gerbang utama - mmea.gov.my atur cara pop hut 1 piece.pdf · syukur kehadrat allah s.w.t serta...

24

Upload: duonghanh

Post on 03-Mar-2019

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara
Page 2: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

2

PINTU

GERBANG UTAMA

PARKIR MEDIA

PARKIR KERETA

JABATAN

PARKIR WARGA

AMSAS DAN APMM

PARKIR WARGA

AMSAS DAN APMM

PARKIR WARGA

AMSAS DAN APMM

KHEMAH

KELUARGA

PARKIR KELUARGA

TETAMU

MASJID

PARKIR KELUARGA

TETAMU

DEWAN DATO’

NOOR AZIZ

PETA AMSAS

Page 3: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

3

Kata-kata Aluan

Assalammualaikum WBT, Salam Negaraku dan Salam

1Malaysia.

Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian

atas limpah kurniaNya, kita beroleh kesejahteraan bagi me-

raikan Perbarisan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13

yang disambut serentak dengan Perbarisan Tamat Latihan

Asas Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017 dan Bintara Muda

Maritim Siri 1/2017.

Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

syabas kepada seluruh warga Maritim Malaysia di atas kecemerlangan dan jasa yang

dicurahkan kepada rakyat dan negara. Dalam pada masa yang sama, Kerajaan juga

amat prihatin dan menghargai pengorbanan warga Maritim Malaysia yang sentiasa

cekal berkhidmat memastikan keselamatan perairan negara terus kekal terpeliha-

ra.

Menerusi Bajet 2018, Kerajaan telah memperuntukkan RM900 juta bagi

meningkatkan kesiagaan Maritim Malaysia sebagai peneraju Penguatkuasaan dan

Carilamat Maritim di negara ini. Selain itu, Akta A1561 - Akta Agensi Penguatkuasaan

Maritim Malaysia (Pindaan) 2018 juga telah diluluskan untuk memperkasakan lagi

Maritim Malaysia menerusi sokongan sumber manusia dan pengurusan pen-

dakwaan.

Saya juga mengucapkan syabas kepada semua Leftenan Muda dan Bintara Muda

yang telah berjaya menamatkan Latihan Asas di Akademi Maritim Sultan Ahmad

Shah ini. Saya berharap saudara saudari akan meneruskan perjuangan murni

mengangkat martabat Maritim Malaysia dan imej baik Malaysia ke peringkat yang

lebih tinggi lagi.

Akhir kalam, saya akan terus menyokong agenda pengukuhan Maritim Malaysia

agar saudara saudari mampu merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan Strate-

gik Maritim Malaysia 2040 dengan jayanya.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh.

Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Shahidan Bin Kassim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Page 4: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

4

Kata-kata Aluan

Assalammualaikum WBT, Salam Negaraku Malaysia dan

Salam Warga Cemerlang, Maritim Gemilang.

Alhamdulilah, pertamanya marilah kita memanjatkan rasa

kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

kurnia dan keizinanNya, pada hari ini, tanggal 15 Februari

2018, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim

Malaysia) telah mencapai usianya yang ke-13.

Saban tahun Maritim Malaysia semakin dikenali dan dihargai berikutan daripada

kesungguhan dan kewibawaan warga Agensi melaksanakan tanggungjawap dan

amanah yang diberi.

Banyak pencapaian yang berjaya dicapai seperti di sudut Penguatkuasaan dan

Carilamat, Agensi telah menumpaskan rompakan lanun ke atas kapal-kapal tangki,

menggagalkan rangkaian nelayan asing merasuah pegawai-pegawai penguat kuasa

dan mengekang jenayah rentas sempadan, selain berjaya meningkatkan lagi

pematuhan keselamatan di kalangan komuniti maritim. Berikutan itu, pengurangan

kadar jenayah maritim juga berjaya dikekalkan di paras 3 peratus sehingga

penghujung bulan Disember 2017. Di samping itu, Agensi telah berjaya memungut

lebih RM307 juta hasil daripada denda terhadap nelayan asing, pelupusan vesel,

kompaun dan lelongan ikan.

