pemikiran politik muhammad abduh

Upload: ensiklopedia-pendidikan-malaysia

Post on 30-May-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Pemikiran Politik Muhammad Abduh

    1/9

    Pemikiran Politik Muhammad Abduh (1849-1905)

    1. Latar BelakangMuhammad bin Abduh bin Hasan Khayrullah dilahirkan di Mahallat

    Nasr sebuah kampung berhampiran dengan bandar Tanta yang

    terletak di daerah Shubraa-Khit dalam wilayah Buhayrah, Mesir. Beliaumerupakan tokoh reformis/fundamentalis yang terulung pada zaman

    moden ini, sehingga pemikiran-pemikiran yang timbul selepasnyasedikit sebanyak dipengaruhi oleh pemikirannya.

    Bermula sebagai seorang yang serba jemu dan benci terhadappelajaran, Muhammad Abduh kemudiannya berubah menjadi seorang

    yang dinamis sejak bertemu dengan Syeikh Darnish Khadr, bapasaudaranya. Apalagi ketika sedang menuntut di al-Azhar, beliau

    sempat pula bertemu dengan al-Afghani, dan kemudiannya terus

    menjadi muridnya yang setia. Sewaktu al-Afghani diusir daripada Mesirpada tahun 1879, Mudammad Abduh yang juga dituduh terlibat dalam

    komplot menentang kerajaan telah dibuang daripada Kaherah. Apabilabeliau sekali lagi ditangkap kerana penglibatannya dalam revolusi

    Urabi Pasha, beliau kemudiannya di buang negeri pada tahun 1882.Mulanya beliau ke Beirut, tetapi pada tahun 1884, beliau turut

    bersama-sama dengan al-Afghani di Paris. Di sanalah mereka

    menerbitkan akhbar al-Urwat al-Wuthqa yang gemanya (pengaruhnya)menjangkau hampir setiap pelosok dunia Islam ketika itu.

    Sebagai reformis, pemikiran Muhammad Abduh dapat dilihat

    daripada beberapa bidang iaitu akidah, sosial, politik dan pendidikan.

    Pemikiran politik Abduh adalah merupakan cermin suasana

    persekitaran zamannya. Pada peringkat awalnya beliau memberitumpuan kepada politik Mesir dengan melihat seluruh

    permasalahannya dari sudut kepentingan nasional yang menembusi

    segala bentuk batas sempadan agama dan kaum.

    Mengenai politik dunia pula pandangan beliau sama denganpandangan gurunya Jamaluddin al-Afghani yang melihatnya sebagai

    pertarungan di antara Barat dengan Timur di mana Barat sebagipenceroboh dan Timur sebagai mangsanya. Pretarungan ini baginyaadalah merupakan suatu yang bersifat warisan dari zaman ke zaman

    dan oleh kerana pada zaman itu Barat lebih kuat maka Timur tidakberupaya untuk mempertahankan diri. Apa yang menyebabkan

    kelemahan pihak Timur ialah perpecahan yang berlaku di kalanganmereka sehingga ada di antara mereka yang mencari keuntungan dari

    kejatuhan rakan mereka ke tangan penjajah. Dalam seruannya yang

  • 8/14/2019 Pemikiran Politik Muhammad Abduh

    2/9

    ditujukan kepada seluruh rakyat Timur beliau menyebut merekasebagai warga sebuah negeri yang senasib seperuntungan dalam

    segala keadaan pahit atau manis. (Zaki Badawi. 1976. The Reformersof Egypt A Critique Of al-Afghani, Abduh and Rida. UK.K. The Muslim

    Institute Papers (2) hlm. 14). Meskipun pada suatu ketika Abduh

    seolah-olah mahu membersihkan dirinya dari sebarang kaitan denganpolitik, tetapi ternyata bahawa sebahagian dari kegiatan beliau secara

    langsung atau tidak langsung adalah merupakan kegiatan politik.Malah nama Abduh tidak dapat digugurkan begitu sahaja dari catatan

    sejarah gerakan politik Mesir sendiri.

