pembangunan web e-pembelajaran menggunakan elemen … · 2.3 e-pembelajaran berasaskan...

26
PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN VIDEO DALAM TOPIK ‘WORK AND ENERGY’ BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL AHMAD KHAIRI BIN MAT ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: nguyenhanh

Post on 27-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN VIDEO

DALAM TOPIK ‘WORK AND ENERGY’ BERASASKAN TEORI

KONSTRUKTIVISME SOSIAL

AHMAD KHAIRI BIN MAT ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN VIDEO DALAM TOPIK ‘WORK AND ENERGY’ BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya AHMAD KHAIRI BIN MAT ALI __________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008

Alamat Tetap: 378 KAMPUNG TEBAUK, 21200, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU D.I.

Nama Penyelia: ENCIK SHAHARUDDIN BIN MD. SALLEH

Page 3: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

PENGAKUAN

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Fizik)”.

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Penyelia : ENCIK SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 4: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN

VIDEO DALAM TOPIK ‘WORK AND ENERGY’ BERASASKAN TEORI

KONSTRUKTIVISME SOSIAL

AHMAD KHAIRI BIN MAT ALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Pelajar : AHMAD KHAIRI BIN MAT ALI

. Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 6: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat….

Pemimpin-pemimpin dunia…

Pendidik-pendidik…

Pakar-pakar IT…

Rakyat jelata…

Teman dan rakan seperjuangan…

Keluarga tercinta…

Kalian semua adalah rantai-rantai yang saling terikat di antara satu sama lain untuk

menyempurnakan sebuah kehidupan… Seandainya kalian cuba meleraikannya dek lagak

sombong, maka hilanglah kesempurnaan kehidupan kalian…

Page 7: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah taufik dan inayahnya

maka siaplah sudah Projek Sarjana Muda (PSM) saya ini. Berkat doa ibu-bapa, keluarga

dan rakan-rakan seperjuangan mengiringi sebuah perjuangan keilmuan bagi mengecapi

seribu impian.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada barisan pendidik UTM yang

bertungkus lumus mengajar dan mendidik mahasiswa-mahasiswi UTM ke arah

pembentukan masyarakat yang terbilang di suatu masa nanti.

Semoga semua usaha kita ini jika diniatkan ikhlas kerana Allah, justeru bakal

memberi manfaat yang besar di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

v

ABSTRAK Keperluan mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran

pada semua peringkat persekolahan kini semakin mendesak. E-Pembelajaran berasaskan

web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar

yang terarah kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri. Walaubagaimanapun,

perkembangan pesat dunia internet pada hari ini mewujudkan aliran baru dalam

penyampaian informasi iaitu berbentuk Flash Video yang lebih mudah dan cepat

diakses. Projek ini dibangunkan dengan memperkenalkan E-Pembelajaran berasaskan

Video On Demand dengan mengekalkan konsep pembelajaran secara Sosial

Konstruktivisme. Bahan E-Pembelajaran yang bertajuk “Work and Energy” bagi subjek

Fizik Tingkatan Empat ini menyediakan aktiviti pembelajaran secara “Tutorial”,

“Video”, “Quiz”, “Forum” dan “Extra Notes” di samping aktiviti tertentu yang

membenarkan pengguna berinteraksi secara spontan terhadap bahan pembelajaran.

Sistem E-Pembelajaran yang dibangunkan ini membenarkan pengguna untuk berkongsi

bahan-bahan berbentuk video dan nota tambahan dengan kawalan pihak pentadbir. E-

Pembelajaran ini diharapkan juga dapat dijadikan bahan bantu mengajar(BBM) yang

efektif kepada guru-guru sebagai satu tarikan kepada pelajar untuk lebih meminati

subjek fizik.

Page 9: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

vi

ABSTRACT

The needs to integrate ICT into the process of teaching and learning at all levels

in school is now very important. Web based E-Learning have been an effective

alternative in the process of teaching and learning as this new method is capable to

create students-centered learning for self-directed, self-paced and self-accessed learning.

However, with the fast development of the internet world nowadays, there is a new trend

in the information delivery; Flash video which is easier and faster to be accessed. This

project is developed by introducing Video On Demand based E-Learning with still

conserving the learning concept by Social Constructivism. E-Learning material entitled

“Work and Energy” for Form Four physics also provided learning activities in

“Tutorial”, “Video”, “Quiz”, “Forum” and “Extra Notes” as well as other activities

that let the user to interact spontaneously with the learning materials. This E-Learning

system also allow the users to share materials such as videos and notes with the

administrator. This E-Learning is hoped to be an effective teaching aids for the teachers

as it will attract the students to love physics more.

