modul sains tingkatan 3 - bab 1

9
 MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) “LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US”  1 BAB 1 : RESPIRASI 1.1 Mekanisme Pernafasan Manusia 1. Manusia bernafas dengan menggunakan udara disekeliling kita melalui proses respirasi. 2. Respirasi merupakan satu proses dimana organisma hidup memperoleh oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida serta wap air. 3. Rajah di bawah menunjukkan struktur asas serta organ untuk sistem respirasi manusia. Organ Pernafasan Fungsi Lubang hidung Membolehkan udara tarikan nafas dan hembusan nafas melaluinya Rongga nasal Apabila udara melalui rongga nasal, udara dipanaskan dan dilembapkan serta debu-debu diperangkap oleh bulu hidung Trakea Dinding trakea mempunyai gegelang rawan berbentuk C yang menyokong dan mencegah trakea daripada runtuh semasa menarik nafas Bronkus Cabang trakea berpecah kepada dua bronkus, iaitu satu bronkus memasuki peparu kanan manakala bronkus yang satu lagi memasuki peparu kiri Bronkiol Setiap bronkus bercabang kepada tiub-tiub kecil yang diberi nama bronkiol untuk menambahkan penempatan alveolus dihujungnya Alveolus Tempat pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah Sangkar rusuk Melindungi peparu Diafragma Satu kepingan otot yang memisahkan rongga toraks dengan abdomen serta mengawal isipadu udara rongga toraks Otot interkosta Terdiri daripada otot interkosta luar dan dalam untuk mengangkat dan menurunkan sangkar rusuk semasa bernafas Peparu Terbina daripada bronkiol, alveolus dan kapilari darah serta terletak di dalam ruang rongga toraks

Upload: mohd-shahrizal-mohd-yusoff

Post on 05-Oct-2015

313 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Modul Sains Tingkatan 3 - Bab 1

TRANSCRIPT

  • MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

    1

    BAB 1 : RESPIRASI

    1.1 Mekanisme Pernafasan Manusia

    1. Manusia bernafas dengan menggunakan udara disekeliling kita melalui proses respirasi.

    2. Respirasi merupakan satu proses dimana organisma hidup memperoleh oksigen dan menyingkirkan

    karbon dioksida serta wap air.

    3. Rajah di bawah menunjukkan struktur asas serta organ untuk sistem respirasi manusia.

    Organ Pernafasan Fungsi

    Lubang hidung Membolehkan udara tarikan nafas dan hembusan nafas melaluinya

    Rongga nasal Apabila udara melalui rongga nasal, udara dipanaskan dan dilembapkan serta debu-debu diperangkap oleh bulu hidung

    Trakea Dinding trakea mempunyai gegelang rawan berbentuk C yang menyokong dan mencegah trakea daripada runtuh semasa menarik nafas

    Bronkus Cabang trakea berpecah kepada dua bronkus, iaitu satu bronkus memasuki peparu kanan manakala bronkus yang satu lagi memasuki peparu kiri

    Bronkiol Setiap bronkus bercabang kepada tiub-tiub kecil yang diberi nama bronkiol untuk menambahkan penempatan alveolus dihujungnya

    Alveolus Tempat pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah

    Sangkar rusuk Melindungi peparu

    Diafragma Satu kepingan otot yang memisahkan rongga toraks dengan abdomen serta mengawal isipadu udara rongga toraks

    Otot interkosta Terdiri daripada otot interkosta luar dan dalam untuk mengangkat dan menurunkan sangkar rusuk semasa bernafas

    Peparu Terbina daripada bronkiol, alveolus dan kapilari darah serta terletak di dalam ruang rongga toraks

  • MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

    2

    4. Semasa menarik nafas, udara masuk melalui:

    5. Semasa menghembus nafas, udara keluar melalui:

    6. Penyesuaian alveolus untuk pertukaran gas yang cekap adalah seperti berikut;

    HidungRongga nasal

    Trakes Bronkus Bronkiol Alveolus

    Alveolus Bronkiol Bronkus TrakeaRongga nasal

    Hidung

    Luas permukaan yang besar

    - peparu mempuyai berjuta-juta alveolus untuk menyediakan luas permukaan yang besar supaya pertukaran gas dapat berlaku dengan lebih berkesan

