ke atas badan air, pencemaran bunyi

dan udara, serta penghasilan sisa buangan pembinaan, sisa pepejal

dan kumbahan.

31. Hakisan tanah dan sedimentasi ke atas badan air adalah sederhana.

Namun begitu, kawasan projek akan dibuka secara berperingkat.

Sejumlah kolam perangkap mendap akan dibina bagi menangani air

larian permukaan.

32. Pencemaran udara adalah tidak signifikan semasa peringkat ini.

Pencemaran bunyi bising juga tidak signifikan kerana paras bunyi

yang dihasilkan daripada mesin dan peralatan adalah bersifat

setempat dan kerja-kerja dihadkan pada waktu siang sahaja. Impak ke

atas sosio-ekonomi adalah bermanfaat kerana banyak peluang

pekerjaan dan perniagaan dapat dijana serta infrastruktur

dinaiktarafkan.

33. Semasa Tahap Pembangunan, pembersihan tapak akan dilakukan

secara berfasa mengikut fasa sebagaimana dinyatakan dalam Bab 1.

Tiada pembakaran terbuka dibenarkan dalam proses ini dan selepas

itu. Pembersihan tapak perladangan hutan yang melibatkan

pembersihan tumbuh-tumbuhan dan pembalakan kayu balak.

34. Kesan buruk utama semasa aktiviti pembersihan tapak adalah

hakisan tanah, pencemaran sedimen yang berkaitan dan pengairan di

cerun bukit, terutamanya semasa aktiviti pembersihan awal tanah.

35. Aktiviti semasa operasi ladang hutan yang berkemungkinan

membawa impak signifikan ialah:

• Pemungahan dan pengangkutan jentera.

• Pemasangan Pagar dan Saliran;

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-10

• Peringkat Penyelenggaraan;

• Pengurusan pelupusan sisa pepejal dan terjadual;

• Penyelenggaraan lembangan sedimen dan langkah-langkah

pengurangan; dan

36. Pencemaran udara dan bunyi bising dianggap sebagai kesan buruk

yang sederhana. Pencemaran udara adalah disebabkan oleh

penebangan pokok, penjanaan habuk dan penyebaran semasa

pergerakan mesin. Bagi pencemaran hingar, bising yang dihasilkan

oleh jentera berat dan kenderaan kuasa tinggi, walaupun

penggunaannya hanya terhad kepada siang hari.

37. Impak sosio-ekonomi membawa kesan bermanfaat semasa aktiviti

aktiviti pembalakan di mana peluang pekerjaan dan perniagaan

berkembang meluas terutamanya di kawasan sekitar yang

berhampiran selain dapat menyokong industri hiliran. Seterusnya,

meningkatkan penjanaan pekerjaan dan memangkin perkembangan

ekonomi di dalam sektor ini.

38. Antara aktiviti pemulihan yang perlu dijalankan oleh penggerak projek

adalah seperti berikut:

• Penyimpanan peralatan dan jentera;

• Pemunggahan kuarters pekerja; dan

• Pembersihan akhir.

39. Pertimbangan alam sekitar: Pelaksanaan projek hendaklah

mengamalkan operasi konsep mesra alam sekitar di mana aktiviti-

aktiviti akan dikawal dan dikekalkan dalam had yang dibenarkan di

bawah peraturan alam sekitar.

40. Penangguhan Projek disebabkan peristiwa yang tidak dijangka akan

menghalang pelan Penyokong untuk membangunkan kawasan

perladangan hutan untuk memenuhi sebahagian daripada permintaan

industri hiliran.

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-11

RE 7.0 LANGKAH-LANGKAH TEBATAN

Dari pengenalpastian dan kajian kesan dalam bab sebelumnya, isu-isu

alam sekitar yang berpotensi penting ditemui berkaitan dengan:

• Perancangan Jalan Hutan;

• Pemantauan dan Penyelenggaraan Jalan

Semasa dan Selepas Penyempurnaan Operasi

Pmbalakan;

• Jalan Lintasan Air (Waterway Crossing);

• Hakisan tanah, pemendapan dan kehilangan tanah atas;

• Pencemaran air kemerosotan kualiti air;

• Pencemaran udara daripada jentera dan mesin;

• Pelupusan sampah;

• Kehilangan flora, fauna dan habitat;

• Trafik dan pengangkutan;

• Peluang pekerjaan atau perniagaan;

• Pembangunan sosio ekonomi;dan

• Estetik, pemulihan dan pengabaian.