Page 10: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1 – 3

1.2 Latar Belakang Masalah 4 – 5

1.3 Penyataan Masalah 6 – 7

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Kepentingan Projek 9 – 11

1.5.1 Pelajar 9

1.5.2 Guru 10

1.5.3 Sekolah 11

1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 11

1.6 Skop dan Batasan Projek 11 - 12

Page 11: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

viii

1.7 Kerangka Teori Projek 13 - 14

1.8 Definisi Istilah 15

1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 15

1.8.2 Pelajar 15

1.8.3 Web Portal Pendidikan 15

1.8.4 Pembelajaran 16

1.8.5 Video 16

1.9 Kesimpulan 17

2.0 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Kebaikan dan Kelemahan E-Pembelajaran 19

2.2.1 Kebaikan E-Pembelajaran 19 - 20

2.2.2 Kelemahan E-Pembelajaran 21

2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24

2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26

2.5 Teknologi dan Kelebihan Video Streaming 26 - 30

2.6 Penggunaan Elemen Video Dalam Pembelajaran Fizik 30

2.6.1 Sejarah Awal 30 - 31

2.6.2 Penggunaan video 31

2.6.3 Eksperimen Berasaskan Video 32

2.6.4 Pemerhatian Kualitatif 32

2.7 Pembangunan Web Dinamik Dan Interaktif 33

2.7.1 Active Server Pages Sepintas Lalu 33 - 34

2.8 Fenomena Dalam Kajian Berkaitan 34

Dengan Tajuk ‘Work and Energy’

2.8.1 Kesukaran Pelajar Terhadap 34

Topik ‘Work and Energy’

2.9 Penutup 36

Page 12: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

ix

3.0 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Kaedah Pelaksanaan 37 - 38

3.2.1 Fasa analisa keperluan 38

3.2.1.1 Kumpulan sasaran 38

3.2.1.2 Pemilihan Perkakasan 38 - 39

3.2.1.3 Pemilihan Perisian 39 - 41

3.2.2 Fasa Rekabentuk 41 - 42

3.2.2.1 Reka bentuk informasi 42

3.2.2.2 Reka bentuk interaksi 42

3.2.2.3 Reka bentuk persembahan 43

3.2.3 Fasa pembangunan dan perlaksanaan 43 - 44

3.3 Penutup 44

4.0 PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Penghasilan Bahan-bahan Pembelajaran 46

4.2.1 Objektif Pembelajaran 46

4.2.2 Bahan Pembelajaran 46

4.2.3 Proses Ubahsuai dan Pemampatan 47

4.3 Antaramuka Laman Web 47

4.3.1 Antaramuka “Login” 48 - 50

4.3.2 Antaramuka “Tutorial” 50 - 51

4.3.3 Antaramuka “Video” 52 - 55

4.3.4 Antaramuka “Quiz” 55 - 56

4.3.5 Antaramuka “Forum” 57 - 58

4.3.6 Antaramuka “Extra Notes” 58 - 59

4.3.7 Antaramuka “Search” 59 - 60

4.3.8 Pengurusan Pentadbir – Administrator 60 - 64

Page 13: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

x

4.4 Fungsi “logout” 64

4.5 Penyebaran Web E-Pembelajaran 65

4.5.1 Pelayan Web 65

4.5.2 Kaedah Pemindahan Data 66

4.6 Penutup 66

5.0 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan 67 - 68

5.2.1 Kelebihan Web E-Pembelajaran 68 - 70

5.2.2 Kelemahan Web E-Pembelajaran 70 - 71

5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa 71

Penghasilan Projek

5.3.1 Kesilapan Memilih Pelayan Web (Webhosting) 71 - 72

5.3.2 Kesukaran Merekabentuk 72

5.3.3 Masalah Kepakaran 72 - 73

5.4 Cadangan Projek Lanjutan 73

5.5 Penutup 74

RUJUKAN 75 - 78

LAMPIRAN 79 - 80

Page 14: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 13

2.1 ‘Single Window Format’ 29

2.2 ‘Double Window Format’ 30

4.1 Rekabentuk bertemakan “Fokus” 48

4.2 Antaramuka “Sign up” 49

4.3 Antaramuka “Winner of this week” 50

dan “Vote in our poll”