Sempena menyambut Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13 (HUT 13) ini buat

julung kalinya Perbarisan Tamat Latihan Asas Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017

dan Bintara Muda Maritim Siri 1/2017 juga diadakan bersekali dengan Perbarisan

HUT. Ianya bertepatan dengan perbelanjaan berhemah Agensi pada ketika ini.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ke-13 kepada semua

warga Maritim Malaysia. Saya berharap saudara saudari akan terus mempamerkan

kecemerlangan seiring dengan visi Agensi untuk menjadi salah sebuah Agensi

Maritim yang terbaik di dunia.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh.

Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar

Ketua Pengarah

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Page 5: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

5

Kata-kata Aluan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh dan

Salam Sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pen-

yayang, saya mengambil kesempatan ini, merakamkan

ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pegawai Penguat

Kuasa Maritim Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017 dan

Pegawai Penguat Kuasa Maritim LLP Bintara Muda Mari-

tim Siri 1/2017 yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Penguat

Kuasa Maritim di AMSAS dengan jayanya.

Ini bukti kesinambungan kecemerlangan modal insan Agensi dapat terus dilahirkan

oleh AMSAS yang merupakan Center of Excellent (COE) APMM. Selama sembilan

bulan menjalani latihan asas di AMSAS, pelbagai onak dan duri telah saudara

saudari harungi. Harus diingat, tamatnya latihan di AMSAS ini bukanlah bererti be-

rakhirnya proses pembelajaran dan perjuangan saudara saudari sebaliknya ia meru-

pakan titik permulaan kepada kerjaya yang lebih mencabar untuk kalian lalui di Mari-

tim Malaysia.

Sempena Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13, saya berharap saudara saudari

menguatkan iltizam untuk terus berusaha dan berjaya dalam kerjaya dengan mening-

katkan ilmu dan pengalaman melalui pembelajaran yang berterusan dalam usaha

untuk menjadi seorang Pegawai Penguat Kuasa yang kompeten dan mahir serta

mampu mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara dan saudari yang telah

mengikuti dan tamat Kursus Asas Maritim dengan jayanya. Saya berharap amalan

nilai-nilai murni menjadi landasan dan dapat membantu saudara saudari

melaksanakan tugas dengan penuh amanah, suci hati dan berintegriti. Semoga Allah

SWT sentiasa melindungi dan memberkati setiap tindakan yang saudara saudari per-

juangkan demi agama, bangsa dan negara yang dicintai.

Laksamana Pertama (M) Dato’ Wan Mohd Affandi Bin Wan Ahmad

Pengarah Pendidikan Dan Latihan

Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah

Page 6: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

6

Latar Belakang

Pegawai Penguat Kuasa Maritim Leftenan Muda Maritim Siri

9/2017 &

Pegawai Penguat Kuasa Maritim LLP Bintara Muda Maritim Siri

1/2017

Pegawai Penguat Kuasa Maritim Leftenan Muda (M) Siri 9/2017 terdiri daripada

52 orang pelatih, 46 orang daripadanya adalah lelaki dan 6 orang perempuan

dan memulakan latihan asas selama 9 bulan mulai 15 Mei 2017. Kesemua

mereka adalah berkelulusan ijazah sarjana muda dari pelbagai bidang termasuk

pengurusan maritim, kejuruteraan dan undang-undang.

Pegawai Penguat Kuasa Maritim LLP Bintara Muda (M) Siri 1/2017 terdiri

daripada 21 orang pelatih, 19 orang daripadanya adalah lelaki dan 2 orang

perempuan. Mereka ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan pengkhususan

iaitu Ketua Jurutera Kapal dan Pembantu Pegawai Penyiasat.

Kedua-dua pengambilan telah menjalani Kursus Asas Pegawai Penguat Kuasa

APMM selama 9 bulan di AMSAS mulai 17 Mei 2017. Objektif Kursus Asas ini

adalah bertujuan membentuk kekuatan fizikal dan mental yang tinggi,

membentuk pemikiran positif serta berdisiplin, jujur, setia, berkeyakinan serta

berani. Pembentukan semangat kerjasama berpasukan, memberikan

pengetahuan khusus dalam bidang pengoperasian kapal serta penguatkuasaan

undang-undang di Zon Maritim Malaysia juga diterapkan. Penekanan dan

pendekatan latihan yang diberikan dapat melahirkan Pegawai Penguat Kuasa

yang berintergriti dan kompeten dalam perlaksanaan tugas.

