inovasi

20
Inovasi Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi- fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi. Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:- • Merupakan penghasilan baru • Berbentuk maujud dan mujarad • Berdasarkan proses penyusunan semula • Dengan menggunakan unsur yang sedia ada • Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-

Upload: johari-ibrahim

Post on 17-Nov-2014

486 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

inovasi

TRANSCRIPT

Page 1: Inovasi

Inovasi

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai

pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru

oleh seseorang.

Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada

yang lama oleh seseorang individu.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru

yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to

bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a

new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in

terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan

menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan

ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita

rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan

baru pada unit yang menggunakannya.

Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada

sesuatu produk atau proses.

Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea

baru pada organisasi.

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan

sebagai:-

• Merupakan penghasilan baru

• Berbentuk maujud dan mujarad

• Berdasarkan proses penyusunan semula

• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada

• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai

Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi

peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak

persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-

Page 2: Inovasi

1. Peringkat individu

2. Peringkat organisasi

Peringkat Individu

Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti

persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau

membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini

ialah modifikasi.

Peringkat Organisasi

Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan

terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan

persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk

meraih keuntungan maksimum.

Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik

iaitu dengan cara:-

1. Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya

dalam sesuatu ekosistem

2. Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan

cekap dan pantas

3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada untuk diperoleh secara

sistematik

4. Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk menentang bahaya dan ancaman dari luar dan

dalam organisasi (Bryson dan Kaufman, 1988)

Kelly Dan Littman (2000) dalam bukunya The Art of Innovation menggariskan elemen-elemen asas

inovasi bagi apa jua organisasi, khususnya syarikat-syarikat iaitu:-

1. Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua benda dan perkara dalam persekitaran,

khususnya tentang perkara yang digemari oleh manusia dan perkara yang menyusahkan dan

dibenci oleh manusia.

2. Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti apa jua perkara dan benda yang

digemari oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah pada pengguna dan klien.

3. Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat dan perbincangan tentang maklumat dan fakta

yang diperoleh daripada pengguna, klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakat berlaku

secara berterusan.

4. Inovasi memerlukan lapan jenis manusia iaitu, jemaah tadbir berwawasan (visionaries), penentu

masalah (troublesshooter), pengkritik (iconoclast), detektif, seni ketukangan (craftman), teknokrat,

pemaju (enterpreneur) dan pereka bentuk fleksibel.

5. Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan (barrier jumping) dan keberanian untuk

mencuba idea yang unik dan ganjil.

Page 3: Inovasi

6. Inovasi mesti diiringi dengan keinginan melakukan inovasi, suasana yang mendorong inovasi

dan penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baru dan mencipta nama baru.

7. Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa hadapan

Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi

pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui

untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa

peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip

melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya. Berdasarkan cara ini beberapa

kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yang difahami oleh penerima tidak semestinya apa yang

dihajati oleh penyampai asalnya. Ataupun jika difahami seperti apa yang dihajati, ada

kemungkinan tidak dipersetujui.

Selain halangan dari segi pergeseran maklumat mengenai inovasi pendidikan itu, strategi kursus

juga memerlukan kos yang tinggi, bilangan penyampai yang ramai, halangan pentadbiran yang

banyak, hingga dengan itu keberkesanan sistem lain sering dipersoalkan. Antara masalah lain

yang wujud dalam inovasi pendidikan adalah seperti berikut:-

1. Bidang atau sempadan inovasi pendidikan terlalu luas dan umum bagi mendapat sesuatu

persetujuan

2. Kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin diperkenalkan adalah terhad justeru ketiadaan

pengetahuan dan pengalaman mengenainya

3. Kajian atau penyelidikan yang telah dibuat dalam usaha ke arah inovasi pendidikan adalah

dilakukan secara sendiri-sendiri dan bersifat beberapa usaha di sana sini. Ia tidak mengkhusus dan

tidak berterusan. Justeru timbul masalah kesinambungan antara kajian-kajian dan kemantapan

hasil

4. Pengwajaran dan perimbangan untuk tujuan inovasi pendidikan sering mempergunakan kriteria-

kriteria yang terhad. Halangan-halangan dan kekangan-kekangan telah membatasi kriteria ini ke

takat apa yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa dan bukan oleh keperluan yang berbangkit

5. Kesan sampingan yang negatif yang berlaku semasa sesuatu inovatif pendidikan dijalankan

telah tidak dipulihkan. Ini mengancam kredibiliti malahan keberkesanan inovasi yang dihajatkan.

6. Sokongan untuk sesuatu inovasi pendidikan tidak konsisten. Ini bermakna sokongan-sokongan

yang sangat diharapkan malah diperlukan oleh pentadbir, pendidik dan guru-guru dalam usaha

menjayakan inovasi ini sering tergugat, tidak kukuh dan tidak berterusan. Sokongan ini sangat

perlu lebih-lebih lagi di peringkat usaha inovasi tersebut.

7. Wujud perbezaan dan bertentangan pendapat di kalangan pendidik sendiri dalam usaha

memperoleh inovasi pendidikan.

