kimia kebakaran

25
ASAS KIMIA KEBAKARAN

Upload: khairulsham-noh

Post on 06-Jun-2015

7.271 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Kimia Kebakaran

ASAS KIMIA KEBAKARAN

Page 2: Kimia Kebakaran

KONSEP PERLINDUNGAN KEBAKARAN MENYELURUH

Salah satu dari manifesto kerajaan sempena menyambut alaf baru ialah untuk meningkatkan kualiti hidup (quality of life) semua rakyat negara ini dalam segala bidang. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia juga boleh menyumbang ke arah ini berasaskan bahawa kualiti hidup tidak akan sempurana tanpa perlindungan kebakaran yang sempurana. Usaha kita ke arah ini ialah dengan memastikan setiap rakyat negara ini memperolehi perlindungan kebakaran minima yang sepatutnya, tidak kira di mana jua ia berada.

Pada masa ini, tahap perlindungan kebakaran dan tahap perkhidmatan yang diberikan masih boleh diperbaiki. Masih banyak rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Dalam banyak hal ia nya berpunca dari kelewatan kereta bomba tiba ke tempat kejadian.

Kelewatan ini bukan berpunca dari Bomba lambat respons tetapi adalah disebabkan jarak balai bomba yang terlalu jauh. Keadaan ini boleh diatasi sekiranya konsep perlindungan kebakaran difahami dan diatasi dengan lebih menyeluruh.

Page 3: Kimia Kebakaran

“ STANDARD FIRE CURVE ”

0 5 10 15 20

Masa Minit

500

1000

1500

2000

200

Flashover

Peringkat permulaan nyalaan

Peringkat kemerebakan

Peringkat pereputan

c

B

AD

STANDARD FIRE CURVE

Page 4: Kimia Kebakaran

KIMIA KEBAKARAN

Pengenalan

Kimia kebakaran ataupun Sain Kebakaran adalah satu matapelajaran yang mengkaji berkenaan dengan asal-usul sesatu kebakaran, sifat - sifat api, punca-punca kebakaran, kemerebakan kebakaran serta tindakan yang harus diambil bagi mengelakkan kebakaran serta memadam kebakaran.

“ API SEMASA KECIL MENJADI KAWAN DAN BESAR MENJADI LAWAN YANG GANAS”

Sebelum anda melindungi harta dan nyawa anda daripada kebakaran serta ingin memadamnya anda harus mengetahui tentang kebakaran itu sendiri kerana ianya akan memudahkan pemadaman kebakaran yang berlaku

Page 5: Kimia Kebakaran

SEGITIGA KEBAKARAN

Kebakaran adalah terjadi daripada tindakbalas pengoksigaan ataupun tindakbalas kimia yang pantas. Unsur-unsur yang terlibat di dalam tindakbalas adalah Bahanapi , Oksigen, dan Haba.

Jika tiada salah satu daripada 3 unsur diatas maka kebakaran itu tidak akan berlaku / wujud. Hasil daripada gabungan tindakbalas ini maka satu teori kebakaran telah diperkenalkan iaitu “ Segitiga Kebakaran”

Page 6: Kimia Kebakaran

1. Tiga Segi Kebakaran (Fire Triangle)

Kebakaran tercetus akibat daripada rangkaian tindakbalas kimia yang melibatkan TIGA elemen utama iaitu Bahan, Oksigen dan Haba.

Justeru itu, teknik pemadamannya ada pertalian rapat dengan tiga unsur diatas iaitu mengasingkan satu atau lebih elemen ini supaya tindakbalas kimia terputus. Sekaligus kebakaran dapat di padamkan

OKSIGEN HABA

BAHAN API

Page 7: Kimia Kebakaran

Bahanapi

Adalah suatu unsur yang didalamnya terkandung gas/wap mudahbakar dan jika ingin mambebaskannya ia perlu dipanaskan terlebih dahulu ( haba diberikan ). Gas / wap mudahbakar ini akan mula dibebaskan apabila suhu bahanapi itu mencapai takat sambaran. Contoh bahanapi adalah kayu, petrol, kain dsbnya.