Selain penerapan latihan berbentuk fizikal, kecergasan, teori dan amali di

AMSAS, pelatih juga telah didedahkan dengan Latihan Simulasi Anjungan di

WASPADA KD Pelandok TLDM Lumut dan latihan amali di laut bersama KM

Pekan. Kesemua pelatih juga lulus dalam kursus Induksi Khusus, Induksi

Umum, Ujian Renang serta lulus Ujian Undang-Undang Pertengahan dan

Tinggi.

Setelah menamatkan Latihan Asas di AMSAS, Pelatih Pegawai Siri 9/2017 dan

Pelatih Pegawai LLP Siri 1/2017 akan ditempatkan di kapal-kapal APMM untuk

meneruskan Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 4 bulan.

Page 7: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

7

PENGURUSAN TERTINGGI AMSAS

Laksamana Pertama (M) Dato’ Wan Mohd Affandi

bin Wan Ahmad

PENGARAH PENDIDIKAN DAN LATIHAN

KOMANDAN AKADEMI

MARITIM

Laksamana Pertama (M) Mohd Amir

bin Hj Hamzah

TIMBALAN

PENGARAH SEKSYEN

PENGURUSAN

KOMANDAN SEKOLAH

LATIHAN MARITIM

Laksamana Pertama (M) Christopher

Ravindran a/l W.D Dass

TIMBALAN PENGARAH

SEKSYEN PEMBANGUNAN

KOMPETENSI DAN KAWA-

LAN MUTU

Puan Siti Suhana binti

Mohamed Shaharin

Kepten (M) Che Engku

Suhaimi bin Engku Daik Kdr (M) Asman bin Jamak

TIMBALAN

PENGARAH

SEKSYEN

LOGISTIK

Page 8: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

8

Page 9: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

9

Page 10: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

10

Page 11: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

11

Anugerah Keseluruhan Terbaik Lt Muda Maritim Siri

9/2017

Leftenan Muda Maritim Mohd Yusaini bin Minhat dilahirkan pada 15 Februari

1972 di Gemas, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak sulung daripada sembilan

orang adik-beradik kepada pasangan Allahyarham Encik Minhat bin Jonit dan Allayar-

hamah Puan Saamah binti Saad. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan

Nuredhayati binti Puat dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Mendapat pendidi-

kan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 1 dan menyambung pelajaran di

Sekolah Menengah Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Beliau telah mula berkhidmat di dalam perkhidmatan Kerajaan pada Januari

1992, bermula sebagai Prajurit Muda di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia dengan

kepakaran Radar Plotter selama 14 tahun dengan berpangkat Bintara Muda RDP.

Beliau kemudian telah ditukar lantik ke dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malay-

sia pada 01 Feb 2006 sebagai Pegawai Penguat Kuasa Lain-Lain Pangkat dengan

pangkat terakhir Bintara Kanan Maritim.

Di atas azam dan semangat yang tinggi ingin memajukan karier beliau dalam

perkhidmatan awam khususnya APMM, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti

Teknologi Mara (UiTM Shah Alam) secara Pengajian Jarak Jauh (ePJJ) pada tahun

2007 dalam jurusan Diploma Pentadbiran Awam. Beliau kemudiannya menyambung

pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dengan Kepujian (UiTM Kota Kina-

balu) pada tahun 2012 dan tamat pada tahun 2016.

Semasa mengikuti Kursus Asas beliau telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan

dan disiplin yang tinggi, keterampilan yang segak dan telah dilantik sebagai Pegawai

Memerintah Kursus Asas. Di bidang akademik, beliau telah menduduki tempat ketiga

teratas dengan pencapaian 81.9 peratus dan mencapai peratusan merit tertinggi

dengan memperolehi keputusan 89 peratus. Beliau juga aktif dalam sukan dan me-

wakili pasukannya dalam sukan sepak takraw dan petanque.

Berdasarkan pencapaian akademi, kecemerlangan dalam kepimpinan, aktif

dalam sukan dan tahap disiplin yang tinggi, beliau telah dianugerahkan sebagai Pelatih

Terbaik Keseluruhan Kursus Asas Pegawai Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017.