Bahagian ini membincangkan mengenai langkah-langkah tebatan yang

dicadangkan bagi mengehadkan kesan yang berpotensi tinggi. Impak alam

sekitar yang berpotensi dan langkah-langkah tebatan yang diperlukan telah

diringkaskan dalam Jadual RE-3.

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-12

Jadual RE-3: Langkah tebatan yang harus dilaksanakan

Sumber Impak dan

Aktiviti Projek

Kesan Alam Sekitar

Dan Kepentingannya

Cadangan Langkah Tebatan (M2) Kesan dan Pemantauan

Residual

Peringkat Penyiasatan

Penyiasatan Geologi

dan Tanah

Tidak penting Tidak perlu Tidak penting

Pengukuran Air dan

Bunyi

Tidak penting Tidak perlu Tidak penting

Analisis Air Tidak penting Tidak perlu Tidak penting

Peringkat Pembinaan

Pembersihan Tapak

dan Kerja Tanah

Plat RE-1:

Pembersihan Tapak

dan Kerja Tanah di

tapak Projek

Kehilangan tumbuhan

dan penjanaan sisa

tumbuhan yang ketara.

Pencemaran udara

Pencemaran bunyi

yang ketara

Kemungkinan besar

peningkatan hakisan

tanah & kejadian

Perlu. Batang pokok yang sesuai

boleh dikitar semula dan dijual

untuk dijadikan perabot atau

sebagai sumber kayu bakar

Tiada pembakaran terbuka yang

dibenarkan di dalam kawasan tapak

projek.

Perlu untuk penyelenggaraan

kenderaan dan peralatan

pembinaan mengikut keperluan

DOSH

Membina dan mengekalkan

Penting dan perlu

dipantau.

Memerlukan pemantauan

kualiti udara dari semasa

ke semasa

Pemantauan dan

penyelenggaraan secara

berkala terhadap

kenderaan dan jentera.

Amat perlu dan dipantau

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-13

banjir.

perangkap lumpur dan kolam

pemendapan.

Pembukaan kawasan tapak baru

adalah mengikut fasa dan kerja-

kerja perlu dipercepatkan semasa

musim panas.

Mengunakan tanaman tutup bumi

yang cepat tumbuh dalam masa

lima hari di tapak projek untuk

mengelak kejadian hakisan tanah.

oleh Pegawai Alam

Sekitar (EO) di tapak.

Jalan keluar masuk

(jalan balak lama)

Pencemaran udara

utama disebabkan

debu yang di bawa

oleh jentera.

Pengurusan kenderaan yang betul

menggunakan lori semburan air.

Semua lori perlu melalui kawasan

cuci tayar di pintu keluar tapak

projek untuk membersihkan lumpur

dan kotoran dari tayar sebelum

keluar ke jalan raya.

Memerlukan pemantauan

dan pengawasan secara

berterusan.

Memerlukan pemantauan

dan pengawasan secara

berterusan.

Pengangkutan

Masalah debu yang

berpotensi akibat dari

aktiviti pengangkutan

di tapak.

Tayar kenderaan dari /ke tapak

projek mestilah melalui kawasan

wash trough.

Memerlukan pemantauan

dan pengawasan setiap

hari bagi mengelakkan

aduan daripada

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-14

Plat RE-2: Contoh

pengangkutan dalam

tapak projek

Peningkatan

pencemaran bunyi

yang ketara.

.

.

penduduk.

Perancangan pergerakan

kenderaan berat keluar

masuk tapak dan kerja di

tapak perlu dilaksanakan

oleh pihak pemaju.

Penyelenggaraan

Jalan

Permukaan jalan perlu

diselenggara.

Pencemaran udara

yang sedikit

disebabkan oleh

pemanduan jentera.

Keperluan bagi mengekalkan

saliran sementara RHS & LHS

untuk mengelakkan banjir semasa

hujan lebat.

Penyelenggaraan jentera yang

betul, berkala seperti mana yang

termaktub dalam OSHA 1994.

Penting dan memerlukan

pemantauan secara

berkala oleh pegawai

alam sekitar di tapak.

Pemantauan secara

mingguan adalah penting

dan penyelenggaraan

dalam masa 24 jam

selepas hujan lebat

Erosion Sediment

Control Plan

Releven untuk

mengurangkan

hakisan tanah, banjir

Perlu.

