lnp 3 pengujian fire fighting alarm system

22
LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03 99 OBJEKTIF AM Melaksanakan ujian pemasangan OBJEKTIF KHUSUS Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat:- i. Mengenal alat alat pengujian ii. Menerangkan jenis-jenis pengujian LNP 3 – PENGUJIAN PEMASANGAN

Upload: syukurkk

Post on 11-Feb-2015

254 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

SMK 5 LA 5 NOTA KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA

TRANSCRIPT

Page 1: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

99

OBJEKTIF AM

Melaksanakan ujian pemasangan

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat:-

i. Mengenal alat – alat pengujian

ii. Menerangkan jenis-jenis pengujian

LNP 3 – PENGUJIAN PEMASANGAN

Page 2: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

100

3.1 Alat Pengujian

3.1.1 Meter Pelbagai (Multimeter)

Meter pelbagai sering digunakan dalam

pengukuran elektrik. Alat ini juga dipanggil

AVO (ampere, voltan,ohm)

Meter pelbagai atau dikenali multimeter merupakan alat pengukuran

yang digunakan untuk mengukur bacaan voltan arus terus (AT), voltan

arus ulangalik (AU) dan mengukur nilai rintangan dan arus di dalam

sesuatu litar.

Meter pelbagai juga mempunyai beberapa fungsi tambahan yang lain

seperti :-

Penguji diod

Penguji transistor

ObjektifAm

:Melaksanakanuji

anpemasangan

ObjektifKhusus: Di

akhirpembelajara

npelajarakandapa

t :-

Mengenalalat-

alatpengujian

Rajah 3.1: Meter pelbagai

INPUT 3A

Page 3: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

101

Pengukur nilai pemuat

Pengujian alat atau komponen / keterusan

Terdapat dua jenis meter pelbagai iaitu :-

a. Analogmempunyai indikator meter menggunakan jarum

i kepekaan yang tingi dimana boleh mengukur arus dan voltan yang kecil

ii. Menggunakan kuasa bateri rendah iii. Mempunyai julat yang luas iv. Berkeupayaan mengukur voltan sangat rendah

b.Digitalmenggunakan angka yang ditunjukkan layar paparan.

i. Mempunyai galangan masukan yang tinggi, tiada kesan

Rajah 3.12 : Meter analong meter pelbagai

Rajah 3.13 : Meter Pelbagai Digital

Page 4: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

102

beban berlaku ii. Ralat bacaan boleh dikurangkan iii. Nilai yang dibaca adalah tepat serta mempercepatkan

bacaan.

iv. Mempunyai beberapa jenis pengukuran iaitu voltan a.t, voltan a.u, arus a.u, arusa.t dan rintangan. v. Dapat membaca sehingga dua titik perpuluhan, ketepatan yang lebih baik.

Bil. Bahagian Fungsi

1. Skru pelaras sifar Melaraskan jarum penunjuk kepada

sifar. Perlu pelarasan jika tidak pada

kedudukan sifar apabila menguji voltan

dan arus.

2. Pelaras sifar ohm Melaraskan jarum penunjuk sebelum

menguji kerintangan.

3. Tombol pemilih julat Pemilihan julat rintangan, voltan, arus,

frekuensi

4. Jarum penunjuk Penunjuk bacaan pada skala

5. Skala Penunjuk nilai rintangan, voltan AT dan

AU , arus AT dan AU, frekuensi

6. Julat Kadar sukatan yang hendak diukur

7. Terminal negatif Terminal probe negatif (hitam)

8. Terminal positif Terminal probe positif (merah)

3.1.1.1 Operasi Meter Pelbagai

a) Mengukur nilai rintangan (Ω)

pemilihan skala meter pelbagai adalah pada julat.

Melakukan penentukuran dengan menemukan probe positif dan

probe negatif. Melaraskan jarum penunjuk meter kepada

kedudukan 0 dalam skala

Perlu memastikan bahawa tiadavoltan yang melalui litar

semasa pengujian dibuat.

kedua-dua probe diletakkanpada terminal yang hendak diuji

dan bacaan diambil mengikut skala yang telah dipilih.

b) Menguji keterusan ( BUZZ )

Menetapkan tombol pemilih julat BUZZ dengan meletakkan

kedua probe pada dua poin untuk diuji. Buzzer akan berbunyi

apabila terdapat keterusan.

