rashman sejarah 1 selangor

35
1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com] SULIT* SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja. Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ] Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak. © Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 STPM 940/1 [Lihat sebelah] *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR20JABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN PERCUBAAN STPM 2012 940/1 SEJARAH KERTAS 1 (TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800) (Tiga jam)

Upload: faizah-baharin

Post on 20-Jun-2015

357 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rashman sejarah 1 selangor

1[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SULIT*

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIKJABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja. Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.

© Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012

STPM 940/1 [Lihat sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR20JABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

PERCUBAAN STPM 2012940/1

SEJARAH

KERTAS 1(TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800)

(Tiga jam)

Page 2: Rashman sejarah 1 selangor

2[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

BAHAGIAN A

1. Perihalkan Konsep Tamadun Dan Bincangkan Faktor – Faktor Utama Yang mempengaruhitamadun awal manusia .

PENGENALAN [3M]

1 Sebelum munculnya tamadun terdapat kelompok – kelompok masyarakat yang berselerak di merata –rata tempat, menunjukan bentuk kebudayaan, kebendaan dan kerohanian yang berbeza. Semasa zamanNeolitik, terdapat perbezaan – perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untukmenyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur – unsur kehidupan.

2 Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusiapada tahap Neolitik. Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang lebih jauhkompleks daripada perkampungan sebelumnya.

ISI –ISI PENTING

KONSEP TAMADUN [5M]

1. Tidak ada sesuatu takrifan yang muktamad. Salah satunya takrifan oleh Gordon Childe, seorang ahlikaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya tamadunmelambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri denganpersekitarannya. Pada titik itulah, manusia berkumpul di suatu pusat yang dapat memenuhi kehendakmereka, iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan, interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahanpengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untukkehidupan yang lebih sempurna, pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan, kegiatanpertanian serta pertumbuhan seni, sains dan teknologi.

2. Masyarakat yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia menjadi lebih teratur apabila suatu bentukerajaan timbul dengan munculnya golongan Paderi yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya.Agama digunakan sebagai kuasa untuk mengawasi golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi.

3. Pembinaan bangunan – bangunan berlaku untuk memenuhi fungsi agama, sosial, politik dan ekonomidan akhirnya ( terdapat penciptaan tulisan ) untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaanjangkamasa panjang. Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran – cabaranfizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka.

FAKTOR – FAKTOR UTAMA [ 5 ISI X 3M = 15M]

1. Petempatan Kekal

Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal.

Wujud masyarakat bercorak perkampungan di mana manusia dapat berkumpul di

sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya

persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindah-randah

kerana kini mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar

kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi.

2 Eksploitasi Sumber Alam/Kepentingan Sungai.

Page 3: Rashman sejarah 1 selangor

3[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian

dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir

menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-

besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar

seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus dan Hwang Ho.

3 Kemajuan Teknologi

Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti

dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan

manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan

seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Selain

daripada itu, manusia juga telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar.

4 Penciptaan Roda

Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri

terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda telah

meningkatkan daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan

barang yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang

eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain

seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan

Mohenjo-Daro.

5 Sistem Tulisan

Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas kepada penambahan pengetahuan dan melicinkan

pengurusan ekonomi. Tulisan telah digunakan untuk merekod hal agama, pentadbiran dan

perdagangan. Sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam tamadun Mesopotamia, tulisan hieroglif

dalam tamadun Mesir dan tulisan ideogram dalam tamadun Hwang Ho.

6 Organisasi Sosial

Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa kepada kemunculan tamadun.

Masyarakat memerlukan pemimpin untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula

diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan

kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang yang berkuasa.Pahlawan

dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat

yang tidak memiliki alat dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di

sesuatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

7 Pengkhususan Kerja

Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan

untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan

produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan

sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan

kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam

masyarakat.

Page 4: Rashman sejarah 1 selangor

4[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

8 Agama dan Kepercayaan

Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Ia membantu manusia akur

dengan hukum-hukum alam. Kehidupan lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan

kepercayaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk

pertanian. Contohnya, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.

9. Perbandaran.

10. Migrasi ( Penghijrahan ).

11. Kemajuan ekonomi.

12. Geografi.

C. Kesimpulan ( 2markah )

Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal danberorganisasi. Faktor-faktor kemunculan tamadun itu saling berkaitan dan saling melengkapi.Melaluinya lahirlah tamadun-tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir danHwang Ho.

Soalan ini lebih menjurus kepada faktor pembentukan tamadun. Huraian calon mesti disertakan dengan contoh-contoh untuk mendapatkan markah penuh.

Page 5: Rashman sejarah 1 selangor

5[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan pemerintahan empayartamadun China .

PENGENALAN : (3m)

1. Latar belakang Shih Huang Tia) Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M.b) Beliau telah mengasaskan empayar yang luas sehingga Sungai Merah di Vietnamc) Berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat.

2. Sistem pemerintahan empayar di Chinaa) Ketua kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti.b) Gelaran Huang Ti digunakan oleh maharaja pertama Dinasti Chin.c) Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The

Great King dan The King of Kings.d) Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua

hakim, dan ketua agama.

ISI JAWAPAN (7 Isi x 3m=21m)

1. Sistem pemerintahan berpusati. Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang

ii. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibukota.

iii. Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik.2. Menghapuskan sistem feudal.

i. Menghapuskan sistem feudal dengan menghapuskan kuasa dan pengaruh golonganaristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah.

ii. Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal disekitar kawasan istananya.

iii. Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsein Yang, pusatkerajaan Dinasti Chin.

3. Memperkenal ’scholar sistem’i. Melatih sekumpulan kakitangan awam untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang

berkhidmat dengannya.ii. Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam.

iii. Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistemfeudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan denganketat.

4. Mewujudkan tiga pentadbiran utamai. Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha

Imperial dan Grand Commandant.ii. Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.

iii. Masing-masing mempunyai tugas khas. Contoh : Canselor mengawal keputusan dasar-dasar kerajaan dan lebih tinggi daripada jawatan lain. Setiausaha Imperialbertanggungjawab dalam membuat arahan, merekrut, dan menyelia ahli-ahli perkhidmatanraja. Grand Commandant mengawal tentera-tentera raja.

iv. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiadaseorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja.

5. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsii. Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah).

ii. Menghapuskan kuasa golongan bangsawan memerintah wilayah.iii. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang

terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya.

Page 6: Rashman sejarah 1 selangor

6[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

iv. Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja.v. Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan

pusat sebagaimana dalam sistem feudal.6. Melantik pemerhati/perisik wilayah

i. Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.

ii. Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dandengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya.

7. Penguatkuasaan undang-undangi. Penduduk di China diatur dalam kumpulan –kumpulan keluarga yang mempunyai

tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan danketenteraan.

ii. Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam.iii. Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara

China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya.8. Dasar pengawalan ke atas rakyat

i. Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahaman legalisme yangbertujuan mengawal tingkah laku rakyat melalui undang-undang dan tindakan yang keras.Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yangdiamalkannya.

ii. Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh.iii. Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah,

dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan.9. Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar.

i. Mempertahan daripada serangan orang gasar khususnya orang orang Hsiung Nu denganmembina Tembok Besar Negeri China.

ii. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menarakawalan untuk memerhati gerakan musuh.

iii. Memperbesar dan memperkuat pasukan tentera.

KESIMPULAN (1m)

1. Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya. Sikap beliau yang autokratik dan zalim

menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal.

2. Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun

210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas.

3. Bincangkan organisasi Ketenteraan Indiasebelum Islam .

PENGENALAN:[3M]

(a) Organisasi ketenetraan merujuk kepada perkara – perkara berikut:1. Jenis – jenis tentera yang mengepalai sesuatu peperangan seperti tentera berjalan kaki (

infantri ) tentera berkuda ( Kavalri ) dan tentera berkereta kuda dua.2. Pentadbiran tentera/logistik.3. Sitrategi peperangan.4. Taktik peperangan.5. Teknologi senjata.

(b) Pengenalan kepada tamadun India.(c) Kepentingan organisasi ketenteraan dalam tamadun India.

Page 7: Rashman sejarah 1 selangor

7[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

ISI JAWAPAN . [ 7 ISI X 3M = 21M]

1. Angkatan tentera India dibahagikan kepada empat kategori, iaitu tentera bergajah, tentera berkuda,tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Tedapat juga beberapa kategori tentera lain seperti tenteralaut, pengintig, anggota kumpulam perintis dan komisariat. Atthasastra menyebut satu unit tenteraIndia mengandungi 45 kereta kuda, 45 gajah, 225 kuda dan 675 tentera. Chandragupta Mauryamenakluk sebahagian besar India dengan angkatan tentera seramai 600,000 orang dan Raja Chola,Rajaraja I menakluki Calukya dengan angkatan seramai 900, 000 orang.

2. Penggunaan gajah dalam pertempuran dinyatakan dalam kitab Budhisme. Raja Bimbasara dariMaghda dikatakan mempunyai tentera bergajah terlatih yang memainkan peranan seperti keretaperisai. Ia digunakan untuk memecah barisan tentera musuh, meruntuhkan pagar kubu, pintu kota,benteng pertahanan musuh dan mengangkut dua atau tiga tentera yang lengkap dengan senjata sepertibusar dan lembing. Penggunaan gajah sebagai hadiah persembahan dan faktor kritikal dalamhubungan diplomasi pemerintah India dengan kuasa luar.

