pembangunan masyarakat 22

Upload: holiday-lim

Post on 06-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    1/28

    UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH

    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    TUGASAN 2

    (VRS 011)(PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1)

    DISEDIAKAN UNTUK :

    PROF. MADYA HJ IBRAHIM HJ AHMAD

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA LIM CHIA CHYI

    NO.MATRIK 210987

    PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONALDAN LANJUTAN

    (PACE) UUM

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    2/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    2210987

    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK

    SEK.MEN KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

    1.0 PENGENALAN

    Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk memohon kebenaran daripada pihak

    atasan untuk melaksanakan satu projek yang diberi tajuk Projek Membentuk Pelajar

    Berakhlak. Projek ini mempunyai maklamat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang

    berakhlak tinggi. Gejala sosial pada masa kini selalu berlaku dan lebih menggerunkan

    ialah kebanyakan gejala itu berkaitan dengan remaja yang masih bersekolah. Hal ini

    demikian kerana corak kehidupan harian pada masa kini yang membawa banyak

    pengaruh kepada pelajar yang mengalaminya. Setiap pelajar sewajarnya dididik untuk

    menjadikan mereka sebagai individu yang berakhlak mulia dan disegani oleh

    masyarakat. Dengan itu, Projek Membentuk Pelajar Berakhlak ini diadakan untuk

    memberi kesedaran dan peringatan kepada pelajar sekaligus supaya dapat memupuk

    nilai-nilai murni . Projek ini juga diharap akan dapat memberikan pengetahuan serta

    kefahaman kepada pelajar tentang nilai nilai moral yang dapat membantu mereka

    mengelakkan diri daripada kejahatan. Mereka juga akan didedahkan dengan senario

    tentang remaja semasa dan juga pengetahuan asas agama yang perlu ada pada setiap

    remaja yang akan mengharungi kehidupan seterusnya.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    3/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    3210987

    2.0 TUJUAN

    Projek ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar di Sekolah

    Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Setar supaya menjadi seorang

    pelajar yang berakhlak. Diharapkan pada akhir projek ini, para pelajar akan:

    2.1 memberi alternatif yang dapat diterapkan melalui maklumat dan isu-isu

    semasa yang akan disebarkan dalam projek ini iaitu perbincangan,

    taklimat dan aktiviti yang akan diadakan.

    2.2 memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyumbangkan idea,

    tenaga, ilmu pengetahuan, pengalaman dan kebolehan melalui aktiviti-

    aktiviti yang akan dijalankan

    2.3 membentuk para pelajar agar mempunyai keperibadian dan jati diri yang

    tinggi dan membentuk personaliti unggul di kalangan pelajar

    3.0 MATLAMAT

    3.1 Matlamat Umum

    3.1.1 untuk menerapkan kekuatan jati diri kepada para pelajar agar dapat

    meningkatkan lagi semangat berakhlak tinggi

    3.1.2 menggalakkan para pelajar untuk meluangkan masa dengan

    aktiviti-aktiviti sihat dan berfaedah selaras dengan pembangunan

    negara yang begitu pantas.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    4/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    4210987

    3.1.3 membantu dan mendorong golongan pelajar supaya sedia

    memberi kerjasama, tolong menolong dan bertimbang rasa dalam

    kehidupan seharian untuk kemajuan bangsa, agama, dan negara.

    3.2 Matlamat teknikal

    3.2.1 Memberi tunjuk ajak kepada para pelajar untuk cara menggunakan

    kemudahan internet dengan cara yang sihat dan positif.

    3.2.2 Menperkenal website yang ada menyediakan sumber-sumber yang

    dapat mengajar pelajar dalam bidang pendidikan,sains ,dan cara

    hidup sihat,dan persekitaran.

    3.3 Matlamat Pelaksanaan

    Daripda projek tersebut pelajar-pelajar akan:

    3.3.1 dapat mengurangkan kadar gejala sosial yang kini kian bertambah

    dalam kalangan pelajar.

