[novel] jangan ada dendam

Upload: azan90

Post on 30-May-2018

362 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    1/87

    ENOVEL - JANGAN ADA DENDAM

    SATU NOVEL, TIGA PENULIS, RIBUAN PEMBACA

    OLEH SRIDIAH, MBA, DAN RUDY

    PENULIS UNDANGAN: EYES, PUTERI & IBNU ARIFF

    HTTP://NOVEL2U.BLOGSPOT.COM

    FORMAT E-BOOK OLEH IBNU ARIFF

    PENGENALAN

    Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt...

    Sebuah novel biasanya ditulis oleh seorang pengarang sahaja. Semua watak yang terdapatdalam sesebuah novel adalah hasil kreativiti pengarang tersebut. Pengarang bolehmenggunakan orang ketiga sebagai pencerita watak ataupun bertindak sebagai pemegangwatak sendiri. Namun dalam JAD ia adalah suatu kelainan. Setiap watak dikarang olehpenulis yang berlainan dan menceritakan mengenai watak sendiri dalam certia atau situasitersebut.

    Pada asalnya MBA secara suka-suka mengacah Sri Diah untuk berduet dalam menghasilkansebuah novel. Pelawaan ini boleh menjadi jika MBA bersungguh-sungguh ataupun memangada satu plot cerita yang menarik. Namun tanpa dirancang, Sri Diah telah menulis petikansatu babak dari novel terbarunya "Jangan Ada Dusta" dalam blognya. Ia menceritakan bagipihak wanita. Lantas MBA pula menulis dalam blognya "Jangan Ada Dusta Versi Lelaki" yangmenceritakan dari perspektif lelaki pula. Semenjak dari itu kami saling balas-membalas versi.

    Akhirnya satu blog khusus untuk JAD diwujudkan. Secara tidak sengaja MBA memberitahuJAD bermakna Jangan Ada Dendam kepada teman komuniti Haiku dan dari situ bermulalahnama JAD menjadi Jangan Ada Dendam.

    Rudy pula datang untuk menulis sebagai Along, aida sebagai eyes dan Souraya dan IbnuAriff sebagai Angah.

    Bagaimana penyelarasan dibuat?. Biasanya setiap penulis menulis apa sahaja watak merekaatau menjawab persoalan terdahulu yang dikemukakan oleh penulis sebelumnya. Cumakadang-kadang seorang berdua dari kami ada juga berunding melalui Internet bagi mencarikata sepakat ataupun ingin mengagah penulis lain.

    Sekian adanya.

    SIRI 1

    PERANG dingin ini bilakah akan berakhir? Suami pergi kerja macam orang hilang akal. Dia balikke rumah pun macam orang hilang akal!"Saya penat. Saya letih...!"

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    2/87

    "Bang, mari saya picitkan""Ah, tak payahlah. Awak picit kuat sangat, sakit-sakit badan saya...!""Habis tu, abang nak kopi""Ah, tak mahu, kopi awak pahit!"Kalau kopi pahit... mintalah milo atau teh... Tapi kenapa tak mahu minta apa-apa?"Abang nak makan? Saya siapkan...""Makan? tak payahlah. Saya belum nak makan.""Saya goreng ikan masin, nak?""Ikan masin? Ikan masin awak masin!""Abang nak mandi? Saya siapkan air suam""Dah. Saya dah mandi!"Oh Tuhan... ke manakan kemanisan yang selama ini menjadi milikku?

    Penulis: Sri

    SIRI 2

    Jika diteruskan perang, rasanya yang kalah jadi abu yang menang jadi arang. Lebih baikdiadakan gencatan senjata saja.

    Sebenarnya aku cukup juak untuk pulang ke rumah. Sikapnya sejak akhir-akhir ini membuatkanseolah-olah aku bukanlah CEO di rumah. Kepulangan aku ke rumah sepatutnya disambut dandihormati sebagai seorang suami, seorang sahabat, seorang teman. Namun dia yang sudahlama bertindak sebagai CFO di rumah nampaknya lebih mengutamakan pejabat dan orang-orang pejabat berbanding dengan rumah dan orang-orang dalam rumah ini.

    Sebagai isteri yang bekerja, suami tidaklah mengharapkan makanan terhidang-saji. Suami bolehmengaut sendiri dari periuk di dapur jika ianya sudah bermasak. Jika sesibuk ini di rumahhinggakan tidak mahulagi memasak, apalah gunanya dibeli beras dan dapur yang mahal jikasekadar untuk makan nasi bungkus.

    Sesekali pulang dengan keletihan dan migren yang menyerang, perlukan belas ihsan. Jika kitaminta dipicit dan diurut, bukanlah alasan sibuk, tidak pandai memicit, takut tangan kasar atau

    telan saja panadol yang mahu didengar suami. Ini menambahkan lagi sengsara yang ada.Dah tahu kita berpenyakit darah tinggi, hendak dihidangkan pula dengan ikan masin?. Agaknyadia memang ingin sangat menyuruh aku pergi cepat. Sudah ada bakal bapa kepada anak-anakku kah?.

    Suami sekarang tidak perlu dimanjakan hinggakan perlu dimadikan oleh isteri. Usahlahterpengaruh dengan filem Jepun atau Korea yang menjadi teman setiamu setiap petang hinggamelupkan tugas sebenar di alam nyata.

    Suamimu ini bukanlah robot bernyawa yang bisa kau programkan dengan menekan papankekunci yang sering kau lakukan hingga menjelang subuh dengan alasan terlalu sibuk. Dansuami ini tidurlah sendirian saban malam bertemankan alasan isteri yang keletihan, sibuk, sakitperut, tiada mood dan tidak mahu membasahkan rambut.

    Jadi wajarlah rasanya gencatan senjata kita ini dikuatkuasakan segera.

    Penulis: MBA

    AKU RELA TIDUR SENDIRI... - SIRI 3

    Sudah banyak kali kami berkompromi. Aku bukanlah seorang isteri tipikal seperti zamanneneknya Aku bukan seperti kakak dia atau makcik dia. Aku juga bukan seperti emak

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    3/87

    saudaranya Pah Bedah, yang saban hari asyik mengulit huma. Dan waktu petangnya pula ajakipar duai duduk di beranda. Berderet di tangga mencari kutu.

    Aku wanita kerjaya. Aku ada tanggungjawab atas segala amanah yang dipertanggungajwabkanke pundakku. Aku dibayar gaji tinggi untuk berkhidmat dengan cemerlang. Aku dituntutmengawasi kepentingan syarikat. Aku wajib mengenalpasti potensi diri staf bawahan. Setiapmasa. Setiap ketika.

    Siang sama ada di pejabat atau bertugas di luar pejabat ataupun bertugas di luar daerah, hattake luar negara, panggilan telefon untuknya tidak pernah kuabai. Sebelum itu kupastikan akankeluar dari rumah dengan segala keperluan dirinya dan anak-anak tidak terabai.

    Atas dasar inilah dia mengahwiniku dulu. Sejak hari pertama berdating dan setahun kemudiankami mula tidur sekatil, dia sudah tahu aku bukan dikahwini untuk duduk di rumah sahaja,melayan suami, menjaga rumah dan membesarkan anak-anak. Dia akur. Dia terima ketetapanitu. Noktah!

    Jika dulu dia akur, kenapa sekarang mula rasa tak senang? Jika dulu dia boleh berdikari,kenapa sekarang tidak boleh berdikari lagi? Aku masih tidak berubah, aku tetap aku yang dulu.Dia yang berubah, dia yang mula mengira semuanya sehalus-halusnya. Kita kian berusia,

    sepatutnya kita makin memahami satu sama lain. Tapi rupanya dia semakin kurang memahamihati isterinya ini.

    Jika dia ingin dimanja, aku pun ingin dimanja. Tetapi pernahkah dia memanjakan aku? Dia takpernah tanya pening letihku. Dia tak pernah tanya pasal perkara-perkara asas keperluan rumah.Semua itu kuurus sendiri. Hinggakan kepala paip longgar pun aku yang betulkan. Jika lampurosakpun, aku yang panjat tangga, tukarkan. Hinggakan menukar bola dalam tangki air pun akuyang kerjakan.

    Memang dia sengaja mengambil kesempatan!Ya, akulah superwomen. Dia harus rasa bertuah kerana memilih aku menjadi isterinya. Biarlah!biarlah seminggu dua ini kami make dono. Biar dia muhasabah dirinya! Biar dia melayanmigrainenya dan aku rela tidur sendirian! Masuk malam ini sudah tiga hari aku tidur ditemani

    bantal peluk!Penulis: Sri

    JANGANLAH TIDUR SENDIRIAN - SIRI 4

    Sayangku,Abang tahu yang sayang ialah anak seorang ustaz sedangkan abang ini dilahir dan dibesarkandalam keluarga yang pincang dan serba kekurangan. Namun latarbelakang masa silam tidakusah kita ungkitkan. Jadi usahlah diungkitkan pasal arwah nenekku yang hobinya mencabutuban di tangga itu. Dia juga wanita berkerjaya sebenarfnya, seorang petani yang gigihmenggunakan tulang empat keratnya untuk membesarkan orangtuaku.

    Abang mahu biarlah kita sehidup semati dan sama-sama ke syurga nanti. Memang sayang

    adalah superwoman, memang abang sangat bertuah memiliki sayang. Namun dalam banyak hal,abang merasakan yang sayang lebih mementingkan kerjaya berbanding dari rumah tangga.Abang tidak perlu bersyarah panjang kerana migren abang ini sudah sampai ke puncaknyaagaknya. Sebelum apa-apa terjadi kepada abang, abang hanya ingin mengingatkan sayanghanya dua buah hadis sahaja yang abang ingat-ingat lupa.

    Pertama, tidak akan diampunkan dosa seseorang isteri yang membiarkan suaminya tidur dalamkemurkaannya sepanjang malam dan yang kedua adalah haram bagi seseorang Muslimmemutuskan tali persaudaraan dengan saudaranya yang Muslim lebih daripada tiga hari.

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    4/87

    Cukuplah sekadar itu sayang. Semoga rasa amarah sayang tidak akan menakluki intelektualsayang yang tinggi itu.

    Oh ya, sebelum abang terlena lagi, abang teringatkan satu lagi hadis. Jika si suami berhajatkanisterinya hatta ketika berada di belakang kuda sekalipun, maka adalah wajar bagi si isteri untukmemenuhinya. Abang bukan memerlukan sayang di kandang kuda!, Di sini sayang, ditepiantilam empuk ini. Abang Cuma mahukan sayang memicit kepala abang yang sakit dan hati abangyang bengkak ini. Selamat malam sayang. Abang tidur dulu dan semoga dapat berjumpabidadari dalam mimpi yang boleh melegakan penyakit abang ini. Assalamualaikum.

    Penulis: MBA

    JANGAN NYANYIKAN LAGU ITU ... - SIRI 5

    ENTAHLAH apa silapnya malam tadi. Aku yang terlelap atau dia yang memang tak mengharapapa-apa daripadaku. Dia kata migraine. Tapi hairannya dia masih boleh duduk berjam-jammengadap komputer.

    Sampai aku masuk bilik tidur, aku lihat bilik kerja kami masih terang benderang. Alat hawa dinginmasih terpasang. Entah ke hujung dunia mana dia rayau. Aku berani bertaruh. Dia mesti ke site

    negara matahari terbit itu. Dia mesti sedang berseronok-seronok dengan kawan-kawannya. Kalaitu apakah aku masih berada dalam sanubarinya?

    GENTING Highlands. Awal pagi tadi, aku menggesek mata. Kutoleh ke kanan. Dia sudah tiada.Malam tadi dia tidur agak lewat tapi pagi ini awal-awal lagi sudah hilang. Bukan dia tak tahu akuakan mendaki jalan berliku lebih 200km pagi ini. Dia sudah kuberitahu sejak tiga hari lepas.Sudahkah dia meninggalkan ciuman sayangnya ke pipiku?

    Tatkala ingin mengenakan tudung, sekeping kertas A4 jatuh dari meja solek. Oh... kubaca talianhayatnya itu. Nampaknya dia masih lagi sarat dengan perasaan. Dia masih lagi membisikkankata-kata pesimis. Ah, dia benar-benar sedang mengemis. Mengemis secebis hatiku. Tetapisedarkan dia malam tadi akulah si pengemis yang kedinginan. Akulah si pengemis yangmengharapkan kunjungannya.

    Kalau betullah dia cemburu pada kerjayaku. Atau dia jaki dengan kesibukanku... esok akankuhantar borang cuti. Akan kumohon cuti seminggu.

    Aku akan mengadap dia seorang. Aku akan hantar dia ke pejabat dan mengambil dia pulang.Aku akan suapkan makanan ke mulutnya. Aku akan mandikan dia. Aku akan picit dan urutkepalanya. Aku akan berkepit sahaja dengannya, terutama menemaninya menekan-nekanpapan kekunci komputer, menerjah ke negara mana dia pergi berjumpa kawan-kawannya.

    Meluat. Biar dia meluat. Dan semoga dia tahu, aku juga meluat hendak melakukan semua itu.Tetapi lagu itulah yang selalu dia dendangkan di telingaku....

    Penulis: Sri

    LAGU ITU LAGU SENDU... - SIRI 6

    Esok adalah hari yang paling bermakna bagiku. Tepat jam 12 malam ini, genaplah usiakusetengah abad. Syukur kepada Tuhan kerana memanjangkan usiaku dengan penuhkesejahteraan dan sihat walalafiat. Sesungguhnya aku terlalu jarang diserang sakit, selaindaripada migren yang sekali-sekala menyerang. Rindu juga aku untuk bertemu doktor Daudyang menjadi doktor famili kami semenjak sekian lama. Bukan untuk mengambil ubat, tapipeluang bagiku berbual dan bertukar fikiran dengannya menganai PDA kami.