Haba

Adalah sejenis tenaga. Haba yang diperlukan semasa proses kebakaran adalah untuk menaikkan suhu bahanapi itu kepada nilai tertentu supaya gas/wap mudahbakar itu dapat dibabaskan keluar dari bahanapi itu.

Oksigen

Adalah sejenis gas yang membantu proses kebakaran. Peratusan kandungan Oksigen yang diperlukan didalam udara semasa kebakaran adalah diantara 16% hingga 21% Apabila gas / wap mudahbakar ini bercampur dengan oksigen tadi maka kebakaran akan berlaku.

Tiga Segi Kebakaran

Page 8: Kimia Kebakaran

TINDAKAN BERANTAI

Walaupun kita membincangkan berkenaan ketiga-tiga unsur yang menyebabkan kebakaran berlaku terdapat satu lagi unsur yang turut memainkan peranan semasa kebakaran, iaitu apabila kebakaran itu berlaku, ia akan berlaku secara berterusan sehinggalah bahanapi itu habis. Faktor yang ke empat adalah

Tindakbalas Berantai.

Tindakbalas berantai ini akan menyebabkan kebakaran itu menjadi marak/besar. Unsur yang terlibat adalah unsur radikal-radikal bebas di dalam udara seperti OH-,OH+,H-,H+,O- dan O+.Hasil daripada kebakaran lazimnya akan membebaskan haba, air, asap, cahaya tenaga yang banyak.

Page 9: Kimia Kebakaran

Punca-punca Kebakaran

Punca-punca Kebakaran adalah terlalu banyak untuk disenaraikan.Kebanyakan punca-punca ini adalah disebabkan oleh faktor kemanusiaan, berlaku dengan sendiri dan kemalangan/tidak sengaja. Contoh punca-punca yang boleh disenaraikan adalah seperti berikut:-

• Arsun/kianat• kerosakan Elektik• Merokok• Geseran • Terlalu panas• Kebakaran spontan• Kanak-kanak• Alatan terlalu panas• Semasa kimpalan/pemotonggan• Petir• Tindakbalas kimia• Kemalangan dll.

Page 10: Kimia Kebakaran

3. Teori Kemerebakan Api

Terdapat beberapa cara api merebak dan diantaranya termasuk kaedah berikut;

• Pengaliran (Conduction).

• Olak haba (Convection) dan

• Bahangan (Radiation).

Page 11: Kimia Kebakaran

i. Pengalirani. Pengaliran

Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti . logam, batu, simen, dinding bangunan lantai seperti . logam, batu, simen, dinding bangunan lantai dan sebagainya. Bahan ini di panggil pengalir haba yang dan sebagainya. Bahan ini di panggil pengalir haba yang baik. Bahan pengalir ini akan menjad panas dan jika adabaik. Bahan pengalir ini akan menjad panas dan jika ada bahanapi yang bersentuhan dengannya maka suhunya akanbahanapi yang bersentuhan dengannya maka suhunya akan naik dan apabila sampai di suhu nyalaan ia akan terbakar naik dan apabila sampai di suhu nyalaan ia akan terbakar dengan sendiri.dengan sendiri.

Pengaliran

lantai

Page 12: Kimia Kebakaran

ii. Olakhabaii. Olakhaba

Pemindahan haba yang Pemindahan haba yang berlaku di dalam mudahalir berlaku di dalam mudahalir seperti cecair atau gas. seperti cecair atau gas. Apabila cecair atau gas itu Apabila cecair atau gas itu dipanaskan ia akan dipanaskan ia akan mengembang dan menjadi mengembang dan menjadi ringan. Gas yang panas akan ringan. Gas yang panas akan naik keatas dan gas yang naik keatas dan gas yang sejuk akan turun kebahagian sejuk akan turun kebahagian bawah secara pusingan bawah secara pusingan sehinggalah keseluruhan sehinggalah keseluruhan gas/udara itu menjadi panas . gas/udara itu menjadi panas . Jika kebakaran berlaku di Jika kebakaran berlaku di dalam bangunan gas - gas dalam bangunan gas - gas yang panas ini akan naik yang panas ini akan naik keatas bersama - sama asap keatas bersama - sama asap melalui bahagian lubang melalui bahagian lubang tangga , lubong lift dsbnya.tangga , lubong lift dsbnya.

