permainan kecil

5
  PERMAINAN KECIL KU- DA  2009 PENGENALAN Permainan kecil ialah permainan yang boleh di kategorikan mengikut tahap kemahiran yang dip er luk an dan juga be rda sar kan kerumita n undan g- undang perma ina n. Per main an bole h dib aha gika n kepa da tiga jeni s iait u per main an org anis asi rend ah, permainan mendorong/ ubahsuaian (lead-up/ modified) dan sukan. Terdapat pelbagai  jenis permaina n kecil seperti ku- da, perigi beracun, permaina n monyet, dan sebagainya. PERMAINA N KECIL KU- DA Pengenalan Permainan kecil Ku- a merupakan salah satu permainan kecil dalam jenis permainan organisasi rendah. !enis permainan ini tidaklah begitu kompleks dan senang untuk di mai nk an. "ir i- cir i per mai nan ini merangku mi ele men- ele men seperti memba# a keseronokan, memberi kejutan, keputusan dibuat serta merta akibat tidak serius dan ianya diluar alam nyata. Permainan ini memberi keseron ok an ker an a iany a bers if at hiburan tanp a mementingkan akibatnya. $a diluar alam nyata kerana peserta atau kanak- kanak keluar dari alam nyata dan memasuki alam imaginasi. Permainan Ku- a adalah fleksibel dan boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat. $anya memerlukan sedikit atau tanpa alatan bergantung kepada kreati%iti pemain. Permainan ini melibatkan satu atau lebih kemahiran asas, peraturan dan prosedur permainan berpasukan. $a boleh di mulakan denga n kemahiran ya ng mudah dan beransur- ansur ditambah dengan beberapa kemahiran dan teknik. 1

Upload: norshimahabubakarshimah

Post on 05-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ABM

TRANSCRIPT

PERMAINAN KECIL KU- DA

PERMAINAN KECIL KU- DA2009

PENGENALANPermainan kecil ialah permainan yang boleh di kategorikan mengikut tahap kemahiran yang diperlukan dan juga berdasarkan kerumitan undang- undang permainan. Permainan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu permainan organisasi rendah, permainan mendorong/ ubahsuaian (lead-up/ modified) dan sukan. Terdapat pelbagai jenis permainan kecil seperti ku- da, perigi beracun, permainan monyet, dan sebagainya.PERMAINAN KECIL KU- DA

Pengenalan

Permainan kecil Ku- Da merupakan salah satu permainan kecil dalam jenis permainan organisasi rendah. Jenis permainan ini tidaklah begitu kompleks dan senang untuk di mainkan. Ciri- ciri permainan ini merangkumi elemen- elemen seperti membawa keseronokan, memberi kejutan, keputusan dibuat serta merta akibat tidak serius dan ianya diluar alam nyata.

Permainan ini memberi keseronokan kerana ianya bersifat hiburan tanpa mementingkan akibatnya. Ia diluar alam nyata kerana peserta atau kanak- kanak keluar dari alam nyata dan memasuki alam imaginasi. Permainan Ku- Da adalah fleksibel dan boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat. Ianya memerlukan sedikit atau tanpa alatan bergantung kepada kreativiti pemain. Permainan ini melibatkan satu atau lebih kemahiran asas, peraturan dan prosedur permainan berpasukan. Ia boleh di mulakan dengan kemahiran yang mudah dan beransur- ansur ditambah dengan beberapa kemahiran dan teknik.

Syarat- syarat permainan Permainan ini dimainkan dalam dua kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 5 orang atau lebih bergantung kepada jumlah pemain.

Satu kempulan akan dinamakan KU dan satu lagi akan dinamakan DA. Dalam semua kumpulan peserta akan meniarap dan menghadap antara satu sama lain bersebelahan di garisan tengah. Seorang ketua dipilih untuk diberi isyarat KU atau DA. Pemain bergilir- gilir memegang peranan ini.

Permainan ini berakhir apabila semua pihak lawan kehilangan ahli.

cara permainan Ketua akan memberi isyarat Ku atau Da. Bila isyarat Ku diberi, peserta kumpulan Ku akan akan berdiri dan mengejar serta menyentuh pihak sebelah. Peserta kumpulan Da juga berdiri dan berlari secepat mungkin untuk mengelakkan diri daripada di sentuh.

Jika disentuh sebelum sampai ke kawasan selamat, individu itu akan menjadi ahli kumpulan yang mengejar dan menyentuhnya. Kawasan selamat ialah kawasan dimana peserta kumpulan yang di kejar menyelamatkan diri. Sebelum sampai ke tempat kawasan selamat, peserta perlu melepasi halangan iaitu melompat kon bertali. Jarak kawasan selamat bergantung kepada persetujuan pemain.

Kumpulan yang menang akan dikira berdasarkan berapa ramai pemain lawan yang berjaya disentuh.CONTOH LAKARAN

halangangarisan tengah

REFLEKSIPermainan kecil merupakan permainan yang sangat digemari dan di sukai oleh kanak- kanak. Ini kerana mereka boleh mencipta dan mengubahsuai permainan sesuka hati mengikut citarasa mereka. contohnya jika terdapat permainan kecil yang memerlukan halangan, mereka boleh mencipta pelbagai halangan yang menarik dan mencabar mengikut keinginan mereka tanpa bergantung kepada halangan yang telah ditetapkan.Selain itu juga permainan kecil merupakan permainan yang fleksibel dan tidak terikat kepada peraturan- peraturan yang telah khusus. Ini kerana pemain boleh mengubah peraturan sendiri mengikut kesesuain permainan untuk menjadikan permainan tersebut lebih menarik.

Merujuk kepada permainan kecil KU- DA ,kelebihan yang boleh diperolehi oleh kanak- kanak yang utamanya adalah keseronokan dan keterujaan mereka untuk memenangi permainan tersebut. Ia juga memupuk semangat kerjasama berkumpulan dimana setiap ahli kumpulan berusaha untuk pastikan ahli kumpukan mereka tidak dicuri oleh kumpulan lawan, malahan mereka akan mencuri seberapa ramai ahli pihak lawan.

Dalam kemahiran ini, setiap peserta perlu peka dan fokus dengan setiap arahan yang diberikan oleh ketua dalam memastikan matlamat mereka tercapai. Selain itu permainan ini juga selamat dan tidak ada elemen- elemen yang boleh membahayakan keselamatan pemain. Oleh itu permainan ini begiti sesuai untuk kanak- kanak dan diharap ianya dapat dipraktikkan kepada murid- murid terutamanya murid sekolah rendah.( Nor Haliza bt Ab Rahman)

NAMA PERMAINAN:

PERMAINAN KU - DADISEDIAKAN OLEH :

KAMARULZAMAN B ARIFFIN

NOR HALIZA BT ABDUL RAHMAN

NUR ZULIA BT ZIKERI

SURIAWATY BT MAT SOHOR

ZALEHA BT ISMAILKELAS:KPLI-KDC (GSTT)PENDIDIKAN KHAS

KUMPULAN 2UNTUK PERHATIAN:

HJ WAN MOHD ZIL B WAN SALLEH

Kawasan

selamat

Kumpulan

DA

Kumpulan

KU

5