8. Terdapat kurangnya sambutan daripada pencadang inovasi sendiri terhadap kritikan-kritikan

yang datang daripada orang ramai. Biasanya jika ada sambutan yang diberikan, ia lebih

merupakan ssuatu usaha pewajaran sahaja dari pihak pencadang inovasi dan bukannya satu

penjelasan yang berbentuk teknikal dan empirikal.

9. Wujudnya kekeliruan berhubung definisi dan keperluan inovasi pendidikan di kalangan

penyampai sendiri dan juga di kalangan penerima.

10. Terdapat kecenderungan di kalangan penyampai inovasi mengambil, menerima, memperaku

Page 4: Inovasi

dan menggunakan inovasi pendidikan yang di bentuk oleh negara lain dengan andaian ia sesuatu

untuk kegunaan di negeri ini.

KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN

Apa itu kreativiti? Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti.

Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam

mengeneralisasikan idea baru.

Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang

bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.

Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang

lebih realiti.

Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai

oleh masyarakat.

Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan

mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:-

1. Peringkat ekspresif

2. Peringkat produktif

3. Peringkat inventif

4. Peringkat inovatif

5. Peringkat emergentif

Secara am, semua pakar bersetuju novelti adalah komponen yang wajib dalam kreativiti. Boleh

diringkaskan secara umum bahawa kreativiti ialah kombinasi di antara idea baru dan idea lama.

Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat

semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baru dan kemahiran.

Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kuasa atau force yang penting bagi

mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid.

2002). Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi

pembelajaran yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baru, budaya saintifik,

penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. Cabaran sekolah dan

pendidikan dalam era perubahan k-ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat

memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998).

Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran

yang berkesan dan progresif (Wall, 1999). Pengurusan perubahan memerlukan organisasi sekolah

memantapkan lagi wawasan organisasi yang mampu membawa dan menjadikan sekolah pusat

kecemerlangan ilmu pengetahuan, penyebaran idea baru dan menyuburkan pemikiran kreatif

untuk perubahan sosial, teknologi dan membentuk masyarakat berpengetahuan (Fransman, 1999).

Page 5: Inovasi

Caserani dan Greatwood (1995) menggariskan beberapa langkah dan strategi penting bagi

mencetuskan kreativiti dalam organisasi sekolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:-

1. Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti

2. Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat

3. Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti

4. Membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti

5. Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah

6. Perkembangan pemikiran kepada tindakan

Terdapat pelbagai jenis kreativiti yang boleh dikembangkan dalam organisasi pembelajaran

sekolah. Taylor (1975) menyarankan beberapa jenis kreativiti berikut yang menunjukkan

perbezaan dari segi proses iaitu:-

1. Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas di mana originaliti dan kualiti tidak

dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak)

2. Kreativiti Teknikal – kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk (contoh, membuat biola)

3. Kreativiti Inventif - reka cipta baru yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan

penulisan novel

4. Kreativiti Inovatif - kefahahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan

pendekatan alternatif

5. Kreativiti emergentif - kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh

merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.

Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang mendasari perkembangan

pendidikan di sekolah, yang meliputi:-

1. Kreativiti kurikulum – ini banyak berlaku dalam isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek

pembelajaran, reka bentuk dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan

kurikulum.

2. Kreativiti pengajaran – menyentuh kaedah-kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan

organisasi pembelajaran, perancangan dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah

3. Kreativiti profesional – mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya

profesional yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi

terhadap inovasi pendidikan yang berlaku dan dilaksanakan dalam profesion ini.

4. Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, fikiran

terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baru yang mendorong

kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya.

5. Kreativiti persekitaran belajar – iaitu kreativiti yang mencorakkan suasana dan keadaan tempat

belajar seperti bilik darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif

boleh terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran.

6. Kreativiti pengurusan – cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem

pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam

hubungan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Page 6: Inovasi

7. Kreativiti teknologi – bagaimana teknologi digunakan untuk pencetusan inovasi dalam

pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Inovasi terknologi maklumat dan

sumbangannya kepada kreativiti dan inovasi sekolah.

Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang kreatif bagi melahirkan individu dan

masyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong kepada perubahan dan

kemajuan kreatif perlu diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-

unsur kreatif yang dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan

berdaya maju bagi membina kesejahteraan dan menggilap potensi manusia. Wawasan falsafah

pendidikan sekolah perlu bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang mementingkan

kreativiti dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem pembelajaran sekolah.

FAKTOR-FAKTOR UTAMA

PERKEMBANGAN KREATIF DAN INOVATIF DALAM PEMBELAJARAN

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif dan inovatif

ialah,

1. Pengurusan

2. Komunikasi terbuka

3. Teknologi

4. Penyelesaian masalah

5. Budaya

6. Strategi

7. Kepimpinan dan

8. Pemikiran

Faktor-Faktor Utama Dalam Perkembangan

Pembelajaran Kreatif Dan Inovatif

PENGURUSAN

Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi

pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, dan ia dapat menjadikan sekolah lebih

dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih

mesra dan berhemah.

Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan

demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem

komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang

berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insan yang

harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif.

Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik

perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikan

kepada strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran. Pengurusan

organisasi pembelajaran melibatkan:-

Page 7: Inovasi

a. Perancangan perubahan

Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang berasaskan penyelesaian masalah

perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran tahunan

dan mingguan perlu dirancang dengan lebih informatif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti

pembelajaran guru.

b. Pengetahuan

Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran,

berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerja yang tinggi dan

berdaya maju. Mereka di anggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi

pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan.

c. Strategi pengajaran dan pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan

pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga

dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Dan

juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada pelajar.

Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi

amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan

potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan

pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan

kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan

meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari.

Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan.

Pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Pembelajaran kreatif

dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut. Guru juga tidak

mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif

dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai

institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh

kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan

pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Sekolah yang kreatif dan inovatif

dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan psikomotor murid-murid. Sekolah

juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan

pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran

yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi

kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapan mereka.

Page 8: Inovasi

Perubahan dinamik yang berlaku di sekolah juga disebabkan oleh kesan positif pengaruh kreativiti

dan inovasi, terutama dari segi kaedah pengajaran. Kaedah dan pendekatan yang lebih menarik

dan berkesan yang berlaku mencerminkan kreativiti guru dan sumbangan kreatif peralatan,

teknologi, stail dan organisasi pembelajaran. Terdapat kesan positif pengajaran dan pencapaian

murid. Guru yang kreatif dan inovatif mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti,

pemikiran divergen, pemikiran kreatif, pemikiran kritis dan pemikiran strategik. Keterampilan ini

menjadikan guru kreatif dan inovatif adalah guru yang efektif yang sangat penting kepada

perubahan pendidikan dan kemajuan sekolah.

d. Kurikulum

Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan

perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan

baru. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan dan

jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan di

sekolah. Kurikulum yang berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau

pelajar. Ianya juga dapat menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan

bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pelajar.

Ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan yang sesuai dan

berkesan dengan keperluan pelajar dan keadaan serta kekangan yang wujud di sekolah.

Pelaksanaan kurikulum pada umumnya memerlukan guru mengaplikasikan pengetahuan dan

strategi yang kreatif dan inovatif. Guru juga harus komited dan dedikasi menjadikan pengajaran

yang disampaikan lebih kreatif dan inovatif. Strategi baru dan kaedah pembelajaran kreatif perlu

dikembangkan di kalangan pelajar supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan lebih

kreatif, inovatif dan berkesan. Bagi memantau dan mengawal kualiti pengajaran di sekolah,

pasukan pemantauan kurikulum atau teamwork perlu dubentuk dengan tujuan menggalakkan

inovasi dan kreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.

e. Pengurusan organisasi pembelajaran

Pengurusan organisasi pembelajaran hendaklah berkualiti dan mengikut kehendak negara. Ianya

mampu membimbing pelajar menjadi ahli masyarakat yang kreatif dan inovatif dan juga

menghasilkan pelajar yang berkeupayaan menentukan halatuju masa depannya sendiri.

KEPIMPINAN

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi organisasi

pembelajaran di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan

pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan

dan komitmen bagi membawa perubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi dalam

seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah.

Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan

menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah

Page 9: Inovasi

perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan

kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah.

Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai

organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam

organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam

menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai kehidupan manusia

seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan dan inovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan

organisasi pembelajaran banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif.

Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang

lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai

pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh

mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga

berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli

yang ada dalam organisasinya.

BUDAYA

Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran belajar yang mendorong

semangat belajar pelajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi

dan perkembangan potensi pelajar. Pelajar juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan

bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional.

Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal, keceriaan budaya serta

keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini menjadikan sekolah tempat belajar yang harmoni,

menceriakan dan sesuai untuk perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi berlaku. Perasaan

dan pemikiran yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim sekolah yang ceria. Sekolah

yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak

diingini.

Penonjolan budaya kreatif dan inovatif boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti aktiviti kreatif

sekolah dalam sains dan teknologi, persembahan budaya, sukan, ko-kurikulum, dan melahirkan

tokoh-tokoh tertentu dalam bidang kreatif. Imej organisasi sekolah kreatif tidak hanya bergantung

kepada pencapaian akademik semata-mata,sebaliknya menonjolkan imej cemerlang dalam

pelbagai bidang lain seperti muzik, pancaragam, sukan dan budaya. Budaya sekolah yang baik

mampu menyemai nilai, norma positif, menghormati orang lain, memberi dorongan dan

mengadakan persaingan yang sihat dan membina di dalam organisasi.

TEKNOLOGI

Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik

kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem

pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan

teknologi komunikasi maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga

Page 10: Inovasi

menjadikan organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi

lebih produktif.

Penggunaan teknologi maklumat dan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden.

Revolusi maklumat dan perubaha teknologi memberi kesan yang positif kepada inovasi perubahan

pengurusan organisasi pembelajaran, khususnya sekolah. Bagaimanapun penggunaan teknologi

sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan.

Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang

kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui sistem

persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu

tercapai disebabkan jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah-sekolah,

terutama antara sekolah luar bandar yang begitu ketinggalan dengan sekolah bandar yang lebih

terdedah dengan kemudahan ini.

