rashman sejarah 2 selangor

28
1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com] SULIT* JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (Malaysia Higher School Certificate) SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR 1800-1963 Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja. Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ] Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak. © Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 STPM 940/2 [Lihat sebelah] *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR PERCUBAAN STPM 2012 940/2 SEJARAH KERTAS 2 (Tiga jam)

Upload: faizah-baharin

Post on 20-Jun-2015

619 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rashman sejarah 2 selangor

1[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SULIT*

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(Malaysia Higher School Certificate)

SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATANDAN ASIA TIMUR 1800-1963

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKANBERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja. Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripadaBahagian B.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.© Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010

STPM 940/2 [Lihat sebelah]*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

PERCUBAAN STPM 2012940/2

SEJARAH

KERTAS 2

(Tiga jam)

Page 2: Rashman sejarah 2 selangor

2[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Bahagian A

1 Bincangkan sistem dan peranan Raja di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

2 Jelas perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan olehmasyarakat Melayu pada abad ke-19.

3 Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di TanahMelayu sehingga awal abad ke-20.

4 Terangkan pendidikan kolonial di Tanah Melayu sehingga tahun 1941 dan mengapakahia gagal menyatukan masyarakat di Tanah Melayu.

5 Bincangkan kesan politik, ekonomi dan social akibat pendudukan pendudukan Jepun diTanah Melayu.

6 Bincangkan system pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963.

Bahagian B

7 Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan Mynmar sebelumkedatangan Barat.

8 Bincangkan dasar tutup pintu Negara China dan Jepun pada abad ke-19.

9 Huraikan implikasi Perjanjian Bowring 1855 di Thailand dan Perjanjian Kanagawa 1854di Jepun.

10 Bincangkan bagaimana kedatangan penjajah barat telah mengubah pentadbiranIndonesia dan Vietnam pada abad ke-19.

11 Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah mencetuskanrevolusi pada awal abad ke-20.

12 Bincangkan pembangunan ekonomi dan social di Indonesia dan di China yangdilaksanakan selepas Perang Dunia Kedua.

Page 3: Rashman sejarah 2 selangor

3[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

1 Bincangkan sistem dan peranan Raja di Tanah Melayu sebelum campur tanganBritish.

A. Pengenalan: (3m)Sistem beraja di negeri-negeri Melayu diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka.Bentuk pemerintahan tertua dan telah lama diamalkan di negeri-negeri Melayu seperti diPerak,Kedah,Pahang dan Johor.Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial masy Melayu tradisional.Mempunyai kuasa mutlak dalam aspek politik,ekonomi dan sosial.Sistem beraja pada umumnya berdasarkan Adat Temenggung dan Adat Perpatih.

B. ISI

Sistem beraja (8m)1.Negeri-negeri Melayu seperti Perlis,Kelantan,Terengganu,Pahang,Selangor dan Perakmengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Adat Temenggung. Perlantikan sultan atauraja adalah secara perwarisan takhta. Apabila raja mangkat baginda akan digantikan olehputera gahara sulung sahaja. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, hak perwarisan takhtaboleh diberi kepada saudara lelaki sultan atau raja. Walau bagaimanapun hak perwarisantakhta bukanlah mutlak kerana pembesar-pembesar mempunyai pengaruh yang besar dalammelantik orang lain sebagai sultan.

2.Sistem perwarisan takhta di Perak sedikit berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain. Perakmengamalkan sistem pemerintahan secara bergilir. Mengikut sistem penggantian bergilir,apabila sultan mangkat, Raja Muda akan dilantik menjadi sultan, Raja Bendahara menjadi RajaMuda, Raja Dihilir menjadi Raja Bendahara dan putera sulung sultan dilantik menjadi Rajadihilir.

3.Putera gahara sulung mesti melalui tiga peringkat jawatan sebelum ditabalkan menjadi sultanatau raja. Walau bagaimanapun adakalanya sistem penggantian bergilir tidak diikuti keranapembesar boleh mengenepikan sesiapa yang tidak disukai atau dianggap tidak sesuai danmemilih mana-mana raja yang disukai sebagai sultan

4.Sistem politik yang diamalkan di Negeri Sembilan berasaskan Adat Perpatih. Pemerintahnyabergelar Yang di-Pertuan Besar. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berbezadengan negeri-negeri Melayu yang lain. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar dianggap lebihdemokratik kerana dipilih atau dilantik oleh Undang Berempat iaitu Undang Sungai Ujong,Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau.

5.Undang Berempat akan memilih pengganti Yang di-Pertuan Besar daripada kalangan puterabaginda. Undang Berempat boleh juga memilih orang lain yang dianggap layak denganmemberi keutamaan kepada saudara lelaki Yang di-Pertuan Besar yang memerintah itu.Sekiranya Yang di-Pertuan Besar tiada putera atau saudara lelaki, orang lain yang dianggaplayak akan menggantikan Yang di-Pertuan Besar.

Peranan Sultan sebelum campur tangan British (12m)

1.Menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Rakyat tidakboleh mempersoalkan hak dan kewibawaan seseorang Sultan. Berkuasa menjatuhi hukumanmati dan memberi pengampunan dalam kes jenayah, salah laku dsbnya.

Page 4: Rashman sejarah 2 selangor

4[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2.Seseorang sultan/raja sedaya-upaya memerintah dengan adil, saksama, bijaksana danbermuafakat untuk mewujudkan negeri yang aman dan sejahtera.

3.Baginda dianggap lambang perpaduan, sultan dianggap suci dan kudus. Sultan jugadianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu titah sultan tidak boleh disanggah. Inibermakna segala urusan pemerintahan raja adalah perintah Allah.

4.Kedudukan sultan yang suci diperkukuhkan melalui konsep daulat iaitu mempunyaikebolehan istimewa, adil, bekuasa dan berwibawa. Daulat adalah batas pemisah antarasultan dengan rakyat. Rakyat yang enggan mengakui kedaulatan sultan dianggap menderhakadan akan ditimpa tulah atau kecelakaan.

5.Konsep daulat akan mengukuhkan dan meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Konsepdaulat diperkukuhkan dengan penggunaan bahasa dalam, warna kuning dan putih. Payungkuning untuk anak raja, payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran seperti cop mohor, nobat,pedang dan keris kerajaan dan sebagainya.

6.Perpaduan dan keharmonian rakyat amat diutamakan kerana kewibawaan seseorang sultanbergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya.

7.Baginda menjadi ketua angkatan tentera. Jika berlaku peperangan sultan akan mengetuaiangkatan tentera mempertahankan negara.

8.Sultan mempunyai kuasa untuk melaksanakan sistem kerah iaitu rakyat diwajibkanmelaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan/raja tanpa upah dalam tempoh tertentu.Pembesar dengan perintah sultan / raja boleh mengerahkan rakyat membuat kerja membinaistana, menjadi tentera, membina jambatan dan sebagainya.

9.Sultan/raja mempunyai kuasa memungut cukai ke atas kawasan yang ditadbir bagindadan mengutip cukai dari kawasan pedalaman. Contoh Sultan Abd Samad menerima cukai hasilbijih dari Kelang daripada Raja Mahadi.

C. Kesimpulan.(2m)Campur tangan British telah menjejaskan sistem, peranan dan tanggungjawab sultan/raja.Walau bagaimanapun kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam PerlembagaanPersekutuan Tanah Melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-Raja, yang tujuannya untukmenasihati Pesuruhjaya Tinggi, perkenan raja-raja diperlukan dalam perkara sepertiperhubungan, migrasi, perlantikan pegawai kanan kerajaan dan sebagainya.

2 Jelaskan perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkanoleh masyarakat Melayu pada abad ke-19

A. Pengenalan (3M)

Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Sumatera. Adat ini diamalkan di Negeri Sembilan,Naning dan kawasan sempadan Melaka.Adat ini dibawa oleh Datuk perpatih Nan Sebatang.Adat ini merupakan yang tidak bertulis dan pepatah yang diwariskan secara lisan.Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeriMelayu

Page 5: Rashman sejarah 2 selangor

5[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Adat Temenggung diperkenalkan oleh datuk Ketemenggungan diamalkan di semua negerikecuali Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih. AdatTemenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhabShafie.

Terdapat beberpa perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung dari segi sifatnya,perkahwinan, pentadbiran, perundangan dan pembahagian harta.

