kisah nabi ibrahim menyembelih ismail

2
Kisah Nabi Ibrahim menyembelih Ismail Inilah kisah diperingatinya Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Qurban Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar ber mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan ahyu, aji dituruti.! Apabila mendengar kata"kata ibunya, Ismail berkata kepada bapa sekiranya ini merupakan ahyu dari Allah S.#.$., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.! Setelah persetujuan dicapai, kees%kan harinya Nabi Ibrahim pun membaa puteranya untuk disembelih. &erkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai k pengetahuan %rang ramai. Hal ini membuat %rang ramai takut sehingga ada yang me “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih a sendiri. 'alau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.! #alau apapun tuduhan %rang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tug yang diperintahkan %leh Allah S.#.$ terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anakny sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “#ahai ayahku, aku (ikir car untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup ta mata ayah hendaklah ditutup. 'emudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam ayah kenakan tepat kepada leherku.! 'emudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.#.$ perintahkan dal mimpinya.)aginda pun mengucapkan kalimahatasnama Allah lalumemancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi I Sebagai se%rang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka matanya.

Upload: tridelaoktapiani

Post on 03-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Cr.Internet

TRANSCRIPT

Kisah Nabi Ibrahim menyembelih IsmailInilah kisah diperingatinya Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Qurban

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti. Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Sepeninggalan Nabi Ibrahim, iaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh baginda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya.

Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.

Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih.

Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

alfannur.blospot.com