UD

AR

A P

AN

AS

NA

IK K

EA

TA

SU

DA

RA

PA

NA

S N

AIK

KEA

TA

S

UDARA SEJUK TURUN

Page 13: Kimia Kebakaran

iii. Bahanganiii. Bahangan

Pemindahan tenaga haba sebagai gelombang eletromagnet dan Pemindahan tenaga haba sebagai gelombang eletromagnet dan bukan bermakna gas panas bergerak melalui udara. Haba ini bukan bermakna gas panas bergerak melalui udara. Haba ini berpindah mengikut gelombang cahaya daripada kebakaran tersebut berpindah mengikut gelombang cahaya daripada kebakaran tersebut Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan . Semasa kebakaran bangunan, bahagan kebakaran berjauhan . Semasa kebakaran bangunan, bahagan kebakaran akan di pindahkan bangunan / bahanapi yang tidak kebakaran akan di pindahkan bangunan / bahanapi yang tidak dilindungi , bermakna cahaya boleh sampai. Bahangan bolehdilindungi , bermakna cahaya boleh sampai. Bahangan boleh

bergerak melalui kaca tingkap . Apabila bahanapi mendapat haba bergerak melalui kaca tingkap . Apabila bahanapi mendapat haba secara bahangan suhunya akan naik jika sampai ke suhu nyalaan secara bahangan suhunya akan naik jika sampai ke suhu nyalaan ia akan terbakar.ia akan terbakar.

Page 14: Kimia Kebakaran

iv. Terus menerus

Kebakaran yang merabak ini adalah berlaku di sebabkan kombinasi pemindahan haba daripada 2 atau 3 cara diatas. Jika api itu merebak ia akan merebak sehingga keseluruhan bahanapi itu habis terbakar.

Contohnya jika kertas terbakar kertas itu akan terbakar

sehingga keseluruhannya habis. Proses yang berlaku adalah secara pengaliran.

Page 15: Kimia Kebakaran

CARA-CARA PEMADAMAN

Setelah kita mengetahui asal - usul kebakaran, bagaimana ia merebak barulah kita akan membincangkan cara - cara untuk memadam kebakaran tersebut. Cara pemadaman kebakaran yang salah akan menyebabkan kesan yang lain seperti kecederaan, kebakaran membesar , letupan dan pembaziran. Telah dipelajari kebakaran wujud daripada

3 unsur utama iaitu Haba, Bahanapi, Oksigen. Teknik pemadaman adalah bertujuan untuk menyekat atau mengurangkan tiga unsur tadi daripada saling bertindakbalas.

Adalah mustahak untuk menurunkan suhu bahanapi itu daripada takat sambaran supaya pengeluaran wap/gas mudahbakar terhenti

Contoh tindakan adalah seperti pemadaman menggunakan air dan gas co2. Ia akan serap haba daripada kebakaran

Page 16: Kimia Kebakaran

Teknik-teknik pemadaman adalah seperti berikut :