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    5/87

    Aku terpacak di depan notebook ini menanti detik 12 malam bagaikan anak kecil menunggukepulangan ibunya. Kejab-kejab menoleh ke sana, kejab lagi ke sini. Mungkin dia akan menyapadan mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-50" buatku. Bagiku biarlah dia orangyang pertama mengucapkannya. Namun penantian aku pada tahun ini adalah sama sahajadengan tahun-tahun yang sebelumnya. Mungkin aku ini tidak ikhlas. Setiap kali aku memberikanhadiah pada ulangtahun kelahirannya, aku berharap dalam hati agar mendapat balasansewajarnya pada hari kelahiranku pula. Namun hari yang bersejarah bagi hidupku ini tidakpernah diingati oleh keluarga sendiri. Oh! inilah balasannya sumbangan aku yang tidak ikhlasitu.

    Sejam telah berlalu aku menyambut usia ke-50 dengan meriah sekali dengan segenap rakan-rakanku dari seluruh dunia. Ya, pada saat ini semua rakan-rakanku turut hadir secara mayauntuk menyambut ulangtahun kelahiranku. Ingatan mengimbau ke Okinawa 10 tahun lalu, dimana sambutan secara besar-besaran diadakan untukku sempena ulangtahun kelahiranku yangpertama. Ya pertama! Kerana kata orang hidup lelaki bermula di usia empat puluh. Sebagaiclass leader, aku diraikan semahunya oleh semua ahli dan juga sensei. Namun aku bataskansupaya parti itu hanya dalam kelas sahaja dan tidak terbawa-bawa ke bilik hostel, shukudo atauclub di sebelah malam nanti. Lebih baik berhati-hati sebelum terlanjur. Maklumlah di negarametahari terbit ini tiada pantang larangnya.Di depan notebook ini, ucapan selamat ulangtahun kelahiran dan salam rindu bertalu-talu

    datangnya dari Lidia dari Chile, Adrian dari Argentina dan Jose dari Peru. Mereka sedang rehatmakan tengahari di pejabat masing-masing rupa-rupanya. Si Yamamoto dari Tokyo, Julio dariManila, Fang dari Beijing dan Opan dari Jakarta juga tidak ketinggalan. Seperti biasa aku jangkaesok atau lusa sampailah kad ucapan dari Iqbal dari Pakistan dan Masele dari Tunisia yangmasih tidak mempunyai hubungan Internet. Rakan-rakan dari Malaysia pula bertalu-talumengucapkan selamat melalui SMS. Meriah juga begini dan masih ramai juga insan yangmengingati tarikh keramat ini, kecuali dari keluarga sendiri. Mungkin mereka sengaja inginmendera aku begini. Alhamdulillah. Namun di tahun hadapan sekiranya masih ada umur, akankuhadiahkan lagi sesuatu pada hari kelahirannya. Mungkin kali ini, apa yang kuharapkanhanyalah dia tidak lupa untuk menghadiahkan aku al-Fatihah setelah aku tiada lagi di dunia ini.Entah mengapa sejak akhir-akhir ini aku selalu mengingati mati.

    Besok pagi-pagi selepas subuh, akau akan terus memecut ke Melaka untuk proses temudugapengambilan jawatan pegawai sistem maklumat. Kerja ini walaupun tidak dibayar sebarangimbuhan, namun ia membawa banyak faedahnya untuk perkembangan kerjaya skim ini. Walaubagaimanapun kata putus pengambilan adalah tertakluk kepada pengerusi yang merupakan ahliSPA. Untung juga tidak ke pejabat pada hari keramat ini, jika tidak sudah tentu pelbagai usikanyang menikam kalbu datang bertalu-talu dari anak buah di pejabat.

    Entah berapa kali lagi aku berpeluang mendengar dan mendendangkan lagu sendu ini...

    Penulis: MBA

    SAYANG SAYANG BUAH KEPAYANG - SIRI 7

    "Eh, apa awak ni? Dah buang tebiat ya?"

    Aku terperanjat. Tergamak dia kata aku dah buang tebiat! Apa maknaya bila dia kata sudahbuang tebiat? Bukankah maknanya aku dah hendak mati? Dah nak mampuskah aku?

    Hendaknya bila kusuapkan dia bingka ubi, alangkah gembiranya kalau dia kata begini sahaja..."eh, apa mimpi sayang ni? Teringat masa bulan madu dulu ke? Sayang mimpi apa malam tadi?Berjumpa putera raja dari kayangan ya? Sayang... sayang..."

    Ah, suara kemanisan dan godaan asmara itu sudah tiada lagi. Itu belum lagi kupicit-picitkepalanya yang selalu migraine atau kuurut belikatnya yang selalu lenguh-lenguh. Kalau

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    6/87

    kulakukan itu, mesti dia yakin memang sah aku dah buat tebiat!

    Sebenarnya telah kukotakan janjiku. Aku ambil cuti seminggu. Handphone kumatikan. Aku jugatidak memview blogku. Kumatikan talian faks di rumah. Kututup mataku daripada menyelaknovel-novel kegemaranku. Ya, telah kulupakan Arenawati dan Samad Said. Kubuang ingatankupada haiku, tanka, senyru dan rensaku. Kututup terus ingatanku pada damahum, pada tomohiko,cikgu hasimah, prof irwan, pak latip, madzaked, gravesdigger, nakhoda, effa dan semua rakan-rakan di komuniti esastera.

    Sebenarnya itulah hadiah harijadi paling mahal untuknya.Tetapi pengorbanan itu tidak bernilai di matanya.

    Tiba-tiba ingatanku singgah pada Rudy... sihatkah si cahaya biru itu?Ya. Aku terkenangkan Rudy. Paling akhir kami bertemu di Hotel Istana dalam majlis anjuranJICA. Dia yang suka ketawa. Ada satu e-mailnya yang belum kubalas.

    Penulis: Sri

    SIRI 8

    Seharian di Melaka cukup menyeronokkan. Kadang-kadang jika dapat Dato' Pengerusi yangsepadan begini, berbulan keluar jadi panel temudugapun tak mengapa. Berbagai perkara lucudan banyak pengajaran yang ditimba dari Dato' Razak ni. Kami berdua jadi serbasalah untuktidak memilih calon-calon ke jawatan PSM ini oleh kerana semua yang datang temuduga adalahyang terbaik. Dari 70 senarai yang perlu ditemuduga, kuota kami ialah 4 orang sahaja yangboleh dipilih dan 4 lagi calon simpanan. Memang sengit persaingannya. Kami juga kurangmengerti apabila PSM dari sektor swasta yang bergaji US$5K dan DBA bank asing juga datangmemohon jawatan ini dan sanggup menerima gaji yang ditawarkan. Mereka ini juga ini telahmelepasi tahap kecemerlangan sesi temuduga. Namun keputusan Dato' pengerusi ada logiknyadan ia suatu pelajaran baru buatku.

    Sampai ke rumah ingatkan nak bersantai dengan membaca dan menjawab e-mel, mengintai blogdan ke eSastera. Namun kulihat Mercedes mata belalang milik syarikat tersadai di garaj. Setahu

    aku dia ke Genting, bersukaria dalam tugas di sana. Oh mungkin dia menaiki kereta ofisagaknya. Tetapi terkejut beruk aku apabila dapati dia berada di rumah dan tanpa bertanya apa-apa lantas menyuakan sesuatu ke mulutku. Apa lagi bertempiklah aku. Entah-entah dia ni dahbuang tebiat, entah-entah ini sebenarnya bukan dia, tetapi sesuatu yang menyamar. Pelbagaiperasangka buruk terlintas sepantas pemproses pentium xion dalam kotak fikiranku. Entah-entah dia nak bomohkan aku supaya.. ah entah apa-apalah aku ni.

    Aku bungkam apabila dia berada di rumah bukan pada waktunya. Waktu-waktu begini akuperlukan sedikit privacy. Aku perlu membaca dan membalas mel yang barangkali banyakditerima hari ini. Juga komen dan catatan di blog perlu diteliti dan dijawab jika perlu. Ya akusememangnya memerlukan sedikit privacy. Sebenarnya terlalu jarang suami seperti aku ini. Akutetap pulang dan bermalam di rumah walau apapun terjadi. Di samping menjimatkan duitkerajaan yang tidak perlu membayar sewa hotel untukku di Melaka, aku juga menjimatkan rasacuriga isteriku, begitulah harapanku. Jika diikutkan hati, ingin saja aku beli beju berjenama atau

    sepatu baru ataupun PDA Treo 600 yang lengkap dengan kamera, telefon dan Palm untukdihadiahkan kepada diriku sendiri sempena ulangtahun kelahiran bertuah ini. Akan kukatakanada secret admire yang menghadiahkannya padaku. Tetapi aku masih lagi waras dan tidak perlumenyakitkan hati sesiapa walaupun Treo tu sangat-sangat kuidamkan.

    Oleh kerana privacy agak terganggu, aku memilih untuk tidur sahaja untuk mententeramkan jiwa.

    Penulis: MBA

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    7/87

    APA ERTI KEMURUNGANNYA ITU? - SIRI 9

    Dia banyak tidur akhir-akhir ini. Ya, sejak dua tahun kebelakangan. Malah migrainenya makinmenjadi-jadi. Tidak dinafikan dia seperti lebih tua daripada usia sebenarnya.

    Banyak artikel telah kubaca mengenai lelaki. Hari ini fikiranku mula menerawang satu persatumengingat kembali apa yang telah kubaca.... Faktor usia dan masalah banyak mendorong padaberlakunya kemurungan dikalangan lelaki. Ramai lelaki yang memasuki fasa usia sebegini akanmenghadapi sindrom kemurungan.

    Itu yang kuperolehi daripada Doktor Ismail Thambi. Beliau ialah Specialist Reproductive HumanResearch Center at the National Population and Family Development Board in Malaysia

    Apakah suamiku sedang bermasalah? Apakah ini menunjukkan tahap androgen dantestosteronnya mulai menurun? Seperti suatu perkhabaran duka, kukaitkan segala yang terjadiini dengan simptom di depan mata; dia mudah tersinggung, suka menyendiri, selalu gelisah dansukar untuk tidur.

    Ah... aku masih muda. Dia juga harus ikut sama muda seperti aku. Tetapi dia selalu mengelakbila diajak berjogging bersama. Dia tak suka aktiviti luar. Terutama waktu panas. Dia tak suka

    badminton, tennis apalagi golf. Sebaliknya pc itulah yang dihadapnya. Sampai tengah malamatau kalau hujung minggu hingga subuh. Kemudian bila keletihan dia akan tidur... itu sahajarutinnya.

    Siang berganti malam, dan malam berganti siang... masa berlalu dengan pantas. Dan aku takmahu menanti atau menoleh ke belakang. Ternyata, hadiah harijadiku untuknya tak bermaknalangsung. Aku kembali sibuk dengan urusan kerja. Dan dia juga makin sibuk dengan intipan-intipannya terhadap segala aktiviti seharianku. Aku tahu itu, sengaja kubuat tak tahu...

    Penulis: Sri

    SIRI 10

    Bila mata terbuka kulihat hitam delita disekeliling. Diri termanggu-manggu kebingungan. Entahapa yang telah berlaku, entah di mana diri berada. Hampir seminit aku begitu. Mencapai PDA ditepi meja dan oh jam 3:00 pagi rupanya. Masyaallah dari siang aku tertidur!. Aku telah terlepassatu temujanji dan kewajipan paling besar. Ya Allah aku telah tidak menemuiMu maghrib tadi.Kepala mula berdenyut-denyut. Adakah aku stress atau tension?. Masakan! ini jam 3 pagi,baru bangkit dari tidurpun. Rasa-rasanya aku tidak bergaduh, bertengkar atau dikejarharimaupun dalam tidur tadi. Tetapi begitulah jasadku ini, kepala aku akan berdenyut pagaikanditikam-tikam andainya jiwa tersiksa. Ya, jiwaku sedang tersiksa amat sekarang kerana telahterlepas dari mengerjakan suruhanNya. Mengapalah dia langsung tidak mengindahkan aku,malahan tidak bersamaku di sini. Mungkin dia sedang dibuai mimpi di bilik anak kami. Mungkin

    juga inilah balasannya kerana menolak suapan bingka ubinya siang tadi. Jika hanya kerana itu,akan ku campakkan ego ini jauh-jauh dan akan memujuknya semahunya seperti biasa nanti.

    Ah apa-apapun terpaksalah Isya dahulu dan qadha maghrib yang telah tertinggal Untuk

    menyedapkan hati dan meringankan jiwa dari rasa berdosa, aku pujuk hati dengan hadis yanglebih kurang bermaksud "Sembahyang itu diwajibkan kepada yang sedar". Jika tertidur, telahmasuk dalam bab lupa dan wajiblah sembahyang setelah jaga. Mudah-mudahan Allah menerimataubat hambaNya.

    Penulis: MBA

    TATKALA TANGANNYA KUSENTUH... - SIRI 11

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    8/87

    BUKAN sengaja! Aku tak bermaksud membuat dia berdosa apabila dia gagal menunaikanMaghrib. Tapi melihat dia keletihan di katil, mendorong aku jatuh kasihan. Dia kepenatan.Agaknya dia terlalu sibuk di pejabat siang tadi. Jadi kubiarkan dia terlena seketika....

