mendambakan rahmat ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/nadi_upload/nadi edisi...

20
Edaran Dalaman 20 NADI INGRESS INGRESS CORPORATION BERHAD A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H www.ingresscorp.com.my Edaran Dalaman 20 Mendambakan Rahmat Ilahi

Upload: vophuc

Post on 29-May-2019

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

Edaran Dalaman 20 �

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H

www.ingresscorp.com.my Edaran Dalaman 20

Mendambakan Rahmat Ilahi

Page 2: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

� Edaran Dalaman 20

SIDANG REDAKSI

Sidang Redaksi

KETUA PENGARANG

Ramli bin Napiah

Isi Kandungan

Sidang Redaksi 2

Dari Meja Pengarang 3

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif 4 - 6

• Mendambakan Rahmat Ilahi

Personaliti 6 - 7

• Peringkat Eksekutif

Sudut Agama 8

• Faktor-faktor Kemunduran Orang Melayu

Berita Keselamatan & Kesihatan 9

• Awas kepada Penghidap Asma

Fokus 10 - 11

• Majlis Sambutan Hari Raya ‘Eidulfitri 1429 Hijriyyah

Berita HR 12 - 13

• “An Effective Audit Techniques for Auditor”

• “Behaviour ~ Based Safety Management”

Berita “Subsidiaries” 13

• Lawatan daripada Miyazu ke ITSB

Wajah-wajah Ingress 14

Sudut Kakitangan 15 - 16

• IQ Test

• Kuiz Teka Silang Kata (Siri Kelima)

• Jawapan Kuiz Teka Silang Kata (Siri Keempat)

Nostalgia 17- 19

• Allahyarham Bismi Hasib dalam Kenangan

• Selamat Pengantin Baru

• Cahayamata

Karya 20

SIDANG PENGARANG

Mohd Rusdi bin Ibrahim

Rosyatimi binti Abdullah

PENYUMBANG ARTIKEL

Khyrun Anuar bin Zainol

Mat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai)

Nizaiham binti Mohd. Nor (Operasi Nilai)

Mohd Hisyam bin Abdul Ghani (ITSB)

Che Mazila binti Che Husain (MDSB)

Hidzir bin Abdullah (ITC)

Charan Hamdanee (IAV)

Hendrik Widagdo (PT IMV)

JURUFOTO DAN EDARAN

Mohd. Nizam bin Abdullah

PENERBIT

Ingress Corporation Berhad

Lot 1M, 1st Floor, Plaza Flamingo

No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang

68000 Ampang, Selangor

Tel: 03-4252 9696

Faks: 03-4252 9393

Laman Web: www.ingresscorp.com.my

REKA BENTUK

Triknight Communications Sdn. Bhd.

36-3, Jalan 24/70A

Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas

50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2300 1051/ 1052

Faks: 03-2300 1062

Email: [email protected]

Page 3: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

Edaran Dalaman 20 �

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A DDARI MEJA PENGARANG

Dari Meja Pengarang

D engan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t, Pencipta, Pemilik dan Pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat dan para pengikut Baginda r.’anhum yang berjuang dan berkorban berhabis-habisan untuk mempertahankan Islam di muka bumi ini.

Alhamdulillah, marilah kita rafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin, kehendak, dan pertolongan-Nya, kita ditakdirkan untuk bersua kembali di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi yang Ke-20.

Fokus pada keluaran kali ini adalah mengenai konsep kemenangan seorang Mukmin dalam meniti liku-liku perjalanan kehidupan sehariannya.

Alhamdulillah, pada 1 Oktober 2008 bersamaan dengan 1 Syawal 1429 Hijriyyah yang lalu, kita telah meraikan ’Eidulfitri sebagai salah satu daripada hadiah kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kita setelah berjaya menyempurnakan ibadah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.

Sebenarnya, siri kemenangan kurniaan Allah s.w.t bermula daripada pembentukan janin lagi, ketika kita berada di dalam kandungan ibu. Setelah kita dilahirkan, kita diperdengarkan lafaz ”HAYYA ’ALAL FALAH“ (marilah kita menuju kemenangan/ kejayaan). Malah, seruan ”HAYYA ’ALAL FALAH“ berkumandang setiap hari sebagai motivasi dan dorongan yang paling indah dan bermakna dalam hidup kita, sekiranya kita menghayatinya.

Seterusnya siri kemenangan berterusan, dari peringkat kanak-kanak, remaja

sehingga dewasa. Kita dikurniakan dengan pelbagai siri kejayaan serta kemenangan yang tidak terhitung nilaiannya.

Adakah ini kemenangan dan kejayaan yang kita dambakan?

Ingatlah bahawa tiada kemenangan dan kejayaan yang paling hakiki selain dari meraih limpahan rahmat, redha dan kasih sayang serta keampunan Ilahi. Diriwayatkan bahawa pada hari Kiamat, Allah s.w.t mengeluarkan sebuah kitab dari bawah ’Arasy yang tertulis:

“Rahmat-Ku mendahului kemarahan-Ku dan Aku yang Maha Penyayang di antara para penyayang.“

Sekian daripada Sidang Pengarang. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 4: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

� Edaran Dalaman 20

AMANAT NAIB PENGERUSI EKSEKUTIF

MENDAMBAKAN RAHMAT ILAHI

kepada Allah s.w.t bertepatan dengan firman-Nya dalam surah adz-Dzariyat, ayat 56, terjemahannya:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. ”

Kejadian kita sebagai seorang insan merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang terbaik dan paling sempurna. Kita dikurniakan akal fikiran yang dapat membezakan kita daripada

ciptaan makhluk yang lain. Darjat dan kesempurnaan seseorang itu bukanlah bergantung kepada harta, pangkat dan kedudukan yang dimiliki sebaliknya bergantung kepada keimanan, ketakwaan dan keikhlasan kita kepada Allah s.w.t sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan kamu.”