3. Tentera berkuda India agak lemah dan ini merupakan punca kekalahan tentera India ketikamenghadapi serangan daripada penakluk – penakluk asing. Umpamanya, Mahmud Ghori menundukanPrthviraja pada tahun 1162 masihi kerana pasukan kavalari India amat inferior berbanding tenteramusuh.

4. Kapal laut juga digunakan oleh tentera India untuk mengangkut tentera di sepanjang sungai utamaIndia. Raja Pulakesin II, menghantar angkatan tentera laut untuk menawan Puri. Raja – raja Cholaseperti Rajaraja I dan Rajendra I mempunyai angkatan tentera laut yang tetap.

5. Terdapat ahli perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera India untuk memberi bantuankepada askar – askar yang tercedera dalam medan perang. Wanita juga turut berkhidmat dalammenyediakan makanan bagi para tentera.

6. Pada zaman pertengahan, tenetra mempunyai panglima yang diketuai oleh panglima agung dikenalisebagai Mahasenapati. Di bawah panglima terdapat kapten Nayaka yang menyerupai golonganbangsawan feudal.

7. Dari segi peralatan, tentera India memiliki meriam, kayu pelontar, busar, pedang, tombak danlembing yang merupakan senjata yang biasa digunakan oleh askar India.

8. Pembinaan kubu pertahanan merupakan satu lagi aspek penting ketenteraan India. Umpamanya,sebuah tembok panjang telah dibina di Kota Rajagraha, ibu kota Magadha untuk menghalang musuh.

9. Peranan pendita dalam peperangan. Masyarakat India menganggap peperangan sebagi upacarakeagamaan di mana tarikh dan masa yang sesuai untuk berperang ditetapkan oleh ahli astrologi.

10. Pemusatan kuasa ketenteraan ditangan maharaja.

KESIMPULAN: [1M]Organisasi ketenteraan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kejayaan sesuatu operasi

ketenteraan. Kejayaan kerajaan India dalam mempertahankan kerajaannya dari diserang oleh musuh

dari zaman Klasik hingga zaman Awal moden dalah dibantu oleh organisasi ketenteraan yang utuh.

4. Jelaskan matlamat pendidikan formal di China dan Rom.

PENGENALAN ( 3 MARKAH )

Proses pendidikan manusia berbentuk formal atau tidak formal bermula dengan kebangkitanmanusia bertamadun. Tetapi objektif-objektif dan institusi-institusi adalah berlainan dari tamadunke tamadun dan juga berlainan dari masa ke masa. Pendidikan adalah berkait rapat dengankeperluan politik, agama dan sosial serta aliran pemikiran tentang konsep ilmu dan pendidikan disuatu tamadun atau negara. Institusi-institusi pendidikan juga dibina mengikut objektif-objektif itudan memang membayangkan proses penginstitusian ilmu yang ditentukan oleh keperluan politik,kebudayaan dan agama.

ISI – ISI PENTING

Page 8: Rashman sejarah 1 selangor

8[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Matlamat sistem pendidikan China ( 5 isi X 2 markah = 10 markah)

1. Pendidikan di China tradisional bertujuan memenuhi keperluan kerajaan demi kepentinganmemberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dankedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan ketaatsetiaan rakyatterhadap raja dan negara. Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyatbawahan atau golongan atasan tetapi sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supayadapat memupuk hubungan eratnya rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan sistem politikdan keharmonian masyarakat. Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dankurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (Scholar-gentry) yang telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confucia.nisme yang akan menyokongdan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan keraj aannya.

2. Bertujuan menegakkan hubungan persaudaraan dan kepentingan nilai kekeluargaan iaitusifat-sifat ketaatan terhadap ibu -bapa dan- orang tua dan penghormatan terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Untuk memupuk nilainilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihakpemerintah maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci, iaitu FiveClassics dan The Four Books. Five Classics adalah Shu Ching (Book of History), Shih Ching(Book of Poetry), Yi Ching (Book of Changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Springand Autumn Annals). The Four Books tediri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of theMean, dan Works of Mencius

3. Pada keseluruhannya, pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakangolongan elit (pemerintah) daripada golongan massa (diperintah). Menurut pemikirConfucianisme, elit yang berpendidikan tinggi adalah Chun tze atau manusia yang unggul (thesuper or man) dan oleh kerana itu rakyat haruslah menghormati Chun-tze. Jadi, pendidikan bolehdianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional.

4. Sejak Dinasti Han sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan(birokrasi). Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan boleh dilantik memegang jawatanjawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah. Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Chingpada tahun 1911 TM.

5. Menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China seperti Kung Fu tze, Lao Tzedan Mo Tze

Matlamat sistem pendidikan Rom ( 5 isi X 2 markah =10 markah)

1. Pembinaan etika dan moral dalam masyarakat :

Matlamat pendidikan formal dalam tamadun Rom ialah untuk melahirkan masyarakat yang

tinggi nilai moral dalam hubungan dengan manusia dan alam.

2. Pembinaan keperibadian atau sahsiah.

Matlamat pendidikan formal dalam tamadun Rom untuk memupuk berkembangnya sikap

praktikal, utilitarian dan pragmatik supaya rakyat Rom boleh menyumbang kepada pembinaan

dan pengukuhan empayar.

3. Kemahiran Intelektual

Page 9: Rashman sejarah 1 selangor

9[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Matlamat pendidikan formal dalam tamadun Rom bertujuan untuk membasmi buta huruf supaya

lahirnya masyarakat yang celik huruf, berintelektual dalam ilmu sekular seperti falsafah,

teknologi, matematik, dan sains.

4. Membina Tanggungjawab dan peranan Rakyat

Bagi golongan patrician kurikulum difokuskan kepada teknik penghujahan dan retorik supaya

memupuk dan melahirkan pemimpin yang berwibawa. Manakala bagi golongan bawahan,

pendidikan formal memberatkan latihan fizikal dan tentera untuk meghasilkan rakyat yang

bersedia mengorbankan nyawa untuk mempertahankan Empayar Rom.

5. Kenegaraan.

Dalam tamadun Rom melalui pendidikan formal ditekankan kurikulum kewarganegaraan supaya

dapat melahirkan masyarakat yang bersemangat patriotik dan bersifat patuh kepada undang-

undang negara.

6. Keperluan kepada pentadbiran negara.

Dalam tamadun Rom pendidikan formal bertujuan melahirkan jurutulis untuk merekodkan

kegiatan pentadbiran, penulisan undang-undang Papan 12, merekodkan kegiatan jual-beli dan lain-

lain. Dokumen yang ditulis menjadi sebagai bahan bukti rekod untuk simpanan kerajaan.

7. Mempertahankan negara

KESIMPULAN [1M]

Apa apa sahaja yang berkaitan.

5. Bincangkan sumbangan I-Ching dan Marco Polo dalam bidang penjelajahandan penerokaan.

A. PENGENALAN [ 3 Markah ]

1. Latarbelakang I-Ching dan Marco Polo merupakan dua orang tokoh yang memberikan sumbangan besardalam bidang penjelajahan dan penerokaan. I-Ching dilahirkan pada 635SM di Fan Yang. Beliaumengembara ke India untuk mendalami ilmu agama Buddha. Marco Polo merupakan seorang pedagangdan pengembara terkenal dari bandar Venice, Itali. Marco Polo menyertai rombongan perdaganganayahnya Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China.

2. Konsep penjelajahan dan penerokaan.

B. ISI ( 20 markah )

Sumbangan I-Ching [ 4 X 2 Markah = 8 Markah ]

Page 10: Rashman sejarah 1 selangor

10[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

1. Pengembaraan Beliau belayar ke India pada 671M. Dalam perjalanan beliau singgah di Srivijaya dan Kedah. Beliau tiba di India pada tahun 673 M dan mendarat di Tamralipti. Setelah menuntut di Nalanda, beliau kembali ke China pada 685 M.

2. Mendalami Ilmu Sanskrit. Ketika berada di India , beliau belajar bahasa Sanskrit. Mengumpul lebih 500 ribu sloka Tripitaka di India dan menterjemahkan seloka-seloka tersebut.

3. Mendalami Agama Buddha Beliau mempelajari agama Buddha di Nalanda selama 10 tahun. Beliau singgah di Srivijaya yang merupakan pusat pengajian agama Buddha.

4. Menulis Karya Sejarah Beliau menulis rekod sejarah tentang Srivijaya, Kedah Tua dan Jambi. Beliau merekodkan pengalaman dalam kitab Nan Hai dan Ta Tung. Beliau juga menulis tentang Srivijaya dan tempat-tempat lain yang dilawati

5. Mengumpul dan Menterjemah Kitab-Kitab Suci Beliau mengumpul 4000 naskah kitab suci agama Buddha. Selanjutnya beliau menterjemahkan 56 kitab suci dan diterbitkan dalam 230 jilid.

Sumbangan Marco Polo [ 6 X 2M = 12 markah ]

1. Lawatan ke China Beliau mengetuai lawatan ke China ketika berusia 17 tahun. Dalam perjalanan ke China, beliau melalui Parsi, Hormuz, Belkh dan Khotan. Perjalanan ke China memakan masa 3 tahun. Beliau singgah di Sumatera, Sri Lanka, Koromandel, Gujerat, Hormuz dan Parsi.