    Pagi ini kulontarkan egoku jauh-jauh. Perlahan-lahan aku berdiri di belakangnya, mengikutnyabersembahyang subuh. Aku harap dia mengerti makna dehemku di belakangnya.

    Di pagi nan bening, kucampak rasa kecewa ke luar dari dada. Harapnya dia begitu juga.Sempena Ramadan al mubarak yang bakal tiba aku harap kami sama-sama dapat menunaikanpuasa di siang hari dan malamnya berjemaah terawikh di masjid. Semoga bulan berkat ini akanmenyambung kembali tali kasih kami yang hampir reput.

    Subuh itu, selepas mengaminkan doanya dan tatkala kami bersalaman, kutatap mata beningnyadan melihat bibirnya berkata perlahan, "abang mintak maaf..." dan tanpa sedar bibirku jugamelafazkan, "saya juga bang..."

    Dan pagi itu kami ke pasar bersama, seolah tiada duka yang singgah dalam hidup kami sebelumini. Namun yang tak sedapnya, dia menyuruh aku memandu sementara dia di sebelah, asyikmembaca akhbar!

    Penulis: Sri

    PASANGAN BAHAGIA TOKKI DAN TOKWAN - SIRI 12

    Malam tadi rupanya aku pulang ke kampung mengimbau semula zaman kanak-kanakkubersama Tokki dan Tokwan. Kedua-dua mereka mempunyai kejaya sendiri, namuntanggungjawab utama tidak pernah diabaikan. Tokwan sibuk dengan sekandang lembupawahnya serta huma di hujung kampung. Tokki pula dengan sawah dan tiga buah kolam ikanternaknya. Pagi-pagi lagi Tokwan akan keluar untuk melepaskan lembu-lembu dari kandang,kemudian terus ke huma untuk melihat-lihat apa yang patut. Kadang-kadang hanya tapak-tapak'lembu pendek' sahaja yang kelihatan. Hampir tengahari baru dia pulang ke rumah untukbertanak nasi. Walau bagaimanapun Tokwan tidak pernah melupakan tanggungjawabnyasebagai isteri dan nenek. Jam berapapun aku terjaga dari tidur, pergi saja ke dapur akan

    terhidanglah air rawa, ubi rebus dengan ikan masin ataupun lempeng bercicah nyior untukmengalas perut. Tokki cukup bahagia mempunyai Tokwan sebagai teman hidupnya. Dia selaluberpesan, bila kamu dewasa nanti, jika nak berkahwin dengan orang yang bekerja, tidak adaapa-apa masalah, asalkan makan pakai kamu sekeluarga dapat diuruskan sepenuhnya. Janganserahkan kepada orang gaji. Oh! Itu semuanya nostalgia dan telah menjadi sejarah.

    Sedang khusyuk bersembahyang Subuh, aku terdengar dehemnya yang memberi isyarat untukmenjadi makmun. Alhamdulillah, syukurlah kepadaNya. Akan mudahlah segala urusankuselepas ini. Selepas berdoa panjang, kuhulurkan tangan untuk bersalaman dan sebagai suamitiada salahnya memohon ampun maaf dari isteri. Untuk mendengar ucapan maaf darinyaterlebih dahulu, tunggulah sehingga kucing bertanduk. Alhamdulillah segalanya berjalan lancartanpa bersusah payah. Tiada siapa yang perlu mengemis dalam kesejukan subuh ini, kamisememangnya saling memerlukan dan terlerailah rindu dendam selama beberapa hari ini.

    Selesai mandi, tugas pertama di pagi minggu ini ialah ke pasar. Membeli apa-apa yang patutsebagai persediaan untuk bersahur. Ya, hanya untuk bersahur sahaja, kerana sudah menjadikelaziman bertahun-tahun, juadah berbuka semuanya dengan resepi telunjuk di warung sahaja.Namun, ada kelainannya kali ini apabila dia ingin ikut ke pasar. Dalam hati berkata, cemburu kedia bila aku ke pasar atau ah lupakan saja, ini ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.'Sayang bawa kereta, biar abang di sebelah. Nak dengar kalau-kalau kereta ni ada bunyi dimana-mana?'. Yalah kereta ni, jika orang perempuan yang bawa, selagi boleh jalan,dihenyaknya saja. Apa dia tahu pasal absorber, bearing, alignment dan sebagainya. Malahanangin tayarpun tidak tahu berapa sukatannya.

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    9/87

    Penulis: MBA

    DIAKAH PELAKON HARAPAN TERBAIK? - SIRI 13

    KINI tiada lagi orang gaji di rumah kami. Sudah lima tahun kami 'bersarakan' dia. Di suatumalam, dia kami hantar ke Pelabuhan Melaka dan dia berangkat menaiki feri malam itu jugabalik ke kampung halamannya di Pekan Baru. Alasannya mahu menikah. Ialah sejak lima tahundia kami ambil, waktu itu usianya 25 tahun dan wajarlah alasannya mahu menikah apabilamenginjak 30.

    Kini akulah orang gaji di rumah ini. Siang malam aku 'dikerjain'. Siang dikerjakan di pejabatdengan bermacam tanggungjawab. Balik ke rumah dikerjakan dengan pelbagai rutin. Memasak,membasuh, melipat, menyapu, ah... bermacam lagi hingga pada tugas hakiki yang wajibkupenuhi pada waktu-waktu tertentu.

    Akulah orang gaji yang ada degree, kelulusan bidang profesional dan pernah mendapatanugerah pelajar terbaik semasa di universiti. Anehnya bukanlah degree house keeping!Sedangkah itulah tugas terbesar aku sekarang.

    Bagaimanapun dengan anak-anak yang sudah menginjak remaja rasanya tugas tidaklah terlaluteruk. Masing-masing sudah boleh berdikari. Berdikari? Ah, itu kata-kata klise bagi dia!

    Jika tidak diambilkan air dia akan kehausan di sofa. Jika tidak dihidangkan makan, dia akan matikelaparan mengadap pc. Jika tidak diangkat pakaian kotornya yang bersepah di lantai, dia akandibelit dek tuala yang bertukar jadi ular... meminjam kata-kata emakku.

    Namun pagi semalam sesuatu yang aneh telah terjadi. Aku dikejutkan untuk bangun bersahurbukan dengan dering jam loceng tapi dengan riuh bunyi sudip, sudu dan pinggan mangkuk(maaf tomohiko!).

    "Eh sayang... sorry kalau I ganggu tidur you." Katanya, tersengih bila aku ke dapur."It's okay bang, apa mimpi ni?" Soalku, menggesek mata yang kelat.

    "Sekarang semua dah siap. Mari duduk." Tangannya sudahpun menyenduk nasi danmenghidangkan dalam pingganku. Gulai ikan dicubitnya dan diletakkan dalam pingganku."Kita makan berdua dulu, sekejap lagi baru kejutkan anak-anak..." Katanya lagi.

    Oh Tuhan... aku terus menadah tangan, membaca doa makan!Semoga Ramadan tahun ini memberiku lebih kekuatan.

    Penulis: Sri

    PENGARAH YANG KECUNDANG - SIRI 14

    Sebenarnya aku ingin menjadi seorang pengarah. Setelah kecundang menjadi pengarah dipejabat, aku berhasrat untuk menjadi pengarah di rumah sahaja. Mengarah sebuah dramaswasta keluarga bahagia. Untung-untung jika ada anugerah bapa mithali atau suami mithali,

    maka aku adalah salah seorang daripada calon-calonnya. Namun oleh kerana pelakon-pelakonku semuanya demand dan berlakon mengikut skrip sendiri sahaja saban hari, jadimengapa tidak aku pula berlakon sendiri dalam skrip yang aku tulis dalam drama yang akuarahkan sendiri.

    Sebenar Saerah, orang gaji kami dibersarakan lima tahun lalu secara kebetulan dia inginberkahwin dan kami sekeluarga pula ingin ke UK selama setahun kerana dia dianugerahkanbiasiswa oleh British Council untuk membuat sarjana dalam bidang penulisan di University ofLeeds. Sementara anak-anak dapat merasa bersekolah di sana, aku pula mengambil cuti tanpa

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    10/87

    gaji untuk menjadi 'sura' rumah tangga sepenuh masa. Jadi boleh dikatakan asas-asas lakonanini telah aku pelajari selama setahun menetap di bumi orang putih itu.

    Aku sebenarnya amat terkilan dengan JPA yang tidak mahu meluluskan pinjaman pelajarankuwalaupun aku juga telah mendapat tempat untuk belajar di sana. Aku bukannya memohonbiasiswa, cuma pinjaman yang akan dibayar balik kemudiannya. Alasan kukuh JPA ialah umurkutelah melebihi dari syarat kelayakan. Walhal untuk dikirakan logik akal, aku masih mampu untukmelunaskan segala pinjaman tersebut sebelum usia bersara.

    Kembali kepada dunia lakonan, setakat berlakon sebagai suami yang penyayang, suami yangromantik, bapa yang alim dan yang sewaktu dengannya sememangnya tidak menjadi persoalankerana ia sememangnya lumrah dan naluri aku sendiri. Anak yang dibesarkan oleh datuk dannenek di zaman kecilnya sememangnya begini. Jadi sempena dengan hari pertama Ramadhanini, awal-awal lagi aku ke dapur menyiapkan juadah bersahur untuk kami sekeluarga. Cuma nasigoreng resepi Mak Siti beserta sup perencah adabi. Itulah makanan kegemaran anak-anak kamisewaktu bersahur. Yalah pada jam 4-5 pagi, makanpun sambil memejam mata. Jika masakanlain tentu mereka akan meminum air sahaja untuk bersahur. Setelah selesai semuanya,menggerakkan dia untuk bersahur dahulu berdua dan dalam agak terpinga-pinga dan mamai,dia nonong saja ke dapur dan kami bersahur bersama dalam keadaan yang begitu romantik.Romantik kerana kami hanya makan tanpa banyak berkata-kata, cuma sesekali jeling-jeling dan

    tersipu sendiri.n Oh nampaknya lakonan pertama ini hampir berjaya dan bolehlah akumemasukkan jarum selanjutnya. Mudah-mudahan berjaya!

    Penulis: MBA

    LUPA SKRIP, LUPA LOKASI... - SIRI 15

    HARI ini hari ke tiga Ramadan. Dua hari Ramadan berlalu dengan jayanya. Kami bangun pagidengan ceria untuk bersahur. Sekurangnya tanggungjawabku ringan sedikit. Dia membantusetakat yang boleh. Tidaklah kupaksa dia memasak. Menolong mengemas meja pun dahmemadai.

    Namun hari ketiga Ramadan ini sebaliknya berlaku. Rupanya lakonannya hanya tiga hari.

    Wataknya sudah kembali ke asal. Dia sudah lupa skrip. Dia dah tak ingat akan kontinuiti. Malahlokasi pengambaran pun dia dah lupa

    Apa yang membuatkan dia letih sangat? Jika terawihnya 10 rakaat di masjid, aku pun buatsetakat itu juga. Kami pergi dan pulang bersama dari masjid. Lepas itu dia terus sahaja di rumah.Tidak keluar lagi.

    Ya pc itu telah meletihkan dia hingga enggan bangun sahur! Dia tidur lewat. Diamengadap dan mengulit pc itu bagaikan itu isterinya. Kataku jika tak mahu makan, jamah milodan kurma sebiji pun dah cukup. Tetapi jenuhlah aku mengejutnya, dia sayang nak tinggalkanbantal dan tilam.

    Puas mengejutnya kusuruh anak kami pula mengejut. Tetapi budak itu ditengkingnya. Itupantang bagiku...!

    Anak adalah hartaku. Kami sudah kompromi, kalau kesilapan bukan kerana anak-anak, janganditengking herdik mereka. Tapi nampaknya dia dah langgar janji.

    Kebosanan mula meraja dalam hatiku. Pagi ini aku ke pejabat dengan dada yang sakit.

    Penulis: Sri

    TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULA TEMPAT...- SIRI 16

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    11/87

    Sudah seminggu puasa rupa-rupanya. Masa sungguh cepat berlalu. Perjalanan puasa kamisekeluarga adalah seperti biasa, sama macam tahun-tahun sebelum ini. Masuk hari ketigapuasa, dah rasa malas nak jadi suami yang rajin, makanlah apa yang ada, buatlah apa yangterdaya. Biasanya dalam masyarakat kita, jika suami yang ke dapur maka lain macam sangatlahbunyinya melainkan jika ada sebab-sebab yang terlalu khusus. Walau bagaimanapun jika sekalisekala tu bolehlah dikira sebagai bonus kepada isteri ataupun ingin meletakkan lebih udangdalam mee. Sememangnya aku tidak pandai memasak dan tidak ada cita-citapun nak jadimacam Chef Wan. Masak ala kadar janji tidak sakit perut anak beranak cukuplah tu. Memasakbukan untuk dapatkan pujian, namun jika anak beranak asyik senyum-senyum sinis je denganhidangan yang kita buat lepas tu isteri langsung tak sentuh masakan tu, sudah tentulah ia amatmemedihkan. Tanyalah mana-mana isteri, dia bukan meminta masakannya dipuji, tetapi cukupseronok jika suami dan anak-anak memakannya dengan sungguh-sungguh. Suami?. Sudahtentu begitu juga. Jikapun tidak sesedap mana, jamahlah sedikit dan buat-buat hipokrit katasedap, apa salahnya?. Oleh kerana konspirasi dia anak beranak maka itu adalah kali terakhiraku masak untuk mereka.