Teknologi maklumat telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia pendidikan.

Inovasi organisasi banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi maklumat dalam dunia

pendidikan. Organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan ketinggalan. Persoalan yang

timbul ialah bagaimana Teknologi Maklumat dapat menangani dan membantu inovasi sesebuah

organisasi. Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi.

Faktor ilmu dan pembelajaran merupakan penyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan

peranan sebagai to manage, innovate and implement change.

Ahli-ahli sejarah berpandangan bahawa sesuatu tamadun itu akan melalui beberapa fasa

perubahan, asimilasi, dan diversifakasi. Sardar (1979) berpendapat bahawa kekuatan dan

kelemahan diadili oleh kebolehan atau ketidakbolehan mengubahsuai kepada persekitaran yang

berubah, dan dalam masa yang sama tidak kehilangan identiti dan parameter asal. Abdul Aziz

Yusof (2000) pula menyatakan organisasi merupakan satu entiti yang memerlukan perubahan bagi

membolehkannya untuk terus hidup, membangun, dan berkembang. Kegagalannya melakukan

atau bertindak terhadap perubahan akan menyebabkannya menempah kegagalan dan yang pasti

akan memendekkan jangka hayat kewujudannya. Melakukan perubahan juga di anggap sebagai

menempuh ketidakpastian serta akan mendedahkan organisasi kepada pelbagai risiko.

Menurut Alvin Toffler (1991), dunia menghadapi perubahan mendadak pada dekad ini di mana

generasi kita berada dalam third wave of change. Keadaan ini menyebabkan ilmu dan maklumat

mengganti sumber tradisi iaitu tanah, modal dan buruh. Peralihan dari relovusi pertanian ke

revolusi industri memakan masa selama 300 tahun. Ahli Sains cybernetic berpendapat inovasi

ialah proses semula jadi di mana sesuatu organisasi itu perlu mekanisma tertentu untuk

menangani inovasi yang di akibatkan oleh faktor-faktor luaran dan dalaman yang di bawa oleh

proses maklumbalas dan tindakbalas melalui sistem komunikasi dan maklumat antara manusia

dan sistem.

Selaras dengan perkembangan teknologi, Kementerian Pendidikan telah membuat beberapa

inovasi dalam organisasi pendidikan. Di awal-awal inovasi, Kementerian Pendidikan telah

membekalkan peralatan pendidikan berasaskan terknologi seperti radio, televisyen, overhead

Page 11: Inovasi

projector ke sekolah bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar.

Pihak kementerian juga menyediakan rancangan pendidikan untuk disiarkan ke sekolah rendah

dan menengah melalui Radio dan TV Pendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan

pendidikan melalui TV dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan

pedalaman dengan menggunakan teknologi satelit.

Pada awal tahun 1990-an, KPM telah melaksanakan beberapa projek pendidikan yang berasaskan

ICT dan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama dalam penyediaan infrastruktur ICT. Pada

tahun 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luar bandar telah dibekalkan dengan 20 set

komputer untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah. Pada tahun

1994 pula, KPM telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi

mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di 15 buah sekolah rendah luar bandar di negeri

Selangor. Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisian kursus pendidikan yang

disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Pada tahun 1996 pula, penyediaan

infrastruktur ICT diperluas kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah.

Sekolah-sekolah menengah ini dibekalkan dengan 20 set komputer dengan satu pelayan (server)

untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (LAN) tanpa kemudahan internet sementara di sekolah

rendah komputer yang dibekalkan tidak dirangkaikan. Antara tahun 1999 hingga 2000, sebanyak

222 buah sekolah rendah dan 110 buah sekolah menengah di seluruh negara telah dibekalkan

sebanyak 10 set komputer bagi setiap buah sekolah.

Pada tahun 2000, Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Rendah

dan Menengah (Projek Pengkomputeran) diperkenalkan di 2,418 buah sekolah rendah dan

menengah secara berperingkat-peringkat dengan mendahulukan sekolah yang mempunyai

enrolmen melebihi 150 dan mempunyai bekalan elektrik. Makmal komputer dilengkapi dengan

komputer terkini beserta kemudahan LAN dan internet. Sekolah-sekolah ini dibekalkan perkakasan

komputer mengikut kriteria yang ditetapkan seperti berikut:

• Enrolmen kurang 400 orang mendapat 10 komputer, 1 makmal komputer dan 1 server

• Enrolmen 400 – 800 orang mendapat 20 komputer, 1 makmal komputer, 1 server dan 1 projektor

LCD

• Enrolmen melebihi 800 orang mendapat 40 komputer, 2 makmal komputer, 2 server, dan 1

projektor LCD

Sehingga akhir tahun 2000, sebanyak 18 buah sekolah (12 buah sekolah rendah dan 6 buah

sekolah menengah) telah dilengkapi dengan teknologi peralatan ICT. Projek-projek ICT dalam

pendidikan yang telah dilaksanakan adalah pemangkin kepada usaha ke arah e-pembelajaran.

Selain menambah sumber tenaga manusia terlatih, projek-projek ini juga dapat meningkatkan

penggunaan dan pengintegrasian teknologi ICT dalam P&P.

