pembangunan mampan task 2 (bandar anda)
TRANSCRIPT
NOR JAMAEYAH BINTI MOHD RADZALI A155172
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN
PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
ASPEK PEMBANDARAN
ALAM SEKITAR EKONOMI SOSIAL
Pekerjaan
Pengangkutan
Peluang pekerjaan
Pendidikan
Penjagaan kesihatan
Makanan
Reka bentuk bandar
Kepelbagaian Bio
Pengurusan Sampah
Eco footprint
Kawasan hijau
Perubahan cuaca
Kitar semula
Kualiti udara
Bandar Ipoh Perak
Ipoh ialah sebuah bandar raya bukit yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur dan selatan Pulau Pinang, merupakan bandaraya ketiga terbesar di bahagian tengah Malaysia selepas Kuala Lumpur dengan perjalanan sepanjang 500 km sahaja untuk ke Kluang, Pulau Tioman, Johor dan Singapura, bandaraya dunia.
Reka bentuk bandar
Kepelbagaian bio
Reka bentuk bandar Ipoh berada dalam keadaan tersusun dan terancang. Sekitar bandar Ipoh terdapat taman-taman perumahan yang mana susunan rumah adalah teratur dan kemas.
Ipoh juga merupakan bandar yang kaya dengan tempat-tempat rekreasi yang mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Antaranya ialah Taman Rekreasi Gunung Lang.
ALAM SEKITAR
Sampah
Kes pembuangan sampah di merata tempat semakin berleluasa di bandar Ipoh. Namun begitu Majlis Bandaraya Ipoh menyediakan pusat pengurusan sampah supaya sampah dapat diurus dengan baik. Selain itu Majlis Bandaraya Ipoh juga menyediakan tong sampah roro di beberapa kawasan. Sebagai contohnya Pasar Besar Ipoh.
Ecological footprint dan kawasan hijau
Perubahan cuaca
Terdapat banyak kawasan hijau di Ipoh. Antaranya ialah Lost World Of Tambun. Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur. Di kawasan tersebut juga terdapat mini zoo yang menempatkan pelbagai jenis fauna di samping kawasannya yang dipenuhi oleh pohon-pohon hijau dan berbagai jenis flora.
Bandar ipoh perak mengalami cuaca yang tidak menentu dan kerap hujan. Kawasan yang tanah rendah hampir banjir kerana peningkatan aras air sungai.
Kitar semula
Kualiti udara
kadar pencemaran udara di Ipoh masih terkawal namun tahap pencemaran habuk amat ketara terutama di kawasan pinggir Ipoh disebabkan banyaknya aktiviti pemecahan kuari. Tahap pencemaran masih mematuhi standard kualiti udara Malaysia iaitu Garis Panduan Kualiti Udara Malaysia (Recommended Malaysian Air Quality Guidelines -kurang dari 150 u.g/m3).
Terdapat pelbagai program kitar semula yang dijalankan. Antaranya ialah Kempen Kitar semula sempena perayaan Thaipusam. Sempena program kitar semula itu, lebih 100 anggota sukarelawan NGO menaiki beca mengelilingi kawasan perkarangan kuil sambil membawa sepanduk bertulis `jaga kebersihan Bandaraya Ipoh’.
Reka bentuk bandar
Kepelbagaian Bio
SampahEco footprint
Kawasan hijau
0
5
10
ALAM SEKITARSeries 1
Perubahan cuaca
Kitar semulaKualiti udara
0
5
10
ALAM SEKITARSeries 1
Pekerjaan dan peluang pekerjaan
Kadar pengangguran di negeri Perak pada tahun 2014 adalah sebanyak 3.4 peratus. Ruang pekerjaan masih banyak lagi kosong. Jika kita lihat pengaliran tenaga professional, mahir dan separuh mahir agak tinggi. Oleh itu, terdapat banyak industri atau majikan yang berkelayakan yang akan menawarkan pekerjaan.
EKONOMI
Pembinaan Kompleks Terminal Bas Bersepadu Bandaraya Ipoh di Bandar Meru Raya di sini, merupakan usaha berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan sistem pengangkutan awam terbaik kepada rakyat.
Keretapi: Stesen Keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan diantara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Lapangan terbang ini telah dinaik taraf bagi memastikan pesawat yang lebih besar boleh mendarat.
Pendidikan
Terletak berhampiran bandar Tambun dan menyediakan suasana kampus bandar, Kolej Sunway Ipoh menawarkan pakej menaraik dengan gabungan kualiti pembelajaran yang selesa berhampiran tempat tinggal atau kemudahan asas yang hanya beberapa kilometer sahaja. Kolej Sunway Ipoh menawarkan kemudahan pembelajaran yang baik termasuk sebuah Makmal Komputer dan pusat Sumber Pembelajaran, Penempatan Kerjaya dan Rekreasi Pelajar. Kursus: Diploma Sistem Maklumat Perniagaan, Diploma Pentadbiran Perniagaan, Diploma Rekabentuk Grafik, Diploma Rekabentuk Dalaman, Sijil Juruteknik Perakaunan (CAT).
Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint (CICT) telah membuktikan kebolehannya dalam pendidikan dengan mendapat pendidikan dan latihan pada tahap tertinggi.Sejak penubuhannya pada tahun 1991, CICT terus berkembang dan melebarkan sayapnya, berkongsi idea yang hebat dengan pelbagai komuniti dan meneruskan visinya dalam pendidikan ke seluruh kawasan dalam pengkhususan akademik.Kursus: Diploma Teknologi Maklumat, Diploma E-Perniagaan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat, Sijil Lanjutan E-Perniagaan, E-Kesetiausahawanan, Sijil IT Discovery, PC Master, PC Master Plus
Penjagaan kesihatan
Hospital Raja Permaisuri Bainun atau dahulunya Hospital Ipoh merupakan sebuah hospital kerajaan di Ipoh, Perak. Ia mula dibina pada 1981 sebagai Hospital Daerah dengan kemudahan 50 buah katil.Hospital Ipoh kemudiannya telah dinaiktaraf sebagai Hospital Negeri pada tahun 1942. Pada tahun 1980, sebuah bangunan utama 8 tingkat siap dibina dan beberapa bangunan sokongan lain turut dibina. Antara bangunan lain yang dibina termasuk Kompleks Klinik Pakar (tahun 1992) dan Kompleks Rawatan Harian (tahun 2005). Dengan peningkatan infrastruktur dan tenaga kerja, pada Khamis, 12 Jun 2008, nama hospital telah ditukar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ia memiliki sebanyak 990 katil. Terdapat juga Klinik 1 Malaysia yang ditubuhkan di Ipoh demi membantu penduduk di sekitarnya.
Ipoh di anggap sebagai syurga makanan di mana semua jenis makanan terdapat di ipoh iaitu yang terdiri daripada makanan Melayu , India, Cina dan pelbagai citarasa lain di Ipoh.
Makanan