    Sebenarnya anggapan bahawa Abduh amat bencikan politik dan

    ingin membebaskan dirinya dari politik ialah kerana beliau pernahberkata:

    Sekiranya anda mahu mengatakan bahawa politik adalah menekan

    fikiran, ilmu dan agama maka saya adalah bersama anda sebagaisaksinya. Saya berlindung kepada Allah dari politik, dari perkataan

    politik, dari erti politik, dari setiap huruf yang dilafazkan dari kalimatpolitik, dari setiap khayalan politik yang melintas dalam fikiran saya,

    dari setiap bumi yang diatasnya disebut kalimat politik, dari setiaporang yang bercakap atau belajar politik.

    Kata-kata kebenciannya terhadap politik yang diucapkan oleh

    beliau itu adalah dalam hubungan politik zalami dan kotor. Kata-katatersebut diucapkannya dalam perdebatannya dengan Ernest Rehn

    mengenai punca kebekuan umat Islam. Bagi Abduh puncanya bukandari Islam sendiri tetapi ialah tekanan penguasa politik yang bermula

    pada zaman Khalifah Abasiyyah akibat penyusupan unsur-unsur asingke dalam pemerintahan khususnya tentera-tentera asing yang diambilberkhidmat oleh al-Mutasim (833-843M). Mereka telah menguasai

    pemerintahan dan menjadikan khalifah sebagai patung (Abduh. Al-Islamu wa an-Nasraniyyah. Hlm. 137-139)

    Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa Abduh telah memberiperhatian yang besar terhadap politik. Malah pada suatu ketika Abduh

    pernah memperjuangkan reformasi politik yang disebuntnya sebagaipembedaan di antara hak pemerintah untuk mendapatkan taat setia

    daripada rakyat dan hak rakyat untuk mendapat keadilan daripadapemerintah. Abduh merasa terpanggil untuk memperbaiki keadaanpolitik kerana ketika itu kezaliman dan penindasan sedang

    bermaharajalela. Atas dasar inilah beliau bergiat dalam bidang politikpada peringkat awalnya.

    Setelah beberapa lama berkecimpung dalam bidang politik dan

    membuat berbagai-bagai perbucaan bersama-sama dengan

  • 8/14/2019 Pemikiran Politik Muhammad Abduh

    3/9

    Jamaluddin akhirnya beliau merasakan bahawa strategi islam bagiumat Islam harus diubah dengan memberi keutamaan kepada aspek

    pendidikan. Bagi beliau masalah pemerintahan dan hubungannyadengan rakyat (politik) adalah merupakan buah hasil yang hanya

    mungkin dapat diperolehi dari usaha penanaman dan pemupukan yang

    memakan waktu bertahun-tahun lamanya dan di peringkat itu usahapenanaman itulah yang harus diberi perhatian. Maksud beliau

    pendidikanlah yang merupakan punca segala (Rashid Rida. Tarikhu al-Utsadhi al-Imam Jil. 1, hlm. 12). Beliau telah mengemukakan

    saranannya itu kepada Jamaluddin ketika kedua-duanya berada di

    Paris tetapi telah ditolak, malah Abduh dianggap oleh Jamaluddinsebagai seorang yang telah berputus asa dan mahu surut ke belakang

    (Ibid. hlm. 894). Perselisihan inilah yang kemudiannya membawaperpisahas antara dua tokoh tersebut. Sejak itu pehubungan antara

    keduanya tidak seerat dahulu sehingga dikatakan ketika Jamaluddin

    meninggal dunia Abduh tidak menulis barang sepatah kata sebagaimengingati beliau. [Hourani, Albert, Arabic Thought in The Liberal Age

    (Terjemahan Arab oleh Karim Azqul hlm. 194)]

    Latar belakang ini memberi jawapan kepada soalan mengapapemikiran politik Abduh tidak jelas, tidakkenkrit dalam bentuk suatu

    struktur yang sistematis. Abduh tidak mempunyai suatu teori politik

    dengan ciri-ciri khusus yang dapat dikemukakan sebagaimana teoripolitik Ibn Khaldun, al-Mawardiy atau Ibn Taimiyyah.