2. Berkhidmat Sebagai Duta Ketika berada d China, beliau dilantik sebagai duta oleh Maharaja China. Beliau pernah berkhidmat sebagai duta di Shensi, Szechuan, Yunan, Tibet dan Burma. Beliau dilantik sebagai duta kerana mempunyai pengetahuan yang tinggi.

3. Catatan Pengalaman Beliau menulis pengalaman ketika berada di China dalam buku berjudul ‘The Travels of Marco Polo” Buku ini mengandungi maklumat tentang kekayaan negara China, saiz negara China dan negara-

negara jiran yang kuat.

4. Mempercepatkan pemindahan teknologi dari China ke Barat. Marco Polo berpeluang menyaksikan kemajuan peradaban China. Beliau menyaksikan kemajuan orang China dalam penggunaan kertas, percetakan blok, asbestos dan

melebur arang batu.

Page 11: Rashman sejarah 1 selangor

11[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

5. Peningkatan Ilmu Geografi dan Kartografi.

6. Mencetus dan menggalakkan dalam pengembaraan khususnya penerokan Protugal dan Sepanyol.Buku ini mendorong pengembara dan Mubaligh Eropah seperti Christopher Columbus belayar ke Timur.

7. Mengubah mentaliti dan sikap pemimpin Eropah.

8. Dapat mempercepatkan dan meningkatkan hubungan perdagangan China dan Eropah.

9. Meningkatkan pengetahuan tentang hal-hal ketimuran.

C. Kesimpulan ( 2 Markah )

1. I-Ching dan Marco Polo merupakan dua tokoh yng memberikan sumbangan besar dalam bidangpenjelajahan dan penerokaan. Sumbangan utama I-Ching adalah mempelajari dan menyebarkan ilmuagama Buddha. Sumbangan utama Marco Polo adalah menyebarkan maklumat tentang kekayaanperadaban timur yang mendorong orang barat belayar ke timur.

Pengenalan dan kesimpulan harus memperkenalkan tajuk kedua-dua tokoh.

6. Sejauhmanakah faktor keagamaan mempengaruhi perkembangan pencapaian senibina tamadun awal manusia

PENDAHULUAN ( 3M)

1. Maksud kesenian dan seni binaKesenian merujuk kepada usaha manusia untuk mencipta sesuatu bentuk yang menyenangkan. Seni

juga dianggap sebagai semua yang boleh menimbulkan keindahan atau keharuan sehingga dapat

melahirkan kesenangan. Kesenian dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni halus dan seni

gunaan. Seni bina termasuk dalam kategori seni gunaan. Seni bina yang dihasilkan berasaskan kepada

aspek kecantikan , ekspresi dan kegunaan.

2. Latar belakang tamadun awal dengan merujuk kepada tamadun Mesopotamia , Mesir , China , India ,Yunani dan Rom.

ISI JAWAPAN ( 5 ISI X 4M = 20M )

1. KeagamaanFaktor keagamaan adalah salah satu perkara penting dalam kemajuan seni bina. Ianya menjadi satu

perkara penting dalam kehidupan dan dalam upucara keagamaan. Mereka perlu menyediakan tempat

kediaman untuk tuhan yang dipuja dan tempat pemujaan untuk mengadakan perayaan keagamaan .

Contohnya di Mesopotamia ,telah dibina rumah berhala berbentuk piramid yang dikenali sebagai

Page 12: Rashman sejarah 1 selangor

12[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Ziggurat. Di Mesir pula telah dibina sebuah rumah ibadat atau piramid yang dibina menghala sungai

seperti Kuil Agung di Karnak dan Kuil Permaisuri Hatshepsut . Di Rom juga dibina sebuah Kuil

berbentuk kubah yang dikenali Panthenon dengan keistemewaannya kubahnya tidak disokong oleh

sebatang tiang pun . Mereka juga membina kuil untuk Dewa Apollo yang bercirikan jajaran tiang-

tiang. Manakala di India pula . kuil di Ellora yang dibina daripada batu-batu besar. Di Yunani

(Athens) zaman Pericles telah dibina kuil daripada batu marmar untuk dewa Athena yang diberi nama

Parthenon atau Temple of the Virgin di atas Acropolis . Manakala di Alam Melayu Candi Borobodor

di Jawa Tengah yang dibina berasaskan ajaran Buddha semasa pemerintahan Raja-raja Sailendra.

2. PertahananAncaman musuh dan binatang buas adalah satu lagi faktor wujudnya pelbagai jenis seni bina. Sistem

pertahanan seperti kubu dan tembok dibina dengan kukuh , rapi dan sistematik di sekeliling tempat

tinggal untuk tujuan keselamatan dari ancaman musuh. Contoh: di China di bina Tembok Besar

China yang dianggap sebagai tujuh keajaiban dunia semasa pemerintahan Shih Huang Ti bertujuan

mengatasi ancaman orang Gasar Hsiung Nu. Di Mesopotamia telah membina tembok di sekeliling

bandar dan mempunyai bentuk yang berlainan bagi mengatasi serangan daripada musuh . Di India

pula dibina kubu pertahanan untuk menghadapi ancaman musuh

3. Organisasi SosialKemunculan orhganisasi social juga mempengaruhi kemajuan seni bina. Masyarakat di kesemua

tamadun terbahagi kepada golongan pemerintah dan diperintah. Raja dan golongan bangsawan

sebagai golongan pemerintah perlu ada lambang kemegahan sendiri . Ini telah membawa kepada

pembinaan istana , makam, pusara , candi dan sebagainya. Di Rom , pembinaan istana pada zaman

Maharaja Augustus Caesar yang mempunyai sebuah istana di Bukit Palatine .

Di Mesopotamia pula makam Diraja pada zaman Ur yang mempunyai kubah bersangga dari batu

bakar yang disusun dengan menggunakan bitumen. Istana Diraja turut dibina yang mempunyai

sebuah bilik khas untuk upucara ritual diraja. Di India pula pembinaan Stupa iaitu menara

berbentuk kubah untuk memperingati golongan bangsawan dan para alim pada zaman vedik. Stupa

juga sebagai tempat menyimpan bahan peninggalan si mati yang dibina di tepi sungai sebagai

bahan tontotan. Di Mesir , pembinaan piramid yang terbesar telah dibina di Giza iaitu

Piramid Firaun Khufu bertujuan menyimpan mayat raja-raja mereka yang dijadikan mumia,

Sphinx di Gaza yang berbentuk singa dan berkepala manusia dan mempunyai muka Firaun Khafre

.Candi-candi Diraja dan Mastaba juga dibina sebagai rumah bagi orang yang telah meninggal

dunia .

4. Nilai EstetikaKemunculan tamadun juga membawa bersama nilai-nilai estitika seperti riadah dan rekreasi. Dataran-

dataran awam didirikan sebagai tempat riadah dan aktiviti sukan dan permainan . Ini membawa

kepada pembinaan beberapa bangunan, misalnya di Rom , pembinaan Colloseum merupakan sebuah

teater atau gelanggang untuk pelbagai jenis permainan . Circus Maximum turut dibina yang

merupakan sebuah stadium yang menganjurkan pertandingan kereta kuda beroda dua (chariots) .

Pembinaan kolam mandi di Caracalla seluas 11 hektar yang boleh memuatkan seramai 1500 orang .

Di Mesopotamia , dibina Taman Tergantung Babylon pada zaman Raja Nebuchadnezar , dibina juga

laluan pejalan kaki . Di India The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang dan 7 meter lebar

merupakan sebuah kolam mandi yang terdapat tangga dan serambi di sekelilingnya.

5. Pentadbiran

Page 13: Rashman sejarah 1 selangor

13[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Kewujudan Negara kota dan system pentadbiran yang teratur juga mempengaruhi pembinaan pelbagai

bangunan. Contohnya , Firaun Mesir membina sebuah dewan berhampiran istana untuk mengadakan

mesyuarat dengan pegawai dan golongan bangsawan yang datang mengadapnya. Untuk melicinkan

urusan pentadbiran ini dibina sebuah dewan berhampiran istana. Di Rom pula , Dewan Perhimpunan

ditubuhkan untuk membincangkan hal-hal politik dan melantik pegawai pegawai kecuali raja.

6. Ekonomi

Perkembangan kegiatan ekonomi dalam tamadun awal juga mempengaruhi pembinaan bamyak

kemudahan. Di Rom , pembinaan Aqueduct iaitu saluran air yang besar dan panjang untuk tujuan

pengairan. Di Mesopotamia, pembinaan pasar seperti Bit Mahirim (kedai menjual barang mewah di

Sippar ) dan gedung penyimpanan barang. Karu merupakan pusat komersil perdagangan yang ada

gudang atau stor berniaga dan simpan barang dagangan juga turut dibina . Di China pula telah dibina

sistem pengairan di Cheng Tu di wilayah Szechuan yang dibina zaman Dinasti Chou dan empangan

di Sungai Wei bertujuan untuk memajukan ekonomi pertanian China

7. Urbanisasi

Proses urbanisasi banyak mempengaruhi perkembangan seni bina tamadun awal. Penghijrahan

penduduk yang berterusan membawa kepada kemunculan banyak tempat kediaman awam. Untuk

memudahkan penduduk di sesuatu kawasan , disediakan pelbagai kemudahan asas yang secara

langsung membawa kepada kemajuan seni bina, Contohnya , Di India , Bandar Mohenjo Daro

Harappa terdapat pembinaan rumah yang dibina menggunakan batu bata saiz yang sama secara

terancang dan tidak berselerak malah terletak di sepanjang jalan raya utama dan di lorong-lorong.