(Hadits riwayat: Imam Muslim)

Seorang Muslim dan Mukmin yang benar-benar memahami tujuan dia diciptakan dapat memikul tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah s.w.t ini. Secara tidak langsung, kita akan sentiasa menjaga dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah s.w.t (“Hablumminallah”) dan hubungan sesama manusia (“Hablumminannas”).

Saudara dan Saudari yang saya kasihi sekalian,

Kita hendaklah sentiasa menyahut seruan Allah s.w.t secara menyeluruh. Dalam erti kata yang lain, kita perlulah sentiasa memperhatikan segala ibadah khusus dan umum supaya tidak tergelincir daripada landasan keimanan sebagaimana ajaran agama Islam.

Dalam menjaga ibadat khusus, kita perlu menguatkan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Rukun Iman yang enam di samping membuktikannya dengan perlaksanaan Rukun Islam yang lima. Inilah yang dinamakan “Hablumminallah”.

Dalam memperkatakan “Hablumminannas” pula, ia lebih menjurus kepada ibadah umum, iaitu segala amal kebaikan yang dilakukan selain daripada ibadat khusus seperti mencari rezeki yang halal lagi baik (“Halalan Thoyyiba”), menyucikan diri, bermusafir kerana Allah s.w.t dan sebagainya. Amal-amal kebaikan ini boleh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji dan syukur kepada Ilahi yang telah mengurniakan nikmat iman dan Islam kepada seluruh umat Islam sehingga dapat berpegang teguh kepada syariat-Nya. Selawat dan salam dicurahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat, para pengikut serta sesiapa sahaja yang mengikut jejak langkah Baginda s.a.w dalam mempertahankan agama Islam di muka bumi ini.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberikan peluang kepada kita untuk bernafas di persada alam maya ini sebagai seorang penganut agama Islam yang berada di bawah lembayung kepimpinan junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Rasulullah s.a.w yang dianugerahkan dengan pelbagai keistimewaan daripada Allah s.w.t dan dijanjikan syurga sekiranya kita benar-benar beriman serta mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Alhamdulillah, kita telahpun menelusuri Tahun Baru 1430 Hijriyyah dan Tahun Baru Masehi 2009 baru-baru ini. Sewajarnyalah bagi seorang Mukmin, kita menyambut Tahun Baru ini dengan penuh keinsafan serta bermuhasabah (menghisabi diri sendiri) atas segala tindak-tanduk yang telah kita lakukan sebelum ini. Marilah kita perbetulkan niat untuk melakukan semua perkara ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t sebagaimana yang sering kita lafazkan di dalam ucapan Do’a Iftitah yang bermaksud:

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang Maha Memelihara dan Maha Mentadbir alam.”

Sebenarnya, apabila kita memperkatakan tentang konsep “Muhasabah”, kita perlu menjawab dan memahami jawapan kepada dua persoalan utama dalam meniti perjalanan kehidupan seharian kita iaitu:

• Apa tujuan kita diciptakan?; dan• Dari mana kita datang dan ke mana kita akan

dikembalikan?

Saudara dan Saudari yang saya kasihi sekalian,

Jawapan kepada persoalan apakah tujuan kita diciptakan adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadah

Page 5: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

Edaran Dalaman 20 �

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

menjadi ibadat umum sekiranya ia memenuhi empat kriteria berikut:

• Islam;• Niat;• Kerana Allah s.w.t; dan• Tidak bercanggah dengan syariat.

Jika keempat-empat kriteria atau salah satu daripada kriteria ini tidak dipenuhi, maka ia hanya dikenali sebagai adat dan amalan seharian biasa sahaja.

Saudara dan Saudari yang saya kasihi sekalian,

Niat merupakan permulaan segala amalan. Amalan ialah segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan samada fardhu atau sunat, sedikit atau banyak. Amalan hanya diambil kira sebagai ibadah jika disertai dengan niat.

Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud:

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya semua amal perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya.”

(Hadits riwayat: Imam al-Bukhari & Muslim)

Saya menyeru kepada diri saya dan warga Ingress sekalian supaya sentiasa turut memasukkan tiga elemen berikut dalam berniat dan berazam setiap hari:

• Tidak mahu berlaku zalim kepada sesiapapun;

• Cuba menolong orang yang teraniaya;

• Cuba sempurnakan hajat orang Islam yang lain.

Kata Ulama’, jika kita laksanakan ketiga-tiga perkara ini, Insya-Allah, dosa-dosa kita akan terhapus.

Saudara dan Saudari yang saya kasihi sekalian,

Niat sahaja tidak mencukupi tanpa menggantungkan sepenuhnya harapan dan sandaran kepada Allah s.w.t.

Kesan amalan yang dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t amat banyak dan saya berminat untuk mengenengahkan empat kesan berikut sebagai renungan bersama:

• Tidak kenal erti kekecewaan;• Tidak kenal erti penderitaan

disebabkan oleh kesabaran yang menebal di dalam diri;

• Tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran samada melalui media cetak dan elektronik mahupun propaganda musuh-musuh Islam.

• Tidak menyalahkan orang lain.