Projek Rintis Sekolah Bestari telah dimulakan pada tahun 1999 dengan mencadangkan penyediaan

persekitaran ICT yang dinamik, fleksibel, dan terkini bagi lima buah sekolah rendah dan 85 buah

sekolah menengah. Sehingga tahun 2000, sebanyak 87 buah sekolah (4 buah sekolah rendah dan

83 buah sekolah menengah) telah dilengkapi dengan kemudahan ICT. Penyelesaian Bersepadu

Page 12: Inovasi

Sekolah Bestari dalam projek rintis ini melibatkan komponen bahan P&P elektronik,

pengkomputeran Sistem Pengurusan Sekolah Bestari, penggunaan perkakasan ICT, rangkaian

setempat, dan Wide Area Network (WAN). Dari segi penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi

dan pengurusan sekolah, tiga aras teknologi diperkenalkan dalam projek rintis, iaitu aras A (model

bilik darjah), B+ (model bilik darjah terhad) dan B (model makmal komputer).

Pembekalan komputer bukan sahaja melibatkan pihak sekolah sahaja tetapi kepada pihak-pihak

lain dalam organisasi pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan komputer

kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB), dan Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) untuk tujuan meningkatkan pengurusan pendidikan. Mulai tahun 2001,

KPM akan membekalkan komputer dengan nisbah 1 : 1 kepada kumpulan pengurusan dan

profesional serta kumpulan sokongan. Pada peringkat sekolah pula, nisbah komputer berbanding

pentadbir ialah 2 : 1 dan sebanyak enam unit komputer akan disediakan untuk kegunaan

pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pembangunan infrastruktur komputer di universiti-universiti

awam juga akan dipertingkatkan. Dewan kuliah dan bilik seminar akan dilengkapi dengan

kemudahan komputer dan adalah menjadi hasrat kerajaan supaya setiap pensyarah dibekalkan

dengan sebuah komputer. Rangkaian komputer juga akan menghubungkan bangunan pentadbiran

dengan bilik-bilik syarahan, makmal, dan bilik pensyarah. Rangkaian kampus ini menggunakan

bandwidth 155 Mbps, kadar hubungan ke desktop 10 Mbps, dan kadar hubungan kepada internet 2

Mbps. Kemudahan ini dijangka dapat dipertingkatkan mengikut keperluan penggunaan.

Konsep Smart School juga telah menjadi panduan kepada pelaksanaan P&P bestari. Tumpuan

diberikan kepada aplikasi ilmu dalam kehidupan sebenar, merekacipta dan berinovasi, serta

berinteraksi dengan pihak luar. P&P dalam bilik darjah perlu menterjemahkan konsep meaningful

and thoughtful learning dan 4S iaitu self-paced, self-taught, self-access dan self-directed.

Bahagian sumber maklumat juga telah membina dan membuat pembaharuan dari segi aplikasi

komputer untuk beberapa Jabatan atau Bahagian seperti Sistem Pengurusan Kewangan, Sistem

Maklumat Staf, Sistem Maklumat Institusi Pendidikan Swasta, Sistem Maklumat Biasiswa dan

beberapa sistem pemilihan calon masuk ke institusi pendidikan tinggi tempatan. Bahagian sumber

maklumat juga menyediakan kemudahan rangkaian KPMnet yang menghubungkan

Jabatan/Bahagian dengan institusi pendidikan. Melalui kemudahan ini, personel KPM diberikan

kemudahan e-mel dan internet. Laman web KPM iaitu EducationNet telah dibina dan mengandungi

maklumat aktiviti semasa serta maklumat tentang status permohonan ke Sekolah Berasrama

Penuh (SBP), maktab perguruan dan universiti awam serta status pinjaman PTPTN.

PEMIKIRAN

Pemikiran kreatif dan inovatif dapat diwujudkan dengan menanya soalan-soalan terbuka yang

dapat mencungkil daya pemikiran pelajar untuk mengemukakan idea-idea baru serta mencetuskan

pemikiran bertahap tinggi. Ia mendorong proses akomodasi iaitu penyusunan semula pengetahuan

dan proses asimilasi iaitu menggabungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia

ada. Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat mengembangkan pemikiran

divergent atau lateral, imaginatif di kalangan pelajar.

Page 13: Inovasi

Ahli psikologi telah mengkaji fenomena pemikiran kreatif dan inovatif dengan tujuan menerangkan

hasil (produk) dan proses pemikiran. Tumpuan ialah kepada heuristik yang digunakan sebagai

pemikiran. Pendekatan pemikiran kreatif dan inovatif untuk mengkaji proses pemikiran berbeza

mengikut teori pemikiran yang diamalkan. Konsep pemikiran tersebut ialah:-

Pemikiran sebagai CUBA JAYA

Menurut ahli psikologi behavioris pemikiran ialah satu usaha cuba jaya, iaitu pertalian antara

rangsangan dan respons. Teori pemikiran behavioris terdiri daripada tiga komponen, iaitu

rangsangan (Ra: sesuatu situasi penyelesaian masalah, respons (Re : tingkah laku penyelesaian

masalah tertentu) dan kaitan antara rangsangan tertentu dan respons tertentu. Organisma akan

cuba sehingga berjaya mencapai pertalian itu. Pertalian itu diandaikan berlaku dalam minda

organisma dan dipamerkan dengan penyelesaian masalah berkenaan (Ra-Re). Menurut Thorndike

(1911), latihan mengeratkan pertalian antara rangsangan dan respons, dan respons yang tidak

membantu proses penyelesaian masalah, lama-kelamaan akan kehilangan kesannya. Pertalian

antara rangsangan dan respons akan bertambah kukuh sekiranya terdapat kesan yang

menyeronokkan selepas menyelesaikan sesuatu masalah.