Turut dibina juga kemudahan kolam mandi , kolam renang dan pembinaan Aqueduct di Rom yang

membekalkan air bagi penduduk di kawasan bandar.

KESIMPULAN ( 2m)

Jelaslah bahawa pencapaian seni bina tamadun awal telah memperlihatkan kehebatan pencapaian

sesuatu tamadun dan sebagai lambang kemegahan sesuatu bangsa dan negara. Walaubagaimanapun

kemajuan seni bina tamadun awal telah mengalami banyak kemerosotan dan runtuh tetapi masih

ada lagi yang masih kekal sehingga hari ini.

7. Huraikan pencapaian tamadun China dan tamadun Mesir dalam bidang perubatan.

PENGENALAN ( 3 markah )

1. Tamadun Mesir purba dan China telah memberi sumbangan dalam lapangan perubatan. Kedua-duatamadun tersebut telah melahirkan ramai tokoh-tokoh perubatan yang memberi sumbangan dalampelbagai lapangan perubatan.

2. Latarbelakang tamadun China dan Mesir.

ISI-ISI PENTING

Perubatan China : [ 10 markah 5 isi sahaja : 1 isi 2 markah ]

1. Teori Perubatan

Page 14: Rashman sejarah 1 selangor

14[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Mengikut teori perubatan China, manusia dianggap mikrokosmos yang mempunyai peredaran udara,angin, panas dan sejuk tersendiri.

Terdapat dua sistem peredaran dalam tubuh badan manusia iaitu sistem peredaran darah dan sistemperedaran angin.

Idea tentang peredaran darah muncul pada abad pertama masihi.2. Konsep Perubatan China

Konsep perubatan China ialah konsep Yin dan Yang. Yin merujuk kepada kuasa pasif manakala Yang merujuk kepada kuasa aktif. Keseimbangan antara dua kuasa itu menandakan seseorang itu sihat.

3. Cara Merawat Penyakit

Terdapat tiga cara orang China merawat penyakit iaitu material medica, moksibusi dan akupunktur. Material medica merujuk kepada bahan-bahan seperti herba, galian dan anggota haiwan. Moksibusi merujuk kepada kaedah di mana sumbu dan moksa yang dibuat daripada herba dilekatkan

pada kulit badan penyakit dan dibakar untuk menyembuhkan penyakit. Akupunktur merupakan rawatan mengubati penyakit dengan menusuk jarum pada tubuh manusia.

4. Karya Perubatan

Orang China juga menghasilkan dokumen tentang ilmu perubatan. Dokumen paling awal tentang perubatan tradisional China ialah Huang Ti Nei Ching Li Shih Chen menghasilkan lima tritis tentang cara-cara diagnosis penyakit campak, stigmologi, ubat

ginseng dan Artemisia. Li Shih Chen menulis ensiklopedia tentang mineralogi, kaji logam, botani dan zoology.

5.Ubat-ubatan. Ubat-ubatan dari herba, binatang dan galian.

Perubatan Mesir Purba [ 10 markah 5 isi sahaja : 1 isi 2 markah ]

1. Teori Perubatan : ada kaitan dengan agama.

2. Teks Perubatan

Orang Mesir purba menghasilkan teks-teks perubatan. Teks-teks perubatan awal Mesir purba dikarang oleh Toth dan Imhotep. Terdapat teks-teks yang mengandungi maklumat tentang senarai peralatan yang digunakan untuk

pembedahan di kepala dan dada. Terdapat juga teks yang mengandungi maklumat tentang ubat-ubatan, anatomi, peralatan pembedahan,

penyakit mata dan kelahiran anak.

3. Kaedah Mengawet Mayat

Orang Mesir juga mahir dalam mengawet mayat. Mereka mempunyai pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi.

Page 15: Rashman sejarah 1 selangor

15[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

4. Kemahiran Merawat Penyakit

Orang Mesir purba mempunyai kemahiran dalam mengubati luka dan retakan tulang. Mereka juga mempunyai pengetahuan dalam melakukan pembedahan di kepala dan dada. Mereka juga mengetahui kaedah menggunakan ubat-ubatan semasa memberi rawatan.

5. Ubat-Ubatan

Orang Mesir mempunyai kemahiran mencipta pelbagai jenis ubat-ubatan dan proses menyediakanubat-ubatan.

Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan ubat ialah minyak jarak, mandragora, jintan putih,dan ketumbar.

KESIMPULAN ( 2 markah )

Orang China dan Mesir purba memberikan sumbangan besar dalam lapangan perubatan. Terdapat banyakteks-teks perubatan yang dihasilkan dalam tamadun Mesir purba dan China pada zaman klasik. Terdapatpelbagai teori dan konsep yang berkaitan degan ilmu perubatan. Mereka juga mempunyai pengetahuandalam merawat pelbagai jenis penyakit. Tradisi perubatan Mesir purba dan China mempunyai kesanterhadap ilmu perubatan moden.

8. Bandingkan sistem ekonomi kapitalisme di Barat dengan sistem ekonomi Islam .

PENGENALAN: [3m]

1. Menurut pandangan Islam : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakji kegiatan manusiayang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata perolehan, penggunaanatau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani danjasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t

2. Ekonomi menurut pandangan Barat : Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber –sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidakterhad.

A. ISI – ISI PENTING. [ 5 isi x 4m = 20m ]

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI

KAPITALISME.

1. Kebebasan terhadap dan menurut nilai – nilai akhlak.ISLAM : Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah ia juga

memberikan perlindungan terhadap apa yang diperolehi. Nilai – nilai akhlak dan sifat – sifat

menjadi asas pengisian prinsip berkenaan.

BARAT: kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang maksimum.

2. Cara Mendapatkan harta.

Page 16: Rashman sejarah 1 selangor

16[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan dengan

melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara – cara yang bertentangan

dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam.

BARAT : Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara

bebas untuk mendapatkan keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan.

3. Peranan Pihak Berkuasa.ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak pemerintah dalam

kegiatan – kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan

perancangan. Canpurtangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungu dan

menjaim kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah.

BARAT : Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran

undang – undang.

4. Sistem Percukaian.ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat

mengikut kadar dan cukai – cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak – pihak yang

berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta.

BARAT: Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab membayar cukai

kepada pemerintah serta tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi

bicara ).

5. Prinsip permuafakatan.ISLAM : Menekakan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara

majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dengan pengguna.

BARAT : Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan

bagi melicinkan hubungan antara mereka. Kerajaan campurtangan bagi mewujudkan

kerjasama antara majikan dengan pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara

kerajaan majikan dan pekerja.

6. Prinsip Istikhlaf ( pertanggungjawaban ).ISLAM : Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang amanah

untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui

cara diredai oleh Allah s.w.t

KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan

pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan.

7. Prinsip berkerja dan ganjaran.

Page 17: Rashman sejarah 1 selangor

17[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia menadi asasnya.

Berdasarkan prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah dan syarikat digalakkan dalam

aktiviti ekonomi.

BARAT : Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan

kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa

berhadapan dengan kerugian.

8. Prinsip menjauhkan perbuatan merosakkan.ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan

keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi.

BARAT : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan di atas

tanggungjawab moral.

9. Matlamat ekonomi.Islam : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil

atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak

– kehendak syarak’

BARAT : berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke – 16 dan

seterusnya.

B. KESIMPULAN.

Apa – apa sahaja yang berkaitan.

Page 18: Rashman sejarah 1 selangor

18[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

BAHAGIAN B

9 Terangkan konsep manusia menurut pandangan Islam dan Arab Jahiliah.

PENGENALAN ( 3 markah )

1. Pengertian Jahiliah

2. Pengertian manusia dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homospiens. Manusia adalah

sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Mengikut kajian arkeologi, manusia

sudah pun wujud sejak 500,000 tahun dahulu, iaitu pada zaman Air Batu.

3. Pengertian Islam

ISI – ISI PENTING ( 20 markah )

A. Konsep manusia menurut Islam. ( 10 markah – 5 x 2markah)

1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam.

i. Pengertian manusia dari segi bahasa.

ii. Pengertian dari segi istilah.

2. Mengikut Islam, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Ingatlah ketika TuhanMu

berfirman kepada para malaikat (sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka

bumi.)”

3. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

agar menjadi seorang hamba yang soleh. Dalam hubungan ini, Allah s.w.t. telah menjelaskan

matlamat penciptaan manusia menerusi firmanNya: dalam surah al-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”.

4. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur-unsur rohani dan jasmani

demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di antara fizikal dan spiritual ini

penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

5. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t. juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna kulit,

keturunan, pangkat, dan lain-lain, Islam melarang perhambaan di kalangan manusia.

6. Manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna

penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t. telah menjadikan segala

sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.

7. Manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa

8. Manusia sebagai pemegang amanah.

9. Semua manusia dari keturunan Adam dan manusia dijadikan dari tanah.

10. Manusia terdiri daripada 5 komponen iaitu : jasad, roh, akal, nafsu dan hati/jiwa.

Page 19: Rashman sejarah 1 selangor

19[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

11. Akal membezakan manusia dengan makhluk – makhluk lain.

12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.