    3.3.2 bermotivasi untuk meningkat nilai-nilai akhlak kepada para pelajar

    3.3.3 menaman nilainilai murni yang sihat kepada para pelajar

    3.3.4 membantu para pelajar menjadi pelajar yang berakhlak

    Daripda projek tersebut, staf akan:

    3.3.5 menambahkan ilmu pengetahuan

    3.3.6 menguasi cara-cara mengajar seseorang pelajar menjadi pelajar

    yang berakhlak.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    5/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    5210987

    3.4 Matlamat Ekonomi

    Dengan jalannya projek ini, para pelajar dapat

    3.4.1 dapat memberi peluang kepada pelajar menceburi dalam pekerjaan

    yang disah di sisi undang-undang pada masa depan;

    3.4.2 memahami dengan lebih mendalam mengawal sumber kewangan

    para pelajar;

    3.4.3 mengajar para pelajar menjimatkan wang dan masa;

    3.4.4 mengajar para pelajar mengamalkan sikap menabung wang

    4.0 SKOP

    Bidang tumpuan projek ini adalah

    4.1 memberi nilai-nilai akhlak kepada para pelajar di Sek. Men. Keb. Tunku

    Abdul Malik.

    4.2 mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat kepada para pelajar seperti

    mengadakan permainan berkumpulan.

    4.3 memgajar para pelajar mengamalkan nilai bekerjasama dan bertolak

    Ansur dalam berinteraksi dengan masyarakat.

    5.0 PUNCA MATLUMAT

    5.1 Kes gejala sosial dalam kalangan pelajar semakin meningkat.

    5.2 Punca kedua (sekunder) ialah ibu bapa tidak memberi perhatian kepada

    anak-anak mereka.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    6/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    6210987

    Maklumat-maklumat yang diperolehi amat penting untuk merancang cara-cara

    mengajar pelajar menjadi pelajar yang berakhlak supaya mencapai objektif

    projek.

    6.0 SITUASI SEMASA

    6.1 Keadaan Semasa

    KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara

    (NKRA) yang berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 15 peratus tahun lalu

    turut membawa kepada penurunan kes membabitkan kanak-kanak, pelajar dan remaja.

    Seramai 4,670 kanak-kanak berumur seawal tujuh tahun ditahan dalam pelbagai

    kes jenayah dari Januari hingga August tahun lalu termasuk 1,927 orang daripadanya

    merupakan pelajar sekolah. Jumlah itu berkurangan berbanding 5,221 sepanjang

    tempoh sama pada 2008.

    Statistik Bukit Aman menunjukkan dalam tempoh itu, 139,120 kes jenayah

    melibatkan golongan terbabit direkodkan berbanding 147,539 kes dalam tempoh yangsama pada tahun 2008, turun sebanyak 22,428 kes.

    Dalam tempoh sembilan bulan itu, jenayah kekerasan yang merangkumi kes

    bunuh, rogol, samun berkumpulan dengan senjata api, samun berkumpulan tanpa

    senjata api, samun dengan senjata, samun tanpa senjata dan mendatangkan

    kecederaan turun sebanyak 6,344 kepada 24,065 kes berbanding 30,609 kes pada

    tahun 2009.

    Statistik itu juga menunjukkan 430 kes bunuh, 2,746 (rogol), 76 (rompak

    berkumpulan bersenjata api), 12,834 (rompak berkumpulan tanpa senjata), 25

    (rompakan) 2,831 (rompak tanpa senjata) dan 5,119 (mendatangkan kecederaan).

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    7/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    7210987

    Mereka turut terbabit dalam 54,170 kes kecurian termasuk 39,856 curi motosikal dan

    10,222 curi kereta, 4,742 (ragut), 6,702 (pecah rumah siang hari) dan 19,469(pecah

    rumah malam hari).

    Daripada jumlah mereka yang terbabit, 28 kes melibatkan kanak-kanak berusia

    tujuh hingga 10 tahun, 90 kes (11 hingga 12 tahun), 1,271 (13 hingga 15 tahun) dan

    3085 (16 hingga 18 tahun).

