hbpe3103 kegiatan profesional

34
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER / 2013 HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( Permainan ) NO. MATRIKULASI : 841030035332001 NO. KAD PENGNEALAN: 841030-03-5332 NO. TELEFON : 013-3600614 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : EN. MOHAMAD HAMZAH B. SARIMUN

Upload: ctnorhafidzah-ahmat

Post on 10-Feb-2016

236 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

Page 1: HBPE3103 Kegiatan Profesional

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2013

HBPE3103

KEGIATAN PROFESIONAL ( Permainan )

NO. MATRIKULASI : 841030035332001

NO. KAD PENGNEALAN: 841030-03-5332

NO. TELEFON : 013-3600614

E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : EN. MOHAMAD HAMZAH B. SARIMUN

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM. SHAH ALAM

Page 2: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103

PRAKATA

Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaan-Nya, saya dapat menyiapkan

tugasan HBPE3103 Kegiatan Profesional (Permainan) mengikut tempoh masa yang telah

ditetapkan. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tutor, En.

Mohamad Hamzah Bin Sarimun di atas tunjuk ajar dan maklumat yang diberi dalam

menyelesaikan tugasan bagi subjek HBPE3103 ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut

membantu dan berkongsi pendapat bagi menyempurnakan tugasan ini. Tanpa pertolongan

dan pendapat yang diberikan saya mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini.

Sebagai pelajar PPG-OUM ini, banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari.

Bimbingan serta sokongan tutor dan e-tutor amat saya harapkan. Dengan tunjuk ajar yang

diberi dapat saya gunakan untuk membaiki segala kelemahan yang ada. Semoga tugasan

yang dibuat oleh saya ini adalah mengikut kehendak tutor dan juga OUM.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam memberi

tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih.

ROSMARIA BINTI MUSTAPA

(No.Matrik : 841030035332001)

1

Page 3: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Prakata 1

2. Isi Kandungan 2

3. Pengenalan 3

4. Kertas Kerja Pertandingan Mini Bola Baling 5-21

5. Rujukan 22

2

Page 4: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103Pengenalan

Permainan bola baling juga merupakan salah satu permainan yang berasal dari

Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai daripada

permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark

dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali

sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain

telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini

telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.

Bola baling juga merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola

jaring, bola keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapat pengiktirafan

antarabangsa sebagai satu permainan yang diminati. Dari segi populariti, bola baling

sudah menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain.

Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976, oleh Encik Lim

Hock Han (Pengarah Sukan Universiti Malaya). Beliau memperkenalkan permainan ini

kepada kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di negeri Selangor. Selepas

itu sebuah jawatankuasa kerja, khusus untuk permainan bola baling telah dibentuk untuk

tujuan menjadi badan menyelaras bagi mempopularkan pemainan ini khusus dalam

kalangan pelajar sekolah, maktab dan universiti. Kementerian Pendidikan serta Majlis

Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mengadakan pelbagai kursus dalam aspek

pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling kepada guru-guru.

Tujuannya adalah untuk mengembangkan permainan ini ke sekolah-sekolah di seluruh

negara.

Pada tahun 1981 Persatuan Bola Baling Selangor/Wilayah Persekutuan telah

ditubuhkan. Pada tahun 1984 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah ditubuhkan dengan

Encik Cheah Hai Su (Pegawai dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian

Pendidikan) telah dilantik sebagai Presiden manakala Encik Kan Tong Leong sebagai

3

Page 5: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103Setiausaha. Pada tahun 1986 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menjadi ahli

gabungan Persekutuan Bola Baling Asia (AHF).

Kemudahan dan peralatan yang diperlukan ketika permainan bola baling ini

adalah gelanggang permainan yang berukuran 20meter x 40meter. Garisan kawasan gol

adalah 6 meter. Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 3meter lebar. Bola yang digunakan

dalam permainan ini adalah lebih kecil berbanding daripada bola sepak. Ia bertujuan

untuk memudahkan pemain untuk memegangnya dengan sebelah tangan. Dalam

permainan bola baling ini terdapat tujuh kemahiran asas yang perlu dipelajari iaitu

menangkap dan menerima bola, menghantar bola, mengelecek, mengacah, menjaring,

mengadang dan juga menjaga gol.