Jadual3.1 :Bahagianutamadanfungsi meter pelbagai

Page 5: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

103

c) Mengukur voltan AT dan AU

Probe meter pelbagai merah di letakkan pada tanda + dan

probe hitam pada tanda COM

pemilihan skala meter pelbagai disetkan pada julat volt AT atau

AU. Pemilihan julat perlu lebih besar nilainya daripada bacaan

yang akan diukur.

Pengukuran voltan AT perlu mengikut kekutuban, probe

merah; iaitu kutub positif (+) disambung kepada kutub positif

sumber masukan DC yang diukur dan probe hitam; iaitu kutub

negatif (-) disambung kepada kutub negatif sumber.

Probemeter pelbagai diletakkan secara selari dengan

komponen / dalam litar.

d) Meter pelbagai untuk mengukur arus DC

Skala pemilih disetkan pada kedudukan DC miliAmpere

dengan julat 500 mA. Probe perlu disambung secara siri

dengan sumber bekalan DC (arus terus).

Bacaan akan menjadi lebih jitu apabila jarum penunjuk berada

pada kedudukan maksimum;.

Rajah 3.14 : Meter pelbagai diletakkan selari

Rajah 3.15 : Meter pelbagai diletakkan sesiri

Page 6: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

104

Lengkapkan jadual dibawah.

Peralatan Fungsi

Multimeter

Tandakan √ pada penyataan yang betul dan tandakan X pada penyataan

yang salah.

1. Meter pelbagai atau dikenali multimeter merupakan alat

pengukuran yang digunakan untuk mengukur bacaan

voltan arus terus (AT), voltan arus ulangalik (AU) dan

mengukur nilai rintangan dan arus di dalam sesuatu litar.

2. Terdapat dua jenis multimeter iaitu multimeter analog dan

multimeter digital.

3. Meter pelbagai digunakan untuk menguji fasa voltan.

4. Meter pelbagai analog memberi bacaan yang lebih tepat

berbanding dengan digital.

AKTIVITI 3A

Page 7: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

105

Lengkapkan jadual dibawah.

Peralatan Fungsi

Multimeter Alat yang digunakan untuk mengukur bacaan voltan

arus terus (AT), voltan arus ulangalik (AU), mengukur

nilai rintangan dan juga mengukur arus di dalam

sesuatu litar serta menguji sesuatu

komponen/peralatan dalam baik atau tidak.

Tandakan √ pada penyataan yang betul dan tandakan X pada penyataan yang

salah.

1. Meter pelbagai atau dikenali multimeter merupakan alat

pengukuran yang digunakan untuk mengukur bacaan

voltan arus terus (AT), voltan arus ulangalik (AU) dan

mengukur nilai rintangan dan arus di dalam sesuatu litar.

2. Terdapat dua jenis multimeter iaitu multimeter analog dan

multimeter digital.

3. Meter pelbagai digunakan untuk menguji fasa voltan.

4. Meter pelbagai analog memberi bacaan yang lebih tepat

berbanding dengan digital.

/

/

x

/

MAKLUMBALAS AKTIVITI 3A

Page 8: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

106

AKTIVITI PENGKAYAAN 3A

Sila cari maklumat berkaitan Standard Operating Procedure – SOP bagi meter

pelbagai dan insulation resistance tester.Anda boleh merujuk kepada pensyarah

ataupun melayari internet untuk mendapatkan maklumat ini.

Page 9: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

107

3.2 Jenis-Jenis Pengujian

Terdapat beberapa jenis pengujian

yang perlu dijalankan ke atas litar

pendawaian serta ke atas peralatan.

Di antara pengujian yang perlu

dijalankan ialah :

Pemeriksaan visual

Ujian Sambungan litar pengesan ke panel pengesan kebakaran

Ujian Pengesan Haba

Ujian Pengesan Asap

Ujian Break Glass

3.2.1 Pemeriksaan Visual

Ujian pemeriksaan visual amat penting bagi melihat secara kasar

keadaan sambungan litar yang dilakukan.