    Mengulas penurunan kadar jenayah itu, pensyarah kriminologi Universiti Sains

    Malaysia, Prof Madya P Sundramoorthy berkata, penurunan itu ada kaitan dengan

    inisiatif kerajaan melalui NKRA yang bertujuan menurunkan kadar jenayah bagi

    memastikan rakyat sentiasa rasa selamat.

    Namun, katanya, masih terlalui awal untuk menilai keberkesanan penurunan itukerana jenayah dalam kalangan kanak-kanak masih berlaku dan di tahap

    membimbangkan.

    7.0 KEPERLUAN UNTUK PERUBAHAN

    Dengan melihat kepada kes gejala sosial yang semakin bertambah dalam

    kalangan pelajar yang masih bersekolahan, tindakan yang boleh membawa

    kepada perubahan terhadap pelajar harus dilakukan bagi menangani kes gejala

    sosial .

    Di antara beberapa perkara yang dikenalpasti boleh dilaksanakan ialah dengan

    memberi pendidikan moral dan agama kepada pelajar-pelajar berkenaan serta

    menberi dorongan kepada mereka supaya dapat berfikir dalam keadaan yang

    positif.

    Selain itu,kauseling juga memainkan peranan yang penting dalam member

    nasihat kepada segolongan pelajar yang nakal dan sentiasa melanggar

    peraturan sekolah.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    8/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    8210987

    Disamping itu, guru-guru dalam kelas juga harus memberi perhatian kepada

    pelajar-pelajarnya mereka. Dengan itu,guru dapat memahami pelajar mereka

    dan fikiran merek dan adalah senang bagi guru untuk mengambilan tindakan

    yang lebih sesuai untuk menasihat mereka.

    8.0 PENYELESAIAN

    8.1 Kaedah Yang Digunakan

    8.1.1 Senamrobik

    senamrobik ini melibatkan semua murid yang terdiri daripada 200

    orang. Murid-murid yang akan dibahagikan kepada sepuluh

    kumpulan, lelaki dan perempuan akan melakukan senamrobik

    terancang.

    .

    8.1.2 Aktiviti dalam Kumpulan

    Pelajar akan dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Setiap

    kumpulan akan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Aktiviti yang

    akan dijalankan ialah

    (a) Aktiviti suaikenal.

    (b) Ceramah motivasi.

    (c) pertandingan mereka bentuk

    (d) pertandingan mainan berkumpulan

    8.1.3 Pameran

    Pameran bertema penjara diadakan di dewan terbuka Sek. Men.

    Keb. Tunku Abdul Malik bagi memperluaskan ilmu pengetahuan

    pelajar.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    9/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    9210987

    8.1.4 Aktiviti semasa projek:

    1. Ceramah Khas Jenayaholeh ketua polis

    2. Ceramah Belia Benci Dadah

    3. Ceramah Pelajar Permata Kasih

    8.2 Tenaga Petunjuk Dan Sumber

    8.2.1 Senamrobik

    Seorang juruarah/jurupandu, Zamri Abd Rahman dilantik dengan

    bantuan empat orang jurutunjuk iaitu

    1) Pn. Tan2) Pn. Lini

    3) Pn. Hafizah

    4) Cik. Sharifah

    8.2.2 Aktiviti dalam Kumpulan

    5 orang Senior diperlukan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti

    tersebut, iaitu:

    1) En. Rosli

    2) En. Azizan

    3) En. Muhairi

    4) En. Azri

    5) En. Kamaruddin

    8.2.3 Pameran

    4 orang diperlukan mempamerkan dan menjaga pameran tersebut:

    1) Hamzah Bin Yusof

    2) Mohd Syed Omar Bin Mohd Syed Ahmad

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    10/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    10210987

    3) Mohammad Hassan B. Mohd Rozlan

    4) Mohd Sofian Abdul Halim

    8.2.4 Aktiviti Semasa Projek

    Pn. Azila Binti Kamaruddin akan menjadi Juruacara Projek.