4

Page 6: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103Kertas Kerja

Pertandingan Mini Bola Baling

SK Telok Pulai, Klang.

2013

1.0 Pengenalan

Bola baling merupakan satu sukan permainan yang semakin berkembang dan

popular di daerah Klang. Namun begitu, sekolah ini tidak pernah menghantar wakil ke

perlawanan bola baling yang dianjurkan oleh PPD Klang. Oleh yang demikian, kertas

kerja ini dibuat adalah bertujuan untuk memohon kelulusan Guru Besar SK Telok Pulai

untuk mengadakan pertandingan mini bola baling bagi murid tahap dua bagi mencari

peserta untuk menyertai dan mewakili sekolah ke pertandingan bola baling peringkat zon

dan daerah yang akan diadakan kelak.

2.0 Tujuan

i. Meningkatkan perkembangan motor kasar murid dan menggalakkan murid untuk

menceburi bidang sukan bola baling.

ii. Memperkenalkan sukan bola baling kepada murid SK Telok Pulai.

iii. Mencari dan mencungkil bakat baru dalam sukan bola baling.

iv. Melahirkan atlet bola baling untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola

baling peringkat zon, daerah dan peringkat yang lebih tinggi.

5

Page 7: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103v. Mewujudkan kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara murid dengan murid,

murid dengan guru dan guru dengan guru.

3.0 Objektif

i. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain bola

baling sekolah mengenai suasana pertandingan.

ii. Di samping itu, mencari bakat baru dalam sukan bola baling bagi mewakili

sekolah ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

iii. Ia juga memberi pengalaman kepada pemain-pemain mengenai pertandingan

bola baling.

iv. Mengeratkan lagi hubungan antara pemain dan pemain serta guru dengan

pemain.

4.0 Maklumat Pertandingan

Tarikh : 30 Oktober 2013

Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Telok Pulai.

5.0 Sasaran Penyertaan / Bilangan Pasukan

i. Penyertaan disasarkan kepada murid-murid tahap dua SK Telok Pulai.

ii. Jumlah pasukan : 10 pasukan

iii. Jumlah pemain : 7 orang pemain bagi setiap pasukan

6.0 Bilangan Pegawai

6

Page 8: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103i. Empat orang pegawai bagi setiap gelanggang.

ii. Terdapat 2 gelanggang bagi pertandingan bola baling.

7.0 Peralatan Sistem Pertandingan

Bola baling saiz 1, tiang gol dan PA sistem.

8.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Pn. Hjh. Rozita Binti Hj Sulaiman( Guru Besar )

Pengerusi : En Zaharudin Bin Zainal Abidin( GPK Kokurikulum )

Penyelaras : En. Hasnizam Bin Tumiran( Penyelaras Sukan Olahraga )

Setiausaha : Pn. Rosmaria Binti Mustapa( Setiausaha Kokurikulum )

Setiausaha 2 : Cik Nurul Huda Binti Sukiman( Setiausaha Sukan )

Bendahari : Cik Nurhidayah Binti Jailani( Bendahari Kokurikulum )

Ahli Jawatankuasa

1.Urusetia : En. Azrin Bin BasarangEn. Khairul Anuar Bin IsmailCik Nadia Binti Mat ZinPn. Nor Laila Binti Abd WahabPn. Nur Syakirah Binti Othman

2.Teknik Pertandingan : En. Zolman Bin Johar

3.Pengurusan Pertandingan

: En. Sobri Bin AbdullahEn. Ridhuan Bin Saufi

4.Kepengadilan : En. Razak Bin Yaakob

7

Page 9: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE31035.Persiapan Gelanggang : En. Syazly Bin Khairul Ishak