    Entah mengapa aku terlalu teringatkan Ramadan pertama ku di Leeds beberapa tahun lalu.Ramadan di negara bekas penjajah ini tidak kurang meriahnya berbanding dengan di sini.Sememangnya tiada bazar Ramadan seperti di sini, maka tidak bertemulah dengan akok,

    nekbat, puteri mandi atau lompat tikam. Namun pelbagai juadah manisan dari Pakistan danBangladesh banyak terjual di supermarket Al-Halal. Bertarawih di sana cukup menyeronokkandengan jerik pekik kanak-kanak berlarian di masjid dan surau. Biasanya kami sembahyangterawih di ke Grand Mosque di Woodsley Road yang berimamkan Arab. Kadang-kadangsinggah juga di Shah Jalal Mosque dekat Ellers Road. Morey di sini ialah pelbagai jenis rotidengan the panas dan buah epal, suatu yang lain dari di tanah air. Satu lagi yang amatberlainan ialah di masjid-masjid ini anak-anak berkeliaran bermain dan agak bising. Ini katanyaadalah psikologi Mat Salleh supaya kanak-kanak biasa dengan masjid dan tidak takut atau fobiadengannya. Semasa ditahyat akhir, sorang budak ni ayik dok tonyoh-tonyoh perut aku,digoncang-goncang kepala aku. Habis saja salam, terus aku tengking dia! Bila kubuka matadidapati anak sulung aku di sebelah. Masyaallah bermimpi aku rupanya! Dan jam sudahmenunjukkan hampir sangat dengan imsak.

    Kadang-kadang bila tidur dalam keletihan, beginilah jadinya anakku kata "abah tidur macamkeretapi ekspress Leeds-London saja bunyinya" .....(Nanti nak tanya dia, abah ada ke sebut nama sesiapa dalam tidur tadi?)

    Penulis: MBA

    BAGAIKAN KAPAL GARAM TERBALIK...! - SIRI 17

    DENDAM? Sahlah dia masih dendam pada rasa kasih anak-anak yang agak berlebih padakuberbanding pada dia. Dengan wajah serius dan peribadinya yang agak tidak banyak bercakap,suka menyendiri mengadap pc atau palm, anak-anak jadi jaki padanya.

    "Mak, malam ni mak bangkitlah masak sahur. Lauk abah tak sedap..." Kata anak sulung."Saya makan sikit saja. Esoknya mesti perut lapar berkeroncong!" Tokok anak kedua.

    "Syhhh, nanti abah kamu dengar. Mesti dia kecik hati," kataku perlahan, meletakkan jari telunjukke bibir."Mak, ini realiti. Perut ni tak boleh terima, masin! Sayur kangkung lembik..." sambung anakketiga, wajahnya masam."Dia lupa agaknya, dia ada darah tinggi...""Mak, abah sabotaj kita tak?" Sahut anak keempat pula.

    Aku tersenyum. Bukan anak-anak, aku juga banyak berlakon di meja makan. Walaupun lauknyamasin seolah-olah kapal garam terbalik ke dalam periuk aku buat-buat makan dengan penuh

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    12/87

    selera. Sedangkan dia sendiri kulihat terkulat-kulat nak menghabiskan kari ikan temenung yangdimasaknya itu.

    Budak-budak memang tak pandai menipu. Apa yang ingin dikata, akan dilafazkan tanpamemikirkan perasaan orang lain. Demi anak-anak aku rela ke dapur semula masa sahur malamnanti. Tak sampai hati rasanya melihat dia terpisat-pisat memasak. Lebih tak sampai hati...melihat anak-anak terkelip-kelip memandang hidangan di meja makan.

    Tiba-tiba terkenang pada mentuaku, apakah dia sihat sekarang? Selama berpuasa ini sekalipunkami belum menjenguknya sedangkan dia sudah dua kali menelefon, mengajak berterawih disurau. Jika di kampung, tradisi bertukar-tukar juadah masih diamalkan. Kita buat cekodok pisangsahaja... tapi bila menjelang azan kuih bertambah... ada lepat ubi, ada karipap, ada talam ubikayu! Gulai ayam masak lemak cili padi kita pun dah ada kawan... ada gulai rebung, adarendang tok...

    Tapi suamiku selalu tak betah di kampung. Paling lama sehari. Lepas itu dia sibuk nak balik KLsemula!

    Penulis: Sri

    KAPAL GARAM TERBALIK MENUMPAHKAN GULA... - SIRI 18

    Hari minggu di bulan puasa begini, pulang dari pasar tidak ada banyak aktiviti bermenafaat yangdapat dilakukan. Habis dua buah akhbar mingguan, aku mencapai notebook untuk melilau kealam maya. Namun streamyx ni sememangnya banyak songel, bayar saja RM80 sebulan, tapiperkhidmatannya rasa-rasanya talian dial-up adalah lebih baik. Oleh itu aku ambil keputusanberbaring sahaja di ruang tamu seperti biasa.

    Walaupun mata telah pejam, namun telinga masih dapat mendengar sayup-sayup drama mingguini oleh pelakon popular anak-beranak:-"Mak, malam ni mak bangkitlah masak sahur. Lauk abah tak sedap..." Kata anak sulung."Saya makan sikit saja. Esoknya mesti perut lapar berkeroncong!" Tokok anak kedua."Syhhh, nanti abah kamu dengar. Mesti dia kecik hati," kataku perlahan, meletakkan jari telunjuk

    ke bibir."Mak, ini realiti. Perut ni tak boleh terima, masin! Sayur kangkung lembik..." sambung anakketiga, wajahnya masam."Dia lupa agaknya, dia ada darah tinggi...""Mak, abah sabotaj kita tak?" Sahut anak keempat pula.

    Alahai bengkaknya hati mendengar drama ini. Sampainya hati seorang ibu tidak mahu memasakuntuk sahur sehinggalah anak-anak terpaksa memujuk. Si anak pula, yang bujangtu takkanlahberharapkan bersuap sahaja. Si dara tu hanya tahu rebus telur saja. Masyaallah anak-anaksekarang, sudah mengangap dapur tu kerja orang gaji semata-mata. Sebagai suami, aku terlalukecil hati apabila isteri merujuk aku sebagai dia? di depan anak-anak. Agaknya di depankawan-kawannya tentu aku dirujuk sebagai orang tua? sahaja. Oh malang sungguhnasibku. Aku pasti semua aksi ini adalah semata-mata untuk menunjukkan betapa tidaksedapnya masakan aku. Sebenarnya sayur kangkung itu, Kak Piah sebelah rumah yang

    sedekahkan. Kesian Kak Piah, telah menjadi ibu tunggal semenjak muda setelah suaminyapekerja kedutaan di Belgium menghilangkan diri tanpa sebarang berita sejak lama dulu. Akumemanggilnya Kak Piah kerana dia membahasakan dirinya makcik kepada anak-anakku. Usiasebenarnya tidak pernah kuketahui. Masakan Kak Piah ini memang menjadi kesukaan anak-anakku, terutamanya bila isteriku bekerja di luar stesen. Dia siap memberikan wang kepada KakPiah supaya menyedia dan menghantar makan malam untuk kami anak beranak sepanjangbeliau berada di luar. Tapi kini masakan Kak Piah yang enak itupun dikatakan lembik keranapercaya bahawa aku yang memasaknya. Inilah sifat manusia, memandang jenama bukanbarangnya

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    13/87

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    14/87

    Kukutip segala nostalgia. Kuulang semula segala memori tentang Leeds, tentang bumi UKseluruhnya. Waktu itu kami berdikari. Awal pagi kami sudah keluar rumah. Suami pula meredahkesejukan pagi ke Tesco menghayun mop dan penyapu selama dua jam. Kemudian diabergegas pula ke kampus Beckett Park untuk menyambung lagi tugas sebagai `floor manager'.Sebelum jam 9am dia mesti sampai semula ke rumah di Harehills untuk menghantar anak-anakke sekolah.

    Sementara menanti petang dia menghabiskan masa di kedai al-halal Mahboob untuk menolongnmembersih dan menjual ayam Atau jika ada pelajar yang meminta untuk membaiki pc diamengambil upah. Petang tiada apa yang dia lakukan dan malamnya pula dia bergegas ke Burtonuntuk bertugas hinggalah jam 9 malam.

    Waktu itu aku terfikir apakah antara masa senggang itu dia berbuat sesuatu hingga datangnyasurat dari Leeds itu sekembalinya kami ke Kuala Lumpur semula? Okey, itu dulu. Sudahpunkulupakan meski tiada jawapan yang kuperolehi.

    Tetapi kini episod itu berulang lagi. Sepucuk lagi surat dia terima tiga bulan lalu. Dan kuulangitektik serupa. Membaca surat itu tatkala dia dibilik mandi. Dari orang yang sama dan dari isikandungannya seolah mereka saling berbalas surat. Rindu. Sepi. Dua kata-kata ini mengisihampir lima puluh peratus isi kandungannya.

    Kenapa surat? Kenapa tidak e-mail? Itu juga menjadi persoalanku. Sejak itu hingga hari iniseluruh tumpuanku pada dia mula goyah. Suraya - nama itu berkali-kali kuulang. Siapa Suraya?

    Penulis: Sri

    IRWAN, GENTING DAN ISTERIKU - SIRI 20

    ANAK-anak adalah permata ibu bapa. Walau apapun pandangan orang lain, namun ia tetapcantik di mata ibu-bapanya. Namun anak-anak hari ini terlalu tinggi demandnya. Semasa tiadaPC, kerap ke rumah kawan kerana bermain games. Bila telah dibeli PC, bukan 1, tetapi 5!Hinggakan rumah ini telah boleh menjadi kafe siber, mereka ke cc pula, iaitu kod yang merekagunakan kepada kafe siber. Kononnya sebab talian Internet di rumah adalah perlahan kerana

    menggunakan dial-up sahaja. Tidak mengapalah, korbankanlan RM111 sebulan untukmemasang talian streamyx, dengan harapan mereka tidak lagi hilang dari rumah semata-matauntuk ke cc. Sebenarnya bukan wang ringgit yang dikira, tetapi banyak faktor lain yang amatmembimbangkan ibu-bapa bila anak-anak mereka ke cc. Manalah tahu tetiba cc itu dirompakatrau diserbu pihak berkuasa kerana ada games yang tidak dibenarkan atau perjudian. Kita jugayang susah jadinya. Namun hanya seminggu sahaja mereka lekat di rumah setelah adanyastreamyx, kini menghilang ke cc lagi katanya kerana games di rumah tidak interaktif dan tidakada kesan streo. Hai macam-macam karenah budak-budak sekarang.

    Kini demand terbaru ialah mahukan telefon bimbit pula. Bagi su abang dan kakak yang sudahremaja, penggunaan telefon bimbit ini sesudah semestinya. Jadi kepada mereka berduadiberikanlah kad prabayar dan pandai-pandailah mereka menggunakannya dalam suatu tempohtertentu. Dengan harapan bila telefon bimbit telah ada, tidaklah lagi bergayut pada telefonrumah. Tetapi tidak juga rupanya, telefon bimbit ii hajnya untuk SMS sahaja. Untuk membuat

    panggilan masih menggunakan telefon di rumah. Padanlah beratus ringgit bilnya setiap bulan.Aduhai anak-anak remajaku.

    Melihatkan Along dan Angah mempunyai telefin, ini si Acik pula yang merengek mahukantelefon. Yang merungsingkan, si Acik ni masih lagi di sekolah rendah, tetapi alasan dan

    justifikasi keperluan telefon bimbitnya boleh mengalahkan orang dewasa yang ingin keluarmemburu. Agaknya budak ini bila besar nanti boleh diharap untuk membuat apa-apa kertaskerja. Serba salah jadinya samada ingin diberi ataupun tidak. Bagi si ibu 'beri sajalah bang,bukannya mahal sangat. Ini untuk kemudahan kita juga untuk contact mereka'. Kata-kata ini

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    15/87

    rasanya macam ada sesuatu yang tak kena saja bunyinya.

    Sebenarnya aku baru menyemak bil terperinci telefon bimbitnya di Internet, di mana aku adalahpemegang induknya. Banyak kelainan dalam bil pada bulan ini. Bukan sahaja bilnya lebih tinggidari biasa, namun terdapat satu nombor yang terlalu kerap dipanggil. Siapakah tuanpunyanombor itu?. Apakah hubungan isteriku ?. Mengapa dia membuat panggilan yang terlalu kerap?.Dan kebanyakan daripada panggilan itu adalah di sebelah malam, pada setiap hari dan akupasti pada tarikh itu isteriku bekerja luar, ya di Genting Highlang. Akhirnya aku nekad untukmenjadi PI tidak bertauliah. Nombor itu kupanggil ala-ala PI adanya.

    +Hello, boleh saya cakap dengan Encik Hamid?-Hamid?. Tak ada nama tu, silap nombor agaknya

    +Oh sorry, saya Cuma mengembalikan pesanan dari kotak mel saya ni, nombor inilah yangtinggalkan pesanan dan kalau tak silap, namanya Hamid. Boleh saya tahu siapa di sana?

    -Saya Irwan emm dan+Oh OK En. Irwan, maaf kerana mengganggu, mungkin silap nombor. Terima kasih+

    Aduhai siapa pulak Irwan ni?. Apa hubungannya dengan isteriku?. OK! Satu lagi kaedah PI ialah

    dengan melihat pada buku alamat pada telefon bimbit isteri ku. Ya Allah, apa sudah jadi ni,terpampang Sayang Zzz pada nombor tersebut!. Masyaallah apa yang aku buat sekarang?. Ayatapa yang harus aku bancuh untuk memulakan pertanyaan?. Haruskah aku diamkan saja?. Irwansiapa dikau?.