4.4 Antaramuka “Tutorial” 51

4.5 Antaramuka “Chatroom” – “Tutorial” 51

4.6 Antaramuka “Video” 53

4.7 Embed Code daripada Web YouTube 54

4.8 Antaramuka “Video” mengikut subtopik 54

4.9 Antaramuka “Video” pilihan 55

4.10 Antaramuka“Quiz” 56

4.11 Antaramuka “Forum” 58

4.12 Antaramuka “Extra Notes” 59

4.13 Antaramuka “Search” 60

4.14 Antaramuka Pentadbir 61

4.15 Antaramuka “tutorial” dan “video” Pentadbir 64

4.16 Antaramuka “chatroom” dan “quiz” Pentadbir 64

Page 15: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

xii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta Alir Utama Bagi Pembangunan 79

Laman Web E-Pembelajaran

B Papan Cerita untuk Laman Utama 80

Page 16: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pembelajaran secara berterusan

menjurus kepada “bercambahnya golongan-golongan intelektual dan berkembangnya

ilmu penaakulan secara saintifik, abstrak dan ilmiah” (M. O’Loughlin, 1992). Teknologi

informasi pada hari ini telah berjaya mewujudkan sebuah dunia maya yang sarat dengan

perpustakaan digital, dan membentuk paradigma baru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di samping menimbulkan ide-ide baru dalam penerokaan ilmu.

Pembelajaran yang dicetuskan oleh teknologi informasi pada masa kini telah

berupaya meminimumkan masa untuk melangkau lebih ke hadapan. Di Malaysia,

konsep sekolah bestari dilaksanakan sebagai satu daripada aplikasi perdana MSC, yang

bertujuan bagi melahirkan generasi muda negara yang akan mewarisi negara kita dan

memanfaatkan serta mengembangkan infrastruktur MSC. Sekolah bestari merujuk

kepada sekolah yang memberikan peluang teknologi maklumat interaktif untuk

memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta proses

Page 17: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

2

pengurusan. Sekolah ini memfokuskan usaha melahirkan pelajar yang kreatif, dan

berupaya menjana idea baru. Disamping itu, dapat melahirkan golongan pemikir dan

bukan hanya individu yang hanya mengeluarkan semula pengetahuan. Sekolah bestari

mengutamakan perkembangan individu secara menyeluruh dari segi intelektual dan

afektif. Teknologi terkini akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran ke

arah akses sendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu. Oleh itu,

prasarana elektronik adalah diperlukan bagi membolehkan berlakunya aliran maklumat

dua hala, akses dan input sumber pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum di sekolah

perlu disesuaikan dengan peranan guru dan pelajar yang lebih ditumpukan kepada proses

pembelajaran kendiri.

Laman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan

paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya yang mengandungi

sumber maklumat yang tidak terhingga kandungannya. Para pendidik boleh

mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran dan lain-lain bahan

pengajaran pembelajaran melaluinya yang boleh diperolehi dengan mudah dan cepat.

Ester Gnanamalar Sarojini Danial (1999) dan Ritchie, et al., (1996) berpendapat bahawa

” In other words, if web pages are designed carefully based on educational

theory, web-based materials can be highly sucessful in delivering instructional activities

effectively ”

Sherry pada tahun 1996 menjelaskan bahawa pendidikan berasaskan web

semakin berkembang dengan meluas dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan

interaktifnya dan multimedia yang membolehkan penyimpanan dan perkongsian

maklumat dengan cepat, mesra pengguna dan boleh diakses di mana jua. Pencapaian

kepada Internet melalui web memberikan penekanan kepada capaian ilmu dan maklumat

melalui jaringan web yang tidak terbatas merangkumi pelbagai disiplin. Peluang

pembelajaran ini melangkaui batasan waktu dan geografi dan lebih bersifat terbuka

asalkan mempunyai keupayaan mengakses dan kemahiran menggunakan teknologi ICT.

Page 18: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

3

E-Pembelajaran (pembelajaran elektronik) ataupun kadangkala disebut juga

sebagai pengajaran berasaskan web (Web Based Instruction) adalah merupakan satu

perkembangan dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi (Ismail Zain, 2002). E-Pembelajaran adalah sebarang

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN,

atau Internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Ia

termasuklah internet, intranet, satelit, tape audio/video, tv interaktif dan Cd-Rom.

Justeru itu, tidak hairanlah banyak sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi yang

menggunakan E-Pembelajaran sebagai medium perantaraan dan pengajaran di antara

guru dan pelajar.