6.Pengacara Majlis : Pn Rosnani Binti Mohd Noor

7.Promosi : Pn Azwaliza Binti Azahari

8.Hadiah / Penutup : Pn. Nik Mazila Binti SallehPn. Zurida Binti Shamsul Bahari

9.Dokumentasi : En. Haniff Bin Sharif

9.0 Tentatif Program

30 Oktober 2013

8.00 pagi : Pendaftaran

8.30 pagi : Undian Kumpulan

9.00 pagi – 12.00 tengahari : Pertandingan dijalankan

12.00 -12.30 tengahari : Penutup

Bacaan Doa

Ucapan Pn. Guru Besar

Ucapan Penutupan Rasmi

Penyampaian sijil dan cenderamata

Bersurai

10.0 Peraturan Pertandingan

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

8

Page 10: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103Pertandingan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Baling

Antarabangsa (IHF) dan Peraturan-peraturan Am MSSM serta Peraturan

Pengelola Pertandingan.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan berpasukan antara rumah sukan sekolah peringkat umur 11

dan 12 tahun ke bawah lelaki dan perempuan.

2.2 Tempoh permainan – Secara Liga pusingan awal dengan masa permainan

20 minit setiap separuh masa dengan 5 minit masa rehat ( 20:5:20) dan

pusingan Kalah Mati, separuh akhir dan akhir dengan masa permainan 20

minit setiap separuh masa dengan 5 minit masa rehat (20:5:20)

2.3 Masa Rehat Pasukan ( 1 minit )

(a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-

out) sekali lagi setiap separuh masa.

(b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana

pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD

HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa ( Time

keeper).

(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk

masa rehat 1 minit :-

Semasa pasukannya mengawal bola

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Setiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 12 orang pemain terdiri

daripada 7 orang pemain dengan 5 orang pemain ganti.

4. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan cara kalah mati seperti berikut:-

9

Page 11: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE31034.1 Cara Liga 2 kumpulan

4.1.1 Pusingan Pertama

4.1.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan

hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

4.1.1.2 Johan dalam pertandingan tahun lalu akan ditempat kalam kumpulan

A dan naib Johan ditempatkan dalam kumpulan B.

4.1.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan

cabutan undi.

4.1.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan ( seeded ) tidak mengambil bahagian

maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan

kedudukannya.

4.1.2 Pusingan kedua ( Separuh akhir )

4.1.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan

Johan kumpulan B akan melawan Naib Johan kumpulan A.

4.1.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

4.1.3 Pusingan akhir

4.1.3.1 Joan kumpulan A atau Naib Johan kumpulan B akan melawan Johan

Kumpulan B atau Naib Johan kumpulan A untuk menentukan Johan

dan Naib Johan.

4.1.3.2 Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan

diisytiharkan tempat ketiga bersama.

4.2 Cara Liga Satu Kumpulan

10

Page 12: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103

Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan mengambil

bahagian, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan

akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan

diisytiharkan sebagai JOHAN.

4.3 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

4.3.1 Pusingan pertama

4.3.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, pasukan

hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D.

Pertandingan akan dijalankan secara liga.

4.3.1.2 Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun

lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:

Johan - Kumpulan A

Naib Johan - Kumpulan B

Ketiga - Kumpulan C

Keempat - Kumpulan D

4.3.1.3 Pasukan – pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan

tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan

bola baling.

4.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan ( seeded ) tidak mengambil bahagian

maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan

kedudukannya.

4.3.2 Pusingan kedua ( Suku akhir )

11

Page 13: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103

4.3.2.1 Johan kumpulan dan Naib Johan kumpulan dalam setiap kumpulan

akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan

dijalankan secara kalah mati.

4.3.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati seperti ketetapan

berikut:

a. Undian bagi 4 pasukan Johan Kumpulan akan didahulukan

untuk ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5 dan 7.

b. Undian bagi 2 pasukan Naib Johan Kumpulan untuk

ditempatkan dikedudukan 6 dan 8.

4.3.3 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir

4.3.3.1 Pemenang bagi setiap perlawanan Suku Akhir akan bermain dalam

peringkat Separuh Akhir secara kalah mati.

4.3.3.2 Pemenang bagi setiap perlawanan Separuh Akhir didalam kedua-dua

perlawanan akan bermain dalam Peringkat Akhir dan pasukan yang

kalah akan bermain untuk tempat ketiga dan keempat.

5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

12

Page 14: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE31035.1 Secara Liga – cara memberi mata

Menang - 2 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

5.1.1 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka

pemenang akan ditentukan seperti berikut:

5.1.2 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan

dikira menang.

