konsep bughah , dalil dan hukum

32
Disediakan oleh : Abdul Rauf Muhammad Syahrul Deen

Upload: yasir-abdullah

Post on 26-Jun-2015

2.125 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Disediakan oleh :Abdul RaufMuhammad Syahrul Deen

Page 2: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Pengertian dan takrif bughah . Dalil Ijtihad hukum Sejarah. Hukuman terhadap jenayah bughah Konsep , realiti dan beberapa persoalan.

Page 3: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat

Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri

(imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang

menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-

Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah

“perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam

yang memberontak untuk menentang dan

menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan

jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam

politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

Page 4: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

‘bughah‘ (pemberontak/ penderhaka) dalam konteks kenegaraan sangat berkait rapat dengan persoalan hubungan dan ketaatan rakyat kepada negara atau pemerintah. Tinjauan ini penting dalam menjamin kestabilan politik Islam dan menganalisa reaksi politik hari ini.

- Mohd Azmir Hj. Maideen, Undang-undang jenayah Islam

Page 5: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

SUMBER IJTIHAD HUKUM

Syafei Mereka yang menentang pemimpin dengan melakukan pemberontakan & meninggalkan ketaatan atau enggan menunaikan hak yang wajib ke atas mereka, dengan syarat mereka (Bughah) itu memiliki kekuatan fizikal, mempunyai alasan (penafsiran) penentangan dan mempunyai ketua

Asna Matholib, jilid 4

Bughah adalah orang yang keluar daripada ketaatan dengan memiliki ta`wil yang mengelirukan, tidak mampu dipastikan kekeliruannya dengan syarat mereka mempunyai kekuatan kerana jumlahnya yang ramai atau memiliki kekuatan di samping mereka ada pemimpin yang ditaati

Jumhur penderhakaan dengan menggunakan kekuatan sahaja yang dianggap sebagai jenayah bughah sehingga boleh mengakibatkan huru-hara dan perang saudara.

Page 6: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

  “..Dan jika ada 2 golongan daripada orang-orang

mukmin yang berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu daripada keduanya berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan ini telah kembali, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil. Dan berlaku adillah sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil..” - al Hujurat:9, al Quranul Karim.

Ali Imran ayat 165

Page 7: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Menurut riwayat daripada Ata’ bin Dinar daripada Said bin Jubair, ayat ini diturunkan ekoran daripada perselisihan yang berlaku di antara puak ‘Aus dan Khazraj sehingga mengakibatkan peperangan. Daripada dalil-dalil tersebut, mampulah difahami di sini bahawa maksud 2 golongan mukmin yang berperang itu antara satu sama lain sudah tentu salah satunya adalah bughah.

Page 8: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan”.-Al-An`am ayat 129

“Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri”. -Ali Imran ayat 165

Page 9: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

“..KatakanTuhanku hanya melarang perbuatan-

perbuatan keji yang terang dan tersembunyi,

berbuat dosa, melanggar kekuasaan di luar

kebenaran, mempersekutukan Allah di mana

Tuhan tidak menurunkan kekuasaan tentang itu

dan mengatakan (hal-hal) yang tidak baik

tentang Allah yang tidak kamu ketahui..”- al

‘Araf:33, al Quranul Karim.

Page 10: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

“Sesungguhnya akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah yang patut kami lakukan? Baginda bersabda, “kamu hendaklah menunaikan hak-hak yang wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-hak yang diperuntukkan kepada kamu.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Page 11: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Al-Nawawi berkata, “hadith ini menggesa supaya mendengar dan taat walaupun orang yang memerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya dan jangan menentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha menolak kejahatan dan menjalankan usaha islah”. (Syarh al-Nawawi li Sahih al-Muslim, juz 12, hlm. 232)

Page 12: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

“..Dengar dan taat adalah hak ke atas seorang Islam pada perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi tidak menyuruh kepada maksiat. Maka jika perintah kepada maksiat, maka jangan dengar dan jangan taat..” [Muttafaqun alaihi daripada riwayat Ibn Umar, lihat Lu’lu wal Marjan:1205].

Page 13: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah”. >Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Page 14: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Page 15: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu”. Riwayat Muslim

Page 16: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

”..Hendaklah kamu berjamaah dan berwaspadalah terhadap gejala berpuak-puak, justeru sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian sementara syaitan berada sangat jauh dari orang yang berdua , barangsiapa yang mahu tempat teristemewa di tengah-tengah syurga maka hendaklah ia melazimi (mewajibkan diri) bersama Jamaah..” [Sunan at Tirmidzi, No:2091. Abu Isa berkata hadith ini hasan sahih gharib].