B. Konsep manusia menurut Jahiliah. ( 5 x 2 markah = 10 markah )

1. Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak mempercayai

adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan manusia pada zaman

berkenaan penuh dengan kemaksiatan.

2. Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu sebagai panduan

bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini, berjudi, minum arak, dan makan riba

dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan mudah, oleh itu, mereka melakukannya.

Minum arak pula dianggap satu perbuatan yang baik dan mulia.

3. Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan kabilah. Sekiranya kabilah itu

kaya, kuat, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang mulia. Begitulah

sebaliknya.

4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.

5. Mempercayaai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.

6. Mereka tidak tahu asal-usul kejadian manusia.

7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata – mata.

KESIMPULAN ( 2 markah )

Manusia menurut pandangan Islam adalah untuk melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. bagi

mendapatkan keredhaannya dan kemuncaknya mencapai kebahagiaan di dunia serta akhirat. Sementara

manusia menurut pandangan Jahiliah pula mengikut telunjuk hawa nafsu dengan mengenepikan soal

akhirat.

10. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam memperkukuhkan

pentadbiran di kota Madinah.

PENGENALAN [ 3 markah ]

1. Demografi Madinah :

Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnya terdiridaripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi. Sebelumagama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesamamereka. Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatanekonomi, hidup mewah dan menguasai pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaankaum Yahudi memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembahberhala seperti orang Quraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengertitentang ketuhanan dan kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh keranamereka lebih terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka kepada

Page 20: Rashman sejarah 1 selangor

20[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia memeluk agama Islam yangdibawanya.

Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaannegara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinahagama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yangmenyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II.

2. Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah.

3. Konsep negara

ISI – ISI PENTING [ 7 X 3M = 21 markah ]

1 Pembinaan Masjid.

Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas terutamanya denganterbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat ibadat dan penyebaran agamaIslam. Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatandakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkanagama Islam.Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahajamenjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkanpendidikan dan ilmu pengetahuan Islam

2 Pembentukan Ummah

Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuanmasyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaumMuhajirin.i. Muahahjirin dengan Muhajirin.ii Ansar dengan Ansar.iii. Muhajirin dengan Ansar

Semangat asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam. Hubunganpersaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan bergauldan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.

3 Mewujudkan Piagam Madinah

Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkansebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja membentukkan persaudaraanantara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islamterutamanya orang Yahudi. Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agamamereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. OrangIslam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negaraMadinah daripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w.sebagai pemimpin agama dan ketua negara. Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpinyang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.

4 Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah

Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. Dalam hubungandengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan

Page 21: Rashman sejarah 1 selangor

21[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka.Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah.Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar danMuhajirin serta antara Aus dan Khazrai. Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politikantarabangsa.

5 Mewujudkan Tentera Islam di Madinah

Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraanuntuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh. Dalammempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera danahli strategi dalam bidang ketenteraan.

6 Mengadakan hubungan luar.

Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luarseperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.

7. Menyusun semula struktur ekonomi Madinah.

Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputisegenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islambergiat dalam bidang perniagaan.

KESIMPULAN [ 1 Markah ]

Apa sahaja yang berkaitan

11. Nilaikan implikasi Perang Badar Kepada perkembangan Islam.

PENGENALAN ( 3 MARKAH )

1. Konsep perang/jihad dalam Islam.

2. Perang Badar merupakan peperangan yang pertama dalam sejarah Islam. Berlaku pada 17 Ramadantahun 2 Hijrah (624 Masihi) di lembah Badar di luar kota Madinah.

3. Perang Badar merupakan peperangan yang berlaku di antara 313 orang Islam Madinah diketuai olehNahi Muhammad s.a.w. dengan 1000 ozang kaum Musyrikin Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal.

4. Peristiwa Perang Badar

i. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah diizinkan oleh Allahs.w.t. untuk berperang menentang musuh - apabila turunnya ayat dari Surah al-Baqarah: 19dan Surah al-Haj: 39-40.

ii. Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang kafilah perdagangan Quraish dari Shampimpinan Abu Suffian akan pulang ke Mekah melalui jalan persisiran kota Madinah. Olehyang demikian, baginda mengarahkan para sahabat agar menyiasat dan menyekat kafilahtersebut.

iii. Abu Suffian mengetahui tentang rancangan orang-orang Islam tersebut, lantas beliaumengirim utusan ke Mekah untuk memohon bantuan ketenteraan.

Page 22: Rashman sejarah 1 selangor

22[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

iv. Kaum Musyrikin Mekah menerimanya, Abu Jahal berjaya mengumpul seramai 950-1000orang tentera segera datang untuk membantu kafilah Abu Suffian. Objektifnya bukansahaja untuk melindungi kafilah tersebut, malah juga untuk memerangkap danmenghapuskan Nabi dan sahabat-sahabat baginda.

v. Orang-orang Islam tidak mengetahui tentang kemaraan tentera bantuan daripada Abu Jahalyang ramai itu. Mereka bersama 324 arang tentera terus pergi menyiasat kafilah AbuSuffian dan bertemu dengan tentera Abu Jahal. Orangorang Islam terkejut melihat tenteramusuh yang ramai kerana tujuan mereka yang sebenar bukan untuk berperang.

vi. Lantas Nabi merangka strategi peperangan dan berdoa kepada Allah s.w.t. bagi mendapatpertolongan serta perlindungan kepada orang-orang Islam.

vii. Sebelum meletusnya peperangan, 6 orang - 3 orang daripada pihak Musyrikin dan 3 daripadapihak Islam telah bertarung seorang sama seorang. Pihak Islam diwakili oleh Ali bin AbuTalib, Hamzah bin Abd. Mutalib dan Ubaidah al-Haris. Manakala pihak Musyrikin Mekahpula diwakili oleh Utbah bin ar-Rabiah, alWalid bin Uthah, dan Shaibah bin al-Rahiah.Dalam pertarungan tersebut, ketigatiga pahlawan Musyrikin Mekah dapat ditewaskan.

viii. Setelah itu berlakulah peperangan. Dengan adanya strategi peperangan, penyatuan dankeyakinan serta bantuan da.ripada Allah s.w.t. tentera Islam telah mencapai kemenangan.Akibat daripada Perang Badar, seramai 14 orang tentera Islam telah gugur syahid, manakalapihak Musyrikin Mekah pula 70 orang telah terbunuh dan 70 orang lagi dapat ditawan.

ISI – ISI PENTING ( 7 ISI X 3M = 21 markah )

Kepentingan Perang Badar

1. Perang Badar merupakan peristiwa yang amat penting kepada umat Islam. Kerana sekiranya umatIslam tewas, maka berkemungkinan akan berakhirlah pengaruh Islam yang telah dimulakan olehNabi Muhammad s.a.w. seperti yang dipohon oleh baginda dalam doa.

2. Perang Badar juga adalah dugaan yang paling besar kepada umat Islam kerana mereka buat kalipertama berperang, di samping bilangan mereka terlalu sedikit, berbanding pihak MusyrikinMekah yang bersenjata terialu ramai dengan nisbah 1:3. Menunjukkan kualiti lebih utamadaripada kuantiti.

3. Dalam peperangan ini, umat Islam tidak membuat persediaan dari segi fizikal, namun Allah s.w.t.telah menolong mereka dengan menurunkan tentera - seribu malaikat bagi memusnahkan pihakmusuh.

4. Keadaan ini menguntungkan umat Islam kerana pengaruh Musyrikin Mekah semakin merosot.Kaum Musyrikin Mekah kehilangan ramai pahlawan yang handal seperti Abu Jahal, Utbah bin al-Rabiah, Shaibah ar-Rabiah dan lain-lain.

5. Peristiwa Badar ini juga turut menjadi rangsangan kepada umat Islam bagi menghadapi tentangandaripada pihak Musyrikin seterusnya, di samping memperkukuhkan lagi keimanan mereka danmeningkatkan keyakinan kepada Allah s.w.t.

6. Kekalahan pihak Musyrikin Mekah ini juga menyebabkan mereka tidak lagi menjadi kuasa yangteragung di Semenanjung Tanah Arab. Malah di kalangan kaum Quraish sendiri mereka mulameragui kebenaran kepercayaan warisan nenek moyang mereka dan mula memikirkan tentangkesahihan ajaran Islam.

Page 23: Rashman sejarah 1 selangor

23[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

7. Menekankan konsep ihsan dan musyawarah dalam perhubungan sesama manusia sebagaicontohnya dalam menguruskan orang tawanan dan harta rampasan perang secara adil.

8. Bermulanya konsep jihad fisabilillah di medan peperangan bagi menjaga maruah agama, umatIslam dan negara Islam. Peperangan diteruskan juga walaupun berlaku di bulan Ramadhan.

9. Mengajar kepada umat Islam mengenai etika peperangan.

10. Kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai . pemimpin agung. Membuktikan kebijaksanaanRasulullah s.a.w sebagai perancang strategi dalam menghadapi peperangan.

