nasib muslim minoriti seluruh dunia

Upload: angkatan-belia-islam-malaysia-abim

Post on 03-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Nasib Muslim Minoriti Seluruh Dunia

    1/9

    Muslim Minoriti: Satu Sorotan di Negara-Negara Bukan Islam

    JUFITRI BIN JOHA*

    Naib Presiden Antarabangsa ABIM

    Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang

    perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling

    kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang

    yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

    Surah al-Hujurat : 13

    Pengenalan

    Jumlah umat Islam di dunia sudah menjangkau 1.6 billion pada 2010 iaitu 23.4 peratus

    daripada keseluruhan 1.6 billion penduduk dunia. Dalam angka lain, setiap empat

    penduduk dunia maka ada seorang penduduk Muslim. Jumlah umat Islam terus

    meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dunia pada Oktober 2011

    menjangkau ke angka 1.7 billion walaupun kebanyakan mangsa yang terbunuh dalampeperangan dan bencana alam terdiri daripada umat Islam. Di kala Eropah Barat,

    Rusia, Jepun, Singapura dan beberapa buat negara Barat risau akan kadar kelahiran

    yang rendah dan isu aging population negara umat Islam seperti

    Afghanistan,Indonesia dan Pakistan terus menunjukkan peningkatan kadar kelahiran

    dan dihuni oleh sebahagian besar penduduk muda.

    Majoriti umat Islam mendiami negara-negara Pertubuhan Kerjasama Negara Islam

    (OIC) di 57 buah negara anggota terutamanya di 10 negara terbesar dan terpadat

    populasi umat Islam didahului dengan Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Mesir,

    Nigeria, Iran, Turki, Algeria dan Morocco. Selain itu umat islam juga menempati negara-negara bukan Islam khususnya di Barat di Blok Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat,

    Australia dan Kanada. Portal berita kabel CNN melaporkan pada 2009, One in five of

    the world's Muslims live in a country where Muslims are a minority.

    Menjadi minoriti tidaklah mudah. Minoriti biasa dikaitkan dengan mentaliti orang

    tertindas dan perlu berusaha lebih demi survival dan berjaya lebih jauh tanpa bantuan

  • 7/28/2019 Nasib Muslim Minoriti Seluruh Dunia

    2/9

    pihak kerajaan. Namun begitu, mentaliti sebegini mempunyai pronya kerana ia

    menyebabkan kelompok minoriti ini akan terus mendidik anak-anak mereka agar

    berusaha lebih rajin untuk berjaya kerana kewujudan mereka sebagai entiti minoriti.

    Kerana mentaliti tertindas yang positif ini mereka berjaya dan kadang-kadang

    menguasai ekonomi negara yang menjadi hos mereka. Kejayaan ini sudah tentu

    menjadi kedengkian kepada masyarakat majoriti.

    Muslim minoriti pula mempunyai cabaran yang lebih apabila mereka merupakan umat

    yang semakin kuat beragama dan terpaksa menambahkan usaha mereka bukan sahaja

    untuk berusaha mencari keperluan hidup tetapi juga memenuhi keperluan agama.

    Senario ini menjadi mereka semakin kuat dengan pegangan agama bahkan jumlah

    mereka meningkat dan menimbulkan ancaman dan kebimbangan di kalangan

    masyarakat majoriti bukan Islam.

    Minoriti Muslim juga dikaitkan kelompok yang lemah dan sering ditindas dan tidak

    dipedulikan memandangkan mereka tidak di sangga dan didokong mana-mana negaraIslam yang berstatus kuasa besar dunia. Ini adalah kerana kuasa besar dunia dipegang

    oleh negara-negara bukan Islam seperti Amerika, Perancis, Rusia, China, Jepun dan

    Jerman selain perancangan musuh yang tidak mahu wujudnya sebuah negara Islam

    berstatus kuasa besar. Justeru pihak majoriti yang menindas minoriti Muslim di negara

    mereka akan secara terang-terang berani menindas bahkan membunuh umat Islam

    kerana mereka tahu tiada negara Islam yang akan datang membantu.

    Minoriti Muslim juga memegang status dan label pendatang yang memberikan imej dan

    persepsi yang kebiasaannya negatif kepada negara yang menjadi hos mereka. Mereka

    berhijrah kerana pelbagai sebab termasuk faktor peperangan, kemiskinan, suaka politikdan mencari kehidupan yang lebih baik.