    Dinding yang sangat nipis

    -dinding alveolus adalah setebal satu sel supaya jarak untuk peresapan gas adalah pendek

    Permukaan yang lembap

    - supaya oksigen dapat melarut sebelum meresap dan merentasi dinding alveolus

    Kapilari darah yang banyak

    - membantu pertukaran gas berlaku antara alveolus dan kapilari darah berlaku dengan lebih cepat

    Penyesuaian alveolus

  • MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

    3

    7. Mekanisme pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas yang berlaku

    secara berterusan untuk membekalkan oksigen keseluruh badan.

    8. Jadual di bawah menunjukkan komposisi udara sedutan, udara hembusan dan udara alveolus;

    Kandunagn Udara sedutan Udara hembusan Udara alveolus

    Oksigen 21% 16% 14%

    Karbon dioksida 0.04% 4% 6%

    Nitrogen 79% 79% 80%

    Wap air Berubah-ubah Tepu Tepu

    Suhu Berubah-ubah 34C 37C

    Tarik Nafas Mekanisme Pernafasan

    Hembus Nafas

    Bergerak ke atas dan ke depan

    Sangkar rusuk Bergerak ke bawah dan ke dalam

    Otot mengecut dan diafragma mendatar

    Diafragma Otot mengendur dan diafragma melengkung ke atas

    Luar - mengecut Dalam - mengendur

    Otot interkosta Luar mengendur Dalam - mengecut

    Bertambah

    Isipadu rongga toraks

    Berkurangan

    Rendah atau berkurangan Tekanan udara dalam rongga toraks

    Tinggi atau bertambah

    Mengalir masuk ke dalam peparu

    Aliran udara Mengalir keluar peparu

    Tekanan di luar lebih tinggi daripada di dalam peparu

    Perbezaan tekanan Tekanan di dalam peparu lebih tinggi daripada di luar

  • MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

    4

    Membina model sistem respirasi manusia untuk menunjukkan hubungan antara tekanan udara dalam rongga toraks dengan proses tarikan dan hembusan nafas Radas dan bahan: Serkup kaca, tiub kaca berbentuk Y, penutup getah, kepingan getah nipis dan belon.

    Fokus Mawar 23 : Lakukan simulasi seperti berikut: Prosedur:

    1. Bina satu model system respirasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di atas. 2. Tarik kepingan getah ke bawah. Perhatikan perubahan yang berlaku pada belon di dalam serkup

    kaca. 3. Tolak kepingan getah ke atas dan ke dalam serkup kaca. Perhatikan perubahan yang berlaku.

    Soalan:

    1. Namakan bahagian sistem respirasi yang diwakili oleh serkup kaca, tiub kaca berbentuk Y, belon dan kepingan getah.

    2. Lengkapkan jadual berikut untuk menunjukkan perubahan yang berlaku pada belon dan nyatakan perubahan tekanan udara di dalam serkup kaca

    Tindakan yang dilakukan Perubahan pada belon Tekanan udara di dalam serkup kaca

    Kepingan getah ditarik ke bawah

    Kepingan getah ditolak ke atas

    3. Apakah hubungan antara tekanan udara di dalam rongga toraks dengan mekanisme pernafasan

  • MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

    5

    1.2 Pengangkutan Oksigen dalam Badan Manusia

    1. Oksigen dibawa masuk dan karbon dioksida dibawa keluar dari peparu melalui alveolus.

    2. Proses ini dikenali sebagai pertukaran gas melalui proses resapan.

    3. Rajah di bawah menunjukkan pertukaran gas di peparu dan sel-sel badan;

    Kepekatan oksigen lebih tinggi di dalam alveolus menyebabkan resapan oksigen ke dalam kapilari darah dan seterusnya ke dalam sel darah merah

    Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin

    Menarik nafas

    Darah beroksigen dihantar ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah

    Kapilari mempunyai kepekatan oksigen yang lebih tinggi berbanding dengan sel-sel badan

    Sel-sel badan pula mempunyai kepekatan karbon dioksida yang lebih tinggi berbanding dengan kapilari

    Oksihemoglobin di dalam sel darah merah membebaskan oksigen untuk meresap ke dalam sel-sel badan

    Karbon dioksida dari sel-sel badan pula meresap masuk ke dalam sel darah merah pada masa yang sama

    Darah ke seluruh badan

    Darah terdeoksigen dibawa pulang ke alveolus menyebabkan kepekatan karbon dioksida adalah tinggi dalam kapilari darah

    Karbon dioksida meresap melalui dinding alveolus lalu disingkirkan melalui hembusan nafas

    Menghembus nafas

  • MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

    6

    1.3 Kepentingan Sistem Respirasi yang Sihat

    1. Kualiti udara mempunyai kesan yang ketara terhadap system respirasi.

    2. Apabila kita menyedut udara yang tercemar, ia boleh membahayakan kesihatan

    manusia dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

    3. Jadual di bawah menunjukkan bahan pencemar di udara dan kesannya terhadap

    manusia;

    Bahan pencemar Sumber Kesan

    Tar Asap rokok - Mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan kanser peparu

    - Mengurangkan kecekapan resapan oksigen ke dalam alveolus

    Nikotina Asap rokok - Menyebabkan ketagihan pada penghisap rokok - Menjadikan denyutan jantung menjadi pantas,

    meningkatkan tekanan darah dan pernafasan yang pantas

    - Menyebabkan emfisema iaitu alveolus pecah semasa batuk serta penyakit jantung dan strok

    Karbon monoksida

    Asap kenderaan

    - Gas beracun yang berupaya untuk bergabung dengan haemoglobin dengan lebih cepat berbanding oksigen

    - Mengurangkan bekalan oksigen dalam badan dan menyebabkan kematiaon

    Sulfur dioksida Asap kilang - Bersifat asid yang boleh memusnahkan tisu-tisu peparu dan menyebabkan keradangan

    Jerebu (asap, debu dan zarah halus seperti nitrogen dioksida)

    Asap kilang, asap kenderaan, pembakaran terbuka

    - Menyebabkan asma dan kesesakan nafas akibat penyempitan laluan udara seperti bronkus dan bronkiol

    - Juga boleh menyebabkan bronchitis iaitu batuk kronik disebabkan keradangan pada lapisan bronkiol

    4. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kualiti udara seperti;

    Berhenti merokokMengelakkan

    pembakaran terbuka

    Menyelenggara kendaraan mengikut

    jadual

    Kilang menggunakan penapis pada cerobong

    asap

    Melaksanakan undang-undang untuk

    mengawal pencemaran udara

    Mengurangkan menggunakan

    kenderaan bermotor (basikal, berjalan, kenderaan awam)

  • MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

    7

    Mengkaji kesan rokok kepada peparu Radas dan bahan: Rokok, kapas penunjuk semesta, tiub getah, thermometer, pam sedut, tiub-U dan tabung didih.

    Fokus Mawar 23 : Lakukan eksperimen seperti berikut: Prosedur:

    1. Radas disusun seperti dalam rajah di atas. 2. Tanpa menyalakan rokok, pam sedut dihidupkan selama beberapa minit. 3. Termometer, warna kapas dan penunjuk semesta diperhatikan. 4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menyalakan rokok. 5. Pemerhatian dicatatkan.

    Keputusan:

    Bahan Pemerhatian Inferens

    Termometer

    Kapas

    Penunjuk semesta

    Soalan:

    1. Apakah yang diwakili oleh kapas di dalam tiub-U

    2. Apakah fungsi larutan penunjuk semesta?

    3. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dari eksperimen tersebut?

  • MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

    8