11. Pentingnya nilai-nilai sabar takwa clan tawakal dalam menghadapi dugaan dan cabaran.

12. Islam mengutamakan aspek pendidikan

KESIMPULAN ( 1 MARKAH )

Perang Badar merupakan peperangan yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan. Kekalahan pihakmusuh merupakan tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin mereka kerana la berlaku adalah diluar dugaan dan mereka berazam untuk menuntut bela terhadap umat Islam

12. Huraikan Sumber Baitul Mal dan peranannua dalam sistem ekonomi Islam .

PENDAHULUAN: ( 3 markah )

Khalifah Umar Al – Khatab dipilih menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Saidina Abu Bakar al –Siddiq dengan persetujuan para sahabat yang lain. Di dalam ucapan dasarnya beliau telahmenyatakan dengan izin Allah dia akan membawa orang – orang Islam ke jalan yang benar.Memandangkan kejayaan Khalifah Umar dalam bidang penaklukan maka banyak harta dan rakyatyang perlu diuruskan dengan sebaik – baiknya. Khalifah Umar dalam mesyuarat dengan para sahabattelah membuat keputusan ijtiha yang berasaskan al – Quraan, hadis dan ijtihad sahabat – sahabat. Beliaudiamanahkan untuk menentukan dasar kewangan negara. Dengan itu Institusi Baitul Mal ditubuhkanuntuk menyeragamkan pentadbiran kewangan di samping memusat, mengawal dan memanfaatkanpendapatan negara.

Khlalifah Umar mentadbir wilayah Islam yang luas meliputi Semenanjung Tanah Arab, Iraq, Syria,Baitul Muqadis dan Mesir. Selain daripada orang Islam, rakyat bukan Islam juga memberi ketaatsetiaan kepada kerajaan pusat di Madinah. Orang – orang Islam yang berharta membayar zakat danorang – orang bukan Islam membayar Jizyah. Selain daripada itu cukai – cukai lain juga dibayar mereka.Khlaifa Umar sendiri yang mengetuai urusan pentadbiran zakat.

ISI – ISI PENTING.

A. SUMBER BAITUL MAL: ( 5 isi X 2 markah )

a. Zakat;

Page 24: Rashman sejarah 1 selangor

24[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Sumber utama Baitulmal selaku Perbendaharaan Negara Islam ialah zakat. Zakat ialah bayaran ke atashasil pendapatan dalam bentuk wang atau benda lain oleh umat Islam yang berharta apabila mendapatihasil tanah pertanian dan ternakan serta nilai emas dan 2isi perak mereka mencukupi syarat zakatsebagaimana yang ditentukan oleh syarak. Jumlah zakat yang tertentu diserahkan kepada Baitulmaluntuk diuruskan. Pihak Baitul Mal akan menilai semua bayaran. Pada satu tempoh masa, jumlahbayaran diperuntukan kepada pihak yang layak menerimanya iaitu lapan asnaf yang disebut dalam al –Quraan. Pengagihan ini dilakukan bagi membantu mereka yang berkurang nasib baik. Jika berlakunyalebihan agihan, Baitul Mal yang bertindak sebagai penyimpan harta zakat, berhak menggunakan hartatersebut untuk pembangunan dan kebajikan awam.

b. Ghanimmah.Selain zakat, baitul Mal mengurus harta daripada rampasan perang. Kemenangan dalam peperanganbermakna penguasaan keatas segala barang tinggalan musuh. Harta tersebut perlu diambil bagidimanafaatkan oleh orang lain. Selain peperangan, harta juga diperolehi semasa menduduki kawasanyang ditinggalkan oleh tuannya atau harta tidak bertua. Harta yang sebegini disebut “Fay”. Baitul Malmemperuntuk 1/5 daripada kutipan ghanimmah dan fay dikhaskan untuk perbelanjaan kerajaan pusatdan bakinya diagihkan kepada tentera – tentera yang terlibat dalam perluasan kuasa itu.

c. Jizyah.Kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan orang – orang bukan Islamyang bersetuju menerima pemerintahan Islam di kawasan mereka. Tentera Islam ditugaskan mengawalkawasan – kawasan mereka. Semasa kemaraan tentera Islam, mereka diberi pilihan. Sekiranya merekamemilih untuk bernaung di bawah kerajaan islam, mereka dikehendaki membayar Jizyah. Kadar cukaiini ditetapkan diantara 12 hingga 48 dirham setahun mengikut taraf kekayaan dan keupayaan. Hanyalelaki yang merdeka, berakal dan masih hidup berupaya membayar jizyah kepada Baitul Mal. Hasilcukai digunakan untuk tujuan pembangunan dan pertahanan.

d. Kharaj.Semua pemilik tanah di wilayah yang ditakluki dikehendaki membayar cukai ( Kharaj ) kepada BaitulMal dengan kadar sebanyak 10 peratus. Sekiranya berlaku kemusnahan akibat banjir atau kemarau,cukai tidak akan dikenakan. Semua urusan kutipan kharaj ditadbir dan diselaraskan oleh Baitul Malpusat.

Khalifah mewajibkan pemilik tanah mengusahakan tanah mereka sebaik mungkin. Sekiranya didapatiada tanah yang tidak diusahakan, pengurusan Baitul Mal diberik kuasa untuk menyerahkan tugasmengusahakan tanah itu kepada orang lain. Bagi pemilik tanah kawasan lain, cukai tanah dibezakanmengikut jenis tanaman. Tanah yang ditanam dengan anggur dikenakan 10 dirham bagi setiap jarib.

e. Usyur.Sumber Baitul Mal berikutnya diperolehi daripada para peniagan yang memperolehi pendapatanmelebihi nisab sebanyak 200 dirham. Peniagan islam dan bukan islam dikehendaki membayar cukaiusyur ini mengikut kadar yang ditetapkan oleh Khalifah. Peniagan kafir harbi yang tidak membuatperjanjian perdagangan dengan kerajaan Islam dikenakan Usyur 10 peratus, kafir Dhimmi 5 peratusdan di kalangan peniaga Islam mereka dikenakan cukai 2.5 peratus.

f. Sumber – sumber lain.Baitul Mal turut menerima dan mentadbir cukai – cukai lain seperti sedekah, wakaf, harta karun danharta rampasan dan disahkan benar selepas siasatan dijalankan.

B. PERANAN BAITULMAL. ( 5 isi X 2 markah )

Page 25: Rashman sejarah 1 selangor

25[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

1. Institusi Baitulmal ini diurustadbir oleh pemerintah Islam yang bertanggungjawab secara langsungmenentukan sumber pendapatan negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang berhakdan untuk pembangunan negara secara keseluruhannya.Khalifah juga bertanggungjawab melantikpegawai – pegawai yang adil dan amanah untuk mengendalikan pengurusan Baitulmal diperingkatpusat, cawangan atau wilayah. Khalifah juga berhak menerima khidmat nasihat daripada Majlis Syurauntuk menjamin Institusi Baitulmal boleh menambahkan lagi pendapatan negara dan perbelanjaannya.

2. Matlamat penubuhan Baitulmal ialah untuk memberikan kemakmuran kepada umat Islam dan iaadalah satu lambang penyertaan setiap individu yang berada dengan mengeluarkan zakat, sedekah,wakaf dan sebagainya untuk mengatasi masalah kemiskinan mereka yang tidak bernasib baik.

3. Harta yang ada dalam Baitulmal hendaklah sentiasa mengalir sama ada diagihkan kepada lapan asnaf (mereka yang berhak menerima zakat ) atau untuk membina infrastruktur dan pelaburan di dalamaktiviti – aktiviti sosial, perdagangan dan perindustrian.

4. Membayar gaji pegawai – pegawai dan pekerja.5. Membuka tanah dan mengeluarkan bahan mentah.6. Meningkatkan pendapatan umat islam melalui pinjaman.7. Memberikan bantuan & biasiswa kepada pelajar – pelajar.

A. PENUTUP: ( 2 markah )Apa – apa sahaja yang berkaitan.

13. Huraikan sistem pendidikan Islampada zaman Bani Umaiyah di Andalusia pada abad ke – 10

Masihi.

PENGENALAN ( 3 markah )

1. Pendidikan Islam adalah wahana terpenting untuk meneruskan kesinambungan budaya dan tradisi

keilmuan Islam di dalam masyarakat.

2. Pendidikan Islam merupakan satu proses pembentukan keperibadian manusia supaya menjadi hamba

Allah S.W.T. yang beriman, bertakwa, dan beramal soleh untuk mendapat keredhaan Allah serta

kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat berlandaskan al-Quran dan as-sunnah.

3. Institusi pendidikan Islam bermula di rumah dan masjid-masjid pada awal permulaan Islam.

Kemudian ditubuhkan Baitul-‘ilm, Madrasah al-Baihaqiyyah di Naisabur dan Madrasah Nizamiyyah

di Baghdad pada tahun 1067 M sebagai institusi pengajian tinggi Islam. Sebagai kemuncak

perkembangan institusi pendidikan Islam ialah dengan tertubuhnya Universiti al-Azhar pada tahun 359

H (970 M).

4. Mencakupi prinsip asas mengenai akhlak, tingkah-laku, dan agama.

5. Membawa manusia ke dunia fikiran dan pengalaman serta mendorong manusia membuat kajian dan

membuktikan kebolehan secara amali.

Page 26: Rashman sejarah 1 selangor

26[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

6. Mempengaruhi tamadun dan kebudayaan manusia bukan sahaja pada zaman jahiliah, malah pada masa

sekarang.