Page 12: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

12

ATURCARA PERBARISAN DI PADANG KAWAD AMSAS

8.00 Panji-panji dikibarkan

8.35 Semua Hadirin Mengambil Tempat

8.40 Ketumbukan Berjalan Masuk

8.45 Ketibaan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah APMM dan Dif-Dif Jemputan

Perbarisan Tamat Latihan dan Pancaragam Berjalan Masuk

8.55 Ketibaan YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah APMM

9.00 Ketibaan YB Menteri

s/s Pemeriksaan Pelatih Pegawai dan Pelatih Bintara Muda oleh YB Menteri

s/s Pemeriksaan Platun Sambutan HUT oleh YB Menteri

s/s Ucapan oleh YB Menteri

s/s Penyampaian:

Pemenang Anugerah Pelatih Tamat Latihan Pegawai; dan Pemenang Anugerah Pelatih Tamat Latihan Bintara Muda

s/s

Penyampaian: Piala Laksamana (Daerah Terbaik); Piala Perkasa (Kapal Terbaik); dan Piala Satria (Bot Terbaik)

s/s Pemakaian Lencana Pegawai Memerintah Wanita Pertama

s/s Pelancaran:

Lencana Kepakaran Forensik; dan Search and Rescue Mission Coordinator

s/s Bacaan Ikrar dan Doa

s/s Pegawai Perbarisan Membuat Laporan Selesai Perbarisan dan Berjalan Keluar Perbarisan

s/s YB Menteri Meninggalkan Majlis Perbarisan

s/s - Sesi Bergambar YB Menteri Bersama Pengurusan Tertinggi

APMM di Ruang Hadapan AMSAS; dan - Sidang Media di Ruang Legar Bangunan Utama AMSAS

s/s Dif-Dif Jemputan Beredar ke Dewan Dato' Noor Aziz untuk Jamuan Makan Tengahari

Page 13: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

13

ATURCARA DI DEWAN DATO’ NOOR AZIZ

10.45 pagi Ketibaan YB Menteri

s/s Nyanyian Lagu ‘Negaraku’

s/s Nyanyian Lagu ‘Maritim Perkasa’

s/s Penyerahan Senarai Pelatih

s/s Penyampaian:

Sijil Penghargaan Khas;

Sijil Kecemerlangan Akademik; dan

Sumbangan Kebajikan APMM

s/s Pelancaran:

Aplikasi Telefon Pintar MCG Info; dan

MCG Open Learning

s/s Acara Memotong Kek HUT ke – 13

s/s Bacaan Doa

s/s Jamuan Makan Tengahari

s/s YB Menteri dan Isteri Meninggalkan Majlis

s/s YBhg. Dato’ Sri KP APMM dan Isteri Meninggalkan Majlis

Page 14: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

14

Anugerah Akademik Terbaik Lt Muda Maritim Siri 9/2017

Leftenan Muda Maritim Muhammad Fathullah bin Norhizat dilahirkan pada 3

Januari 1988 di Lumut, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada dua orang adik

-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung, Perak

sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung,

Perak. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat Asasi di Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia selama satu tahun setengah dan dianugerahkan Asasi

Kejuruteraan pada tahun 2007. Selepas tamat pengajian Asasi, beliau terus menyam-

bung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Kejuruteraan Dalam Senibina dan Pembinaan Kapal di Universiti Kuala

Lumpur (MIMET), Lumut, Perak selama 4 tahun dan tamat pada tahun 2016.

Di zaman persekolahan, beliau banyak menerima anugerah kecemerlangan

seperti anugerah kecemerlangan akademik dalam Peperiksaan Penilaian Menengah

Rendah (PMR). Di peringkat institut pengajian tinggi pula, beliau pernah dianuge-

rahkan Anugerah Dekan semasa Pengajian Asasi. Beliau juga aktif menyertai per-

satuan, antaranya sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia, Ahli Jawatankuasa

(AJK) Kelab Sains dan Matematik. Di peringkat sekolah dan universiti, beliau juga aktif

dalam sukan seperti bola sepak dan futsal serta pernah mewakili pasukan futsal Un-

versiti Malaysia dalam Sukan Universiti ASEAN 2010.

Sepanjang Kursus Asas , beliau telah mempamerkan sikap yang rajin be-

rusaha, berdedikasi serta tekun dalam pembelajaran mahupun di dalam atau di luar

kelas. Komitmen serta keinginan yang tinggi untuk berjaya dan mendalami pelajaran

yang disampaikan oleh jurulatih secara berkumpulan menjadi kunci dan petua kepada

kejayaan beliau dalam bidang akademik. Semasa peperiksaan akhir Kursus Asas,

beliau telah lulus dengan cemerlang dengan memperolehi markah tertinggi iaitu

sebanyak 83.91 peratus.