    Penulis: MBA

    IGAU MARAH ABAH - SIRI 21

    Mak kejut aku bangun sahur sekitar jam 5 pagi. Aku mamai kantuk mungkin kerana keletihandiulit beban kerja pejabat seharian dan solat terawih 24 rakaat lepas Isyak tadi. Basuh muka danlihat bihun sup jadi hidangan kami bersahur Ramadhan ketiga. Inilah kelebihan Mak. Sahur kamisekeluarga jarang nasi sejuk. Macam-macam menu. Dari nasi goreng smapailah ke lempeng

    dadar putih bercicah kuah kari.Aku lihat adik-adik tak bangun lagi. Mengengsot menggerakkan mereka sebelum Ummi mintakejutkan Papa di ranjang tidur. Katanya Abah tidur mati. Dengkurnya bagai enjin keretapi. Makkata Abah berjaga sampai dinihari depan komputer. Entah apa yang digodeknya Mak sendiri puntidak tahu. Aku tahu, Abah leka dengan komuniti internetnya. Sejak berkenalan dengan dunia e-sastera, pulangnya selalu awal dari pejabat. Berjam-jam depan komputer mengetuk papankekunci seperti mengarang sesuatu. Pernah juga aku mencuri lihat. Papa seperti menulispantun-pantun tetapi dengan tiga rangkap. Apalah agaknya yang dia tulis. Nantilah bilaberkemsepatan aku cuba cari di history Windows, laman web apa yang Papa jengah.

    Kadang-kadang syak juga. Takut Abah layari laman web yang tak sepatutnya. Tapi aku tahu,Abah bukan manusia jenis itu. Aku percaya Abah. Mungkin Abah mahu kembali ke duniamudanya dulu. Dunia dimana dia pernah bergelumang dengan pena, kertas-kertas putih dan

    mesin taip buruknya. Menaip bait-bait puisi atau kadangkala cerpen untuk dihantar ke mediacetak. Pernah Abah tunjukkan keratan puisinya yang tersiar di akhbar tempatan suatu waktudulu. Tapi itu sudah lama. Masa aku di alam sekolah rendah. Sudah lebih sepuluh tahun berlalu.Selepas itu Abah seperti mogok dengan dunia sastera. Malas alasannya. Tapi aku tahu akupernah terdengar Abah berbicara dengan Mak. Dunia Sastera Nasional bagaikan tidak adiluntuk orang sepertinya. Abah kata puisinya banyak dicedok ciplak, lalu jadi puisi baru orangyang mahu cepat menempa nama.

    Aku gerakkan Abah. Ajak dia ke meja makan. Mak dan adik-adik sudah tunggu. Selalunya Abah

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    16/87

    yang mulakan bacaan doa sebelum kami sekeluarga menjamah hidangan. Abah hanyaberdehem. Aku pegang lengannya. Menggoncang beberapa kali. Tiba-tiba terdengar suaratempikan! Aku diherdiknya. Mengacau orang tidur katanya. Aku terpetir dengan kata-katanya.Seingat aku, Abah tak pernah mahu segarang itu dengan kami anak-anaknya. Aku sedikitterluka. Tapi aku tahu, itu mungkin di luar kesedarannya. Mungkin Abah dalam mamai. Akuberlalu ke meja makan dengan perasaan seribu duka. Seboleh mungkin aku cuba sembunyikanluka itu. Aku buat muka macam biasa. Aku cuma kata, Abah tak mahu sahur. Aku tak mahumengadu perkara sebenar kepada Mak. Aku takut Mak dan Abah bergaduh kerana anak-anaknya. Lagi-lagi kes terpencil seperti itu.

    Aku duduk kembali menghadap meja makan. Bihun Sup Mak aku jamah bagai hendak takhendak. Selera aku mati. Tetapi mengenangkan aku perlu tenaga untuk ke pejabat esok pagi,aku telan semua kepahitan yang ada dengan keenakan Bihun Sup buatan tangan sakti Mak!Sayang Mak!

    Penulis: Rudy

    PAPA KERUT DAHI, BIL TELEFON TINGGI? - SIRI 22

    Pulang dari kerja petang itu, aku lihat Abah kerut kepala menatap Kertas putih berkepala biru.

    Aku tahu sudah tentu kertas itu surat minta bayar hutang dari telekom. Dalam keluarga akulahsatu-satunya anak Abah dan Mak yang sudah bekerja. Angah dan Acik masih sekolah. Kalaunak dikira, aku anak paling manja dalam keluarga. Kalah Achik yang di sekolah rendah itu. Apatidaknya jarak umur aku dan Angah adalah 8 tahun! 8 tahun aku bermanja dengan Ummisebelum Angah merebut tempat aku.

    Walaupun umur aku sudah mencecah dua puluhan, Mak tetap anggap aku bagai anakremajanya. Sampai kad prepaid telefon akupun masih Mak belikan. Tapi bukan kerana aku takmampu. Aku mampu sebenarnya pakai telefon bimbit yang bayarnya akhir bulan. Tetapi, Mak initau sahajalah bebelnya. Mahu aku berjimat sementalah aku masih baru memulakan alamkerjaya. Malah kami sekeluarga memang pakai telefon bimbit pra-bayar. Mak bijak bilamendaftarkan diri dalam satu skim kad pra-bayar dimana Mak akan beli secara borong kadprepaid tersebut dengan harga yang jauh lebih murah. Aku kagum dengan Mak. Dia bukan

    sahaja pandai mengurus rumah tetapi juga pandai mengurus bajet keluarga kami.Pernah sekali aku suarakan untuk berpindah ke rumah sewa selepas aku bekerja. Mak bantahawal-awal. Katanya buat apa membazir, sedangkan ada 5 buah bilik di rumah ini. Mak suruh akuberdikari dengan cara lain. Tak semestinya aku tidak boleh berdikari jika tinggal di sekeluargadengan Abah dan Mak. Akupun tak tahu apa yang terlindung di sebalik hati Mak. Mungkin sejakanak-anak Mak meningkat besar ini, dia berasa semakin sunyi. Lihat sahaja semasa aku dapattawaran sekolah berasrama penuh di tingkatan satu. Mak tak izinkan aku pergi sampai menangisdan merayu. Aku akur dengan nasihatnya dan nekad ke asrama penuh selepas peperiksaanPMR nanti. Sejak masuk tingkatan 4 hinggalah aku tamat ijazah pertama di Rykukyus Universiti,Okinawa Jepun, aku berjauhan dengan Mak. Mungkin sebelum berkahwin ini, Ummi mahusuburkan kembali keakraban kami. Jadi aku senang menerima pelawaannya. Walaupun begitu,aku tak mahu makan duit tanggungan Abah dan Mak lagi. Setiap bulan aku peruntukkansejumlah wang untuk duit dapur Ummi. Memang Ummi menolak asalnya, tetapi aku minta Mak

    terima kerana aku sudah bekerja. Itupun duit itu dia tak guna katanya. Terpulanglah dia nakgunakan duit itu untuk apa.

    Aku menghenyakkan punggung ke sofa sambil melonggarkan tali leher. Abah disebelah pulasedang mengerutkan dahi. Aku tanya bil telefon melambung lagi ke? Papa berdehem kecil. Inimesti gara-gara Angah yang mula kenal makna cinta monyetnya. Takpun talian Streamyx yangkami sekeluarga guna. Nak kata aku bergayut tidak juga. Malah aku sendiri jarang online dirumah. Kemudahan internet di pejabat jauh lebih baik. Papa bingkas bangun menuju mejatelefon. Entah siapa yang didailnya. Aku segera berlalu ke bilik. Mahu rehat kerana letih

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    17/87

    dihambat kerja seharian.

    Penulis: Rudy

    PADA IRWAN KUGANTUNG HARAPAN - SIRI 23

    SURAYA... siapakah dirimu yang akhir-akhir ini bermain dalam benakku? Suraya... nama itumelambangkan kelembutan. Sama seperti hatiku, lembut dan ranum. Dan lembut ranum inilahyang kupelihara, bertahun-tahun kebelakangan ini.

    Kutoleh wajah suami yang sedang terbaring di sisi. Ada misteri pada wajah itu. Kutatap sekujurtubuhnya, ya ada rahsia yang tersimpan. Kejap dan kukuh. Dengus nafasnya naik turun satupersatu, teratur dan damai. Namun ia amat kontras dengan apa yang sedang bergelumangdalam dadaku. Ombak hatiku makin ganas!

    "Tolonglah saya, saya mesti selesaikan hal ini segera," kataku, mengharap belas."Tapi, saya tak ada sumber... saya tak tahu," jawabnya, jujur.Kuperhatikan raut lelaki di hadapan mataku. Siang tadi kupanggil dia ke pejabat. Takut-takutberani dia datang mengetuk pintu bilikku."Masuklah, jangan takut. Ini pejabat, bukan bilik hotel."

    "Tapi... tapi... apa hal ni?""Tolong ekori dia lagi. Tolong laporkan pada saya ke mana dia pergi, dengan siapa dia pergi.Jangan lalai. Jangan cuai... tolonglah!""Saya takut, saya tak berani. Ini kerja gila ni. Cukuplah sekali dulu saya ekori dia, rasanya diatahu dia diperhati," katanya jujur. Aku serba salah."Perasaan awak saja kot...""Tapi saya tahu dia menyiasat siapa saya. Nombor telefon dia pernah tertera pada telefon saya.""Awak lelaki, hal main kayu tiga ni, lelaki saja yang tahu. Saya bukanlah nak kata awak adapengalaman, tapi saya rasa awak lebih mahir...""Eh, tak baik prejudis. Saya tak macam orang lain. Okey, saya tolong, tapi kali ni saja.""Alhamdulillah..." kataku perlahan sambil mengurut dada. "Jika ada maklumat telefon saya. Ataukalau payah biar saya yang telefon awak." Aku memberi jaminan.

    Kata-katanya itu benar-benar memberiku nafas baru. Aku yakin dia akan memberiku maklumatyang detail, maklumat yang amat kuperlukan. Maklumat yang akan menentukan jatuh bangunkebahagiaan rumahtanggaku.

    Irwan hanyalah drebarku. Tetapi pada dialah kusandarkan harapan. Aku harap dia dapatmelaksanakan amanat ini. Dia baru sahaja diarah bertugas untukku. Sebelum ini aku memangtak mempunyai pemandu khas. Alhamdulillah, setelah mencapai skim baru ini aku berhakmendapat seorang pemandu.

    "Eh, bila nak kahwin?" Soalku tiba-tiba bila dia mahu meninggalkan bilik."Kahwin? Rasanya biarlah saya puas menduda dulu!" Katanya pantas.Kemudian kami sama-sama tergelak.

    Sri

    MISTERI SURAYA II - SIRI 24

    PELAYARAN sebuah bahtera bernama rumahtangga selalunya naik turun dan beralun mengikutpusingan ombak. Ada kalanya setenang air di tasi ada ketikanya pula berkocak bagaikandilambung badai dan gelora. Yang pasti bahtera perlu terus berlayar, jangan terhenti di tengahsamudera dan setiap penghuninya perlu tahu tugas masing-masing dan di mana batasannya.Sama seperti rumahtangga lain juga, kami tidak terlepas dari itu semua. Ada kalanya terlaludamai dan romantis dan ada kalanya suasana menjadi tegang dan bergelora. Apa yang perlu

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    18/87

    dikhuatirkan sangat, memang ada dalam berumah tangga. Bagaikan bermain layang-layang, kitaikut sahajalah alunan angin dan tali tidak perlu disentap jika mahukan layang-layang terusterbang.

    Semenjak petang semalam dia asyik muncung saja, ini sudah tentu ada perkara yang tidak betulni. Sewaktu begini usahlah ditegur atau diajak bergurau, nanti angin sepoi-sepoi bahasa tu akanbertukar menjadi taufan dan tentu layang-layang akan putus talinya. Biasanya ia perlu dibiarkandengan dunianya untuk sehari dua jika demikian halnya.

    Dalam masa senggang semasa di kampus dan anak-anak ke sekolah, aku duduklah melepakbuat-buat sibuk di kedai alhalal atau jalan-jalan menyusur pekan kecil Harehill. Suatu hari akubertemu dengan seseorang yang saling tak tumpah seperti sasterawan negara, A.Samad Saiddari segi putih dan panjangnya rambut serta janggutnya. Dalam hati terdetik, adakah ini PakSamad atau kembarnya?. Dari Malaysia?. Apa Khabar? ucapnya. Oh, pandai cakap Melayurupa-rupanya dia!. Ya dari Malaysia, khabar baik balas ku. Uncle dari Malaysia juga? Sejak hariitu hampir setiap hari aku berjumpa dan bersembang dengannya. Uncle Sim nama yangdiberikan pernah tinggal di Malaya suatu masa dulu dan kini telah berhijrah ke UK beberapabulan sebelum Malaya mencapai kemerdekaan. Ada yang mengatakan Uncle Sim ini tidak betulorangnya. Ada yang mengatakan dia adalah bekas anggota PKM yang melarikan diri ke UK danmacam-macam lagi mengenainya. Kehidupan Uncle Sim sekeluarga terlalu privacy. Dia tidak

    akan memberitahu di mana rumahnya dan cukup pantang jika fotonya dirakam. Namun daricakap-cakapnya menampakkan yang dia adalah seorang yang berpengetahuan dan banyakmembaca. Seperti biasa aku menjadi pendengar setia kepada setiap hujah dan pidatoberfalsafahnya dalam pelbagai topik dunia.

