pembinaan modul video amali kimia tingkatan empat
TRANSCRIPT
PEMBINAAN MODUL VIDEO AMALI KIMIA TINGKATAN EMPAT BAGI
TOPIK ASID DAN BES
NORLINDA BINTI DAUD
KOD PENYELIDIKAN: 04-16-40-06
UNIVERSITIPENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2008
Marga ... Bilangan — Nornbor Panggllan
PENGAKUAN
Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian saya kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
18.12.2008 Norlinda Daud
iii
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya jua, maka dapat lah
saya menyempurnakan Laporan Akhir Penyelidikan ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris di a t a s
pemberian bantuan Geran Penyelidikan Jangka Pendek (04-16-40-06). Ribuan t e r i m a
kasih juga diberikan kepada Pusat Teknologi Pendidikan dan Multimedia (PTPM) y a n g
telah bertungkus-lumus dalam menyiapkan modul video ini. Tidak dilupakan juga k e p a d a
rakan-rakan pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan I d r i s
yang sentiasa memberikan khidmat nasihat dan pandangan dan juga kepada guru-guru
dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini.
Sekian terima kasih.
iv
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan modul video amali kimia tingkatan
4 bagi topik Asid dan Bes. Kajian ini dilakukan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama
ialah kajian terhadap tahap pelaksanaan amali tingkatan 4 bagi topik Asid dan Bes di
kalangan 50 orang guru Kimia tingkatan 4 yang mengajar di sekolah-sekolah sekitar
daerah Klang. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan Amali 1 (54%), Amali 2
(50%), Amali 3 (54%) dan Amali 4 (52%) berada pada tahap yang sederhana. Kekangan
masa (41 - 52%) dikenalpasti sebagai faktor utama penghalang pelaksanaan amali-amali
tersebut. Peringkat kedua kajian adalah pembinaan modul video. Modul ini dibina
penggunaan perisian Open Source Audacity bagi rakaman audio, perisian Sony Vegas
Version 6 bagi penyuntingan video, perisian Apple ffmpeg dan Apple DVD Studio Pro
bagi penukaran video kepada format MPEG dan DVD. Modul ini merangkumi 4 amali
dalam topik Asid dan Bes yang mengandungi rakaman video prosedur lengkap dan
panduan guru mengenai amali yang terlibat. Peringkat ketiga kajian adalah meninjau
persepsi 20 orang guru dan 150 orang pelajar aliran sains di sekolah sekitar daerah Kuala
Selangor terhadap modul video yang dibina. Instrumen yang digunakan adalah set soal
selidik yang meliputi aspek isi kandungan, persembahan dan pandangan responden
terhadap modul. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju dan mempunyai
persepsi yang positif terhadap modul video yang dibina.
V
ABSTRACT
The purpose of this study was to develop a video module of laboratory activities in the
topic of Acid and Base. This research was conducted in 3 stages. In the first stage, a
survey research was carried out to determine the implementation level of laboratory
activities among 50 teachers in Klang district. The results showed that the implementation
level of experiment 1 (54%), experiment 2 (50%), experiment 3 (54%) and experiment 4
(52%), were at medium level. Time constraint (41 -52%) became a major factor
influenced the laboratory activities implementation. In the second stage, a video module
was designed and developed using various type of software including Audacity Open
Source Software for audio recording, Sony Vegas Version 6 software for editing video,
Apple ffmpeg and Apple DVD Studio Pro software. The module contained four (4)
experiments in the Acid and Base topic, including a complete video of experiment
procedures and teacher guideline. In the third stage, a survey was carried out to identify
the perceptions of 20 teachers and 150 science stream students in Kuala Selangor district.
The instrument used was a set of questionnaire. The results revealed most of the
respondents agreed and possessed positive perceptions toward the developed video
module.