Video sebenarnya adalah sebuah medium yang sangat berkuasa dan berkesan

dalam mempengaruhi tingkahlaku pelajar sekaligus memberi impak kepada pengajaran

dan pembelajaran dalam E-Pembelajaran. Video boleh mempersembahkan sesuatu

maklumat dengan sangat menarik secara terkawal. Kajian daripada pakar-pakar

menunjukkan perkembangan teknologi multimedia dan komunikasi telah menunjukkan

sistem pembelajaran yang efektif dengan menggunakan video (C. Sorensen and D.M.

Baylen, 1999). Kemunculan video digital interaktif membenarkan pelajar berinteraksi

dengan video melalui maklumat atau arahan yang diberikan. Ini membolehkan pelajar

meningkatkan kefahaman dan memperbaiki mutu pembelajaran ke tahap maksimum.

Kebaikan daripada pembelajaran berbantukan video interaktif adalah pelajar boleh

mengakses kandungan video secara bebas (G. Salomon, D. Perkins and T. Globerson,

1991); pelajar berhak memilih maklumat mana yang diingini dan mengulang tayang

maklumat yang tidak difahami. Para penyelidik teori kognitif beranggapan bahawa

penambahan multimedia sebenarnya dapat memperbaiki proses pembelajaran jika

beberapa kaedah yang sesuai digunakan. Dengan menggunakan kaedah auditori dan

visual dalam mempersembahkan sesuatu maklumat, pelajar dapat memproses maklumat

dengan lebih cepat, kekal lama, dan meningkatkan tahap pembelajaran (Campbell, Lum,

& Singh, 2000).

Page 19: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam konteks psikologi pembelajaran, setiap individu mempunyai daya kognitif

yang berbeza untuk memproses, menganalisis, menginterpretasi atau menaakul hasil

persepsi mereka terhadap rangsangan yang diterima (Luodusamy,1994). Justeru itu,

pelbagai inovasi untuk memenuhi tuntutan sistem pendidikan yang lebih koperatif dan

berasaskan teknologi perlu dijanakan.

Persediaan guru dalam mengharungi cabaran teknologi maklumat dan

komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dewasa ini. Ini adalah

kerana selain dapat meringankan beban guru, ia juga dapat memberikan guru maklumat

yang terkini dan membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan di sekolah. Dr. Kim

Phaik Lah, Ms Yeow Chaik Choo dan Ym Tengku Datuk Dr Azzman Shariffadeen

(1999) mengatakan bahawa

“The Mobile Internet Unit iniative falls under the E-learning umbrella and its

objectives are to assist individuals and organizations, specially teachers and students, in

their migration to the E-world”

Pelajar kerap kali sukar untuk memahami sesuatu konsep melalui fakta yang

cuba disampaikan oleh guru dalam bentuk lisan atau teks. Situasi pengajaran tradisional

ini masih wujud lagi sehingga hari ini walaupun pelbagai modul yang bewarna-warni

diperkenalkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik, guru membincangkan

pergerakan objek, daya yang bertindak, cas elektrik, graviti, haba atau pelbagai

fenomena yang berlaku di persekitaran, yang mana sangat berkait rapat dengan konsep

fizik, tetapi seringkali sukar bagi pelajar membuat hubungkait yang jelas. Video

interaktif membantu pelajar menjadikan Fizik lebih hidup dan nyata dalam kehidupan

mereka dan bagaimana hukum-hukum Fizik dapat diterjemahkan dan dihubungkaitkan

dengan persekitaran sekaligus meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap

Page 20: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

5

matapelajaran Fizik. Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran secara

tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah

saintifik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai. Fenomena Fizik yang biasa

berlaku, seperti pantulan cahaya, pergerakan objek sehinggalah fenomena Fizik

berbentuk simulasi seperti patung manusia yang diletakkan di dalam kereta kemudian

dilakukan perlanggaran, semua ini dapat divisualkan dan dipetakan konsep dalam minda

pelajar. Bagi fizik, dalam lain perkataan “a picture certainly is worth a thousand

words”. Bagaimana mungkin pelajar dapat memahami fenomena Fizik jika tidak

ditunjukkan secara visual? Lazimnya, pengajaran tradisional dalam bilik darjah

menggunakan ‘overhead transparencies’, ‘chalk and talk’, nota guru dan sebagainya

tidak cukup untuk membawa pengajaran Fizik lebih menarik dan mudah untuk pelajar

menguasai konsep.