7. Pendidikan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis. Menerusi al-Quran, manusia disarankan

agar berfikir dan membersihkan jiwa supaya dapat mengenali Allah s.w.t. Melalui al-Quran manusia

dapat mengetahui kisah-kisah zaman silam yang boleh dijadikan ‘iktibar dan teladan. Di samping al-

Quran, juga menyarankan supaya manusia berfikir bagi mempertingkatkan bakat dan perkembangan

intelektual.

ISI –ISI PENTING ( 4 isi X 5 markah )

1. Sistem pendidikan Islam di Sepanyol bermula pada zaman Bani Umayyah di Sepanyol. Kerajaan Bani

Umayyah telah menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembelajaran. Antaranya mendirikan masjid

sebagai tempat ibadah dan tempat belajar. Di samping itu, kerajaan Bani Umayyah telah

menggalakkan para ilmuan dalam dan luar negara bukan Arab datang mengajar di Sepanyol.

2. Sistem pendidikan Islam di Sepanyol terbahagi kepada tiga tahap

(a) Dalam peringkat rendah pelajar-pelajar diajar membaca al-Quran dan tata bahasa Arab.

(b) Dalam peringkat menengah dijalankan secara bersendirian dan pada tahap ini tidak ada

sukatan pelajaran yang tetap, malah ianya berbeza-beza antara satu sekolah dengan sekolah

yang lain. Antara pelajaran yang diajar ialah tatabahasa, sejarah, hadis, fekah, dan lain-lain.

(c) Dalam peringkat tinggi diadakan secara tidak rasmi di bawah kelolaan sekumpulan profesor

dan mengendalikan kursus-kursus di peringkat lepasan ijazah yang berpusat di Cordova dan

Toledo.

3. Kesan dari sistem pendidikan di Sepanyol ini telah membawa perubahan, antaranya kota Cardova

telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan tempat tumpuan pelajar-pelajar dari seluruh

Eropah.

4. Juga ianya telah melahirkan para cendekiawan dalam berbagai-bagai bidang seperti matematik, sains,

fizik, falsafah, kesusasteraan dan lain-lain. Antara tokoh-tokoh yang terkenal ialah al-Khawarizmi

pakar bidang matematik. Ibn Sina ahli perubatan yang banyak menghasilkan buku-buku perubatan

serta mencipta teori dan prinsip baru. Begitu juga banyak buku bahasa Arab telah diterjemahkan ke

bahasa Eropah.

KESIMPULAN ( 2 markah )

Sistem pendidikan di Sepanyol teratur dan mempunyai sukatan pelajaran yang lengkap.

Page 27: Rashman sejarah 1 selangor

27[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

14. Jelaskan objektif penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam.

PENDAHULUAN. ( 3 markah )

1. Sejarah telah mencatitkan bahawa telah wujud golongan manusia yang hidup secara berpindah randahkerana menjelajah dan meneroka kawasan yang baru.

2. Penjelajahan bermakna – pergerakan atau pengembaraan kesuatu tempatyang jauh dengan tujuanuntuk menyelidik tempat berkenaan. Manakala penerokaan pula bermakna usaha – usaha mengkajidan menyelidik dengan lebih mendalam kawasan – kawasan yang baru dijelajah.

3. Agama Islam menggalakkan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Dalam hal ini, banyak ayat Al –Quraan yang menyuruh umat Islam menjelajah keseluruh bumi Allah s.w.t.

ISI – ISI PENTING ( 7 isi X 3 markah )

TUJUAN – TUJUAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN DALAM TAMADUN ISLAM.

1. Mengagungkan serta membesarkan Allah s.w.t terhadap hamba – hambaNya setelah memerhatisegala ciptaan Allah swt proses perlaksanaannya.

2. Menambah keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah swt. Objektif ini dapat dicapai setelah melihatkepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Allah swt.

3. Menambahkan bilangan ilmu pengetahuan - menerusi pemerhatian dan penelitian terhadapmakhluk – makhluk Allah swt serta kesan – kesan peninggalan masyarakat pada zaman lampau.

4. Dorongan Al – Quraan : Firman Allah swt yang bermaksud “katakanlah berjalan di muka bumi,maka perhatikanlah bagaimana Allah swt menciptakan ( manusia ) dari pemulaannya kemudiannyaAllah swt menjadikannya sekali lagi”.

5. Mengambil iktibar dan pengajarannya yang berkaitan dengan kehidupam daripada peristiwa yangberlaku ke atas masyarakat terdahulu disamping peninggalan tamadun silam.

6. Memakmurkan alam dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan. Disamping itu, umat Islam jugadapat memperkenalkan kaedah perniagaan di dalam islam yang berdasarkan konsep keadilan dankejujuran.

7. Menyebarkan dakwah Islamiah. Objektif ini juga merupakan tujuan penting kegiatan penjelajahandan penerokaan. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah menghantar Muaz bin Jabal ke Yamanuntuk berdakwah di sana. Begitu Khalifah Umar Al – Khattab, umat – umat Islam telah menjelajahhingga ke Parsi, Rom dan China untuk menyebarkan Islam.

8. Peningkatan Ilmu pengetahuan : geografi dan pelayaran , disiplin Geografi telah diterokai oleh umat– umat Islam melalui aktiviti Penjelajahan dan penerokaan ini. Selepas wilayah Islam berkembangluas ke negara China di Timur dan lautan Pasifik, pengetahuan umat – umat Islam mengenai bumi dankedudukan sesebuah negara semakin bertambah. Di samping itu pengetahuan mengenai ilmupelayaran juga semakin bertambah. Semuanya merupakan tujuan sampingan kegiatan penjelajahandan penerokaan ini dijalankan.

Page 28: Rashman sejarah 1 selangor

28[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

9. Memperkukuhkan politik Islam. Aktivit Penjelajahan dan penerokaan ini banyak dilakukan olehpemerintah Islam seperti zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Al – Walid binAbdul Malik.

10. Perasaan ingin tahu ( inkuiri ) mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka.

KESIMPULAN . ( 1 markah )

Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam prosesperkembangan uintelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakatIslam.

15. Bandingkan pembaharuan dalam system pentadbiran Islam pada zaman khalifah Umar al-Khattab dengan khalifah Umar bin Abdul Aziz .

Pengenalan. (3 Markah).

1.Latar belakang Saidina Umar Al-Khattab - Khalifah ke-2 zaman Khulafa Al-Rashidin. Terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik. Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir al-Mukminin .Sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w. Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H. Pelantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam. Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah. Zamannya berlaku kegemilangan Islam ( Dalam bidang politik, ekonomi , sosial dan agama ) Meninggal dunia pada 23H.

2. Latar belakang Umar Abd AzizMerupakan khalifah bani Umaiyah yang kelapan. Dilahirkan pada tahun 681M diKaherah. Beliau menaiki takhta pada tahun 717 M.Beliau mempunyai darah keturunan Khalifah Umar al-Khattab.Terkenal sebagaiseorang yang warak dan patuh kepada ajaran Islam. Beliau telah menghafal alQuran sejak kecil dan mendalami ilmu hadis, sastera dan syair-syair Arab di kotaMadinah. Beliau melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran dan dasarkerajaan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat sepanjang pemerintahanbeliau

Isi-isi Penting (20 Markah)

Pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. [10]

1. Sistem Syura.

Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik,

ekonomi, social dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara.

Page 29: Rashman sejarah 1 selangor

29[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat.

Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am.

Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid

2. Perluasan wilayah Islam

Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa.

Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin.

Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat

pemerintahan. Contoh Mekah, Damsyik, dan Kufah.

Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam

3. Pelantikan pegawai wilayah.

Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah peringkat wilayah dan bertindak

sebagai panglima tentera.

Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas perbendaharaan wilayah.

Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam.

Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan.

Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman.

Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak memegang jawatan di wilayah.

Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab yang wajib dipatuhi.

Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di wilayah setiap tahun

selepas musim haji.

Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang dilantik, dan berhak untuk membuat

pengaduan kepada khalifah.

Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/ tidak cekap melaksanakan tugas.

4. Pengurusan tanah.

Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah tersendiri, - Di Iraq tanah

menjadi hak milik kerajaan contoh:

Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi.

Tanah yang tiada waris.

Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluki oleh tentera Islam.

Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk membangunkan wilayah masing-masing.

Undang-undang pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan tanah yang dimiliki oleh

golongan bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan kepada petani.

Page 30: Rashman sejarah 1 selangor

30[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayah Islam ini kecuali jika

dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki.

5. Sistem percukaian tanah dan tanaman

Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman. Contoh:Gandum dikenakan

cukai= 2 dirham, Barli=1dirham, Anggur =10 dirham.

Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur

6. Memajukan sektor pertanian

Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah sekiranya mereka meneroka

tanah baru untuk tujuan pertanian.

Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan menjadi milik kerajaan semula.

Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina –dikenali terusan Amirul-

Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa.

7. Struktur pentadbiran ketenteraan.

Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela.

Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan

sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas.

Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh - Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan

memanah.

Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran.

Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan

Hims.

Membina kubu-kubu pertahanan sebagai langkah berjaga-jaga.

8. Kehakiman

Menetapkan syarat-syarat pelantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi,

dikenali oleh masyarakat.

Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan.

Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam.

Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil.

Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan

ramai bagi menjamin keadilan perundangan.

