pembangunan sumber manusia.docx

Upload: kalababy

Post on 06-Jul-2018

212 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA.docx

    1/1

    PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

    • Mengembangkan bekalan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan

    untuk membantu pembangunan ekonomi yang berdasarkan pengetahuan dan latihan.Sistem pendidikan akan diorientasikan semula untuk membolehkan pelajar memperolehipengetahuan yang tinggi serta kemahiran berfikir dan keusahawanan.

    • Menambahkan kemudahan pendidikan dan latihan yang berkualiti untuk mempertingkatkan

    keupayaan menjana pendapatan dan kualiti hidup. Kemudahan pendidikan akan bertambahmelalui pembinaan sekolah berpusat di kawasan pendalaman serta kemudahan,infrastruktur dan guru terlatih yang mencukupi.

    • Menambahkan kemudahan terhadap kualiti pendidikan dan sistem latihan untuk

    memastikan bekalan tenaga kerja sejajar dengan perubahan teknologi dan permintaanpasaran. Kurikulum sekolah akan disemak semula untuk menjana kreativiti danpembelajaran sendiri di antara pelajarnya, berserta kemasukan aspek pengetahuan danteknologi baru dan kaedah mengajar yang lebih inovatif.

    • Mengalakkan pembelajaran seumur hidup untuk meningkatkan kebolehan untuk diambil

    bekerja dan produktiviti tenaga buruh. Majikan akan digalakkan untuk mempromosikanpembelajaran seumur hidup melalui latihan dan latihan semula untuk melengkapkan pekerjadengan kemahiran dan pengetahuan baru.

    Mengoptimumkan penggunaan buruh tempatan. Usaha akan dijalankan untukmenambahkan lagi penyertaan kaum wanita ke dalam tenaga buruh dengan mewujudkankemudahan seperti tadika dan memastikan peluang yang lebih mudah untuk merekamendapat latihan. Usaha juga akan dibuat untuk mengurangkan kebergantungan terhadappekerja asing.

    • Menambahkan bekalan tenaga kerja S&. Kapasiti program pendidikan dan latihan S&

    akan dibesarkan lagi dan pendaftaran akan ditambah untuk mencapai nisbah !"#$" pelajar Sains kepada Sastera bagi mewujudkan jumlah kritikal bagi kakitangan S& yangdiperlukan.

    • Mempercepatkan perlaksanaan Sistem %enggajian Mengikut %roduktiviti %'(S).

    %engambilan *aris %anduan untuk satu Sistem %enggajian Mengikut %roduktiviti

    diwujudkan pada tahun +! akan dipesatkan lagi menerusi seminar, bengkel dan lawatansyarikat. %angkalan data rangkaian dalam talian atas tanda aras produktiviti di dalam sektor pembuatan dan pertanian akan diperluaskan lagi untuk merangkumi sektor lain.

    • Memperkukuhkan sistem maklumat pasaran buruh untuk meningkatkan mobiliti tenaga

    buruh. %erlaksanaan pejabat buruh berelektronik dengan sistem maklumat pasaran buruhyang bersepadu sepenuhnya, koheren dan dinamik akan dipercepatkan.

    • Memperbanyakkan lagi usaha untuk membangunkan dan mempromosikan Malaysia

    sebagai pusat kecemerlangan pendidikan wilayah. Universiti tempatan dan swasta akandigalakkan untuk mewujudkan dan membangunkan pusat kecemerlangan yang setandingdengan universiti terkemuka.

    • Menekankan nilai positif. Usaha akan dipertingkatkan untuk menyemai nilai positif menerusi

    sistem pendidikan dan latihan. -ilainilai ini termasuk etika baik, tekun, berintegriti, bertolakansur, bersyukur, hormat kepada pihak berkuasa, tepat pada waktu, dan mengejar kecemerlangan adalah ciriciri tenaga kerja yang berkualiti tinggi.