    Pemikiran politik Abduh lebih merupakan sahutan kepada

    persoalan-persoalan politik semasa yang bersifat tempatan dan dalamrangkan sistem politik Barat (Inggeris). Oleh itu pemikiran beliaukelihatan bercerai-cerai dan berubah-ubah mengikut suasana semasa.

    Pemikiran Atau Gagasan Politik Abduh

    Namun begitu, walaupun Abduh tidak mempunyai suatu teori politikdengan ciri-cirinya yang khusus, gagasan politiknya yang agak

    menarik perhatian ialah tanggapannya tentang sistem pemerintahandalam Islam berbanding dengan dasar pemerintahaan theocratic

    dalam agama Kristian seperti yang terdapat dalam bukunya al-Islamwa an-Nasraniyyah. Abduh menyatakan bahawa fungsi pemerintahanatau Khalifah dalam Islam ialah untuk menegak dan melindungi

    undang-undang, melaksanakan hukuman-hukuman yang dijatuhkanoleh hakim dengan adil dan untuk menjaga ketertiban masyarakat.

    Khalifah bukan seorang yang masum, tidak menerima wahyu dantidak pula diberi hak monopoli dalam menafsirkan al-Quran atau as-

    Sunnah. Bagaimana pun ia disyaratkan dengan kemampuan berjihad,

  • 8/14/2019 Pemikiran Politik Muhammad Abduh

    4/9

    tetapi dalam dal ini pun ia tidak punya keistimewaan apa-apa,kedudukannya tidak mengatasi lain-lain mujtahidin. Khalifah bertindak

    mengikut dasar-dasar al-Kitab dan as-Sunnah. Umat Islam pula adalahmenjjadi pengawas kepada Khalifah untuk membetulkannya kalau ia

    menyeleweng. Umat Islam harus memecat Khalifah mereka kalau

    penyelewengannya sudah tidak dapat dibetulkan. Umat Islamlah yangmemilih khalifah mereka dan oleh itu mereka pulalah yang berkuasa

    ke atasnya malah memecatnya jika perlu kerana khalifah hanyalahpemerintah (penguasa) sivil dari segala segi (haminun madaniyyun

    min jamii al-wujuh) [Abduh. Al-Islam wa an-Nasraniyyah, hlm. 103-

    104]

    Cara Abduh menanggapi konsepsi khalifah menampakkankecenderungannya untuk mendekatkan sistem Khilafah dalam Islam

    dengan sistem demokrasi Barat. Dalam percubaannya untuk

    mengkritik dan menyanggah dasar theocracy, Abduh kelihatan cubamengaburkan unsur keagamaan Khilafah, sebaliknya apa yang sangat

    ditonjolkan ialah sifat-sifat sivilnya sehingga dengan tegas dinyatakanbahawa Khalifah adalah penguasa sivil sepenuhnya yang memperoleh

    kuasa semata-mata dari rakyat. Memang bukan tujuan Abduh untukmembicarakan ciri-ciri pemerintahan Khilafah secara khusus. Oleh itu

    apa yang disinggung oleh beliau tentu saja tidak merupakan

    tanggapan sepenuhnya tentang khilafah. Namun implikasi darikenyataan Abduh itu memungkinkan orang membuat tanggapan

    mengenai Khilafah seolah-olah tidak ada bedanya antara institusikhilafah dengan sistem pemerintahan sekular Barat.