Berdasarkan kebolehan, kesungguhan dan keputusan pelatih yang cemer-

lang dalam akademik, beliau dianugerahkan sebagai Pelatih Akademik Terbaik bagi

Kursus Asas Pegawai Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017.

Page 15: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

15

Anugerah Kawad Terbaik Lt Muda Maritim Siri 9/2017

Leftenan Muda Maritim Mohamad Ikmal bin Ibrahim dilahirkan pada 13 Febru-

ari 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau

merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik kepada pasangan pesara

tentera Encik Ibrahim bin Abdul dan Puan Rokiah binti Salam. Beliau mendapat pen-

didikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, sebelum menyambung pelajaran di

Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya telah

melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Ijazah Sar-

jana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian pada tahun 2011. Beliau telah

mendirikan rumah tangga dengan Puan Siti Salbiah binti Roslie.

Ketika melanjutkan pengajian di UiTM, beliau telah menyertai PALAPES

Darat dan telah dilantik sebagai Pegawai Rendah Kanan (PRK) bagi mengetuai ke-

tumbukan PALAPES Darat UiTM Malaysia yang kemudiannya telah ditauliahkan

sebagai Leftenan Muda. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Kadet Terbaik Kese-

luruhan UiTM semasa upacara Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES Universiti

Awam ke-30 pada tahun 2011. Setelah menamatkan pengajian di UiTM, beliau terus

bergiat aktif dalam badan beruniform dan sebagai salah seorang tenaga pengajar di

Kem 21 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Askar Wataniah) Kem Kajang Uta-

ma, Selangor.

Semasa Kursus Asas, beliau telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang

baik, disiplin yang tinggi, berketerampilan dan segak semasa berkawad. Di atas da-

sar kebolehan dan kepimpinan yang ditunjukkan, beliau telah dilantik sebagai Timba-

lan Ketua Divisyen Bahaman.

Berdasarkan ciri-ciri keperibadian di atas juga dan mempunyai ‘Power of

Command’ yang baik, beliau telah dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Kawad

Kursus Asas Pegawai Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017.

Page 16: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

16

Anugerah Sukan Terbaik Lt Muda Maritim Siri 9/2017

Leftenan Muda Maritim Muhammad Luqman bin Bahari dilahirkan pada 23

April 1991 di Dungun, Terengganu. Beliau merupakan anak keempat daripada

sepuluh adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar

Dungun, Terengganu dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Sul-

tan Ismail Dungun, Terengganu sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Se-

terusnya beliau telah menyambung pelajaran peringkat (STPM) di Sekolah Menengah

Agama Maarif, Besut, Terengganu. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Uni-

versiti Malaya (UM) dan berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda

Sains Sukan (Pengurusan) dengan Kepujian pada tahun 2015.

Di peringkat sekolah lagi beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dalam

aktiviti kokurikulum dan kokurikulum serta sukan. Di dalam bidang sukan, beliau aktif

dalam sukan bola sepak, badminton, bola tampar, softball, memanah dan olahraga

serta merupakan wakil sukan sekolah-sekolah agama. Di dalam sukan bola tampar,

beliau mewakili negeri Terengganu dari tahun 2005 hingga 2008. Sepanjang mewakili

Negeri Terengganu, beliau telah menyumbang 3 pingat emas dan 1 pingat perak da-

lam Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia.

Di peringkat Universiti pula, beliau telah mewakili kolej kediamannya dalam

beberapa bidang sukan seperti sukan bola tampar, badminton, memanah, renang,

softball dan olahraga. Beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Sukan Lencana

Separuh pada tahun pertama (2011/2012) dan telah mendapat Anugerah Sukan

Lencana Penuh pada tahun kedua (2012/2013). Pada tahun ketiga (2013/2014), be-

liau telah dianugerahkan Tokoh Olahragawan Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin.

Beliau juga telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam sukan “Biennial Intervarsity

Games” di Hong Kong dalam sukan bola tampar antara universiti peringkat Asia.

Semasa Kursus Asas beliau adalah seorang yang aktif. Semasa Karnival

Sukan AMSAS beliau diberi kepercayaan untuk mengelola sukan tersebut di samping

telah merangkul 4 emas serta membantu Divisyen Bahaman untuk muncul johan

keseluruhan.