Ini kerana, setiap yang berlaku itu telah ditentukan oleh Allah s.w.t walau sehebat mana sekalipun usaha kita. Oleh itu, kita perlu redha dan bersabar atas segala musibah yang berlaku tanpa menunding jari dan mencari salah orang lain. Jika kita masih menyalahkan orang lain, itu bermakna, niat kerana Allah s.w.t itu telah rosak.

Saudara dan Saudari yang saya kasihi sekalian,

Sesuatu ibadat umum itu boleh dikatakan tidak bercanggah dengan syarak sekiranya ia memenuhi empat syarat berikut:

• Jika kita berbuat baik, itu adalah pilihan Allah s.w.t untuk kita dan bukannya bergantung kepada kepandaian kita;

• Jika kita terlanjur berbuat dosa dan kesilapan, kita perlulah beristighfar (memohon keampunan kepada Allah s.w.t) dengan serta-merta.

• Jika kita ditimpa bala’ atau musibah, kita perlu bersabar dan redha pada ketentuan Allah s.w.t yang mempunyai hikmah dan kebaikan untuk hari-hari mendatang.

• Jika kita berjaya meraih keuntungan dan kejayaan, kita mestilah bersyukur kepada Allah s.w.t. Janganlah sesekali mendabik dada dan berkata ia terhasil melalui usaha gigih kita semata-mata.

Ingatlah bahawa dunia ini hanyalah persinggahan yang sementara. Ia adalah jambatan menuju akhirat. Jika persiapan untuk membina jambatan tersebut goyah, maka perjalanan kita

menuju akhirat akan lebih sukar dan rumit. Sebaliknya, jika pembinaan jambatan tersebut kukuh, Insya-Allah, perjalanan menuju akhirat akan menjadi lebih mudah.

Saudara dan Saudari yang saya kasihi sekalian,

Kita semua merasai keperitan hasil daripada krisis kemelesetan ekonomi yang berlaku di peringkat global. Kebanyakan syarikat gergasi yang terkenal di peringkat antarabangsa juga turut mengalami kegawatan sehingga jatuh bankrap dan terpaksa memberhentikan para pekerja. Keadaan ini semestinya sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi dan kedudukan kewangan kumpulan syarikat Ingress.

Sejarah telah mencatatkan bahawa pada Tahun Kewangan 1997/98, aliran tunai syarikat kita baik, namun kadar keuntungan tidak memberangsangkan. Tahun Kewangan 2008/09 pula menunjukkan bahawa keuntungan berada pada tahap yang lebih baik, tetapi aliran tunai berada pada kedudukan yang kurang baik.

Apa yang membimbangkan, pada Tahun Kewangan 2009/10 ini, kita perlu berhadapan dengan masalah aliran tunai yang rumit walaupun syarikat mencatatkan keuntungan. Ini adalah kerana syarikat telah berjaya dan berkembang maju dengan memperolehi tender-tender serta kontrak-kontrak baru tetapi memerlukan dana yang besar. Namun, permohonan pembiayaan projek-projek berkenaan daripada institusi-institusi kewangan dibekukan. Keadaan ini menambahkan lagi kerumitan yang kita alami.

Justeru itu, saya menyeru kerjasama dan tindakan serta perhatian yang serius daripada semua warga Ingress agar dapat menggiatkan lagi usaha

Page 6: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

� Edaran Dalaman 20

AMANAT NAIB PENGERUSI EKSEKUTIF

penjimatan kos operasi syarikat semaksima yang mungkin. Pakar-pakar ekonomi meramalkan bahawa kemelut kegawatan ini mungkin akan berlarutan selama enam bulan, sembilan bulan atau dua tahun.

Bagi pihak syarikat, kita cuba tidak mengambil langkah memberhentikan kakitangan. Kita akan cuba mengambil langkah-langkah penjimatan secara berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan syarikat yang berpendapatan melebihi RM10,000.00 akan mengalami pemotongan gaji sebanyak dua hingga enam peratus. Pada tahap berikutnya, kita akan melihat kepada usaha penjimatan kos penggunaan talian telefon mudah alih, kos penyelenggaraan kenderaan, kos perjalanan domestik dan antarabangsa dan sebagainya.

Kita memahami perasaan semua warga Ingress. Mungkin sejak kebelakangan ini, pihak pengurusan syarikat tidak dapat memenuhi banyak permintaan dan kehendak kakitangan, namun saya berharap agar semua warga Ingress bersyukur kerana kita masih belum kehilangan pekerjaan berbanding dengan mereka yang berada di dalam organisasi di luar sana.

Saudara dan Saudari yang saya kasihi sekalian,

Tingkatkanlah muhasabah diri dan lihatlah sekeliling kita. Kembalilah kepada fitrah sebenar kita diciptakan. Fikirkanlah di mana silap dan salah kita. Ingatlah bahawa walau kita berada dalam apa jua keadaan sekalipun, samada gembira atau berduka, senang atau susah, berjaya atau gagal, semuanya telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Tiada perkara penting yang perlu kita harapkan di dunia fana’ ini melainkan rahmat Ilahi kerana beribadah semata-mata tanpa disertai rahmat Allah s.w.t tidak mencukupi untuk melayakkan kita melangkahkan kaki menuju syurga Ilahi.

Akhir kata, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah s.w.t mengurniakan rahmat-Nya kepada kita kerana hanya dengan rahmat-Nya sahaja membolehkan kita masuk ke dalam syurga-Nya yang kekal abadi untuk selama-lamanya.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(Sambungan daripada muka surat 5)

PERSONALITI

PERINGKAT EKSEKUTIF

• Bpk Mas Moechamad Latif di samping isteri tercinta dan puteri kesayangannya.