Pembaharuan dilakukan oleh Umar B Abd Aziz [10m]

Page 31: Rashman sejarah 1 selangor

31[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

1. Menghentikan pemberontakan dan kegiatan perang.Setelah Umar b Abd Aziz dilantik sebagai khalifah, beliau telah mengarahkansupaya semua kegiatan perang, penalukan ke atas golongan bukan Islam dansemua pemberontakan Islam dihentikan. Ia bertujuan unutk menjalin hubunganbaik antara semua pihak dan juga memberi peluang rehat untuk tenteranya sertamewujudkan keamanan. Contohnya golongan pemberontak Khawarij telahmenghentikan pemberontakan mereka ke atas Kerajaan Umaiyah.

2. Pelantikan GabenorMemecat gabenor yang cuai, zalim dan mementingkan diri sendiri akandipecat.Contohnya Muhammad bin Yusuf (Yaman) dan Yazid Abu Muslim(Afrika Utara). Hanya pegawai yang layak sahaja akan dilantik.Gabenor yang dilantik perlu mengisytiharkan harta masing-masing. Sekiranyaada kurniaan yang tidak sewajarnya ia harus dikembalikan kepada kerajaan.

3. Mementingkan keadilanHukuman berat seperti hukuman mati akan diadili dengan lebih teliti demimengelakkan penganiayaan. Segala harta rampasan perang perlu dibahagikansecara adil kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Beliau juga menetapkansupaya wang baitulmal tidak digunakan untuk majlis keramaian.

4. Menghapuskan rasuahMenghapuskan rasuah dalam jabatan-jabatan kerajaa demi menjamin keadilansosial rakyatnya. Tindakan dikenakan terhadap pegawai-pegawai yang zalimterhadap rakyat. Masalah perkauman dalam kalangan pembesar-pembesar BaniUmaiyah juga dititikberatkan.

5.. Cukai tanah (kharaj) atau tanah-tanah yang diperolehi melalui penjajahan.Tanah-tanah tersebut menjadi milik bersama orang Islam dan Kerajaan.Cukai dikenakan ke atas hasil tanamanTanah Kharaj tidak boleh dijual atau diagihkan.

6..Penghapusan cukai-cukai yang membebankan.Cukai terhadap orang yang telah memeluk Islam telah dihapuskan. Cukaiterhadap orang Yahudi sebanyak 2000 dirham dikurangkan kepada 200 dirham.Cukai perniagaan, cukai tanah dan zakat kepada orang-orang Islam bukan Arab.

7.Mengembalikan konsep musyawwarah

8.Mengembalikan sifat zuhud pemimpin dengan mengamalkan cara hidupseperti rakyat biasa

Kesimpulan (2 Markah)

Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar berkaitan

dengan asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah

memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas di samping membentuk empayar Islam.

Page 32: Rashman sejarah 1 selangor

32[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

16. Sejauhmanakah hubungan perdagangan mempengaruhi pertembungan antaratamadun Islam dengan tamadun Eropah yang menyumbang kepada pencapaiantamadun dunia.

PENGENALAN : ( 3 markah )

1. Sebelum kedatangan Islam orang Arab dikenali sebagai pedagang yang aktif. Mereka telah berjayamenguasai perdagangan di Lau Merah, terutama zaman kemerosotan kuasa Rom pada abad ke – 4Masihi.

2. Pedagang Arab telah menguasai laluan rempah di Teluk Parsi yang sebelum ini dikuasai oleh orangSasania ( 224 – 651 Masihi ).

ISI – ISI PENTING. ( 5 isi X 4 markah )

Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Eropah berlaku menerusi hubungan perniagaan,

peperangan, penaklukan, hubungan diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian.

1. Hubungan perniagaan/perdagangan.Orang Islam Arab dan Parsi telah menguasai perdagangan melalui laluan rempah. Orang Eropah

membeli barang – barang timur daripada orang Islam melalui pelabuhan Venice dan Genoa. Kesannya

ialah:

a. Kapal Caravel Portugis menyerupai baghlar Arab ( layar tiga segi ). Rekaan kapal orang Portugismempengaruhi kapal – kapal orang Islam ( belakang berbentu empat segi ).

b. Ilmu Geografi, Atlas Partolan dan kompas digunakan oleh orang Islam telah mempengaruhi ilmupelayaran barat.

c. Pelayaran Vasco Da Gammad, melintasi Lautan Hindi dibantu oleh seorang pemandu berbangsaArab.

2. Penaklukan.Pertembungan tamadun tersebut adalah kesan daripada perluasan kuasa Kerajaan Bani Umaiyyah ke

Afrika Utara dan sepanyol dan kerajaan Turki ke atas Eropah Timur dan Constantinopel. Penaklukan

tersebut menyebabkan berlaku interaksi dan asimilasi antara orang Islam dengan orang Eropah.

a. Penggunaan senjata meriam oleh tentera Islam dalam pertempuran di Tarig (Sepanyol )mempengaruhi peperangan di Eropah Utara ( Crecy, Peranchis ) pada tahun 1346.

b. Pembinaan bandar Cordova ( Sepanyol ) adalah kota yang tercantik dan dilengkapi denganmasjid, perpustakaan dan kemudahan awam.

c. Penaklukan Islam ke atas tanah jajahan Rom ( Afrika Utara ) dan Parsi telah mempengaruhiperkembangan ilmu dan intelektual islam.

Page 33: Rashman sejarah 1 selangor

33[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

3. Peperangan ( Perang Salib )a. Orang Eropah menyerang pihak Islam bermula pada tahun 1095 hingga 1291 masihi.

b. Perang Salib merupakan saluran perpindahan ilmu pengetahuanIslam ke Eropah.

c. Ilmu tentang peralatan perang pembinaan tembok dan strategi peperangan dipelajari oleh orang –orang Eropah.

4. Hubungan diplomatik zaman Abbasiyah bermula ketika Khalifah harun Al – Rashid.a. Orang Barat mendalami karya Yunani dan India melalui penulisan yang telah diterjemahkan ke

dalam bahasa Arab dan Parsi.

b. Mereka menterjemahkan penulisan Islam dari semua bidang ilmu ke dalam bahasa Latin.

c. Melahirkan pemikir – pemikir Eropah yang dipengaruhi oleh ilmu pengetahuan dalam tamadunIslam seperti Tycho Brake, Johannes Keples, Antorio Fiore dan F. Rosen.

d. Orang Barat terdedah dengan kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial yang diamalkan olehnegara Islam. Ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat di Eropah. Pembinaan Hospital LesQuinze – Vight di Paris adalah di pengaruhi oleh Hospital Sultan Nuruddin di Damsyik.

5. Sistem Pendidikan.a. Cordova telah menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti perpustakaan oleh

negara Islam untuk membolehkan orang Eropah mendalami ilmu pengetahuan Islam. Adelard,marley dan Leonardo Fibanacci mendapat pendidikan di Sepanyol ( zaman Islam ).

b. Selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pusat pengajian Islam ditubuhkan untukmenyebarkan pengetahuan Islam. King Henry I telah menubuhkan Perguruan Tinggi untukmenyebarkan pengetahuan Islam. Sekolah untuk mendidik Oreantalis Barat telah didirikan diToledo ( 1250 Masihi ). Abelord of Bath ialah ahli falsafah dan matematik yang mendapatpendidikan di Toledi.

c. Di Sicily, King Roger I telah mendirikan Sekolah Hukum di Naples dan Amalfi. King FrederickII menggalakkan orang – orang Sicily mempelajari Ilmu Islam dan bahasa Arab.

6. Kegiatan Penterjemahan ( berlaku dalam dua peringkat ):a. Ilmu pengetahuan Yunani banyak mempengaruhi perkembangan intelektual Islam melalui

penterjemahan karya – karya Yunani terutama pada zaman Abbasiyyah. Sekolah tinggipenterjemahan telah ditubuhkan oleh Khalifah Al – Makmum. Dengan kegiatan ini, sebahagianbesar buku perubatan Galen dan Hippocrates, falsafah Plato dan Arsitotle diterjemahkan ke dalambahasa Arab. Penterjemahan yang terkenal ialah Husain bin Ishak, Qusta bin Luqas dan Thabit.

b. Di zaman Renaissance, banyak karya Islam dalam pelbagai bidang diterjemahkan ke dalambahasa Latin. Buku Falsafah ditulis oleh Ibnu Rusyd dan Ibnu Sina. Matematik ditulis olehNasuruddin, Tusi dan al – Khawarizmi ) Astronomi ditulis oleh Abu Masyr dan al – Bottani.Buku – buku itu dieterjenahkan dan menjadi rujukan kepada pemikir Eropah. Di Sicily, King

Page 34: Rashman sejarah 1 selangor

34[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Frederick II telah menggalakkan buku – buku arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. MichealScott merupakan penterjemah yang banyak memberi sumbangan dalam bidang ini.

7. Penubuhan Kerajaan Islam.Penubuhan Kerajaan Islam bani Umaiyyah di Afrika Utara dan Sepanyol menyebabkan berlakupertembungan tamadun Islam dengan Eropah. Orang Islam telah sampai ke Sicily, Portugal danSelatan Peranchis melalui Laut Mediterranean. Negara – negara tersebut merupakan jambatan yangmenghubungkan tamadun Islam dengan Eropah.

KESIMPULAN. ( 2 markah )Apa – apa sahaja yang berkaitan.

Page 35: Rashman sejarah 1 selangor

35[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]