    Hayalanku terhenti sejenak apabila teringatkan sekeping surat dari Leeds yang belum habiskubaca. Pengirimnya ialah Suraya, yang katanya ialah anak kepada Uncle Sim. Oh rupa-rupanya Uncle Sim ini mempunyai anak yang bernama Suraya. Beliau menulis surat untukmemberitahu sesuatu mengenai ayahnya dan beliau memperolehi alamatku daripada buku notabapanya. Hanya itu yang beliau ada dan bukan telefon, faks ataupun alamat e-mel ku. SurayaCantik nama itu, Suraya Sim barangkali.

    Penulis: MBA

    LOMPAT TIKAM l - SIRI 25

    Dua tiga hari ini aku lihat Mak dan Abah tidak banyak bercakap. Aku rasa sunyi. Selalunya bilapulang ke rumah, tidak sah kalau tidak mendengar tawa mereka berdua. Aku jenis sukamengusik. Pasti salah seorang akan cuba mengaitkan satu sama lain bila aku mula mencucuk

    jarum usikan. Petang tadi bila aku cuba buat lawak seperti biasa, Mak diam seribu bahasa. Abahpula seperti tiada reaksi. Senyum pun tidak. Masam pun tidak. Apa lelucon aku tidak lakulagikah? Aku sedikit musyhkil.

    Sebelum melalut baik aku padamkan semua perasaan itu. Bersangka baik adalah yang terbaik.Mungkin Abah penat dengan beban kerja di pejabat. Begitu juga dengan Mak.Masing-masingada masalah sendiri di pejabat. Tapi hati kecil aku seperti berbisik. Bagai ada yang tidak kenadengan pasangan bahagia ini. Tidak seronok kalau Abah dan Mak seperti itu. Nak kata

    bergaduh tidak juga. Masing-masing seperti menyimpan berbuku-buku perasaan. Bahayamemendam perasaan. Takut ia memuntahkan lahar dendam. Mahu bergegar keharmonianrumahtangga. Adakah wujud orang ketiga di antara mereka? Oh! Minta dijauhkan!

    Ureka! Aku ada idea. Petang itu aku bawa Angah dan Achik membeli kuih di Bazar Ramadhan.Aku ada idea untuk menyemarakkan semula keheningan rumah kami. Aku mahu beli kuih lompattikam. Aku tersenyum sendiri.

    "Apasal Along senyum-senyum ni? Gila ke?", Achik petah mencelah.

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    19/87

    "Aduh! Kan dah kena smash Achik!" jawab aku menutup malu.

    Aku harap idea membeli kuih lompat tikam ini menjadi. Ada rahsia disebalik kuih Lompat Tikamini. Satu insiden dimana Mak bertemu cinta sejatinya. Aku gelak sakit perut bila Abah bukarahsia itu sewaktu aku tanya bagaimana cinta mereka bermula!

    Penulis: Rudy

    KEHADIRAN PIHAK KETIGA - SIRI 26

    Dalam bulan puasa ini sudah lima atau enam jemputan untuk berbuka puasa telah ku tolak.Tidak betah rasanya untuk berbuka di hotel-hotel ternama yang kemudiannya melalut dengansembang-sembang ala-ala memancing hinggakan trelepas sembahyang terawih. Aku lebihselesa untuk berbuka di rumah bersama keluarga, walaupun hanya dengan juadah dari pasarRamadan yang biasanya dibeli oleh anak-anakku.

    Pulang ke rumah hari ini masih tidak mempunyai mood yang baik. Hinggakan apabila alongmembuat lawakpun terasa malas untuk gelak, memang tidak lawakpun. Kesiankan budak tuyang baru nak berdikari dalam kehidupan.

    Mulai hari ini aku telah mula menggunakan perisian memahami pasangan anda dalam Palmuntuk lebih memahami pasangan sendiri. Perisian ini terbahagi kepada dua, iaitu untuk lelakisahaja dan perempuan sahaja. Ini adalah salah satu perisian Palm yang paling laris.Sememangnya si suami merasakan sudah cukup mengenali isterinya, begitu juga sebaliknya.Namun kerapkali perbalahan dan pertengkaran berlaku semata-mata kerana perkara-perkarakecil yang remeh temeh ataupun salah tanggapan, salah sangka (sedikit cemburu) dan misscommunication. Semoga dengan adanya perisian ini aku dan dia lebih saling faham memahamidi antara satu sama lain. Aku telah hotsync perisian ini dan aku juga ingin memasangnya dalamPalm 505 nya supaya dia juga boleh memahamiku jika dia mahu. Moga-moga dengan adanyapihak ketiga ini, kami suami isteri akan lebih bersefahaman.

    "Yang, minta palm kejap" sapaku.

    "Nak buat apa, dah beri nak minta balik?. Ambil ajelah dalam bag tu," sahutnya yang bagikumacam mencabar."Ni nak install software yang baru dibeli tadi."

    Palm dicapai dan proses hotsync dilakukan. Alangkah terperanjatnya aku apabila Palm yang akuhadiahkan ini telah diberi nama IRONE untuk hotsync. CPU otakku terus kepada irwan, apa dansiapa lagi irone atau ir-1 jika bukan irwan?. Jika beginilah jadinya tak tahulah aku apa yang akanterjadi seterusnya. Irwan telah menjadi satu fobia bagiku.

    Penulis: MBA

    SIASATAN TIADA KESUDAHAN - SIRI 27

    16 RAMADAN - Semalam aku terpaksa melanggar janji pada diri sendiri. Dalam banyak-banyak

    jemputan, aku tak boleh mengabaikan jemputan berbuka puasa yang ini. Apa istimewanya?Banyak. Segalanya istimewa. Aku tak boleh tidak mesti menghadiri majlis berbuka puasa diRestoran Natrabu, Brickfields.

    Kepada suami awal-awal lagi sudah kuberitahu akan hal ini. Sebenarnya aku minta izin dan diatak bertangguh terus angguk kepala. Eh, bagus pula dia hari itu tak banyak soal jawab. Jikatidak berpeluh juga aku mencari 3 alasan logik dan 5 alasan yang tak logik kenapa aku mestiberbuka puasa di luar.

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    20/87

    Dalam banyak hal sebelum ini, kebiasaannya 3 alasan logik itu mestilah alasan yang kukuhyang dia tak boleh nak cabar semula. Manakala 5 alasan yang tak logik itu biasanya alasanyang remeh-remeh. (Contoh-contohnya sila ke blog sridiah2u.blogspot.com).

    Okeylah, berbalik pada kisah berbuka puasa di Restoran Natrabu. Irwan sudah sampai lebihawal. Bersama dia adalah Ramlee, kawan di pejabat lamanya. Aku pula bersama Zarinah,keraniku. Kami berempat. Jadi kalau suami nak syak pun tak ada apa-apa bukti jelas.

    Banyak yang aku dapat tahu pasal suamiku. Semuanya baik-baik belaka. "Awak jangan risau,tak ada apa-apa yang berlainan daripada dulu. Dia tetap sayangkan you." Kata Irwan.Aku menelan pengat pisang yang semakin manis dan lemak."Di tempat kerja dia ok, tak ada girlfriend. Malam pun dia tak ke mana, ke masjid berterawih,lepas tu terus balik rumah," kata Irwan lagi. Ramlee dan Zarinah tersengih.Kali ini aku menelan pula manis dan lemaknya sirap bandung..."Dia aneh akhir-akhir ini. Dia makin manja, makin caring. Kata Dr. Fadzilah Kamsah kalau lelakimacam ni, mesti ada sebab. Tu yang sayu suruh awak siasat. Ingat tak pasal Suraya?""Ah, jangan percaya teori.""Wan... saya curiga saja. Saya tak tuduh.""Yes. You berhak tapi jangan curiga yang melampau. Lelaki rimas kalau pergerakannya disekat,diperhati, dipersoalkan," kata Irwan bagai menjelaskan itulah konflik yang dialaminya hingga

    rumahtangganya runtuh."Habis Suraya tu siapa?""Nantilah saya tak habis siasat lagi. Asalkan Suraya tu di Leeds you jangan risau. Jauh, merekatak berjumpa setiap hujung minggu."

    Aku pulang awal hari itu dengan harapan dapat bertemu dia sebelum dia ke masjid untukberterawih. Along, Angan dah Acik pun sudah tak ada. Tadi dalam perjalanan balik Alongmenelefon mereka dalam perjalanan ke masjid dan kunci rumah ada `kat tempat biasa'.

    Tinggal sendirian, aku dibungkam sunyi. Cepat-cepat aku bersiap untuk sama-sama ke masjid.Dari celah-celah tabir kuintai mencari dia. Ada. Along, Angah dan Acik pun ada. Aku mengurutdada.

    Sampai di rumah dia meminta palm yang diberinya dulu. Palm tu ada dalam beg tangan dan diamengambilnya sendiri. Katanya dia nak masukkan perisian baru. Aku tak kisah, lantaklah apadia nak buat. Lama selepas itu kulihat mukanya berubah.

    "Sayang, kenapa tukar kepada IRONE?""Nothing special bang, saja nak ubah selera." Kataku."Sayang dah tak berselera dengan dengan yang lama?" Soalnya.Aku terkeliru dan tersedar, mujurlah fikiran rasionalku segera bertindak."Abang..." Kataku sambil menarik nafas. Aku ingin menerangkan lebih lanjut tetapi dia sudahangkat punggung."Eh, dahlah, abang nak mengadap pc. Nak jumpa girlfriend." Katanya berkias.

    Aku melihat perisian yang baru diprogramkan. Aku tersenyum. Aku pun berharap senimemahami hati pasangan itu akan lebih mengeratkan kami. Ternyata dia makin cemburu akhir-

    akhir ini. Ya ini juga pernah kuketahui melalui pembacaan... umur bertambah, moodpun salingbertukar-tukar.

    Perlahan-lahan aku menghampiri dia. Bahunya kupicit perlahan-lahan penuh kasih seorangisteri kepada suaminya. Picitan itu sampai ke tengkuk. Dia cuba mengelak tapi akhirnya dia takdapat menahan simbahan kasih yang sekian lama menjadi darah daging kami.

    BUKAN NIATKU MELUKAIMU... - SIRI 28

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    21/87

    SELEPAS sembahyang terawih kami ambil keputusan untuk singgah ke Restoran Dhurbarsebentar. Sebenarnya dah lama teringin hendak meneguk teh tariknya dan sambil itu dapat pulamengunyah tosei di situ. Restoran yang dibuka 24 jam itu sentiasa sibuk. Pelanggan keluarmasuk tak mengira masa.

    Selepas makan, dalam perjalanan balik kami singgah lagi di 7 Eleven untuk meberi barang-barang keperluan rumah yang kebetulan sudah kehabisan. Sesuatu yang tidak disangka telahberlaku di pintu kedai yang juga dibuka 24 jam itu. Aku tak mampu melangkah kaki rasa bagaidirantai.

    "Eh, Wan... dari mana ni?" Aku yang menegur dulu.Suamiku diam, terpaku. Dia mengerutkan dahi."Tak sangka pulak kita jumpa kat sini. Nak beli barang sikit ni," kata Irwan."Oh ya... saya pun.""Macamana sekarang?" Tiba-tiba Irwan menyoal. Aku tak tahu nak jawab macamana. Sementaraitu suami sudahpun mencuit-cuit pinggangku berkali-kali, mungkin menyuruh aku cepat keluardari kedai itu. Ada dua tiga orang di belakang kami yang sama-sama ingin keluar dari 7 Elevenitu."Oklah Wan, nanti jumpa lagi," kataku pantas."Baiklah, bye..." Kata Irwan.

    Aku segera melangkah masuk ke kereta. Setelah pintu kereta ditutup baru kusedar yang akuluoa hendak mengenalkan suamiku dengan Irwan. Alamak... dia sudah memuncungkan bibir!Aku terkunci kata-kata. Dadaku berdebar pantas.

    Dia menekan gear reverse dan mengundurkan kereta dengan kasar. "Sayang, sorrylah taksempat nak kenalkan sayang dengan kawan tadi tu." Kataku memberanikan diri."Siapa dia tu?""Namanya Irwan...""Selama ni tak pernah cakap pun ada kawan nama Irwan?""Dia baru ditukarkan ke KL ni." Kataku perlahan, menyorok rasa bersalah."Dia dah kahwin?""Dah tapi dah berpisah," kataku.

    "Duda?""Ya sayang, jodohnya tak panjang..." Jawabku lagi."Jodoh... siapa boleh sangka kan?"Uhhh... aku terkejut dengan kata-kata itu. Seperti simbahan cuka, ia tersimbah ke wajahku.Terasa hangat. Tanpa sedar ada rasa kecewa merembes ke mata...