Penyelenggaraan sistem saliran

Pemantauan secara

mingguan adalah penting

dan penyelenggaraan

Page 17: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-15

kilat dan pencemaran

air serta pematuhan

terhadap MASMA.

lihat Plat RE- 9 (sebagai

sebahagian daripada ESCP dan

sangat penting untuk dilaksanakan

di tapak).

Plat RE-3: Pekerja semasa

penyelenggaraan system perparitan

Plat RE-4: Timbunan yang ditutup

menggunakan lapisan plastik

dalam masa 24 jam

selepas hujan lebat.

Laporan audit dan

penyelenggaraan akan

disusun oleh EO (asas

bulanan) dan juruaudit

alam sekitar yang

terdaftar setiap tiga bulan

dan diserahkan kepada

JAS. Jawatankuasa

keselamatan dan alam

sekitar disarankan untuk

menyediakan tempoh

pembinaan sebelum

pembinaan bermula dan

dipantau secara progresif.

Tangki Skid

Penting untuk

mengelakkan

sebarang pencemaran

Perlu.

Perlu penyeliaan dan

pemantauan. Laporan

operasi perlu dilakukan

Page 18: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-16

Plat RE-5: Tangki

Skid

kualiti air ke atas

saliran sungai dan air

bawah tanah.

oleh Pegawai

Keselamatan dan

Pegawai Alam Sekitar

sekurang-kurangnya

sekali sebulan.

Page 19: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-17

RE 8.0 PENCEGAHAN PENCEMARAN TANAH DAN LANGKAH-

LANGKAH MENGATASI (LDP2M2)

41. Prinsip utama penyediaan LD-P2M2 adalah memastikan langkah-

langkah kawalan hakisan dan sedimentasi disepadukan

sepenuhnya ke urutan pembangunan. Ia hanya boleh berkesan

sekiranya amalan pembinaan dan kawalan dirancang secara

bersama semasa peringkat perancangan dan kemungkinan

dilaksanakan dan dilaksanakan secara serentak di sepanjang

peringkat pembinaan. LD-P2M2 akan dibaca dengan Pelan

Kawalan Hakisan dan Sedimen (ESCP). Perincian map LDP2M2

yang dicadangkan di tapak projek di tunjukkan di dalam Lampiran

8B.

42. Bagi pencemaran air, Penggerak Projek mesti memantau kualiti air

pada lokasi pelepasan (lembangan sedimen) dari tapak Projek ke

air sungai tertentu untuk memastikan bahawa air itu adalah di

berada dalam kualiti yang boleh diterima. Garis panduan DOE dan

peraturan lain hendaklah dipatuhi.

43. Keadaan keselamatan dan kesihatan pekerja hendaklah dipantau

dan PPE yang berkaitan seperti but keselamatan dan topeng

pernafasan hendaklah dibekalkan terutamanya apabila

penggunaan racun perosak dan herbisida dan penggunaannya

adalah mandatori.

44. Penyediaan kemudahan pelupusan sanitari dan sampah hendaklah

disediakan. Sisa pepejal hendaklah dilupuskan dengan betul di

tapak pembuangan yang diluluskan oleh kontraktor yang dilantik.

RE 9.0 IMPAK-IMPAK SISA

45. Walaupun dengan adanya penyelengaraan dan pengaplikasian

langkah-langkah tebatan yang disebutkan, keputusan yang

diharapkan mungkin tidak akan sepenuhnya dicapai akibat faktor

penghad seperti perubahan alam sekitar dan keefisienan produk

buatan manusia. Maka, akan wujudlah impak residu samada impak

Page 20: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-18

residu positif ataupun impak residu negatif.

46. Impak sisa negatif yang akan membawa mudarat adalah seperti

pencemaran udara, hingar dan kualiti air. Impak residu positif yang

akan membawa manfaat ialah dari segi sosio-ekonomi di mana

berlakunya penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan.

47. Pencemaran udara, air dan bunyi bising yang timbul terutamanya

melalui aktiviti pembersihan tanah dan pembalakan, pengangkutan

dan pergerakan kenderaan, dan jentera semasa aktiviti

pembalakan.

48. Justeru itu, bagi meminimumkan impak residu tersebut, Penggerak

Projek disyorkan supaya mengambil dan mematuhi langkah-

langkah tebatan seperti yang dinyatakan sebaik mungkin supaya

projek lebih bersifat mesra alam.