Apakah pula yang berlaku antara rangsangan dan respons? Hull (1943) meramalkan bahawa

respons-respons kecil berlaku di antara Ra dan Re yang membawa kepada penyelesaian masalah.

Watson (1930) menyifatkan ini sebagai bercakap dengan diri sendiri. Walau bagaimanapun ahli-

ahli psikologi behavioris tidak begitu berminat menerangkan apa yang berlaku di antara

rangsangan dan respons. Oleh sebab apa yang berlaku dalam minda organisma tidak dapat dilihat

secara empirikal, kajian mengenainya kurang diberi perhatian. Hanya tindakan yang dapat

diperhatikan berlaku, seperti rangsangan dan respons diterima sebagai bukti.

Pemikiran sebagai CELIK AKAL

Menurut ahli psikologi Gestalt, pemikiran atau proses penyelesaian masalah ialah pencarian kaitan

antara satu aspek masalah dengan aspek yang lain, dan akibatnya ialah kefahaman struktural.

Iaitu kebolehan memahami bagaimana semua bahagian-bahagian masalah dapat disepadukan

bagi memenuhi syarat-syarat matlamat. Ini memerlukan mengorganisasi semula elemen-elemen

masalah kepada bentuk baru supaya masalah itu dapat diselesaikan.

Dalam eksperimen klasik yang dijalankan oleh Kohler (1925) seekor monyet yang lapar diletak di

dalam sebuah sangkar. Sebiji pisang tergantung daripada bumbung sangkar tersebut dan terlalu

tinggi untuk monyet itu mendapatkannya. Dalam sangkar itu juga terdapat beberapa kotak yang

berlainan saiz. Monyet itu cuba mendapatkannya pisang itu dengan melompat-lompat beberapa

kali tetapi tidak berjaya. Ia pun berhenti seketika dan memerhati sekeliling sangkar dan dengan

tiba-tiba mengheret kotak-kotak ke tengah sangkar di bawah pisang. Lalu monyet itu pun

menyusun kotak-kotak itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan kemudian memanjat kotak-

kotak tersebut dan berjaya mendapatkan pisang. Menurut Kohler, apabila monyet itu secara tiba-

tiba sedar tentang pertalian di antara kotak-kotak dengan mendapatkan pisang, ia disifatkan celik

akal (insight).

Page 14: Inovasi

Pemikiran sebagai MENCARI MAKNA

Menurut Ausubel (1968), struktur kognitif atau skemata ialah pengetahuan sedia ada manusia dan

terdiri daripada fakta, konsep dan generalisasi yang pernah dipelajari atau didedahkan.

Pembelajaran bermakna atau meaningful learning berlaku apabila maklumat baru dapat

diasimilasikan ke dalam struktur kognitif individu berkenaan melalui proses subsumpsi. Pendek

kata, subsumpsi berlaku apabila individu dapat memberi makna kepada maklumat baru

berdasarkan pengetahuan sedia ada. Namun demikian, pemikiran ditafsirkan sebagai proses

mencari skemata atau pengalaman lalu yang sesuai untuk dikaitkan dengan pengalaman atau

maklumat baru.

Pemikiran sebagai PEMBENTUKAN KONSEP

Pengujian hipotesis atau pemikiran induksi lazimnya dikaitkan dengan pembentukan konsep dan

penaakulan analogikal. Pembentukan konsep dikaitkan dengan usaha-usaha Bruner, Goodnow &

Austin (1956) yang menyarankan kepentingan pengkonsepan. Pembentukan konsep atau kategori

memudahkan individu memahami persekitarannya serta mengurangkan tekanan kognitif. Kategori

konsep mewakili beberapa objek atau peristiwa yang mempunyai ciri-ciri serupa atau hampir sama

serta ciri-ciri tertentu yang membezakan objek itu dengan objek yang lain.

Individu yang diberikan masalah mengumpulkan maklumat mengikut kategori tertentu dikatakan

akan mengemukakan hipotesis dan peraturan. Contohnya, objek-objek seperti meja, kerusi, katil

dan almari akan dilonggokkan di bawah kategori perabot. Dia akan meneruskan proses

melonggokkan mengikut hipotesis ini sehingga ia tidak boleh dipakai lagi.

Pemikiran sebagai PEMBINAAN MAKLUMAT

Ahli-ahli psikologi seperti Sigel (1984) menyifatkan pemikiran sebagai satu proses aktif yang

melibatkan beberapa operasi mental utama seperti induksi, deduksi, penaakulan, urutan dan

klasifikasi. Operasi ini bertindak secara berasingan atau bergabung apabila menyelesaikan

masalah atau membuat keputusan. Pelajar sentiasa aktif memerhati dan membina pengetahuan

dengan membuat hubung kaitan antara objek, peristiwa atau orang di persekitarannya.

Kanak-kanak dengan spontan boleh asimilasi pengetahuan daripada pengalaman dan

menyusunnya melalui beberapa operasi mental. Walau bagaimanapun aspek-aspek pengalaman

dan cara pengalaman itu disusun adalah terhad dan tertakluk kepada tahap perkembangan kanak-

kanak itu. Dalam proses pembelajaran yang memberi pelajar peluang bercakap, memberi

pendapat dan membuat keputusan, akan menambahkan kualiti pemikiran pelajar di sekolah.

Kanak-kanak yang berinteraksi dengan orang dewasa dan menerima layanan yang positif akan

muncul sebagai pemikir yang lebih berkesan.

Pemikiran sebagai PENAAKULAN DEDUKTIF

Penaakulan deduktif ialah membuat kesimpulan berdasarkan premis, pernyataan atau maklumat

tertentu yang diperoleh daripada berbagai-bagai sumber. Individu hanya perlu menyusun idea-idea

Page 15: Inovasi

tersebut ke arah mendapat satu jawapan yang betul sahaja. Semua butir maklumat yang

diperlukan untuk menjawab pertanyaan Siapakah yang paling tinggi? Telah diberikan. Individu

hanya dikehendaki menyusun dan mengaturnya mengikut cara berkesan. Sekiranya maklumat

yang diberikan salah, maka jawapannya pun mungkin salah. Penaakulan induktif juga disebut

sebagai pemikiran bertumpu atau konvergen.

Pemikiran sebagai PENAAKULAN INDUKTIF

Penaakulan induktif yang disebut sebagai pemikiran bercapah tidak ditujukan ke arah

mendapatkan satu jawapan betul. Sebaliknya, terdapat lebih daripada satu jawapan yang mungkin

betul (Phillips, 1994). Individu yang menaakul secara induktif cuba mengemukakan pelbagai

jawapan, idea, kesimpulan dan alternatif yang boleh diterima sebagai betul. Lazimnya, dalam

penaakulan induktif individu tidak dapat menyatakan dengan yakin iaitu daripada banyak jawapan

yang dicadangkan, satu jawapan adalah betul. Mengapa? Ini adalah kerana jarang sekali seseorang

itu akan dapat meneliti segala kemungkinan. Kemungkinan lain boleh timbul yang memaksa

individu mengubahsuai pemilihan awalnya. Contohnya, jika kita rumuskan bahawa semua kucing

mempunyai ekor dan tiba-tiba kita bertembung dengan kucing yang tidak mempunyai ekor, kita

terpaksa mengkaji semula rumusan yang dibuat tentang kucing.

Pemikiran sebagai PENYELESAIAN MASALAH

Menurut Simon (1962), semua aktiviti kognitif atau pemikiran pada asasnya ialah penyelesaian

masalah. Dalam kehidupan harian seseorang, penyelesaian masalah ialah aktiviti yang kerap

dilakukan, sama ada di rumah, di tempat kerja, di tempat permainan dan rekreasi atau semasa

pembelajaran.

Pada asasnya, terdapat tiga ciri utama penyelesaian masalah, iaitu, keadaan matlamat, keadaan

awal, dan pelaksana. Biasanya penyelesaian masalah dilihat sebagai mencari ruang masalah yang

terdiri daripada beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian. Keadaan awal ialah kesedaran

tentang masalah dan pemilihan tindakan untuk menukar keadaan awal dalam ruang masalah.

Apabila sesuatu tindakan di ambil, maka individu itu adalah pada tahap keadaan pertengahan,

iaitu dia telah menukar keadaan kepada keadaan yang lain. Apabila ia mencapai matlamatnya dia

dikatakan telah sampai pada keadaan matlamat atau penyelesaian masalah.

STRATEGI PEMBELAJARAN

Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangka berlandaskan kepada

pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan,

kemahiran dan mencungkil idea baru daripada pelajar. Juga dapat menggalakkan pelajar untuk

berkomunikasi.

Strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang

terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contoh-contoh yang boleh

digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara

berkumpulan dan sebagainya.

Page 16: Inovasi

KOMUNIKASI TERBUKA

Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran.

Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan

birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu

perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan

pelajar.

Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke

atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan

organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi

menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran.

PENYELESAIAN MASALAH

Setiap hari kita dilanda dengan pelbagai masalah, sama ada di tempat kerja, rumah ataupun di

sekolah. Sebagai contoh, kerapkali kita terdengar pelajar yang diberikan kerja seperti projek

sejarah, masalah matematik, menulis karangan, mangatakan Saya tidak tahu tanpa mencuba.

Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah membawa pelbagai manfaat kepada pemantapan pemikiran

kreatif dan inovatif pelajar (Fisher, 1992).

Kegiatan penyelesaian masalah tidak hanya menambah penguasaan pengetahuan,

memperkukuhkan kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang kepada guru

memerhati cara pelajar mendekati masalah, berkomunikasi dan belajar.

Bagi menentukan sama ada pelajar memahami sesuatu prinsip atau butir maklumat ialah dengan

memberinya masalah untuk diselesaikan. Aktiviti-aktiviti corak bermasalah juga memberi peluang

kepada pelajar menunjukkan kebolehannya mengaplikasikan sesuatu prinsip, kaedah atau teori

kepada penyelesaian masalah berkenaan.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh individu atau pelajar ada yang berstruktur dan apa pula yang

tidak berstruktur. Contoh masalah-masalah berstruktur seperti masalah matematik dan fizik. Bagi

masalah-masalah ini, segala maklumat yang diperlukan telah disediakan atau mudah diperoleh

untuk menyelesaikannya. Akan tetapi dalam kehidupan seharian pelajar menghadapi pelbagai

masalah sosial, etika, moral dan sebagainya yang kabur dan tidak berstruktur, iaitu tidak boleh

diselesaikan mengikut langkah-langkah yang teratur. Bagi masalah berstruktur, proses

penyelesaian masalah mengikut urutan langkah-langkah tertentu. Berdasarkan cadangan Newell

dan Simon (1972) langkah-langkah penyelesaian masalah adalah mengikut urutan seperti di

bawah.

1. Mengenal pasti masalah

2. Mendefinisikan masalah

3. Mencari penyelesaian

4. Bertindak

5. Menilai kejayaan tindakan

Page 17: Inovasi

Jadi aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah sama ada dalam pengajaran dan

pembelajaran serta program lain di sekolah mampu membentuk daya kreativiti dan inovasi pelajar

dan juga guru.

KESIMPULAN

Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi, perkembangan dan

pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif dan

inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya,

teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka.

Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan

kehendak masyarakat, individu dan juga negara. Ianya juga hendaklah bebas daripada sebarang

kebimbangan dan ketakutan yang merupakan pra syarat untuk mengembangkan potensi pelajar

yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif dan berdaya maju. Individu

yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diganjari dengan sepatutnya supaya bakat yang ada tidak

dipersiakan begitu sahaja.

Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka harus sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang

berfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion mereka. Mereka perlu menanya beberapa persoalan

dengan diri mereka. Di antara persoalan-persoalan tersebut ialah:-

• Bagaimana perasaan beliau dengan kualiti dan kuantiti atau aktiviti dalam perkembangan

organisasi pembelajaran?

• Bagaimana beliau membina dan mengukuhkan faktor yang telah memberi sumbangan kepada

kejayaan lepas?

• Bagaimana beliau mengalih atau mengelakkan penghalang yang mengganggu aktiviti?

• Bagaimana beliau menetapkan matlamat untuk dan mengukur kesesuaian perkembangan aktiviti

dalam pembelajaran baru?

• Bahagian mana yang paling perlu beliau pertingkatkan perkembangan proses hasil pembelajaran

baru?

Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada seseorang individu

sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor lain seperti kepimpinan,

pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan kejayaan, pembangunan dan

perkembangan sesebuah organisasi khasnya organisasi pendidikan.

RSS  feed for comments on this post

12 Responses for "Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan"

1. Selim Demir Ahmetoğlu May 13th, 2010 at 11:42 am

Page 18: Inovasi

Sitenizi ve yazınızı çok beğendim . Bu siteyi Wordpress ile mi yaptınız , cevaplarsanız sevinirim.

2. aqmalAugust 15th, 2010 at 3:46 pm

boleh sy tau name pengarang atau pembina laman web ini..kerana saya inginkan rujukan kepada

penyelidikan saya..tq

3. SifooSidee September 22nd, 2010 at 9:56 am

Nama Pengarang, RASIDI BIN MD SIDIK.

Artikel ini saya yang buat sendiri.

4. hidaya January 20th, 2011 at 9:15 am

thanx.. sbb artikel nie bnyak membantu untuk asigment saya..

5. wanJanuary 20th, 2011 at 8:27 pm

Salam encik.Leh tahu tak encik buat artikel ni sebahagian daripada thesis encik ke?leh tak nak dapatkan

senarai rujukan kepada artikel tu..saya tgh buat thesis

6. SifooSidee January 29th, 2011 at 8:43 pm

Sama2……….sebagai pengkongsian maklumat

7. SifooSidee January 30th, 2011 at 6:51 pm

Ini hanya koleksi artikel saya. Senarai rujukan saya tak simpan……maaf

8. SifooSidee January 30th, 2011 at 6:52 pm

Sama2…..

9. asmiah buangSeptember 5th, 2011 at 10:49 am

boleh saya tahu macamna nak dapatkan artikel encik ini

10. Murugan krishnanSeptember 22nd, 2011 at 11:57 am

maklumat dalam artikel ini bagus untuk diaplikasikan dalam P&P.

Terima kasih diatas maklumat tuan ini

11. kamarul154October 15th, 2011 at 7:32 pm

salam…penulisan ini baik….tapi kalau ada rujukan lagi ilmiah…dan boleh di trujuk…