    Anggapan bahawa Khalifah adalah sepenuhnya bersifat sivilboleh membawa implikasi bahawa institusi Khalifah tidak mempunyai

    hubungan dengan ketuhanan atau ajaran Tuhan. Selain dari itu ia jugamengisyaratkan bahawa kuasa Khalifah adalah sepenuhnya datang

    dari rakyat dan oleh itu rakyatlah yang mempunyai kedaulatan

    tertinggi dalam bidang politik.

    Sebenarnya Abduh tidak bermaksud sedemikian jauh sepertiyang dapat dilihat dari kritiknya terhadap dasar pemisahan antara

    agama dengan pemerintahan di Eropah. Abduh sebagaimana pemikir-pemikir Islam yang lain juga berpendapat bahawa agama danpemerintahan (politik) tidak dapat dipisahkan).

    Apa yang beliau maksudkan dengan sivil itu ialah untuk

    membezakan di antara sistem Khilafah dengan Theocracy dalamKristian, bahawa Khalifah tidak dilantik oleh Tuhan dan tidak menerima

  • 8/14/2019 Pemikiran Politik Muhammad Abduh

    5/9

    wahyu dari-Nya, tetapi kenyataannya bahawa Khalifah tetap dirasakantidak begitu menyenangkan kerana ia boleh disalah tafsirkan.

    Pandangan Abduh Mengenai Faham Kebangsaan

    Menyentuh mengenai semangat/faham kebangsaan atau nasionalisme,kita dapati bahawa Abduh menolaknya. Dalam majalah al-Urwatu al-

    Wuthqa dan al-Manar yang merupakan khazanah pemikiranJamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Rida ada

    menyebut:

    Sesungguhnya orang yang beragama dengan agama Islam, apabilamesra dengan itiqad Islam, nescaya ia lalai daripada bangsanya dan

    kaumnya, dan ia berpaling daripada perikatan yang khas, kepadaperikatan yang am, iaitu perikatan itiqad. Tiap-tiap perikatan selain

    dari perikatan Shariah yang benari itu, dimurkai oleh Shari (Allah dan

    Rasul-Nya); dan orang yang berasaskan dia dicela, dan orang yangfanatik kepadanya dikeji, kerana sesungguhnya Nabi SAW telah

    bersabda: Bukanlah dari golongan kita orang yang menyeru kepada

    kebangsaan, dan bukan dari golongan kita orang yang berperangkerana kebangsaan, dan bukan dari golongan kita orang yang mati

    atas (asas) kebangsaan. [A. Hassan, Islam dan Kebangsaan, 1972,

    hlm 28]

    Jelasnya, Abduh memang menolak faham kebangsaan dan beliaudalam al-Manar ada menerangkan bahawa roh kebangsaan dan

    ketanahairandi antara kaum Muslimin itu, ditanam oleh orang-orangEropah supaya kaun Muslimin pecah-belah di tiap-tiap satu negeri,yang dengan itu terhindar ketakutan mereka akan kebangkitan Islam

    yang dari dahulu mereka pandang sebagai momok (sesuatu yangditakuti).

    Sikap dan Pemikirannya Dalam Menghadapi Permasalahan Politik Mesir

    Sikap Abduh dalam beberapa hal tentang persoalan politik negaranyaadalah berubah-ubah. Perubahan itu bukan sahaja kerana perubahan

    suasana yang dihadapi tetapi lebih penting lagi ialah perubahan carapendekatan yang berkaitan pula dengan pengaruh gurunya Jamaluddinal-Afghani. Cara pendekatan Abduh berbeza antara zaman ia masih

    secara langsung di bawah pengaruh Jamaluddin dengan zamanselepasnya apabila ia telah terlepas dari pengaruh itu.

    Pemikiran Politik Abduh bertitik tolak dari kenyataan fenomena

    kemunduran umat Islam yang harus diperbaiki dari dalam iaitu dengan

  • 8/14/2019 Pemikiran Politik Muhammad Abduh

    6/9

    mengembalikan mereka kepada dasar-dasar asasi dalam Islam. Dandalam rangka pengembalian ini termasuk juga langkah penafsiran

    semula Shariah Islamiah untuk memungkinkan penerapannya dalamsuasana zaman yang berubah. Untuk itu pengembalian Khilafah yang

    sebenar adalah perlu. Dikatakan pada suatu ketika Abduh pernah

    membuat saranan bahawa umat Mesir seharusnya mempunyai seorangpenguasa yang memerintah di bawah pimpinan Khilafah agama.

    Dalam hubungan inilah Albert Hourani mengatakan bahawa

    pemerintahan yang unggul dalam pemikiran Abduh samalah seperti

    pemikiran para fuqaha zaman Pertengahan iaitu pemerintah yang adil,memerintah berdasarkan Shariah dengan permusyawaratan dari

    pemimpin-pemimpin rakyat yang diistilahkan oleh Abduh sebagai rajaberpelembagaan yang tidak mempunyai kuasa mutlak. Tetapi pada

    anggapan Abduh umat Mesir ketika itu masih belum bersedia untuk

    pelaksanaan konsep tersebut. Apa yang mereka perlukan ialah latihansecara beransur-ansur dalam hal-hal pemerintahan sebelum mereka

    memerintah sendiri. Mereka harus melalui proses penubuhan majlis-majlis tempatan, majlis perundangan dan kemudiaannya baharulah

    dibentuk badan perwakilan [Hourani, Albert, Arabic Thought in TheLiberal Age (terjemahan Karim Azqul hlm. 191-193)].

    Suatu hal yang sangat menonjol dalam definasinya tentangtanahair (watan) ialah peminjaman total konsep tanahair dari penulis-

    penulis Barat. Konsep tersebut yang tidak memperhitungkan soalagama adalah suatu yang sangat asing dalam pemikiran politik Islam

    di samping ia bertentangan dengan konsep ummah yang merupakankonsep penting dalam ajaran Islam.

    Abduh merasakan bahawa sejarah dan kepentingan bersama dikalangan penduduk sesebuah negara telah menjalinkan satu ikatan

    yang kukuh meskipun mereka mungkin berlainan agama. Dalam

    hubungan inilah beliau menyatakan keharusan kerjasama antaraorang-orang Islam dengan orang-orang bukan Islam dalam sesebuah

    negara. Malah dalam suatu fatwanya beliau mengharuskanpenerimaan sumbangan dari orang-orang bukan Islam dalam hal-hal

    kebajikan am [Rashid Rida. Tarikh al-Ustadhi al-Imam. Juzu 1. Hlm.648-666].

    Pada peringkat awalnnya Abduh kelihatan bersikap keras danrevolusioner. Beliau menentang segala bentuk penindasan sama ada

    dari luar atau dari dalam. Oleh itu beliau memusuhi pemerintah kukubesi Khedir dan menentang campur tangan kuasa asing sama ada

    Turki atau Inggeris. Sikap demikian yang tentunya merupakan kesan

  • 8/14/2019 Pemikiran Politik Muhammad Abduh

    7/9

    pengaruh Jamaluddin telah menjadikan hubungan antara Abduhdengan pihak pemerintah dan sekutu-sekutunya sentiasa tegang dan

    akhirnya membawa kepada pengusiran Abduh dan rakan-rakannyadari bumi Mesir buat beberapa tahun.

    Ketika berada dalam pembuangan beberapa perubahan telahberlaku dalam pemikiran dan cara pendekatan politik Abduh. Dengan

    al-Urwatu l-Wuthqa sebagai wadah barunya beliau mula memasukiruang dan gelanggang yang lebih luas dengan matlamat yang lebih

    menyeluruh iaitu untuk menyatukan seluruh umat Islam di bawah satu

    Khilafah, untuk menganalisa faktor-faktor kejatuhan mereka danmemberikan kaedah-kaedah pembangunan mereka semula.Dalam

    rangka mendukung cita-cita baru ini, Abduh kelihatan tidak lagi terikatdengan konsep watannya yang sempit, sebaliknya beliau sudah

    meletakkan ikatan agama di atas ikatan ras dan bahasa [Zaki Badawi,

    The Reformers of Egypt, hlm. 16].

    Abduh melihat bahawa kegagalan politik umat Islam adalahdiakibatkan oleh pemerintah yang terlalu berkuasa dan kepatuhan

    melulu dari pihak rakyat. Oleh itu dianjurkannya langkah pengawalankuasa sewenang-wenangnya pemerintah tersebut, malah

    dianjurkannya juga langkah-langkah penyingkiran sekiranya keadaan

    memerlukannya.

    Sekembalinya dari pembuangan, Abduh telah mengubahstarteginya dengan bersikap lebih sederhana. Malah bidang yang diberi

    tumpuan pun telah diubah dari politik kepada pendidikan. Namun,terdapat juga kegiatan-kegiatannya yang boleh ditafsirkan sebagaikegiatan-kegiatan politik seperti peranan yang dimainkannya dalam

    Majlis Undangan tetapi ia dilakukan dalam rangka pendidikan politikrakyat. Baginya keperluan asasi yang sedang mendesak ketika itu

    ialah pendidikan. Oleh itu ia harus diberi keutamaan dan didahulukan

    dari lain-lain perubahan termasuk perubahan politik dan kemerdekaanyang hakiki tidak harus hanya melalui proses politik semata-mata.

    Apa yang sangat dipentingkan oleh Abduh pada peringkat ini

    ialah usaha peningkatan taraf pendidikan rakyat tanpa mengira apakahbentuk pemerintahan yang wujud, sehingga beliau bersedia untukmenerima diktator sekalipun asalkan ia melaksanakan keadilan.

    Bagaimanapun ini tidak pula bererti bahawa Abduh menyokong danmenganjurkan diktator sebagai sistem pemerintahan yang unggul. Apa

    yang beliau kemukakan ini hanyalah satu cara penyelesaian dalamsuasana tertentu yang sifatnya terbatas dan sementara.

  • 8/14/2019 Pemikiran Politik Muhammad Abduh

    8/9

    Pendekatan politik Abduh disimpulkan oleh Rashid Rida dengankata-katanya:

    Kuasa politik di seluruh negara Islam tidak kira siapa yangmemegang tampuknya, kuasa penjajah asing atau anak tempatan

    adalah bersifat menindas dan sewenang-wenang. Menyokong

    pemerintah demikian atas dasar untuk memperbaiki agama danpendidikan pada hakikatnya adalah merosakkan kedua-duanya.

    Sebaliknya menentang merekan bererti pula menempah penindasan keatas orang-orang agama dan pendidikan. Cara yang sebaik-baiknya

    dalam keadaan suasana demikian ialah dengan mengelakkan

    pertentangan dengan penguasa demikian dan menunjuk sertameyakinkan orang-orang yang memegang kuasa bahawa kemajuan

    adalah berfaedah kepada rakyat dan sama sekali tidak pulamembahayakan mereka. Golongan reformer di negara-negara ini

    harus berpuas hati ketika ini sekiranya dengan melalui cara ini ia boleh

    mendapatkan pertolongan yang diperlukan dari kerajaan.[Rashid Rida. Tarikh ul-Ustdhi al-Imam Juzu 1, hlm 81]

    Dasar inilah yang menjadi asas kirabicara Abduh dan anakmuridnya dengan pihak berkuasa. Suatu hal yang menarik ialah

    bahawa Abduh kelihatan lebih mendekati Inggeris dari Khedir Taufik.Meskipun pemerintahan Inggeris itu memang pada prinsipnya tidak

    dapat diterima, tetapi dalam perhitungan mereka Inggeris lebih mudah

    disinggirkan berbanding dengan pemerintahan autokrasi Khedir yangbanyak mengelirukan tanggapan rakyat umum kerana pengaitan unsur

    agama. [Ahmad Jamal Muhammad, The Intectual Origins of EgyptianNationalism, hlm 52]