RE 10.0 PELAN PENGURUSAN PERSEKITARAN

49. Penggerak Projek mesti menubuhkan Pelan Pengurusan Alam

Sekitar (EMP) yang memberi penekanan terhadap amalan

pencegahan lebih baik daripada merawat. Pelan EMP ini juga

mengurus tentang isu-isu persekitaran bagi mencapai perlindungan

persekitaran yang efektif dan jangka panjang.

50. Program Pengauditan Pematuhan Alam Sekitar perlu

dilaksanakan. Program ini memerlukan satu kajian semula

dijalankan ke atas projek dengan menilai ketepatan hasil ramalan

dan cadangan yang telah dilaksanakan dan mengenalpasti impak

tambahan lain yang signifikan serta keberkesanan langkah tebatan

yang diambil. Langkah pembetulan akan dilaksanakan

berpandukan Senarai Semak bagi Program Audit Persekitaran.

51. Program Pemantauan Persekitaran yang akan dijalankan

menrangkumi kerja-kerja mengukur dan merekod kesemua

pembolehubah fizikal-sosial yang berkaitan dengan pembangunan

impak-impak seperti pencemaran bunyi, kemalangan dan

keselamatan orang awam. Program ini adalah perlu untuk

Page 21: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-19

mengenalpasti masalah yang wujud, menilai kecekapan program

tebatan dan lain-lain akriviti pengurusan perlu mematuhi kriteria

dan peraturan yang telah ditetapkan.

52. Pemantauan habuk pula perlu dilakukan di lokasi-lokasi

berhampiran kawasan penempatan sekurang-kurangnya sekali

bagi setiap tiga bulan untuk mengenalpasti paras pencemaran

udara dan keberkesanan langkah tebatan yang telah dijalankan.

53. Persampelan bagi kualiti air di sungai atau saliran disyorkan

supaya sentiasa dipantau untuk mengesan sebarang tanda

pencemaran dengan kekerapan yang dicadangkan sekali sebulan

atau sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan. Semua laluan air

keluar dari sedimen basins perlu di pantau dan semua parameter

seperti pH,BOD, COD, TSS, Oil and gris adalah kebimbangan

utama.

54. Bagi tatacara keselamatan dan kecemasan kecemasan,

Penggerak Projek hendaklah menubuhkan dasar yang khusus

untuk memperkenalkan secara lebih baik keadaan kerja yang lebih

baik dan selamat. Ini termasuk penggunaan prosedur keselamatan

dan tindak balas kecemasan, penubuhan rangka kerja organisasi

yang lebih tinggi, program latihan untuk kakitangan mengenai

langkah-langkah tindak balas keselamatan dan kecemasan,

amalan pelaporan apa-apa kejadian tidak normal, tumpahan dan

pelan kawalan pelepasan dan pelaksanaan rancangan luar jangka

dan tindak balas kecemasan.

Page 22: RINGKASAN EKSEKUTIF RE 1.0 PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Environmental Impact Assessment for Proposed Logging Project on Block A, Block B, Block C and Block D With An

Area of 417.00 Hectares (1,030.43 Acres) At Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Schedule II)

EIA

NILAIMAS SERVICES – EIA & TRAFFIC CONSULTANT Page RE-20

RE 11.0 KESIMPULAN

55. Berdasarkan pasaran kayu balak yang dipasarkan dan permintaan

kayu mentah yang tinggi di pasaran, aktiviti pembalakan telah

diramalkan berdaya maju dengan ekonomi dan alam sekitar. Aktiviti

pembalakan yang dicadangkan akan dapat menyediakan produk

berasaskan kayu dalam pelaksanaan mana-mana projek

pembangunan di negeri ini.

56. Tambahan pula, dengan langkah-langkah kawalan yang wajar yang

dicadangkan dalam laporan ini, cadangan projek pembalakan boleh

dijalankan dengan cara mesra alam. Aktiviti pembalakan boleh

dibangunkan secara optimum.

57. Langkah-langkah kawalan yang mesti dilaksanakan dengan komitmen

yang tinggi oleh Penggerak Projek untuk mengelakkan atau sekurang-

kurangnya meminimumkan dan melokalisasikan kesan-kesan di

dalam sempadan kawasan aktiviti pembalakan.

58. Memandangkan hasil penilaian alam sekitar yang menggalakkan yang

diambil dalam kajian ini, disarankan agar Penggerak Projek, MCGF

Sdn. Bhd. Diberikan kelulusan alam sekitar sepenuhnya oleh JAS dan

pihak berkuasa lain yang berkenaan untuk memulakan operasi ladang

hutan yang dicadangkan.