Selain itu ujian pemeriksaan visual amat penting bagi melihat samada

panel pengesan kebakaran berada dalam keadaan yang selamat untuk

digunakan.

Berikut adalah 4 jenis deria yang biasa digunakan semasa

pemeriksaan visual iaitu:

LIHAT

BAU

RASA (SENTUHAN)

DENGAR

Ujian pemeriksaan visual adalah ujian pertama yang dijalankan

sebelum menjalankan ujian lain.

3.2.2 Pemeriksaan Keterusan Sambungan Bagi Sambungan Litar Pengesan

ke Panel Pengesan Kebakaran

Alat yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan ini ialah meter

pelbagai.

Laraskan meter ke julat ohm

ObjektifAm

:Melaksanakanujian

pemasangan

ObjektifKhusus: Di

akhirpembelajaranp

elajarakandapat :-

Menerangkanjenis-

jenispengujian

INPUT 3B

Page 10: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

108

Pemeriksaan ini dilakukan dengan meletakkan leads test pada setiap

kabel yang telah dipasang pada komponen pengesan.

Jika terdapat sambungan antara tamatan pengesan maka meter akan

menunjukan skala 22 KΩ‟.

Jika tidak terdapat sambungan antara tamatan maka meter akan

menunjukan skala infiniti ohm „∞Ω‟.

Jika terdapat sambungan antara tamatan loceng penggera maka meter

akan menunjukan skala 3 KΩ‟.

Jika tidak terdapat sambungan antara tamatan loceng penggera maka

meter akan menunjukan skala infiniti ohm „∞Ω‟.

+

End of Line Resistor

(Input Zone = 22KΩ)

+

-

End of Line Resistor

(Input Zone = 3KΩ)

Rajah 3.21 a :Pemeriksaan Keterusan Sambungan Bagi Sambungan Litar Pengesan

ke Panel Pengesan Kebakaran

Page 11: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

109

Langkah - langkah untuk melakukan ujian keterusan

1. Setkan multimeter kepada x100 KΩ

2. Ukur bacaan rintangan pada setiap iaitu bacaan antara:

a. positif – negatif pengesan Zon1

b. positif – negatif pengesan Zon2

c. positif – negatif loceng penggera

3. Catatkan bacaan anda.

3.2.3 Ujian Pengesan Haba

Langkah - langkah untuk melakukan ujian Pengesan Haba

1) Uji pengesan haba dengan menggunakan “heat gun”

+

-

End of Line Resistor

(Input Zone = 22KΩ)

End of Line Resistor

(Input Zone = 3KΩ)

Rajah 3.21 b :Pemeriksaan Keterusan Sambungan Bagi Sambungan Litar Loceng

Penggera ke Panel Pengesan Kebakaran

Page 12: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

110

2) Pengesan haba akan menyalakan LED jika mengesan sebarang perubahan suhu yang mendadak dan akan menghantar isyarat ke pusat kawalan untuk mengaktifkan penggera.

3) Isyarat LED di Zone 4 akan berkelip apabila pengesan haba diaktifkan.

4) Isyarat penggera boleh dimatikan dengan menekan suis utama “reset”.

Rajah 3.22 a : Ujian Pengesan Haba menggunakan heat gun

Rajah 3.22 b : Paparan LED akan menyala

Rajah 3.22 c : Isyarat LED di Zone 4 akan berkelip

Page 13: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

111

3.2.4 Ujian Pengesan Asap

Langkah - langkah untuk melakukan ujian Pengesan Asap

1) Uji pengesan haba dengan menggunakan “smoke detector

spray”

2) Pengesan haba akan menyalakan LED jika mengesan

sebarang perubahan suhu yang mendadak dan akan menghantar isyarat ke pusat kawalan untuk mengaktifkan penggera.

Rajah 3.22 d : Cara matikan penggera dengan menekan butang

RESET

Rajah 3.23 a : Ujian Pengesan asap menggunakan smoke detector

spray

Page 14: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

112

3) Isyarat LED di Zone 4 akan berkelip apabila pengesan haba diaktifkan.

4) Isyarat penggera boleh dimatikan dengan menekan suis utama “reset”.