Nama Mas Moechamad Latif Alamat Clpinang Elok Blok A, No. 16

Jatinegara, Jakarta 13420 H/Phone/Faks: 021 8193638 E-mail: [email protected] Lahir 24 Oktober 1937 Tempat Lahir Kuningan (Cirebon) Status Perkahwinan Berkahwin dan memiliki seorang

puteri, Malla Oktaviana Latif, 34 tahun.Pendidikan “School of Science, Majoring in

Metallurgical Engineering” di Waseda University, Tokyo, Jepun.

Tarikh Graduasi 15 Oktober 1966

Biodata

Page 7: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

Edaran Dalaman 20 �

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

PERINGKAT EKSEKUTIFPROGRAM LATIHAN DAN PENGEMBANGAN:

Beliau pernah menyertai pelbagai program latihan dan pengembangan di peringkat perusahaan kecil dan sederhana anjuran institusi tempatan mahupun antarabangsa. Antaranya:

30/05/01 : “Australian Automotive Opportunity Seminar” anjuran “Australian Trade Commission” di Jakarta, Indonesia.

11 ~ 16/03/96 : Seminar tentang “Automotive Investment” anjuran “Japan Asian Investment Co., Ltd. (JAIC)” di Osaka, Jepun.

24/09 ~ 07/10/95 : Lawatan Sambil Belajar mengenai Latihan Vokasional di Thailand, Korea dan Taiwan mewakili “Deutsch Gesellchaft Fur Tecnische

Zusammenabeit (GTZ)”, Jerman.

19 ~ 23/10/92 : “The Management Development Seminar” anjuran “Mitsubishi Motor Corporation” di Tokyo, Jepun.

Jun ‘75 ~ Ogos ‘76 : “Kiln Process” di “Iron Ore Recovery Plant” di Sudbury Ontario, Kanada.

Ogos ‘74 : Mengikuti program Latihan di “MIDC Kaoshiung City, Taiwan” (dua minggu).

Sep ‘70 ~ Mac ‘71 : “Foundry Technique” di “Gent University”, Belgium.

PENGLIBATAN BERSAMA:

Jan ‘01 ~ Mei ‘02 : ASPEP (“Association of Metalwork and Machinery”), mengendalikan Pembangunan Sumber Manusia.

Jan ‘96 ~ Feb ‘01 : GIAMM (“Indonesian Automotive Parts and Component Industry Association”),

“Board of Executive of Human Resource Development and Environment”.

Okt ‘94 ~ Okt ‘98 : Gaikindo (“Association of Indonesia Automotive Industry”), “Board of Executive”, mengendalikan Pembangunan

Sumber Manusia.

1991 ~ Feb ‘94 : APINDO (“The Employers Association of Indonesia”),

“Board of Executive”, mengendalikan “Pancasila Industrial Relation”.

PENGALAMAN KERJA:

Mei ’03 ~ kini : Pengarah/ Penasihat di PT Ingress Malindo Ventures, Pengeluar Komponen Automotif (“Door Sash” dan “Moulding”).

01/02/01 : Bersara sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan dilantik sebagai “Consultant Advisor” di PT Mitsubishi Krama Yudha Motor Manufacturing sehingga 1 Oktober 2001.

Mac ‘88 ~ Feb ‘01 : PT Mitsubishi Krama Yudha Motor Manufacturing, Jakarta, Indonesia. (Ahli Lembaga Pengarah).

Jun ‘78 ~ Mac ‘88 : PT Krama Yudha Tiga Berlian, Jakarta, Indonesia. (“Procurement Manager”).

Jun ‘75 ~ Jun ‘78 : PT Inco Indonesia, Soroako South Sulawesi, Indonesia, Reduction Kiln Management Supervisory.

Dis ‘66 ~ Jun ‘75 : “Directorate of High Education” di “Ministry of Education and Culture” kemudian dipindahkan sebagai “Directorate of Basic Industry” yang beroperasi di “Metal Industry Development Centre”, Bandung, Indonesia.

PRINSIP DAN FALSAFAH HIDUP:

Dalam kehidupan seharian, beliau selalu mencuba untuk menerapkan prinsip hidup yang bersesuaian dengan ajaran agama Islam iaitu “amar makruf” dan “nahi munkar”.

Beliau juga sedang belajar dan berusaha untuk memperluaskan lagi pengetahuannya tentang ajaran Islam. Perkenalannya dengan Ingress telah membuka pintu hatinya, bukan hanya sekadar bekerjasama dalam urusan dunia, akan tetapi untuk urusan di akhirat jua.

NASIHAT UNTUK KAKITANGAN INGRESS:

Kita sebagai satu perusahaan berbasis Islam dicabar untuk berkompetisi dengan perusahaan Bukan Islam. Era globalisasi menuntut kita untuk lebih siap bertanding dan membekali diri, lebih giat dan tekun dalan bekerja sehingga jurang menjadi lebih kecil dengan perusahaan yang telah maju.

Biodata

Page 8: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

� Edaran Dalaman 20

SUDUT AGAMA

Faktor-faktor Kemunduran Orang Melayu

aktor pertama, kejahilan dan kekurangan ilmu.

Faktor kedua, kerosakan akhlak yang berpunca daripada sikap suka membelakangkan al-Quran dan amalan umat-umat terdahulu.

Faktor ketiga, keruntuhan akhlak pemimpin.

Faktor keempat, lalai dengan hiburan dan menyanjung tinggi para artis.

Faktor kelima, umat Islam takut dan pengecut.

Faktor keenam, kekeliruan para pengikut yang jahil.

Faktor ketujuh, sifat jumud dan juhud.

Faktor kelapan, hilang kepercayaan terhadap diri sendiri.

Hilang kepercayaan terhadap diri sendiri amat membahayakan seseorang individu dan masyarakat sekelilingnya. Rawatan terbaik adalah dengan meningkatkan kekuatan kerohanian. Orang Jepun, India, British dan Yahudi berpegang teguh kepada agama mereka tetapi mereka tidak dikatakan kolot oleh bangsa mereka sendiri.

Sebaliknya, orang Islam jika diseru kembali kepada Allah s.w.t., al-Quran dan Hadits, hati mereka menjadi sakit dan menjerit serta mengatakan ini zaman moden, mustahil dapat maju kecuali dengan memisahkan agama dari urusan keduniaan, umpamanya, memisahkan agama dengan ekonomi, politik, pentadbiran dan sebagainya.

Pakar-pakar perubatan secara keseluruhannya bersetuju bahawa kekuatan rohani merupakan penawar yang paling mujarab dan faktor terbesar dalam kejayaan perawatan.

Sekiranya mereka menganggap penyakit ini sudah tidak dapat dipulihkan lagi, maka mereka tidak akan dapat bersaing dengan bangsa yang maju seperti Barat dan Jepun. Mereka sebenarnya sudah tergelincir ke dalam jurang kehinaan dan diserang penyakit lemah semangat.

F

(Sambungan daripada keluaran lepas)

Benarlah firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 10, terjemahannya:

“Dalam hati mereka (golongan munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”

Mereka sepatutnya memiliki keperibadian seperti Sayyidina ’Ali – “karamullahu wajhah” – ketika dalam Peperangan Siffin yang bertakbir membesarkan Allah s.w.t. sebanyak 400 kali sehingga menyebabkan para penentangnya lemah dan jatuh tersungkur menyembah bumi.

Dakwaan yang mengatakan bahawa orang Islam tidak mampu melaksanakan projek-projek pembangunan adalah tidak benar kerana sejarah telah membuktikan kemajuan umat Islam di Mesir, Syria, Iraq, Morocco, Iran, India, Turki dan sebagainya.

Insya-Allah, apabila umat Islam mempelajari ilmu-ilmu semasa (“’ashriyyah”), mereka akan berkemampuan untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan sebagaimana yang dilakukan oleh orang bukan Islam dengan syarat umat Islam berusaha membangunkan diri sendiri dan membebaskan diri dari debu-debu kemalasan.

Page 9: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

Edaran Dalaman 20 �

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

AWAS KEPADA PENGHIDAP ASMA

sma adalah satu penyakit kronik yang terjadi apabila berlaku keradangan pada saluran pernafasan dan sensitif terhadap tindak balas biasa yang

mendorong kepada berlakunya asma.

Penyakit Asma atau lelah juga merupakan penyakit “imunologi” yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.

Pesakit mungkin mengalami pernafasan bersiul (“wheezing”), sesak nafas dan sukar untuk bergerak aktif. Kekurangan udara boleh juga menyebabkan pesakit pengsan.

• Pencetus Asma

Serangan asma akan berlaku apabila penghidap terdedah kepada jangkitan, habuk, kutu habuk, bebulu haiwan, asap rokok, pencemaran udara, debu, cuaca yang bertukar-tukar, debunga dan kulat, bau-bauan yang kuat ataupun aktiviti sukan dan riadah yang melampau.

• Asma di kalangan Kanak-kanak

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak yang diserang penyakit asma adalah antara 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tetapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

A

BERITA KESELAMATAN & KESIHATAN

Kebanyakan penghidap asma mempunyai alahan. Ujian alahan positif boleh membantu mengelakkan punca serangan.

• Langkah Pencegahan Gejala seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu

dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan penggunaan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah “steroid” yang perlu dihidu.

Page 10: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

�0 Edaran Dalaman 20

FOKUS

ejak tahun 2006, Majlis Sambutan Hari Raya ’Eidulfitri disambut secara berasingan di setiap operasi. Walaupun sambutannya sederhana, namun suasana

kemeriahannya tetap dirasai. Kemeriahan Syawal pada tahun 2008 disambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan satu harapan agar Allah s.w.t mencucuri rahmat dan redha-Nya kepada semua warga Ingress di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin di antara satu sama lain.

Aturcara tradisi Majlis Sambutan Hari Raya ’Eidulfitri Kumpulan Syarikat Ingress tidak dapat lari daripada pengisian program ucapan daripada Naib Pengerusi Eksekutif / “Group CEO”, Datuk Hj. Rameli bin Musa, ucapan daripada Ketua-ketua Unit Perniagaan, acara bermaaf-maafan, pemberian duit raya untuk kanak-kanak dan menjamu selera.

Program bermula di Ingress Auto Sdn. Bhd. (IASB) yang telah menjayakannya pada hari Sabtu dan Ahad, 11 dan 12 Oktober 2008 di Bangunan IASB, Sg. Penchala.

Seterusnya, pada hari Selasa, 14 Oktober 2008 pula, pihak pengurusan Ingress Operasi Nilai menganjurkan program sedemikian untuk kakitangannya. Program ini menjadi lebih bermakna kerana pihak penganjur turut memuatkan slot Amanat Naib Pengerusi Eksekutif kepada kakitangan di sana. Program ini amat meriah kerana ia mengumpulkan kakitangan dari Ampang, Nilai dan Bangi bersama-sama. Pihak penganjur turut meraikan anak-anak yatim dari Darul Izzah, Bangi, Selangor. Tetamu dan kakitangan yang hadir menikmati menu istimewa, nasi dagang, mee rebus jawa, lemang dan rendang, nasi impit dan kuah kacang, masak lodeh, sate ayam dan daging dan lain-lain.

Kemudian, pihak pengurusan Kumpulan Multi Discovery pula telah menyempurnakan program ini pada hari Khamis, 16 Oktober 2008 bertempat di Pejabat Kumpulan Multi Discovery, Tingkat 4, Bangunan IASB, Sg. Penchala. Juadah istimewa yang disajikan untuk tetamu jemputan dan semua warga Kumpulan Multi Discovery adalah nasi putih dan kari kambing.

Barisan Pimpinan Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) dan Fine Components (Thailand) Co., Ltd. (FCT) juga turut menganjurkan program tersebut khusus untuk kakitangan IAV di Operasi Rayong dan Ayutthaya serta FCT pada hari Jumaat, 17 Oktober 2008.

S Pihak pengurusan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) juga tidak ketinggalan menganjurkan majlis sedemikian. Program ini dilaksanakan dengan jayanya pada hari Selasa, 21 Oktober 2008 di perkarangan ITSB. Pada majlis ini, pihak penganjur menyediakan juadah kambing bakar, sate, nasi beriyani dan sebagainya buat semua tetamu dan kakitangan ITSB.

Penutup program adalah di PT Ingress Malindo Ventures (PT IMV), Indonesia. Program ini telah disempurnakan pada hari Khamis, 30 Oktober 2008.

Majlis Sambutan Hari Raya ‘Eidulfitri1429Hijriyyah

• Ybhg. Ustaz Che Amran bin Yusoff diundang bagi menyampaikan ceramah agama di ITSB sempena Majlis Mesra ’Eidulfitri di sana.

• Anak-anak Yatim Darul Izzah sedang menikmati juadah yang disediakan.

• Pemberian Duit Raya kepada Anak-anak Yatim Darul Izzah.

Page 11: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

Edaran Dalaman 20 ��

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

• Dr.Akram bin Che Ayub bersiap sedia untuk menyampaikan ucapannya.

• Suasana Majlis Sambutan Hari Raya ’Eidulfitri di Ingress Operasi Nilai.

• Kehadiran barisan Pimpinan Tertinggi Syarikat memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya ’Eidulfitri di Ingress Operasi Nilai.

• Sebahagian daripada kakitangan Ingress Operasi Nilai tekun mendengar amanat yang disampaikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Rameli bin Musa.

• Majlis Sambutan Hari Raya ’Eidulfitri di Thailand bertambah meriah dengan kehadiran Pengarah Atasan Syarikat.

• Suasana Majlis Sambutan Hari Raya ’Eidulfitri di Thailand.

• Kakitangan dan tetamu sabar menanti saat-saat untuk menikmati

juadah yang disediakan.

• Kelihatan kakitangan ITSB menumpukan sepenuh perhatian kepada intipati Ceramah Agama yang disampaikan.

• Sebahagian daripada kakitangan ITSB sedang menjamu selera.

Page 12: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

�� Edaran Dalaman 20

“Behaviour ~ Based Safety Management”

K umpulan Latihan dan Pembangunan, Ingress Corporation Berhad (ICB), telah menganjurkan program“Behaviour ~ Based Safety Management“ pada 17 dan 31 Oktober 2008 bertempat di Bilik I-Learn, Lot 1F, ICB.

Program ini disertai oleh 29 orang peserta yang terdiri daripada Pengurus Besar Kanan, Pengurus, Pegawai dan Kerani Keselamatan dari pelbagai anak syarikat. Tn. Hj. Ramli bin Napiah, Presiden Bahagian Korporat turut menyertainya.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai pengurusan keselamatan di dalam organisasi dengan memberi penekanan kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan perlakuan manusia yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di tempat kerja.

• Kehadiran Tn. Hj. Ramli Napiah, Presiden Bahagian Korporat, ICB memberi semangat kepada para peserta untuk mendengar dan mendalami ilmu yang disampaikan.

“An Effective Audit Techniques for Auditor”

B agi memastikan keberkesanan proses audit dalaman ke arah memastikan pembaikan berterusan di Ingress Corporation Berhad

(ICB), satu program yang dikenali sebagai “An Effective Audit Techniques for Auditor” telah dianjurkan pada 24 dan 29 Oktober 2008 di Bilik I-Learn, Lot 1F, ICB.

Program pada hari pertama disertai oleh 11 orang peserta termasuk tujuh orang Juruaudit Dalaman yang terdiri daripada Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif dan Kerani dari Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, “Group Sales & Project” dan Jabatan Komunikasi Korporat. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pemudahcara Dalaman, Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof, Pengurus Besar Kanan, “Group IBMS”.

Pihak penganjur, Kumpulan Latihan dan Pembangunan ICB telah menggarapkan dua objektif untuk menjayakan program ini, iaitu:

• Melatih dan memberi pengetahuan kepada para Juruaudit Dalaman yang baru mengenai teknik-teknik audit dan cara untuk meningkatkan kepakaran sebagai seorang Juruaudit Dalaman.

• Melantik Juruaudit-juruaudit dari pelbagai jabatan bagi memastikan proses audit dapat berjalan dengan berkesan.

Para Juruaudit Dalaman ini bukan sahaja didedahkan dengan ilmu dan teori semata-mata, malah mereka juga dikehendaki menjalani latihan praktikal di jabatan-jabatan yang telah ditetapkan bagi menimba pengalaman sebenar sebagai seorang Juruaudit Dalaman.

BERITA HR

Page 13: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

Edaran Dalaman 20 ��

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A DPERSONALITI

• Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Rusdi Ibrahim, Pengurus CSR bagi memohon keberkatan daripada Allah s.w.t.

