pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

6
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER 1.0 PENGENALAN Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar teruta manya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep  pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakin mendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas tahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama memperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL. Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan  pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan la tihan yang dibangunkan menggunakan  bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar. Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang berci rikan pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan  produktif. 2.0 PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri  perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum-balas kepada pengguna, krea tif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan. T eks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestila h tidak mengganggu tumpuan pengguna. Top ik-topik yang hendak disampaikan sebaik-  baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan

Upload: ensiklopedia-pendidikan-malaysia

Post on 30-May-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

8/14/2019 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/pengajaran-dan-pembelajaran-berbantukan-komputer 1/6

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER 

1.0 PENGENALAN

Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkandengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa

implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep

 pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakin

mendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas

tahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama

memperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL.

Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan

 pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. SitiFatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atau

PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan

 bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan

multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar 

sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan

komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.

Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan pendidikan yang mempunyai

unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan

gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta

menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti

dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapat

memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan

 produktif.

2.0 PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER 

PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri

 perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisianPPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari

fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang

dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian

yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi

maklum-balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya

objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.

Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah

tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik-

 baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan penggunameneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan

Page 2: Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

8/14/2019 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/pengajaran-dan-pembelajaran-berbantukan-komputer 2/6

rekabentuk antaramuka perisian.

3.0 ISTILAH-ISTILAH PPBK 

Antara Istilah-istilah yang selari dengan PPBK dalam bahasa asing ialah seperti

"computer-assisted instruction", "computer-aided instruction", "computer-assisted

learning" dan "computer-aided learning".

Pebezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi nama. Apa yang penting ialah fungsinya

tetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Berikut

adalah antara istilah-istilah yang lazim digunakan apabila berbincang tentang soal

PPBK;

3.1 Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI)

CAI adalah medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajaran

disampaikan oleh komputer. Pengguna belajar dengan berinteraksi dengan komputer.

Maklumbalas dari komputer akan dikeluarkan berdasarkan respond yang diberi oleh

 pengguna. Dalam proses pengajaran ini, komputer berperanan sebagai pemudahcara

yang lazimnya dilakukan oleh seorang guru.

Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat khas untuk digunakan dalam

 bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama ada dalam bentuk 

cakera liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran

 bantuan komputer atau CAI.

3.2 Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL)

Pembelajaran Bantuan Komputer atau CAL ialah satu bentuk pembelajaran untuk 

menggalakkan pelajar mencari pengetahuan dengan kadar kendiri. Ia berbeza dengan

cara CAI yang berdasarkan kepada respond pelajar dan maklum-balas komputer.

3.3 Courseware / Perisian Kursus

Menurut sumber dari laman web Smart Learning System oleh MIMOS, perisian

kursus merujuk kepada kepada pengajaran sebenar meliputi kedua-dua isi kandungan

dan teknik yang yang digunakan dengan menggunakan arahan komputer. Ia merujuk 

kepada isi kandungan pengajaran yang direncanakan dimasukkan kedalam alat

 pengarangan seperti ComIL untuk dijadikan bahan dan sumber pengajaran. Dengan

kata lain perisian kursus adalah PPBK seperti yang telah diterangkan terlebih dahulu

sebelum ini.

Page 3: Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

8/14/2019 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/pengajaran-dan-pembelajaran-berbantukan-komputer 3/6

4.0 Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning)

Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada pengajaran yang

disampaikan melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi,

urusan ujian dan lain-lain adalah berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001)

sistem pembelajaran berasaskan web merupakan sistem pembelajaran yang terbukadan fleksibel. Sesungguhnya potensi web dalam pendidikan ini amat luas sekali.

Alternatif kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh sistem pembelajaran berasaskan

web ini akan meningkatkan lagi minat dan motivasi mereka untuk meneroka

 pengetahuan-pengetahuan baru yang tidak mungkin dapat diterima dari sebuah kelas

tradisional. Contohnya, penggunaan e-mail sebagai alat komunikasi untuk bertukar-

tukar maklumat dalam suasana yang tiada batasan.

Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pentingnya merangka dan

memantau pertukaran maklumat ini untuk mempastikan pembelajaran yang bermakna

sebenarnya berlaku.. Oleh itu, dalam kesungguhan dan keghairahan untuk 

menggunakan web sebagai media pengajaran, para pendidik perlu juga menekankantentang keperluan untuk pembelajaran. Bagi Duchastel (1997) sumber maklumat,

tahap interaktiviti, pembelajaran berstruktur dan komunikasi adalah empat ciri yang

sepatutnya ada dalam seting keperluan pengajaran dan pembelajaran. Memperolehi

maklumat baru adalah sebab utama pelajar belajar. Interaktiviti pula adalah apa yang

 berlaku antara pelajar dan sumber pembelajaran - iaitu sama ada buku, simulasi,

 perbincangan mahupun program multimedia. Disini proses peningkatan dan

 pemurnian pengetahuan pelajar akan berlangsung. Struktur pula mempastikan fokus

 pembelajaran adalah selari dengan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu

dicapai. Dan sebagai tambahan, komunikasi pula memberikan seting sosial supaya

 pertukaran maklumat, bantuan peribadi dan motivasi berlaku.

Sebagai kesimpulannya, pembelajaran berasaskan web ini menggunakan corak 

 pembelajaran secara penerokaan. Sungguhpun capaian maklumat amat senang

didapati dengan menerokai dan melayari internet, maklumat tersebut tidak semestinya

 berilmu atau berguna. Oleh kerana inilah Duchastel menekankan kepentingan

keempat-empat keperluan tersebut semasa proses pengajaran-pembelajaran berlaku.