    Berdasarkan persepsi negatif ini, Muslim minoriti terpaksa bertarung untuk

    meruntuhkan imej yang negatif dan membina satu identiti baru melalui proses asimilasi

    dan integrasi ke dalam masyarakat majoriti.

    Muslim Minoriti di Barat

    Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pew Research Center(2009) bertajuk Mapping

    The Global Muslim Population, di Eropah terdapat 38 juta Muslim atau 5 peratus

    daripada jumlah populasi Eropah dan 2 peratus daripada jumlah populasi umat Islam

    dunia. Selain Rusia yang mempunyai jumlah umat Islam tertinggi di Eropah, negara-

    negara Eropah Barat seperti Jerman, Perancis, United Kingdom dan Belanda

    merupakan tempat kediaman kepada Muslim Minoriti yang berhijrah daripada negara

    Afrika Utara, Asia Selatan dan Asia Barat.

  • 7/28/2019 Nasib Muslim Minoriti Seluruh Dunia

    3/9

    Menurut Timothy M. Savage (2004) dalam artikel beliau bertajuk Europe and Islam:

    Crescent Waxing, Cultures Clashing, menyebut,

    Today, approximately 50 percent of Muslim in Western Europe was born there.

    More importantly, the Muslim birth rate in Europe is currently more than three times that

    of non-Muslims, contributing to the burgeoning numbers of Muslims in Europe. As aresult, Muslim communities in Europe are significantly younger than the non-Muslim

    population, and Europes Generation X includes considerably more Muslims than does

    the continents population as a whole.

    Tambah Savage lagi, menjelang 2015 populasi Muslim dijangka bertambah dua kali

    ganda dan populasi non-Muslim diramalkan jatuh sekurang-kurangnya 3.5 peratus.

    Dengan ramalan-ramalan dan perkembangan ini, menyebabkan kehadiran Muslim

    Minoriti di Eropah dicurigai dan digeruni kerana pertambahan mendadak daripada segi

    kadar kelahiran dan juga tren kemasukan orang Eropah ke dalam Islam. Walaupun

    mereka sebahagian daripada European Muslim (istilah yang dipopularkan ProfesorTariq Ramadan) namun mereka sentiasa menghadapi gejala Islamofobia.

    Islamofobia ialah ketakutan atau kebencian yang tidak rasional atau amat kuat terhadap

    Islam. Islamofobia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi,

    prejudis, diskriminasi dan stereotaip. Secara kesimpulan, Islamofobia adalah kebencian

    berasaskan agama atau lebih tepat prejudis terhadap Islam. Islamofobia di Eropah

    banyak digerakkan oleh golongan politik berhaluan kanan yang membawa agenda

    membenci Islam dan penganutnya.

    Dalam menangani Islamofobia, Eropah telah gagal dengan idea multiculturisme. Idea inimerujuk kepada kepelbagian etnik dan budaya di Eropah, keadilan sosial dan ekonomi

    untuk semua tanpa mengira latarbelakang. Eropah mungkin boleh belajar daripada

    sejarah kegemilangan Islam di Sepanyol meraikan kepelbagaian etnik dan agama

    dengan konsep La Convevencia (the existence). Konsep ini berjaya dipratikkan oleh

    Kerajaan Islam Sepanyol di mana Muslim, Kristian dan Yahudi dapat hidup secara

    aman dan diberikan peranan yang penting dalam pelbagai bidang.

    Minoriti Muslim Hui di China

    Di China, masyarakat minoriti Islam dikenali sebagai Hui. Mereka hidup secara berjiran

    bersama masyarakat majoriti yang dikenali sebagai Han. Hui yang bermakna kaabah,

    keuniversalan Islam dan kembali kepada. Hui juga merangkumi etnik-etnik Muslim

    yang tinggal di wilayah utara barat negara China iaitu Sinkiang merangkumi Uighur.

    Kazath, Kirghiz, Uzbek, Tatar dan Tadjik (berbahasa Parsi).

  • 7/28/2019 Nasib Muslim Minoriti Seluruh Dunia

    4/9

    Menurut Dr. Osman Abdullah Chuah (2012) dalam makalahnya yang membincangkan

    berkenaan hubungan sosial dan kebudayaan etnik Hui dan Han di China menyatakan

    terdapat tiga jenis hubungan antara Hui dan Han. Pertama, hubungan secara peaceful

    co-existance antara Han dan Hui namun kemudiaannya Hui menentang paksaan

    asimilasi dalam cara hidup bukan Islam Han. Kedua, penindasan Han ke atas Hui.