• Para peserta memberikan sepenuh perhatian kepada ceramah yang disampaikan.

• Tn. Hj. Jamaludin Maarof mendapatkan maklum balas daripada salah seorang peserta kursus.

BERITA “SUBSIDIARIES”

Lawatan daripada MIYAZU ke ITSB

ngress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menerima kunjungan daripada 23 orang pelawat dari MIYAZU, Shah Alam, Selangor.

Tujuan program lawatan ini diadakan adalah untuk melihat perjalanan operasi perkilangan ITSB dengan lebih dekat lagi, khususnya yang berkaitan dengan “Pull System“, “Total Productive Maintenance“ (TPM), Aktiviti 5’S dan sebagainya.

I

• Para peserta merakamkan kenangan di hadapan Bangunan ITSB.

Page 14: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

�� Edaran Dalaman 20

WAJAH-WAJAH INGRESS

Wajah-wajahIngress

Page 15: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

Edaran Dalaman 20 15

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

SUDUT KAKITANGAN

1 4 9 ?1 9 ?

1 2 3 4 5 6 7

A B C A D C

C D D B B A

A C B D A D C B B D D C

D B C A C B D A A C B A

b c e f h i k l n o

1 2 3 4

? 5 6 7 8

251649

?

?

a

1

d

2 3

j

4

m

5

g

a b c d e f

IQ Test1. Find the missing numbers.

2. Whichfigure,ofthesevenshownbelow,completesthe sequence?

3. Whichfigurecompletesthesequence?

4. Whichfigureistheoddoneout?

5. Whichfigurecompletesthesequence?

(Pleaserefertheanswersatpage16)

Kuiz Teka Silang Kata (Siri Kelima)

Ke bawah:1. Kelam,tidakterang.2. Kegiatan.3. Suntuk akal.4. Tetangga,orangsebelah.5. Peningkatan yang

berterusandemimencapaitahapkecemerlanganyanglebih tinggi dari semasa ke semasa.

6. Pekerjadisuatupejabat.7. Hurai,jelas.8. Kedudukan.9. Makin bertambah.10.Keputusanrasmiyang

dicapaidalamsesuatumesyuarat,persidangandan sebagainya.

11. Salingbertindak,berhubung dan sebagainya antara satu sama lain.

12.Tidakkotor.13.Tanpabayaran.

• Tarikhtutuppermohonanialahpada01/04/2009.

• Peraduanyangdifotostatjugaterima.

• Hanyatigapemenangakandipilihbagisetiapsiri.

• Silahantarjawapanandakepada

SidangPengarangNadiIngress,GroupHRM,ICB,

(U.p:Pn.RosyatimibintiAbdullah).

• Keputusan&PemenangakandisiarkandalamMajalahNadi

Ingress Edisi 21.

Nama :

No.K/Pengenalan :

No.Kakitangan :

Jawatan :

Jabatan :

Syarikat :

Melintang:1. Tidaktenteram,khuatir,risau.2. Dua bahasa.3. Pengiktirafanrasmiterhadap

sesuatukursuspengajian,institusi dan sebagainya setelahdinilaidandidapatimemenuhisegalakriteria,syarat,kualitidansebagainyayangditetapkan.

4. Tergamam,terkejut.5. Garisyangdilukispadapeta

untukmenandakantempat-tempatyangsamajaraknyadari Kutub Utara dan Kutub Selatan.

6. Cela.7. Cahayayangberkilau-kilau.8. Kainyangdigantungpada

jendela.9. Barusebentar.10. Batangpadiyangsudahkering.11. Daun ini dikunyah berserta

pinang,gambir,kapurdanlain-lain.

12. Tempatmengajardanbelajar.13. Kecoh.

Page 16: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

�� Edaran Dalaman 20

Sidang Redaksi Nadi Ingress

(U.p: Pn. Rosyatimi binti Abdullah)

Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan

Ingress Corporation Berhad

Lot 1M, First Floor, Plaza Flamingo

No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang

68000 Ampang, Selangor

SETEM

JAWAPAN KUIZTEKA SILANG KATA (Siri Keempat)

PEMENANG KUIZTEKA SILANG KATA (Siri Keempat)

Nama : Alias bin IbrahimNo. Kad Pengenalan : 790725-11-5243No. Kakitangan : P1030Jawatan : Kerani, Jabatan Kewangan dan PerakaunanSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KEDUANama : Mohd Redzuan bin AsariNo. Kad Pengenalan : 820310-03-5107No. Kakitangan : D004Jawatan : Penolong Penyelia, Jabatan QMSSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd. Operasi Pengkalan Chepa

TEMPAT KETIGANama : Nizaiham binti Mohd NorNo. Kad Pengenalan : 770618-03-6656No. Kakitangan : 631Jawatan : Kerani, Jabatan HRMSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Anwers for IQ Test

No. 3:

e: B D

A CNo. 4:

k l

No. 1:2581

j

1. 2. 5.

3. 4.

Selamat PengantinBaru

Page 17: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

Edaran Dalaman 20 ��

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

Selamat PengantinBaru

NOSTALGIA

anggal 13 Februari 2009, hari Jumaat, bersamaan dengan 17 Safar 1430 Hijriyyah, Allahyarham Bismi Hasib bin Mohd Ali telah kembali ke Rahmatullah

pada jam 3.10 pagi bertempat di Hospital Besar Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanahair tempat kelahirannya iaitu di Tanah Perkuburan Kg. Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim sekitar jam 11.30 pagi. Kematian Allahyarham dilaporkan berpunca daripada penyakit bengkak hati.