    Terdapat 3 ceramah yang dijalani pada masa itu ialah:

    1. Ceramah Khas Jenayah

    2. Ceramah Belia Benci Dadah

    3. Ceramah Pelajar Permata Kasih

    8.3 PERALATAN DAN KEMUDAHAN

    8.3.1 Senamrobik

    Aktiviti ini akan dijalankan di padang sekolah Tunku Abdul Malik.

    Radio, pita kaset dan pembesar suara (hailer) diperlukan.

    8.3.2 Aktiviti dalam Kumpulan

    Kerusi dan meja akan disusun mengikut kehendak fasilitator.

    Kertas kosong dan pen penanda diperlukan. Dua belas biji bola

    keranjang diperlukan untuk permainan yang berkaitan.

    8.3.3 Pameran

    Barang-barang pameran diperlukan. Sepuluh buah Papan pameran

    dan lima buah meja juga diperlukan.Selain itu,Dua bilik kelas

    dipinjam untuk pameran.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    11/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    11210987

    8.3.4 Aktiviti Semasa Projek.

    Untuk aktiviti di atas, mikrofon dan pembesar suara boleh didapati

    daripada Sek. Men. Keb. Tunku Abdul Malik. Pentas juga akan

    digunakan dewan sekolah tersebut.

    9.0 JADUAL AKTIVITI

    JUMAAT 20 JAN 2012

    Masa Aktiviti Tindakan

    8.30 9.15 pagi

    9.15 9.45 pagi

    9.45 10.30 pagi

    10.30 11.30 pagi

    11.30-12.45 t/hari

    1. Pendaftaran

    2. Senamrobik

    3. berinteraksi berkumpulan

    Ucapan dan Perasmian

    Minum Pagi

    Ceramah Khas Jenayah- Isu-isu

    Jenayah Pelajar Masa Kini

    1. Ceramah Jemputan-

    Belia Benci Dadah

    2. Pameran

    AJK Sambutan

    Jurulatih Senamrobik

    Pelajar-pelajar yang

    terlibat

    Pengetua Sekolah

    Biro Makanan

    Ketua Polis Daerah Kota

    Setar. Asisten Komisioner

    Abd Ghafar Rajab

    Agensi Dadah

    Kebangsaan Cawangan

    Alor Setar dan AJK

    Pameran

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    12/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    12210987

    12.45-2.00 petang

    2.00 3.15 petang

    3.15 5.00 petang

    5.00 6.15 petang

    1. Makan tengahari dan

    Solat Zohor

    2. Aktiviti mereka bentuk

    daripada barang terpakai

    Ceramah Khas Akhlak Remaja -

    Pelajar Permata Kasih

    Demonstrasi sebatan daripada

    Jabatan Penjara Alor Setar.

    Penyampaian cenderahati

    kepada panel penceramah.

    Biro Makanan

    Pelajar-pelajar yang

    terlibat

    Pegawai Agama Daerah

    Alor Setar.

    Wakil dari Penjara Alor

    Setar

    AJK Sambutan

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    13/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    13210987

    10.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK

    Pengerusi : Mohd Naim Bin Mohd Ramli

    Setiausaha : Lim Chia ChyiBendahari : Siti Aishah Binti Seman

    Ahli Jawatankuasa : Nor Hayati Binti Hamzah

    Ooi Siew Hwa

    Shuhaida Binti Yaakob

    Kuhan A/L Kamin

    Biro Pengangkutan : Zainal Binti Yahya

    : Ahmad Bin Saiful

    Biro Peralatan : Lee Yan Ping

    Mohd Khairul Faiz Bin Mazlan

    Biro Makanan : Norazlan Bin Yasmin

    12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

    PENDAPATAN RM

    Kutipan daripada pelajar sebayak 200 x RM5.00 1000.00

    Sumbangan Wakil Rakyat 500.00

    Sumbangan daripda Syarikat Nestle 1000.00

    Peruntukan Pusat Kokurikulum 500.00

    JUMLAH 3000.00

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    14/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    14210987