ISI-ISI (20M)

(a) Jurai Keturunan

Mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau matrilinealDalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat• kaum wanita mempunyai hak dan keutamaan dalam mewarisi harta• nisab keturunan juga dikira melalui suku ibu• anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku

Manakala,dalam Adat Temenggung, dalam keluarga kaum lelaki mempunyai kedudukan danlebih diutamakan atau bersifat patrilineal• anak lelaki mempunyai hak dalam mewarisi harta• susur keturunan diperkira dari sebelah lelaki• Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga

(b) Perkahwinan

Dalam Adat Perpatih mengamalkan perkahwinan eksogami iaitu dari suku berbeza.perkahwinan melibatkan berlainan suku dan tidak mengalakkan perkahwinan antara sesamasuku kerana suku yang sama adalah dianggap bersaudara kalau berkahwin dengan suku yangsama dianggap telah melanggar adat dan akan dibuang daerah.Suami dikenali sebagai orang Semenda iaitu bertanggungjawab menyediakan kediaman untukisteri dan anak-anaknya, tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri

Manakala dalam Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asal tiadamempunyai talian persaudaraan• sekiranya bercerai dengan talak tiga boleh kembali rujuk setelah isterinya diceraikan oleh

suami barunya• dilarang berkahwin dengan perbezaan agama

(c) Pentadbiran

Adat Perpatih bersifat demokrasi• kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak, Perut/masyarakat ramai• pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat• masyarakat akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan

Undang memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar

Page 6: Rashman sejarah 2 selangor

6[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Manakala,dalam Adat Temenggung pula pentadbiran diberikan keistimewaan• pentadbiran diketuai oleh Raja atau Sultan dan dibantu oleh pembesar dengan jawatan

tertentu dan pembesar di peringkat wilayah• sultan melantik pembesar• ketua peringkat paling bawah ialah Ketua Kampung• sultan berperanan sebagai lambang pepaduan antara rakyat dan ketua negara• anak lelaki sultan merupakan pewaris takhta• sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta• jika kedua-dua di atas tiada, maka Bendanara akan menjadi sultan• keputusan pentadbiran dilakukan secara mesyuarat antara sultan dengan pembesar

(d) Perundangan

Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat menyedarkan manusia. bertimbangrasa dan berunsur pemulihan• kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi• ganti rugi mengikut tahap seperti seseorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayamatau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barangnya, dan pembunuhakan menanggung kehidupan keluarga mangsa• Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh• Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain

Manakala,dalam Adat Temenggung undang-undang jenayahnya lebih tegas untuk memberipengajaran.• hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh• raja akan menjatuhkan hukuman dan boleh memberi pengampunan

(e) Semangat Kesukuan

Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan adalah melalui suku• setiap ahli keluarga berasaskan kepada sukuAdat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih

(f) Pembahagian harta

Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga• harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya tanpa persetujuan ahlikeuargamanakala,dalam Adat Temenggung harta milik individu• pindah milik harta dan penjualan ditentukan pemilik harta berkenaan

Kesimpulan (2M)

Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya. Walau bagaimanapun,kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud yang sama untuk melindungi anggotamasyarakat, hidup dengan mematuhi kepada peraturan berdisiplin. menghormati sesamamanusia, mematuhi adat istiadatKedua-dua adat berubah selepas kedatangan British pada 1874.

Page 7: Rashman sejarah 2 selangor

7[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu padawaktu dahulu (sekitar ahad 17M) dan masih berlangsung hingga hari ini khususnya di NegeriSembilan dan Naning di Melaka.

3 Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah diTanah Melayu sehingga awal abad ke-20.

A. Pengenalan (3m)Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan yang menggalakkan diTanah Melayu. Penanaman kopi dan tebu yang berharga tinggi pada ketika itu lebihmenguntungkan. Mulai 1839 permintaan terhadap getah telah meningkat berikutan penciptaantayar motokar oleh Goodyear. Penanaman getah juga bertambah akibat daripada kemerosotanharga kopi dunia. Terdapat beberapa faktor yang mendorong peladang-peladang menanamgetah secara besar-besaran di Tanah Melayu.

B. ISI Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah (20m)

1. Sumbangan H.N.RidleyPerlantikan H.N.Ridley sebagai Pengarah Botonical Garden di Singapura pada tahun 1888

melahirkan era baru bagi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliaumerupakan orang yang bertanggungjawab dalam perkembangan penanaman getah di TanahMelayu.

H.N.Ridley telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan getah kepada penduduktempatan dengan memberi biji-biji benih getah. Beliau juga memujuk peladang-peladang kopidan tebu supaya menanam getah. Tindakan Ridley berjaya memujuk seorang Cina bernamaTan Choy Yan menanam 16 hektar getah pada tahun 1896. adik-beradik Kinderley jugadipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5 ekar getah di Kajang.

Pada tahun 1897 Ridley berjaya memperkenalkan satu cara penorehan saintifik iaitu sistem‘tulang ikan herring atau ibedem’. Cara ini dapat mengeluarkan susu getah yang banyak danberterusan tanpa merosakkan pokok getah. Ridley juga memperkenalkan satu cara yangselamat untuk mengangkut anak benih getah iaitu dengan membungkusnya dalam arang batuyang lembab. Cara pengangkutan ini membolehkan anak benih getah dihantar ke kawasanyang lebih jauh. Ia dapat membantu pembukaan ladang-ladang getah yang baru.

2. Dasar KerajaanPada tahun 1897, cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen dikenakan ke atas tanah

yang berukuran seekar untuk 10 tahun pertama ditanam dengan getah. Selepas 10 tahun ,cukai cukai ini dinaikkan menjadi 50 sen seekar. Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getahbagi 15 tahun yang pertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%. Sesiapa yangmembuka tanah untuk penanaman getah akan diberikan hak milik yang kekal. Akibatnya ramaipelabur melibatkan diri dalam kegiatan penanaman getah di Tanah Melayu.

Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah membaiki sistem perhubungan iaitujalan raya dan landasan keretapi untuk menghubungkan kawasan ladang dengan bandar danpelabuhan. Pada tahun 1899 kerajaan telah menguntukkan wang berjumlah RM4000 bagimenjalankan eksperimen-eksperimen getah dan lain-lain tanaman.

3. Kemerosotan harga kopiKemerosotan harga kopi turut membantu memperkembangkan perusahaan getah di Tanah

Melayu. Di antara tahun 1896-1900 harga kopi di pasaran telah mengalami kemerosotan.Kejatuhan harga kopi adalah disebabkan penawaran kopi adalah lebih daripada permintaan di

Page 8: Rashman sejarah 2 selangor

8[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

pasaran dunia, kopi di Tanah Melayu menghadapi persaingan hebat daripada kopi Brazil.Pokok kopi juga diserang oleh penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk.

4. Tambahan permintaan getah dunia akibat perkembangan perusahaan yangmenggunakan getah.

Perkembangan perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-20mengakibatkan penggunaan getah dunia meningkat. Penciptaan tayar angin oleh J.B.Dunloppada tahun 1888 dan perkembangan perusahaan motokar membantu menaikkan permintaangetah. Pada masa yang sama harga getah turut melambung tinggi. Malahan penggunaanterhadap getah juga meningkat akibat perkembangan dalam industri kasut, pakaian, perubatan,perabot, tayar dan peralatan elektrik.

5. Bekalan buruh yang murah untuk bekerja di estet-estet.Orang India selatan yang berhijrah secara beramai-ramai ke Sem.Tanah Melayu telah

membekalkan tenaga buruh yang murah bagi perusahaan getah. Malahan, buruh-buruh Indiaadalah yang mudah dikawal dan rajin bekerja. Kewujudan mereka telah membolehkanpembukaan banyak estet getah yang besar oleh orang Eropah.

6. Pelaburan Orang Eropah dan penyelidikan saintifik membolehkan pengeluaran getahsecara besar-besaran

Syarikat Eropah seperti Harrisons and Crosfield, Guthries, Sime Darby dan lain-lain telahmelabur secara besar-besaran dalam perusahaan getah. Dengan pengelibatan orang Eropahpenyelidikan getah telah bertambah. Pada tahun 1926, Institut Penyelidikan Getah telahditubuhkan oleh kerajaan bagi memajukan perusahaan getah. Penyelidikan telah dibuat untukmenaikkan mutu getah serta mencari kegunaan-kegunaannya yang baru.

Kesimpulan (2m)Walaupun berlaku zaman kemelesetan, perusahaan getah masih kekal sebagai

perusahaan terpenting di Tanah Melayu. Perusahaan getah semakin berkembang sehinggapada tahun 1914. semenanjung Tanah Melayu telah membekalkan lebih setengah daripadabekalan getah dunia.

4 Terangkan pendidikan kolonial di Tanah Melayu sehingga tahun 1941 danmengapakah ia gagal menyatukan masyarakat di Tanah Melayu.

A. Pengenalan (3M)

1 Amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaaan di Tanah Melayu semasa penjajahanBritish.2 Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkansistem plendidikan vernakular.3 Pendidikan vernacular bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibundamasing- masing sebagai bahasa pengantar.4 Pendidikan vernacular gagal memupuk perpaduan kaum kerana mereka terpisah antara satusama lain.5 Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina,Tamil dan Inggeris.

B. ISI (20M)

Page 9: Rashman sejarah 2 selangor

9[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

1. Sistem pendidikan

I ) Pendidikan Vernakular Melayu

-Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dansekolah pondok.

-Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira.

-Lulusan sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru agama serta berkhidmat kepadamasyarakat.

-British mendirikan sekolah Melayu untuk memberi pendidikan sekular kepada anak petani dannelayan. Sekular bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan.

-Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira di samping ilmu geografi, senipertukangan dan perkebunan.

-Pendidikan vernakular Melayu rendah mutunya dengan tumpuan hanya kepada asas-asasseperti membaca, menulis dan memplelajari asas kira-kira.

-Antara tahun 1914-1940 tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu,sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktabperguruan sahaja.

-Unsur dualisme dalam pendidikan vernakular Melayu iaitu untuk menjadikan anak-anak petanidan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

ii) Pendidikan Vernakular Inggeris

- Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu. Diusahakan olehmubaligh Kristian dan badan-badan awam.

- Tujuan sekolah Inggeris – supaya penduduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walaubagaimanapun Inggeris memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah yang mahir berbahasaInggeris.

- Sek Inggeris dibahagikan kepada sek perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yg lebih tinggimengajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian.

- Sek Inggeris yg pertama didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Institution.

- Mata pelajaran seperti nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi

- Sejarah diajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sek perempuan Inggeris menekankankelas jahitan, memasak dan muzik.

Page 10: Rashman sejarah 2 selangor

10[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

- Sukatan pelajaran di sek Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah diEngland. Murid dari sek Inggeris belajar sejarah dan geografi British serta kesusasteraanInggeris yg tidak berkaitan orang Asia.

iii) Pendidikan Vernakular Cina

- kerajaan British tidak memberi bantuan kepada sekolah Cina dan membiarkan tanpa sebarangkawalan dan sekatan

- menggunakan pelbagai longhat seperti Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka

- buku-buku teks dibawa dari Shanghai, guru-guru dari Negara China dan tidak berorientasikanTanah Melayu kerana dilatih dalam suasana negara China

- sukatan pelajaran berteraskan Negara China. Sekolah Cina mengajar nilai dan norma negaraserta taat setia kepada Negara China

iv) Pendidikan Vernakular Tamil

- Sekolah Tamil ditubuhkan sekitar tahun 1875 dan lambat berkembang- bilangan murid di sekolah Tamil amat rendah kerana sekolah Tamil yang serba kekurangandaripada segi infrastruktur, buku teks dan guru.

- sikap masyrakat India yang memandang rendah terhadap pendidikan

- sikap kerajaan British yang tidak mempedulikan langsung sekolah-sekolah Tamil- menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dan terdapat juga yang menjadikanbahasa Telegu, Punjabi, Hindi dan Malayalam sebagai bahasa pengantar

2. Faktor kegagalan membentuk masyarakat bersatu padu

- Kerajaan British tidak berminat dan mengambil berat soal perpaduan dalam masyarakatdi Tanah Melayu. British menggunakan dasar laissez-faire sebagai dasar pendidikannyauntuk mengukuh dan menguatkan kedudukan mereka

- Sistem pendidikan vernakular menyekat pergaulan anak-anak daripada pelbagai bangsakerana mereka belajar di sekolah-sekolah yang berasingan- Sukatan pelajaran / kurikulum dari negara asal menyebabkan murid-murid lebih memahamisejarah, pemimpin dan perjuangan rakyat Negara asal mereka sahaja- Guru dari negara asal, yang menggunakan bahasa pengantar bahasa ibunda masing-masing- Sekolah Melayu terdapat di kampung-kampung, sekolah Cina dan Inggeris di bandar dansekolah Tamil di ladang. Ini menyukarkan kanak-kanak contohnya Melayu untuk memasukisekolah Inggeris yang terletak jauh daripada tempat tinggal mereka.- Keempat-empat bangsa mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berbezaAmalan yang berlainan menjarakkan perhubungan antara kaum dan menganggap amalan danbudaya sendiri adalah yang terbaik.

- Lahir prasangka buruk terhadap amalan kaum lain. Sekolah yang didirikan British untukorang Melayu kurang mendapat sokongan walaupun percuma disebabkan syakwasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing, tiadapengajaran Al-Quran, tenaga anak-anak Melayu diperlukan di sawah dan di rumah,

- lokasi sekolah yang agak jauh dari rumah dan tentangan golongan konservatif.

Page 11: Rashman sejarah 2 selangor

11[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

- Amal dasar ‘pecah dan perintah’ –tempat tinggal dan pekerjaan yang berbeza mengikutkaum. Orang Melayu kekal dengan aktiviti pertanian di kampung, orang Cina menjadipelombong dan peniaga di bandar dan orang India bekerja sebagai buruh di ladanggetah dan dasar ini memecah belahkan masyrakat TM.

- Penduduk tempatan dan kaum mendatang diletakkan mengikut fungsi ekonomi merekamasing-masing dan menyebabkan wujud jurang perbezaan pendapatan dan ini menyebabkantimbul hubungan tidak baik antara kaum.

C. Kesimpulan ( 2 M)

Wujud perbezaan yang nyata di antara Sekolah Vernakular Melayu dan Sekolah VernakularInggeris di Tanah Melatu di antara tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua.

Keadaan ini wujud kerana Inggeris ingin merialisasikan dasar pecah dan perintahnya.

Tujuan utama British adalah untuk mengeksploitasi kekayaan semula jadi negara inimerupakan faktor utama kegagalan menyatupadukan penduduk Tanah Melayu di sampingmenjalankan dasar pecah dan perintah.

Menjelang tahun1950-an barulah ada usaha-usaha untuk menjadikan pendidikan sebagai alatmencapai perpaduan.

Perubahan sistem pendidikan vernakular kepada dasar Barnes dan dasar Razak yang cubamembentuk satu sistem yang boleh digunakan oleh semua bangsa daripada segi kurikulum,bahasa pengantar, dan guru.

5 Bincangkan kesan politik, ekonomi dan social akibat pendudukan Jepun di TanahMelayu.

PengenalanPendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941. Jepun

melaksanakan corak pemerintahan tentera. Dalam tempuh tersebut mereka menjalankan corakpemerintahan yang keras dan zalim. Dasar dan kesan pendudukan Jepun boleh dilihat darisudut politik,sosial dan ekonomi.

Isi-isi Penting

B. Kesan-Kesan Pendudukan Jepun (20m)

Kesan PolitikPendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu. KemenanganJepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di mata orang Melayu.Orang Melayu mendapat pengalaman mentadbir, ini memberi peluang kepada orang melayuuntuk menjalankan urusan pentadbirannya yang sebelum ini tidak pernah diperolehi.Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedran politik orang melayu, Jepun telahmembenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Melayu menubuhkan parti-partipolitik orang Melayu. Contohnya Kesatuan Melayu Muda(KMM), Pembela Tanah Air(PETA) danKesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Antara pemimpin politik Melayu sepertiIbrahim haji Yaakob, Ahmad Boestamam dan lain-lain.Di kalangan orang Cina pula ramai mereka yang menyertai gerakan menentang Jepun.

Page 12: Rashman sejarah 2 selangor

12[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Sentimen kecinaan semakin bertambah disebabkan kesengsaraan dan kesulitan hidup semasapendudukan Jepun.MPAJA ditubuhkan untuk merancang sabotaj terhadap tentera Jepun. MAPAJA dinaungi olehPKM yang menjadi parti politik yang berjuang untuk kepentingan orang Cina.PKM menggerakkan sentimen anti-Jepun untuk mendapatkan sokongan orang Cina menentangJepun.Dasar diskriminasi antara kaum oleh Jepun telah menimbulkan sentimen perkauman antaraorang Cina dan orang Melayu.Selain itu, pendudukan Jepun telah menyebabkan sentimen keindiaan orang India di TanahMelayu bertambah kukuh.Jepun telah memperalatkan orang India dengan mengalihkan perasaan nasionalisme ke atasnegara India.Orang India turut terpengaruh dengan propaganda Jepun menyebabkan mereka lebihmenumpukan perjuangan mereka untuk membebaskan India daripada penjajahan British.Jepun telah menubuhkan India National Armya(INA) untuk membebaskan India daripadapenjajahan British.Jepun turut menyokong penubuhan kerajaan dalam buangan Azad Hind di Singapura denganslogan “Challo Delhi” atau “ Mara ke Delhi”. Slogan ini telah menaikkan semangat nasionalismeorang India terhadap negara asal mereka.

Kesan EkonomiPenduduk ramai yang menderita kerana bekalan makanan tidak mencukupi manakal hargamakanan dan keprluan harian melambung tinggi.Pemerintah Jepun mencetak duit pisang dengan banyak untuk mengatasi masalah kekuranganwang, ini menyebabkan maslah inflasi.Masalah ekonomi turut terjejas disebabkan dasar ‘Bumi Hangus” yang dijalankan oleh Inggerissemasa pengunduran mereka dari Tanah melayu semasa kedatangan Jepun. Dasar ini telahmenyebabkan perusahaan bijih timah dan ladang getah terjejasEkonomi Tanah melayu merosot dengan teruknya semasa pemerintahan Jepun, contohnyapada tahun 1941 sebanyak 79000 tan bijih timah dihasilkan tetapi pada tahun 1945 sebanyak3000 tan sahaja.