Rajah 3.23 b : Paparan LED akan menyala

Rajah 3.23c: Isyarat LED di Zone akan berkelip

Rajah 3.23d :Cara matikan penggera dengan menekan butang

RESET

Page 15: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

113

3.2.5 Ujian Break Glass

Langkah - langkah untuk melakukan ujian Break Glass

1) Penggera akan diaktifkan jika kaca pada “Fire alarm call point”

di pecahkan(untuk pengujian hanya melonggarkan skrew pada

badan “Fire alarm call point”

2) Pengesan haba akan menyalakan LED jika mengesan sebarang perubahan suhu yang mendadak dan akan menghantar isyarat ke pusat kawalan untuk mengaktifkan penggera.

Rajah 3.24a :Ujian break glass menggunakan kekunci break glass

Rajah 3.24b :Paparan LED akan menyala

Page 16: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

114

3) Isyarat LED di Zone 4 akan berkelip apabila pengesan

haba diaktifkan.

4) Isyarat penggera boleh dimatikan dengan menekan suis utama “reset”.

Rajah 3.24 c: Isyarat LED di Zone akan berkelip

Rajah 3.24d :Cara matikan penggera dengan menekan butang

RESET

Page 17: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

115

Nyatakan fungsi bagi alat ujian di bawah di dalam pemasangan panel

kawalan pengesan kebakaran.

Meter Pelbagai

AKTIVITI 3B

Page 18: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

116

Meter Pelbagai

Pemeriksaan Tamatan Kabel Bagi Ujian Litar Utama

Dan Litar Kawalan

Menentukan keadaan kabel dari kerosakan litar buka.

MAKLUMBALAS AKTIVITI 3A

Page 19: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

117

AKTIVITI PENGKAYAAN 3B

Untuk meningkatkan pengetahuan anda tentang pengujian litar pengesan

kebakaran sila layari internet untuk melihat cara-cara pengujian ini dijalankan.

Page 20: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

118

Uji pengesan haba/asap/break glass dengan menggunakan alat yang sesuai

Pengesan haba akan menyalakan LED jika mengesan sebarang perubahan suhu yang mendadak dan akan menghantar isyarat ke pusat kawalan untuk mengaktifkan penggera

Isyarat LED di Zone yang terlibat akan berkelip apabila pengesan haba diaktifkan.

Isyarat penggera boleh dimatikan dengan menekan suis utama “reset”.

FAKTA KUNCI

Page 21: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

119

Sila buat latihan di bawah bagi memantapkan kefahaman anda.

1. Nyatakanperalatan pengujian yang digunakan dalam pengujian

pemasangan litar pengesan kebakaran.

2. Terangkan cara penggunaan meter pelbagai bagi pengujian sambungan

pengesan ke panel pengesan kebakaran.

3. Terangkan cara penggunaan meter pelbagai bagi pengujian sambungan

loceng penggera ke panel pengesan kebakaran.

PENILAIAN KENDIRI

Page 22: LNP 3 PENGUJIAN FIRE FIGHTING ALARM SYSTEM

LA1/LnP01.03 LA2/LnP02.03 LA3/LnP03.03

120

1. Peralatan yang digunakan dalam pengujian pemasangan motor elektrik

ialah:

a. Meter pelbagai

2. Terangkan cara penggunaan meter pelbagai bagi pengujian sambungan

litar pengesan kebakaran.

Laraskan meter ke julat ohm

Pemeriksaan ini dilakukan dengan meletakkan leads test pada setiap

kabel yang telah dipasang pada komponen pengesan.

Jika terdapat sambungan antara tamatan pengesan maka meter akan

menunjukan skala 22 KΩ‟.

Jika tidak terdapat sambungan antara tamatan maka meter akan

menunjukan skala infiniti ohm „∞Ω‟.

3. Terangkan cara penggunaan meter pelbagai bagi pengujian sambungan

loceng penggera ke panel pengesan kebakaran.

Laraskan meter ke julat ohm

Pemeriksaan ini dilakukan dengan meletakkan leads test pada setiap

kabel yang telah dipasang pada komponen pengesan.

Jika terdapat sambungan antara tamatan loceng penggera maka meter

akan menunjukan skala 3 KΩ‟.

Jika tidak terdapat sambungan antara tamatan loceng penggera maka

meter akan menunjukan skala infiniti ohm „∞Ω‟.

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI