jenis salah laku

Upload: joshua-newton

Post on 04-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

JENIS SALAH LAKUJenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah seperti berikut:

Kod Kesalahan TINGKAH LAKU JENAYAHA01 BERJUDI A02 MENCURI A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKANGURU A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID A06 PERAS UGUT A07 GENGSTERISME A08 BAWA SENJATA MERBAHAYA A09 MENCABUL KEHORMATAN A10 MENCEROBOH A11 TUNJUK PERASAAN A12 MERUSUH A13 MEMBUNUH A14 MEROGOL A15 BERGADUH

PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN B01 MEMILIKI / MENYIMPAN B02 MEMBEKAL / MENAWARKAN B03 MENJUAL / MENGEDAR B04 MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM / MENGHIDU B05 MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN BULI C01 BULI BAHASA C02 BULI FIZIKAL C03 BULI ISYARAT C04 BULI PERHUBUNGAN

ROKOK D01 MEMILIKI / MENYIMPAN D02 MEMBEKAL / MENAWARKAN D03 MENJUAL DAN MENGEDAR D04 MENGHISAP 1. Kali Pertama (1 Rotan) 2. Kali Kedua (2 Rotan) 3. Kali Ketiga ( 3 Rotan) 4. Kali Keempat (Gantung) 5. Kali Kelima (Buang)

PONTENG E01 PONTENG SEKOLAH 1. 3 hari berturur-turut atau 10 hari tidakberturut-turut 2. 10 hari berturut-turut atau 20 hari tidak berturut-turut 3. 17 hari berturut-turut atau 40 hari tidak berturut-turut 4. 31 hari berturut-turut atau 60 hari tidak berturut-turut E02 PONTENG KELAS E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN E05 PONTENG PREP E06 PONTENG ASRAMA E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH E08 PONTENG PERHIMPUNAN TINGKAH LAKU LUCAH F01 BERCUMBUAN F02 BERKHALWAT F03 BAWA BAHAN LUCAH F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH F05 MENGINTAI F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH F07 MELUKIS MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP G01 BIADAP KEPADA GURU G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN G03 BIADAP KEPADA TETAMU G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID G06 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANGMEMABUKKAN G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA G08 INGKAR ARAHAN GURU G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA KESALAHAN VANDALISME H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN H10 MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU /KAKITANGAN H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH J01 PECAH AMANAH J02 BERBOHONG J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB J04 TIDAK JUJUR KENAKALAN K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN K05 TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK K08 KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN K09 BERMAIN DALAM DORM K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA L01 LEWAT KE SEKOLAH L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN L03 LEWAT MASUK KELAS L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA KEKEMASAN DIRI M01 BERKUKU PANJANG M02 MEWARNA KUKU / BERINAI M03 BERAMBUT PANJANG M04 RAMBUT BERFESYEN M05 BERMISAI / BERJANGGUT M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN M07 PAKAI BARANG KEMAS M08 MENCUKUR BULU KENING M09 MEMAKAI ALAT SOLEK PENGLIBATAN POLITIK N01 PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA N03 MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK

O01 MENGGUNAKAN TELIFON BIMBIT DALAM KELAS ATAU KAWASAN SEKOLAH

MARKAHMarkah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;Markah hendaklah antara 3, 5, dan 10.Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap ringan.Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang diulang-ulang,Markah 10 bermaksud salah laku yang berat

AMARAN DISIPLIN

Amaran DisiplinMestilah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut;

Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) (AD1)Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah.Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) (AD2)Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) (AD3)Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah. Prosedur hukuman gantung sekolah adalah seperti berikut;

a. Keluarkan Surat Pertuduhan (dari sistem)b. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuanc. Serahkan Surat Pertuduhan Gantung.d. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.e. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggantung atau tidak murid berkenaan.f. Jika dihukum gantung, gunakan borang dalam sistem untuk mengeluarkan Surat Hukuman Gantung

Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) (AD4)Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

Buang Sekolah (AD5)Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. Prosedur hukuman buang sekolah adalah seperti berikut;

g. Keluarkan Surat Pertuduhan buang sekolah (dari sistem)h. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuani. Serahkan Surat Pertuduhan buang sekolah.j. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.k. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk membuang atau tidak murid berkenaan.l. Jika dihukum buang sekolah, gunakan borang dalam sistem.

Amaran-Amaran LisanAmaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku.