Dengan minat dan semangat sukan yang tinggi serta pencapaian yang mem-

berangsangkan dalam sukan, beliau telah dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik

Sukan bagi Kursus Asas Pegawai Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017.

Page 17: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

17

Anugerah Wanita Terbaik Lt Muda Maritim Siri 9/2017

Leftenan Muda Maritim Nur Zahidah binti Zainuddin dilahirkan pada 30 Janu-

ari 1988 di Gombak, Selangor. Beliau merupakan anak kelima daripada enam orang

adik-beradik kepada pasangan Encik Zainuddin bin Kling dan Puan Hasnah binti

Sulaiman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, Kua-

la Lumpur, sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Ta-

man Tun Dr.Ismail. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Kua-

la Lumpur Malaysian Institute of Aviataion Technology (UniKL MIAT) dalam jurusan

Bachelor in Aircraft Engineering Technology (Mechanical) pada tahun 2011.

Semasa di peringkat persekolahan dan universiti, beliau merupakan seorang

yang aktif dalam sukan bola jaring dan pernah mewakili sekolah ke peringkat negeri

serta menyertai beberapa pasukan luar sehingga Kejohanan Bola Jaring Peringkat

Kebangsaan. Di zaman persekolahan, beliau merupakan seorang pelajar yang aktif

dalam sukan dan unit beruniform. Beliau juga aktif di dalam Kadet Remaja Sekolah

(KRS) dan sebagai Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar ketika di universiti.

Semasa Kursus Asas, beliau telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan

disiplin yang tinggi, serta keterampilan yang segak semasa berkawad. Beliau aktif

dalam sukan badminton, kayak dan lari berganti semasa Kejohanan Karnival Sukan

AMSAS. Berdasarkan kebolehan dan keterampilan yang ditunjukkan, beliau telah

dilantik sebagai Ketua Pelatih Wanita.

Berdasarkan kebolehan memimpin, disiplin yang tinggi, aktif dalam sukan,

pencapaian akademik yang baik dan kesungguhan dalam latihan, maka beliau telah di

anugerahkan sebagai Pelatih Wanita Terbaik Kursus Asas Pegawai Leftenan Muda

Maritim Siri 9/2017.

Page 18: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

18

Anugerah Keseluruhan Terbaik Bintara Muda Maritim

Siri 1/2017

Bintara Muda Maritim Din bin Abdul Rahim dilahirkan pada 05 Mei 1973 di

Kampong Telok Kepayang, Bota, Perak. Beliau merupakan anak ke lima dari tujuh

adik-beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai dua orang caha-

ya mata. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Telok Kepayang dan

Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Yaakob, Bota, Perak. Semasa di sekolah

rendah, beliau bergiat aktif dalam sukan bola sepak dan badminton. Manakala di per-

ingkat menengah beliau aktif dalam sukan seperti badminton, hoki dan bola tampar.

Beliau telah menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Julai 1993

setelah menjalani latihan di Pusat Latihan Rekrut TLDM Woodlands, Singapura. Be-

liau telah berkhidmat dalam TLDM selama 13 tahun dan menamatkan perkhid-

matannya pada Jun 2006. Seterusnya, memasuki perkhidmatan APMM pada tahun

2008. Beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Pengurusan Sumber

Manusia di Open University Malaysia, Bangi, Selangor. Beliau juga merupakan salah

seorang anggota warga kapal pertama kapal KM Perwira yang dihadiahkan oleh Ke-

rajaan Australia kepada APMM.

Sepanjang Kursus Asas, beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai

Penolong Ketua Bintara bagi pelatih Bintara Muda Maritim Siri 1/2017. Dalam Kejo-

hanan Sukan Pelatih Asas Lt. Muda (M) Siri 9/2017 dan BM (M) Siri 1/2017, beliau

telah mewakili Divisyen Pendekar dalam acara badminton dan bola tampar.

Berdasarkan pencapaian akademik, penglibatan dalam sukan, kesungguhan

sepanjang latihan, kebolehan memimpin, berdisiplin dan bertanggungjawab, maka

beliau telah dianugerahkan sebagai Pelatih Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Asas

Bintara Muda Maritim Siri 1/2017.