    Penulis: Sri

    BERKAWAN BIAR SERIBU ... SIRI 29

    WANITA kini sudah terlalu maju dan dalam serba serbi inginkan persamaan dengan lelaki. Iaadalah sesuatu yang baik jika mengejar persamaan hak ke arah kebaikan. Jika dulu adalahterlalu janggal kita dapat melihat wanita muda merokok, kecuali orang-orang tua di kampung.Itupun sekadar rokok daun nipah yang digulung bersama tembakau kononnya untuk menghalau

    nyamuk. Suasana di luar kedai seven eleven ini benar-benar memeningkan kepalaku.Sekelompok remaja perempuan belasan tahun dengan berlegar-legar di beberapa gerai penjualbunga api sambil merokok tanpa segan silu. Remaja perempuan merokok di khalayak ramai kinisudah menjadi perkara yang lumrah. Tidak lagi janggal di mata masyarakat. Sementara disebelah hujung sana pula beberapa remaja yang lebih sopan dengan bertelekung meninjau-ninjau gerai-gerai menjual kain baju dan permainan. Barangkali mereka baru pulang daribertadarus dari surau Altaqwa berdekatan. Suasana Ramadan ini meriah dengan gerai-geraitanpa lesen yang menumpang cahaya 7-eleven yang tidak pernah padam.

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    22/87

    Wanita yang bernama isteri juga telah telah maju setapak lagi agaknya. Berkawan dengan siapasahaja tanpa pengetahuan suami. Sungguhpun suami tidaklah begitu berkira sangat, namun jikaterlalu banyak masa dihabiskan dengan berkawan, sudah tentu timbul rasa kuarng senang juga

    jadinya. Kemudahan telefon bimbit, SMS dan chat seolah-olah telah disalahgunakan untukmemudahkan persahabatan begini. "Eh Wan,dari mana ni?" ujar isteriku semasa dia sedangberkira-kira untuk membayar dari 7-eleven telah menyedarkan aku semula dari syarahan mayaini. Ah ramainya kawan dia!, hatiku berkata. Kakiku terus sahaja menapak langkah menuju kekereta tanpa rasa bersalah meninggalkan isteri terus bersembang dengan lelaki yang disapasebagai Wan tadi. Sampai ke kereta terus menghidupkan enjin dan barulah minda tersedar.Wan ya! nama dia Wan. Siapa Wan?. Jangan-jangan Irwan tak?. Kalau setakat berkawantidaklah teruk sangat, tapi jika sudah menjadi pujaan, hinggakan Palm pun dinamakan dengandia, tentulah sudah lebih.

    Bila dia masuk ke kereta, aku terus sahaja memasukkan gear dan memecut untuk pulang tanpaberkata apa-apa dan dalam kepala ku berputar-putar lagi dengan Irwan. Penjelasan isteriku aku

    jawab spontan dengan penuh rasa curiga. Irwan masih menghantui benak ini.

    Penulis: MBA

    LOMPAT TIKAM ll - Siri 30 oleh Bluehikari

    Kuih lompat tikam terbiar di atas meja. Sudah 10 minit berbuka puasa. Kelibat Mak langsung taknampak. Sah! Mak berbuka puasa di luar lagi. Mungkin dengan client pejabatnya. Tidakpundengan sahabat-sahabatnya. Adik-adik aku bukan suka makan kuih yang terkenal denganmanisnya itu. Abah pula selesa berbuka dengan murtabak sekeping. Terus dia bersiap ke masjidmenunaikan solat maghrib. Sedih juga. Idea yang dirangka tidak menjadi. Aku malas mahu fikirtentang hubungan Mak dan Abah lagi. Biarlah masalah mereka itu selesai dengan cara merekasendiri. Masalah sendiri pun tak selesai, lagi mahu fikir masalah orang lain.

    **********

    Empat setengah petang. Ada satu jam lagi waktu bekerja tamat. Kerja sudah selesai. Apa yangaku nak buat agaknya? Mahu surfing sudah semua laman web yang wajib aku masuk sudah aku

    baca. Baru aku teringat. Aku sudah lama tak buka email Bahasa Jepun aku di yahoo.co.jp.Mungkin ada email-email daripada sahabat aku dari negara matahari terbit itu. Sengaja akukhaskan email di yahoo.co.jp itu untuk memudahkan mereka menghantar email menggunakanhuruf-huruf hiragana, katakana dan kanji. Kalau dihantar ke email pejabat aku, jawabnya akuakan cuma boleh melihat tulisan-tulisan yang tidak boleh dibaca kerana email pejabat tidakdisertakan kemudahan membaca karektor-karektor tulisan Jepun tersebut.

    Seperti yang aku jangka ada 2 email berderet untuk dibaca. Satu daripada ibu angkat aku PuanTakahashi yang mengucapkan selamat berpuasa. Masih ingat lagi rupanya dia tentangRamadhan, meski sudah lebih setahun aku meninggalkan Okinawa. Dia pernah ikut serta akumenjalani ibadah puasa. Katanya mahu kuruskan badan. Memang benar. Hajatnya sampaiapabila berjaya menurunkan 3 kilogram selama 15 hari berpuasa bersama-sama dengan aku.Aku pernah berbuka puasa di rumahnya. Hari itu aku sendiri menjadi cheffnya. Aku masakhidangan nasi beriani yang menjadi kesukaannya. Itupun atas permintaan dia setelah

    diperkenalkan dengan nasi beriani semasa melawat Malaysia sebelum aku mengenalinya lagi.Rindunya aku kepada mereka sekeluarga! Ayah dan Ibu angkat yang menjaga aku selama akuberkelana ilmu 4 tahun di Jepun!

    Satu email lagi benar-benar menyentak hati aku. Email daripada Nahoko. Sahabat akrab yangpernah sama-sama belajar Undang-undang di universiti. Dia anak petani dari Wilayah Akita,Utara Jepun. Aku pernah sekali mengikut dia pulang ke kampung, berkenalan dengan ibu danayahnya yang ramah. Kehidupan di Akita sangat tenteram dan aman. Kampungnya masih tebaldiselimuti kehijauan. Malah sumber air dari gunung benar-benar menyegarkan. Rumahnya

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    23/87

    sendiri terletak ditengah-tengah sawah milik keluarganya. Jadi tidak hairanlah dengan serba-serbi kehidupan yang dekat dengan alam Ratu Cantik Jepun datang dari Wilayah Akita. Inisudah terbukti dan diakui oleh sebahagian besar rakyat Jepun yang Wanita Akita adalah "BIJIN"yakni "Wanita Tercantik" di Jepun.

    Aku pernah juga bawa Nahoko pulang ke Malaysia ketika cuti Musim Panas dua tahun yang lalu.Dia mahu tahu tentang Islam dan aku mahu buka mindanya tentang Kehidupan MasyarakatIslam di Malaysia. Aku mahu dia buang segala prasangka tentang Islam yang dilabel pengganasoleh media negaranya. Selebihnya aku serahkan urusan itu kepada Tuhan. Aku selalu berdoasuatu hari nanti dia tergerak menerima Islam sebagai pegangan. Ketika aku perkenalkan diadengan Mak, Mak terus tarik aku ke dapur. Mak kata dia tak suka kalau aku berniat untukmenjadikan Wanita Asing itu sebagai menantunya!

    Aku terpempam. Benar-benar terkejut dengan kata-kata Mak. Sedikitpun aku tak berniat ke arahitu.

    Penulis: Rudy

    WARKAH RINDU SOURAYA - SIRI 31

    PULANG dari 7-Eleven malam itu, tetiba hati teringat kepada Souraya di Leeds. Lantasmengulangi membaca warkahnya yang telah diterima beberapa hari lalu buat kesekian kalinya.Satu tindakan nekad dan berkesan harus dilakukan untuk memenuhi harapannya:

    45 Eastern AvenueLeeds 8D5EYokshire, UK

    Kehadapan Abang yang dirindui;

    Dengan ringkasnya Su mengutus warkah ini sebagai pelengkap kepada beberapa siri chattingkita sebelum ini. Bersama-sama ini juga Su sertakan dokumen-dokumen yang abang perlukan

    bagi tujuan tersebut.Sesungguhnya Su amat mengharapkan jawapan positif dari pihak Abang. Jangan biarkan diri Sutertunggu-tunggu begini, kerana penantian itu adalah suatu penyiksaan. Abangpun memangtahu bahawa harapan Su hanyalah pada Hanya pada Abang seorang, tiada dua tiada tiga.Jangan kecewakan harapan Su Abang. Abah juga amat mempercayai Abang dan iamenyerahkan segala-galanya kepada Abang untuk membuat keputusan. Budi baik Abangselama berada di Leeds yang tidak jemu-jemu melayan abah bersembang benar-benarmengembirakannya. Dia kesunyian sebenarnya apabila masyarakat sekeliling menyisihnya.Kehadiran Abang walaupun hanya seketika seolah-olah memberi nafas dan semangat barukepadanya.

    Sebelum mengundur diri, Su sekali lagi merayu kepada Abang supaya menimbangkanpermintaan ini dan Su tidak rela untuk dikecewakan oleh Abang.

    Salam sayang

    Souraya.

    Aku berkira-kira untuk melakukan beberapa langkah berani yang belum pernah dibuat sebelumini untuk memenuhi harapan dan permintaan Su. Hati berbelah bagi samada ingin memberitahu

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    24/87

    isteriku atau tidak buat masa ini. Ada baik dan ada buruknya. Mungkin ia adalah terlalu awaluntuk berterus terang, lagipun di bulan Ramadan ini bukankah juga dikenali sebagai bulanharam?.

    Tersedar dari tidur apabila dia mengejutkan aku untuk bersahur. Masyaallah surat Su berada ditangan menemani tidurku.

    Penulis: MBA

    POLIGAMI?... SOURAYA??...EYES??? - SIRI 32

    SEMENJAK akhir bulan Ramadan ini asyik mengantuk sahaja di pejabat. Barangkali stafmenyangka aku banyak beribadat untuk mencari Lailatul Qadar agaknya. Biarlah merekabersangka baik begitu terhadapku. Tengahari tadi, untuk menghilangkan rasa kantuk yang amatsangat, aku bersembang dengan pemandu kami Wak Don.

    + kabare Wak- Oh waras. Tuan apa khabar?

    + Biasa-biasa aja Wak. Keluarga Wak macamana?- Heh.. hehe! keluarga yang mana maksud tuan, yang nombor 1 atau nombor 2?. Yang nombor 3belum ada lagi, belum ketemui jodohnya... Yang tua Kak Markonah tu sihat, dia isteri yangpaling baik. Susah mau cari isteri yang begitu. Pandai masak, menjahit, menguruskan rumahtangga dan anak-anak segalanya. Wak serahkan padanya, insyaallah semuanya beres. Satulagi kelebihan istimewa dia ialah pandai mengurut. Tiap-tiap malam bersamanya, segala lenguh-lenguh di badan Wak ini akan pulih diurutnya. Segar badan jadinya. Awet muda gitu. Si Masturayang nombor 2 itu pun bagus juga sihat-sihat juga adanya.+ Jika Kak Markonah tu baik dan sempurna segalanya, mengapa Wak kahwin lagi?. Dengar-dengarnya Wak mahu pasang satu lagi pulak? .- Itu salah tuan! kita berpoligami bukan untuk seronok-seronok saja. Maaf tuan saya mau bilang!Jika terasa rumahtangga kita tidak bahagian, isteri kita semacam tidak mengendahkan kita,sibuk sendiri-sendiri, itu bukan alasannya untuk kahwin lagi satu. Jika kita mau lari dari masalah

    begitu dengan kahwin lagi satu, masalah itu tidak akan lari, malahan lagi banyak masalah yangtimbul nanti. Sebab masalah sebenarnya berada dalam diri kita, dalam kepala kita. Tetapi kitaasyik menyalahkan orang lain saja. Jadi ke mana saja kita pergi, masalah itu akan terusmengikuti kita.

    Terlopong dan mengangguk-angguk aku mendengar penjelasan Wak Don.- Tetapi tuan, saya perhatikan tuan memang layak untuk berkahwin lagi satu. Usah dipersiakanhidup ini tuan. Poligami itu sunnah Nabi. Tuan sudah lengkap segalanya, harta banyak, pangkattinggi dan orangnyapun alhamdulillah alim saya nampak. Segala harta dan pangkat tuan ituhanya untuk dunia saja tuan, ia tidak bisa dibawa ke akhirat. Lantaran itu tuan perlu membinamasjid lagi untuk membantu kepada yang memerlukan, insyaallah dapat banyak pahala.+ Maksud Wak?- Bukankah ramai wanita dan gadis di sini yang masih belum berjaya membina masjid?. Merekaitu bukan calang-calang orang, ada kedudukan ada rupa, Cuma barangkali jodoh mereka yang

    belum sampai. Jika tuan mau, saya bisa uruskan+ Ttetapi macamana dengan syarat untuk mendapatkan kelulusan isteri pertama Wak?. Saya takmahu melanggar peraturan dunia, nanti peluang saya untuk menduduki kerusi pengarah tu akanterjejas akibat salah laku begini- Tuan jangan bimbang, tahulah Wak menguruskannya. Itu Dato' TKP II kita tu, Waklah yanguruskan. Dengar cerita, saya rasa tuanpun lagi tahu, dia akan jadi KP nanti, kira dah melangkauTKP I tu.. Bukankah bertuah begitu?. Tuan Haji TKP I tu dahlah kemponan tak dapat kahwin lagisatu, nak jadi KP pun melepas jugak. Hah..hah..hah mengumpat pulak Wak di bulan puasani. Bagaimana tuan, calonnya udah ada, tunggu tuan kaya ya saja

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    25/87

    + Eh..eh.. Wak, sabarlah dulu kalau ya pun. Cuma boleh saya tahu siapa calon yang wakkatakan tadi tu? Saja-saja nak tahu- Syyyyy jangan ceritakan pada orang lain, ini antara kita berdua saja tuan. Itu PenolongPengarah Cawangan Disiplin, Cik Siti Noor Eyes tu. Bagus orangnya, cantik dan baik budibahasanya. Sepadan dengan tuan tu. Jika tuan setuju, kira jadi saja .