vi
KANDUNGAN
Muka surat
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAIJADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 ObjektifKajian 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 5
1.6 Batasan Kajian 6
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Kepentingan Amali Dalam Pengajaran dan Penbelajaian Sains 7
2.2 Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali 9
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian 12
3.2 Sampel Kajian 12
3.3 Instrumen Kajian 13
3.4 Prosedur Kajian 14
3.5 AnalisisData 15
vii
BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 17
4.2 Kajian Tahap Pelaksanaan Amali Kimia Dan Faktor Halangan 17
4.3 Pembangunan Modul Video Amali 20
4.3.1 Eksperimen 1 - Investigating the role of water in the
properties of acids 21
4.3.2 Eksperimen 2 -Investigating the role of water in the
properties of alkalis 23
4.3.3 Eksperimen 3 — Investigating the chemical properties
of acids 24
4.3.4 Eksperimen 4 - Investigating the chemical properties
of alkalies 26
4.3.5 Bahan tambahan (bonus material) 28
4.4 Kajian Persepsi Responden Terhadap Modul Video Amali
Kimia Topik Asid dan Bes 30
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan 32
5.2 Cadangan 33
RUJUKAN
LAMPIRAN
34
viii
SENARAI JADUAL
Jadual Muka surat
3.1 Skala Pengukuran Borang Soal Selidik 14
3.2 Perisian Digunakan Dalam Pembinaan Modul Video 15
3.3 Mat Min Bagi Item Soal selidik 16
4.1 Pelaksanaan Amali Bagi Topik Asid dan Bes 18
4.2 Faktor Penyebab dan Kekangan Pelaksanaan Amali 19
4.3 Amali Asid dan Bes Dalam Modul Video 21
4.4 Analisis Data Persepsi Guru dan Pelajar 30
ix
SENARAI RAJAH
Rajah Muka surat
4.1 Paparan Utama dan Isi Kandungan Modul Video 20
4.2 Paparan Video Tajuk Eksperimen 1 21
4.3 Beberapa Paparan Dalam Eksperimen 1(a) 22
4.4 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 1(b) 22
4.5 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 1(c) 23
4.6 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 2(a) 23
4.7 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 2(b) 24
4.8 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 2(c) 24
4.9 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 3(a) 25
4.10 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 3(b) 25
4.11 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 3(c) 26
4.12 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 4(a) 26
4.13 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 4(b) 27
4.14 Beberapa Paparan Video Tajuk Eksperimen 4(c) 27
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendatauluan
Dalam usaha untuk merealisasikan Wawasan Negara iaitu menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020, pendidikan masakini memerlukan suatu perubahan futuristik
dalam memenuhi cabaran ke-enam Wawasan 2020 iaitu pembentukan masyarakat
saintifik yang progresif, inovatif dan berpandangan jauh iaitu masyarakat yang mampu
menguasai sains dan teknologi dengan berusaha mencari penemuan-penemuan baru yang
dapat memberi manfaat kepada manusia. Sains adalah salah satu bidang yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Mata pelajaran
sains sangat berbeza daripada mata pelajaran lain di sekolah kerana ia merupakan satu
bidang kajian tentang fenomena yang boleh diperhati dan dikesan secara langsung oleh
pelajar-pelajar. Ilmu pengetahuan ini akan menjadi lebih bermakna apabila pelajar diajar
untuk menghubungkait konsep, membuat kesimpulah secara umum atau menghubungkait
pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada serta mengaplikasi ilmu tersebut dalam
kehidupan seharian.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran
2
saintifik serta berkemahiran tinggi. KBSM bagi mata pelajaran-mata pelajaran aliran
sains lebih memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik di mana nilai-
nilai murni tidak diabaikan sama sekali. Pelbagai aktiviti telah diperkenalkan supaya
pelajar dapat menguasai kesemua kemahiran proses sains yang terdiri daripada kemahiran
proses sains asas, kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran manipulatif.
Keija-keija amali adalah komponen utama dalam pendidikan sains. Ini kerana apa
yang dipelajari oleh pelajar-pelajar dari buku mungkin berlainan sedikit daripada apa
yang diperhatikan. Melalui eksperimen atau kerja-keija amali, pelajar-pelajar dapat
memahami proses-proses sains dan juga bagaimana ahli-ahli sains menjalankan
eksperimen. Mereka dapat menyedari bagaimana teori-teori diwujudkan untuk
menerangkan fenomena yang diperhatikan atau sebaliknya. Hofstein (2004) menyatakan
bahav/a pelajar mengaitkan pengalaman sains mereka dalam kaedah eksperimen dengan
menggunakan tiga car a iaitu membayangkan sesuatu, pengumpulan pengalaman dan
melakukan penyiasatan. Dengan mendapat gambaran kasar secara keseluruhan, pelajar
berkenaan dapat menarik dan membawa fenomena luaran ke konteks dalaman yang biasa
dilalui atau dialami mereka.