Page 19: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

19

Anugerah Akademik Terbaik Bintara Muda Maritim Siri

1/2017

Bintara Muda Maritim Siti Nur Amalina binti Zakaria berasal dari Terendak,

Melaka. Merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Kejayaan dan

prestasi baik beliau didorong oleh kedua ibu bapanya yang merupakan pesara Ten-

tera Darat Malaysia (TDM). Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebang-

saan Bukit Kuchai, Selangor dan Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1, Melaka.

Meneruskan persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan

Ghafar Baba, Melaka. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma

dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Beliau

pernah mendapat Anugerah Ketua Jabatan selama dua semester.

Sepanjang menjalani latihan di AMSAS, beliau mempamerkan kesungguhan

dan berbakat sebagai juruacara majlis. Dalam Kejohanan Sukan Pelatih Asas Lt. Mu-

da (M) Siri 9/2017 dan BM (M) Siri 1/2017, beliau telah mewakili Divisyen Pendekar

dalam acara badminton, merentas desa, petanque dan kayak. Beliau juga telah

mendapat tempat ketiga dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat AMSAS.

Semasa peperiksaan akhir Kursus Asas Pelatih Bintara Muda Maritim Siri

1/2017, beliau telah lulus dengan cemerlang dengan memperolehi markah tertinggi

iaitu 84.85 peratus.

Berdasarkan pencapaian yang cemerlang di dalam akademik, beliau telah

dianugerahkan sebagai Pelatih Akademik Terbaik bagi Kursus Asas Bintara Muda

Maritim Siri 1/2017.

Page 20: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

20

PE

GA

WA

I, JU

RU

LA

TIH

D

AN

S

TA

F A

MS

AS

Page 21: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

21

LIRIK LAGU MARITIM PERKASA

BERGEMA SUARA PENGUASA NEGARA

BERKHIDMAT DI LAUT NAN BIRU

RUANG SAMUDERA TAK RELA DINODA

KEDAULATAN DIJUNJUNG

KITALAH BENTENG PERAIRAN NEGARA

PEMBELA TANAH IBUNDA

POHONKAN DOA BERI KEKUATAN

RESTUKAN PERJUANGAN

MENGAWAL SAMUDERA TIDAKKAN LEKA

MELINDUNG DARI ANGKARA MURKA

MENYELAMAT NUSA DAN BANGSA

MARITIM KU PERKASA

SUMPAH SATRIA MEMBAKAR TEKAD

BAKTI DICURAH PENUH SETIA

AMANAH BANGSA TETAP DIJAGA

PERTIWI KU SENTOSA

Page 22: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

22

IKRAR MARITIM

BAHAWASANYA, KAMI WARGA MARITIM MALAYSIA DENGAN INI

BERIKRAR AKAN:

1. MENGHORMATI DAN MELINDUNGI MARUAH DAN HAK

ASASI INDIVIDU SEMASA MENJALANKAN TUGAS.

2. MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN PENUH DISIPLIN, JU-

JUR, BERETIKA, BERINTEGRITI, SAKSAMA DAN TANPA

PREJUDIS.

3. TIDAK AKAN MENGGUNAKAN KEKERASAN YANG BER-

LEBIHAN KECUALI SEKADAR YANG BENAR-BENAR PERLU

BAGI MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG.

4. MEMASTIKAN RAHSIA NEGARA DAN MARITIM MALAYSIA

SENTIASA DIPELIHARA.

5. TIDAK TERJEBAK DALAM KEGIATAN RASUAH DAN SENTI-

ASA MEMBENDUNG SEBARANG KEGIATAN RASUAH DI

DALAM MARITIM MALAYSIA.

6. SENTIASA MEMELIHARA IMEJ DAN NAMA BAIK MARITIM

MALAYSIA DAN NEGARA.

Page 23: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

23

Sekalung Penghargaan

Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah

Serta Ahli Jawatankuasa Hari Ulang Tahun APMM Yang Ke -

13

Serta

Istiadat Perbarisan Tamat Latihan

Pegawai Penguat Kuasa Maritim Leftenan Muda Maritim Siri

9/2017

Dan

Pegawai Penguat Kuasa Maritim LLP Bintara Muda Maritim Siri

1/2017

Merakamkan

Setinggi-Tinggi Penghargaan

Kepada Semua Pihak Yang Terlibat Dalam

Menjayakan Acara Gemilang Ini

Terima Kasih

Page 24: GERBANG UTAMA - mmea.gov.my Atur Cara POP HUT 1 piece.pdf · Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian ... Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara

24