5.0 PENDEKATAN PPBK 

PPBK menggunakan beberapa jenis pendekatan interaksi pengajaran dan

 pembelajaran. Antara jenis-jenis interaksi yang popular ialah tutorial, latih-tubi,

simulasi dan permainan pendidikan. Setiap jenis interaksi ini mempunyai

kelebihannya masing-masing. Ia boleh dibangunkan secara sendiri. Bagaimanapun,

 perisian yang menggunakan gabungan tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan

 pendidikan akan bersifat lebih interaktif dan menarik.

5.1 Tutorial

Tiga perkara asas yang perlu ada dalam sesi tutorial iaitu isi pelajaran yang kemas,

Page 4: Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

8/14/2019 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/pengajaran-dan-pembelajaran-berbantukan-komputer 4/6

 pengguna boleh menjawab soalan dan komputer memberi maklumbalas. Dalam sesi

tutorial, pada asasnya, komputer akan mengajar pengguna sesuatu konsep atau teori

yang baru. Pengguna kemudian akan berinteraksi dengan komputer mengikut kadar 

kendiri pengguna. Setelah konsep-konsep tertentu dipersembahkan kepada pengguna

dan kefahaman pengguna diukur, komputer kemudian akan mengeluarkan arahan-

arahan sama ada berbentuk pengulangan atau pengukuhan berdasarkan maklumbalas pengguna.

5.2 Latihtubi (Drill and Practice)

Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan ransangan dan pengukuhan.

Mengikut teori ini, apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon. Proses

latihtubi ini berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk memberi latihan dan

 pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari.

Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkankemahiran dan pengetahuan pengguna. Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu

konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang diberi oleh komputer.

Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latihtubi ini ialah

menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang

 papankekunci.

5.3 Permainan Pendidikan (Educational Games)

Keadah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer dapat

meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Menurut Jonassen (1996) para pelajar yang

mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk 

 belajar. Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk permainan pendidikan.

Permainan pendidikan dalam PPBK adalah permainan yang berorientasikan

 pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah para

 pengguna dapat mempelajari sesuatu konsep secara tidak langsung. Unsur-unsur 

hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam permainan ini akan merangsang

 pengguna untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu

mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya

terlebih dahulu. Dengan ini ia membantu pelajar melatih kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah.

Pendekatan PPBK yang berasaskan simulasi dan latihtubi boleh juga disampaikan

melalui permainan. Permainan yang baik seharusnya mampu untuk mengasah

 pemikiran yang kreatif kerana dalam sesi permainan, pelajar akan cuba membuat

keputusan berdasarkan syarat, logik dan hukum tetentu. Situasi ini juga dapat

mencabar motivasi pelajar.

5.4 Simulasi (Simulation)

Page 5: Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

8/14/2019 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/pengajaran-dan-pembelajaran-berbantukan-komputer 5/6

Komputer boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana para pengguna

 boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut seperti ia

 benar-benar berlaku. Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat

dijalankan. Contohnya dalam pembelajaran sains tentang tajuk meosis, adalah lebih

 berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada menggunakan

gambarajah-gambarajah statik untuk menerangkan proses meosis. Selain darimenjadikan topik tersebut amat menarik, pembaziran dari segi masa dan kos-kos yang

tidak perlu dapat dielakkan. Apa yang penting, pengguna simulasi dapat meneroka

sendiri bahan tersebut sesuai dengan keupayaan pembelajaran mereka.

6.0 KESIMPULAN

Walaupun pendidikan teknologi maklumat dan penggunaan internet di sekolah-

sekolah masih lagi baru, semua pihak menyedari penggunaan perisian kursus dalam

 pendidikan telah membuka berbagai peluang belajar bagi para pelajar.Walaubagaimanapun, menghasilkan satu perisian pendidikan yang bermutu adalah

sesuatu yang perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi terutama jika proses pengajaran

dan teknologi mahu disepadukan dalam bilik darjah seperti yang dicadangkan dalam

 projek sekolah bestari.

Persoalannya, siapakah yang patut membangunkan perisian tersebut? Membiarkan

guru-guru dengan tanggungjawab membina perisian pendidikan disamping tugas-

tugas yang sedia ada adalah terlalu membebankan. Dalam pada masa yang sama

mengharapkan jurutera perisian membangunkan perisian pendidikan pula beerti

menjemput masalah yang sudah dijangka kerana pengetahuan pedagogi mereka

adalah terbatas. Walau apapun jalan penyelesaiannya, penghasilan perisian yang

 berkualiti perlu ditekankan agar ia menjadi lebih dari mempersembahkan maklumat

dalam bentuk multimedia sahaja.

RUJUKAN

Alessi S.M. & Trollip S.R. 1985. Computer-Based Instruction - Methods and

Development. New Jersey, Prentice-Hall Inc.

Boyle, T. 1997. Design for Multimedia Learning. Europe, Prentice Hall.

Khan, B.H. 2001. Web Based Learning.

http://www.bookstoread.com/bestseller/khan/wbl.html (25 Jun 2001)

Duchastel 1997. A Web-Based Model for University Instruction. Journal of 

Educational Technology Systems 25, (3):221-228.

Jonassen, D. H. 1996. Computers in the Classroom: Mindtools for Critical Thinking.

 New Jersey, Prentice-Hall.

Lee, G. S. 2000. IT & Education In Malaysia. Kuala Lumpur, Longman.

Page 6: Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

8/14/2019 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

http://slidepdf.com/reader/full/pengajaran-dan-pembelajaran-berbantukan-komputer 6/6

Munden, C.D. 1996. Computer Assisted Instruction.

http://www.auburn.edu/~mundecd/cai.html (1 Julai 2001).

Siti Fatimah. 2001. Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer. Nota Kuliah.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

(Tanpa pengarang dan tarikh) Smart Learning System. http://www1.jaring.my/sle/ (25

Jun 2001)