Hukuman Rotan Kes MerokokHukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokokPEMULIHAN

KERJA AMALKerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada murid-murid.Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;a. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu persekolahanb. Kerja-kerja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-pekerja / kakitangan sekolah.c. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan muridd. Dikawal selia oleh gurue. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah

KERJA AMALKA01 MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAHKA02 KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM DAN JAGA POKOK BUNGA DLLKA03 KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERATKA04 KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMASKA05 KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAU-RAJIN/TERTIB/TEKUNKA06 KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAHKA07 RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURUKA08 MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELASKA09 MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHASKA1O MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAHKA11 MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAHKA12 MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA SEKOLAHKA13 AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL)KA14 AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATANKA15 PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAH AKTIVITI SEKOLAHKA16 AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI

MARKAH KERJA AMALMarkah Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10.3 bermaksud Kerja Amal yang dianggap ringan.5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana,10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat.

Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.

BIMBINGAN DAN KAUNSELINGBimbingan dan Kaunseling merupakan elemen yang penting dalam usaha memulihkan murid yang bermasalah. Konsep bimbingan dan kaunseling di sini ialah aktiviti khusus dan berfokus kepada individu murid yang dikenal pasti sebagai bermasalah, dan bukannya aktiviti yang dibuat secara umum.

KETAHUI PERANAN DAN TUGAS ANDA!!!!!

PERANAN GURU BESAR / PENGETUA1. Membuat keputusan/tindakan serta menandatangani surat gantung dan buang sekolah.2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)3. Mengarah siasatan kes salahlaku.4. Mengarah SU Disiplin memanggil mesyuarat.5. Melapor/merujuk PPD/JPN bagi kes khas dengan segera.6. Mengarah murid menjalani kaunseling.7. Mengarah murid membuat kerja amal.8. Menandatangani surat pertuduhan.9. Menandatangani surat tunjuk sebab10. Menandatangani surat hukuman11. Menjatuhkan hukuman12. Berbincang dengan ibu bapa/penjaga13. Memantau pelaksanaan sistem e-Disiplin

PERANAN GPK HEM1. Menerima laporan daripada SU Disiplin bagi menandatangani surat amaran disiplin 1, 2 dan tunjuk sebab.2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)3. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa/ penjaga murid yang menerima surat amaran disiplin.4. Mengarah murid membuat kerja amal.5. Mengarah murid menjalani sesi kaunseling6. Bertindak sebagai Timbalan Pengerusi semasa mesyuarat Jawatankuasa disiplin.7. Mengambil tindakan terhadap maklum balas murid / penjaga.8. Memfailkan surat akujanji antara murid dengan pihak sekolah.

PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN1. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.2. Menyiasat kes salahlaku.3. Mengambil pengakuan murid /saksi/guru.4. Menerima atau menolak borang BSL setelah siasatan dibuat.5. Mencetak surat amaran disiplin untuk ditandatangani oleh pengetua/ Guru Besar/ Penyelia Petang/PK HEM.6. Mencadangkan murid menjalani sesi kaunseling dan kerja amal.7. Memasukkan maklumat salahlaku / kerja amal ke dalam sistem.8. Mengemaskini/simpan BSL.9. Memfailkan salinan surat amaran , akujanji yang telah dikeluarkan.10. Menyediakan analisa laporan bulanan/ tahunan.11. Menyelaras program disiplin sekolah

PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING1. Menjalankan sesi kaunseling individu.2. Menjalankan sesi kaunseling kelompok.3. Menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok.4. Menjalankan sesi kaunseling intervensi5. Membuat lawatan ke rumah murid .6. menyelaraskan program pengukuhan murid seperti kem jati diri, ceramah dan lain lain.7. Memasukkan maklumat sesi kaunseling ke dalam sistem e-Disiplin8. Menyelaras program disiplin sekolah

PERANAN GURU1. Memantau salahlaku di kalangan murid.2. Memberi bimbingan kepada murid3. Mengisi BSL.4. Mengisi borang ponteng berterusan / berkala dan menghantar kepada SU Disiplin.5. Membantu tugas SU Disiplin.6. Menentukan jenis kerja amal, menyelia dan memberikan markah.

PERANAN MURID1. Berkerjasama dengan semua guru.2. Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan oleh SU Disipin sekolah.3. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.4. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.5. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.6. Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah salah laku7. Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabilapihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihaksekolah atau hadir sendiri ke sekolah.3. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anakmereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah.4. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam prosesmenandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman GantungSekolah.5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah PelajaranNegeri dalam tempoh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah keatas anak mereka.

PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

1. Membuat siasatan kes-kes khas.2. Menerima laporan kes-kes khas dari sekolah.3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin

PERANAN JABATAN PELAJARAN

1. Menerima laporan kes khas dari Pejabat Pelajaran Daerah.2. Menerima dan menyelesaikan kes-kes rayuan buang sekolah.3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin.

PERANAN PIBG1. Menerima laporan disiplin murid-murid daripada pihak sekolah2. Berbincang dengan penjaga murid berkenaan3. Memantau murid-murid berkenaan di kawasan masing-masing4. Mengatur program berkaitan motivasi diri