Page 17: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

bughah dihuraikan oleh para fuqaha’ sebagai penentangan terhadap pemimpin berautoriti yang memerintah sehingga mengakibatkan suasana huru-hara dan peperangan. Menurut Imam Abu Hanifah rahimahullah, kumpulan yang ditubuhkan untuk melakukan kacau bilau kedudukan negara wajar diambil tindakan sebagai jenayah bughah sekalipun tanpa melibatkan penggunaan senjata. Namun, ia tidak bererti menyuarakan pandangan atau rasa tidak puas hati terhadap sistem pemerintahan tidak dibenarkan.

Page 18: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

1) Menentang pemerintah (yang meletak Allah dan Rasul-Nya sebagai sumber rujukan tertinggi).

2) Penentangan secara kekerasan atau bersenjata.

3) Berniat melakukan jenayah.

-al Baghy: (Konsep & Pendekatannya Dalam Struktur Politik Masa Kini) dibentangkan oleh Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Page 19: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Di dalam peperangan Siffin dan Jamal, Khalifah Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah tidak menganggap orang-orang yang melawannya telah keluar daripada Islam dan kafir, tetapi hanya dikatakan mereka itu bughah (berbuat penderhakaan). Sebagaimana sabda Nabi Salallahualaihi wasalam;

”..Malangnya anak Sumayyah (Amar bin Yasir), engkau dibunuh oleh kumpulan pemberontak..”

Sebagaimana yang dimaklumi, Ammar bin Yasir dibunuh ketika beliau bersama-sama tentera Khalifah Ali radhiallahu anhu dalam memerangi tentera Muawiyyah. Pembunuh Amar bin Yasir bukanlah di kalangan sahabat Nabi tetapi merupakan salah seorang daripada tentera yang menyertai Muawiyyah. Tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Saidina Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah.

Page 20: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Had ahli baghyi (pemberontak)- Bughoh: Mereka adalah suatu kaum yang memiliki kekuatan dan perintah, mereka memisahkan diri dari Imam dengan pendapat atau landasan yang menyimpang, mereka ingin menjatuhkan atau menyelisihinya serta mematahkan tongkat ketaatannya darinya. - Setiap kelompok yang menolak hak atasnya, atau menonjolkan diri dari Imam (pimpinan kaum Muslimin), atau berlepas diri dari ketaatan terhadapnya, maka mereka dikatakan bughot yang zolim, bughot masih tetap muslim dan bukannya kafir. Ringkasan Fiqih Islam (7)- Penyusun : Syaikh Muhammad bin Ibrahim At-Tuwaijri

Page 21: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

"Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar , kecuali orang-orang yang taubat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Al-Maaidah:33-34)

Page 22: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Urfujah r.a berkata: saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa ada yang mendatangi kalian, padahal perkara kalian berada atas seorang pemimpin, dan dia dalam keadaan ingin memecah belah kalian, atau mencerai beraikan jama'ah, maka hendaklah kalian memeranginya"

(HRMuslim)1.

Page 23: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Dari Ibnu Umar r.a: bahwasanya Nabi SAW bersabda: "Bagi setiap Muslim wajib untuk mendengar dan menta'ati (Imam) atas apa yang dia suka maupun benci, kecuali jika memerintahkan untuk bermaksiat, apabila dia (Imam) memerintahkan untuk berbuat maksiat, maka tidak ada pendengaran dan tidak pula keta'atan terhadapnya" (Muttafaq Alaihi)1.

Page 24: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

“..Bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al fai` ini?. Jawab Abu Zar; ..Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan memikul pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu Rasulullah.. Baginda pun bersabda; ..Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku..”. [Musnad Imam Ahmad,No:20578. Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban , Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul]

Page 25: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

(1) Ketika puak pemberontak meninggalkan Imam, maka mereka harus di surati dan menanyakan tentang penyebab berpisahnya mereka, apabila mereka menjawab dengan menyebutkan kedzoliman Imam, maka hendaklah Imam tersebut menghentikan kedzoliman tersebut, dan apabila mereka menjawab karena suatu syubhat, maka hendaklah Imam menjelaskannya.