    Ketiga, Penentangan Hui ke atas Han kesan daripada penindasan berterusan Han.

    Selaku minoriti, Hui sering mengalami tekanan daripada pihak pemerintah di kalangan

    Han. Mereka dipaksakan untuk berasimilasi dengan cara hidup bukan Islam Han dan

    menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan identiti, budaya dan aktiviti keIslaman.

    Hui mengalami banyak pengalaman hidup pahit didiskriminasi dan dipinggirkan oleh

    majoriti Han dari segi sudut pekerjaan sektor kerajaan, makanan halal dan pendidikan.

    Justeru konflik antara Hui dan Han menjadi satu kebiasaan di sana namun amat jarang

    kita mendengar berita berkenaan dengan konflik ini. Ia mungkin disebabkan pihak

    media tidak memaparkan secara kerap berita berkenaan konflik ini dan ditambah pula

    polisi Kerajaan China yang membuat sekatan internet dan kebebasan maklumat.

    Secara ringkas hubungan minoriti-majoriti antara Hui yang berjumlah 20 juta dan Han

    yang berjumlah 1.3 billion sentiasa menghadapi mehnah dan tribulasi yang tidak

    memihak kepada Hui. Ternyata yang menjadi ketakutan utama Hui ialah budaya hidup

    bukan Islam Han yang jauh berbeza yang dipaksakan ke atas mereka secara political

    hagemonyyang banyak menghakis jatidiri dan identiti keIslaman.

    Pengalaman saya di ABIM ketika cuba mempertahankan pelarian dan penuntut suaka

    politik puak Hui dari Turkestan Timur atau Sinkiang daripada dihantar balik oleh

    Kerajaan Malaysia atas permintaan Kerajaan China membuka mata dan memberikankefahaman yang jelas terhadap nasib yang menimpa umat Islam Hui yang hidup

    dinafikan aspek karamatul insaniyyahmereka.

    Minoriti Islamis di Negara Majoriti Muslim

    Walaupun kita berbincang berkenaan minoriti Muslim di negara bukan Islam, saya

    terpanggil untuk mengutarakan tentang isu minoriti Islamis di negara majoriti Muslim.

    Saya merujuk kepada apa yang berlaku di Bangladesh. Bangladesh diperintah oleh

    seorang Perdana Menteri wanita berfahaman sekular dan amat pro kepada India.

    Bangladesh merupakan negara keempat terbesar umat Islam iaitu 89.6 peratus

    penduduknya beragama Islam. Namun apa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan

    ini amat menyedihkan apabila penduduknya yang mahukan agama Islam diamalkan

    secara syumul di tindas dan dihina.

  • 7/28/2019 Nasib Muslim Minoriti Seluruh Dunia

    5/9

    Menurut Md Saidul Islam (2011) dalam artikelnya bertajuk Minority Islam in Muslim

    Majority Bangladesh: The Violent Road to a New Brand of Secularism menyebut

    proses sekularisasi Bangladesh yang didokong oleh Kerajaan Bangladesh banyak

    menafikan kebebasan beragama khususnya kepada umat Islam. Kerajaan Bangladesh

    berusaha memadamkan unsur-unsur Islam dalam kehidupan seharian khususnya yang

    menjadi penghalang agenda sekularisasi iaitu elemen Islam dalam tentera dan

    madrasah Islamiyyah.

    Kerajaan Bangladesh diterajui Parti Liga Awami ini juga bertanggungjawab membuang

    klausa 'absolute trust and faith in the almighty Allah' daripada Perlembagaan

    Bangladesh. Mereka turut memenjarakan cendekiawan dan pimpinan gerakan Islam

    atas dakwaan yang tiada asas kukuh, menganggu wanita berhijab, menyerang institusi

    dan personaliti Islam dan cuba mengadu domba antara penduduk Islam dan Hindu agar

    memandangkan buruk kepada Imej Islam dan penganutnya.

    Ini merupakan satu tragedi dalam kehidupan umat Islam Bangladesh yang cintakanagama bahkan lebih menyayat hati daripada rnasib yang menimpa akan-rakan Muslim

    mereka di Eropah. Walaupun mereka hidup di negara sekular Eropah, namun

    sekurang-kurangnya mereka tidaklah dihina sehingga menyebabkan kehilangan nyawa

    bahkan kebebasan mereka untuk beragama dijamin oleh perlembagaan dan prinsip

    Kerajaan Kesatuan Eropah.

    Muslim Minoriti di Myanmar

    Belum sampai setahun tragedi Arakan pada 24 Mei 2012 yang membunuh etnik

    Rohingya Muslim sekaligus mengusir mereka dari kampung mereka, dunia dikejutkan

    pula oleh tragedi yang berlaku di wilayah tengah Myanmar iaitu di Meikhtila. Belum reda

    dan belum sempat dunia Islam membantu menyelesaikan isu Rohingya sepenuhnya

    umat Islam terpaksa berhempas pulas untuk menghentikan keganasan terhadap umat

    Islam di Meikhtila bahkan lebih jauh daripada itu untuk menghentikan gelombang

    keganasan ini daripada terus merebak ke seluruh Negara Myanmar. Gelombang ini

    memberikan kebimbangan dan kegelisahan kepada 5 peratus umat Islam Myanmar

    yang sudah mula merasa bahangnya sehingga ke ibu kota Yangon.

    Tragedi Meikhtila berpunca daripada pertengkaran di antara pemilik kedai emas

    beragama dengan pelanggannya yang beragama Buddha. Dalam masa yang sama

    tersebar dakwaan bahawa seorang Muslim telah membunuh sami Buddha di satu

    lokaliti yang berdekatan. Kedua-dua peristiwa berkaitan ini menyebabkan amukan

    penganut Buddha ekstremis di kejiranan Muslim dan berlaku di luar kawalan. Akibatnya

    puluhan terbunuh dan ribuan terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri dan sudah tentu

  • 7/28/2019 Nasib Muslim Minoriti Seluruh Dunia

    6/9

    kehidupan sering dihantui dengan ketakutan dan syak wasangka di antara Muslim dan

    Buddha.

    Dalam kejadian 20 Mac 2013 yang lalu, amat menyedihkan penganut Buddha ekstremis

    turut membakar Masjid Thiri Mingala Ashae di bahagian timur Meikhtila sehingga

    musnah teruk, Turut musnah dua buah masjid lain yang berdekatan dan 8 buah rumahumat Islam. Kumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai Generasi 88 ini

    telah bertanggungjawab menyebabkan rusuhan dan mereka turut memukul Min Aung,

    penduduk Muslim yang cuba merakam tindakan ganas kumpulan pelajar ini. Ironinya,

    Min Aun telah dipenjara oleh polis dan bukannya grup pelajar samseng 88 yang telah

    memukulnya. Min Aun turut tidak diberikan rawatan bahkan dinafikan untuk bertemu

    sesiapa.

    Menurut Dr Ko Ko Gyi, aktivis Muslim Myanmar di Malaysia yang juga merupakan

    sahabat saya, setakat 27 Mac, fakta yang lebih terperinci menunjukkan bahawa tragedi

    ini telah mengorbankan 130 jiwa Muslim, 30 jiwa Buddha, 15 masjid dan 5 madrasahtelah dimusnahkan. Keganasan telah merebak ke bandar-bandar lain dalam negeri

    Mandalay dan negeri-negeri lain termasuk Yangon.

    Dakwaan yang belum disahkan kebenaran ini juga mengingatkan kita kepada tragedi

    Arakan pada tahun lepas di mana sekali lagi dakwaan yang belum ada bukti kukuh

    terhadap etnik Muslim Rohingya yang dikatakan telah merogol seorang wanita etnik

    Rakhine Buddha yang membawa kepada amukan etnik Rakhine Buddha ektrimis

    seperti yang kita maklumi. Dakwaan-dakwaan sebegini yang dijadikan khabar angin

    oleh mereka untuk menghalalkan darah umat Islam.

    Dakwaan-dakwaan yang tidak berasas ini sebenarnya dibina atas dasar dan sikap

    Islamofobia. Suruhanjaya Muslim British dan Islamofobia telah mengeluarkan laporan

    yang dikenali sebagai Runnymede Trust Report Islamophobia: A Challenge for All of

    Us. Laporan ini telah mengenal pasti tujuh komponen yang terkandung dalam

    Islamofobia, namun dalam ruang yang terbatas ini satu komponen sahaja yang hendak

    diutarakan di sini yang berkait dengan umat Islam Myanmar iaitu komponen keenam

    iaitu Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan diskriminasi

    terhadap Muslim dan mengasingkan Muslim daripada khalayak ramai.