i. Melaparkan / Starvation

ii. Melemaskan / Smoothering

iii. Menyejukkan / Cooling

Page 17: Kimia Kebakaran

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Kaedah - KaedahPemadaman

MELAPARKAN

MELEMASKAN

MENYEJUKKAN

Bahan Api

Oksigen

HabaMeyekat Bekalan BahanApi

Tutup Injab Bekalan

Pisahkan Bahan Api

Oksigen

Bahan Api

HabaMenyekat Oksigen

Gunakan Foam

Gunakan KarbonDioxida

Menurunkan Haba /Suhu

Air menyerap HabadanmenyejukanBahan Api

Oksigen

Bahan Api

Haba

Page 18: Kimia Kebakaran

Melaparkan / Starvation

i. Dengan memindahkan bahanapi/bahan mudahbakar yang belum terbakar disekeliling kebakaran itu ke tempat lain. Contohnya memindahkan tangki minyak ke dalam tangki kedua apabila tangki minyak pertama terbakar. ii. Dengan memindahkan yang terbakar itu daripada bahanapi yang belum terbakar seperti memindahkan sebuah tabung gas LPG yang terbakar ke tempat lapang iii Dengan memecah atau menghancurkan bahanapi yang terbakar itu kepada bahanapi yang lebih kecil supaya ia mudah dipindahkan, seperti memadamkan kebakaran belukar kecil dengan mengunakan pemukul api / ‘fire beater’

Page 19: Kimia Kebakaran

Melemaskan/ Smothering

Jika bekalan oksigem / udara dapat dikurangkan daripada kebakaran maka ia akan padam. Proses utama ini adalah menghalang kemasukan oksigen ke dasar api

Page 20: Kimia Kebakaran

Menyejukkan /Cooling

Bahanapi akan mengeluarkan wap /gas mudahbakar apabila suhunya mencapai takat sambaran. Teknik menyejukkan adalah memindah/menyerapkan keluar haba yang dihasilkan daripada kebakaran. Suhu kebakaran itu akan turun, seterusnya proses mengeluarkan wap/gas mudahbakar berkurangan

Page 21: Kimia Kebakaran

www // bombans.gov.my.

Page 22: Kimia Kebakaran

KELAS-KELAS APIKELAS-KELAS APIKELASKELAS

APIAPI

JENIS KEBAKARANJENIS KEBAKARAN CONTOH BAHANCONTOH BAHAN APAAPA

DIGUNAKANDIGUNAKAN

AA PEPEJALPEPEJAL

i KAYUi KAYU

ii KAINii KAIN

iiiKERTASiiiKERTAS

i JENIS AIRi JENIS AIR

ii DEBU KERINGii DEBU KERING

iii BUIHiii BUIH

BB CECAIRCECAIR

i MINYAKi MINYAK

ii CATii CAT

iii VARNISHiii VARNISH

i BUIHi BUIH

ii DEBU KERINGii DEBU KERING

iii CO2iii CO2

iv AIR SECARA iv AIR SECARA SEMBURANSEMBURAN

CC GASGAS

i LPGi LPG

ii METHANEii METHANE

iiiBUTHANEiiiBUTHANE

i DEBU KERINGi DEBU KERING

Ii BUIHIi BUIH

Iii CO2Iii CO2

DD LOGAM / ELEKTRIKLOGAM / ELEKTRIK

i POTASSIUMi POTASSIUM

ii SODIUMii SODIUM

iiiMAGNESIUMiiiMAGNESIUM

BINGKAI KAYUBINGKAI KAYU

ii GETAH/ PEMBALUT ii GETAH/ PEMBALUT CABELCABEL

iii PLASTIK PVCiii PLASTIK PVC

i DEBU KERINGi DEBU KERING

Ii CO2Ii CO2

EE LEMAK / MINYAK MASAKLEMAK / MINYAK MASAK i SISA MINYAK i SISA MINYAK MASAKANMASAKAN

i CO2i CO2

Ii INNER GASIi INNER GAS

Page 23: Kimia Kebakaran

ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api merupakan perkakasan asas yang digunakan bagi memadam kebakaran diperingkat awal atau saiz kebakaran masih kecil.

Kefahaman mengendalikannya adalah penting.

Page 24: Kimia Kebakaran

SEKIAN TERIMA KASIHSEKIAN TERIMA KASIH

Burung Selasih Terbang MalamSekian Terima Kasih Wassalam

Page 25: Kimia Kebakaran

Soalan ? (Perbincangan)Soalan ? (Perbincangan)