Kesan SosialPenduduk tempatan sangat menderita dan hidup dalam ketakutan.Perasaan curiga dan tidak mempercayai antara satu sama lain merebak dengan meluas.Taraf kesihatan merosot. Contohnya penyakit beri-beri dan malarisa merebak dengan meluas.Jumlah kematian meningkat sebab kekurangan zat.Keadaan bertambah buruk apabila tentera Jepun merampas bekalan makanan dan ubat untukkegunaan mereka sendiri.Akibat keganasan kempetei, ramai penduduk terutama orang Cina lari ke dalam hutan.

Kesimpulan (2m)Pada keseluruhannya dasar-dasar Jepun di Tanah Melayu yang meliputi sosial, ekonomi danpolitik selama lebih kurang tiga tahun setengah telah memberi kesan yang mendalam kepadarakyat di Tanah Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Kesan-kesan tersebut samadadari sudut kesan positif dan negatif seperti yang telah dibincangkan.

***Bincangkan dasar pendudukan Jepun, jika soalan bertanya tentang dasar pendudukanJepun.A. Dasar-dasar pendudukan Jepun. (8m)

Page 13: Rashman sejarah 2 selangor

13[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Dasar PolitikPentadbiraan dibahagi kepada dua bahagian iaitu pentadbiran Neger-negeri Selat dijalankanoleh Gabenor. Singapura dijadikan pusat pentadbiran.Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan Malai Baru. TM dibahagian kepadalapan wilayah yang ditadbir oleh Gabenor.Pada Ogos 1943, Jepun menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepadaThailand. Tujuannya untuk membalas jasa Thailand kerana memberi laluan untuk menyerangTanah Melayu.Pemerintahan Jepun mementingkan soal keselamatan. Oleh itu mereka menubuhkan tigapasukan perisik tentera, Di antara namanya Kempetai, Tekikan dan Toko.Pasukan perisikan ini sangat kejam dengan membunuh sesiapa yang disyaki anti Jepun.Menjalankan propaganda dan sabotaj.

Dasar SosialDasar sosial berbeza-beza berdasarkan kepentingan kaum kepada Jepun.Orang Melayu diperakui oleh pemerintah Jepun sebagai masyaraakat bumiputera dan berhakke atas TM. Diberikan keistimewaan bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.Jepun mengamalkan dasar pro Melayu teutamanya golongan elit dan pembesar-pembesarMelayu. Ramai orang Melayu dilantik menjadi kakitangan kerajaan seperti Pegawai Daerah,polis dan tentera. Raja Melayu diiktiraf sebaagai Ketua Agama Islam dan elaun diberikan sertadibenarkan menyimpan harta.Orang Cina diberikan layanan buruk. Pemerintah Jepun mengamalkan diskriminasi terhadapmereka. Permusuhan orang Cina dan Jepun telah mula wujud sejak Perang China-Jepun 1937.Jepun telah membunih ramai orang Cina. Bagi mengelakkan kekejaman Jepun, ramai orangCina lari ke kawasan pinggir hutan dan menyertai gerakan anti-Jepun melalui MPAJA dan PKMbagi menentang Jepun. Pada tahun 1944, Jepun telah mengubah dasarnya terhadap orangCina. Jepun telah bertolak ansur kerana terpaksa bergantung kepada orang Cina daalambidang ekonomi.Orang India mendapat layanan yang baik semasa pendudukan Jepun. Namun tidak terlepasdaripada kesengsaraan hidup akibat kekejaman tentera Jepun seperti dipaksa bekerja dalampembinaan landasan keretapi maut. Layanan yang baik terhadap kaum India kerana Jepunmemerlukan sokongan orang India untuk menghalau British dari India.

Dasar EkonomiJepun mengamalkan sistem ekonomi bersifat berdikari dan dasar tutup pintu. Ini kerana tidakmahu bergantung kepada pasaran luar negara.Jepun menggalakan penubuhan industri ringannbagi menghasilkan barang keperluan dalamnegara seperti minyak, sabun dan tali.Ekonomi Tanah Melayu merosot kerana tanpa perdagangan eksport.Jepun menggalakkan kepada bidang pertanian untuk mengatasi masalah kekuranganmakanan. Contohnya Rancangan Tiga Tahun Sara Diri untuk tingkatkan pengeluaran padi.Rakyat disuruh menananm tanaman tambahan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.Pada tahun 1943, Tanah Rizab Melayu dibuka kepada bukan Melayu untuk dijadikan kawasanpertanian.Dasar ekonomi Jepun menyebabkan ekonomi Tanah melayu merosot dengan teruk. Timbulbanyak masalah seperti kebuluran,pengangguran dan masalah sosial.

Dasar NiponisasiDasar ini memaksa penduduk menerima dan menamalkan nilai-nilai bahasa dan kebudayaanJepun.

Page 14: Rashman sejarah 2 selangor

14[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Proses niponisasi seperti bahasa jepun diajar di sekolah-sekolah. Sekolah Cina dan sekolahInggeris ditutup, cuti umum sempena menyambut hari jadi Maharaja.Jepun mengadakan kempen untuk menghapuskan pengaruh Barat khususnya Inggeris danAmerika. Contohnya mengharamkan tayangan filem Barat.

6 Bincangkan system pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963.

A. PENGENALAN (3m)1 Selepas pembubaran Malayan Union, pemerintahan Malaysia diganti dengan PersekutuanTanah Melayu 1948. Perlembagaan PTM menjadi teras sistem demokrasi berparlimen diMalaysia selepas mencapai kemerdekaan.2 Pentadbiran Malaysia terdiri dari tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif danBadan Kehakiman.3 Ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong yang menjadi simbolkeutuhan dan perpaduan rakyat. Setiap badan dipegang oleh pihak berasingan untukmengelakkan pembolotan kuasa.

B. ISI – ISI PENTING (20m)

1. BADAN PERUNDANGANPeringkat pusat/PersekutuanSistem kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan yang banyak persamaan denganperlembagaan Britain dan India. Mengikut perlembagaan Malaysia ketua negara ialah DYMMPaduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Baginda ialah seorang raja berperlembagaan.

Dalam menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan Yang Dipertuan Agungbertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Mengikut undang-undang Parlimen Malaysia terdiri daripada Yang Dipertuan Agung, DewanNegara ( wakil dari perkhidmatan awam ) dan Dewan Rakyat ( wakil yang dipilih ).

Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli DewanRakyat.

YANG DIPERTUAN AGONGSatu perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada dalam mana-mana negara lain ialah YangDipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan 9 orang Sultan Melayu.

Sebagai ketua negara, baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahn laindalam Wilayah Persekutuan Kula Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalamMahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Baginda juga memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan kaum bumiputera di Sabahdan Sarawak.

Baginda juga Boleh mengisyhtiharkan undang-undang tentera atau darurat.

Dewan negara.Adalah majlis tertinggi Parlimen. Tugas utama ialah membahaskan rang undang-undang yangdikemukakan oleh Dewan Rakyat.

Page 15: Rashman sejarah 2 selangor

15[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli dipilih dan dilantik. 26 orang ahli dipilih oleh DewanUndngan Negeri dan 43 orang ahli yang dilantik oleh YPA.

Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan tertakluk samaada dia akan dilantik dan dipilih semula.

Dewan rakyat.Dewan Rakyat terdiri daripada 192 orang wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.

Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang.

BADAN EKSEKUTIF

Pentadbiran kerajaan pusatBadan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mengikutperlembagaan dan undang-undang yang ada.

Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan.

Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuaioleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri bertanggungjawab memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran denganlicin dan teratur.

Jemaah Menteri diketuai oleh PM dengan dibantu oleh TPM dan menteri-menteri lain sebagaiahli.Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan beberapa buah kementerian,jabatan dan badan berkanun diwujudkan.

Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai Kementeriandan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.

Pentadbiran kerajaan negeri.

Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Sulatn/Raja atau Yang Dipertuan Besar atauYang Dipertua Negeri

Kuasa tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan ( EXCO )

Badan ini diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Sultan/Raja/YDPBesar atau YDP Negeri.

Majlis ini bersama-sama bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dipanggil MajlisTertinggi manakala Di Sabah di panggil Jemaah Negeri.

Page 16: Rashman sejarah 2 selangor

16[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Menteri Besar/Ketua Menteri dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri bertindak sebagai pembuatdasar pentadbiran kerajaan negeri dan tertakluk kepada senarai negeri dan senarai bersamayang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Pentadbiran meliputi tanggungjawab hal ehwal tanah dan galian, air, agama dan pertanian.

Di peringkat daerah, pentadbiran diketuai oleh pegawai daerah.

Pentadbiran kerajaan tempatan.Kerajaan Tempatan terdiri daripada Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Majlis Perbandaran diketuai oleh seorang YDP dan ditadbir oleh sebuah majlis yang dilantikoleh Kerajaan Negeri.

Fungsi utama kerajaan tempatan ialah memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-ekonomi.

Di Sabah pentdbirannya dibahagikan kepada daerah dan kampung. Setiap daerah ditadbir olehPegawai daerah yang dibantu oleh Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.

Di Sarawak pentadbirannya dibahagikan kepada bahagian, daerah, daerah kecil dan kampung.Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibantu oleh Temenggung. Di daerahditadbir oleh Pegawai Residen dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Tadbir Sarawak. Manakalakampung ditadbir oleh Penghulu.

3. BADAN KEHAKIMANBertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman yang dilaksanakan oleh pihakmahkamah.Kuasa kehakiman terletak pada dua mahkamah tinggi (Tanah Melayu dan Borneo) danbeberapa Mahkamah Rendah.Mahkamah mempunyai bidang kuasa besar dalam bidang Perundangan dan Eksekutif iaitu:

A. Kuasa mentaksir perlembagaan dan undang-undang.

B. Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang

C. Kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan dan negeri tidak sah danbatal.

Mengikut perlembagaan persekutuan , badan kehakiman sebagai sebuah badan yang bebasbagi membolehkan mahkamah menjalankan tugas dengan adil dan saksama.

KESIMPULAN (2m)-Sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963 telah distruktur dengan jelas diperingkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri termasuk Sabah dan Sarawak.-Dengan ini pentadbiran Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dapat berjalan sistematik danlancar. Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi sehingga hari ini.

Page 17: Rashman sejarah 2 selangor

17[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

BAHAGIAN B

7 Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan Myanmar sebelumkedatangan Barat.

A. Pengenalan(3m)

Adat mempunyai petalian rapat dengan masyarakat dan membentuk satu sistem nilai yangmewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat. Sebelumkedatangan barat, di Myanmar dan Thailand telah mempunyai sistem adat yang tersusun danteratur yang diamalkan secara turun-temurun.

Isi

Myanmar(10m)

Adat Tanah

Tanah milik keluarga, masyarakat dan raja dan bukan milik perseorangan. Golongan yangmempunyai tanah kedudukannnya terjamin daripada disingkirkan oleh masyarkat. Seorangpemiutang boleh menjualkan diri dan keluarganya tetapi tidak boleh menual tanah mereka

Adat mengadap RajaPihak istana menetapkan adat mengadap raja perlu dipatuhi kepada golongan bangsawan,rakyat jelata dan perwakilan asing. Contohnya perwakilan asing perlu menunggu diperkarangan istana untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintugerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.

Adat menanggal kasutSetiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu menanggalkan kasut dan menundukkan kepalakerana istana dan persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawsan yangsuci. Larangan ini sebgai simbol penghormatan tertinggi rakyat kepada raja.

Thailand (10m)

Adat mengadap raja

Rakyat percaya unsur ketuhanan yang dimiliki pemerintah. Pemerintah disanjung, danmenganggap raja Thailand mempunyai kedudukan paling mulia dan dianggap suci. Rakyatdilarang menatap muka raja. Sesiapa yang menatap akan dijatuhi hukuman denganmembutakan matanya. Rakyat juga perlu menyembah raja secara bersujud. Contoh. Rama IIImengarahkan rakyatnya merangkak masuk dan meniarap ketika mengadap baginda. Adat initelah dihapuiskan oleh Raja Chulalongkorn pada tahun 1873.

Adat menjual isteri dan anakSeorang bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya, sebagai simbolkekayaan yang dimilikinya. Oleh itu isteri dan anak-anaknya boleh dijual untuk dijadikan hamba.

Pakaian Panong

Page 18: Rashman sejarah 2 selangor

18[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Pakaian beradat, pakaian Panong ialah sehelai kain yang dililit di bahagian bawah badan dandimasukkan di celah kaki seperti pakaian dhoti di India. pakaian ini dipakai oleh orang lelaki danperempuan Thai.

C.Kesimpulan (2m)

Adat dan hukum adat di Myanmar dan Thailand mempunyai peranan dan garis panduan yangharus diikuti oleh setiap anggota masyarakat. Adat di Myanmar dan Thailand tertumpu kepadagolongan pmerintah.

8. Bincangkan dasar tutup pintu negara China dan Jepun pada abad ke-19.

A. Pengenalan (3m)Negara-negara China dan Jepun mengamalkan dasar tutup pintu sehingga pertengahan abadke-19. Hal ini bermakna dasar tutup pintu bermaksud tiada ataupun hubungan terhad sahajadengan dunia luar. Kedua-dua negara tersebut mengamallkan dasar tutup pintu denganmenghalang kemasukan pedagang luar atas sebab-sebab tertentu.

B. Isi

China (10m)

-Pada abad ke-16, Negara China mengadakan hubungan yang terbatas dengan barat.Contohnya orang portugis dibenarkan masuk ke Macao dan Canton sahaja. Maharaja Chinamembenarkan mubaligh kristian menjalankan penyebaran agama kristian. Semasapemerintahan Maharaja Yung Cheng berlaku perselisihan dengan mubaligh kristian. Oleh itumubaligh tidak dibenarkan masuk ke China. China amalkan dasar tutup pintu pada zamanpemerintahan Manchu.

-China menganggap negara mereka sebagai “Middle Kingdom”, berdasarkan pandangan KungFu Tze China sebagai pusat peradaban dunia, manakala negara luar tidak mempunyaiperadaban. China menganggap maharaja China sebagai anak syurga dan pemerintahuniversal. Oleh itu China enggan menjalankan hubungan diplomatik atas dasar persamaan tarafdengan dunia luar. Semua utusan Barat sebagai pembawa ufti dan harus sujud di hadapanmaharaja mereka.

-China sebagai negara pertanian dan bersikap anti-perdagangan. Oleh itu China tidakmemerlukan barangan luar kerana sumber mereka mencukupi. Walau bagaimana pun, Chinamembuka pelabuhan Canton kepada pedagang asing. Perdagangan di Canton dijalankandengan pelbagai sekatan, contohnya urusan perdagangan mesti melalui Cohong, keluarga tidakdibenarkan dibawa ke Canton.

-Perdagangan bersifat monopoli namun Barat memerlukan barangan China sepertimutiara,sutera,tembikar dan teh yang dianggap bernilai tinggi di Barat .Menganggap orang Barat barbarian atau tidak bertamadun berbanding China yg bertamaduntinggi.

-Konsep persamaan taraf dalam hubungan perdagangan dan diplomatik dianggap menjatuhkanimej negara China. Perdagangan adalah pekerjaan yang hina.M/raja China Chien Lung mengenakan lapan peraturan perdagangan:

Page 19: Rashman sejarah 2 selangor

19[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

· pedagang Barat dibenarkan berdagang di Canton sahaja· berdagang melalui Cohong· Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan cukai dan mengurus

pengedaran barang.· saudagar Barat dikehendaki pulang ke Macao selepas musim perniagaan· dilarang mengahwini wanita tempatan· tidak dibenarkan membawa isteri dan senjata api ke China· tidak dibenarkan belajar bahasa cina· tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas, dibenarkan melawat Flower

Garden sahaja. Hal ini menyukarkan pedagang Barat.

Jepun(10m)-Dasar isolasi di Jepun tidak bersifat mutlak dan masih menerima kedatangan kuasa luar dalamkeadaan terkawal.-Dasar tutup pintu diumumkan oleh maharaja pada tahun 1633,1635 dan 1639 dandiamalkan kerana :*mempunyai sumber pertanian yang mencukupi*bimbang dengan penyebaran kristian dan tidak mahu digunakan untuk menjatuhkan kerajaan*orang asing sering menimbulkan masalah dan huru hara yang mengancam keamanan*curiga terhadap kejujuran Barat dan takut mereka mengambil kesempatanbangsa Portugis,Sepanyol, British dan Belanda ada di pelabuhan-pelabuhan JepunKebencian semakin menebal dengan berita tentang penjajahan orang Eropah

-Kegiatan mubaligh kristian di Jepun telah merungsingkan pemerintah, masyarakat kristiansemakin bertambah di Jepun. Golongan ini telah mengasingkan diri daripada kawalan kerajaanpusat, ini menyebabkan pemerintah Jepun murka apabila masyarakat kristian memutuskanhubungan dengan masyarakat Jepun bukan kristian. Jepun bimbang dengan tindak tandukkerana mencemar kebudayaan Jepun.-Tahun 1638, Shogun Tokugawa mengamalkan dasar yang lebih keras lagi ke atas orangkristian. Contohnya rakyat Jepun dilarang menjalinkan hubungan dengan dunia luar terutamakuasa-kuasa barat. Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang di Jepun.Shogun Tokugawa yang mengambil alih kuasa dari maharaja Jepun bimbang atas sebarangkesan politik yang tidak diingini. Dasar tutup pintu diperkenalkan untuk mengukuhkankedudukannya supaya dapat menangani sebarang anasir yang tidak puashati di Jepun khasnyaDaimyo Tozama. Shogun bimbang Daimyo Tozama akan meminta bantuan senjata dan askardari luar.-Seperti China, Negara Jepun sebuah Negara pertanian tidak memerlukan bekalan barangandari barat. Perdagangan tidak diperlukan kerana Jepun amalkan ekonomi sara diri.

Kesimpulan (2m)Pemerintah di China dan Jepun mengamalkan dasar tutup pintu kerana mereka dapatmemenuhi keperluan Negara. Ketiga-tiga buah Negara merasa bimbang akan campur tanganBarat dalam politik tempatan yang akan menjejaskan kedaulatan mereka. Mereka juga bimbangagama dan budaya akan terhakis. China dibuka secara paksa setelah tewas dalam PerangCandu I dan terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking 1842 dengan British manakalaJepun pula dibuka secara rundingan melalui Perjanjian Kanagawa 1854 dengan AmerikaSyarikat.

Page 20: Rashman sejarah 2 selangor

20[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

9. Huraikan implikasi Perjanjian Bowring 1855 di Thailand dan Perjanjian Kanagawa1854 di Jepun.

A. Pengenalan (3 m)

-Perjanjian Bowring 1855 ditandatangani oleh raja Mongkut dengan British bertujuan untukmengekalkan kedaulatan Thailand.-Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika Syarikat.-perjanjian ini sebagai titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat.-Kedua –dua perjanjian ini memberikan implikasi yang besar terhadap Thailand dan Jepunterutama dalam soal pemerintahan dan politik

B. Isi-isi penting:

Implikasi Perjanjian Bowring (10 m)

i. Permulaan Dasar Buka PintuSelepas Perjanjian Bowring, Raja Mongkut telah menandatangani siri perjanjian- perjanjianperdagangan dengan kuasa Barat yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856),Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prusia (1862), Belgium, Norway, Itali danSweden (1868) dan diteruskan oleh anaknya Chulalongkorn misalnya dengan Jerman 1872.

ii. Hubungan Diplomatik yang erat-Siam menjalinkan hubungan diplomatik dengan British dan kuasa Barat yang lain atasdasar persamaan taraf.

-Selepas Perjanjian Bowring, Raja Mongkut telah menghantar utusan yang diketuai olehPhaya Suriwongse ke Britain.

- Ini mengeratkan lagi persahabatan Siam dengan Britain.

iii. Kemerdekaan Siam tetap terpelihara-Dasar buka pintu Siam, hubungan diplomatik yang erat dan keistimewaanyang sama dan adil kepada semua kuasa Barat yang ada di Siam telah menjamin kemerdekaanSiam.

iv. Pembukaan Siam kepada perdagangan antarabangsa- Perjanjian Bowring dan perjanjian dengan kuasa Barat yang lain mendedahkan Siam

kepada perdagangan antarabangsa.- Perdagangan antarabangsa sangat menguntungkan Siam sendiri di mana sistem

ekonomi sara diri digantikan dengan sistem ekonomi komersial.- Bilangan kapal dagang di Siam semakin meningkat- Pengeksportan beras, kayu jati dan gula Siam juga meningkat.

v. Britain muncul sebagai pelabur utama- Siam banyak menjalankan perdagangan dengan Britain sehingga Siam dikenali sebagai satelitekonomi Britain.-Pelabuhan British di Singapura dan Hong Kong sibuk menjalankan perdagangan dengan Siam.

vi. Penguasaan perdagangan orang Cina di Siam tamat- Perjanjian Bowring menamatkan penguasaan orang Cina terhadap perdagangan Siam.

vii. Perubahan dalam sistem kewangan Siam

Page 21: Rashman sejarah 2 selangor

21[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

- Berikutan dengan perdagangan antarabangsa, kerajaan Siam telah memperbaiki sistempercukaian dan sistem kewangannya.

Implikasi perjanjian kanagawa 1854 (10m)

- Kesan yang nyata akibat kedatangan Komodor Perry dan termeterainya Perjanjian Kanagawa,jepun menamatkan dasar isolasi yg telah diamalkan sejak turun-temurun, sebaliknya Jepunmemasuki dunia masyarakat antarabangsa.- Perjanjian Kanagawa menjadi asas kepada perjanjian-perjanjian antara Jepun dengan nagaraBarat yang lain. Okt 1854 Komodor Sir James Stirling wakil kerajaan British menandatanganiPerjanjian Nagasaki.- Februari 1855 Komodor Putyatin wakil kerajaan Rusia menandatangani Perjanjian Shimoda.Januari 1856 Belanda pula menandatangani perjanjian dengan Jepun di Nagasaki.Townsend Harris turut memainkan peranan penting telah membawa hubungan rapat antaraJepun dengan negara-negara Barat. Pada 29 Julai 1858 beliau berjaya menandatangaiperjanjian perdagangan.-Kejayaan beliau telah diikuti oleh negara-negara Barat yang lain. Belanda telahmenandatangani perjanjian yang sama pada 18 Ogos 1858, diikuti Rusia 19 Ogos, British 26Ogos, dan Perancis 7 Okt 1858.Pada tahun 1860 kerajaan Jepun menghantar perwakilannya yang pertama ke AmerikaSyarikat.-Implikasi lain yang timbul akibat kehadiran Amerika dan negara-negara Barat ialah kedudukanShogun Tokugawa mula tergugat. Tindakan Shogun Tokugawa menandatangani perjanjiandengan orang asing dianggap sebagai suatu pengkhianatan terhadap negara, inimenyebabkan timbulnya reaksi hebat menentang Shogun Tokugawa.-Suku kaum yang anti-Tokugawa seperti Choshu, Satsuma, Toza dan Hizen telahmenggunakan kesempatan ini untuk menjalankan kempen anti-Tokugawa. Tentangan-tentangan yang dihadapi oleh Shogun Tokugawa membawa kepada kejatuhanpemerintahannya pada tahun 1867.

C. Kesimpulan(2m)Perjanjian Bowring telah membawa Thailand kearah permodenan dan dapat mengekalkankedaulatan Thailand. Manakala perjanjian Kanagawa telah membawa era baru kepada Jepuniaitu membuka Jepun kepada dunia antarabangsa dalam hubungan diplomatik danperdagangan serta menjadi titik tolak kejatuhan kuasa Shogun Tokugawa.

10. Bincangkan bagaimana kedatangan penjajah Barat telah mengubah pentadbiranIndonesia dan Vietnam pada abad ke-19..

A. Pengenalan(3m)

Kemaraan pihak penjajah telah menyebabkan perubahan dari segi pentadbiran,undang-undang, ekonomi dan pendidikan di negara-negara yang dijajah di rantau Asia Tenggara, AsiaTimur dan Asia Selatan.

Penguasaan Indonesia oleh Belanda dan Vietnam oleh Perancis telah mengubah sistempentadbiran di kedua-dua negara tersebut dari pentadbiran bercorak tradisional kepadapentadbiran barat

B. ISI

Page 22: Rashman sejarah 2 selangor

22[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Indonesia (10m)

Penguasaan Belanda ke atas Pulau Jawa berlaku secara beransur-ansur-Pusat pentadbiran Belanda-BetawiKetua pentadbiran di Jawa ialah Gebenor Jeneral dan dibantu oleh empat orang Konsular,Sekretariat Jeneral di bawah ketua Setiausaha-Sebuah Majlis Negara ditubuhkan untuk menasihat dan menjadi badan perundangan kerajaanTerdapat 5 buah jabatan –Pejabat Dalam Negeri,Pendidikan agama dan Industri, Kerja RayaAwam, Kewangan dan Kehakiman-Pada masa itu pemerintah tempatan semakin tersepit dengan dengan perluasan kuasaBelanda-Kerajaan Mataram yang satu ketika merupakan sebuah kerajaan agung mula lemah-Sultantidak dapat mengawal perpecahan dalam kerajaan-Keadaan ini membantu Belanda menegakkan pentadbirannya di Pulau JawaGebenor Jeneral Belanda iaitu Marsekal Herman Willem Daendels cuba mengawal denganmemecat atau mengurangkan peranan institusi bupati atau ketua daerah di Jawa-Usaha Belanda mengawal dan mengurangkan kuasa pembesar tempatan merupakan faktorPerang Jawa(1825-30)-Selepas Perang Jawa, Belanda cuba berbaik-baik dengan pembesar tempatan tetapi kuasamereka tidak dikembalikan-Pada tahun 1874,sistem pentadbiran daerah disusun mengikut jabatanTerdapat dua orang Residen dilantik untuk mengawasi 4 orang raja Jawa dan ini menyebabkankuasa mereka berkurangan-Pembesar-pembesar lain juga telah kehilangan kuasa dan mereka tidak dibenarkan memilikitanah-Di pulau-pulau lain juga pemerintah tempatan telah kehilangan kuasa. Misalnya diPalembangan kesultanan berakhir apabila sultan-sultan dibuang negeri kerana menentangBelanda-Keadaan yang serupa juga berlaku di Jambi, Siak , Sambas,Banjarmasin, Bali dan MakasarWalau bagaimanapun Belanda mengambil usaha melatih penduduk peribumi melaluipenubuhan Volksraad. Seramai 15 orang daripada 39 orang di dewan ini merupakan pendudukperibumi

Vietnam (10)-Sebelum kemasukkan Perancis pernah berlaku perpecahan dalam dinasti raja Vietnam dalamtahun 1770-an apabila Dinasti Nguyen dijatuhkan oleh Pemberontakkan Tay-SonWalau bagaimanapun waris terakhir Dinasti Nguyen iaitu Nguyen Anh telah memulihkankeadaan.-Beliau seterusnya memakai gelaran Maharaj Gia Long(1802-20)Bentuk pentadbiran Vietnam mencontohi pemerintahan ChinaMaharaja dianggap pusat pemerintahan dan dibantu oleh Majlis’Grand Chacellor’ danpembesar tempatanMaharaja dianggap sebagai bapa dan ibu penduduk Vietnam dan dianggap mendapat mandatdari syurga-Di peringkat tempatan terdapat pegawai tempatan yang mentadbir, memrintah, menghakimidan mempertahankan wilayah tersebutHubungan buruk antara pemerintah Vietnam dengan Perancis menyebabkan Vietnam jatuh ketangan Perancis-Pihak Perancis tidak mendapat kerjasama daripada pegawai tempatan dan para sarjanaOleh itu bagi menjalankan pentadbirab dengan lancar, Perancis menggunakan tentera sebagaipegawai kerajaan

Page 23: Rashman sejarah 2 selangor

23[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

-Maharaja, golongan mandarin(pegawai kerajaan) dan personality berpengaruh menjadisebahagian daripada ahli pembantu dalam pentadbiran Perancis bagi mendapatkan sokonganmereka-Bagi melemahkan pentadbiran tradisional ini, Vietnam telah dipecahkan kepada 3 bahagianoleh perancis iaitu Tongking, Annam dan Cochin-China-Ketua Persekutuan ini ialah Gebenor JeneralSetiap wilayah dalam Persekutuan diketuai oleh GebenorDi Vietnam pentadbiran dikawal oleh GabenorSelain itu wujud Majlis Menteri yang diketuai oleh GabenorPentadbiran Perancis ini kekal sehingga tamat pemerintahan kolonial Perancis

Kesimpulan (2m)

Kedatangan Barat di Indonesia dan Vietnam telah mengurangkan kuasa pemerintah tempatandan telah mengubah corak pentadbiran tradisioanal kepada pentadbiran bercorak Barat.

11. Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telahmencetuskan revolusi pada awal abad ke-20.

A. Pengenalan (3m)

-Revolusi China meletus pada tahun 1911 telah mengakibatkan runtuhnya Dinasti Manchu yangmemerintah negara China sejak tahun 1644. Revolusi ini di pimpin oleh Dr. Sun Yat Sen.-Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi tersebut dipimpinoleh Pridi Panomyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik Raja.-Kedua-dua revolusi tersebut berpunca dari kelemahan institusi beraja yang semakin meruncingsedangkan rakyat yang dipimpin oleh golongan intelektual berkehendakan perubahan daridikuasai kuasa maharaja yang bersifat mutlak.

B. Isi (20M):

I. Revolusi China 1911 (10m)

i.Kelemahan institusi beraja-Pengaruh dan kuasa kerajaan Mancu mulai merosot pada pertengahan abad ke-19. KerajaanMancu tidak cekap dan rasuah serta gagal membaiki taraf hidup dan kebajikan rakyat China.-Populariti raja-raja China merosot apabila berlaku pencerobohan barat dan China kalah dalambeberapa siri peperangan yang dianggap bahawa raja telah kehilangan mandat tuhan.-Kerajaan Mancu juga tidak mempunyai pemimpin yang cekap dan bijaksana pada awal abadke-20.

ii.Masalah Cukai dan Rasuah-Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Hanya sebahagian kecilpungutan cukai di wilayah diserahkan kepada kerajaan pusat.Rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakankepada rakyat 5 kali ganda daripada yang ditetapkan.

iii.Kekalahan Tentera Manchu dalam peperangan dan pembayaran ganti rugi

Page 24: Rashman sejarah 2 selangor

24[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

-Tentera Manchu mengalami kekalahan di dalam Perang Candu 1 dan 2; Perancis pada tahun1884; Perang China-Jepun 1894-1895; dan Boxer 1900. Kekalahan-kekalahan ini memalukanChina.- Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugikan China.Ganti rugi peperangan menyebabkan China memikul beban hutang. China terpaksa membayar200 juta tael kepada Jepun selepas perang China-Jepun. Pemberontakan Boxer menyebabkanChina terpaksa membayar 450 juta tael kepada asing. Kekalahan dalam Perang Candu 1 pulaChina terpaksa membayar sebanyak 21 juta tael dan Perang Candu Kedua sebanyak 6 jutatael.

iv.Pertambahan Penduduk dan Kesengsaraan Rakyat China-Bilangan penduduk China bertambah dari 377 juta orang kepada 430 juta orang antara tahun1885-1911. Pertambahan penduduk tidak selari dengan pertambahan tanah pertanian.Akibatnya rakyat China bertambah miskin.-Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman menambahkan lagikesengsaraan rakyat China.-Kerajaan Manchu mengenakan cukai tinggi untuk membayar hutang luar negeri, ganti rugipeperangan, dan membiayai jalan kereta api. Tambahan pula pendapatan petani merosotakibat kemasukan barang-barang asing. Petani tidak mampu membayar cukai tinggi, merekaterpaksa menjual tanah kepada orang kaya.

v.Sentimen anti-Manchu-Sentimen anti- Manchu semakin menebal di kalangan orang Cina. Orang Manchu bukan orangCina asli tetapi mereka datang dari Manchuria dan menggulingkan Dinasti Ming pada tahun1644. Orang Cina tidak mahu tunduk kepada kerajaan Manchu. Cogan kata mereka “ HapuskanManchu, Kembalikan Dinasti Ming”.-Orang Manchu juga tidak memberi tempat kepada orang Cina di dalam pentadbiran. Merekacuriga dengan kesetiaan orang Cina. Jabatan kerajaan dimonopoli oleh orang Manchu.

vi. Kemunculan Golongan Intelektual- Pada pertengahan kedua abad ke 19, Kerajaan Mancu menghantar pelajar-pelajar ke luarnegeri. Mereka terpengaruh dengan idealogi-idealogi baru seperti demokrasi, sosialisme,liberalisme, kebebasan, dan hak-hak asasi manusia.-Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Jerman dan Itali, kejayaan Peter The Great serta

kejayaan Meiji telah menjadi ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi.-Dr. Sun Yet Sen memainkan peranan penting dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Manchu

dengan digantikan kerajaan Republik.- Dr. Sun dengan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah revolusi, iaitu nasionalisma, demokrasi,dan kebajikan sosial dapat mempengaruhi rakyat. Antara 1895-1911, Dr. Sun dan pengikut-pengikutnya melancarkan 10 pemberontakan. Walau bagaimanapun , pemberontakan itu gagaltetapi maruah kerajaan Manchu mulai merosot.-Kekacauan bermula apabila kerajaan Manchu cuba memiliknegarakan perkhidmatan keretapidan pinjaman dari kuasa asing. Landasan keretapi yang menghubungkan Canton-Hankow danHankow-Chengtu, memberi peluang kepada kuasa asing menguasai sistem pengangkutan dankedaulatan wilayah Negara China.

Revolusi Siam 1932 (10 m)

i.Kelemahan institusi beraja

Page 25: Rashman sejarah 2 selangor

25[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Zaman Vajiravudh-Sistem monarki di Siam mulai merosot semasa pemerintahan Raja Vajiravudh.Vajiravudh berusaha mengukuhkan lagi kuasa monarki mutlak. Kabinet menteri jarangbersidang-Ketidakcekapan pentadbiran dan korupsi berleluasa. Vajiravudh lebih berminat dalam bidangkesenian berbanding pentadbiran dan suka berfoya-foya-Beliau menjalankan dasar pilih kasih. Penubuhan pasukan Harimau Liar menambahkanperasaan tidak puas hati golongan tentera sehingga golongan tentera cuba menggulingkanVajiravudh pada tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal.