    PERBELANJAAN RM

    Pengurusan 300.00Peralatan 750.00

    Cenderamata 500.00

    Makan dan Minuman 800.00

    Kontigensi/Pelbagai 180.00

    JUMLAH 2530.00

    13.0 PENUTUP

    Justeru, pelaksanaan projek ini banyak member faedah kepada pelajar-

    pelajar.Dengan harapan agar projek ini akan dapat mencapai objektif dan

    matlamat untuk memberi pendedahan dan kesedaran terhadap isu-isu berkaitan

    pembentukan pelajar berakhlak mulia di Sek.Men.Keb Tunku Abdul Malik ini.

    Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna dengan

    bantuan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Para pelajar yang akan turut

    berserta diharapkan dapat member kerjasama untuk menjayakan projek ini . Ibu

    bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah turut serta berganding bahu dan

    bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik pelajar-pelajar seterusnya

    dapat menyumbang pada kemajuan agama, bangsa dan negara. Oleh itu,

    adalah wajar supaya para pelajar didedahkan akan kesan

    buruk dalam masyarakat. Projek ini diharapkan dapat menyedarkan pelajar

    supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh

    merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    15/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    15210987

    perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar

    dengan hukuman. Pelajar-pelajar adalah kumpulan masyarakat yang bakal

    mencorakkan masa depan Negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi

    yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan

    kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak dalam kalangan

    pelajar adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia

    yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala

    masalah sosial yang dihadapi oleh para pelajar harus dibendung dan di atasi

    supaya ia tidak terus menjadi ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai

    ini.

    Disediakan oleh:

    .LIM CHIA CHYI

    210987

    Setiausaha

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    16/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    16210987

    14.0 CATATAN DAN ULASAN JURULATIH

    Tandatangan Tarikh :

    (PROF. MADYA HAJI IBRAHIM HAJI AHMAD)

    15.0 CATATAN/ULASAN PENYELARAS

    Tandatangan Tarikh :

    ( )

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    17/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    17210987

    16.0 CATATAN DAN KELULUSAN PENGARAH PACE

    Tandatangan Tarikh :

    (DR. SA A RI AHMAD)

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    18/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    18210987

    17.0 RUJUKAN

    Sri Modul Kendiri Program Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ-UUM ), Pusat

    Pendidikan Profesional dan Lanjutan ( PACE ), Universiti Utara Malaysia.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    19/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    19210987

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    20/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    20210987

    UUM/KK/KMPJJ/1

    20 Disember 2011

    Pengarah

    PACEUniversiti Utara Malaysia

    Melalui dan Salinan kepada:

    PenyelarasUnit Khidmat MasyarakatPACEUniversiti Utara Malaysia

    Tuan,

    PERMOHONAN KELULUSAN KERTAS CADANGAN BAGI PROJEK MEMBENTUK

    PELAJAR BERAKHLAKDengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

    Bersama ini dikemukakan Kertas Cadangan tersebut untuk penilaian dan kelulusanpihak tuan. Maklumat mengenai projek tersebut ialah:

    PROJEK : PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK

    TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

    TARIKH : 20 JANUARI 2012 (JUMAAT)

    PESERTA : 200 ORANG PELAJAR

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    21/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    21210987

    Adalah menjadi harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangansewajarnya dan kelulusan pihak tuan. Jutaan terima kasih di atas kerjasama pihaktuan.

    Sekian, terima kasih.

    ILMU BUDI BAKTI

    Yang benar

    __________________________

    (MOHD NAIM BIN MOHD RAMLI)

    Pengerusi Projek,

    Projek Membentuk Pelajar Berakhlak

    Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1

    Universiti Utara Malaysia.

    S/k : Penyelaras

    Unit Khidmat MasyarakatPACE, UUM.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    22/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    22210987

    UUM/KK/KMPJJ/1

    2 Januari 2012

    Pengetua,

    Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik,Alor Merah,05150 Alor Star, Kedah.

    Melalui dan Salinan kepada:

    PengarahPACEUniversiti Utara Malaysia

    Tuan,

    PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MENGADAKAN PROJEK MEMBENTUK

    PELAJAR BERAKHLAK

    Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

    Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa satu kumpulan KokurikulumKhidmat Masyarakat Pembangunan Daerah, Universiti Utara Malaysia inginmengadakan Projek Membentuk Pelajar Berakhlak di sekolah tuan. Maklumatmengenai projek tersebut ialah seperti berikut:-

    PROJEK : PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK

    TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

    TARIKH : 20 JANUARI 2012 (JUMAAT)

    PESERTA : 200 ORANG PELAJAR

    PROGRAM : DISERTAKAN BERSAMA

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    23/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    23210987

    Adalah menjadi harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan dankelulusan pihak tuan untuk kami melaksanakan projek tersebut. Segala kerjasamadaripada pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.

    Sekian, terima kasih.

    ILMU BUDI BAKTI

    Yang benar

    __________________________

    (MOHD NAIM BIN MOHD RAMLI)

    Pengerusi Projek,

    Projek Membentuk Pelajar Berakhlak

    Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1

    Universiti Utara Malaysia.

    S/k : Penyelaras

    Unit Khidmat MasyarakatPACE, UUM.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    24/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    24210987

    2 Januari 2012

    Kepada

    --------------------

    Tuan/Puan,

    MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PROJEK MEMBENTUK PELAJARBERAKHLAK

    Salam hormat.

    Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat ahlijawatan kuasa akan diadakan mengikut ketetapan seperti di bawah:-

    Tempat : Bilik Mesyuarat PACE, UUM

    Tarikh : 5 Januari 2012

    Masa : 10.00 pagi

    Kehadiran dan kerjasama tuan/puan adalah amat dialu-alukan dan didahului jutaanterima kasih.

    Sekian, terima kasih.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    25/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    25210987

    ILMU BUDI BAKTI

    Saya yang menurut perintah,

    ________________________

    (LIM CHIA CHYI)

    Setiausaha Projek,

    Projek Membentuk Pelajar Berakhlak

    Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1

    Universiti Utara Malaysia.

    S/k : Penyelaras

    Unit Khidmat Masyarakat

    PACE, UUM.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    26/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    26210987

    UUM/KK/KMPJJ/1

    2 Januari 2012

    Penceramah yang berkenaan

    Melalui dan Salinan kepada:

    PenyelarasUnit Khidmat MasyarakatPACEUniversiti Utara Malaysia

    Tuan,JEMPUTAN UNTUK MENJADI PENCERAMAH BAGI

    PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK

    Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

    Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa satu kumpulan KokurikulumKhidmat Masyarakat Pembangunan Daerah, Universiti Utara Malaysia inginmengadakan projek Membentuk Pelajar Berakhlak di Sekolah Menengah KebangsaanTunku Abdul Malik, Alor Star, Kedah. Maklumat mengenai projek tersebut ialah sepertiberikut:-

    PROJEK : PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK

    TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

    TARIKH : 20 JANUARI 2012 (JUMAAT)

    PESERTA : 200 ORANG PELAJAR

    PROGRAM : DISERTAKAN BERSAMA

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    27/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

    27210987

    Adalah menjadi harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangansewajarnya dan persetujuan daripada pihak tuan.

    Di atas segalakerjasama yang bakal diberikan,saya terlebih dahulu mengucapkanjutaan terima kasih..

    Sekian, terima kasih.

    ILMU BUDI BAKTI

    Yang benar

    ______________________________________

    (LIM CHIA CHYI)

    Setiausaha Projek,

    Projek Membentuk Pelajar Berakhlak

    Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1

    Universiti Utara Malaysia.

    S/k : Penyelaras

    Unit Khidmat Masyarakat

    PACE, UUM.

  • 8/2/2019 pembangunan masyarakat 22

    28/28

    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1SURAT-SURAT LAIN TERMASUKLAH:

    1. Mohon derma/hadiah2. Mohon menggunakan tempat3. Mohon merasmikan majlis pembukaan / penutupan