Oleh yang demikian, penggunaan E-Pembelajaran berbentuk video interaktif

sebagai bahan bantu mengajar merupakan satu alternatif dalam meringankan beban guru

bagi menangani pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai tahap pemikiran secara

lebih berkesan. Menurut Wan Salihin Wong Abdullah, Hj Mat Jizat Abdul, Mohamad

Bilal Ali, (1999) serta Kozma dan Johnston (1993) telah mencadangkan beberapa cara

bagaimana teknologi ini dapat digunakan dalam membantu pengajaran dan

pembelajaran:-

i. Membolehkan penglibatan aktif dalam pembinaan pengetahuan,

ii. Menyediakan situasi pembelajaran sebenar (real-world situations),

iii. Kepelbagaian bahan pengajaran (multimedia, internet),

iv. Latih tubi dalam konsep asas untuk mencapai tahap masteri,

v. Kemudahan aktiviti kerjasama, dan

vi. Perkaitan konsep melalui hiperteks.

Page 21: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

6

1.3 Penyataan Masalah

Merangkumi masalah masa dan juga sikap pelajar itu sendiri. Kebiasaannya

waktu yang diperuntukkan dalam pengajaran dan pembelajaran amat terhad dan ia

digunakan oleh guru sepenuhnya untuk menghabiskan silibus yang dirancang pada hari

tersebut. Oleh itu, pelajar mempunyai batasan waktu untuk bertanya tentang persoalan

yang mereka ingin tanya. Pelajar yang aktif untuk mencari sebanyak mana sumber

maklumat akan berusaha menemui guru tersebut untuk bertanya sesuatu hal yang

mereka tidak faham. Tetapi bagaimana pula dengan pelajar yang lebih suka mengambil

pendekatan mencari sendiri maklumat yang diingini? Adakah maklumat yang diperolehi

sahih dan dapat membantu pelajar tersebut?

Di samping itu, interaksi pelajar dengan mata pelajaran itu sendiri akan turut

terbatas. Sesuai dengan penyataan Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), keadaan

ini berlaku kerana adalah agak sukar untuk seseorang guru untuk mengajar mengikut

keperluan pelajarnya serta memenuhi tahap keupayaan setiap pelajar di bawah

bimbingannya. Pelajar juga sukar untuk menentukan sejauh mana mereka boleh

memahami mata pelajaran tersebut.

Seperti yang diketahui umum, waktu pengajaran dan pembelajaran untuk mata

pelajaran fizik adalah lebih kurang satu jam empat puluh minit. Tempoh itu adalah tidak

mencukupi untuk guru menghabiskan silibus mata pelajaran dan dalam masa yang sama

memberi pemahaman yang menyeluruh kepada pelajar. Ini menyebabkan guru terpaksa

membuat kelas tambahan bagi menghabiskan silibus. Pelajar pula terpaksa ke sekolah

untuk belajar di luar waktu pengajaran dan pembelajaran, dan ini dilihat sebagai

memaksa pelajar untuk belajar. Selain itu, ia juga mengganggu waktu rehat guru di

rumah untuk menunaikan tanggungjawab pada keluarga.

Page 22: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

7

Dalam sistem pendidikan yang sedia ada, proses pengajaran dan pembelajaran

hanya melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu di kalangan guru dan pelajar. Di samping

itu ia lebih banyak menggunakan konsep hafalan terhadap fakta yang diberikan oleh

guru. Menurut Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), cara sebegini sebenarnya

menimbulkan banyak masalah terutama untuk mengingat fakta yang terlalu banyak dan

tidak banyak dokumen bertulis yang boleh dirujuk mengenainya apabila diperlukan.

Jumlah pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas juga adakalanya menyebabkan

kurang interaksi di antara pelajar dan guru. Menurut Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir

(2003), ini seterusnya menyebabkan pelajar kurang aktif akan menjadi seorang pelajar

yang pasif. Akibatnya pelajar tersebut hanya memandam rasa dan lama kelamaan mata

pelajaran tersebut di lihat terlalu sukar untuk di fahami.

Dalam pengajaran kini, komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang

guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula hanya

duduk , mendengar dan mencatat isi penting yang diperlukan. Menurut Jamaludin Harun

& Zaidatun Tasir (2003), Situasi sebegini akan mengurangkan minat pelajar terhadap

mata pelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan mata pelajaran tersebut sebagai

sukar untuk difahami.

Mengikut Keller (1983), motivasi merujuk kepada kecenderungan manusia untuk

membuat pilihan tentang pengalaman , matlamat yang ingin diterokainya dan membuat

pilihan tentang kuantiti usaha yang perlu dijanakan untuk mencapai pilihan tersebut.