Page 26: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

(2)Apabila mereka kembali, maka Imam harus menerimanya, dan jika tidak maka mereka harus di beri peringatan dan ditakut-takuti kalau mereka akan diperangi, apabila tetap pada pendiriannya, maka hendaklah mereka diperangi, merupakan kewajiban bagi masyarakat untuk membela Imam dalam perang tersebut, demi untuk menghilangkan kejelekan serta memadamkan fitnah yang ditimbulkan mereka.

Page 27: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

(3)Ketika Imam memerangi mereka, hendaklah tidak memeranginya dengan sesuatu yang bisa membunuh, seperti bom yang menghancurkan, dan tidak boleh pula membunuh keturunan, orang yang lari dari peperangan, orang yang terluka serta dia yang tidak ikut berperang diantara mereka.

Barang siapa yang tertangkap diantara mereka, hendaklah dia dipenjara sampai meredanya api fitnah, harta mereka tidak diambil sebagai ghonimah (harta rampasan perang) dan keturunan merekapun tidak dijadikan tawanan.

Page 28: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

(4)Setelah selesainya peperangan dan meredanya api fitnah, maka apa yang rusak dari harta mereka yang disebabkan oleh peperangan, maka dia akan dianggap tidak ada, yang terbunuh diantara mereka tidak mendapat ganti Imam, sebagaimana merekapun tidak mengganti harta maupun jiwa yang meninggal karena disebabkan oleh peperangan. - Apabila terjadi pertempuran antara dua kelompok yang disebabkan oleh ashobiyah ataupun karena memperebutkan kekuasaan, maka mereka termasuk orang yang dzolim, sehingga setiap dari mereka wajib menanggung apa yang telah dirusaknya.

(1-2-3-4 -5:Ringkasan Fiqih Islam (7) ( Hukuman Qishas dan Had Penyusun : Syaikh Muhammad bin Ibrahim At-Tuwaijri

Page 29: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Taubatnya orang yang berbuat kejahatan mewajibkan had:

Apabila taubatnya dia lakukan setelah tertangkap, maka taubat tersebut

tidak memansuhkan hukum had atasnya. Apabila taubat seorang pelaku

kejahatan yang mewajibkan had atasnya, namun dia bertaubat sebelum

terungkap kejahatannya, maka taubatnya tersebut akan diterima dan

ditiadakan darinya hukum had, sebagai Rahmat dari Allah dengan

menghapus hukuman bagi orang-orang bersalah yang bertaubat.

- Allah berfirman: "Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian

bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu sesudah

taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang" (Al-A'raaf: 153)

Page 30: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Adakah pekerja/buruh yang mogok gaji dan tidak mahu berkhidmat boleh dikatakan bughah?

Adakah konsep pembangkang di dalam sistem demokrasi boleh dikatakan pemberontak?

Adakah demonstrasi dibolehkan? Penjelasan slide 11 dan 12 kasarnya dilihat

sedikit konfrantasi.berikan penjelasan.. Adakah kaum kafir yang memberontak di negara

muslimin dikenakan hukuman yang sama? Dan adakah kaum muslimin yang memberontak

di negara kafir dikenakan hukuman hudud?

Page 31: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

Pemberontakan atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakan keharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah. -

BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAKIM

Page 32: Konsep Bughah , Dalil Dan Hukum

RUJUKAN : AL-IMAM TAQIYUDDIN ABI BAKAR BIN MUHAMMAD AL-HUSAINI,

KIFAYAH AL-AKHYAR FI HILLI GHAYAH AL-IKHTISAR, DAR AL-KUTUB AL-ILMIYAH, BEIRUT, JLD 2

QANUN JINAYAH SYAR`IYYAH, HAJI SAID HAJI IBRAHIM, CETAKAN PERTAMA 1996, DARUL MA`RIFAH, KUALA LUMPUR

AHKAM AL-SULTANIAH WA AL-WILAYATI AL-DINIYYAH, ABI HASAN ALI BIN MUHAMMAD BIN HABIB AL-BAGHDADI AL-MAWARDI, DAR AL-KUTUB AL-ILMIAH, BEIRUT

SYARH AL-`AQIDATI AL-TOHAWIYYAH, JUZ 2, CETAKAN KE-13 TAHUN 2000, MUASSASAH AL-RISALAH

AL-ADILLATU AL-SYAR`IYYAH FI BAYANI HAQQI AL-RA`IYYAH, SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN SABIL, DAR AL-SALAF, RIYADH

SYARH AL-NAWAWI LI SAHIH MUSLIM, JUZ 12, CETAKAN KE-7 TAHUN 2000, DAR MA`RIFAH, BEIRUT