1.2 Pernyataan Masalah
Pembelajaran sains terutamanya kimia, bukan semata-mata secara teori sahaja, tetapi
perlu memberi penekanan terhadap keija-keija amali atau eksperimen. Ini kerana melalui
aktiviti amali, fenomena sains dapat difahami oleh pelajar dengan lebih jelas dan mudah.
Pelajar boleh membina pengetahuan baru melalui penyiasatan dan memanipulasi
pembolehubah serta dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti
memerhati, mengelas, membuat inferens dan sebagainya (Mysliweic, Dunbar & Shibley,
2005; Bennett & Kennedy, 2001; Linn, 1997)
Keija-keg'a amali adalah komponen utama dalam pendidikan sains. Ini kerana apa
yang dipelajari oleh pelajar-pelajar dari buku mungkin berlainan daripada apa yang
diperhatikan. Melalui eksperimen atau keija-keija amali, pelajar-pelajar dapat memahami
proses-proses sains dan seterusnya menyedari bagaimana teori-teori diwujudkan untuk
menerangkan fenomena yang diperhatikan. Ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti amali
sangat dititik beratkan dalam mata pelajaran aliran sains. Secara umumnya, dua fungsi
utama sesi amali adalah:
1) Memberi latihan teknik manipulatif
2) Menjelaskan secara saintifik beberapa prisip atau konsep.
Pushpa (2002) menyatakan bahawa keija amali di makmal, keija-kerja luar dan
kunjungan penyelidikan telah lama diterima sebagai salah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran sains yang amat penting. Makmal dianggap sebagai satu tempat yang sesuai
untuk membolelikan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran saintifik yang perlu untuk
menghubung kaitkan antara teori dan praktikal.
Walaupun aktiviti amali telah diakui merupakan salah satu komponen terpenting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, namun dalam realiti sebenar,
pelaksanaan amali sains adalah berada di tahap minimum. Rokiyah Ahmad (2001)
menyatakan bahawa terdapat pelbagai halangan dan kekangan yang telah dikenalpasti
dalam pelaksanaan amali di peringkat sekolah. Antara kekangan dan halangan itu adalah:
1) Guru berpendapat bahawa sesetengah aktiviti tidak perlu dilaksanakan secara
amali kerana boleh diterangkan secara teori sahaja.
2) Terdapat amali yang dikatakan berbahaya untuk dilakukan oleh pelajar.
3) Masa yang terlalu lama diperlukan bagi menjalankan sesetengah amali
sehingga melangkaui masa yang ditetapkan bagi amali tersebut.
4) Kekangan masa iaitu guru tidak dapat menjalankan semua aktiviti amali
kerana ingin menghabiskan sukatan matapelajaran bagi menghadapi
peperiksaan.
5) Pelajar tidak berminat untuk menj alankan aktiviti amali.
6) Kemudahan alat radas dan bahan kimia yang terhad dan tidak mencukupi.
4
Justera itu, penggunaan bahan multimedia sebagai bahan bantu mengajar
merupakan satu altematif dalam menangani masalah kekangan pelaksanaan amali yang
dihadapi oleh guru. Penggunaan multimedia sebagai bahan bantu mengajar dapat
menggalakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran menjadikan ia lebih berkesan dan
menyeronokkan. Penggunaan multimedia yang merangkupi pelbagai elemen seperti teks,
video, audio dan imej grafik mampu dijadikan sokongan dalam menyampaikan maklumat
kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen muzik yang
harmonis telah dikenalpasti dapat membantu meningkatkan tumpuan pembelajaran
seseorang yang mendengamya. Begitu juga dengan elemen-elemen grafik, animasi dan
video yang mampu memberi gambaran mudah kepada pelajar mengenai sesuatu proses
sains yang berlaku (Ting dan Woo, 2005).
Bagaimana komputer boleh digunakan sebagai alat dalam pembelajaran
bergantung kepada kebijaksanaan, kreativiti dan kepakaran guru. Aspek yang perlu diberi
perhatian adalah teknik dan strategi penggunaan bahan multimedia oleh guru dalam
proses P&P perlu dikendalikan dengan cara yang berkesan. Pembelajaran berbantukan
komputer mempunyai kesan yang positif dalam pencapaian akademik dan sikap pelajar
terhadap komputer (Passerini, 2007). Ia juga mengurangkan masa untuk pelajar
mempelajari sesuatu perkara. Komputer juga berkesan dalam membantu pelajar
memahami maklumat pada peringkat aras pengetahuan dan kefahaman.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:
1) Membina modul video amali bagi topik Asid dan Bes yang berperanan
sebagai alat bantu mengajar (ABM) dan sebagai panduan kepada pengguna
dalam menjalankan aktiviti amali di dalam makmal.
2) Menilai persepsi pengguna terhadap modul video amali bagi topik Asid dan
Bes yang telah dibina.
5
1.4 Persoalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan kajian utama yang dibina iaitu:
1) Adakah modul video amali bagi topik Asid dan Bes dapat dijadikan panduan
kepada pengguna dalam menjalankan aktiviti amali di dalam makmal?
2) Apakah persepsi pengguna terhadap modul video amali bagi topik Asid dan
Bes yang telah dibina?
1.5 Kepentingan Kajian
Buat masa ini, masih belum terdapat sebarang bentuk modul video amali bagi topik Asid
dan Bes dalam pasaran. Apa yang ada seperti di dalam buku-buku teks atau pun buku-
buku rujukan Kimia hanyalah prosedur dalam bentuk cetakan yang kadang-kala sukar
untuk digambarkan apabila dilaksanakan di dalam makmal.
Oleh itu hasil daripada kajian ini dapat menghasilkan modul video amali bagi
topik Asid dan Bes yang dapat dijadikan panduan dalam menjalankan aktiviti amali di
dalam makmal dan seterusnya dapat meningkatkan tahap pelaksanaan amali-amali
tersebut di sekolah. Selain itu, guru-guru juga dapat menggunakan modul video ini
sebagai alternatif seandainya sesuatu amali tidak dapat dijalankan kerana faktor-faktor
tertentu seperti kesuntukan masa, ketiadaan alat radas dan lain-lain lagi kerana modul
video ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk melihat secara dekat sesuatu
amali itu dilakukan.
6
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di
daerah Klang dan Kuala Selangor terdiri daripada 70 orang guru dan 150 orang pelajar.
Oleh itu, kajian yang dilakukan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada keseluruhan
sekolah di Malaysia.
Selain itu, hanya terdapat 4 amali yang dipilih dan dilaksanakan secara video
daripada keseluruhan 11 amali dalam topik Asid dan Bes berdasarkan kepada kajian
terhadap tahap pelaksanaan amali yang telah dilakukan.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Kepentingan Amali Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Pembelajaran sains merupakan satu matapelajaran yang bukan sahaja menitikberatkan
kefahaman teori, menghafal fakta dan maklumat, tetapi juga memberi penekanan secara
praktikal (hands-on) iaitu melakukan amali sains. Sehubungan dengan itu, bagi
meningkatkan semangat inkuri di kalangan pelajar sekolah, latihan amali di sekolah telah
diperkenalkan. Dengan kata lain, pelaksanaan amali ini secara tidak langsung menjadikan
aktiviti ini sebagai sumberpenting dalam pembelajaran sains.
Keija-keija amali adalah komponen utama dalam pendidikan sains. Ini kerana apa
yang dipelajari oleh pelajar-pelajar dari buku mungkin berlainan sedikit daripada apa
yang diperhatikan. Melalui eksperimen atau keija-keija amali, pelajar-pelajar dapat
memahami proses-proses sains dan juga bagaimana ahli-ahli sains menjalankan
eksperimen. Mereka dapat menyedari bagaimana teori-teori diwujudkan untuk
menerangkan fenomena yang diperhatikan atau sebaliknya. Ini jelas menunjukkan
bahawa aktiviti amali sangat dititikberatkan dalam mata pelajaran sains (Chan Fook
Cheong, 1998).
8
Terdapat banyak manfaat atau kelebihan sekiranya P&P yang dilakukan disusuli
dengan latihan amali. Menurut Bennett dan Kennedy (2001), pelajar akan dapat
membezakan antara fakta dan konsep sekiranya menjalankan latihan amali. Ini kerana,
melalui latihan amali, pelajar dapat merasai sendiri pengalaman secara nyata dan
menjadikan matapelajaran kimia lebih menarik. Pembabitan pelajar dalam latihan amali
juga dapat membentuk kemahiran menjadi seorang saintis yang cekap, kerana pelajar
dapat merancang, memilih alatan yang sesuai,membuat pemerhatian dan pengukuran
yang betul, merekod data dengan tepat dan membuat kesimpulan yang logik. Secara tidak
langsung guru juga dapat membentuk 'cross-curricular skill' seperti komunikasi, literasi
dan keupayaan bekerja secara berkumpulan ketika mengendalikan latihan amali dengan
pelajar.
Pendapat ini turut dipersetujui oleh Mysliweic, Dunbar dan Shibley (2005) dan
Morrow (1999) yang berpendapat bahawa pendedahan pelajar kepada aktiviti di luar bilik
darjah khususnya pelaksanaan amali akan dapat meningkatkan tahap pembelajaran
pelajar. Ini kerana ketika pelaksanaan amali, pelajar akan dapat melihat sendiri pelbagai
tindak-balas yang berlaku dan seterusnya dapat mengukuhkan lagi kefahaman mereka
tentang tajuk tersebut. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Linn (1997) turut
membuktikan pelaksanaan amali dapat membantu pelajar untuk memahami konsep-
konsep sains dan topik-topik yang sukar serta abstrak dengan lebih mendalam.
Kajian Wong Kam Kin (2002) juga mendapati bahawa pelajar-pelajar yang tidak
diberi penekanan secara langsung dalam proses amali akan menyebabkan pelajar-pelajar
tersebut tidak mahir dan memiliki tahap penguasaan yang rendah dalam penggunaan alat
radas dan seterusnya menyebabkan penguasaan kemahiran proses sains pelajar adalah
lemah. Pelajar-pelajar seharusnya diberi ruang dan peluang yang secukupnya untuk
membiasakan diri dengan proses-proses sains dan seterusnya menguasai kemahiran
saintifik.
Dalam kajian Ertepinar dan Geban (1996) menunjukkan bahawa pelajar-pelajar
yang diajar dengan aktiviti penyiasatan berorientasikan makmal mendapat markah Sains
9
yang lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar yang diajar melalui pembelajaran biasa.
Dapatan ini disokong oleh kajian Lizawati (2005) yang mendapati bahawa ketiadaan
keq'a amali akan menyebabkan pembelajaran sains menjadi bosan. Ini menunjukkan
bahawa pelaksanaan amali mampu memberi kesan dalam peningkatan prestasi pelajar
dalam bidang sains.
Erikson (1997) menyatakan bahawa tiada sebarang bidang sains yang bergantung
sepenuhnya kepada teori atau fakta semata-mata. Seandainya ini berlaku, bidang sains
tidak dapat memberikan sebarang pengajaran yang menarik kepada pelajar-pelajar.
Pernyataan tersebut telah diperkukuhkan oleh kajian yang dilakukan oleh Leonard dan
Susanne (1998) yang menyatakan bahawa pengalaman berdasarkan eksperimen
seharusnya lebih banyak diaplikasikan berbanding pengalaman melalui teknik belajar.
Pembelajaran menggunakan kaedah amali didapati dapat membantu guru menyiasat
perkembangan konsep pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran sains (Komorek dan Duit,
2000)
2.2 Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali
Pengukuhan kemahiran proses sains di kalangan pelajar boleh dilaksanakan melalui
projek sains dan eksperimen di luar atau di dalam makmal. Pelbagai fenomena alam dapat
difahami dan dipeqelaskan setelah diuji secara saintifik. Selain itu, secara tidak langsung,
kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran keija berkumpulan
serta kemahiran saintifik dapat diuji dan dinilai. Berdasarkan ujian tersebut, para guru
boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran ini di kalangan pelajar (Reynaldo,
2000).
Namun begitu, pelaksanaan amali bergantung kepada guru untuk melaksanakannya.
Tidak semua guru di sekolah khususnya mampu untuk melakukan setiap latihan amali
bagi setiap bab yang telah ditetapkan. Permasalahan ini perlu diberi perhatian agar semua
pelajar dapat memperolehi segala kebaikan dan faedah menerusi latihan amali yang
10
dijalankan. Jumlah pelajar yang diajar oleh guru holeh mempengaruhi tahap pelaksanaan
amali. Bilangan pelajar yang ramai boleh menyebabkan peluang untuk melaksanakan
semua amali terganggu sekiranya kemudahan makmal di sekolah terhad.
Kajian yang dibuat oleh Daniel (2005) menunjukkan punca utama guru di
Malaysia mengurangkan latihan amali di sekolah ialah kekangan masa bagi
menghabiskan silibus matapelajaran. Ini kerana mereka beranggapan pembelajaran yang
dilaksanakan hanya bertujuan menghasilkan pelajar yang lulus cemerlang dalam
peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia semata-matanya. Latihan amali tidak
lagi membantu pelajar memperkembangkan minda mereka kerana semua maklumat dan
jawapan telah diberikan oleh para guru.
Kajian Mohd Najib (1996) menunjukkan bahawa sistem pendidikan sains di
negara ini masih mementingkan proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi
penekanan kepada fakta dan teori semata-mata dan kurang melibatkan kemahiran
manipulatif dalam keija makmal. Keadaan ini menggambarkan pendidikan sains masih
berorientasikan pembelajaran fakta sahaja sedangkan pemahaman konsep sesuatu teori
saintifik amat memerlukan kexja-keqa amali dan lapangan.
Kebanyakan guru-guru juga tidak menekankan proses pengajaran dan
pembelajaran sains berasaskan kelas amali kerana terikat dengan beberapa kekangan
seperti perlu menghabiskan sukatan mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan bagi
menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Selain itu, kekurangan kelengkapan dan
kekerapan berlakunya kemalangan di makmal juga merupakan antara punca mengapa
proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan amali berada di tahap yang kurang
memuaskan (Rodziah, 2006; Haliza, 2002).
Selain itu, tahap kesediaan pelajar untuk melakukan amali juga memberi kesan
terhadap pelaksanaan sesuatu amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil
daripada kajian Ronald dan Syakima (2006) menunjukkan bahawa sebahagian besar
pelajar tidak mengambil berat dan tidak bersedia untuk melakukan amali. Pelajar-pelajar
11
melakukan amali sambil lewa dan tidak mengambil perhatian perkara-perkara penting
sehingga kadang-kala meletakkan makmal dalam keadaan yang merbahaya. Seterusnya,
guru-guru mengambil keputusan untuk tidak melakukan amali seterunya dan hanya
menerangkan konsep dan fakta secara teori.
Berikut adalah beberapa kekangan yang telah dikenalpasti dalam pelaksanaan
amali di sekolah (Charles, 2006 dan Daniel, 2005).
1) Kemudahan alat radas dan bahan kimia yang terhad dan tidak mencukupi.
2) Beberapa aktiviti amali yang dikatakan berbahaya untuk dilakukan oleh
pelajar.
3) Masa yang terlalu lama diperlukan bagi menjalankan sesetengah amali.
4) Kekangan masa iaitu guru tidak dapat menjalankan semua aktiviti amali
kerana in gin menghabiskan sukatan matapelajaran.
5) Guru berpendapat bahawa sesetengah aktiviti amali tidak perlu dilaksanakan
kerana lebih mudah diterangkan secara teori sahaja.
6) Kedinginan pelajar untuk menjalankan aktiviti amali.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang menggunakan set borang soal selidik.
Secara khususnya, pendekatan yang digunakan di dalam kajian ini adalah secara
kuantitatif. Rekabentuk tinjauan ini digunakan untuk mendapatkan persepsi responden
terhadap modul video amali Kimia tingkatan empat bagi topik Asid dan Bes dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan empat di
sekolah-sekolah sekitar daerah Klang dan Kuala Selangor. Peringkat pertama
penyelidikan ialah kajian terhadap tahap pelaksanaan amali Kimia tingkatan empat bagi
topik Asid dan Bes yang telah melibatkan seramai 50 orang guru Kimia tingkatan 4 yang
mengajar di sekolah-sekolah menengah di daerah Klang sebagai responden.
13
Bagi mengkaji persepsi responden terhadap modul video amali Kimia tingkatan
empat bagi topik Asid dan Bes telah melibatkan seramai 20 orang guru dan 150 orang
pelajar di sekolah-sekolah di daerah Kuala Selangor sebagai responden.
3.3 Instrumen Kajian
Dua (2) jenis instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu modul amali dalam bentuk
video dan borang soal selidik. Modul video ini dibina dengan penggunaan perisian Open
Source Audacity bagi rakaman audio, perisian Sony Vegas Version 6 bagi penyuntingan
video, perisian Apple ffmpeg dan Apple DVD Studio Pro bagi penukaran video kepada
format MPEG dan DVD. Modul ini mengandungi empat (4) amali dalam topik asid dan
bes iaitu investigating the role of water in the properties of acids and alkalis dan
investigating the chemical properties of acids and alkalis.
Dua jenis borang soal selidik digunakan iaitu set pertama adalah soal selidik
berkenaan tahap pelaksanaan amali Kimia tingkatan empat bagi topik Asid dan Bes di
sekolah. Set soal selidik ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A mengandungi
maklumat latar belakang responden dan Bahagian B berkenaan dengan tahap pelaksanaan
amali Kimia tingkatan empat bagi topik Elektrolisis dan faktor-faktor yang menyebabkan
amali tersebut tidak dapat dijalankan.
Set kedua soal selidik merupakan soal selidik berkenaan persepsi guru dan pelajar
terhadap modul video yang dibina. Soal selidik ini terdiri daripada 25 item yang
merangkumi persepsi guru dan pelajar terhadap isi kandungan, persembahan dan
pandangan terhadap modul video amali Kimia tingkatan 4 yang telah dibina. Soal selidik
ini menggunakan skala Likert 4 poin seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
14
Jadual 3.1 Skala Pengukuran Borang Soal Selidik
Skala Nilai
Amat tidak bersetuju 1
Tidak bersetuju 2
Bersetuju 3
Amat bersetuju 4
3.4 Prosedur Kajian
Penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk statistik deskriptif dan boleh
diklasifikasikan kepada tiga (3) peringkat.
1) Peringkat 1: Kajian tahap pelaksanaan amali kimia
Sebelum modul dibina, satu kajian awal telah dijalankan ke atas 50 orang guru
Kimia tingkatan 4 yang mengajar di sekolah-sekolah menengah di daerah Klang.
Kajian awal ini penting untuk mengetahui tahap pelaksanaan amali dalam topik
asid dan bes.
2) Peringkat 2: Pembinaan modul amali
Pembinaan modul amali boleh dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa pertama
melibatkan pemilihan tajuk amali. Hasil daripada kajian awal yang dijalankan, 4
amali dalam topik asid dan bes telah dipilih iaitu amali berkenaan dengan peranan
air dalam asid dan bes dan sifat-sifat kimia asid dan bes. Amali ini merupakan
asas penting bagi mengukuhkan kefahaman pelajar dalam topik asid dan bes.
Fasa kedua melibatkan pembinaan story-board bagi amali yang telah
dipilih dan proses rakaman video amali mengikut story-board yang telah
disediakan. Sebelum proses amali di jalankan, alat radas, bahan kimia dan
15
komponen penting dalam amali dikenalpasti. Fasa terakhir melibatkan proses
penyuntingan video, proses memasukkan snara latar dan penambahbaikkan grafik
audio-visual (video). Proses ini penting bagi menghasilkan modul video yang
berkualiti dan mudah difahami pengguna. Perisian-perisian yang telah digunakan
dalam penghasilan modul video ini ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 3.2 Perisian Digunakan Dalam Pembinaan Modul Video
Perisian Fungsi
Open Source Audacity Rakaman Audio
Sony Vegas Version 6 Penyuntingan Video
Apple ffmpeg Penukaran Format Video - Fail MPEG
Apple DVD Studio - Pro Kombinasi Fail Format DVD
Adobe Photoshop Muka Hadapan DVD
3) Peringkat 3: Tinjauan persepsi guru dan pelajar terhadap modul video.
Modul video yang dibina adalah dalam format DVD. Borang soal selidik telah
diedarkan kepada 20 orang guru dan 150 orang pelajar di sekolah-sekolah di
daerah Kuala Selangor.
3.5 Analisis Data
Tatacara analisis data adalah berdasarkan kepada maklumat-maklumat soal selidik yang
telah diedarkan kepada responden. Data-data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif
dengan menggunakan perisian Microsoft Excell 2003 bagi mendapatkan peratusan dan
min keseluruhan item. Jadual 3.2 menunjukkan julat min keseluruhan item soal selidik
bagi mengetahui persepsi responden terhadap isi kandungan, persembahan dan pendangan
responden terhadap modul video amali Kimia yang telah dibina.