    Anjuran Abduh agar umat Islam tidak menentang Inggeris dansebaliknya memberi tumpuan penuh kepada bidang pendidikan yang

    dianggapnya sebagai satu-satunya jalan untuk kebangkitan merekaadalah merupakan sikap yang sangat diragukan kebijaksanaannya.

    Persoalannya, apakah Abduh menyedari bahawa dalam keadaan

    bagaimana sekalipun penjajah tidak mungkin mengizinkanpelaksanaan satu sistem pendidikan yang nantinya akan melahirkan

    penentangan terhadap kuasa penjajah sendiri.

    Menurut Rashid Rida dasar damai Abduh pada keseluruhannyatidak lebih berjaya dari dasar militan Jamaluddin al-Afghani dalammenghadapi kuasa Eropah. Dengan kata lain Abduh telah gagal

    memberi alternatif yang lebih baik dari suatu dasar yang ditolaknya.[Rashid Rida. Tarikh ul-Ustdhi al-Imam Juzu 1, hlm 977]

    Abduh Meninggal Dunia

  • 8/14/2019 Pemikiran Politik Muhammad Abduh

    9/9

    Abduh meninggal dunia pada 11 Julai tahun 1905M ketika berusia 56tahun di Saffer, Ramlah, Iskandariah. Jenazahnya dibawa ke Kaherah

    di sembahyangkan di Masjid Al-Azhar dan dikebumikan di sana. Beliaumeninggal akibat penyakit barah. Antara tugas yang pernah yang

    pernah dijawat semasa hayatnya ialah sebagai ahli Majlis Undangan,

    Majlis Waqaf, Pertubuhan Kebajikan Islam, menguruskan peperiksaandi Darul-Ulum dan menyediakan laporan rancangan penubuhan Pusat

    Latihan Hakim.

    Kesimpulan

    Pendirian politik Muhammad Abduh boleh kita sebutkan sebagai tidak

    setuju dengan pengaruh-pengaruh siasah Eropah, tetapi juga tidakdapat menyesuaikan diri dengan corak Despotisme yang terdapat di

    negeri-negeri Islam. Yang dikehendakinya ialah kebudayaan Barat

    dengan tidak melupakan ajaran Islam atau gabungan daripada kedua-dua kebudayaan itu. Beliau berpendapat bahawa mengambil

    kebudayaan Barat dengan melupakan ajaran Islam adalah sangatmerugikan perjuangan umat Islam. Beliau memperkuatkan kedudukan

    Islam sebagai agama dan tidak mahu melepaskan soal ini darimasalah kebudayaan Islam. Jadi agama dan negara baginya adalah

    satu.

    Walaupun yang menjadi dorongan dalam perjuangannya adalah

    pelajaran dan pengalaman yang diperolehinya dengan pergaulandengan Barat, tetapi dasar pelajarannya terhadap Islam terutama

    yang diperolehinya dari pelajaran-pelajaran Ibnu Taimiyyah(meninggal 1328M) dan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (1292-1350M)dalam memecahkan soal-soal hukum agama yang bersifat

    membangun secara perlahan-lahan dan dari pelajaran Imam al-Ghazali mengenai pembaikan akhlak. Pelajaran ini berdasarkan

    keyakinan, bahawa kebesaran agama Islam yang murni itu tidak dapat

    diubah oleh perubahan dan pergolakan zaman. Oleh itu, yang menjaditujuan dalam perjuangan pembangunan Islam ialah menghilangkan

    kebiasaan-kebiasaan yang salah yang mencemarkan agama danmenjadikan agama tidak sesuai dengan keadaan zaman.