    Permusuhan penganut Buddha yang berhaluan kanan di Myanmar terhadap umatIslam telah menghalalkan tindakan mereka sehingga sanggup membunuh dan

    menyeksa mereka. Sebahagian penganut dan sami Buddha yang bersimpati terhadap

    umat Islam tidak berani bersuara kerana budaya ketakutan ini sudah tertanam selama

    60 tahun junta tentera memerintah Myanmar. Kalau pun ada yang bersuara, mereka

    akan diberikan ancaman dan amaran. Win Htein sebagai contoh lain, Ahli Parlimen

    setempat daripada parti Suu Kyi yang cuba menghentikan pembunuhan terhadap umat

  • 7/28/2019 Nasib Muslim Minoriti Seluruh Dunia

    7/9

    Islam, namun beliau disergah oleh pembunuh dengan menuduh beliau sebagai cubaan

    melindungi Muslim. Aliran ektremis dan haluan kanan Buddha seperti ini amat

    memalukan agama Buddha sendiri yang menganjurkan perdamaian dan ketenangan

    sekaligus memalit imej sami-sami dan penganut agama Buddha lain yang cintakan

    keamanan.

    Permusuhan dan kebencian buta ini adalah berdasarkan ketakutan yang tidak berasas

    dan dipendam daripada masa ke semasa sehingga prejudis dan stereotaip ini menebal

    dan terus menebal. Tidak hairanlan tragedi Meikhtila merupakan rentetan dan

    komplikasi daripada beberapa siri Islamofobia yang berlarutan semenjak berkurun

    lamanya di Myanmar. Mengambil contoh beberapa rentetan peristiwa yang berasaskan

    Islamofobia yang berlaku sebelum ini, antara lain pada 16 Mac 1997 di mana berikutan

    laporan cubaan merogol oleh lelaki Muslim menyebabkan seramai lebih 1000 sami

    Buddha dan orang ramai berkumpul di Mandalay dengan menyasarkan Masjid, kedai-

    kedai dan kenderaan Muslim dirosakkan. Pada Februari 2001, konflik sekali lagi

    tercetus apabila 7 orang sami Buddha dikatakan enggan membayar selepas makan di

    sebuah kedai milik Muslim yang membawa kepada pergaduhan yang seterusnya

    menjadi tidak terkawal sekaligus mencetuskan rusuhan. Seramai 20 jiwa terkorban dan

    lebih kurang 30 buah rumah dan kedai Muslim dibakar. Kejadian ini dilaporkan kepada

    pihak berkuasa polis dan tentera namun mereka hanya mendiamkan diri dan

    membenarkan keganasan terhadap umat Islam khususnya terus berlaku. Bahkan lebih

    teruk, pada tragedi Arakan yang lepas, pihak keselamatan turut bersekongkol

    membunuh etnik Rohingya Muslim.

    Persoalannya mengapa pihak berkuasa dan Kerajaan Junta Tentera seolah-olah

    mendiamkan diri dan tidak serius untuk menamatkan keganasan. Adakah ini keganasan

    yang ditaja oleh pihak Junta sebagaimana yang terang-terang berlaku di Arakan di

    mana ia merupakan keganasan terhadap etnik Muslim Rohingya yang sememangnya

    ditaja oleh Kerajaan Negeri Rakhine. Mungkin ada benarnya dakwaan Dr Ko Ko Gyi di

    mana beliau menyatakan Kerajaan Junta sengaja membiarkan konflik etnik sebegini

    berlarutan sebagai alat atau trump card untuk terus berkuasa. Ini merupakan kaedah

    kebiasaan dan murahan kepada pemerintah diktator di mana-mana ceruk dunia untuk

    terus berkuasa.

    Pada tahun 2001 juga, risalah-risalah anti Muslim bertajuk Myo Pyauk Hmar Soe Kyauk

    Hla Tai, The Fear of Losing Ones Race dan banyak lagi disebarkan secara meluas

    menyebabkan ia menjadi alat propaganda yang ampuh untuk mencetuskan kebencian

    terhadap Muslim. Malaysia dan Indonesia, dua negara yang bertukar menjadi Negara

    umat Islam dijadikan contoh mengapa Islam harus ditentang dan dibendung daripada

    menular dan mendominasi Negara Myanmar. Selain itu, pemusnahan Patung Buddha

    di Bamiyan, Afghanistan oleh Taliban turut dijadikan contoh bagi terus menerus meniup

    api kebencian penganut Buddha untuk bangkit menentang Islam dan penganutnya.