Jawatan terakhir Allahyarham bersama-sama dengan Ingress ialah sebagai Juruteknik Mesin di Jabatan Kejuruteraan, Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) Operasi Pengkalan Chepa (PCP), Kelantan dengan memegang nombor perkhidmatan D032.

Allahyarham mula berkhidmat dengan Ingress pada 1 Februari 2000 sebagai “Wireman“ di Jabatan Kejuruteraan Pengeluaran, IESB Operasi Nilai, Negeri Sembilan sebelum ditukarkan ke PCP pada 2 Mac 2008.

T

Allahyarham Bismi Hasib dalam Kenangan

Allahyarham sepanjang hayatnya dikenali sebagai seorang yang peramah dan suka bergurau, tekun dan komited dengan kerjanya serta suka menolong orang lain. Walaupun pemergiaannya merupakan satu kehilangan buat semua warga Ingress khususnya warga IESB PCP, namun kita harus pasrah kerana inilah ketentuan dan takdir Ilahi.

Marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan al-Fatihah kepada roh Allahyarham. Semoga rohnya disemadikan bersama-sama dengan golongan yang bertakwa dan beramal solih.

Nama : Muhammad Badri bin Abdullah @ HalimJawatan : Eksekutif “Sales”Syarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.Nama Isteri : Fadilah binti Zakaria Tarikh Perkahwinan : 12 Disember 2008

NOSTALGIA

Page 18: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

�� Edaran Dalaman 20

Cahaya MataNama : Qaseh Raudhah binti MustapaTarikh Lahir : 4 Jun 2008Nama Ibu : Asiah binti BahariJawatan : Penolong Pengurus,Jabatan Kewangan dan PerakaunanSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.Nama Bapa : Mustapa bin Ambo

Nama : Siti Humaira binti Muhamad JaisTarikh Lahir : 15 Julai 2008Nama Ibu : Kapisah binti AbdullahJawatan : Setiausaha Eksekutif, Jabatan Pejabat PengarahSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.Nama Bapa : Muhamad Jais bin Jamaludin

Nama : Nurin Irdina binti AliasTarikh Lahir : 29 Oktober 2008Nama Ibu : Shakirah binti ShamsuddinNama Bapa : Alias bin IbrahimJawatan : Kerani, Jabatan Kewangan dan

PerakaunanSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

Nama : Nur Alya Imani bin ShahrinTarikh Lahir : 18 Februari 2008Nama Ibu : Ernie Haszura binti AbdullahNama Bapa : Shahrin bin MisranJawatan : Eksekutif, Jabatan PPCSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Izzah binti EzwanTarikh Lahir : 23 Ogos 2008Nama Ibu : Marina binti SepeaiNama Bapa : Ezwan bin ZamzuaryJawatan : Penyelia, Pejabat Pengurusan ProjekSyarikat : Ingress Research Sdn. Bhd.

Nama : Alia Adilah binti Muhammad FadzilTarikh Lahir : 21 Ogos 2008Nama Ibu : Azurani binti YusoffJawatan : Setiausaha EksekutifSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.Nama Bapa : Muhammad Fadzil bin Ismail

NOSTALGIA

Page 19: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

Edaran Dalaman 20 ��

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

Nama : Muhammad Idlan Danish bin Abdul HafizTarikh Lahir : 23 Julai 2008Nama Ibu : Sharifah Hasliza binti Syed SamaldinJawatan : Eksekutif Kanan, Jabatan Kewangan dan PerakaunanSyarikat : Ingress Corporation BerhadNama Bapa : Abdul Hafiz bin Jahidin

NOSTALGIA

Nama : Muhammad Syarif Faris bin Shamsul Haniff Tarikh Lahir : 13 September 2008Nama Ibu : Ida Rahayu binti Mohd Lani Jawatan : “Procurement Executive”Syarikat : Multi Discovery Sdn. Bhd.Nama Bapa : Shamsul Haniff bin Saliman

Nama : Nur Balqis Iqlima binti Mas AzlanTarikh Lahir : 6 Julai 2008Nama Ibu : Norashikin binti Othman Nama Bapa : Mas Azlan bin Marjuni Jawatan : Pelukis Plan Syarikat : Multi Discovery Sdn. Bhd.

Nama : Muhammad Faris Imtiyaz bin ShahrizanTarikh Lahir : 26 September 2008Nama Ibu : Norfaliza binti Mohd SabriNama Bapa : Shahrizan bin IsaJawatan : Juruteknik, Jabatan “Plant & Maintenance”Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Nama : Muhammad Adam Aufa bin Noor AzhanTarikh Lahir : 17 September 2008Nama Ibu : Farahiyah binti MakhtarNama Bapa : Noor Azhan bin HamzahJawatan : Eksekutif Jabatan QMSSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd. Nama : Umaira Farisha binti Mohd Fauzi

Tarikh Lahir : 2 Oktober 2008Nama Ibu : Siti Hidayah binti AshriNama Bapa : Mohd Fauzi bin Abd HamidJawatan : Leader, Jabatan QA/QCSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Nama : Muhammad Fathul Iman bin Helmey Tarikh Lahir : 22 Julai 2008Nama Ibu : Namaziah binti IsmailJawatan : Kerani, Jabatan QA/QCSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Bapa : Helmey bin Mamat

Page 20: Mendambakan Rahmat Ilahi - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Edisi Edisi 20 Final.pdf · berperingkat-peringkat. Pada tahap pertama, barisan pimpinan

�0 Edaran Dalaman 20

KARYA

KARYA