5.1.3 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira

menang.

5.1.4 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira

menang.

5.1.5 Jika masih seri, lambungan syiling akan dijalankan dengan

keputusan best of three.

5.2 Secara Kalah Mati

5.2.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas

sepenuh masa. Langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk

menentukan pemenangnya.

5.2.2 Perlawanan masa tambahan 5 minit akan diadakan setelah berehat 5 minit.

5.2.3 Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk

bertukar tempat dan perlawanan diteruskan.

5.2.4 Jika keputusan masih seri, balingan 7 meter akan dijalankan.

5.2.5 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain

13

Page 15: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103tidak mengizinkan, maka lambungan syiling sebanyak 3 kali hendaklah

dijalankan.

5.2.6 Sistem Balingan 7 meter ( penalti )

5.2.6.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter

dengan cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain.

5.2.6.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh baki

pemain dalam pasukan secara berselang-seli dengan system “Sudden death”

sehingga keputusan diperolehi.

5.2.6.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.

5.2.6.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan

membuat balingan dahulu.

5.2.6.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut

dibenarkan mengambil balingan 7 meter.

5.2.6.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol

pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma.

5.2.6.7 Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.

5.2.6.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter

dijalankan.

6. PAKAIAN

14

Page 16: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103Sila rujuk Undang-undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) dan perkara-

perkara berikut:

6.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.

6.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau kasut yang sesuai

untuk permainan di gelanggang.

6.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi

yang berlainan warna bagi setiap peringkat umur. Pemain memakai jersi

yang bernombor di bahagian belakang dan di bahagian hadapan.

Pemakaian nombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga tamat

kejohanan.

6.4 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi

masing-masing semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

6.5 Pertukaran warna jersi, jika berlaku, pemakaian jersi yang sama warna

sebelum pertandingan oleh kedua-dua pasukan, pasukan yang namanya

tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi.

7. GELANGGANG PERMAINAN

7.1 Tiap-tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan

keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-

kurangnya 1 meter dari garisan tepid an sekurang-kurangnya 2 meter dari

garisan gol.

8. ALATAN ( BOLA )

15

Page 17: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103PERINGKAT UMUR LILITAN BERAT SAIZ BOLA

12 Lelaki dan

Perempuan

50-520cm 290-330gm Saiz 1

18 Perempuan 54-56cm 325-375gm Saiz 2

18 Lelaki 58-60 425-475gm Saiz 3

9. KELEWATAN

Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu,

pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 2 mata dan dengan

bilangan gol 3-0.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Pasukan / Peserta yang telah mengesahkan persetujuan mengambil

bahagian dalam sesuatu kejohanan tidak dibenarkan menarik diri.

Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan tersebut

sekiranya melanggar peraturan ini.

10.2 Sekiranya ada pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah

dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan

pertandingan yang dimainkan oleh pasukan / peserta itu akan

dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan

seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan yang

berkenaan.

11. BATAL ( KAD MERAH )

16

Page 18: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE310311.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad

merah ( tanpa laporan bertulis ) pemain berkenaan dalam satu-satu

perlawanan boleh bermain dalam perlawanan berikutnya.

11.2 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad

merah ( dengan laporan bertulis ) pemain berkenaan akan digantung

mengikut keputusan jawatankuasa teknikal.

11.3 Pemain yang dikenakan tindakan 2 minit selama 3 kali berturut-turut

dalam sesuatu perlawanan dan diikuti dengan satu kad merah

dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya.

12. PENANGGUHAN PERLAWANAN

12.1 Jika berlaku penangguhan perlawanan atas sebab-sebab keselamatan

atau bencana alam maka perkara berikut diguna pakai:

i. Perlawanan disambung semula jika penangguhan perlawanan

tidak melebihi 12 jam dan perlawanan TELAH mencapai

60% masa perlawanan.

ii. Perlawanan Ulangan jika penangguhan perlawanan melebihi

12 jam dan perlawanan BELUM mencapai 60% masa

perlawanan.

iii. Persetujuan daripada kedua-dua Pengurus Pasukan yang

terlibat.

13. BANTAHAN

17

Page 19: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE310313.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis.

13.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang

peserta atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan

dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta /

pasukan tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan

( under protest ) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam

selepas menerima bantahan rasmi.

13.3 Bantahan berhubung dengan permainan dalam acara-acara yang sedang

dijalankan hendaklah dilakakukan dengan serta merta dan tidak lewat

daripada:

13.3.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara

pusingan awal

13.3.2 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara

peringkat akhir.

13.4 Semua bantahan acara individu hendaklah disertakan dengan wang

pertaruhan sebanyak RM300. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan

sekiranya bantahan tidak berasas.

13.5 Keputusan Jawatankuasa Bantahan akan dibuat secara bertulis serta

dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

13.6 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:- Setiausaha Agung MSSK Negeri / wakilnya- Pengerusi pengelola- Setiausaha J/K Pengelola Kejohanan- Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSK- 2 orang Pengurus Pasukan MSS Daerah yang berdaftar dan tidak

terlibat dengan bantahan/kes tersebut.

14. LEMBAGA JURI RAYUAN

18

Page 20: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE310314.1 Juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang ( minimum ) atau 7

orang (maksimum)

14.1.1 Pengerusi Jawatankuasa pengelola / wakilnya

14.1.2 Penyelaras permainan.

14.1.3 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan.

14.1.4 2 hingga 4 orang pengerusi teknik mss Daerah yang berdaftar yang

tidak terlibat dalam Jawatankuasa bantahan

14.1.5 Setiausaha j/k pengelola Kejohanan

14.2 Juri Rayuan bertanggungjawab untuk

14.2,1 Mengambil tindakan manganai disiplin pelajar ;guru dan pegawai-

pegawai kejohanan yang berkenaan bagi semua perkara

kejohanan/pesta dijalankan seperti berikut:

14.2.1.1 Memberi amaran

14.2.1.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu

14.2.1.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan / pesta

14.2.1.4 Mengarahkan pemain dihantar pulang

11.0 Bajet

19

Page 21: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103PERBELANJAAN

Hadiah

Kategori Lelaki 11 tahun

7 orang pemain x 3 pemenang x RM 8.00 = RM 168.00

Kategori Perempuan 11 tahun

7 orang pemain x 3 pemenang x RM 8.00 = RM 168.00

Sumbangan kepada Pengadil Jemputan

2 orang Pengadil x RM 100.00 = RM 200.00

Minuman

10 kotak air mineral x RM 10.00 = RM 100.00

Jumlah keseluruhan adalah RM 636.00 ( Ringgit Malaysia

Enam Ratus Tiga Puluh Enam sahaja )

SUMBER KEWANGAN

Bantuan Sukan Sekolah

Sumbangan orang perseorangan

Sumbangan daripada badan luar.

12.0 Penutup

Diharapkan dengan terlaksananya pertandingan bola baling ini akan menarik

minat lebih ramai murid untuk menyertai sukan bola baling pada masa hadapan. Di

20

Page 22: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103samping itu juga dapat melahirkan atlet bola baling yang lebih berkualiti dan berpotensi

ke peringkat yang lebih tinggi.

Kerjasama yang diberikan oleh Pihak Pentadbir serta guru-guru yang terlibat

didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………

(Pn. Rosmaria Binti Mustapa)

Setiausaha Kokurikulum

SK Telok Pulai, Klang

Disemak oleh,

………………………

(En. Zaharudin Bin Zainal Abidin)

GPK Kokurikulum

SK Telok Pulai, Klang

Disahkan oleh,

………………………

(Pn. Hjh Rozita Binti Hj Sulaiman)

Guru Besar

SK Telok Pulai, Klang

RUJUKAN

21

Page 23: HBPE3103 Kegiatan Profesional

HBPE3103Open University Malaysia. (2013). HBPE3103 Kegiatan Profesional (Permainan).

Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Mohd Sofian Omar Fauzee, Syibuddin Ismail, Tuan Kamaruddin Tuan Sulaiman &

Roniah Shuib (2006). Drill Bola Baling. Shah Alam: Karisma

Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan Che Lan etc. (2011). HBPE1103 Pengenalan

Pendidikan Jasmani. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:

Karisma Publication.

22