  • 7/28/2019 Nasib Muslim Minoriti Seluruh Dunia

    8/9

    Beberapa hari sebelum Tragedi Meikhtila berlaku, pada 8 Mac 2013 juga berlaku

    keganasan kecil dengan alatan-alatan seperti kerusi di kedai-kedai Muslim di Kyaike

    Htoo dirosakkan selepas berlangsungnya upacara keagamaan Buddha yang

    mengandungi ucapan-ucapan berunsur kebencian terhadap Islam. Kumpulan ekstremis

    Buddha yang menggelarkan grup 969 ini diketuai oleh sami-sami dan aktif

    menganjurkan upacara seumpama itu dan diikuti dengan tindakan keganasan dan

    vandalisme terhadap kedai-kedai Muslim khususnya di Bee Lin, Negeri Mon. Grup ini

    biasanya memakai baju T putih tertera symbol anti Muslim 969. Mereka menyebarkan

    jenayah kebencian dan mempromosikan anarki. Umat Islam telah membuat aduan

    kepada pihak berkuasa dan termasuk pertubuhan Islam sendiri seperti Islamic Religious

    Affairs Councildan Myanmar Muslim National Organization namun tidak banyak yang

    dapat dilakukan untuk menamatkan isu ini.

    Api kebencian ini sebenarnya sudah lama merebak ke seluruh Myanmar dan juga ke

    ibu kota Yangon. Baru-baru ini sekumpulan Ngo Islam di peringkat kebangsaan telah

    mengutus surat aduan rasmi kepada Presiden Myanmar menggesa beliau untuk

    melindungi nyawa dan harta Muslim Myanmar dan menjamin perlindungan penuh di

    bawah undang-undang yang sedia ada. Aduan ini berikutan peningkatan insiden

    Islamofobia selepas tragedi Arakan 2012 berlaku di kejiranan Muslim di Yangon

    termasuk pemusnahan rumah-rumah, kedai-kedai, sekolah agama, masjid dan tanah

    perkuburan milik orang Islam. Nampaknya umat Islam di Yangon juga sudah mula tidak

    dapat hidup dengan aman dan tenteram.

    Sudah sampai masanya Kerajaan Myanmar yang dilihat bergerak ke arah amalan

    demokrasi lebih serius untuk melindungi rakyat minoritinya khususnya umat Islam. Jika

    mereka tidak benar-benar serius dalam hal ini termasuk mengheret pengganas dan

    ektremis aliran kanan Buddha ini, maka masyarakat sivil Asean harus memobilasikan

    rakyat Asean yang prihatin untuk memboikot sukan Asean yang bakal berlangsung di

    Myanmar hujung tahun ini. Ia sebagai isyarat jelas dan tegas jika kamu gagal

    menyelesaikan isu konflik etnik tidak ada maknanya kamu bertungkus lumus

    menganjurkan sukan SEA sedangkan rakyat kamu sendiri mati dan menderita.

    Penutup

    Demikian secebis kisah suka duka umat Islam minoriti di negara orang lain. Malaysia

    merupakan sebuah negara Islam yang dinamik dan progresif. Malaysia sentiasa

    menjadi contoh dan harus terus menjadi contoh untuk dunia tentang pengurusan

    hubungan etnik yang baik. Sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama

    persekutuan, amatlah wajar Malaysia terus memelihara hak-hak minoritinya dari segi

  • 7/28/2019 Nasib Muslim Minoriti Seluruh Dunia

    9/9

    hak sebagai warganegara, hak kebebasan dan hak kesaksamaan seperti yang disebut

    oleh Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaily.

    Masyarakat awam, belia dan mahasiswa melalui pertubuhan masyarakat madani dan

    NGO harus terus memainkan peranan proaktif dan terkehadapan untuk memelihara

    keharmonian pengikut agama dan kaum di Malaysia agar asas kepada keamanan danperpaduan dapat dipelihara. Ini diyakini dapat menjadi contoh kepada dunia sekaligus

    membantu minoriti Muslim mendapatkan hak mereka daripada negara yang mereka

    huni sebagaimana Malaysia memelihara hak minoritinya.

    Penulis adalah Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM. Beliau sentiasa memenuhi

    jemputan dalam forum-forum serta wacana di peringkat tempatan ataupunantarabangsa. Jufitri Joha juga sering dijemput mengemukakan pandangan dalam

    rancangan bual bicara Global@1 di RTM 1.

    http://gptd-spain.blogspot.com

    [email protected] / FB : Jufitri Bin Joha / 019-6225100