    Dialog hangat kami terhenti setelah Cik Siti Noor Eyes sendiri menyapa dan meminta Wak Donberjumpa tuan Pengarah untuk menghantar beliau ke lapangan terbang. Oh!. OK juga denganEyes ni. Tapi kan aku dah ada pilihan sendiri?

    Penulis: MBA

    LOMPAT DAN TIKAM - SIRI 33

    Jarang aku lihat Mak pulang awal dari pejabat. Entah mengapa hari ini, ketika aku parkingkereta masuk ke kawasan rumah, aku lihat kelibat emak di taman orkid. Emak tekun membelek

    Orkid Dendromium Tengku Anis, hadiah daripada Prof. Dr. Marziah sahabat baiknya di UPM.Mak kata orkid itu spesis baru dan boleh mengeluarkan bau harum hasil penyelidikansahabatnya itu.

    "Awal mak balik hari ni?", aku memulakan perbualan."Balik awal salah. Lambat balik salah. Tak balik terus baru tau! Sukalah nanti korang adikberadik dapat mak baru!", tiba-tiba Mak balas sapaan aku. Berdesing telinga aku. Aku lihatwajah Mak mencuka.

    Aduh! Pedih betul dengar kata-kata Mak. Aku garu kepala yang tidak gatal. Angin kus-kusmanalah yang buat Mak melenting petang-petang yang damai begini. Mak tengah PMS ke?Entah. Mana aku tahu pusingan haid kaum hawa.

    Penulis: RudyMASIH ADA RINDU TERCICIR - SIRI 34

    BULAN November masuk ke Disember, cuaca basah merata. Hujan turun tidak menentu, kilatpetir pun sabung menyabung tidak mengira ketika. Sekejap lebat, sekejap renyai. Bak katapepatah eloklah disediakan payung sebelum hujan.

    Sudah dua hari tanah basah melekit. Sudah dua hari juga hatiku sakit. Along sudah ke tempatkerja, aku saja yang belum bertolak, masih berkira-kira mahu ke tempat kerja atau tidak. Suami?Ah, pagi-pagi lagi dia sudah mengira kilometer, berpusu-pusu dengan kereta lain, menerjahaspal.Permainan halusnya betul-betul menyakitkan hati. Dia sengaja. Dia memang mahu aku tahuyang dia dan Souraya masih ada hubungan yang intim. Masih ada rindu yang tercicir. Masih ada

    kasih yang kian hampir dan akrab. Jika ikutkan hati, mahu saja kubakar surat itu - ya, mahukubakar hangus dengan tangan yang menggengam surat itu sekali!

    Aku terjaga untuk bersahur dan kelihatan di sisi, dia tidur mati malam itu. Dadaku berdebartatkala mencapai surat dalam genggamannya. Kubaca dengan hati tercalar. Kemudian surat itukulipat dan masukkan semula dalam genggamannya - itupun dia tak sedar lagi. Agaknya sedangmimpikan momen manis bersama Souraya ketika di Leeds dulu.

    Jika dia mahu halalkan hubungannya dengan Souraya, aku tak kisah. Begitu juga aku harap dia

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    26/87

    tak kisah untuk melepaskan aku. Adilkan? Jika dia mahu bahagia, aku juga tidak mahu hidupdalam sengsara.

    "Sayang, Along kata sayang tak keluar lagi ke pejabat? Cutikah?" Tatkala telefon di rumahberdering, suara dialah yang terpacul.Ah, aku malas hendak menjawabnya. Telefon kuletakkan semula.Apabila telefon berdering untuk kesekian kalinya, aku sudahpun meninggalkan ruang tamu,masuk ke bilik. Biarlah telefon berdering, sedangkan hatiku sendiri tak putus-putus menjerit-jeritpedih.

    Dia menduakan aku? Itu pantang besar bagiku. Jika alasannya hendak mengikut sunnah nabi,kenapa sunnah yang satu ini yang nak diikut sangat sedangkan sunnah yang lain tak dipandanglangsung? Biarlah tiada payung emas untukku di sana nanti. Aku akan usahakan keberkatan itudengan cara lain pula, tapi bukan dengan poligami. Ia adalah soal maruah.

    Ku renung PC di suduh bilik. PC itu bagai mengejekku. PC itulah yang selalu dihadapnya,penghubungnya untuk menjalin rindu pada Souraya. Terasa ingin kuterajang PC itu. Biarkugunting-gunting wayarnya! Biar kupecahkan monitornya! Biar kucungkil-cungkil matakeyboardnya! Tetapi fikiran rasionalku segera menguasai. PC itu tidak bersalah... suamiku yangcuai. Dia lalai membaja kasih sayang kami!

    PC - ya, Perempuan Cun itulah yang dihadapnya sampai migrainenya menjadi-jadi!

    penulis sri

    ANTARA ISTERIKU, EYES DAN NAHOKO - SIRI 35

    HARI ini datang awal ke ofis kerana selepas ini akan mengiringi KP untuk memberi taklimatkepada YAB PM yang baru. Mengikut perancangannya Wak Don akan membawa kami ke IbuPejabat. Alahai kalau Cik Siti Noor Eyes ikut sama kan bagus, boleh juga sembang-sembangdengan dia. Si Eyes yang disuakan oleh Wak Din adalah terlalu muda buatku. Ia mengingatkanaku pada Nahoko, gadis Jepun yang pernah dibawa pulang oleh Along beberapa tahun dulu.Memang Eyes ada iras-iras Nahoko. Gadis Jepun itu adalah sudah lengkap serba serbinya bagi

    aku untuk dijadikan menantu, apatah lagi kedua-duanya memang saling cinta menyintai. Bukansenang bagi orang asing untuk memikat gadis Jepun, apatah lagi yang jelita macam Nahoko itu.Biasanya wanita Jepun ini, apabila menjadi isteri, ia akan menjadi isteri yang paling taat. Akanberhenti kerja dan menjadi suri rumah yang taat sepenuh masa dengan menjaga anak danmenguruskan rumah tangga. Mereka akan meninggalkan segala glamor dan keseronokan dipejabat semata-mata untuk berbakti kepada suami dan keluarga. Alangkah bahagianya semuakeluarga yang begitu. Si suami bolehlah menumpukan sepenuh perhatian kepada soal kerjaya.

    Walau bagaimanapun aku tidaklah menentang jika wanita ingin bekerja, tetapi biarlah berpada.Sungguhpun di pejabat menjadi ketua, isteri perlulah menghormati suami yang menjadi penerajudalam keluarga. Buatlah serba sedikit kerja rumah khususnya memasak untuk seisi keluarga.Sudahlah semenjak bayi anak-anak dibesarkan dengan susu lembu, sesudah besardikenyangkan pula dengan pelbagai makan segera. Aku cukup khuatir anak-anak akan menjadidegil dan tidak mendengar kata. Syukur kepadaNya apabila along tidak begitu. Walaupun

    emaknya nekad tidak mahu menerima Nahoko sebagai menantu, Along tetap akur. Apa sifir danfomula yang dipakai olehnya untuk tidak menerima Nahoko tidaklah aku ketahui. Seorang wanitamoden, terpelajar dan berkedudukan sepertinya masih ada rupanya kekolotan dalam diri yanghanya inginkan menantu dari bangsa sendiri sahaja.

    Tersedar dari khayalan apabila menerima SMS dari along mengatakan emaknya masih dirumah, masih belum keluar bekerja. Ah apa halnya pulak dengan dia, sakit kah, demam kah atauada temujanji berdekatan rumah?. Kucapai telefon dan terus dial ke rumah. "Sayang, Along katasayang tak keluar lagi ke pejabat? Cutikah? Abang. " talian telefon terputus. Cuba lagi dial dua

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    27/87

    tiga kali, tetapi semuanya tidak berjawab. Talian handphone pula dimatikan dan hanya mesinyang menjawab. Angin apa pula yang melanda isteriku ini?. Ah pedulikanlah, ini tentu tak lebihdari taktik lama supaya aku memujuk dan akhirnya terpaksa pulang berhari raya di rumahkeluarganya. Walau apapun jadi, tahun ini memang giliran beraya di kampungku, kesian kepadamak jika aku terpaksa mungkir kepada giliran ini semata-mata untuk memujuk isteri yangsengaja mencari helah begitu.

    penulis mba

    MANISNYA DONUT - Siri 36

    sesekali bila rindu menyapa kalbu. . . . . . . .

    2.00 pagi. Musim Panas yang begitu menghangatkan. Aku tak boleh tidur. Entah mengapa mataini begitu berat untuk dikatupkan. Sebentar tadi, NAHOKO telefon aku. Dia minta aku temankandia makan di tempat biasa. Aku bingkas bangun dari katil. Aku sarung celana dan t-shirt adidasbuatan Republik Rakyat China. Menyarung kasut Nike buatan Thailand. Memakai cap tanpa

    jenama buatan Malaysia. Menguak pintu bilik 205 dan menuruni tangga ke luar kaikan (asrama

    universiti). Tiada udara. Bahang kehangatan terasa walaupun jam sudah lewat pagi. Aku bencimusim panas Okinawa yang cukup menyeksakan.

    Tujuan aku satu. Aku nak nak sana. Daripada aku melangut sendirian dalam bilik berukuran 8meter kali 4 meter persegi yang cukup sempit itu, baik aku ambil angin pukul 2 pagi. Jalanpelan-pelan menyusur Funaba-cho Doori menghala ke pusat Bandar Naha yang lengang. Disana sini, aku lihat kumpulan-kumpulan warga pekerja Jepun yang terhoyong-hayangkemabukan baru keluar dari Bar atau Pusat Karaoke. Ah! Satu permandangan biasa di negaramatahari terbit ini. Inilah sahaja yang boleh mereka lakukan untuk menghilangkan tekanan yangdihadapi semasa bekerja. Tertekan dengan kerja, mereka berpakat ramai-ramai dan keluarnomikai (minum-minum) sampai mabuk hingga lewat pagi.

    Aku melewati Bangunan Toho Bank. Dari jauh aku melihat tempat tujuanku. Masih terang

    benderang, tetapi bilangan pengunjungnya sudah semakin berkurangan. Pukul 2 pagi, bukanwaktu sesuai untuk ke situ. Aku sahaja yang tergila-gila nak ke situ pada waktu-waktu begini.Aku lihat jam Casio G-Shock buatan Indonesia di tangan kiri. Dua suku pagi. Dari jauh aku lihatNahoko sudah menunggu aku dengan muka yang agak keletihan. Tetapi tetap murah dengansenyuman. Dia baru habis baito (kerja part time) katanya. Gakusei (pelajar) seperti dia yanghanya mengharap duit saku ayahnya mana cukup untuk membiayai kehidupan remajanya yangmahukan itu dan ini. Syukur, biasiswa penuh Dasar Pandang Ke Timur yang aku terima, lebihdari cukup. Terima Kasih kepada Kerajaan Malaysia yang membiayai aku, juga terima kasihkepada pembayar-pembayar cukai yang sudah tentunya duit rakyat Malaysia bukan?

    Aku menarik kerusi dengan malas. Merenung wajah ayu Nahoko membuatkan aku terpana.Argh! Sudah lama Nahoko memendam perasaan hatinya kepada aku. Tetapi janji aku denagnMak melebihi segala-galanya! Aku hanya mampu memberikan Nahoko kasih-sayang seorangsahabat. Tidak boleh lebih dari itu. Aku tak mahu janji yang selama ini aku kotakan runtuh dek

    kerana wanita cantik di depan mata. Aku bukan seorang manusia yang suka memainkanperasaan wanita. Lagi-lagi kalau dia ibu kandungku. Itu bukan sifat aku. Siapa yang tidak mahupunya kekasih hati dari bangsa bermata sepet dan berkulit kuning langsat itu? Siapa yang tidakbangga bila ada seorang gadis negara matahari terbit ini mula menanam harapan kepadaseorang lelaki dari bangsa berkulit sawo matang ini? Sudah ramai dikalangan sempaitachi(senior) yang berkahwin dengan gadis negara penuh adat Shinto ini. Argh! Biarlah aku setia!Demi janji yang aku meterai dengan Mak sebelum aku terbang mencari segedung ilmu di sini.

    Aku memasuki Mister Donuts dimana Nahoko sudah setia menanti sejak pukul 2 pagi tadi. Inilah

  • 8/14/2019 [NOVEL] Jangan Ada Dendam

    28/87

    tempat yang aku ingin tuju sejak tadi. RESTORAN MISTER DONUTS yang banyak mencernakenangan selama 4 tahun bertahan mencari ilmu di negara yang pernah menjajah nenekmoyang kita.

    "Ne, Nahoko, nanka taberu?"(Nahoko, nak makan apa?)

    "Un, kocha. Ato wa syuga- reisudo to hani- deep donatsu de iin da"( Ok, saya nak teh. Sugar raised dan honey deep donuts sahaja)

    "jya, onaji ni shiyou"(Ok saya pun ambil yang serupa)

    Itulah sahaja makan malam bagi Nahoko yang mementing diet kecantikan. Secawan teh panas.Dua keping Mister Donuts Honeydeep dan sugar raised yang setiap keping hanya berharga 90yen. Murah dan mengenyangkan. Beginilah saban minggu setiap malam Rabu dan Sabtu. Akuakan menemani Nahoko makan sebelum sama-sama pulang bersama kereta Skyline,Ni