Zaman Prajadhipok-Kuasa monarki semakin merosot pada zaman Raja Prajadhipok.-Raja Prajadhipok memecat menteri-menteri dan pegawai kerajaan yang dilantik olehVajiravudh. Jawatan menteri telah diserah kepada putera-putera raja sehinga pegawai-pegawaiawam merasa tidak puas hati.-Raja Prajadhipok melaksanakan langkah-langkah yang tidak popular seperti memecat pegawaidan mengurangkan bayaran gaji serta memperkenalkan cukai baru. Golongan pegawai awamdan tentera tidak berpuas hati.-Krisis politik yang berlaku antara Menteri Peperangan (Putera Bavoradej) dengan MenteriPerdagangan ( Putera Purachatra) melemahkan lagi sistem monarki.

ii. Peranan golongan intelektual-perkembangan pendidikan barat sejak zaman Mongkut dan Chulalongkorn telah melahirkangolongan intelek berpendidikan barat di Siam-golongan berpendidikan barat terpengaruh dengan idea demokrasi barat, fahaman antimonarki dan sistem pemerintahan barat-golongan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Eropah khasnya di Perancis dan Germanmula mengkritik dan menganggap sistem monarki sebagai lapuk dan menghalang permodenanSiam. Golongan intelek terlibat memimpin revolusi bagi tujuan memodenkan negara Siam

iii.Kemelesetan ekonomi duniaEkonomi dunia mengalami kemerosotan pada tahun 1920 an dan 1930 an.Kemelesetan ekonomi memberi kasan besar terhadap ekonomi SiamSiam mengalami kekurangan belanjawan sehingga memaksa kerajaan menjalankan langkahberjimat cermat yang menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat khasnya pegawai awamdan golongan tentera.

C. Kesimpulan (2m)

-Ada benarnya kelemahan sistem beraja di China dan Siam menjadi sebab kebangkitanpendokong revolusi disamping faktor-faktor lain seperti kemunculan golongan intelektual.-Apapun natijah kedua-dua revolusi telah berjaya menjatuhkan kerajaan monarki mutlak. Sistempemerintahan di Siam berubah raja berkuasa mutlak diganti sistem raja berperlembagaansementara di Cina sistem beraja di tamatkan.

12. Bincangkan pembangunan ekonomi dan sosial di Indonesia dan di China yangdilaksanakan selepas Perang Dunia Kedua.

Page 26: Rashman sejarah 2 selangor

26[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

A. Pengenalan (3m)

-Selepas perang dunia kedua, kebanyakan negara Asia menghadapi pelbagai masalah sepertikemiskinan dan kaedah bagaimana membangunkan rakyat yang tertinggal dalam ekonomi dansosial.-Di Indonesia kesan penjajahan Belanda dan penjajahan Jepun masih dirasakan selepasperang dunia kedua. Penderitaan selepas perang dan kemiskinan menjadi isu utama penduduk.-Begitu juga di China, PKC baru sahaja mengambil alih pemerintahan pada tahun 1949, dimanakeadaan ekonomi yang merosot kerana dikuasai oleh pihak asing.-Oleh yang demikian pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-dua kerajaan Indonesia dan Chinauntuk membangunkan ekonomi sosial mereka.

A Isi

Indonesia (10m)

1.Indonesia menduduki tempat kelima penduduk paling ramai di dunia. Lebih 65 peratuspenduduk tinggal di Pulau Jawa dan Madura. Selainnya di Sumatera, Sulawesi, Kalimantan,dan Irian Jaya. Etnik utama dan paling ramai ialah orang Melayu (Indonesia). Penduduknyamenggunakan bahasa kebangsaan. Namun bahasa Belanda, Inggeris, Arab dan Sanskrit jugadigunakan.

2. Ekonomi Indonesia bergantung kepada pertanian dan eksport komoditi. 60 peratus tenagakerja terlibat dalam pertanian. Pada abad 17 dan 18, terkenal sebagai pengeksport utamarempah. Pada abad 20, petroleum, bijih timah dan getah menjadi bahan eksport utama. Beras,ikan, hasil hutan merupakan keperluan asas penduduk tempatan dan pendapatan utamanegara.

3. Jawa merupakan kawasan pertanian yang utama, mengeluarkan 50 peratus padi negara, 90peratus soya, 75 peratus jagung, 80 peratus ubi kayu. Kerajaan telah melaksanakan RevolusiHijau untuk memajukan sektor pertanian.

4. Pada tahun 1958, kerajaan menggalakkan pelaburan luar mengusahakan estet pertanian.Tahun 1961, Presiden Soekarno mengarahkan setiap keluarga petani perlu memiliki dua hektartanah tetapi tidak melebihi 15 hektar tanah tanaman padi atau 20 hektar tanah tanaman biasa.Dalam bidang industri, Indonesia melibatkan diri dalam bidang petroleum, getah, baranganelektrik dan tekstil.

5. Tahun 1958, Indonesia membenarkan pelabur asing memiliki industri sendiri tetapi telahmemiliknegarakan beberapa industri penting.

6. Pada tahun 1950, kerajaan meluluskan undang-undang untuk meningkatkan taraf pendidikanpenduduknya. Pendidikan wajib dilaksanakan dan penganjuran pendidikan untuk golongandewasa turut diadakan.

Page 27: Rashman sejarah 2 selangor

27[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

China (10m)

1.Ketika Parti Komunis China mengambil alih kuasa pemerintahan pada tahun 1949, ekonomisedang merosot. Sebenarnya ekonomi dikuasai orang asing seperti dalam perbankan danperkhidmatan keretapi.

2. Kerajaan memberi perhatian serius terhadap pembangunan ekonomi berasaskanperusahaan bukannya pertanian. Tujuannya untuk mewujudkan masyarakat tidak mempunyaikelas. Industri berat bertumpu di Manchuria manakala industri ringan di Shanghai dan Tientsin.

3. Usaha juga diambil untuk mengukuhkan sistem mata wang dan pembinaan semula sertamembesarkan sistem perhubungan moden. Tali air dan rancangan membina projekhidroelektrik telah dimulakan.

4. Pada awalnya, peranan penting diberikan kepada pemodal persendirian dan kemudiankepada pemodal perusahaan Barat. China berusaha menambahkan pendapatan kasar negarayang diperoleh daripada perusahaan iaitu sebanyak 70 peratus berbanding dengan 20 peratuspada tahun 1953. Usaha ini berdasarkan kaedah sosialis dan bukannya kapitalis.

5. Usaha lain diperkenalkan seperti Rancangan Lima Tahun (1953-1957). Antara perkaranyaseperti pengenalan koperasi, pembaharuan tanah, dan pembangunan luar bandar. Ini bertujuanmeningkatkan taraf hidup petani.

6. Pendidikan juga diberi perhatian bertujuan melatih kebanyakan penduduk yang kurangmenceburi bidang teknikal.

7. Pada awal 1950-an, kerajaan China telah memeterai penjanjian dengan Rusia. Rusiamemberi pinjaman $500 juta dolar dan memberi bantuan teknikal kepada China. Pada tahun1956, beribu-ribu pakar teknikal dari Rusia dihantar ke China. Orang China juga dihantar keRusia untuk mendapatkan pendidikan teknikal.

Kesimpulan (2m)

-Pelbagai usaha dilakukan untuk merealitikan pembangunan pucuk pimpinan negara masing-masing-Masalah utama kekurangan modal yang menyebabkan meminta bantuan luar terutama barat.-Pihak barat mengambil kesempatan menyebar ideologi seperti Rusia di China.

Page 28: Rashman sejarah 2 selangor

28[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SET 2 Tee

1 Terangkan struktur social masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tanganBritish.

2 Bincangkan system politik Melayu tradisional sebelum tahun 1874.

3 Bincangkan factor-faktor penentangan terhadap campur tangan British di Perak dan diPahang pada abad ke-19.4 Jelaskan faktor-faktor penubuhan Persekutuan 1896.5 Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membanteras ancamanpengganas komunis antara tahun 1948 hingga 1960.6 Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, komanwel danantarabangsa dari tahun 1957 sehingga 1963. Set 3 sel.

Bahagian B7 Masyarakat China dan Jepun mempunyai system kepercayaan dan agama yangtersendiri. Set 2 sel8 Bincangkan dasar tutup pintu di Thailand dan Vietnam pada abad ke-19. Set Mel 119 Bincangkan kesan sosio ekonomi akibat kedatangan orang China di Thailand dan diFilipina sehingga awal abad ke-20. Set 3 sel10 Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa pemerintahan antara Maharaja Tung Chih diChina dan Maharaja Meiji di Jepun pada akhir abad ke-19 set 1 sel.11 Huraikan peranan golongan intelektual di Indonesia dan Mynmar dalam gerakannasionalisme dari tahun 1900 hingga pertengahan abad ke-20. Set 2 sel12 Bincangkan perkembangan di luar Asia Tenggara yang mempengaruhi nasionalisme diAsia Tenggara sebelum tahun 1930an. Set 3.

Font 11 arial no spacing