Apabila pelajar mula berdepan dengan masalah, dapat dilihat pelajar tersebut kurang

bermotivasi dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya akan

menyebabkan pelajar hilang tumpuan ketika dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 23: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

8

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek pembangunan web E-Pembelajaran ialah :-

i. Membangunkan web portal yang mengandugi elemen video dalam topik

‘Work and Energy’ Tingkatan Empat berasaskan Teori Konstruktivisme

Sosial.

1.5 Persoalan Projek

Berikut adalah persoalan projek :

1. Adakah web E-Pembelajaran berasaskan elemen video ini berjaya

dibangunkan?

2. Adakah tajuk ‘Work and Energy’ dalam Fizik Tingkatan Empat berjaya

dibangunkan dalam web E-Pembelajaran ini?

3. Adakah web E-Pembelajaran yang dibangunkan ini berjaya

mengaplikasikan Teori Konstruktivisme Sosial?

Page 24: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

9

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pelajar

Para pelajar dapat menggunakan web portal yang disediakan bagi membantu

menambahkan ilmu pengetahuan dan memanfaatkan sumber rujukan. Dalam konteks

pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi

(KPM, 2001). Para pelajar dapat menjadikan bahan bantu mengajar ini untuk

mengulangkaji pelajaran dalam situasi sebenar di mana mereka dapat melihat rakaman

video pengajaran dalam kelas sekaligus merasai suasana pembelajaran dalam kelas

walaupun sebenarnya mereka berada di rumah dan ia dapat dicapai bila-bila masa dan di

mana jua.

Menurut Tina Lim Swee Kim (2006), kelebihan web terletak pada penggunaan

sistem hiperteks dan hipermedia serta alat komunikasi bersinkroni seperti Internet Relay

Chat, dan alat komunikasi tak sinkroni seperti mel elektronik dan ruangan forum.

Melalui web portal ini, para pelajar dapat berkomunikasi secara ‘live’ dengan

menggunakan ‘chatroom’ yang disediakan di setiap item video yang ditayangkan.

Pelajar boleh memberi refleksi kepada rakaman video pengajaran guru serta video

tambahan lain yang berkaitan dengan topik. Ruangan forum pula disediakan untuk guru

membimbing pelajar mendapatkan penjelasan yang sebenar berkaitan perkara yang tidak

difahami.

Di samping itu, para pelajar dapat mencari sendiri maklumat yang dikehendaki

tanpa bantuan guru dengan melihat kepada nota elektronik yang dipaparkan bersama-

sama video pengajaran. Sesuai dengan pernyataan Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir

(2003), dalam proses pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah

Page 25: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

10

menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi

memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi

mata pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula

menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik.

Para pelajar juga dapat membuat latihtubi mengulangkaji sehingga mahir tanpa

rasa segan dan malu jika melakukan kesilapan semasa menjawab latihan-latihan yang

terdapat di dalam perisian tersebut. Mereka juga dapat meneroka (eksploratori) tentang

topik tersebut dengan lebih mendalam lagi di samping dapat berkomunikasi sesama

mereka dan dengan guru. Segala latihan-latihan serta aktiviti-aktiviti yang disediakan

akan dimberi maklum balas serta merta. Ini dapat membantu pelajar mengenalpasti dan

memperbaiki kelemahan mereka.

1.5.2 Guru

Hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi,

guru seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan ICT agar tidak

ketinggalan zaman. Dengan wujudnya web portal ini, dapat mengurangkan beban guru

kerana rekod bagi setiap pelajar telah direkod. Bagi memudahkan pengurusan, guru

dapat menyemak kelemahan pelajar mereka dan mengenalpasti masalah yang mereka

hadapi. Selain itu, guru juga boleh mendapat sumber pengajaran di dalam web portal

yang disediakan ini.

Page 26: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN … · 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22 - 24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25 - 26 2.5 Teknologi dan

11

1.5.3 Sekolah

Projek ini amat penting digunakan oleh pihak sekolah kerana ia boleh membawa

dimensi baru dalam pendekatan sekolah untuk memaksimumkan tahap akademik

pelajar.

1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat

Dalam menuju era ICT, adalah amat wajar jika setiap masyarakat didedahkan

dengan penggunaan web portal ini di sekolah sebagai langkah mewujudkan masyarakat

Malaysia yang celik IT. Secara tidak lansung ibu bapa dapat memantau prestasi anak-

anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah. Ibu

bapa juga dapat melihat gaya pembelajaran anak-anak mereka di samping masalah-

masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran.