e4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

197
MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA E E 4 4 1 1 2 2 0 0 PENYENGGARAAN & BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK MOHD AFLI B. HJ. ABDULLAH (PKB), WAN ZAIN BIN WAN DOLLAH (PKB) MOHD ASRI BIN MAHMOOD (PKB), MOHD RIZUHAN BIN JAAFAR (PKB). http://modul2poli.blogspot.com/

Upload: saifuladlihjyusoff

Post on 15-Apr-2017

698 views

Category:

Education


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

MODUL POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

EE44112200

PPEENNYYEENNGGGGAARRAAAANN && BBAAIIKKPPUULLIIHH AALLAATT EELLEEKKTTRROONNIIKK

MOHD AFLI B. HJ. ABDULLAH (PKB), WAN ZAIN BIN WAN DOLLAH (PKB) MOHD ASRI BIN MAHMOOD (PKB), MOHD RIZUHAN BIN JAAFAR (PKB).

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 2: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

BIODATA PENULIS MODUL E4120 PENYELENGGARAAN & BAIKPULIH ALAT

ELEKTRONIK

Nama : Wan Zain bin Wan Dollah No K/P : 650313-03-5605 Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. Telefon : 09-7889344 ext. e-mail : [email protected] Kelulusan : B.Eng (Hons) Electrical Engineering UTM, Sijil Perguruan (MPT) Jawatan : Pensyarah Teknik

Nama : Mohd Afli bin Abdullah No K/P : 610623-03-5145 Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. Telefon : 09-7889344 ext e-mail : Kelulusan : Sarjanamuda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Elektrik)(Kepujian),UTM, Sijil Perguruan (MPT) Jawatan : Pensyarah Teknik

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 3: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

BIODATA PENULIS MODUL E4120 PENYELENGGARAAN & BAIKPULIH ALAT

ELEKTRONIK

Nama : Mohd Asri bin Mahmood No K/P : 640707-03-5641 Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. . Telefon : 09-7889344 ext. e-mail : [email protected] Kelulusan : B. Eng (Hons) Electrical & Electronic

Engineering, USM Diploma Pendidikan (UTM) Jawatan : Pensyarah Teknik

Nama : Mohd Rizuhan bin Jaffar No K/P : 661011-03-5005 Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. Telefon : 09-7889344 ext e-mail : [email protected] Kelulusan : B.Eng (Hons) Electrical Engineering UTM

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) - UTM, Sijil Perguruan (MPT)

Jawatan : Pensyarah Teknik

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 4: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

1. Modul ini dibahagikan kepada 11 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang

sama.

2. Muka surat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, unit dan halaman.

E4120 / UNIT 1 / 5

Subjek

Unit 1

Halaman 5

3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.

4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan symbol berikut:-

OBJEKTIF

Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus

setiap pembelajaran.

INPUT

Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 5: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK

5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.

6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit

sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.

AKTIVITI

Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif

untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan

melaksanakan arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI

Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang

dikemukakan dalam aktiviti.

PENILAIAN KENDIRI

Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang

dikemukakan dalam penilaian kendiri.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 6: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK (i) GRID KURIKULUM Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia

TOPIK UNIT SENGGARAAN 1 2 3 4 5 SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM) 6 SISTEM TEATER RUMAH (HOME THEATRE)

7 8

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL 9 10 11 UNIT 1: SENGGARAAN 1.0 Menerangkan definisi dan objektif senggaraan.

1.1 Mencegah dan mengurangkan kerosakan 1.2 Kos senggaraan yang minimum 1.3 Memastikan tempuh hayat mesin

UNIT 2: SENGGARAAN 2.0 Menerangkan fungsi senggaraan.

2.1 Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi 2.2 Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan 2.3 Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara

optimum. UNIT 3: SENGGARAAN 3.0 Mengkelaskan jenis-jenis senggaraan.

3.1 Kerosakan 3.2 Perlindungan 3.3 Pembaikan 3.4 Ubahsuai

UNIT 4: SENGGARAAN 4.0 Menghasilkan rekod senggaraan.

4.1 Jadual senggaraan 4.2 Kos senggaraan pencegahan 4.3 Kos baikpulih

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 7: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK (ii) UNIT 5: SENGGARAAN 5.0 Menerangkan organisasi senggaraan.

5.1 Pekerja di bahagian senggaraan 5.2 Pasukan senggaraan dalaman 5.3 Pasukan senggaraan luaran

UNIT 6: SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM) 6.0 Menerangkan System Bunyi

6.1 Sistem mono 6.2 Sistem stereo 6.3 Sistem quad 6.4 Sistem surround dan system pro-logic surround 6.5 Pengenalan kepada sistem siaraya 6.6 Kaedah pengagihan kuasa kepada speaker dengan talian 6.7 Pengenalan kepada system “sound reinforcemant” dan perbezaan

dengan Sistem Siaraya 6.8 Fungsi dan kegunaan flat-flat audio, audio mixer,

compresser/limiter,equalizer, delay, sound processor, power amplifier

6.9 Memilih, memasang dan membuat penyambungan Sistem bunyi 6.10 Menyenggara peralatan Sistem Bunyi.

UNIT 7: SISTEM HI-FI DAN SISTEM TEATER RUMAH (HOME

THEATRE) 7.0 Menerangkan dan menganalisa Sistem Hi-Fi.

7.1 Peranti-peranti dan cara pemasangan 7.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok 7.3 Penguat 7.4 Kawalan nada 7.5 Peranti masukan 7.6 Penala 7.7 Pemain kaset 7.8 Peranti keluaran

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 8: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK (iii) UNIT 8: SISTEM HI-FI DAN SISTEM TEATER RUMAH (HOME

THEATRE 8.0 Menerangkan dan menganalisa Sistem TeaterRumah

8.1 Peranti-peranti sistem teater rumah 8.2 Melukis Gambarajah Blok Sistem Teater Rumah. 8.3 Fungsi setiap blok. 8.4 Cara Pemasangan Sistem Teater Rumah

UNIT 9: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL 9.0 Menerangkan dan menganalisa DVD

9.1 Fungsi DVD 9.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok DVD 9.3 Litar DVD 9.4 Kerosakan dan cara membaiki DVD

UNIT 10: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL 10.0 Menerangkan dan menganalisa Audio CD

10.1 Fungsi Audio CD 10.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok Audio CD 10.3 Litar Audio CD 10.4 Kerosakan dan cara membaiki Audio CD

UNIT 11: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL 11.0 Menerangkan dan menganalisa Digital Audio Tape (DAT)

11.1 Menganalisa Digital Audio Tape (DAT) 11.2 Fungsi DAT 11.3 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok DAT 11.4 Litar DAT 11.5 Kerosakan dan cara membaiki DAT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 9: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK PERNYATAAN TUJUAN Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 5 yang mengikuti kursus Diploma di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLITEKNIK Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit kearah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah. PRA-SYARAT KEMAHIRAN & PENGETAHUAN Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam modul Baikpulih Alat Elektronik E3006. OBJEK TIF AM Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:-

• Memahami Senggaraan. • Memahami Sistem Bunyi. • Memahami serta menganalisa Sistem Hi-Fi dan Sistem Teater Rumah. • Memahami Sistem Audio CD.

PERALATAN & SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA MODUL

1. Pemain CD, DVD dan DAT 2. Hi-Fi dan PA sistem 3. Litar Skematik CD , DVD dan DAT 4. Sistem Penguat Lengkap ( Mono, Stereo, quad dan surround) 5. Sistem Teater Rumah.

RUJUKAN

1. Neil Heller and Thomas Bentz, Compact Disc Troubleshooting & Repair, Howard W.Sams & Company, 1987

2. George Zwick and Homer, Electronic Troubleshooting Procedures and Servicing Techniques, L. Davidson, 1985

3. Pohlmann, K.C., Principles of Digital Audio (McGraw-Hill Video/Audio Professional), McGraw-Hill,

4. Roger Dressler, Dolby Surround Pro Logic Decoder Principles Of Operation, Dolby Laboratories

5. Bruce bartlet, How to Maintain Your DAT and MDM. 6. DAT Machine Repair Tips and Idioyncrasies, Lats Update July 2000

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 10: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR

Tajuk Modul : _________________________ Kod Modul : _____________ Nama Pelajar : _______________________ No. Pendaftaran: ____________ Kursus : ____________________________________ Nama Penulis Modul : ______________________________ Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda.

4 Sangat setuju 3 Setuju 2 Tidak setuju 1 Sangat tidak setuju Arahan : Tandakan √ pada ruangan skor yang dipilih.

Bil ELEMEN PENILAIAN SKALA

A. FORMAT 1 2 3 4 1 Susun atur muka surat adalah menarik. 2 Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.

3 Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai dengan input.

4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.

5 Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah difahami.

6 Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami. 7 Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas. B. ISI KANDUNGAN 1 2 3 4

8 Saya faham semua objektif dengan jelas. 9 Saya faham pada idea yang disampaikan.

10 Cara persembahan idea adalah menarik. 11 Semua arahan yang diberikan mudah difahami.

12 Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan dalam unit ini.

13 Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab. 14 Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri. 15 Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya. 16 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami. 17 Gaya penulisan menarik. 18 Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah. 19 Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini. 20 Penggunaan modul ini menarik minat saya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 11: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/1

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Objektif am : Memahami Sistem Senggaraan

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan definisi dan objektif senggaraan.

• Menerangkan pencegahan dan mengurangkan kerosakan.

• Menerangkan kos senggaraan yang minima.

• Menerangkan tentang tempoh hayat sesebuah mesin.

OBJEKTIF

UNIT 1

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 12: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/2

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

1.0 PENGENALAN

Sebelum kita mempelajari penyenggaraan dan baikpulih alat elektronik dengan

lebih luas, kita perlulah mengetahui dan memahami tentang senggaraan itu sendiri seperti

definisi, jenis-jenis senggaraan serta konsep-konsep penting dalam senggaraan. Setelah

mendapat gambaran yang jelas, maka bolehlah kita mempelajari tiap-tiap tajuk tersebut

secara berperingkat-peringkat dengan lebih mudah dan cepat.

Ini adalah unit satu dalam siri Modul Penyenggaraan dan Baikpulih Alat Elektronik

yang mengandungi 11 unit pada keseluruhannya. Anda diharap dapat memulakan unit ini

dengan tenang tetapi bersungguh-sungguh.

Selamat Mencuba

1.1 DEFINISI SENGGARAAN

Mengikut kamus teknikal senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di

antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem

penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam

sebuah sistem agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan.

Definisi/Istilah dari kamus “Radio Shack's Dictionary of electronic” senggaraan

bermaksud melihat dan menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala

proses yang salah atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik.

Walau bagaimanapun, definisi kedua senggaraan adalah bertujuan daripada

kewujudan kesan balik (feedback) oleh sebuah peralatan/mesin yang beroperasi secara

senyap dan yang mungkin sempurna di mana mencapai tahap maksima dalam sesebuah

peralatan elektronik.

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 13: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/3

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

1.1.1 Contoh aktiviti-aktiviti senggaraan.

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti senggaraan yang biasa dilakukan pada

peralatan elektrik/elektronik.

• Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah

dirancangkan dan diteliti.

• Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan

menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya

senang untuk disenggarakan dengan betul dan sempurna.

• Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan berus

karbon, bering, komutator dan suhu kendalian

• Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat.

• Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap

peralatan.

• Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.

• Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti kelajuan, ketegangan

bacaan arus, voltan dan sebagainya.

1.2 OBJEKTIF SENGGARAAN

Cuba anda fikir, apakah objektif senggaraan ?

Objektif senggaraan adalah seperti berikut;

Dapat mengemaskini sistem peralatan atau sesuatu mesin.

Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang

disenggarakan.

Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.

Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 14: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/4

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang

disenggarakan.

Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan

yang disenggarakan.

Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.

1.3 KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM

Untuk meminimumkan kos penyenggaraan, setiap proses senggaraan peralatan

perlulah dirancang dengan teliti. Rajah1.0 menunjukkan satu contoh carta rancangan

senggaraan bagi mengurangkan kos. Kalau dilihat pada carta tersebut didapati, senggaraan

yang dirancang mempunyai perancangan pencengahan, pembaikan, jadual senggaraan dan

syarat dan dasar senggaraan.

Rajah 1.0 : Perancangan Senggaraan

Senggaraaan

Senarai Perancangan Senggaraan

Tiada Perancangan Senggaraan

Perancangan Senggaraan Pencegahan

Senggaraan Pembaikan (Senggaraan

Kecemasan)

Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)

Jadual Senggaraan Syarat dan Dasar Senggaraan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 15: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/5

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

1.3.1 Perancangan Senggaraan

Perancangan senggaraan merupakan tempat pengaturan proses senggaraan dan

membawa keluar atau maklumat dengan disertakan perancangan masa depan. Kawalan dan

tempat menyimpan data-data penentuan sebuah perancangan yang hendak dilakukan.

1.3.2 Tiada Perancangan Senggaraan

Merupakan senggaraan yang tidak mempunyai penentuan dalam perancangan untuk

menyelenggarakan sesuatu peralatan atau mesin.

1.3.3 Senggaraan Pencegahan

Pencegahan senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat

adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada

bersuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam

sesuatu sistem yang hendak dibuat.

1.3.4 Senggaraan Pembaikan

Merupakan senggaraan yang dilakukan selepas terjadinya sesuatu kerosakan di

dalam sesuatu peralatan atau mesin yang disenggarakan dan juga bertujuan untuk

menyimpan item mengikut keadaan dimana senggaraan ini boleh melakukan dan

melaksanakan satu fungsi yang diperlukan.

1.3.5 Senggaraan Kecemasan

Senggaraan ini diperlukan dimana untuk membaiki sesuatu mesin atau peralatan

adalah dengan segera untuk mengelakkan daripada menerima akibat yang lebih serius.

Senggaraan ini memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari, biasanya

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 16: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/6

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

keputusan akibat daripada terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada penglibatan

persekitaran iaitu angin, kebocoran dan lain-lain.

1.3.6 Syarat dan Dasar Senggaraan

Merupakan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan yang bermula daripada

keputusan perbincangan dengan syarat semua item mestilah diulangi (routine ) atau proses

penyambungan monitoring.

1.3.7 Jadual Senggaraan

Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih tertumpu jadual sengaraan

cara-cara pencegahan yang meliputi penentuan masa, hari, nombor pengeoperasian, proses

yang disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lain-lain. Dengan adanya sistem

perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos minimum dapat ditentukan dan

digunakan sebagai peruntukan untuk satu peralatan atau mesin elektronik. Untuk mendapat

kos yang minimum juga, maka mestilah menggunakan satu dasar sistem yang digunakan

untuk pemeriksaan perancangan dan senggaraan akan mempunyai kos melebihi takat tinggi

iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga secara bersesuaian dengan

tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang

hendak dibuat.

Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos

melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga akan

mendahului takat rendah senggaraan perbelanjaan. Untuk sistem perancangan yang lengkap

tidak selalu banyak yang layak dan perlindungan diperlukan untuk mencipta sistem yang

bagus untuk mendapatkan tahap kos yang lebih minimum. Rajah 1.1 menerangkan

perhubungan kos dengan masa bagi penyenggaraan berperancangan dan tanpa perancangan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 17: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/7

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Rajah 1.1: Hubungan di Antara Kos Minima dan Sistem Berperancangan & Tiada

Perancangan

Pelakar senggaraan mestilah melengkapi binaan lakarannya dengan memuaskan, ini

perlu kerana ia dapat mengukuhkan baki di antara kos minimum dengan kos kemudian hari.

Oleh kerana senggaraan ini penting untuk itu bahagian lakaran hendaklah lebih

mengembangkan kaedah yang lebih berkesan dan meramalkan setiap fungsi lakaran yang

menjimatkan. Apabila lakaran atau planning untuk senggaraan lengkap maka ia akan

memperolehi nilai kos yang terbaik. Apabila tiada keuntungan jumlah kos pelaksanaan

sesuatu senggaraan kerapkali susah untuk dinilai dan maklumbalasnya akan menghadkan

senggaraan tersebut akibat kekurangan maklumat yang terbaik.

Rajah 1.2 adalah menerangkan ‘The breakdown of total costs’ yang melibatkan

kepada skop tentang aliran kos. Dimana jumlah kos senggaraan adalah juga melibatkan

kos perkhimatan operasi dan pembersihan.

Kos (RM)

Senggaraan tanpa perancangan

Senggaraan berperancangan

Masa (tahun)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 18: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/8

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Jumlah Kos

(Waktu Senggaran}

Rajah 1.2 : Breakdown of total costs.

1.4 Memastikan Tempoh Hayat Mesin

Jangka hayat bagi setiap mesin biasanya tidak tetap dimana bergantung kepada

beberapa faktor tertentu. Selain dari itu juga ianya turut bergantung kepada jenis mesin

ataupun peralatan yang digunakan dan dimana ianya digunakan. Kebiasanya cara dan jenis

senggaraan pencegahan yang, dilakukan ke atas mesin tersebut yang mana perlu mengikut

cara yang betul, contohnya sengaraan yang tidak sewajarnya dilakukan ke atas motor

elektrik dan penjana akan menyebabkan kewujudan habuk dan kotoran melekat padanya

yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan pada bearing. Seharusnya sistem senggaraan

berjadual perlu diwujudkan bagi memastikan setiap peralatan sentiasa disenggarakan .

Selain daripada itu faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan persekitaran

yang berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama peralatan elektronik yang

mudah rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang banyak digunakan di dalam industri.

Kos Permulaan Kos Pengguna

Kos Tanah Kos Pembinaan Bayaran Profesional

Aliran Kos Tukaran Penempatan

Penyenggaraan Khidmat operasi (Operasi & Pembersihan

Kadar (rates) Insuran

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 19: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/9

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Cara penggunaan juga banyak mempengaruhi tempoh hayat mesin terutama kepada

peralatan yang melibatkan penggunaan di dalam rumah seperti radio, televisyen dan

komputer peribadi. Kebanyakkan peralatan ini kurang diselenggarakan oleh penggunanya

dan mungkin juga terdapat kesalahan cara penggunaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 20: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/10

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 1 Terangkan definisi senggaraan. Soalan 2 Nyatakan syarat operasi di bawah takat normal dan lingkungan kawalan senggaraan. Soalan 3 Huraikan matlamat objektif senggaraan. Soalan 4

Anda dikehendaki merujuk kepada Rajah 1.1 pada modul ini, cuba terangkan apakah yang

hendak di sampaikan oleh rajah tersebut.

AKTIVITI 1

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 21: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/11

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 1

Senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di antara semua proses teknikal dan hal

yang menghubungkan pergerakan system penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang

bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah system agar berfungsi mengikut

perlaksanaan perancangan yang diperlukan.

Soalan 2

Syarat-syarat operasi di bawah takat normal dan linkungan kawalan senggaraan adalah:-

• Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah

dirancangkan dan diteliti.

• Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan

menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya

senang untuk disengarakan dengan betul dan sempurna.

• Routine senggaraan motor dilengkapi dengan senarai: pemeriksaan brushes,

bearing, commutator dan suhu kendalian

• Melaraskan regulators mengikut performance yang tepat.

• Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap

peralatan.

• Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.

MAKLUMBALAS 1

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 22: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/12

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

• Merekodkan parameter system ( Speed, tension, amperes, voltan etc ) meliputi

oscilloscope traces dan carta rakaman.

Soalan 3

Matlamat objektif senggaraan adalah :-

• Dapat mengemaskini sistem peralatan atau mesin elektronik.

• Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang

disenggarakan.

• Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.

• Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan.

• Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang

disenggarakan.

• Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan

yang disenggarakan.

• Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.

Soalan 4

Adakan perbincangan dengan pensyarah anda di dalam kelas.

MAKLUMBALAS 1

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 23: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/13

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan dengan pencegahan bagi mengurangkan kerosakan dalam senggaraan.? Soalan 2 Terangkan dengan ringkas bagaimana kos senggaraan dapat diminimakan. Soalan 3 Apakah factor yang memendekkan tempoh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen elektronik.?

PENILAIAN KENDIRI 1A

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 24: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/14

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Jawapan 1

Pencegahan bagi mengurangkan kerosakkan dalam senggaraan Senggaraan ini membawa

maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau

menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk pengurangkan kemungkinan

berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.

Jawapan 2

Untuk meminimakan kos senggaraan, setiap kerja-kerja senggaraan perlulah dirancang

dengan teliti dan setiap perancangan senggaraan mesti pempunyai bahagian-bahahian

seperti senggaraan pencegahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat-syarat dan dasar

senggaraan.

Jawapan 3 Faktor yang memendekkan tempuh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen

elektronik adalah faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan persekitaran yang

berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama peralatan elektronik yang mudah

rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang banyak digunakan di dalam industri. Cara

penggunaan juga banyak mempengaruhi tempoh hayat mesin terutama kepada peralatan yang

melibatkan penggunaan di dalam rumah seperti radio, televisyen dan komputer peribadi.

Kebanyakkan peralatan ini kurang diselenggarakan oleh penggunanya dan mungkin terdapat

kesalahan cara penggunaan.

MAKLUMBALAS KENDIRI 1A

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 25: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/15

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

(case study)

Anda dikehendaki membuat kajian/tinjauan di sebuah kedai komputer. Anda dikehendaki

mendapatkan maklumat tentang kos senggaraan bagi sebuah komputer dan tentukan faktor-

faktor yang menyebakan peningkatan kos senggaraan. Cadangkan langkah-langkah yang

diambil untuk meminimakan kos senggaraan.

PENILAIAN KENDIRI 1B

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 26: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 1/16

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Anda seharusnya membuat tinjauan ke atas syarikat-

syarikat tersebut.

Bincanglah jawapan anda dengan pensyarah anda.

MAKLUMBALAS KENDIRI 1B

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 27: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/1

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Objektif am : Memahami Fungsi Senggaraan

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi.

• Mempastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan.

• Mempastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara

optimum.

• Menerangkan fungsi senggaraan.

OBJEKTIF

UNIT 2

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 28: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/2

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

2.0 Fungsi Senggaraan.

Senggaraan berfungsi untuk :-

1. Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi

2. Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan

3. Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum

2.1 Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi

Seringkali berlaku barangan atau komponen yang dibeli dari kedai atau barangan

ektronik yang dihasilkan sering tidak memenuh spesifikasi atau kehendak. Ini mungkin

disebabkan oleh beberapa faktor dan di antaranya ialah :-

a. Komponen yang ada dalam litar.

b. Silap aturcara proses.

c. Keupayaan komponen melebihi piawai.

d. Kesilapan install dalam operasi

e. Tekanan dari keadaan sekeliling.

Sebagai seorang pengguna atau juga seorang pembuat barangan elektronik, kita

haruslah peka dalam memastikan sesuatu barangan itu memenuhi spesifikasi atau tidak.

Oleh yang demikian bagi merealitikan perkara yang telah dinyatakan tadi, penyenggaraan

menyeluruh amatlah diperlukan.

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 29: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/3

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

2.1.1 Penyelenggaraan Menyeluruh.

Penyelenggaraan menyeluruh merangkumi perkara-perkara seperti berikut.

1. Pengetahuaan yang dimiliki.

2. Pelindungan.

3. Pembaikan.

4. Pemeriksaan.

Pengetahuan yang dimiliki.

Pengetahuan disini bermaksud apakah kebolehan atau kekurangan yang ada pada

barangan atau komponen tersebut . Sebagai pengguna atau pembuat, kita hendaklah tahu

ketahanan komponen tersebut. lni termasuklah ketahanan dari segi suhu, getaran dan juga

peringkat akhir had produk. Selain ketahan perkara lain yang perlu diambil kira bagi

memastikan barangan memenuhi spesifikasi adalah:-

a. Kepekaan.

b. Ketepatan.

c. Kejituan

d. Kelinaran.

e. Histeris.

Sekiranya pengetahuan sebegini dimiliki, sudah pastilah kita mengetahui sama ada

barangan tersebut memenuhi spesifikasi atau tidak.

Pelindungan

Dengan pengetahuan yang dimiliki atau yang telah dinyatakan tadi, sudah pastilah

kita mampu memberi pelindungan yang maksimum kepada barangan yang dimiliki.

Sebagai contoh ketahanan, katakanlah ketahanan suhu .Sekiranya komponen tersebut tidak

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 30: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/4

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

mampu menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan

disuhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi

pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut.

Pembaikan

Bagi memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi. Pembaikan

hendaklah sentiasa dilakukan. Tidak kira kecil atau besar, sekiranya kerosakkan berlaku

sehingga mampu melumpuhkan operasi dan ketahanan barang. Maka pembaikan harus

dibuat dengan segera.

Pemeriksaan

Pemeriksaan adalah perkara yang amat penting dalam penyenggaraan Menyeluruh.

Bagi memastikan pemeriksaan sentiasa dilakukakan, satu buku rekod hendaklah dlsediakan

agar pemeriksaan dijalankan mengikut prosedur . Pemeriksaan terbaik adalah pemeriksaan

yang merangkumi pemeriksaan harian, mingguan, bulanan dan juga pemeriksaan tahunan.

Dengan ini spesifikasi dan jangka hayat sesuatu barangan dapat ditentukan. Untuk

pemeriksaan juga terdapat pelbagai alatan pengukuran yang mampu digunakan untuk

mengukur ketahanan barangan elektronik, ini termasuklah seperti Osiloskop, Ammeter,

Voltmeter, Ohmmeter atau juga meter pelbagai. Dengan peralatan seperti ini pengukuran

dapat dijalankan dengan lebih mudah dan sistematik

2.2 Memastikan Kos Barangan Yang Dihasilkan Berpatutan.

Untuk memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan , perkara utama yang

perlu diambil kira ialah dengan membuat ANALISIS. Tidak kira sesiapun samada individu,

kumpulan ataupun syarikat besar sekalipun, ana1isis perlu di1akukan agar kos barangan

yang dihasilkan dapat memberi pulangan yang berpatutan kepada mereka. Kos yang

dimaksudkan disini ialah dari segi kos kewangan (Untung/ Rugi), tenaga kerja, masa dan

sebagainya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 31: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/5

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Bagi sebuah Firma yang besar seperti Industri, analisis merangkumi kos seperti berikut : -

1. Kos hilang masa operasi ( operation time loss)

~ Masa ketika penyelenggaraan.

~ Masa untuk melakukan pembaikan/baikpu1ih.

~ Masa ketika melaporkan sebarang masalah.

2. Kos Penyelenggaraan.

3. Kos Tenaga Kerja.

4. Kos ketika "machine breakdown"

Keempat-empat kos ini amat penting untuk dianalisis bagi firma tersebut agar

barangan yang dihasilakn mampu memberi keuntungan yang berpatutan kepada mereka.

Bagi individu pula atau pengguna, untuk memastikan barangan yang diperolehi atau dibeli

berpatutan dengan harga yang ditawarkan maka perkara yang harus dilakukan ialah dengan

melakukan pemeriksaan. Pemeriksaan di sini bermaksud pemeriksaan kebolehan dan

kekurangan yang terdapat pada barangan tersebut.

2.3 Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum.

Untuk memastikan agar mesin atau perlatan dapat digunakan secara optimum,

beberapa langkah perlu dilaksanakan sebagai contohnya; penyelenggaraan bagi mesin atau

alatan perlu dilakukan dengan segera. Tahap keupayaan bahagian ini akan mengurangkan

kos dan meningkatkan hasil. Antara bahagian penyenggaraan yang diperlukan ialah

seperti:-

a) Breakdown Maintenance (Penyenggaraan Kerosakan)

- Dilakukan setelah mesin atau peratalan mengalami kerosakan.

b) Preventive Maintenance (Penyenggaraan Pencegahan)

- Dilakukan sebelum mesin mengalami kerosakan untuk mengelakkan

kerosakan yan lebih besar akan berlaku.

.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 32: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/6

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

c) Predictive Maintenance (Penyenggaraan Jangkaan)

Kaedah ini adalah salah satu daripada senggaraan cegahan.la dilakukan dengan

membuat analisa ke atas keadaan mesin untuk mengesan masaalah atau kerosakan. Analisa

dibuat berpandukan beberapa kriteria atau parameter mengikut jenis mesin seperti keadaan

getaran, suhu dan aliran bendalir (penyejuk, pelincir dan sebagainya). Proses ini dilakukan

tanpa mengganggu jadual pengeluaran.

d) Condition-based Maintenance (Penyenggaraan Berdasarkan Keadaan)

Senggaran ini dilakukan apabila perlu sahaja bagi sesetengah mesin yang

mempunyai sistem pengurusan berterusan. Ia dilakukan dengan menggunakan sistem PLC

(programmable Logic Controller) dimana ia disambungkan dengan mesin terus kepada

komputer yang mengawasi keadaan mesin tersebut ketika beroperasi. Jika terdapat masalah

ke atas mesin, komputer akan membuat penjajaran secara automatik atau komputer akan

mengeluarkan tanda amaran jika mesin tersebut perlu dibaiki atau diservis secara manual.

Kaedah ini akan memberikan keadaan mesin yang beroperasi dalam keadaan optimum.

Kaedah ini amat efektif tetapi kos permulaan untuk pemasangan alat PLC agak tinggi tetapi

ia memberikan pulangan jangka panjang yang amat tinggi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 33: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/7

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 1

Kenapakah barangan yang dibeli selalunya tidak memenuhi spesifikasi atau kehendak

pengguna ?

Soalan 2

Mengapakah perlu dilakukan penyenggaraan menyeluruh terhadap seseuatu peralatan atau

perkakasan ?

Soalan 3

Nyatakan perkara-perkara asas yang perlu di dalam melakukan penyenggaraan

menyeluruh.

Soalan 4

Nyatakan Pengetahuan yang perlu ada semasa menentukan sesuatu barangan itu memenuhi

spesifikasi.

AKTIVITI 2

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 34: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/8

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 5

Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan di dalam penyenggaraan menyeluruh.

Soalan 6

Apakah jenis kos yang perlu di ambil kira supaya barangan yang dihasilkan mempunyai

kos yang berpatutan.

Soalan 7

Senaraikan bahagian penyenggaraan yang diperlukan bagi memastikan mesin atau

peralatan dapat digunakan secara optima.

AKTIVITI 2

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 35: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/9

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 1

Terdapat beberapa factor seperti berikut;

a. Komponen yang ada dalam litar.

b. Silap aturcara proses.

c. Keupayaan komponen melebihi piawaian.

d. Kesilapan dalam operasi

e. Tekanan dari keadaan sekeliling.

Soalan 2

Supaya peralatan atau perkakasan tersebut sentiasa memenuhi spesifikasi.

Soalan 3

a. Pengetahuaan yang dimiliki.

b. Pembaikan

c. Pelindungan.

d. Pemeriksaan

Soalan 4

Pengetahuan tentang kebolehan atau kekurangan yang ada pada barangan/komponen seperti

ketahanan terhadap suhu, getaran dan peringkat akhir produk.

MAKLUMBALAS 2

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 36: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/10

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 5

Adalah kaedah melindungi barangan atau komponen. Sebagai contohnya perlindungan

terhadap ketahanan alatan, seperti suhu dan getaran. Sekiranya komponen tersebut tidak

mampu menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan

di suhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi

pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut.

Soalan 6

Jenis kos yang perlu diambil kira adalah;-

1. Kos hilang masa operasi ( operation time loss)

~ Masa ketika penyelenggaraan.

~ Masa untuk melakukan pembaikan/baikpu1ih.

~ Masa ketika melaporkan sebarang masalah.

2. Kos Penyelenggaraan.

3. Kos Tenaga Kerja.

4. Kos ketika "machine breakdown"

Soalan 7

a) Breakdown Maintenance. (Penyenggaraan Kerosakan)

b) Preventive Maintenance.(Penyenggaraan Pencegahan)

c) Predictive Maintenance.(Penyenggaraan Jangkaan)

d) Condition-based Maintenance.(Penyenggaraan Berdasarkan Keadaan)

MAKLUMBALAS 2

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 37: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/11

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan

semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul,

sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba, semoga berjaya !!!!!!

Soalan 2-1

Senaraikan 3 fungsi Senggaraan.

Soalan 2-2

Bandingkan di antara Penyenggaraan Kerosakan dengan Penyenggaraan Pencegahan.

Soalan 2-3

Terangkan skop analisis yang dibuat bagi memastikan kos barangan yang dihasilkan

berpatutan.

PENILAIAN KENDIRI

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 38: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 2/12

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Jawapan 2-1

1. Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi

2. Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan

3. Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum

Jawapan 2-2

Penyenggaraan Kerosakan Penyenggaraan Pencegahan

Dilakukan ketika mesin/alat sedang

beroperasi

Penjagaan mesin seperti pemeriksaan &

penjajaran semula mesin

membuat service terhadap mesin rosak Membuat service terhadap mesin masih

beroperasi

Jawapan 2-3

i. Kos hilang semasa operasi

ii. Kos Penyenggaraan

iii. Kos Tenaga Kerja

iv. Kos Ketika mesin “breakdown”

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 39: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 3/1

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Objektif am : Memahami Jenis-jenis Senggaraan

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan tentang Senggaraan Kerosakan.

• Menerangkan tentang Senggaraan Perlindungan.

• Menerangkan tentang Senggaraan Pembaikan.

• Menerangkan tentang Senggaraan Ubahsuai.

OBJEKTIF

UNIT 3

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 40: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 3/2

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

3.0 PENGKELASAN JENIS-JENIS SEGGARAAN

3.1 Senggaraan Kerosakan

Ia dilakukan apabila mesin atau peralatan mengalami kerosakan ketika sedang

beroperasi. Kebiasaannya juruteknik akan hanya membuat servis keatas mesin yang mengalami

kerosakan. Kaedah ini cepat tetapi untuk sesetengah mesin ianya tidaklah berkesan dari segi kos.

Pada kebiasaannya punca kerosakan bagi sesebuah peralatan elektrik adalah disebabkan

oleh bahagian-bahagian atau komponen di dalam peralatan tersebut mengalami kerosakan kerana

telah lama beroperasi. Tanpa penjagaan rapi komponen di dalam litar akan lebih mudah rosak.

Sebagai contoh, berikut adalah jenis-jenis kerosakkan yang biasa berlaku bagi sebuah radio:-

3.1.1 Kerosakan Litar Bekalan Kuasa

Kerosakkan alat ubah kuasa

Salah satu gelung alatubah terbakar putus (litar buka), bekalan elektrik radio akan

terganggu, misalnya lilitan utama atau dinamakan gelung utama putus, radio tidak dapat bekalan

elektrik.

Kerosakan Kapasitor Penapis Masukan

Litar Pintas

Kapasitor penapis berkeadaan selari dengan punca positif dan punca negatif voltan

tinggi. Kapasitor ini bertujuan untuk menyimpan cas dan membuang cas supaya arus arusterus

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 41: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 3/3

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

licin dan tetap. Kalau ia kurang baik/sempurna ia akan mudah rosak, misalnya apabila C1

berlaku litar pintas, beban arus tinggi yang melalui diod penerus adalah lebih daripada arus

biasa. Ini menyebabkan ia panas dan terbakar.

Litar Buka

Kapasitor elektrolitik dibuat daripada bahan elektrolitik, setelah lama digunakan kesan

kimia itu akan diwap mengakibatkan kekurangan dan kering, menyebabkan kapasitor hilang

keupayaan. Apabila keupayaan berkurang daripada nilai tertentu radio akan berdengung lebih

daripada biasa. Voltan arus akan menjadi lebih rendah daripada biasa, kadang kala kerana buatan

kapasitor kurang baik akan menyebabkan sambungan di dalamnya akan tertanggal

mengakibatkan litar buka.

Kebocoran

Kapasitor elektrolitik memang mempunyai sedikit kebocoran. Setiap microfarad

dipasang kepada 300 voltan arus terus, arus kebocoran adalah lebih kurang 0.1-0.25 miliampiar.

Sebuah kapasitor yang baik kebocorannya tidak melebihi 10 ohm. Kebocoran yang lebih

mengakibatkan bahan kimia meleleh keluar. Bagi menguji samaada kapasitor tersebut rosak atau

sebaliknya, laraskan meter pada julat ohm, apabila jarum meter naik mendadak kemudian turun

perlahan-lahan ini menunjukkan kapasitor tersebut berada dalam keadaan baik manakala jika

jarum meter tidak berlaku apa-apa perubahan, kapasitor tersebut mengalami kebocoran atau

rosak.

3.2 Senggaraan Perlindungan

Ia meliputi proses penjagaan peralatan dari segi membuat pemeriksaan dan penjajaran

semula peralatan tersebut. Kaedah ini lebih praktikal kerana setiap peralatan akan dibetulkan dari

dari semasa ke semasa ketika proses pemeriksaan. Ini akan meningkatkan tempoh hayat

peralatan dan mengelakkannya dari mengalami kerosakan ketika sedang beroperasi

Dengan Pengetahuan yang dimiliki atau yang telah dinyatakan tadi, sudah pastilah kita

mampu memberi pelindungan yang maksimum kepada barangan yang dimiliki. Sebagai contoh

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 42: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 3/4

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

ketahanan, katakanlah ketahanan suhu .Sekiranya komponen tersebut tidak mampu menahan

suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan disuhu yang sejuk

tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi pelindungan kepada

komponen atau barangan tersebut.

3.2.1 Cara perlindungan sesebuah peralatan elektrik.

Bagi penjagaan sesebuah peralatan elektrik perlindungan yang berterusan adalah perlu

bagi menjamin jangka hayat sesuatu peralatan elektrik tersebut. Bagi memastikan komponen-

komponen di da1am pera1atan elektrik tersebut berada pada keadaan baik dan tahan lama, buka

casing kemudian bersihkan setiap komponen yang ada pada litar dengan menggunakan sehelai

kain kering dan bersih. Tujuannya adalah untuk memastikan tiada habuk-habuk yang boleh

menyebabkan terhasilnya sedikit elektrostatik yang boleh merosakkan fungsi sesebuah

komponen. Bagi membersihkan pada bahagian yang tersembunyi dan sempit jangan

menggunakan penyembur angin bertekanan tinggi sebaliknya menggunakan berus yang lembut,

ini kerana jika menggunakan penyembur angin akan menyebabkan habuk tersebut berterbangan

pada bahagian lain menyebabkan ia memasuki bahagian-bahagian lain.

Bagi memastikan tiada kerosakkan yang timbul, pastikan wayar-wayar yang

menghubungkan antara satu bahagian ke bahagian yang lain berada pada keadan baik dan diikat

kemas. Pastikan kedudukan wayar tidak bersentuhan dengan komponen-komponen yang

mengeluarkan haba yang tinggi yang menyebabkan wayar tersebut terbuka atau rosak. Jika

berlaku walau sedikit kerosakkan pada wayar tersebut, pastikan wayar tersebut diganti terlebih

dahulu.

Bagi memastikan setiap butang pelarasan pada bahagian peralatan elektrik beroperasi

dengan baik gunakan 'cleaner degreaser'. Semburkan pada bahagian-bahagian yang bergerak.

Bagi peralatan yang menggunakan bateri, pastikan bateri yang sudah habis kuasanya dibuang

bagi memastikan asid yang dikeluarkan bagi bateri lama tidak merosakkan komponen

berhampiran.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 43: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 3/5

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

3.3 Senggaraan Pembaikkan

Bagi memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi, pembaikan hendaklah

sentiasa dilakukan. Tidak kira kecil atau besar, sekiranya kerosakkan berlaku sehingga mampu

melumpuhkan operasi dan ketahanan barang. Maka pembaikan harus dibuat.

Bagi membaik pulih peralatan-peralatan elektrik yang rosak, pengetahuan tentang

peralatan tersebut dan kemahiran membaiki adalah sangat perlu, berikut adalah contoh bagi

membaiki sebuah radio (sila rujuk rajah 3.0 di bawah).

Rajah 3.0 : Litar Penguat Pemacu

Jadual 3.1 menunjukkan tanda-tanda kerosakan, cara memeriksa dan tempat kerosakan pada

penguat sebuah radio bagi rajah 3.0 di atas.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 44: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 3/6

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Tanda Kerosakan Cara Memeriksa Tempat Kerosakan

Tiada Suara - Pemungut transistor pemacu

tidak mempunyai voltan.

- Isyarat audio alat jana

masukan ke pemungut

transistor pemacu

menghasilkan suara dan

masukan ke tapak transistor

tidak mengeluarkan suara.

1. Gelung pertama

alat ubah masukan

litar buka.

2. Perintang R1 litar

buka.

Suara bising Kawalan bahana dikecilkan

ada juga hingar

Transistor pemacu rosak

Suara Serak Voltan pincang tapak dan

pengeluar sempurna.

Transistor penguat pemacu

rosak.

Suara lemah Voltan pincang tapak dan pengeluar baik.

Kapasitor salur pirau , C4 litar buka.

Kadang-kadang ada suara

Voltan dan arus peringkat penguat pemacu sempurna.

1. Kawalan bahana rosak

2. Kapasitor penjodoh C5 sentuhan kurang baik.

Jadual 3.1 Cara Memeriksa Peringkat penguat Pemacu

3.4. Senggaraan Ubahsuai.

Senggaraan ubahsuai adalah senggaraan yang dilakukan terhadap peralatan mengikut

keperluan semasa ataupun mesin tersebut tidak lagi boleh di perbaiki supaya beroperasi seperti

keadaan asalnya. Ini mungkin berlaku terhadap peralatan-peralatan atau mesin-mesin yang lama

yang mana alat-alat gantinya sukar diperolehi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 45: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 3/7

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

3.1 Senaraikan TIGA jenis-jenis senggaraan.

a…………………………………. b…………………………………. c…………………………………..

3.2 Nyatakan 2 sebab suatu peralatan itu mudah mengalami kerosakan.

a…………………………………………………………………….. b……………………………………………………………………..

3.3 Senaraikan 3 jenis kerosakan yang sering berlaku pada komponen atau peralatan.

a………………………………………………………………………. b………………………………………………………………………. c………………………………………………………………………

3.4 Terangkan langkah-langkah perlindungan bagi satu peralatan elektrik atau mesin.

a……………………………………………………………………… b……………………………………………………………………… c……………………………………………………………………….

AKTIVITI 3

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 46: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 3/8

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Jawapan.

3.1 Jenis-jenis senggaraan

a. Kerosakkan ~litar buka, litar pintas, bocor

b. Perlindungan ~ berterusan-buka casing dan bersih guna kain kering, pasti tiada

habuk yang boleh menghasilkan elektrostatik, gunakan berus yang lembut.

c. Pembaikan ~ pembaikpulih kerosakkan kecil

3.2 Dua sebab peralatan mudah mengalami kerosakkan.

a. Wayar-wayar bersentuhan dengan komponen yang mengeluarkan haba yang

tinggi.

b. Bateri yang sudah habis kuasanya tidak diganti menyebabkan asidnya

merosakkan komponen lain yang berhampiran.

3.3 Tiga jenis kerosakkan yang sering berlaku pada komponen.

a. Terbuka

b. Bocor

c. Pintas

3.4 Langkah-langkah perlindungan peralatan elektrik atau mesin-mesin.

a. Pastikan wayar yang menghubungkan antara satu bahagian ke bahagian yang lain

berada dalam keadaan baik dan diikat dengan kemas.

b. Pastikan kedudukan wayar tidak bersentuhan dengan komponen-komponen yang

mengeluarkan haba yang tinggi yang menyebabkan wayar tersebut terbuka.

MAKLUMBALAS 3

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 47: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 3/9

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 3.1 Nyatakan dua punca utama alat-alat elektrik mudah mengalami kerosakkan. 3.2 Terangkan cara-cara menguji satu kapasitor elektrolitik dan nyatakan berapakah nilai arus

bocor bagi satu kapasitor yang bernilai 1μf yang menggunakan voltan arus terus 300V. 3.3 Apakah tujuan komponen-komponen elektrik dihindari dari habuk-habuk dan bagaimana

cara untuk membersihkannya. 3.4 Nyatakan kerosakan-kerosakan biasa yang berlaku pada penguat pemacu dan komponen

manakah yang mungkin rosak.

PENILAIAN KENDIRI

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 48: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 3/10

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Jawapan 3.1 Punca utama alat-alat elektrik mengalami kerosakkan ialah : peralatan tersebut mungkin

sudah lama beroperasi dan tiada penjagaan yang rapi. 3.2 Cara menguji kapasitor elektrolitik ialah dengan menggunakan multimeter julat ohm,

apabila jarum meter naik mendadak kemudian turun perlahan-lahan – ini menunjukkan kapasitor berada dalam keadaan baik dan jika jarum meter tidak berlaku apa-apa perubahan kapasitor tersebut mengalami kebocoran , terbuka atau pintas.Nilai arus bocor bagi kapasitor yang bernilai 1uf yang menggunakan voltan arus terus 300V ialah 0.1-0.25mA dan tidak lebih 10mA.

3.3 Tujuan komponen-komponen elektrik di hindari dari habuk-habuk ialah:-

Untuk memastikan tiada elektrostatik yang boleh merosakkan fungsi sesuatu komponen elektrik- cara membersihnya ialah dengan menggunakan kain kering dan tempat yang sempit guna berus yang lembut dan jangan guna penyembur angin yang bertekanan tinggi.

3.4 Kerosakkan-kerosakkan biasa yang berlaku pada penguat pemacu ialah:-

a. Tiada suara ~Gelung pertama alatubah masukan terbuka atau perintang penjodoh terbuka.

b. Suara serak ~ Transistor penguat pemancu rosak c. Suara bising ~Kawalan bahana kotor atau teras alatubah ulangan antara pecah. d. Suara lemah ~Kapasitor pirau di kaki pengeluar transistor keluaran litar buka. e. Kadang-kadang ada suara ~Kawalan bahana kotor atau sesentuh bahana kurang

baik

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 49: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/1

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Objektif am : Memahami Rekod Senggaraan

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menghasilkan satu contoh jadual senggaraan.

• Menerangkan tentang kos senggaraan pencegahan.

• Menerangkan tentang kos senggaraan baikpulih.

• Menghasilkan satu rekod senggaraan.

OBJEKTIF

UNIT 4

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 50: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/2

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

4.0 MENGHASILKAN REKOD SENGGARAAN

4.1 Jadual Senggaraan

Setiap penyelenggaraan yang hendak dan akan dilakukan memerlukan satu jadual

penyelengaraan. Jadual senggaraan amatlah diperlukan kerana seseorang yang ingin

melakukan penyelengaraan akan membuat pemerhatian ke atas apa yang telah dilakukan

semasa senggaraan dijalankan dan juga tarikh senggaraan tersebut dilakukan. Dengan

adanya jadual senggaraan ini maka mudahlah seseorang itu menganalisis tentang

kekerapan peralatan tersebut mengalami kerosakan iaitu apa jenis kerosakannya, bila dan

juga langkah yang telah dilakukan untuk membaikpulih kerosakan tersebut.

Peringkat Jadual Senggaraan

Jadual senggaraan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat yang tertentu di

antaranya ialah:-

a) Jadual senggaraan untuk 25 hingga 50 jam atau bulanan.

b) Jadual senggaraan unutk 300 hingga 500 jam atau 6 bulan

c) Jadual senggaraan untuk 1000 jam atau tahunan.

d) Jadual senggaraan sampingan (jika perlu).

Dengan adanya jadual senggaraan ini maka penyelenggaraan yang dilakukan oleh

seseorang individu atau juruteknik itu akan lebih teratur dan terurus serta lebih selamat. Di

antara jadual senggaraan yang ada di sebelah ialah senggaraan yang dijalankan ke atas

VCR (Video Cassette Recorder).

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 51: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/3

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Jadual Senggaraan 25-50 Jam atau Bulanan.

Jadual ini terdiri daripada pemeriksaan yang perlu dilakukan setiap 25 hingga 50

jam ataupun setiap satu bulan sekali keatas peralatan elektronik seperti VCR. Di antara

langkah-langkah senggaraan yang harus dilakukan dan direkodkan di dalam jadual bulanan

ini ialah: -

~ Mencuci kepala main balik VCR.

~ Memeriksa kesan kehausan kepala main balik.

~ Memeriksa soket sesentuh yang terdapat pada board dan lain -lain.

Jadual 4.1 di bawah ini adalah contoh jadual senggaraan yang perlu diselenggarakan setiap

25 hingga 50 jam ataupun sebulan sekali.

Perkara Tarikh Jenis kerosakan Langkah diambil

Cuci kepala main balik

Cuci bahagian mekanikal tape

Menyah-magnet pada head

Memeriksa kesan kehausan

Jadual 4.1: Jadual Senggaraan 25-50 jam atau Sebulan

Jadual Senggaraan untuk 300-500 jam ~ 6 bulan.

Manakala jadual 4.2 di bawah ini pula terdiri daripada tugasan yang perlu dilakukan

oleh seseorang individu atau jurukteknik setiap 300-500 jam atau 6 bu1an seka1i. Yang

mana diantara perkara perkara yang sela1u diperiksa setiap 300-500 atau 6 bu1an sekali

ia1ah:-

~ Periksa belts http://modul2poli.blogspot.com/

Page 52: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/4

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

~ Cuci bahagian bawah.

~ Melaras ketegangan belts dan lain- lain.

Di bawah ini ada1ah bentuk jadual dan perkara -perkara yang perlu diselenggarakan pada

setiap 300-500 jam atau 6 bu1an sekali.

Perkara Tarikh Jenis Kerosakan Langkah diambil

Periksa belt

Cuci bahagian bawah

Periksa spring rollers dan capstans shaft

Laras ketengangan belts

Tukar silika gel packet

Cuci penala (tuner)

Jadual 4.2: Jadual Senggaraan 300-500 jam atau 6 Bulan

Jadual Senggaraan untuk 1000 Jam atau Tahunan.

Jadual 4.3 ini merupakan satu jadual yang mempunyai tugasan yang perlu dilakukan

di dalam jarak tempoh masa yang agak jauh iaitu ianya perlu dilakukan setiap 1000 jam

ataupun setiap satu tahun seka1i. Manakala tugasan yang perlu dilakukan dalam jarak masa

im ialah melaras ketetapan kepala main balik . Di bawah ini adalah jadual dan perkara yang

perlu dilakukan.

Perkara Tarikh Jenis Kerosakan Langkah diambil

Melaras semula ketetapan kepala pemain

Membuat pemeriksaan di tempat Service

Jadual 4.3: Jadual Senggaraan 1000 jam atau Tahunan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 53: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/5

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

4.2 KOS SENGGARAAN

4.2.1 Pengenalan

Setiap peralatan elektronik mestilah diselenggarakan bagi menjamin keselamatan

dan ketahanan pera1atan tersebut. Setiap pera1atan yang elektronik mempunyai cara

penyelenggaraannya yang tersendiri. Oleh kerana setiap pera1atan elektronik harus

diselenggarakan, maka satu perkara yang harus dititikberatkan dan perlu di ambil kira ke

atas peralatan yang disenggarakan ialah mengenai kos senggaran yang terlibat. Perkara ini

perlu diambil kira dan dititik beratkan oleh setiap pihak yang terlibat adalah supaya tidak

berlakunya pembaziran seperti terlebih barang dan sebagainya ketika penyelenggaraan

di1akukan keatas sesuatu peralatan elektronik.

Setiap pihak terlibat dengan senggaraan harus membuat perancangan yang rapi ke

atas kos senggaraan yang ingin dilakukan, tidak kiralah sama ada penyelenggaraan yang

ingin dilakukan itu ada1ah untuk pencegahan ataupun penyelenggaraan untuk baik pulih

peralatan. Dengan adanya perancangan yang rapi ini maka pihak yang terlibat dapat

menjimatkan kos senggaraan yang terlibat. Di da1am perihal kos senggaraan ini pula ianya

dapat dibahagikan kepada 2 bahagian yang utama iaitu:-

4.2.2 Kos Senggaraan untuk Pencegahan.

Kos senggaraan untuk pencegahan adalah kos yang diperuntukkan keatas peralatan

mahupun perkakasan yang digunakan atau ditukar sebelum sesuatu peralatan elektronik

tersebut mengalami kerosakan yang tidak dikehendaki. Pada kebiasaanya peruntukan ke

atas penyelenggaran pencegahan ini akan digunakan untuk menyediakan peralatan dan

perkara yang perlu ditukar semasa kerja-kerja menyelenggara peralatan elektronik

dijalankan, sebagai contoh:-

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 54: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/6

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

" Peruntukan yang digunakan untuk menyediakan perkara-perkara yang diperlukan

untuk meyelenggara VCR iaitu menyediakan pencuci kepada main balik setiap satu bulan

sekali bagi menggelakkan daripada kepala main balik mengalami kerosakan. Sekiranya

langkah untuk menyediakan kos untuk senggaraan pencegahan ini dilakukan dengan betul

maka pihak tebabit akan dapat mengelak daripada berlakunya kerosakan-kerosakan yang

lebih teruk dan melibatkan belanja yang lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan kos

yang sepatutnya disediakan untuk senggaraan baik pulih.”

4.2.3 Kos Membaik Pulih.

Kos baikpulih pula ada1ah kos ataupun peruntukan yang digunakan untuk

membaiki peralatan-peralatan elektronik yang telah mengalami kerosakan sama ada ianya

melibatkan komponen ataupun perkara yang lain. Pada kebiasaannya kos yang digunakan

untuk baikpulih ini diperlukan secara kecemasan, ini kerana kerosakan yang akan berlaku

tidak diketahui masanya. Dengan kata lain kos baikpulih adalah kos yang digunakan untuk

menukar komponen-komponen ataupun peralatan yang mengalami kerosakan dan tidak

dapat digunakan lagi.

Kos untuk baikpulih ini terpaksa dikeluarkan oleh pihak yang terlibat bagi

membolehkan pihak berkenaan dapat melakukan tugas seperti sedia kala. Contoh

peruntukkan yang digunakan untuk baik pulih ialah:-

Untuk peralatan biomedical yang seperti mesin x-ray yang mengalami kerosakan

pada salah satu kabel yang penting maka pihak berkenaan harus mengeluarkan peruntukan

untuk membeli kabel berkenaan bagi membolehkan mesin x-ray tersebut berfungsi semula .

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 55: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/7

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 1 Apakah tujuannya jadual senggaran bagi sesebuah mesin? Soalan 2 Terangkan maksud kos senggaraan pencegahan. Soalan 3 Jadual senggaraan yang perlu dilakukan oleh seseorang individu atau juruteknik bagi sebuah VCR ada beberapa peringkat antaranya:-

a. Senggaraan kegunaan 25 ~50 jam pertama b. Senggaraan kegunaan 300 ~500 jam atau 6 bulan c. Senggaraan kegunaan 1000 jam atau setahun.

Nyatakan perkara-perkara yang perlu di senggarakan bagi setiap jam / bulan mengikut peringkat – peringkat diatas.

AKTIVITI 4

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 56: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/8

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Jawapan 1 Tujuan jadual senggaraan bagi sesuatu mesin adalah kerana seseorang yang ingin

melakukan penyelengaraan akan membuat pemerhatian keatas apa yang telah dilakukan

semasa senggaraan dijalankan dan juga tarikh senggaraan tersebut dilakukan. Dengan

adanya jadual senggaraan ini maka mudahlah seseorang itu menganalisis tentang

kekerapan peralatan tersebut mengalami kerosakan iaitu apa jenis kerosakannya, bila dan

juga langkah yang telah dilakukan untuk baik pulih alatan tersebut.

Jawapan 2

Kos senggaraan pencegahan adalah kos yang diperuntukkan keatas peralatan mahupun

perkakasan yang digunakan atau ditukar sebelum sesuatu peralatan elektronik tersebut

mengalami kerosakan yang tidak dikehendaki. Pada kebiasaanya peruntukkan ke atas

penyelenggaran pencegahan ini akan digunakan untuk menyediakan peralatan dan perkara

yang perlu ditukar semasa kerja-kerja meyelenggara peralatan elektronik dijalankan

Jawapan 3

Perkara-perkara yang perlu di senggarakan bagi setiap jam / bulan adalah:-

a. Untuk 25 ~50 jam pertama

~ Mencuci kepala main balik VCR.

~ Memeriksa kesan kehausan kepala main balik.

~ Memeriksa soket sesentuh yang terdapat pada board dan lain -lain.

MAKLUMBALAS 4

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 57: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/9

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

~ Mencuci bahagian mekanikal tape

~ Menyah magnet pada head

~ Memeriksa kesan kehausan

b. Untuk 300 ~500 jam atau 6 bulan

~ Periksa belts

~ Cuci bahagian bawah

~ Melaras ketegangan belt

~ Periksa spring rollers dan capstans shaft

~ Tukar silica gel packet

~ Cuci penala (tuner)

c. Untuk 1000 jam atau setahun

~ Melaras semula ketetapan kepala main balik

~ Membuat pemeriksaan menyeluruh di pusat service.

MAKLUMBALAS 4

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 58: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/10

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 4.1 Berikan perbezaan antara kos penyenggaraan dengan kos baikpulih. 4.2 Nyatakan cara-cara penjagaan untuk memanjangkan hayat kaset video tape. 4.3 Bagaimanakah caranya untuk menggelakkan kehilangan mutu suara dan gambar bagi

pemain VCR? 4.4 Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang individu atau

pemilik sebuah VCR untuk menjamin mutu suara dan gambar yang dihasilkan memuaskan. Buat satu jadual senggaraan yang mana bahagian-bahagian sepatutnya di dahulukan dan berikan jenis kerosakan yang biasa berlaku dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi pemasalahan tersebut.

a. Cuci penala ( tuner ) b. Cuci bahagian bawah c. Cuci bahagian mekanikal tape d. Cuci kepala main balik e. Laras ketegangan belts f. Periksa belt g. Periksa spring rollers dan capstans shaft h. Tukar silica gel packet i. Menyah magnet pada head j. Memeriksa kesan kehausan k. Membuat pemeriksaan di pusat service l. Melaras semula ketetapan kepala pemain balik.

PENILAIAN KENDIRI

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 59: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/11

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Jawapan

4.1 Kos penyenggaraan adalah kos yang diperlukan untuk menyenggara peralatan

tersebut dari mengalami kerosakan dan juga kos yang diperlukan untuk

membaikpulih kerosakan peralatan tersebut manakala kos baikpulih adalah kos

ataupun peruntukan yang digunakan untuk membaiki peralatan yang telah

mengalami kerosakan sama ada ianya melibatkan komponen ataupun perkara yang

lain. Pada kebiasaannya kos yang digunakan untuk baik pulih ini diperlukan secara

kecemasan ini kerana kerosakan yang akan berlaku tidak diketahui masanya.

Dengan kata lain kos baik pulih adalah kos yang digunakan untuk menukar

komponen-komponen ataupun peralatan yang mengalami kerosakan dan tidak dapat

digunakan lagi.

4.2 Cara-cara penjagaan untuk memanjangkan hayat kaset video tape adalah:-

a. Jangan simpan di tempat suhu yang dingin, lembap atau suhu yang panas –

mesti disimpan di kawasan suhu bilik.

b. Jangan terkena air, alkohol dan debu.

c. Jangan simpan dekat dengan magnet atau punca-punca elektrik yang

mengeluarkan urat daya magnet.

4.3 Cara-cara untuk mengelakkan kehilangan mutu suara dan gambar bagi pemain VCR

adalah :-

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 60: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 4/12

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

a. Jangan memainkan tape yang berkualiti rendah atau yang telah rosak.

b. Jangan kerap mencuci kepala main balik atau membiarkan kepala main balik

kotor.

c. Dapatkan jawapan anda sendiri……

4.4 Susunan turutan langkah-langlah yang perlu diambil oleh seorang pemilik VCR.

PERKARA

JENIS KEROSAKAN LANGKAH DIAMBIL

Cuci kepala main balik Kotor,berkarat atau calar Cuci,tukar baru Cuci bahagian mekanikal tape

Berdebu, Bersih,lap

Menyah magnet pada head

Terdapat habuk magnet di head

Cuci

Memeriksa kesan kehausan

Haus Tukar baru

Periksa belt Putus,kendur Tegangkan,tukar baru Cuci bahagian bawah Berhabuk,berdebu Cuci Periksa spring rollers dan capstans shaft

Spring-lembut,putus Capstans shaft-bergetah,cair

Tukar baru

Laras ketegangan belts Kendur Tegangkan Tukar silica gel packet Kering,cair Tukar baru Cuci penala (tuner) Kotor,berminyak Bersihkan Melaras semula ketetapan kepala pemain

Gambar-bererut,horz.line Suara-bererut,pelahan

Laras

Membuat pemeriksaan di pusat service

Tiada gambar/suara. Hantar ke pusat service

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 61: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/1

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Objektif am : Memahami Organisasi Senggaraan

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan tentang pekerja di bahagian senggaraan.

• Menerangkan tentang pasukan senggaraan dalaman.

• Menerangkan tentang pasukan senggaraan luaran.

• Menerangkan satu contoh organisassi senggaraan.

OBJEKTIF

UNIT 5

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 62: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/2

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

5.0 ORGANISASI SENGGARAAN

Senggaraan bermaksud gabungan di antara tugasan yang perlu dilakukan untuk

menjaga, dan membaikpulih sesuatu barang atau produk kepada satu tahap yang lebih baik

dan memuaskan. Antara tugasan yang berkaitan dengan senggaraan adalah seperti mengajar

cara-cara penggunaan dan penjagaan sesuatu produk atau peralatan.

Terdapat 2 Jenis Tugas Senggaraan Iaitu:-

1. Senggaraan Pencegahan (Preventive Maintanane)

Senggaran Pencegahan (preventive maintenance) bermaksud tugas yang dilakukan

untuk mencegah atau menggelakkan kerosakan.

2. Senggaraan Pembaikan (corrective maintanance)

Senggaraan Pembaikan (corrective maintenance) yang bertujuan untuk kerja-kerja

pembaikan yang perlu dilakukan jika terdapat kerosakan pada peralatan atau produk.

Sistem penyelenggaraan yang betul dan berkesan perlu dibuat supaya tidak berlaku

pembaziran dari segi kos, masa dan tenaga kerja. Perancangan kerja senggaraan berjadual

adalah lebih baik dan efektif dan kerja-kerja penyelenggaraan harian.

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 63: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/3

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

5.1 PEKERJA Dl BAHAGIAN SENGGARAAN

Pekerja di bahagian senggaraan dibahagikan kepada beberapa bahagian atau unit

mengikut keperluan. Setiap unit ini mempunyai fungsi atau tugas yang tertentu. Terdapat

beberapa pecahan bahagian yang selalu di gunakan pada bahagian senggaraan sesuatu

syarikat :-

Complete In-House Staff

Ia digunakan oleh syarikat di mana pekerja bahagian senggaraan ini digaji sepenuh

masa oleh syarikat tersebut.

Combine In-House Staff

Ini adalah gabungan pekerja tetap syarikat dengan pembekal. Pekerja syarikat

seperti juruteknik akan menjalankan tugasan servis rutin biasa manakala pembekal akan

melakukan sesetengah tugas servis khusus. Selalunya tugas servis ini memerlukan

kepakaran tertentu untuk membaik pulih atau menservis alatan tersebut. Pembekal hanya

dipanggil jika khidmat servis tersebut diperlukan sahaja. Ini kerana ia akan menjimatkan

kos dan mengurangkan bilangan pekerja di bahagian senggaraan.

Contract Maintenance

Ia terdiri oleh penyelia syarikat dan pekerja ( contohnya juruteknik ) kontrak.

Kontraktor akan membekalkan tenaga pekerja yang berkemahiran tertentu dan bekerja di

bawah seliaan penyelia syarikat tersebut. Kaedah ini akan mengurangkan kos training dan

mengurangkan beban masalah pada bahagian pentadbiran. Sebagai contoh pekerja

dibahagikan mengikut unit atau bahagian ialah seperti Rajah 5.0.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 64: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/4

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Rajah 5.0: Contoh Pecahan Pekerja Mengikut Unit/Pecahan

Fungsi Setiap Unit

Pengurus Senggaraan

Pengurus bahagian senggaraan ini akan mengawasi pekembangan dan produktiviti

setiap unit dibawahnya. Ia akan membuat pengawasan berdasarkan laporan yang dibuat

setiap oleh pengurus teknikal.

Pengurus Teknikal

Pengurus teknikal akan memberi arahan kepada setiap unit berdasarkan arahan

Pengurus Senggaran. Pengurus teknikal juga akan menyelesaikan apa-apa permasalahan

yang timbul pada setiap unit sebelum dirujuk kepada Pengurus Senggaraan.

Pengurus Senggaraan

Pengurus Teknikal

Penyelia (Stock) Penyelia (Service) Kewangan Site Support (Supplier/Contract)

Juruteknik Juruteknik Juruteknik Juruteknik Juruteknik

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 65: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/5

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Penyelia dan Juriteknik (stock)

Mereka ini akan mengwasi aliran stok barangan untuk tugas-tugas senggaraan

sentiasa mencukupi supaya tugas-tugas penyelenggaraan yang hendak di lakukan dapat

dilakukan oleh bahagian servis dengan lancar dan segera.

Penyelia dan Juriteknik (services)

Mereka ini melakukan tugas-tugas penyelenggaraan, servis dan baikpulih alatan

atau mesin. Mereka akan bertanggungjawab ke atas keadaan alatan atau mesin di bawah

jagaan mereka. Jika terdapat kerosakan dan terdapat alat ganti yang diperlukan mereka

akan berhubung dengan bahagian stock untuk mendapatkan alatan gantian yang diperlukan.

Kewangan

Bahagian kewangan akan mengawal aliran keluar atau masuk wang yang diperlukan

oleh bahagian penyelenggeraan ini. Mereka akan menyediakan laporan belanjawan kepada

pengurus bahagian penyelenggaraan.

Sokongan Luar (Site Support (supplier/contract))

Bahagian ini akan menghubungi pembekal atau kontraktor jika penyenggeraan yang

memerlukan kepakaran khusus diperlukan. Bahagian ini akan bertindak jika pekerja

bahagian servis tidak dapat mengatasi sesuatu masalah selepas dirujuk kepada Pengurus

Teknikal dan Pengurus Senggaraan. Mereka juga akan memastikan bahawa pembekal atau

kontraktor menepati arahan dan waktu yang dijanjikan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 66: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/6

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

5.2 PASUKAN SENGGARAAN DALAMAN

Pasukan senggaraan dalaman terdiri daripada beberapa bahagian seperti yang telah

diterangkan fungsi dan tugas mereka pada bahagian sebelum ini. Mereka terdiri daripada:-

a. Pengurus Senggaraan (Maintenance manager)

b. Pengurus Teknikal (Technical manager)

c. Penyelia dan Juruteknik (Stok) (Supervisor dan technician (stock))

d. Penyelia dan Juruteknik (Servis) (Supervisor dan technician (service))

e. Kewangan (Financial)

f. Sokongan luar (Site support (supplier and contractor))

Mereka ini terdiri daripada pekerja yang diupah oleh syarikat terbabit secara tetap.

Pasukan senggaraan dalaman ini akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan servis

berjadual dan juga melakukan tugas-tugas penyelenggaraan cegahan. Pasukan ini juga

terdiri daripada organisasi senggaraan proses bagi sesebuah organisasi yang lebih besar di

mana pasukan ini dikatakan pada pusat operasi atau ibu pejabat sesebuah syarikat.

5.3 PASUKAN SENGGARAAN LUARAN

Pasukan senggaraan luaran terdiri daripada:-

a. Pasukan senggaraan luaran kawasan

b. Pasukan senggaraan pembuat atau kontraktor

Pasukan Senggaraan Luaran Kawasan ( Area Maintenance Organisation)

Untuk sesebuah organisasi yang besar dan mempunyai banyak cawangan. mereka

mempunyai pasukan senggaraan kawasan yang ditempatkan pada kawasan-kawasan

tertentu. Beberapa pekerja syarikat tersebut akan ditempatkan pada kawasan-kawasan ini.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 67: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/7

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Mereka ini akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan, "service’ dan baikpulih

pada kawasan-kawasan yang telah ditetapkan mengikut zon mereka. Zon-zon ini ditetapkan

oleh pentadbiran pusat ( Ibu Pejabat ).

Pasukan Senggaraan Pembuat atau Kontraktor

Pasukan senggaraan ini terdiri daripada pekerja-pekerja dari syarikat pembekal atau

kontraktor. Mereka ini akan dipanggil oleh bahagian Site Support jika terdapat baikpulih

atau penyelenggaraan yang khusus yang perlu dilakukan. Mereka ini adalah pekerja yang

mempunyai kemahiran khusus yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja

penyelenggaraan yang terdapat dalam organisasi tersebut.

Pekerja ini adalah pekerja yang di upah oleh sesebuah syarikat pembekal atau

kontraktor dan hanya akan datang ke sesebuah organisasi itu jika khidmat atau kepakaran

mereka diperlukan oleh syarikat yang terbabit.

Gabungan di antara pasukan senggaraan dalaman dan luaran ini akan dapat

memastikan sesebuah organisasi itu dapat bekerja pada tahap lebih optima jika pengurusan

di antara kedua-dua pasukan senggaraan ini dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 68: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/8

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 1

Senaraikan dua jenis tugasan senggaraan.

Soalan 2

Terangkan perbezaan di antara senggaraan pencegahan dan senggaraan pembaikan.

Soalan 3

Senaraikan jenis pekerja di bahagian senggaraan..

Soalan 4

Nyatakan fungsi bagi unit organisasi berikut:-

i. Pengurus Senggaraan

ii. Pengurus Teknikal

iii. Site Support

Soalan 5

Terangkan perbezaan di antara Pasukan Senggaraan Dalaman dan Pasukan Senggaraan

Luaran.

AKTIVITI 5

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 69: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/9

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Soalan 1

i. Senggaraan Pencegahan

ii. Sengggaraan Pembaikan

Soalan 2

Senggaraan pencegahan adalah senggaraan untuk mencegah atau mengelak kerosakan.

Manakala Senggaraan Pembaikan adalah senggaraan terhadap peralatan atau produk yang

telah rosak.

Soalan 3

a) Complate In-House Staff

b) Combine In-House Staff

c) Contract Maintenance

Soalan 4

Pengurus Senggaraan

Pengurus bahagian senggaraan ini akan mengawasi pekembangan dan produktiviti setiap

unit dibawahnya. Ia akan membuat pengawasan berdasarkan laporan yang dibuat setiap

oleh pengurus teknikal

MAKLUMBALAS 5

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 70: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/10

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Pengurus Teknikal

Pengurus teknikal akan memberi arahan kepada setiap unit berdasarkan arahan

Maintenance Manager. Pengurus tenikal juga akan menyelesaikan apa-apa permasalahan

yang timbul pada setiap unit sebelum dirujuk kepada Maintenance Manager.

Site Support (supplier/contract)

Bahagian ini akan menghubungi pembekal atau kontraktor jika penyenggeraan yang

memerlukan kepakaran khusus diperlukan. Bahagian ini akan bertindak jika pekerja

bahagian servis tidak dapat mengatasi sesuatu masalah selepas diajukan kepada Pengurus

Teknikal dan Maintenance Manager. Mereka juga akan memastikan bahawa pembekal

atau kontraktor menepati arahan dan waktu yang dijanjikan.

Soalan 5

Pasukan Senggaraan Dalaman

i. Pekerja ini diupah oleh syarikat secara tetap

ii. Melakukan penyenggaraan secara berjadual

iii. Melakukan tugasan penyenggaraan pencegahan

Pasukan Senggaraan Luaran

i. Terdiri daripada pasukan senggaraan luaran dan pasukan senggaraan kontraktor

ii. Mereka mempunyai kemahiran khusus untuk melakukan penyenggaraan .

iii. Mereka diupah oleh syarikat pembekal atau kontraktor jika khidmat mereka

diperlukan.

MAKLUMBALAS 5

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 71: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/11

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

Case Study 1

Anda dikehendaki membuat satu tinjauan di sebuah syarikat Senggaraan Kereta dan

syarikat Senggaraan peralatan elektrik/elektronik seperti syarikat Panasonic. Cuba

dapatkan carta organisasi syarikat tersebut serta fungsi setiap bahagian atau unit dalam

syarikat senggaraan tersebut. Buat perbandingan di antara kedua-dua syarikat tersebut.

PENILAIAN KENDIRI

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 72: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 5/12

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

SENGGARAAN

MAKLUMBALAS

Anda seharusnya membuat tinjauan ke atas syarikat-

syarikat tersebut. Bincanglah jawapan anda dengan

pensyarah anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 73: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/1

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Objektif am : Mempelajari dan Memahami Sistem

Bunyi.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat dapat :-

• Menerangkan Sistem Bunyi

• Menerangkan tentang Sistem Mono.

• Menerangkan tentang Sistem Stereo.

• Menerangkan tentang Sistem Quad.

• Menerangkan tentang Sistem surround dan sistem pro-logic

surround.

• Menerangkan pengenalan kepada Sistem Siaraya.

• Menerangkan kaedah pengagihan kuasa kepada pembesar

suara dengan talian.

• Menerangkan pengenalan kepada sistem “sound

reinforcemant”dan perbezaan dengan sistem siaraya.

• Menerangkan fungsi dan kegunaan audio mixer, compressor,

equalizer, delay, sound processor dan power amplifier.’

• Memilih, memasang dan membuat penyambungan sistem

bunyi.

• Menyenggara peralatan sistem bunyi.

OBJEKTIF

UNIT 6

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 74: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/2

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.0 SISTEM BUNYI

Bunyi memberi maksud kepada persepsi penumpuan secara dinamik dan tekanan

udara dalam keadaan vakum pada telinga manusia. Manakala audio bermaksud produksi

secara elektronik dari bunyi. Secara umumnya, manusia dapat mendengar perbezaan

tekanan udara dari julat 20Hz sehingga 20KHz. Paras tekanan bunyi (sound presure level

(SPL) or loudness) diukur dengan unit pascal (Pa) di mana 1 pascal mewakili 1 newton per

meter persegi. Jadual 6.0 di bawah menunjukkan paras tekanan bunyi bagi keadaan yang

terpilih. Unit dBA menerangkan nilai dB terhadap nilai 'threshold' audio yang disetkan

pada sifar .

Sumber Paras tekanan bunvi ( dBA )

Engine jet pada 10 m dari sumber

Konsert

Kebisingan sekitar dalaman (pejabat)

Pertuturan, 1 m dari sumber

Penafasan senyap

150

120

30

60

10

Jadual 6.0 : Paras tekanan bunyi bagi keadaan yang terpi1ih

Telinga dimodelkan sebagai satu organ yang berkemampuan untuk menukar tekanan udara

kepada isyarat maklumat berkenaan kuasa dan frekuensi yang boleh diterima oleh otak.

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 75: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/3

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.1 SISTEM MONO

Beberapa tahun dahulu, sering didapati rakaman muzik ataupun ucapan dibuat

melalui satu mikrofon yang diletakkan pada kedudukan tengah berdekatan dengan sumber

bunyi. Manakala, rakaman tadi akan dimainbalikkan melalui satu penguat kepada

sepasang ‘headphones’ di mana isyarat bunyi dihantar ke telinga kiri dan kanan

pendengar.

Langkah lain yang diambil ialah isyarat bunyi dihantar ke satu sistem pembesar

suara (single-loudspeaker system) yang di tempatkan pada kedudukan yang sesuai di

dalam bilik mendengar. Kini, sistem bunyi tersebut lebih dikenali sebagai sistem

‘monaural’ atau ‘monophonic’ yang bermaksud hanya bergantung pada satu rakaman dan

saluran bunyi. Rajah 6.0 di bawah menunjukkan rajah blok bagi sistem mono.

Rajah 6.0 : Rajah blok Sistem Mono

Sistem bunyi satu-saluran (single-channel sound systems) masih digunakan secara

meluas pada masa ini. Contohnya adalah penggunaan sistem telefon, sebenarnya ia adalah

satu sistem ‘monaural’. Manakala, penyiaran radio dan sistem bunyi di pawagam adalah

sistem ‘monophonic’.

Perlu diingat bahawa ‘monaural’ adalah merujuk kepada bunyi melalui

‘headphones’ manakala ‘monophonic’ adalah bunyi yang didengar melalui pembesar

suara.

Maklumat yang diberi oleh sistem mono adalah tidak sama seperti maklumat yang

betul-betul didengari oleh pendengar sekiranya pendengar tersebut mendengar dengan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 76: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/4

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

tekun. Ini adalah kerana mikrofon mengambil isyarat bunyi pada satu punca (one point),

manakala pendengar dapat mengesan sesuatu bunyi itu dari dua punca (two points).

Maka, dapat dikenal pasti bahawa mikrofon dalam sistem mono tidak dapat

mengasingkan perbezaan bunyi yang terhasil manakala pendengar pula mampu berbuat

demikian.

6.2 SISTEM STEREO

Stereo adalah suatu system audio yang membekalkan atau mengeluarkan bunyi

dari dua tempat atau arah. Adakalanya, sistem stereo disebut sebagai ‘stereophonic’ dan

biasanya hanya dikenali sebagai stereo sahaja. Rajah 6.1 menunjukkan gambarajah blok

bagi sisten stereo.

Rajah 6.1: Gambarajah blok sistem stereo

Satu sistem stereo yang baik dapat menghasilkan ilusi bunyi yang ditetapkan

posisinya seperti merintangi pentas bunyi. Dalam sistem hi-fi, keadaan ini adalah dikenali

sebagai imej stereo (stereo image).

Sistem bunyi stereo tidak hanya menyampaikan maklumat dari satu arah sahaja. Ini

adalah kerana pendengar boleh mengasingkan atau membandingkan bunyi yang didengar.

Kualiti bunyi yang didengar juga boleh diperbaiki dengan mengambil kira keseimbangan,

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 77: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/5

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

frekuensi dan akustik bunyi bagi kedua-dua sumber iaitu instrumen muzik dan juga

kawasan sekitar rakaman yang didengari.

Daripada menggunakan mikrofon karbon dahulunya kini bertukar kepada

menggunakan disc, teknik rakaman bunyi dan pengeluarannya telah berkembang bukan

hanya pada kepelbagaian bunyi yang dihasilkan malah pengalaman pendengar dalam

mendengar persembahan secara langsung dapat melihat sendiri bagaimana sistem bunyi

yang dikeluarkan kini. Bunyi yang dihasilkan lebih-lebih lagi menggunakan sistem stereo

mahupun sistem quad membuatkan pendengar dapat mendengar pada semua arah.

6.2.1 Perbezaan di antara Sistem Mono dan Sistem Stereo :-

Jadual 6.1 di bawah menunjukkan perbezaan antara sistem mono dengan sistem stereo.

Sistem Mono

Sistem Stereo

• melibatkan satu saluran atau siaran • melibatkan dua saluran atau

siaran

• dikenali sebagai monaural atau

monophonic.

• dikenali sebagai stereophonic

• maklumat yang disampaikan

adalah kurang jelas

• maklumat yang disampaikan

adalah jelas dan berkualiti

• mengambil isyarat bunyi pada satu

punca sahaja

• mengambil isyarat bunyi pada dua

punca dan pendengar dapat

mendengar bunyi tersebut pada

semua arah

Jadual 6.1 : Perbezaan Sistem Mono dengan Stereo

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 78: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/6

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.3 SISTEM QUAD

Sistem quad adalah sistem yang lebih di kenali sebagai Quadraphonik atau lebih

jelas lagi adalah sistem yang menggunakan empat pembesar suara seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 6.2 di bawah. Sistem bunyi ini di letakkan untuk meninggikan

stereo. Walau bagaimanapun, bunyi quadraphonic ini akan memantulkan kembali bunyi

yang di siarkan di dalam sesuatu bilik kepada bunyi yang lebih baik . Bunyi ini dapat di

dengar atau di bezakan oleh para pendengar dari bunyi yang asal sebelum proses sistem

quad. Ia juga bergantung kepada jenis rakaman bunyi yang di gunakan atau di siarkan.

Dalam kaedah pertama, untuk proses penyiaran bunyi di dalam filem atau tape.

Rajah 6.2 : Gambarajah blok sistem quad

Dalam kaedah ini, 2 pembesar suara ditempatkan di dalam sesuatu bilik atau

dewan rakaman supaya bunyi bergema terjadi semasa rakaman. Apabila rakaman tadi di

mainkan semula, dengan menambah pembesar suara di belakang pendengar, barulah

isyarat bunyi yang di pancarkan dapat di dengari di seluruh bilik tadi dengan gemaan yang

stabil dimana isyarat bunyi di hantar ke seluruh bilik kerana bunyi dari depan di satukan

dengan bunyi gema dari belakang. Ianya seolah–olah kedengaran bunyi yang betul

contohnya bunyi objek yang bergerak atau pecah. Dimana kedengaran bunyi di tempat

atau sudut yang sebenar dapat di dengar dengan jelas .

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 79: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/7

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Pada kaedah kedua yang menggunakan sistem quad ini dapat kita dengari dalam

contohnya konsert muzik, dimana menukar terus dari bunyi asalnya dengan menambah

atau meninggikan stereo bagi menjadikan sistem bunyinya lebih mampat. Ia akan

menggunakan pembesar suara yang baik di sekeliling pendengar supaya isyarat gemanya

dapat di dengari.

6.4 SISTEM DOLBY SURROUND PRO LOGIC.

6.4.1 Pengenalan

Ramai orang menganggap bahawa Surround adalah sesuatu yang baru telah

ditambah ke dalam suatu audio stereo yang memerlukan lebih daripada dua pembesar

suara untuk penghasilan semula bunyi. Sememangnya ini benar, ia tidak terhad kepada 2

pembesar suara sahaja, ia boleh menggunakan tiga, empat, enam, atau lebih. Walaupun

demikian, stereo tempatan menjadi sinonim dengan dua saluran.

Menjelang 1970, Dolby Stereo dikenali sebagai stereophonic yang terdiri dari tiga

kepada enam saluran bunyi untuk meningkatkan persembahan drama dalam pawagam.

Ciri Dolby Stereo yang paling jelas adalah saluran bunyi ditambah di bahagian tepi dan

belakang pendengar atau penonton untuk menghasilkan bunyi di sekeliling penonton

tersebut.

6.4.2 Asal Dolby Surround

Filem analog dolby dan video Dolby Surround serta program televisyen termasuk

sebuah dimensi bunyi yang ditambah ke atas penghasilan bunyi stereo yang biasa. Ini

dilakukan menggunakan dolby MP (Motion Picture) matrix encoder, yang mana

mengkodkan empat saluran audio ke dalam format dua saluran supaya boleh direkodkan

atau disiarkan dengan menggunakan program stereo yang biasa. Rajah 6.3 menunjukkan

gambarajah blok pengkod dolby. Isyarat bunyi dari kiri dan kanan akan di campurkan

dengan isyarat bunyi dari tengah setelah melalui pelemahan sebanyak 3dB. Isyarat bunyi

sekeliling ‘surround’ akan melalui pelemahan 3dB, Band Pass Filter, Dolby NR encoder

akan dianjakkan fasa sebanyak +90° akan dicampurkan dengan isyarat kiri. Manakala

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 80: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/8

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

isyarat yang dianjakkan fasa sebanyak –90° akan dicampurkan dengan isyarat kanan.

Hasilnya pada keluaran ialah isyarat jumlah kiri (total left signal, Lt) dan isyarat jumlah

kanan (total right signal, Rt). Isyarat ini dapat dinyahkodkan oleh penerima yang

mempunyai kemudahan penyahkod dolby surround (dolby surround decoder).

(Sumber : Roger Dressler, Dolby Surround Pro Logic Decoder Principle of Operation, www.dolby.com)

Rajah 6.3: Rajah blok encoder dolby

6.4.3 Penyahkod Dolby Surround

Gambarajah blok di dalam rajah 6.4 menunjukkan bagaimana penyahkod bekerja.

Isyarat masukan Lt akan keluara pada pembesar suara kiri tanpa sebarang penguahsuaian.

Begitu juga isyarat masukan Rt akan keluara pada pembesar suara kanan. Isyarat Lt dan

Rt juga membawa isyarat bunyi dari posisi tengah (center), maka ia akan di dengar

sebagai sebuah gambaran " phantom" di antara pembesar suara kiri dan kanan, dan

kedengarannya di mana sahaja diruang stage jika kedukan pepbesar suara berada pada

kedudukan yang betul. Peringkat L-R dalam penyahkod (decoder) itu akan mengesan

isyarat keliling dengan mengambil perbezaan isyarat Lt dan Rt, kemudian melalui penapis

laluan-rendah 7kHz, delay line, dan Complimentary Dolby Noise Reduction.

Isyarat keliling itu juga akan dikeluarkan semula pada pembesaran suara kiri dan

kanan, tetapi ia akan didengar pada fasa yang lain dari isyarat kiri dan kanan, yang mana

akan menggambarkan kedudukan bunyi yang sebenar. Oleh krana proses penyahkodan ini

merupakan proses pengesanan perbezaan isyarat kanan dan kiri maka ianya dikenali

sebagai penyahkod pasif.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 81: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/9

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

(Sumber : Roger Dressler,Dolby Surround Pro Logic Decoder Principle of Operation, www.dolby.com)

Rajah 6.4 : Gambarajah blok penyahkod dolby surround pasif.

6.5 PENGENALAN KEPADA SISTEM SIARAYA

Suara semulajadi tidak cukup kuat bagi pendengar yang berada jauh dari sumber

bunyi, terutama dalam jumlah yang ramai. Keadaan ini lebih teruk lagi sekiranya wujud

gangguan lain dan bunyi bising persekitaran yang tinggi. Dengan penggunaan peralatan

siaraya adalah penting bagi mengatasinya. Keperluan asas dalam sistem siaraya adalah

terdiri daripada mikrofon , penguat kuasa dan pembesar suara.

6.5.1 Kategori Sistem Siaraya

Sistem ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:-

i) sistem paras tinggi

ii) sistem paras rendah

6.5.1.1 Sistem Paras Tinggi

Sistem siaraya paras tinggi digunakan bagi kawasan yang akan diliputi oleh

pembesar suara yang luas seperti di dalam dewan, masjid, stadium dan Auditorium.

Kedudukan pembesar adalah di pepenjuru ruang supaya tidak ada pantulan berlaku dan ini

mengelakkan berlakunya bunyi yang berekor.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 82: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/10

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.5.1.2 Sistem Paras Rendah

Sistem paras rendah digunakan bagi kaawasan yang sempit dan jumlah pendengar

yang sedikit. Ini seperti bilik kuliah , bilik mesyuarat dan bilik taklimat.

6.5.2 Kecekapan sistem Siaraya

Kecekapan sistem siaraya bergantung kepada perkara-perkara berikut:-

a) kekuatan bunyi

b) kualiti bunyi

c) kestabilan bunyi

d) kesan arah

a) Kekuatan Bunyi

Kekuatan bunyi yang betul pada setiap bahagian tidak mudah diperolehi pada

umumnya untuk mengatasi masalah ini pembesar suara diletakkan ditempat yang tinggi

supaya penonton yang berada dibelakang dan dihadapan berada di dalam lingkungan polar

pembesar suara. Penonton di barisan belakang menerima bunyi dengan cara pembalikan

dari dinding belakang. Oleh itu sudut kedudukan pembesar suara ditentukan agar

pembalikan ini tidak melebihi 6.2 meter dari jarak penonton bagi mengelakkan berlakunya

gema.

b) Kualiti Bunyi

Mutu atau kualiti keluaran sistem siaraya adalah dikatakan terbaik jika terdapat

penyesuaian di antara arah pembesar suara yang berubah-ubah dengan kawasan yang

diliputi oleh bunyi terus dari puncanya. Kedudukan mikrofon dan pembesar suara mestilah

dianggap sebagai suatu kendalian yang saling bergantung antara satu sama lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 83: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/11

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

c) Kestabilan Bunyi

Sistem dikatakan tiada kestabilan jika mikrofon berada dalam julat liputan

pembesar suara. Bahayanya ialah apabila terjadinya penguatan bunyi berulang-ulang kali

hingga suapbalik berlaku. Ini akan mewujudkan ayunan kuat jika ia dibenarkan berlarutan

dan herotan yang terjadi daripadanya cukup untuk mencemarkan mutu bunyi yang

dihasilkan. Cara untuk mengatasinya ialah dengan mengaturkan kedudukan mikrofon dan

pembesar suara pada kedudukan yang betul disamping mengawal gandaan penguat yang

digunakan.

d) Kesan Arah

Apabila terdapat lebih daripada satu punca bunyi, biasanya telinga akan mendengar

bunyi dari sumber yang lebih dekat . Dalam kerja–kerja siaraya adalah perlu untuk

mengaturkan jarak dari pembesar suara ke penonton-penonton adalah lebih jauh jaraknya

daripada bunyi terus dari sumbernya .Jarak ini mestilah berbeza sebanyak kurang atau

sama dengan 11 meter jika lebih akan berlaku gema.

6.5.3 Kategori sistem siaraya

Sistem ini terbahagi 3 katogeri :-

Sistem siaraya (katogeri A) –

Dikendalikan di tempat terbuka melebihi jumlah penonton seramai 5000 orang.

Sistem siaraya (katogeri B) –

Dikendalikan di dalam dewan melebihi jumlah penonton 1000 orang.

Sistem siaraya (katogeri C) –

Dikendalikan di dalam dewan yang jumlah penontonnya lebih kurang 500 orang.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 84: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/12

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.5.4 Peralatan Bantuan Dalam Sistem Siaraya

Sistem siaraya adalah sistem yang digunakan untuk pendengaran umum.

Komponen utama yang digunakan dalam sitem ini ialah :

i) mikrofon

ii) penguat

iii) pembesar suara

i) Mikrofon

- Sejenis alat penukar (tranducer) digunakan kepada satu nilai yang

mempunyai kadar yang sama.

- Ia menukarkan gelombang bunyi kepada gelombang elektrik.

Ciri-ciri mikrofon

- Dapat menukar nilai yang sama.

- Mempunyai julat yang luas.

- Mempunyai kepekaan yang baik pada semua frekuensi.

- Menukarkan tenaga akaustik bunyi kepada tenaga elektrik.

- Jenis elektrostatik, gelang bergerak dan ribbon digunakan untuk

penghasilan bunyi kualiti yang tinggi.

- Untuk paras bunyi biasa satu-satu mikrofon perlu menghasilkan isyarat

yang jauh lebih tinggi dari paras hinggarnya sendiri, maksudnya ia

mempunyai nisbah bunyi dengan hingar yang baik.

ii) Pembesar Suara

Pembesar suara digunakan untuk menukar isyarat elektrik kepada isyarat

bunyi yang biasanya lebih kuat daripada sumber asalnya. Sistem penguat dengan

satu pembesar suara tidak banyak memberi banyak maklumat tentang kedudukan,

ia hanya memberi maklumat tentang jarak. Sistem penguat dengan satu pembesar

suara stereo memberikan banyak maklumat tentang kedudukan dan pengasingan

bunyi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 85: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/13

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

- Terdapat 2 jenis pembesar suara iaitu:

a) Gelung bergerak (Moving Coil)

Paling biasa digunakan

Gegelung diletak pada celah magnet.

b) Piezoelectric

Jarang digunakan

Sangat baik untuk frekuensi tinggi

Contoh pembesar suara piezoelectric – terdapat pada jam tangan

berbunyi

Tiada gelung

Kalau diketuk akan mengeluarkan voltan

c) 2 Way Pembesar suara Sistem

- Untuk sound enforcement, kerana frekuensi yang dihasilkan tidak terlalu

tinggi dan tidak terlalu rendah.

- Merangkumi julat frekuensi yang sesuai didengar.

Rajah 6.5 : Pembesar suara dua arah

iii) Penguat

- Menguatkan isyarat untuk pendengaran.

- Kawalan nada disediakan untuk pendengaran yang lebih baik.

- Kuasa per channel tidak melebihi 100W

TweeterSaiz 8’’~ 12’’

Woofer

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 86: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/14

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

- Tone control pada kois yang sederhana, ia berada dalam penguat.

- Untuk kos yang tinggi, kawalan nada tidak diperlukan, kerana menggunakan

equalizer.

- Input masukan tidak lagi menggunakan kaset kerana mempunyai keburukan,

kerana ada isyarat kepada puncak kebisingan.

- Sebaliknya input adalah menggunakan CD kerana tidak ada signal ke tahap

kebisingan.

6.6 KAEDAH PENGAGIHAN KUASA KEPADA PEMBESAR SUARA DENGAN

TALIAN

Keluaran penguat yang terlalu kecil tidak dapat menghasilkan kekuatan bunyi yang

cukup. Malahan keluaran penguat yang bagus boleh merosakkan pembesar suara jika

masukan yang dikenakan melebihi keupayaan pembesar suara. Masalah ini yang

terutamanya terjadi jika kerintangan pembesar suara adalah rendah

6.6.1 Kerintangan Pembesar Suara

Sistem ini melibatkan beberapa pembesar suara yang biasanya mempunyai

kerintangan yang tinggi dan disambung secara selari. Kerintangan yang digabungkan

dengan penyambungan selari adalah kecil berbanding dengan pembesar suara yang

disambung secara siri. Ianya perlu dilakukan pada penyambungan ke penguat bagi

memenuhi keperluan untuk pembesar suara berfungsi dengan baik.

Oleh itu, pembesar suara yang melebehi had nilainya tidak boleh disambung

kepada penguat. Voltan keluaran bagi penguat mesti dilaraskan pada tahap yang

sederhana. Ianya dipanggil talian 100V atau talian 70V. Keluaran yang besar mungkin

dinyatakan dengan maksud dimana kuasanya berarus tinggi pada voltan yang sederhana.

Disebabkan keluaran voltan penguat adalah sederhana, kuasa masukan yang

dikenakan pada pembesar suara secara automatik ditentukan melalui kerintangan masukan

untuk setiap pembesar suara. Disebabkan banyak pembesar suara boleh disambung pada

satu penguat tetapi jumlah masukan mesti dikuatkan mengikut kadar keluaran bagi

penguat tersebut. Ringkasannya boleh dinyatakan seperti dibawah;

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 87: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/15

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Jumlah keluaran penguat > Jumlah masukan pembesar suara

Jumlah keluaran rintangan beban < Kombinasi kerintangan masukan pembesar suara

Masukan pembesar suara (100v talian), P = 100²

Z

masukan pembesar suara (70v talian), P = 70²

Z

P = masukan pembesar suara (W)

Z = galangan pembesar suara (ohm)

Merujuk kepada Rajah 6.6 seperti yang ditunjukkan di bawah , kiraannya adalah;

( 10kΩ) (3.3kΩ) (2kΩ) (1kΩ) (3.3kΩ)

Penguat (100v talian)

Rajah 6.6 : Contoh kiraan kerintangan pembesar suara

Kuasa Masukan Pembesar Suara

P = 100² + 100² + 100² + 100² + 100²

10kΩ 3.3kΩ 2kΩ 1kΩ 3.3kΩ

= 22.33W

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 88: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/16

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.6.2 Pemilihan pembesar suara

Pemilihan pembesar suara dan susunannya adalah sangat penting di dalam sesuatu

perkara tentang penggunaan bunyi. Sedikit masalah seperti kurang kejelasan dan

kekurangan bunyi sering terjadi disebabkan salah membuat pemilihan dan menyusun atur

pembesar suara.

6.6.3 Pengkelasan pembesar suara.

Pembesar suara boleh dikelaskan kepada 2 iaitu kegunaan dalam dan luar dimana ia dapat

dikenali melalui tempat yang digunakan dan tempat tersebut adalah :

1. Tempat Awam.

Kebiasaanya, gelombang frekuensinya adalah di antara 800Hz hingga 6000Hz

mengikut kesesuaian. Pada sesuatu keadaan, gelombang frekuensinya adalah di

antara 250Hz hingga 4000Hz merujuk kepada kepekaan gelombang frekuansi

kepada manusia.

2. Latar Belakang Muzik.

Latarbelakang muzik merujuk kepada muzik yang lembut dan gelombang

frekuansinya adalah diantara 100Hz hingga 800Hz

3. Muzik

Merujuk kepada keadaan dewan yang direka untuk aktiviti muzik dan gelombang

frekuansinya adalah diantara 40Hz hingga 15000Hz

6.6.4 Susunan Pembesar Suara

Susunan pembesar suara dipadankan dengan masukan kuasa elektrik untuk ianya

berfungsi dan kecekapan pembesar suara perlu sesuai. Apabila pembesar suara digunakan

di tempat yang tertutup, jenis kegunaan, peranan bunyi dan kepekaan pembesar suara

perlu diambil kira. Bila pembesar suara digunakan untuk kegunaan luar, ketahanan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 89: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/17

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

pembesar suara daripada angin dan hujan perlu sesuai dan kukuh. Terdapat 3 susunan

penyambungan pembesar suara yang utama iaitu:

1. Sistem Utama.

Sistem ini memerlukan pembesar suara ditempatkan di tengah dewan untuk

menumpukan bunyi bagi satu arah. Ianya juga bagi menjimatkan kos

penyelenggaraan.

2. Sistem Penyebaran

Sistem ini menggunakan pembesar suara yang disusun berselerak. Jika masukan

bekalan elektrik kecil diberikan pada salah satu pembesar suara pada satu ruang

yang kecil, kejelasan suara akan menurun dan ia dapat diperkuatkan semula bila

berlaku jangka masa gema yang lama. Jika beberapa pembesar suara digabung

diantara satu sama lain, kualiti bunyi adalah kurang.

3. Sistem Pengabungan.

Sistem ini adalah kombinasi daripada sistem utama dan sistem penyebaran. Ia

menggunakan pembesar suara utama untuk memberi dan meninggikan tekanan

bunyi serta kuasa yang kecil pada pembesar suara akan disebarkan ketempat yang

tertentu bila tekanan bunyi adalah rendah daripada tahap sebenar

6.6.5 Susunan dan Pengagihan kuasa Pembesar Suara Pada Bahagian Dalam

Bangunan

Semasa menentukan kedudukan pembesar suara dalam sesuatu bilik beberapa fakto

perlu diambil kira, antaranya paras kebisingan bilik tersebut, ketinggian siling, keluasan

bilik, apakah kegunaan pembesar suara tersebut dan lain-lain lagi. Pembesar suara dipilih

berdasarkan kepada mutu bunyi yang dihasilkan, jumlah kuasa yang digunakan dan juga

saiz pembesar suara tersebut. Jadual 6.2 di bawah menunjukkan contoh kriteria yang

diambilkira semasa pemasangan pembesar suara.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 90: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/18

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Jadual 6.2 Kriteria pemasangan pembesar suara di bilik mesyuarat, bilik sistem bunyi dan

gimnasium

6.6.6 Susunan Dan Pengagihan Kuasa Pada Pembesar Suara Pada Bahagian Luar

Bagi pemilihan pembesar suara untuk dipasang di bahagian luar factor utama yang

diambil kira ialah kuasa sesuatu pembesar suara dan juga keluasan kawasan yang dapat

menerima paras bunyi lebih kurang 76dB dari pembesar suara tersebut. Jadual 6.3 dan 6.4

menunjukkan kretiria pemilihan pembesar suara di beberapa kawasan terpilih :-

pembesar suara kuantiti

A B

Keluasan daripada pembesar suara bagi memperolehi tekanan bunyi pada 90dB pada keluaran maksimun pada satu peralatan audio

Keluasan daripada pembesar suara bagi memperolehi tekanan bunyi pada 85dB pada keluaran maksimum pada satu peralatan audio

(15W)

2 4

Kira-kira 10m persegi Kira-kira 14m persegi

Kira-kira 18m persegi Kira-kira 25m persegi

(30W)

2 4

Kira-kira 18m persegi Kira-kira 25m persegi

Kira-kira 32m persegi Kira-kira 45m persegi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 91: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/19

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

1. Premis Kilang

Jadual 6.3 Pemilihan pembesar suara di permis kilang

2. Jalanraya Dan Pusat Membeli Belah

Jadual 6.4 Pemilihan pembesar suara di jalan raya dan pusat membeli belah

6.7 Pengenalan kepada sistem ‘Sound Reinforcement’ dan perbezaan dengan Sistem

Siaraya.

Sistem Sound Reinforcemant adalah juga digunakan untuk pendengaran umum

seperti juga Sistem Siaraya. Sistem Sound Reinforcement merupakan sistem yang

menghasilkan bunyi yang kuat di tempat yang luas. Contohnya ialah dewan, stadium,

tempat perhimpunan dan lain-lain lagi. Sistem ini sesuai digunakan untuk kegunaan

Pembesar suara Keluasan kawasan bagi memperolehi 76dB keluaran maksima

WT – 707N (7W) WT – 715N (15W) WT – 202AN (10W)

Kira-kira 32m persegi Kira-kira 64m persegi Kira-kira 80m persegi Kira-kira 100m persegi

Pembesar suara Keluasan kawasan bagi memperolehi 76dB keluaran maksima

WT – 707N (7W) WT – 715N (15W) WT – 202AN (15W) WT – 200AN (15W)

Kira-kira 32m persegi Kira-kira 64m persegi Kira-kira 80m persegi Kira-kira 100m persegi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 92: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/20

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

persembahan muzik dan vokal. Bagi PA sistemnya sangat sesuai sekali untuk ucapan

syarahan dan sebagainya.

Sistem ini boleh dihasilkan dengan beberapa kaedah yang digunakan untuk

mendapatkan keluaran bunyi yang lebih baik berbanding dengan sistem siaraya.

Penggunaan peralatan-peralatan tambahan lain dapat membantu meningkatkan keupayaan

sistem PA. Cara menentukan kedudukan dan pemilihan tempat yang sesuai bagi

penempatan pembesar suara, kedudukan mikrofon dan keadaaan penonton yang

menyaksikan persembahan tersebut seperti konsert, ceramah dan lain-lain lagi.

6.7.1 Kelebihan Sistem Sound Reinforcement

Di dalam sistem sound reinforcement ini terdapat beberapa unsur-unsur yang

digunakan bagi menghasilkan bunyi yang lebih baik berbanding dengan sistem siaraya.

Antara unsur-unsur yang digunakan ialah seperti:-

a) Reka bentuk sistem

Faktor yang perlu diambilkira di dalam rekabentuk sistem menyeluruh adalah

bahagian mikrofon dan penggunaannya, pimilihan pembesar suara, jenis dan penempatan,

dan kesan keluaran bunyi, bahagian dan penggunaannya. Di dalam sebuah tempat yang

besar misalnya, mungkin akan terdapat suatu keperluan untuk beberapa jumlah pembesar

suara ditentukan kedudukan dalam bahagian yang berbeza tempat, masing-masing dengan

program yang lain. Bunyi-keliling dan kesan keluaran pembesr suara perlu dikaji supaya

tiada gangguan atau hingar yang akan berlaku.

Strategi untuk rekabentuk sistem adalah supaya bunyi yang terhasil nanti adalah

tersebar bukannya dalam satu hala sahaja. Pembesar suara tambahan juga perlu untuk

memastikan kesebaran bunyi serta kesan khas yang terhasil adalah baik bergantung kepada

program serta kedudukan pembesar suara yang ditempatkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 93: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/21

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.7.2 Perbezaan antara Sistem Siaraya dan Sistem Sound Reinforcement.

Didalam hal ini tidak terdapat banyak perbezaan antara sistem siaraya dengan

sistem sound reinforcement. Antara kedua-dua sistem ini masing-masing mempunyai

kelebihan yang hampir serupa kecuali pada penggunaan serta peralatan-peralatan yang

digunakan adalah berbeza kerana sistem siaraya menggunakan peralatan yang dikawal

secara kawalan biasa sementara sistem sound reinforcement menggunakan sistem yang

lebih teratur dan bersistematik.

Antara perbezaan yang ada pada sistem siaraya dengan sistem sound reinforcement

ialah seperti berikut:-

Sistem Siaraya

a) Kawasan penempatan peralatan adalah terhad.

b) Tahap kesebaran bunyi tidak luas

c) Kos sederhana

d) Penggunaan kuasa serta peralatan kurang

e) Sesuai untuk penyiaran umum

f) Mempunyai satu channel sahaja untuk keluaran

g) 1-channel keluaran tersebut mempunyai banyak pembesar suara

Sistem Sound Reinforcement

a) Kawasan penempatan peralatan adalah luas

b) Tahap kesebaran bunyi lebih luas

c) Kos tinggi

d) Penggunaan kuasa tinggi serta peralatan yang banyak.

e) Sesuai untuk pendengaran muzik

f) Mempunyai 2-channel untuk keluaran

g) 2-channel keluaran tersebut masing-masing mempunyai 1 pembesar suara

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 94: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/22

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.7.3 Penentuan kedudukan pembesar suara

Penempatan pembesar suara adalah merupakan salah satu unsur–unsur yang

digunakan bagi sistem sound reinfotcement. Kedudukan penempatan pembesar suara

adalah bergantung kepada kawasan untuk program yang ingin dijalankan serta tujuan dan

pemilihan pembesar suara yang sesuai.

Ini dilakukan supaya para pendengar atau penonton yang hadir dapat mendengar

keluaran yang dihasilkan dari pembesar suara yang di letakkan secara stratigik itu dengan

sempurna tanpa ada gangguan lain seperti hingar atau bunyian bergema.

Keadaan penyebaran bunyi secara asas yang keluar dari pembesar suara boleh dilihat pada

Rajah 6.7 di bawah ini.

Rajah 6.7. Penyebaran bunyi secara asas

a) Keadaan penyebaran bunyi boleh didapati pada gambarajah diatas. Iaitu

dimana luas penyebaran bunyi yang boleh didengar terletak dititik A,B dan C.

b) Tetapi di titik A tahap bunyi yang didengar adalah sempurna dan kualitinya

adalah bagus.

c) Manakala dititik B dan C tahap bunyi dan kualitinya adalah kurang sedikit

berbanding dengan titik A. d) Ini kerana keadaan bunyi yang keluar melalui pembesar suara pada titik A

adalah dalam keadaan tegak 90° dan terus memberikan tahap penyebaran bunyi

yang jelas dan sempurna tidak seperti pada titik B dan C yang penyebaran

Pembesar suara Titik B titik A Titik C

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 95: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/23

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

bunyinya telah tersebar dengan merata atau pun tidak lurus bagi menghasilkan

bunyi yang jelas dan berkualiti. 6.8 Kegunaan Audio Compresser, audio mixer, Equalizer, Delay, Pemproses Bunyi

(Sound Processer) dan Penguat Kuasa (Power amplifier) .

6.8.1 Audio Compressor

Audio compressor (pemampat audio) adalah peralatan yang biasa digunakan di

dalam studio rakaman. Audio compressor digunakan untuk memampatkan atau

menghadkan julat isyarat audio yang dinamik. Penggunaan audio compressor dapat

menghalang pita rakaman mengalami overload bila isyarat terlalu tinggi dan tidak

kehilangan bila isyarat terlalu rendah. Dengan kata lain audio compressor bertugas untuk

merendahkan isyarat audio yang terlalu tinggi untuk didengar dan dalam masa yang sama

meninggikan isyarat audio yang terlalu rendah kepada paras yang sesuai. Sila rujuk rajah

6.8.

Rajah 6.9 di bawah menunjukkan suatu contoh litar audio compressor. Bagi litar

ini perubahan masukan sebanyak 29dB menghasilkan perubahan pada keluaran sebanyak

9dB. Gandaan litar ini dikawal berdasarkan kepada pengesanan isyarat keluaran

menggunakan litar precision rectifier dan juga pengesan puncak (peak detector). Gandaan

juga dapat dikawal secara manual iaitu dengan mengubah suis ke kedudukan VR1 dan

VR1 dilaraskan untuk mengawal gandaan. Sila kaji litar di rajah 6.9 bersama-sama

pensyarah anda !!!!.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 96: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/24

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

(Sumber : POPtronix/www.poptronix.com) a. Isyarat bunyi yang kuat (atas) terlalu kuat untuk didengar.

b. Isyarat bunyi perlahan berada di paras hingar untuk didengar

c. Isyarat yang telah dimampatkan – Kedua-dua isyarat kuat dan perlahan berada pada

paras yan sesuai.

Rajah 6.8. Perandingan isyarat yang telah dimampatkan dengan isyarat yan

belum dimampatkan.

Rajah 6.9: Litar Skematik Audio Compressor

6.8.2 Audio mixer

Audio mixer digunakan untuk mencampur berbagai sumber isyarat bunyi. Gandaan

bagi isyarat-isyarat bunyi ini dapat dikawal okeh pengguna mengikut keperluan dan kesan-

kesan khas yang dikehendaki.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 97: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/25

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.8.3 Audio Graphic Equalizer

Graphic Equalizer digunakan untuk membetulkan isyarat bunyi supaya

bunyi yang dihasilkan seolah-olah menyamai sumber bunyi yang sebenar. Biasanya

equalizer mempunyai galangan masukan yang tinggi supaya isyarat masukannya tidak

akan mengalami kesan beban. Terdapat pelbagai jenis equalizer dipasaran sekarang ini.

Sebagai contoh, litar pada rajah 6.10. merupakan graphic equaliser dengan lima band

frekuensi kawalan.

Bagi litar ini gandaan isyarat pada frekuensi 100Hz, 300Hz, 1kHz, 3kHz dan

10kHz dapat dikawal antara ±10dB. Pada asasnya graphic equalizer adalah terdiri

daripada beberapa bilangan penapis band-pass (band pass filter) yang mana julat frekuensi

tertentu dapat ditapis, digandakan ataupun dilemahkan mengikut kehendak pengguna.

Cuba kaji litar pada rajah 6.10 dan bincangkan dengan pensyarah anda !!!!.

Rajah 6.10 Contoh litar Five Band Graphic Equaliser

6.8.4. Pemproses Bunyi (Sound Processor)

Pemproses bunyi digunakan pada perisian muzik pada komputer. Ianya berfungsi

untuk mengubah dan melaraskan struktur bunyi supaya menghasilkan bunyi yang sebenar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 98: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/26

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Kesan-kesan yang boleh diberikan oleh pemproses bunyi adalah gema, modulasi keliling,

tremola dan lain-lain. Ia dapat menghasilkan bunyi yang cukup sempurna dan hidup. Ia

berfungsi pada kadar frekuensi audio hampir 48KHz. Bunyi yang dihasilkan adalah kemas

dan ianya dapat didengar dengan jelas dan sempurna. Ia biasa digunakan pada komputer

dan television yang berteknologi tinggi.

6.8.5. Sound Delay Circuit.

Sound delay circuit adalah suatu litar yang dugunakan untk melengahkan bunyi ke

suatu masa tertentu. Biasanya litar ini terdapat dalam litar surround decoder yang mana

keluaran daripada litar delay ini akan disambungkan ke pembesar suara kiri dan kanan

yang ditempatkan di bahagian belakang penonton/pendengar. Dengan adanya litar ini,

bunyi yang didengar seolah-olah benar-benar datang dari belakang. Rajah 6.11 adalah satu

contoh litar delay jenis digital yang digunakan dalam litar surround decoder. Bagi litar ini,

isyarat bunyi akan dilengahkan dalam masa 20 milisaat dan menggunakan litar bersepadu

jenis Mitshubishi M65830.

(Sumber: Elliott Sound Product)

Rajah 6.11. Contoh litar Delay jenis digital

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 99: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/27

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.8.5. Penguat Kuasa

Fungsi penguat kuasa ini adalah bagi menguatkan dan memberi kestabilkan bunyi

pada rakaman cakera keras. Ia biasa digunakan pada studio rakaman dan pada set

pengambaran filem yang berteknologi tinggi.

6.9 Memilih, Memasang Dan Membuat Penyambungan Sistem Bunyi

Sistem audio ataupun sistem bunyi adalah dimana bunyi dirakam atau diambil

melalui mikrofon dan ditukarkan kepada denyut arus elektrik (isyarat audio) dan kemudian

isyarat ini akan ditukarkan kepada isyarat asal melalui pembesar suara dimana penerima

dapat mendengar bunyi yang dikeluarkan.

Rajah 6.12: Rajah Blok Unsur-unsur Sistem Bunyi

6.9.1 Prosedur Pemilihan dan Perangkaan Sistem Audio

• Menentukan fungsi serta tujuan sistem audio digunakan dan alatan pemasangan

yang dilperlukan adalah merupakan satu prosedur perangkaan sistem.

• Sebelum memulakan sesuatu pemasangan peralatan untuk sistem audio

perancangan yang teliti diperlukan untuk mengetahui spesikasi, anggaran kos serta

tujuan sistem ini digunakan.

• Faktor lain yang berkaitan dengan prosedur perangkaan sistem audio ini ialah

seperti berikut:-

a. mengkaji keadaan bunyi dikawasan pemasangan dan persekitaran.

b. Pemilihan audio sistem dan kedudukan tempat pemasangan ditentukan.

c. Pemasangan dan pendawaian bagi alatan sistem audio yang telah dipilih.

AUDIO CAPTURE

STROERAGE AND TRAMISSION

RECEIVER

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 100: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/28

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

d. Membuat lukisan gambarajah blok sistem, gambarajah litar, susunan dan

spesifikasi.

6.10 Menyenggara Peralatan Sistem Bunyi

Pada asasnya penyelenggaraan system bunyi adalah melibatkan kerja-kerja

penyelenggaraan yang melibatkan membaikpulih komponen-komponen atau peralatan

yang terdapat dalam sesuatu system bunyi tersebut seperti pembesar suara, penguat pra,

system pendawaian dan juga penguat kuasa. Komponen yang paling penting dalam system

bunyi adalah system penguatnya. Rajah 6.12 menunjukkan tatacara ujian asas bagi sesuatu

penguat manakala rajah 6.13 menunjukkan rajah skematik bagi system pembesar suara.

6.10.1 Tatacara Ujian Asas

R input

L input

Balance

BassTreble

Stereo IntegratedAmplifier

Audio generator

L loudseaker

Oscilloscop or meter

R loudspeaker

Rajah 6.12 : Tatacara Ujian Asas

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 101: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/29

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

woofer

midrange

tweeter

Rajah 6.13 : Litar skematik Pembesar suara

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 102: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/30

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Soalan 1

Dengan bantuan gambarajah yang sesuai terangkan tentang:

a. Sistem Mono

b. Sistem stereo

c. Sistem Quad

Soalan 2

Terangkan perbezaan antara sistem Sound Reinforcement dengan Sistem Siaraya.

Soalan 3

Terangkan dengan secara ringkas tentang Sistem Siaraya.

Soalan 4

Dengan bantuan rajah yang sesuai terangkan tentang satu contoh penyambungan sistem

bunyi . Nyatakan spesifikasi setiap peralatan yang digunakan secara terperinci.

Soalan 5

Merujuk kepada rajah di bawah, kira jumlah rintangan dan kuasa pembesar suara tersebut,

jika rintangan pembesar suara masing-masing bernilai 20 ohm, 40 ohm, 16 ohm, 8 ohm

dan 26 ohm.

AKTIVITI 6

200V

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 103: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/31

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Soalan 1

a) Sistem Mono

• melibatkan satu saluran atau siaran

• mempunyai 1 pembesar suara

• dikenali sebagai monaural atau monophonic

• maklumat yang disampaikan adalah kurang jelas

• mengambil isyarat bunyi pada satu punca sahaja

b) Sistem Stereo

• melibatkan dua saluran atau siaran

• mempunyai 2 pembesar suara

• dikenali sebagai stereophonic

• maklumat yang disampaikan adalah jelas dan berkualiti

• mengambil isyarat bunyi pada dua punca dan pendengar dapat

mendengar bunyi tersebut pada semua arah

c) Sistem Quad

• melibatkan 4 saluran atau siaran

• mempunyai 4 pembesar suara

• dikenali sebagai quadraphonic

• maklumat yang disampaikan adalah jelas dan berkualiti

• mengambil isyarat bunyi pada empat punca dan pendengar dapat

mendengar bunyi tersebut pada semua arah

MAKLUMBALAS 6

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 104: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/32

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Soalan 2

Sistem Siaraya Sound reinforcemant

-Kawasan penempatan peralatan adalah

terhad.

-Tahap kesebaran bunyi tidak luas

-Kos sederhana

-Penggunaan kuasa serta peralatan

kurang

-Sesuai untuk penyiaran umum

-Mempunyai satu channel sahaja untuk

keluaran

-Satu saluran bagi satu keluaran

mempunyai banyak pembesar suara

-Kawasan penempatan peralatan adalah

luas

-Tahap kesebaran bunyi lebih luas

-Kos tinggi

-Penggunaan kuasa tinggi serta peralatan

yang banyak.

-Sesuai untuk pendengaran muzik

-Mempunyai 2-channel untuk keluaran

-2 saluran keluaran tersebut masing-

masing mempunyai 1 pembesar suara

Soalan 3

Oleh kerana suara semulajadi tidak cukup kuat bagi pendengar yang berada jauh dari

sumber bunyi, terutama dalam jumlah yang ramai, maka perlu suatu system siaraya bagi

mengatasinya Keperluan asas dalam sistem siaraya adalah terdiri daripada mikrofon,

penguat kuasa dan pembesar suara. Siaraya mempunyai 2 paras iaitu paras rendah dan

paras tinggi dimana Sistem siaraya paras tinggi digunakan bagi kawasan yang akan

diliputi oleh pembesar suara yang luas seperti di dalam dewan, masjid, stadium dan

Auditorium. Kedudukan pembesar adalah di pepenjuru ruang supaya tidak ada pantulan

berlaku dan ini mengelakkan berlakunya bunyi yang berekor. Manakala Sistem paras

rendah digunakan bagi kaawasan yang sempit dan jumlah pendengar yang sedikit. Ini

seperti bilik kuliah , bilik mesyuarat dan bilik taklimat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 105: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/33

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Soalan 4

1/RT = 1/20 + 1/40 + 1/16 + 1/8 + 1/26

= 0.278

maka RT = 3.59 ohm

dari formula P=I2R dan V=IR

Maka P = V2/R = (200)2/3.59 = 11.142 KWatt

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 106: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/34

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Soalan 1

Dengan bantuan gambarajah yang sesuai bezakan tentang:

a. Sistem stereo

b. Sistem Quad

Soalan 2

Senaraikan cirri-ciri sistem Sound Reinforcement dan Sistem Siaraya.

Soalan 3

Senaraikan 3 prosedur pemilihan dan perangkaan system audio.

Soalan 4

Lukis dan labelkan rajah tatacara ujian asas bagi suatu penguat stereo.

Soalan 5

Nyatakan 2 daripada komponen system bunyi dan terangkan fungsinya.

Soalan 6

Nyatakan ciri-ciri yang perlu diambilkira semasa memasang sistem bunyi di bilik

mesyuarat.

PENILAIAN KENDIRI 6

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 107: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/35

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Soalan 1

Sistem stereo

Stereo adalah pemain rakaman (record player) yang membekalkan atau

mengeluarkan bunyi dari dua tempat atau arah. Adakalanya, sistem stereo disebut sebagai

‘stereophonic’ dan biasanya hanya dikenali sebagai stereo sahaja.

Rajah 6.1: Gambarajah blok sistem stereo

Satu sistem stereo yang baik dapat menghasilkan ilusi bunyi yang ditetapkan

posisinya seperti merintangi pentas bunyi. Dalam sistem hi-fi, keadaan ini adalah dikenali

sebagai imej stereo (stereo image).

Sistem bunyi stereo tidak hanya menyampaikan maklumat pada satu arah sahaja. Ini

adalah kerana pendengar boleh mengasingkan atau membandingkan bunyi yang didengar.

MAKLUMBALAS KENDIRI 6

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 108: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/36

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Kualiti bunyi yang didengar juga boleh diperbaiki dengan mengambil kira keseimbangan,

frekuensi dan akustik bunyi bagi kedua-dua sumber iaitu muzik instrumen dan juga

kawasan sekitar rakaman yang didengari. Rajah 6.1 di atas menunjukkan susunan bagi

system stereo.

Sistem Quad

Sistem quad adalah sistem yang lebih di kenali sebagai Quadraphonik atau lebih jelas lagi

adalah sistem yang menggunakan 4 pembesar suara keluaran. Sistem bunyi ini di letakkan

untuk meninggikan stereo. Walau bagaimanapun, bunyi quadraphonic ini akan

memantulkan kembali bunyi yang di siarkan di dalam sesuatu bilik kepada bunyi yang

lebih baik . Bunyi ini dapat di dengar atau di bezakan oleh para pendengar dari bunyi yang

asal sebelum proses sistem quad. Ia juga bergantung kepada jenis rakaman bunyi yang di

gunakan atau di siarkan.

Soalan 2

Sistem Siaraya

a) Kawasan penempatan peralatan adalah terhad.

b) Tahap kesebaran bunyi tidak luas

c) Kos sederhana

d) Penggunaan kuasa serta peralatan kurang

e) Sesuai untuk penyiaran umum

f) Mempunyai satu channel sahaja untuk keluaran

g) 1-channel keluaran tersebut mempunyai banyak pembesar suara

Sistem Sound Reinforcement

a) Kawasan penempatan peralatan adalah luas

b) Tahap kesebaran bunyi lebih luas

c) Kos tinggi

d) Penggunaan kuasa tinggi serta peralatan yang banyak.

e) Sesuai untuk pendengaran muzik

f) Mempunyai 2-channel untuk keluaran

g) 2-channel keluaran tersebut masing-masing mempunyai 1 pembesar suara

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 109: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/37

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Soalan 3

3 prosedur pemilihan dan perangkaan system audio adalah seperti berikut :-

1. Menentukan fungsi serta tujuan sistem audio digunakan dan alatan pemasangan

yang dilperlukan adalah merupakan satu prosedur perangkaan sistem.

2. Sebelum memulakan sesuatu pemasangan peralatan untuk sistem audio

perancangan yang teliti diperlukan untuk mengetahui spesikasi, anggaran kos serta

tujuan sistem ini digunakan.

3. Faktor lain yang berkaitan dengan prosedur perangkaan sistem audio ini ialah

seperti berikut:-

• mengkaji keadaan bunyi dikawasan pemasangan dan persekitaran.

• Pemilihan audio sistem dan kedudukan tempat pemasangan ditentukan.

• Pemasangan dan pendawaian bagi alatan sistem audio yang telah dipilih.

• Membuat lukisan gambarajah blok sistem, gambarajah litar, susunan dan

spesifikasi.

Soalan 4 Rajah tatacara ujian asas bagi suatu penguat stereo

R input

L input

Balance

BassTreble

Stereo IntegratedAmplifier

Audio generator

L loudseaker

Oscilloscop or meter

R loudspeaker

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 110: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 06/38

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

Soalan 5 Pemproses Bunyi (Sound Processor)

Pemproses bunyi digunakan pada perisian muzik pada komputer. Ianya berfungsi

untuk mengubah dan melaraskan struktur bunyi supaya menghasilkan bunyi yang sebenar.

Kesan-kesan yang boleh diberikan oleh pemproses bunyi adalah gema, modulasi keliling,

tremola dan lain-lain. Ia dapat menghasilkan bunyi yang cukup sempurna dan hidup. Ia

berfungsi pada kadar frekuensi audio hampir 48KHz. Bunyi yang dihasilkan adalah kemas

dan ianya dapat didengar dengan jelas dan sempurna. Ia biasa digunakan pada komputer

dan television yang berteknologi tinggi.

Penguat Kuasa

Fungsi penguat kuasa ini adalah bagi menguatkan dan memberi kestabilkan bunyi pada

rakaman cakera keras. Ia biasa digunakan pada studio rakaman dan pada set pengambaran

filem yang berteknologi tinggi.

Soalan 6

Ciri-ciri yang perlu diambilkira semasa memasang sistem bunyi di bilik mesyuarat

2 ruang hala pembesar suara kuantiti

A B

Keluasan daripada pembesar suara bagi memperolehi tekanan bunyi pada 90dB pada keluaran maksimun pada satu peralatan audio

Keluasan daripada pembesar suara bagi memperolehi tekanan bunyi pada 85dB pada keluaran maksimum pada satu peralatan audio

(15W)

2 4

Kira-kira 10m persegi Kira-kira 14m persegi

Kira-kira 18m persegi Kira-kira 25m persegi

(30W)

2 4

Kira-kira 18m persegi Kira-kira 25m persegi

Kira-kira 32m persegi Kira-kira 45m persegi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 111: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/1

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Objektif am : Mempelajari dan Memahami Sistem

Hi-fi dan Sistem Teater Rumah.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat dapat :-

• Menerangkan Sistem Hi-Fi

• Menganalisa Sistem Hi-Fi.

• Mengenal Peranti-peranti Hi-Fi.

• Melukis Gambarajah Blok system Hi-fi.

• Menerangkan Fungsi setiap blok berikut;

i. Penguat ii. Kawalan Suara iii. Peranti Masukan iv. Penala v. Pemain Kaset vi. Peranti Keluaran

• Menerangkan Cara Pemasangan Sistem Hi-Fi.

OBJEKTIF

UNIT 7

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 112: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/2

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

7.0 Pengenalan

Hari ini ramai pengemar muzik samada di rumah atau di dalam kenderaan ingin

mendapatkan mutu bunyi yang menarik dan baik, oleh itu perancangan yang baik telah di

buat untuk mendapatkan suara ‘high fidelity’ atau ‘hi-fi’. Mutu suara terbaik seperti itulah

yang dicari pengemar audio.

Kita telah diperkenalkan pada produk pemain stereo yang unggul seperti

‘walkman’ yang sangat kecil dan ringan hingga dapat dibawa kemana-mana serta

dilengkapi pula dengan ‘head phone’ yang ringan. Hingga sekarang ‘walkman’ masih lagi

popular biarpun di pasaran ia sudah banyak berkurangan. Agar dapat didengar sambil

belajar, ‘walkman’ kini telah dilengkapi dengan sepasang pembesar suara mini tanpa

mengurangi mutu suaranya.

Memang kebelakangan ini terdapat kurang permintaan terhadap peralatan hi-fi. Ini

bukan lagi zaman untuk berdisko dengan muzik yang berdentam bunyinya. Tetapi

sekarang ini ramai pengguna mula menyukai muzik yang berbentuk ringan, sedap

didengar atau berat tetapi enak buat dijadikan halwa telinga. Sekarang ini nampaknya

pengeluar-pengeluar sistem stereo hi-fi sedang giat merancang produk hi-fi yang canggih,

mudah dibawa dan mudah di tempatkan di mana pun di segenap penjuru ruang. Contohnya

hi-fi jenis compo adalah salah satu produk yang amat popular di saat ini dan banyak

penggemarnya dan sangat sesuai untuk seseorang seperti karyawan, mahasiswa dan orang

perseorangan. Mutu suara serta bunyi yang dihasilkannya amat hebat jika dibandingkan

dengan peringkat hi-fi besar. Dimana hi-fi compo terdiri dari komponen-komponen hi-fi

yang lengkap sehingga kita dapat menikmati sajian hi-fi yang benar-benar memuaskan.

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 113: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/3

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

7.1 Apa Itu Sistem Hi-Fi ?

Rajah 7.0 dibawah menunjukkan bahagian rangkaian hi-fi stereo mudah. Sistem ini

terdiri dari pra penguat yang dipasang sebagai penguat penyama tape head, penguat pick-

up, penguat mikrofon ataupun hanya sebagai pra penguat linear. Kemudian peringkat

selanjutnya adalah terdiri daripada alat-alat kawalan paras isyarat atau volume, kawalan

suara bass dan treble, dan kawalan keseimbangan stereo atau balance.

Pada peringkat terakhir pula merupakan penguat kuasa yang akan menggerakkan

serta memacu speaker agar dapat mengeluarkan isyarat suara. Rangkaian pra penguat ini

dapat diubahsuaikan supaya sesuai dengan sumber isyarat yang akan kita masukkan.

Rajah 7.0. Rangkaian sistem hi-fi stereo mudah.

Sumber Masukan

Isyarat

Kuasa

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 114: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/4

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

7.1.1 Pra Penguat

Bila kita ingin menggunakan isyarat-isyarat dari tape head, jarum magnetik, atau

mikrofon sebagai isyarat masukan, maka ia mesti melalui rangkaian penguat isyarat kecil

yang dikenali sebagai pra penguat. Pada peringkat ini semua frekuensi isyarat masukan

akan diperkuat dengan gandaan yang sama besar.

Sebagai contoh, IC uPC1032H buatan NEC digunakan untuk keperluan ini.

Sebagai penguat awal, uPC1032H memenuhi standard low noise dan sesuai bila

digunakan untuk menguatkan isyarat daripada tape head atau isyarat jarum magnetik yang

mana nilainya adalah amat kecil. Pada rajah 7.1 di bawah menunjukkan rangkaian pra

penguat yang sederhana. Rangkaian penyama ditentukan oleh nilai-nilai R1, R2, R3, C2, C3,

dan C4, pemilihan nilai komponen-komponen ini dapat ditentukan dengan merujuk pada

jadual 7.1.

Rajah 7.1. Rangkaian pra penguat menggunakan IC uPC1032H

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 115: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/5

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Pra penguat Head Tape Pick Up Mic Aux1

X C:500 pF R:47 k R:47 k R:47 k

R1 810 1k 1 k 1 k

R2 12 k 560 k Hub. Singkat Hub. Singkat

R3 330 k 56 k 100 k 10 k

C2 22 uF 47 uF 47 k 47 uF

C3 - 6,8 nF - -

C4 10 nF 1,5 nF 100 pF -

Jadual 7.1 Jadual nilai-nilai komponen pada pra penguat

7.1.2 RANGKAIAN KAWALAN NADA

Rangkaian kawalan nada pada sistem hi-fi digunakan untuk mengawal gandaan

isyarat dari rangkaian pra penguat. Biasanya isyarat yang dapat dikawal pada peringkat ini

adalah seperti kawalan volume (bahana), kawalan treble, kawalan mid, suis pemilih

loudness dan juga kawalan bass. Pada amnya rangkaian kawalan nada terbahagi kepada

dua jenis iaitu jenis pasif dan juga jenis aktif. Rangkaian kawalan nada jenis aktif terdiri

daripada penapis band-pass yang dibina bersama penguat manakala jenis pasif hanyalah

terdiri daipada penapis-penapis band-pass pada julat frekuensi tertentu. Rajah 7.2 di

bawah menunjukkan rangkaian kawalan nada jenis Baxandall. Rangkaian ini cukup

memadai untuk sistem menerangkan suati sistem hi-fi yang mudah.

Input rangkaian kawalan nada ini adalah melalui suis pemilih yang dapat dipilih

daripada samada dari pra penguat atau sumber lain. Kemudian pada meterupaya 'volume'

dipasangkan suatu rangkaian 'loudness' yang digunakan untuk menonjolkan suara-suara

bass. Untuk potensiometer volume boleh digunakan samada jenis logaritmik (A) ataupun

jenis linear (B). Bila meterupaya linear digunakan maka R6 harus disambungkan supaya

meterupaya tetap bekerja secara logaritmik.

Sebelum masukan litar kawalan nada, terdapat satu penguat transistor yang

disusun dengan konfigurasi colector-base feedback. Pengawal keseimbangan diletakkan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 116: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/6

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

pada masukan transistor tersebut, iaitu dengan P2 linear. Suara bass dikawal oleh P3,

sedangkan suara treble dikendalikan oleh P4. Keluaran dari rangkaian kawalan nada diberi

tambahan untuk kemudahan saluran keluar (line out) bagi membolehkan ia dihubungkan

dengan penguat kuasa di luar yang lebih besar.

Rajah 7.2 Rangkaian kawalan nada

7.1.3 Penguat Kuasa Stereo

Penguat kuasa stereo berfungsi untuk menguatkan isyarat yang diambil daripada

rangkaian kawalan nada kepada suatu nilai yang lebih besar supaya isyarat tersebut dapat

menggerakan atau memacu speaker.

Sebagai contoh, IC penguat stereo jenis TA7230P dibincangkan dalam topik ini. IC

ini mengandungi penguat kuasa stereo terbina dalam dan ianya dikeluarkan oleh syarikat

Toshiba dari negara Jepun. Rangkaian luarnya sangat sederhana seperti yang ditunjukkan

pada rajah 7.3. R14, R15, C24, dan C25 pada inputnya merupakan rangkaian low pass filter.

C15 dan C18 digunakan untuk menjodohkan isyarat input dan menghalang voltan a.t. pada

pin 3 dan 8, C16 dan C17 merupakan penjodoh kepada pada isyarat a.u. agar suara-suara

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 117: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/7

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

frekuensi rendah tidak diredam. C19 adalah bypass filter untuk voltan riak untuk penguat

AF-nya. Keluaran penguat ini diambil dari pin 2 dan 10 melalui kapasitor C22 dan C23,

Manakala bekalan kuasanya dibekalkan pada pin1 dan 8.

Rajah 7.3. Rangkaian penguat kuasa stereo.

7.1.4 Bekalan Kuasa

Bahagian ini tidak boleh tertinggal pada sistem audio mana sekali pun. Di sini

hanya bekalan kuasa yang sederhana dibincangkan seperti yang terdapat pada rajah 7.4

dibawah.

Untuk bekalan kuasa, sebuah transformer tap-tengah digunakan dengan kadaran

1A, 12-0-12 volt. Diod D1 dan D2 berfungsi sebagai liter penerus menukarkan voltan a.u.

kepada voltan a.t. dan ditapis oleh kapasitor C26. Titik positif C26 dibekalkan ke penguat

kuasa, iaitu pada titik VCC. Bekalan kuasa untuk rangkaian kawalan nada dan pra penguat

di ambil dari titik A dan B setelah voltan melalui penapis gyrator R17, C27, R18 dan

transistor BC 107.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 118: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/8

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Rajah 7.4 Litar bekalan kuasa.

7.1.5 Litar Hi-Fi Lengkap

Rajah 7.5 merupakan litar lengkap dari sistem stereo hi-fi ini. Setelah mengenal

bahagian-bahagian dengan secara satu persatu, kita juga dapat menggabungkan bahagian-

bahagian yang telah dibincangkan di atas secara lengkap.

Rajah 7.5. Litar lengkap penguat stereo hi-fi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 119: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/9

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

7.2 Rajah Blok Sistem Hi-Fi

Gabungan bahagian-bahagian yang dibincangkan dalam bahagian 7.1.1 hingga 7.1.5

dapat digambarkan menggunakan gambarajah blok seperti di bawah :-

Rajah 7.6. Rajah blok system hi-fi.

7.3 Fungsi Setiap Blok Fungsi setiap blok seperti yang digambarkan pada rajah 7.6 di atas boleh diterangkan seperti berikut ;

1. Tranduser masukan 1.1 Mikrofon

- Menukar isyarat bunyi kepada isyarat audio

1.2. Tape head

- Bahan rakaman magnetic kepada isyarat audio

1.3. Antena

- Menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio.

2. Pra-penguat 1dan 2

- Menguatkan isyarat audio untuk dihantar ke penguat pemacu

3. Kawalan nada

1

3

2 Penguat pemacu

Penguat kuasa

Pra - penguat

Tranduser masukan seperti mic, tape head dsb.

speaker

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 120: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/10

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

• Volume / bahana

- mengawal isyarat audio

- mengawal amplitud isyarat audio

- kawalan maksima

• Bass

- mengawal amplitud isyarat frekuensi rendah diperlukan atau tidak

• Treble

- mengawal isyarat frekuensi tinggi perlu atau tidak

6. Penguat pemacu

- menguatkan isyarat yang diterima dari litar kawalan nada

- Pemisah fasa : jika penguat kuasa menggunakn jenis tolak-tarik

- Memandu / memacu penguat kuasa supaya bekerja

7. Penguat kuasa

- biasanya menggunakan penguat dari jenis tolak tarik.

- Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya dapat

memacu speaker

8. Speaker

- menukarkan isyarat audio kepada isyarat bunyi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 121: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/11

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

7.4 Cara Pemasangan Sistem Hi-Fi

Rajah 7.7 di bawah menunjukkan kaedah memasang sistem hi-fi.

Rajah 7.7 : Cara Pemasangan Sistem Hi-Fi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 122: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/12

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

7.5 Contoh-Contoh Kerosakan Pada Sistem Hi-Fi

Contoh-contoh kerosakan dalam sistem hi-fi adalah sama seperti kerosakan yang biasa

berlaku dalam sistem audio yang lain. Antaranya adalah seperti berikut :-

i) Tiada keluaran

ii) Keluaran berayun

iii) Keluaran herotan

iv) Keluaran lemah

v) Penerima mati

vi) Kendalian terputus-putus

vii) Gangguan hingar

7.6 Cara Mengesan Kerosakan

i) Deria pendengaran

Penggunaan telinga untuk mendengar kerosakan pada hi-fi. Bunyi yang

dileluarkan oleh pembesar suara mungkin berayun atau tiada keluaran.

ii) Deria pandang

Penggunaan deria pandang untuk memerhatikan kesan kerosakan yang berlaku,

contohnya kesan kepada isyarat bunyi bagi set penguat audio yang rosak

seperti tiada isyarat keluaran audio.

iii) Teknik suntikan isyarat

Ia bermakna memasukkan isyarat yang sesuai daripada penjana isyarat (audio

generator) ke dalam sesuatu litar penguat audio untuk mengesan kerosakan

yang berlaku dalam set penguat tersebut

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 123: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/13

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

iv) Teknik surihan isyarat

Surihan isyarat ialah kita melihat atau menganalisa isyarat dengan

menggunakan osiloskop pada setiap bahagian litardan dibandingkan dengan

bentuk isyarat normal pada litar tersebut dimana ia dilakukan dengan

menggunakan bantuan litar skematik hi-fi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 124: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/14

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Soalan 1 Terangkan secara ringkas ciri-ciri system Hi-Fi Soalan 2 Senaraikan komponen-komponen yang terdapat dalam system Hi-Fi Soalan 3 Terangkan fungsi

i. Penala ii. Kawalan suara iii. Penguat iv. Peranti keluaran

Soalan 4 Namakan bahagian yang berlabel A, B, C, D & E

AKTIVITI 7

1

3

2 B

D

A

C

E

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 125: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/15

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Soalan 1 Hi-fi adalah berasal daripada perkataan “High Fidality” iaitu mutu suara yang baik dan sedap didengar. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut ;

- Keluaran dalam bentuk stereo - Bunyi yang dikeluarkan mempunyai suara bass, treble dan balance yang

boleh dikawa. Soalan 2 Komponen-komponen yang terdapat dalam system hi-fi adalah seperti berikut ;

- tranduser masukan seperti tape head, mic, aux in - peringkat pra penguat - litar kawalan nada dan kawalan keseimbangan - penguat pemacu - penguat kuasa - speaker

Soalan 3

i. Penala - Menerima isyarat yang dihantar melalui system penyiaran samada dalam

bentuk AM atau FM. ii. Kawalan nada

- mengawal kekuatan isyarat audio frekuensi rendah atau tinggi mengikut keperluan pendengar.

iii. Penguat - Menguatkan isyarat audio daripada pra penguat supaya dapat

menggerakkan atau memacu speaker. iv. Peranti keluaran

- Menukar isyarat audio kepada kepada bunyi. Soalan 4 A – Pra Penguat B – Penguat pemacu C – speaker D – Penguat kuasa E – tranduser masukan seperti mikrofon, penala, tape head dsb.

MAKLUMBALAS 7

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 126: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/16

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Soalan 1

Senaraikan EMPAT jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada system hi-fi.

Soalan 2

Bagi suatu system hi-fi, bunyi hanya terhasil pada speaker bahagian kanan sahaja.

Senaraikan bahagian-bahagian mana yang mengalami kerosakan.

Soalan 3

Merujuk kepada litar di bawah, terangkan secara ringkas fungsi-fungsi potentiometer

P2, P3 dan P4.

PENILAIAN KENDIRI 7A

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 127: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/17

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Soalan 1

Pilih mana-mana 4 dari berikut;

i) Tiad keluaran

ii) Keluaran berayun

iii) Keluaran herotan

iv) Keluaran lemah

v) Penerima mati

vi) Kendalian terputus-putus

vii) Gangguan hingar

Soalan 2

Bahagian yang mungkin mengalami kerosokan ialah;

i. Speaker sebelah kiri

ii. Penguat kuasa sebelah kiri

iii. Kawalan Balance

Soalan 3

P2 – Mengawal Balance P3- Mengawal Suara bass P4- Mengawal Suara treble

MAKLUMBALAS

KENDIRI 7A

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 128: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/18

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Case Study

Dapatkan EMPAT contoh servis manual dan spesifikasi system hi-fi yang terdapat

dipasaran sekarang. Bincangkan ciri-ciri hi-fi tersebut dan cuba pastikan yang manakah

mempunyai ciri-ciri terbaik.

PENILAIAN KENDIRI 7B

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 129: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 7/19

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Anda seharusnya mendapatkan maklumat daripada pusat service peralatan

elektronik atau kedai elektronik yang berhampiran dengan anda.

Bincanglah jawapannya dengan pensyarah anda.

MAKLUMBALAS

KENDIRI 7B

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 130: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/1

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Objektif am : Mempelajari dan Memahami Sistem

Teater Rumah.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerang dan menganalisa Sistem Teater Rumah.

• Mengenal Pasti Peranti-peranti Sistem Teater Rumah.

• Melukis Gambarajah Blok Sistem Teater Rumah.

• Menerangkan Fungsi setiap blok.

• Menerangkan Cara Pemasangan Sistem Teater Rumah.

OBJEKTIF

UNIT 8

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 131: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/2

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

8.0 PENGENALAN

Pada asasnya teater rumah (home theater) merupakan suatu pembangunan dalam

meningkatkan mutu dalam sistem tayangan di rumah.

8.1 Peranti-Peranti Sistem Teater Rumah

Di antara komponen atau peranti yang berkaitan dengan sistem ini adalah seperti

di rajah 8.0 di bawah.

Rajah 8.0 : Gambar peralatan sistem teater rumah

8.2 Gambarajah Blok Sistem Teater Rumah

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 132: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/3

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Rajah 8.1 di bawah menunjukkan gambarajah blok sistem teater rumah. Perhatikan

bahawa dalam sistem ini semua peralatannya adalah terdiri daripada peralata audio video

iaitu seperti Digital satelite reciver, Hi fi VCR, DVD player, VHS recoder, A/V reciver,

sistem pembesar suara dan juga television digabungkan menjadi suatu sistem untuk

meningkatkan mutu audio dan video di rumah.

Rajah 8.1. Gambarajah blok sistem teater rumah 8.3 Fungsi Setiap Blok Atau Peralatan Pada Sistem Teater Rumah

i) Penerima A/V

- Merupakan pusat kawalan kepada sistem teater rumah, dimana semua

perkakasan akan disambung kepadanya bagi melengkapkan sistem ini.

- Sebagai pusat penyambungan kepada sistem teater rumah, penerima A/V

akan melakukan tugasan-tugasan yang berbeza-beza mengikut fungsi

HIFI VCR

VHS Recorder DVD player

A/V Reciever

Speaker Speaker Video display TV

Digital Satellite / Cable

Universal Remote Control

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 133: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/4

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

perkakasan tersebut. Diantara tugasan yang dijalankan adalah seperti

memproses / mentafsir tulisan yang dihantar kepadanya dalam bahasa kod,

sebagai pusat pensuisan dan juga berfungsi untuk membesarkan isyarat

yang diterima olehnya kepada keluaran asas sesebuah sistem teater rumah.

Gambar pada rajah 8.2 di bawah menunjukkan sebuah penerima A/V

keluaran Sony.

Rajah 8.2 : Gambar Penerima A/V Keluaran Sony

ii) Sumber Masukan Penerima A/V.

- Merupakan sistem penghantaran isyarat ‘Dolby’ kepada sistem teater

rumah bersepadu ( penerima A/V ). Diantara sumber-sumber tersebut

adalah seperti pemain DVD ( Digital Versatile Disc ), Hi-Fi VCR ( High

Fidelity VCR ), ataupun sistem TV satelit ( DBS ). Rajah di bawah

menunjukkan penerima A/V.

iii) Speakers dan ‘Powered Subbwoofer Speaker’

- Penerima ‘Amplifier’ A/V dan sumber isyarat adalah dua keadaan yang

berbeza, ini membolehkan penerima tersebut menghantar bunyi kepada

pembesar suara secara bunyi keliling ( Sorround sound ).

- Secara umumnya, pembesar suara ini direka berpasangan di bahagian

hadapan kanan dan kirinya bagi menyampaikan maklumat kepada ‘stereo

soundtrack’, manakala bagi pusat pembesar suara pula adalah untuk

dialog. Pasangan pada bahagian belakang pembesar suara adalah untuk

kesan bunyi khas.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 134: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/5

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

- Dengan adanya kuasa ‘Subwoofer’, ia telah membuat tambahan kepada

seluruh laluan bunyi ( soundtrack ) dimana kita dapat merasai bahawa

bunyi nada rendah yang terhasil adalah benar-benar hidup dengan bunyi

yang menyeluruh.

iv) ‘Video Display’ TV

- Bagi memperolehi tayangan gambar yang akan dipaparkan, kita perlu

memperolehi skrin TV ataupun projektor. Di mana TV ini telah

disambungkan kepada sistem penerima A/V.

- Kebiasaannya skrin paparan minima yang diperlukan adalah 27”, ia

merupakan skrin paparan terbaik bagi tayangan sistem teater rumah.

Dibawah ini terdapat empat perbezaan bahagian-bahagian ‘Home Video

Display’ :

a) Tayangan hadapan TV atau projektor

- Projektor merupakan salah satu pilihan yang mahal, tetapi ia dapat

menghasilkan gambar yang lebih baik dan jelas.

- Diantara jenisnya adalah :

• DLP projektor

• LCD projektor

• CRT projektor

• D-ILA projektor

b) Tayangan belakang TV

- Tayangan belakang TV adalah sentiasa ada / berterusan atau untuk

memberi sokongan kepada mod skrin yang lebih luas semasa

menonton dan memberi keluasan yang lebih daripada pemandangan

TV secara terus.

c) Normal Dived View TV

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 135: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/6

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

- Bahagian ini merupakan CRT ( Tiub Sinar Katod ) warna bagi TV,

bagi keluaran terbaru ini ia adalah sebahagian daripada keadaan

HDTV. Bagi skrin TV normal ia bersaiz antara 36” diatas

pepenjuru.

d) Plasma TV

- Skrin ini berbentuk rata dan ianya kelihatan seperti lukisan, serta

mempunyai sudut pandangan yang amat luas secara terus.

v) ‘Universal Remote Control’

c) Apabila kesemua elemen sistem teater rumah ( TV, VCR , DBS, AC

receiver, DVD ) disatukan berkemungkinan kita tidak dapat mencari alat

kawalan jauh ( Remote Control ) yang tepat, ini kerana bilangannya terlalu

banyak akibat daripada setiap satu elemen telah dilengkapi dengan satu unit

alat kawalan jauh.

d) Keadaan ini akan menyebabkan pengguna tidak dapat menikmati

keseronokan dengan sistem teater rumah mereka yang bercelaru disebabkan

kawalan teater rumah tidak dapat dibuat hanya pada satu alat kawalan jauh.

e) Oleh sebab itu, dengan adanya ‘Universal Remote Control’ dan hanya

dengan mempelajari sebahagian daripada perisian tersebut, maka ini dapat

membantu supaya ia dapat diprogram dengan sempurna.

8.4 Pemasangan Sistem Teater Rumah

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 136: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/7

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Rajah 8.3 di bawah menunjukkan suatu contoh bagaimana sistem teater rumah di

pasang. Perhatikan komponen-komponen yang diperlukan untuk menjadikan suatu teater

rumah itu lengkap dan dapat memberikan hiburan yang terbaik.

Rajah 8.3 : Rajah pemasangan sistem teater rumah

8.4.1 Cara Pemasangan Sistem Teater Rumah Secara Ringkas

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 137: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/8

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan kepada

juruteknik yang ingi memasang sisten teater rumah :-

Langkah satu

– Pastikan kesemua komponen dapat bekerja secara serentak. Apabila di buka,

sambungkan kesemua bersama-sama dan pastikan ianya boleh berfungsi.

Langkah dua

– Apabila semua pemasangan telah siap disambung dan dapat berfungsi dengan

sistematik, sekarang kesemua barangan ini perlu ditempatkan dan pastikan sambungan

kabelnya adalah sempurna.

Langkah tiga

– Sambungan kabel perlu mengikut sistem kod warna, dimana sistem tersebut adalah

seperti berikut :

# pembesar suara kiri ( warna putih )

# pembesar suara kanan ( warna merah )

# video ( warna kuning )

8.4.2 Pemasangan Sistem Teater Rumah Dolby Digital 5.1

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 138: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/9

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Rajah 8.4 : Pemasangan Sistem Teater Rumah Jenis Dolby Digital

8.4.3 Pemasangan Sistem Teater Rumah Dolby Digital Ex

Format ini hampir sama dengan format ‘Dolby Digital 5.1’. Walaubagaimanapun,

ia mempunyai enam ‘sound channel’ untuk pembesar suara di bahagian belakang

pendengar.

Fungsi pembesar suara ini menyamai fungsi pembesar suara utama iaitu ia

menyeimbangkan bunyi yang dihasilkan dari pembesar suara kiri dan kanan

pendengar.

Pembesar suara keenam beroperasi dengan cara yang sedikit berlainan berbanding

lima pembesar suara yang lain.

‘Ex receiver’ menarik isyarat dari ‘rear left channel’ dan ‘rear right channel’.

Pada masa ini ‘Dolby Digital Ex’ masih belum digunakan secara meluas, tetapi

pada masa akan datang lebih banyak DVD dan penyiaran digital menggunakan

format ini untuk meningkatkan kemampuan sistem bunyi kelilingnya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 139: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/10

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Rajah 8.5 : Pemasangan Sistem Teater Rumah Jenis Dolby Digital EX

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 140: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/11

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Soalan 1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan sistem teater rumah ? Soalan 2 Senaraikan peranti-peranti yang digunakan dalam sistem teater rumah. Soalan 3 Lukiskan rajah cara pemasangan teater rumah jenis ‘Dolby digital 5.1’ Soalan 4 Lukiskan rajah blok suatu system teater rumah serta nyatakan fungsi setiap blok. Soalan 5 Senaraikan 3 jenis projector yang boleh digunakan untuk paparan bagi satu sistem teater rumah. Soalan 6 Apakah kegunaan ‘Universal Remote Control’

AKTIVITI 8

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 141: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/12

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Soalan 1 Teater Rumah adalah merupakan suatu system audio visual bagi meningkatkan system tayangan di rumah. Saolan 2

i. Hi-fi VCR ii. DBS satelit TV iii. Pemain DVD iv. Pemain CD v. Penerima A/V

Soalan 3

MAKLUMBALAS 8

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 142: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/13

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

HIFI VCR

Penerima A/V

Skrin TV

DBS Satellite TV / Cable

Soalan 4

Rajah 8.0 : Rajah Blok Sistem Teater Rumah

Fungsi Setiap Blok

i) Penerima A/V

- Merupakan pusat kawalan kepada sistem teater rumah, dimana semua

perkakasan akan disambung kepadanya bagi melengkapkan sistem ini.

- Sebagai pusat penyambungan kepada sistem teater rumah, penerima A/V

akan melakukan tugasan-tugasan yang berbeza-beza mengikut fungsi

perkakasan tersebut. Diantara tugasan yang dijalankan adalah seperti

memproses / mentafsir tulisan yang dihantar kepadanya dalam bahasa kod,

sebagai pusat pensuisan dan juga berfungsi untuk membesarkan isyarat

yang diterima olehnya kepada keluaran asas sesebuah sistem teater rumah.

CD Player DVD player

Pembesar suara Pembesar Suara

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 143: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/14

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

ii) Pembesar Suara

- Secara umumnya, pembesar suara ini direka berpasangan di bahagian

hadapan kanan dan kirinya bagi menyampaikan maklumat kepada ‘stereo

soundtrack’,

iii) Skrin TV

- Bagi memperolehi tayangan gambar yang akan dipaparkan, kita perlu

memperolehi skrin TV ataupun projektor. Di mana TV ini telah disambungkan

kepada sistem penerima A/V.

- Kebiasaannya skrin paparan minima yang diperlukan adalah 27”, ia

merupakan skrin paparan terbaik bagi tayangan sistem teater rumah. Dan

memberi keluasan yang lebih daripada pemandangan TV secara terus.

iv) DVD & CD player, DBS Satelit TV dan Hi-fi VCR Ia berfungsi sebagai sumber masukan kepada penerima A/V Soalan 5 Diantara projektor yang boleh digunakan dalam teater rumah adalah.

• DLP projektor

• LCD projektor

• CRT projektor

• D-ILA projektor

Soalan 6 Alat Kawalan Jauh ‘Universal’ digunakan bagi mengawal kesemua komponen pada system teater rumah beroperasi dengan baik supaya pengguna dapat menikmati keseronokan dengan sistem teater rumah mereka.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 144: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/15

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

Case Study Anda di kehendaki membuat tinjauan di kedai elektronik yang menjual produk teater rumah. Sila dapatkan risalah mengenai jenis teater rumah dari kedai yang anda lawati. Terangkan bagaimana sambungan dibuat bagi teater rumah yang anda tinjau itu.

PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 145: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 08/16

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain PKB 08/19/2013

PERALATAN

SISTEM HI-FI & SISTEM TEATHER RUMAH

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

Anda seharusnya membuat tinjauan ke atas syarikat-

atau kedai elektronik tersebut. Bincanglah jawapan

dengan pensyarah anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 146: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/1

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Objektif am : Memahami Digital Vedio Disk (DVD)

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan fungsi DVD.

• Menerangkan Rajah Blok dan Fungsi Setiap Blok.

• Menerangkan jenis-jenis kerosakan dan cara membaikpulih DVD.

OBJEKTIF

UNIT 9

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 147: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/2

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

9.0 Pengenalan

Kedatangan teknologi Cakera Video Berdigit (Digital Video Disk - DVD) telah

membawa banyak penggunaan elektronik kepada pengemar wayang video dan mutu audio di

zaman moden ini. Pada masa sekarang, ramai orang belum lagi terdedah kepada DVD kerana

ia adalah satu alat yang baru dan harganya masih mahal jika dibanding dengan CD-ROM.

9.1 Fungsi DVD

DVD dapat melaksanakan dan menyimpan data daripada setiap arahan yang diperolehi

dari pelbagai sistem multimedia. DVD berupaya menjalankan dan menyimpan berbagai jenis

data seperti audio, fail teks, video hingga ke gambar foto yang diambil melalui kamera digital

dan televisyen.

DVD mempunyai data pada lapis tunggal dengan kapasiti penyimpanan data yang

sangat besar bermula daripada 4.7GB sehingga 17GB. DVD berupaya menyimpan 135 minit

data di dalam format video yang dimampatkan dalam format MPEG-2. Cakera dengan dua

lapisan yang berkapasiti 8 hingga 16GB ini biasa digunakan untuk merakam filem yang lebih

lama atau program perasmian dan program-program khusus yang lain.

DVD juga mempunyai jarak di antara trek lebih kurang setengah kali lebih pendek

dari trek yang terdapat pada CD-ROM untuk mengolah data dengan lebih cepat. Selain

daripada itu DVD mempunyai bahagian yang khas untuk penempatan laser dengan panjang

gelombang dan disk drive yang mempunyai tafsiran dan ukuran yang tepat. Pemain DVD

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 148: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/3

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

yang disambungkan ke TV dapat digunakan untuk menayangkan filem dan drive DVD-ROM

yang telah dipasang pada PC dan merupakan pengganti kepada CD-ROM.

9.1.1 DVD-RAM

Merupakan sebahagian daripada DVD. DVD-RAM ialah Digital Versatile Disc-

Random Access Memory yang mampu menyimpan data sebesar 5.2GB, atau setara dengan

filem dengan tayangan selama 1 jam yang telah ditempatkan pada disc dua muka. Kapasiti

sebesar ini merupakan kesempatan yang baik untuk menyimpan atau menampung data–data

video dengan lebih sempurna.

Sebelum wujudnya DVD-RAM, DVD-ROM (Read Only Memory) merupakan sebuah

drive yang berkapasiti tinggi yang mempunyai peringkat tertinggi untuk penggunaan dalam

pelbagai PC. Tetapi sebelum drive ini benar-benar dapat beroperasi dengan lebih baik,

Toshiba sudah bergerak lebih jauh dengan mereka cipta DVD-RAM yang diarahkan untuk

menjadi pelengkap perisian yang memiliki fasiliti untuk DVD-RAM.

9.1.2 DVD + RW

DVD+RW atau Digital Verasatile Disc + rewriteable adalah salah satu teknologi

yang dikeluarkan di bawah DVD. Disk DVD+RW berupaya menyimpan data sebesar 3GB

sahaja. Walau bagaimanapun teknologi ini dalam proses untuk dikeluarkan dan DVD+RW ini

serasi berbanding dengan teknologi CD yang lain. Teknologi ini merupakan versi terbaru dari

DVD-ROM yang mampu membaca disk-disk daripada DVD+RW. Disk-disk yang terdpat

pada DVD+RW tidak semestinya di simpan di dalam kotak tertutup yang khusus untuk

menjaga kemampuan daya rakamannya. Data-data dapat ditulis berulang kali pada cakera

DVD+RW ini.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 149: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/4

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

9.2 Gambarajah Blok Pemain DVD Rajah 9.0 di bawah menunjukkan rajah blok bagi pemain DVD.

Rajah 9.0 Gambarajah blok bagi pemain DVD

9.2.1 Fungsi Setiap Blok Merujuk kepada rajah blok 9.0. fungsi-fungsi bagi setiap blok boleh diringkaskan

seperti berikut :-

1. Motor

Memutar cakera pada kelajuan tertentu berdasarkan kepada pickup lens. Kelajuan

pusingan cakera adalah paling laju bila ‘pickup lens’ berada pada trak paling luar.

2. Pickup Unit

Membaca data audio dan video yang dimampatkan daripada cakera. Pickup unit ini

akan bergerak dari trak paling dalam ke track paling luar semasa ia membaca data-

data ini.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 150: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/5

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

3. Front-End-Processor

Berfungsi untuk memproses isyarat yang di ambil dari pickup unit iaitu dengan

menguatkan dan menyahmodulatkan isyarat tersebut.

4. Optical Disk Controller

Menentukan dan mengawal kedudukan pickup unit supaya alur pancaran laser tepat

mengenai setiap trak, iaitu dari trak paling dalam ke trak yang paling luar cakera.

5. MPEG-2 Decoder

Menyahkod isyarat yang di mampatkan dalam format MPEG-2 (Motion Picture

Expert Group) kepada isyarat video dan audio.

6. Spindle Motor driver

Mengawal kelajuan motor spindle yang memutar cakera pada kelajuan yang sesuai

dengan kedudukan pickup unit.

7. Servo DSP

Melakukan penyegerakan motor yang mengawal kedudukan pickup unit dengan motor

spindle.

8. Control panel

Sebagai pengantara antara pemain DVD dengan pengguna seperti arahan ‘play’, ‘feed

forward’, ‘search’ dan lain-lain fungsi lagi. Ia juga sebagai pemberi maklumat kepada

pengguna seperti kedudukan trak, masa tayangan dan sebagainya.

9. System CLK

Menjana klok untuk digunakan oleh optical disk controller, MPEG2-decoder dan

system controller.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 151: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/6

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

9.3 Jenis-Jenis Kerosakan Dan Cara Membaikpulih DVD.

Terdapat pelbagai jenis kerosakan yang mungkin berlaku kepada pemain DVD,

antaranya adalah seperti berikut :-

Kerosakan pada bahagian bekalan kuasa.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku, iaitu mungkin

disebabkan oleh kerosakkan pada alatubah, diod penerus, pengatur voltan dan sebagainya.

Kesan daripada kerosakan ini ialah pemain DVD tidak dapat beroperasi langsung.

Cara membaiki kerosakan begini adalah sama dengan membaiki peralatan elektronik

lain iaitu dengan cara merujuk litar skematik bahagian bekalan kuasa dan lokasi kerosakan

ditentukan dengan teknik surihan isyarat ataupun memastikan komponen-komponen terlibat

digantikan.

Kerosakan pada Sistem kawalan .

Kerosakkan pada system kawalan adalah seperti tiada sebarang tindak balas pada

pemain DVD jika butang operasi ditekan sebagai contoh, butang operasi PLAY dilakukan

pemain DVD tidak berfungsi seperti yang diarahkan. Kerosakkan begini berlaku di bahagian

control panel. Periksa bahagian control panel, ataupun mikroprosesor mengalami kerosakan

dan periksa bahagian litar tercetak pada IC mikropemprosesor dan ujian jika ada bekalan pada

mikroprosesor atau tidak.

Kerosakan pada Sistem ‘Loading Disc’.

Masalah pada loading disc adalah seperti ‘CD Tray’ tidak terbuka semasa butang

‘open’ ditekan. Masalah ini terdapat banyak kemungkinan yang menjadi faktor kerosakan

pada ‘CD Mekanism’. Periksa bahagian ini, kemungkinan ‘Belting’ pada ‘loading disk tray’

terputus atau tiada tegangan (kendur) dan juga periksa pada gear-gear mekanisma CD jika

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 152: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/7

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

ianya retak atau tercabut, serta pada ‘loading motor’ jika ianya sudah rosak atau tiada

sebarang voltan diberikan kepadanya. Oleh itu, periksa pada ‘loading switch ’atau pada

bekalan kuasa ‘loading motor’ tersebut.

Kerosakan pada Mekanisma Servo

Kerosakan begini terjadi disebabkan banyak punca, contohnya litar servo untuk

mengawal spindle motor mengalami kerosakan ataupun litar yang mengawal pergerakan lensa

mengalami kerosakan. Masalah ini akan menyebabkan data yang terdapat pada cakera DVD

tidak dapat dibaca dan diproses.

Kerosakan Calaran yang Sedikit pada cakera

Gunakan cecair pembersih 'acrylic' ( contoh Prist ) dan ikut arahan, sentiasa. ingat

cara membersihkannya iaitu bermula dari titik tengah cakera DVD ke bahagian luar dalam

satu garis lurus dengan cara sapuan yang lembut. Jangan gunakan banyak masa pada satu

tempat semasa membuat sapuan kerana ia akan menghasilkan haba yang akan memberikan

kesan sampingan ke atas data yang tersimpan dalam cakera DVD ataupun filem aluminium

pada cakera tersebut. Kemudian lap cakera tersebut menggunakan tuala yang lembut. Jangan

lap cakera, cuma tekap bahagian yang basah untuk mengeringkannya. Selepas, itu masukkan

ke dalam pemacu cakera supaya ia berpusing dan biarkannya lebih kurang 20 minit untuk

membuang kelembapan pada cakera tersebut.

Kerosakan CD Gagal Dibaca

'Laser Root' merupakan dimana pemacu gagal membaca perisian yang terdapat di dalam

Cakera. la tidak boleh dibaiki dan terpaksa ditukar.

Kebanyakan jenis kerosakan pada DVD adalah lebih kurang sama dengan kerosakan

yang berlaku pada Audio CD. Sila rujuk pada unit 10 untuk penerangan yang lebih lanjut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 153: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/8

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan DVD dan nyatakan fungsi DVD.

Soalan 2 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan DVD- RAM dan DVD+RW. Soalan 3 Berpandukan rajah blok DVD, terangkan fungsi bagi blok berikut;

i. Optical Disk Controller ii. Spindle Motor Drive iii. Servo DSP iv. Front-end Processor

Soalan 4

Apakah kebaikan–kebaikan DVD jika dibandinggkan dengan video CD

AKTIVITI 9

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 154: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/9

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1

DVD adalah singkatan dari perkataan ‘Digital Versatile Disk’ atau nama umumnya ia lebih

di kenali sebagai ‘Digital Video Disk’. Ia berfungsi untuk menyimpan data pelbagai jenis

sistem multimedia seperti data audio, teks, video hinggalah ke gambar foto.

Soalan 2

DVD-RAM adalah ‘Digital Versatile Disk-Random access Memory’ ia mampu menyimpan

data sebasar 5.2 GB (Gygabite) atau setara dengan tayangan filem selama 1 jam. Manakala

DVD+RW adalah ‘Digital Versatile Disk-rewritable’ adalah satu teknologi baru yang

dikeluarkan dibawah DVD. Cakera DVD + RW berupaya menyimpan data sebesar 3GB

sahaja. Walaubagaimanapun teknologi ini dalam proses untuk dikeluarkan dan DVD + RW

ini serasi berbanding dengan teknologi CD yang lain. Teknologi ini merupakan versi

terbaru dari DVD ROM yang mampu membaca disk-disk daripada DVD + RW . Disk-disk

yang terdapat pada DVD + RW tidak semestinya disimpan di dalam kotak tertutup yang

khusus untuk menjaga kemampuan daya rakamannya. Data-data pada cakera DVD+RW

dapat ditulis dan dipadamkan berulang kali.

Soalan 3

1. Optical disk controller.

Menentukan dan mengawal kedudukan pickup unit supaya alur pancaran laser

dapat mengenai setiap trak iaiatu dan trak paling dalam ke trak paling luar cakera.

MAKLUMBALAS 9

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 155: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/10

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

2. Spindle Motor Drive

Mengawal kelajuan motor spindle yang memutar cakera pada kelajuan yang sesuai

dengan kedudukan unit pickup.

3. Servo DSP

Melakukan penyegerakan motor yang mengawal kedudukan pickup unit dengan

motor spindle

4. Front-End-Processor

Memproses isyarat yang diambil dari pickup unit iaitu menguatkan isyarat tersebut

dan menyahmodulatkannya.

Soalan 4

Kelebihan DVD ialah ;

1. dapat menyimpan berbagai jenis data seperti audio, teks file, video hingga ke

gambar foto yang diambil melalui kamera dan televisyen.

2. mempunyai kapasiti penyimpanan data yang sangat besar bermula daripada

4.7GB sehingga 17GB.

3. Data boleh di simpan pada kedua- dua lapisan cakera.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 156: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/11

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1

Apabila butang play ditekan unit paparan memaparkan perkataan ’ No Disc’ bahagian

manakah yang mengalami kerosakan. ?

Soalan 2

Nyatakan fungsi blok ‘ Optical disc controller’.

Soalan 3

Apakah akan berlaku jika pick up unit mengalami kerosakan.

Soalan 4

Bahagian manakah yang mengalami kerosakan jika operasi pemain DVD dalam

keadaan ‘ Intermittent’ bila di ‘ON’ kan.

Soalan 5

Apakah kesan kepada pemain DVD jika bahagian unit bekalan kuasa mengalami

kerosakan.

PENILAIAN KENDIRI 9

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 157: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 09/12

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Jawapan 1

Kemungkinan kerosakan

a. bahagian Pick- up unit rosak.

b. Lensa pada pick up unit kotor.

c. Disc tercalar teruk.

d. Disc diletakkan dalam keadaan terbalik.

e. Bahagian Litar Servo DSP mengalami kerosakan

Jawapan 2

Tugas bahagian optical disc controller ialah untuk menentukan kedudukan pickup unit

supaya alur pancaran laser tepat mengenai setiap trak, iaitu dari trak paling dalam ke

trak paling luar cakera.

Jawapan 3

Jika Pick-up unit mengalami kerosakan, unit paparan akan menunjukkan perkataan ‘no

disc’ dan tiada gambar dan suara pada monitor.

Jawapan 4

Bahagian unit bekalan kuasa beroperasi secara ‘intermittent’. Kemungkinan berlaku

‘dry joint’ pada mana-mana bahagian dalam unit pemain DVD tersebut.

Jawapan 5

Pemain DVD tersebut tidak beroperasi.

MAKLUMBALAS KENDIRI 9

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 158: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/1

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Objektif am : Memahami Peralatan Cakera Padat Audio (Audio CD).

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menyatakan kegunaan dan fungsi Cakera Padat Audio.

• Menerangkan Struktur Binaan Cakera Padat Audio.

• Menerangkan Cara CD di baca.

• Melukis Rajah Blok Pemain Cakera Padat Audio.

• Menerangkan fungsi blok Laser Pickup.

• Membaca Litar Skematik Unit Bekalan Kuasa Pemain Cakera

Padat Audio.

• Mengenal pasti beberapa Kerosakan pada Pemain Cakera Padat

Audio.

• Membaikpulih Kerosakan yang berlaku pada Pemain Cakera

Padat Audio.

OBJEKTIF

UNIT 10

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 159: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/2

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

10.0 Pengenalan

Secara amnya, cakera padat audio merupakan satu media yang digunakan sebagai

penyimpanan sampel audio berdigital. Ia mempunyai kepadatan yang tinggi untuk

menyimpan data audio. Suatu cakera padat audio dapat menyimpan lebih kurang 74 minit

musik stereo yang direkod berserta 16 resolution dan menggabungkan suatu nombor

kesalahan seperti kesalahan potongan, pengesanan dan teknik pembetulan.

10.0.1 Struktur Binaan Fizikal Cakera Padat (Cd)

Sesuatu cakera padat adalah berdiameter 120mm dibina daripada bahan jenis

polikarbonat. Bahagian tengah mengandungi satu lubang yang berdiameter 15mm. Bahagian

yang paling dalam adalah bahagian disk yang tidak mempunyai data. Bahagian data yang

aktif adalah bermula dari diameter 46mm dan berakhir pada diameter 117mm. Cara data

ditulis dan dibaca adalah daripada bahagian tengah ke bahagian luar.

Suatu cakera padat (CD) mengandungi susunan ‘pits’ memanjang melingkari cakera

tersebut dari bahagian tengah ke bahagian tepi membentuk satu trek yang halus dan panjang

dan kelihatan berlingkar pada disk.

Setiap pits adalah lebih kurang 0.5 mikron lebarnya dan panjangnya adalah 0.83

mikron ke 3.56 mikron. Kawasan di antara pits dikenali sebagai ‘land’. Pits adalah dibentuk

dalam disk polikarbonat melalui proses ‘injection molding’. Lebar suatu pits CD adalah lebih

kurang gelombang cahaya hijau (green light). Laluannya adalah dipisahkan lebih kurang tiga

kali ganda daripada gelombang cahaya hijau. Pemecahan suluhan cahaya kepada pelbagai

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 160: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/3

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

jalur warna. Daripada ciri-ciri inlah yang membuatkan permukaan CD kelihatan berwarna

menarik.

Satu lapisan nipis (50-100nm) logam (contohnya: aluminium, emas atau perak)

membaluti pits. Satu tambahan lapisan nipis (10-30 mikron) polimer membaluti logam.

Akhirnya, satu label dibentuk daripada silk-screened pada bahagian atas. Diketahui bahawa

pits adalah lebih dekat kepada sisi silk-screened disk (20 mikron) daripada bahagian sisi baca

disk (1.55 mm). Maka, ia adalah lebih mudah terdedah kepada kerosakan pada suatu disk

melalui goresan pada bahagian atas berbanding daripada bahagian bawah. Rajah 10.1

menunjukkan struktur binaan cakera padat. Rajah 10.2 pula menunjukkan susunan pits pada

suatu CD.

(Sumber : Ken Pohlmann, Principle of Digital Audio p.221)

Rajah 10.1 : Struktur Binaan Cakera Padat (CD)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 161: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/4

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

(Sumber : Professor Kelin J. Kuhn, Audio Compact Disk - An Introduction) Rajah 10.2 : Susunan Pit pada Trek CD

Membaca Pits.

(Sumber : Professor Kelin J. Kuhn, Audio Compact Disk - An Introduction) Rajah 10.3 : Bentuk ‘Pit/Bump’

Suatu cakera padat kebiasaannya akan dibaca daripada bahagian hujung bawah. Dengan

itu, daripada pandangan laser beam membaca disk. Pits yang dilihat kebawah dalam CD

adalah sebenarnya suatu ‘bump’ yang dilihat ke atas oleh pancaran laser.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 162: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/5

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Polikarbonat sebenarnya ialah suatu bahagian sistem optikal untuk membaca pits. Indek

biasa untuk udara adalah 1.0 manakala indek untuk polikarbonat adalah 1.55. cahaya laser

berlaku pada permukaan polikarbonat akan dibias pada sudut yang lebih besar ke

permukaan.

Laser digunakan untuk pemain CD adalah kebiasaannya suatu AlGaAs diod laser dengan

satu gelombang dalam udara pada 780nm. Gelombang di dalam polikarbonat adalah satu

factor pada n=1.55 kecil ataupun dalam lingkungan 500nm.

Pits/ bump adalah dibina secara berhati-hati supaya ia adalah satu per empat pada satu

gelombang tinggi. Cahaya dipantul daripada ‘land’ akan ditangguh melalui 1/2 daripada

gelombang dan ia adalah tepat keluar daripada fasa dengan cahaya yang dipantul daripada

pits. Dua gelombang ini akan diganggu dan dirosakkan dengan berkesan tiada cahaya

dipantul.

Jarak di antara pits adalah dipilih dengan sama rata, iaitu; secara berhati-hati.

10.3 Fungsi Pemain Audio CD

Fungsi pemain audia CD ialah untuk memproses isyarat audio dalam bentuk digital

yang terdapat pada cakera CD audio dan menukarkan isyarat tersebut kepada isyarat suara

yang boleh di dengar. Contohnya lagu-lagu, syarahan dan sebagainya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 163: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/6

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

10.2 Gambarajah Blok Dan Fungsi Setiap Blok Bagi Pemain Audio CD

Rajah 10.4 menunjukkan rajah blok bagi pemain cakera padat audio.

Rajah 10.4 : Rajah Blok Pemain Audio CD

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 164: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/7

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Laser Pickup

Fungsi laser pickup adalah untuk membaca data audio dari setiap trek pada cakera.

Bentuk data yang di baca berdasarkan susunan pit/bump pada trek tersebut.

Optical Train

Optical train yang paling umum dalam pemain CD yang moden adalah tiga beam

pick-up. Cahaya yang dipancarkan melalui diod laser dan memasuki kisi-kisi pemecahan

suluhan cahaya kepada pelbagai jalur warna. Kekisi menukarkan cahaya ke dalam satu

bahagian tengah puncak tambah sisi puncak. Puncak tengah utama dan dua sisi puncak adalah

penting dalam laluan mekanisma.

Tiga Kedudukan Focus Beam

Terdapat tiga kedudukan fokus alur cahaya laser yang mengena pada trek CD, iaitu;

i. Terlalu dekat

Jika objektif lensa adalah dekat pada CD daripada tumpuan panjang objek lensa, maka

lensa silinder mencipta satu imej berbentuk bujur pada photodetector yang teratur. Rujuk

Rajah 10.5

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 165: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/8

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

(Sumber : Professor Kelin J. Kuhn, Audio Compact Disk - An Introduction) Rajah 10.5 : Kedudukan Fokus Cahaya Laser Terlalu Dekat Dengan Disk (pit)

ii. Terlalu Jauh

Jika objektif lensa adalah jauh daripada tumpuan panjang daripada objek lensa, maka

lensa silinder akan mencipta lagi imej pada photodectector. Walaubagaimanapun, imej

berbentuk bujur ini adalah berbentuk tepat kepada imej pertama. Rujuk Rajah 10.6

(Sumber : Professor Kelin J. Kuhn, Audio Compact Disk - An Introduction) Rajah 10.6 : Kedudukan Fokus Cahaya Laser Terlalu Jauh dari Disk (pit)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 166: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/9

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

iii. Kedudukan Tepat

Jika disk berada tepat pada tumpuan panjang daripada lensa objektif, maka lensa silinder

tidak mempengaruhi imej dan ia berputar dengan sempurna. Rujuk Rajah 10.7

(Sumber : Professor Kelin J. Kuhn, Audio Compact Disk - An Introduction) Rajah 10.7 : Kedudukan Fokus Cahaya Laser Tepat Pada Disk (pit)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 167: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/10

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

10.3 Litar Skematik Bekalan Kuasa Pemain Cakera Padat Audio. Rajah 10.8 menunjukkan litar skematik bekalan kuasa pemain cakera padat audio

Rajah 10.8 : Litar Skematik Bekalan Kuasa Pemain Cakera Padat Audio (Sumber :

Compact Disc Troubleshooting & Repair, Neil Heller, Thomas Bentz)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 168: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/11

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

10.4 Kerosakan Dan Cara Membaiki

Terdapat pelbagai jenis kerosakan yang mungkin berlaku kepada pemain cakera

padat audio, antaranya adalah seperti berikut :-

Pengaturan voltan yang lemah.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku, iaitu mungkin

disebabkan oleh kerosakkan pada transistor pengatur pada litar tersebut atau ‘semiconductor

drive’ yang lain. Keadaan ini berlaku input d.c pada collector transistor adalah rendah.

Periksa transistor tersebut yang mungkin ia pintas atau terbuka atau mungkin tiada pengatur

langsung juga disebabkan oleh tiada transistor pengatur voltan. Sila rujuk Rajah 10.8.

Kerosakan pada Sistem kawalan .

Kerosakkan pada system kawalan adalah seperti tiada sebarang tindak balas pada

ACD jika butang operasi ditekan sebagai contoh, butang operasi PLAY dilakukan pemain

cakera padat audio tidak berfungsi seperti yang diarahkan. Kerosakkan begini berlaku di

bahagian litar prosessor. Periksa bahagian control panel, ataupun mikroprosesor mengalami

kerosakan dan periksa bahagian litar tercetak pada IC mikropemprosesor dan ujian jika ada

bekalan pada mikroprosesor atau tidak. Rujuk Rajah 10.4.

Kerosakan pada Sistem ‘Loading Disc’.

Masalah pada loading disc adalah seperti ‘CD Tray’ tidak terbuka semasa butang

‘open’ ditekan. Masalah ini terdapat banyak kemungkinan yang menjadi faktor kerosakan

pada ‘CD Mekanism’. Periksa bahagian ini, kemungkinan ‘Belting’ pada ‘loading disk tray’

terputus atau tiada tegangan (kendur) dan juga periksa pada gear-gear mekanisma CD jika

ianya retak atau tercabut, serta pada ‘loading motor’ jika ianya sudah rosak atau tiada

sebarang voltan diberikan kepadanya. Oleh itu, periksa pada ‘loading switch ’atau pada

bekalan kuasa ‘loading motor’ tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 169: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/12

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Kerosakan pada Fokus Servo

Masalah pada focus servo ini berlaku pada litar servo pemain CD, masalah ini agak

rumit untuk diperbaiki. Tapi jika lensa tidak bergerak atau tidak berfungsi ini disebabkan

oleh focus coil pada lensa CD itu rosak ataupun masalah berlaku pada ‘driver circuit’ jika

masalah ini berlaku maka CD lensa perlu diganti dan ‘drive circuit heart’ diperiksa. Rujuk

pada rajah Example of a APC circuit (Toshiba).

Kerosakan Calaran yang Sedikit pada Disk

Gunakan cecair pembersih 'acrylic' ( contoh Prist ) dan ikut arahan, sentiasa. ingat

cara membersihkannya iaitu bermula dari titik tengah CD ke bahagian luar dalam satu garis

lurus dengan cara sapuan yang lembut. Jangan gunakan banyak masa pada satu tempat semasa

membuat sapuan kerana ia akan menghasilkan haba yang akan memberikan kesan sampingan

ke atas data yang tersimpan dalam CD ataupun filem aluminium pada CD tersebut. Kemudian

lap CD tersebut menggunakan tuala yang lembut. Jangan lap CD, cuma tekap bahagian yang

basah untuk mengeringkannya. Selepas, itu masukkan ke dalam pemacu CD supaya ia

berpusing dan biarkannya lebih kurang 20 minit untuk membuang kelembapan pada CD

tersebut.

Kerosakan Calar yang Banyak pada Disk

Mula-mula cuba gunakan cara pembersihan untuk calaran yang sedikit. Jika ianya

tidak berkesan, gunakan cara ini. Sila berhati-hati apabila mengaplikasikan cara ini. Gunakan

CD yang tidak digunakan lagi untuk latihan kerana cara ini agak susah. Gunakan 'Micro-Mesh

kit'. Ikut arahan / langkah-langkah yang diberi dimana ia memberitahu anda arah gerakan

untuk pembersihan CD. Pastikan setiap langkah pembersihan ditamatkan pada bahagian luar

CD dan bermula dari tengah. Berkerja pada bahagian yang rosak sahaja. Selepas setiap sapuan

yang kasar, sapukan pula dengan lembut pada bahagian yang dibersihkan untuk

menghilangkan kesan calar. Jangan terlalu menekan CD semasa membuat gosokan dan jangan

mengambil masa yang panjang pada satu-satu titik. Ini kerana gosokan yang lama akan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 170: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/13

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

menghasilkan haba yang akan memusnahkan CD tersebut. Jika ia rosak, ia tidak boleh

diperbaiki lagi. Selepas selesai, CD tersebut seharusnya licin seperti kaca dan tiada kesan

calar.

CD Yang Melengkung

CD yang melengkung boleh dibetulkan semula dengan meletakkannya di antara dua plat gelas

yang rata dan menekannya dalam tempoh yang panjang. CD yang diperbuat daripada plastic

boleh melengkung sekiranya terdapat kepanasan yang melampau. Mula -mula panaskan CD

ke 100 darjah Fahrenhait. Pastikan CD bersih atau bebas dari kekotoran. Bersihkan semula

menggunakan benda yang lembut. Apabila kepanasan CD mencapai tahap yang diminta iaitu

100 Fahrenhait, letakkan di antara dua keping kaca yang rata dan tindihkan kaca tersebut

dengan buku yang beratnya lebih kurang 10 paun. Pastikan berat yang menekan CD adalah

sama rata. Biarkan untuk 2 atau 3 hari.

Kerosakan CD Gagal Dibaca

'Laser Root' merupakan dimana pemacu gagal membaca perisian yang terdapat di dalam CD.

la tidak boleh dibaiki dan terpaksa ditukar.

CD Yang Retak (Cracked CDs)

Jika CD retak, ja mungkin boleh dimainkan tapi hanya pada track yang pertama sahaia. la

merupakan kerosakan kekal dan tidak boleh dibaiki. Jadi, cara yang paling mudah adalah

menukarnya kepada yang baru.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 171: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/14

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1 Merujuk kepada rajah sekeping CD, labelkan bahagian-bahagian yang penting dalam pembinaan CD. Soalan 2 Nyatakan 3 kedudukan titik focus yang mungkin berlaku ketika ‘laser pickup unit’ membaca data dari cakera. Soalan 3

Rajah 10.8 menunjukkan pengatur bekalan kuasa pemain CD Philips, Jika didapati voltan -

6V lemah, Komponen manakah yang mungkin mengalami kerosakan dan juga kesannya ,

voltan AC 9V daripada transformer kuasa adalah normal.

Soalan 4

Bahagian manakah yang mungkin mengalami kerosakan jika butang open CD ditekan tetapi

CD tray tidak terbuka. Nyatakan bahagian-bahagian yang mungkin mengalami kerosakan.

Soalan 5 Anda dikehendaki mendapatkan manual satu Model audio CD yang terdapat di pasaran hari

ini. Dari manual tersebut senaraikan blok-blok yang terdapat pada litar Audio CD serta

terangkan fungsi setiap blok tersebut.

AKTIVITI 10

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 172: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/15

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1

Soalan 2

i. Terlalu dekat dari pit/bump – iaitu titik focus berada melepasi pit/bump

ii. Terlalu Jauh dari pit/bump – tidak kena pada pit/bump

iii. Tepat pada pit/bump.

Soalan 3

Terdapat 2 kemungkinan iaitu IC pengatur voltan 79M06CT mengalami kebocoran atau

kapasitor 2519 bocor atau transistor pengatur BC328/16 mengalami kerosakan. Kesan dari

kerosakan tersebut menyebabkan bahagian litar yang mendapat bekalan daripada punca –

6V ini tidak dapat berfungsi.

MAKLUMBALAS 10

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 173: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/16

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 4

Kemungkinan peralatan yang rosak adalah;

i. Sistem Loading Disk

Iaitu mungkin kerosakan pada ‘belting’, gear-gear pada system mekanisma tray mengalami

kerosakan seperti gear pecah atau retak atau tercabut.

ii. Loading Motor

Mengalami kerosakan atau tidak mendapat bekalan.

Soalan 5

Buat perbincangan dengan pensyarah anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 174: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/17

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1. Nyatakan TIGA kerosakan utama pada pemain cakera padat audio dan terangkan secara ringkas ketiga-tiga kerosakan tersebut. Soalan 2. Merujuk kepada rajah blok di bawah (Rajah S.2) namakan blok-blok yang berlabel A, B, C, D dan E. Soalan 3. Merujuk kepada rajah litar bekaian kuasa pemain cakera padat pada rajah 10.8.

i. Jika I.C. 7815 (6517) terpintas antara pin 1 dan pin 2. Apakah kesan terhadap voltan keluarannya.

ii. Kapasitor 2513 terpintas. Apakah kesan terhadap litar paparan ?. iii. Kapasitor 2509 terpintas. Apakah kesan terhadap keluaran I.C. 6506.

Soalan 4. Dengan bantuan gambarajah yang sesuai terangkan tentang proses membaca data pada CD. Soalan 5. Terangkan fungsi “Laser Pickup Unit”.

PENILAIAN KENDIRI 10

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 175: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/18

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Rajah S.2 (Untuk soalan 2)

A

B

C

D

E

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 176: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/19

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1 Tiga kerosakan utama yang selalu berlaku adalah seperti berikut :-

Pengaturan voltan yang lemah.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku, iaitu mungkin

disebabkan oleh kerosakkan pada transistor pengatur pada litar tersebut atau ‘semiconductor

drive’ yang lain. Keadaan ini berlaku input d.c pada collector transistor adalah rendah.

Periksa transistor tersebut yang mungkin ia pintas atau terbuka atau mungkin tiada pengatur

langsung juga disebabkan oleh tiada transistor pengatur voltan. Sila rujuk Rajah 10.8.

Kerosakan pada Sistem kawalan .

Kerosakkan pada system kawalan adalah seperti tiada sebarang tindak balas pada

ACD jika butang operasi ditekan sebagai contoh, butang operasi PLAY dilakukan pemain

cakera padat audio tidak berfungsi seperti yang diarahkan. Kerosakkan begini berlaku di

bahagian litar prosessor. Periksa bahagian control panel, ataupun mikroprosesor mengalami

kerosakan dan periksa bahagian litar tercetak pada IC mikropemprosesor dan ujian jika ada

bekalan pada mikroprosesor atau tidak. Rujuk Rajah 10.4.

MAKLUMBALAS KENDIRI 10

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 177: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/20

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Kerosakan pada Sistem ‘Loading Disc’.

Masalah pada loading disc adalah seperti ‘CD Tray’ tidak terbuka semasa butang

‘open’ ditekan. Masalah ini terdapat banyak kemungkinan yang menjadi faktor kerosakan

pada ‘CD Mechanism’. Periksa bahagian ini, kemungkinan ‘Belting’ pada ‘loading disk tray’

terputus atau tiada tegangan (kendur) dan juga periksa pada gear-gear mekanisma CD jika

ianya retak atau tercabut, serta pada ‘loading motor’ jika ianya sudah rosak atau tiada

sebarang voltan diberikan kepadanya. Oleh itu, periksa pada ‘loading switch ’atau pada

bekalan kuasa ‘loading motor’ tersebut.

Soalan 2

A. Post Amplifier

B. Serial EEPROM

C. Laser Pickup Unit.

D. RF Amplifier

E. NTSC/PAL Encoder

Soalan 3

i. Voltan keluaran +15V akan berkurang menjadi sifar.

ii. Unit pemapar tidak boleh berfungsi kerana tidak mendapat bekalan kuasa.

iii. Voltan keluaran -15V akan berkurang menjadi sifar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 178: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 10/21

Asri/Afli/Rizuhan/Wan Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 4

Data audio pada cakera akan dibaca oleh photodetector yang berada di pickup unit

pada setiap trek iaitu dari trek yang paling tengah ke trek yang paling hujung. Cakera akan

berputar pada kelajuan yang sesuai dengan kedudukan lensa pickup unit. Cahaya akan

dipancarkan dari diod laser akan melalui polarizing beam splitter, collimator lens, ¼ wave

plate dan objective lens akan mengena samada pit atau bump pada cakera. Cahaya tersebut

akan dibalikkan oleh pit atau bump akan melalui objective lens, ¼ wave plate, collimator

lens akan dibiaskan oleh polarizing beam splitter seterusnya melalui concave singlet lens

dan cylindrical lens dan mengena pada photodetector array. Photodetector array akan

menukar isyarat cahaya ini kepada isyarat elektrik untuk diproses dan ditukarkan kepada

isyarat bunyi. Rujuk rajah di bawah, anak panah menunjukkan arah pergerakan cahaya.

Rajah S.4. Bagaimana photodetector array membaca data pada cakera.

Soalan 5

Fungsi laser pickup adalah untuk membaca data audio dari setiap trek pada cakera.

Bentuk data yang di baca berdasarkan susunan pit/bump pada trek yang terdapat pada cakera

tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 179: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/1

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Objektif am : Memahami Peralatan Digital Audio Tape (DAT)

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan jenis-jenis pemain DAT.

• Melukis gambarajah blok unit Audio dan Syscon bagi pemain

DAT.

• Menyenaraikan jenis-jenis kerosakan dan cara membaikpulih.

OBJEKTIF

UNIT 11

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 180: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/2

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

11.0 Pengenalan

Digital Audio Tape (DAT) dicipta pada tahun 1987, adalah satu sistem rakaman digital

di mana dapat merakam lebih daripada 3 jam suara digital pada setengah saiz daripada kaset

analog, dimana ia adalah sama dengan Compact Disk (CD). (menggunakan 44.1kHz Sampling

Frequency dan 16 bit). Ini hanya rakaman biasa yang tidak menggunakan teknik mampatan

data (data compression). Ini bermaksud, keseluruhan daripada isyarat berada dalam keadaan

kekal seperti asal. Kualiti format DAT mempunyai standard perakam digital dan boleh di

adaptasi dengan cepat dan mudah pada mana-mana system digital.. Lebih-lebih lagi DAT

yang menawarkan keselesaan penggunaan yang jauh lebih baik daripada Tape Analog. Selain

itu, penggulungan semula tape adalah sangat laju iaitu mengambil masa selama 50 saat untuk

pita rakaman selama 120 minit dan mempunyai fasiliti capaian yang mudah pada mana-mana

bahagian tape yang telah dirakam.

11.1 Jenis-Jenis Dat

DAT terbahagi 2 bahagian iaitu Stationary Head Digital Audio Tape (S-DAT) dan

Rotary Head Digital Audio Tape (R-DAT).

11.1.1 Stationary head Digital Audio Tape (S-DAT)

Stationary head Digital Audio Tape (S-DAT) digunakan sebagai rotary head, ia

seakan-akan sama dengan perakam VCR. Format ini telah banyak digunakan dalam kerja-

kerja penyiaran dan penerbitan..

Input

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 181: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/3

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

11.1.2 Rotary head Digital Audio Tape (R-DAT)

Rotary head Digital Audio Tape (R-DAT) dikukuhkan dalam penyiaran. Pada asalnya

ia tidak terikat pada asas VCR dimana rotary head berfungsi melalui satu bahagian besar.

Perbezaan yang jelas ialah dalam Pemain VCR, tape terus berhubung dengan tape head.

Tetapi dalam R-DAT yang mempunyai 90° wrap bermaksud kepala (head) yang hanya

berhubung dengan tape sebanyak 50% pada setiap masa. Ini wujud oleh ‘time compression’

dari data audio. Rujuk Rajah 11.0 di bawah. Rajah 11.1 menunjukkan bagaimana data audio

disimpan pada tape dengan format helical scan. Rajah 11.2 pula menunjukkan gambar bagi

pita DAT.

Rajah 11.0 : Rajah menunjukkan kawasan yang tersentuh antara tape dengan

drum head bagi VHS, VTR dan DAT

DAT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 182: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/4

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Rajah 11.2 Gambar DAT Cassete. 11.2 FORMAT SISTEM DAT

Diameter Head Drum bagi DAT adalah 30mm dan mempunyai kelajuan 2000 r.p.m.

Sudut pengesan Recording Azimut adalah bersudut lebih kurang 62 darjah . Sistem ini akan

kembali normal apabila dibahagi-bahagikan dalam bentuk format Video–8VCR. Litar ATF

(automatic tracking following) pada amnya boleh dipercayai dan sangat lengkap untuk

Rajah 11.1 : Helical Scan tape format for DAT

PLL+PCM Audio

Automatic track following

Margin

Recording Azimuth 62°

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 183: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/5

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

menghapuskan kerosakan pada servo sebelum menjumpai kerosakan yang lebih rumit lagi.

Kaset mestilah dipastikan berukuran 73x54x10.5mm dan mempunyai berat yang lebih kurang

20g sahaja. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 di atas.

11.3 SENGGARAAN DAT 11.3.1 Senggaraan pada Head Drum Pada amnya sistem mekanisma DAT mempunyai persamaan dengan pemain VCR

terutamanya pada bahagian Head Drum. Untuk membersihkannya ia mestilah dalam keadaan

tidak berputar. Penelitian yang rapi perlu dijalankan dalam membuat senggaraan pada head

pemain DAT. Manakala prosedurnya dalah sama dengan prosedur sengaraan untuk head VCR

dan tidak sukar dilakukan. Jika terdapat gangguan audio, seperti bunyi-bunyi yang gemersik,

dan bunyi yang tidak jelas,, kebiasaannya adalah disebabkan oleh kerosakan atau kekotoran

pada Head Drum. Head Drum ini hendaklah sentiasa bersih supaya dapat menghasilkan bunyi

yang berkualiti dan dapat mengelakan daripada berlakunya kerosakan pada pita DAT.

Untuk memastikan Head yang dicuci itu telah bersih , kita bolehlah menggunakan

osiloskop dan mengukur gelombang keluaran, Dengan membuat analisa terhadap bentuk

gelombang keluaran tersebut, kita boleh menentukan samada head itu telah sempurna atau

sebaliknya. Daripada bentuk gelombang yang diperolehi juga , karosakan yang berlaku pada

head dapat ditentukan.

Dengan meneliti cara-cara penggunaan komponen dalam mekanisma DAT

didapati bahawa adalah sama seperti cara penggunaan dalam komponen mekanisma unit

VCR. Kita juga boleh mengkaitkan hubungan jenis kerosakan yang dihadapi dalam VCR.

Kekurangan sela pada bunyi, herotan dan juga bunyi bising ataupun kekurangan isyarat yang

disebabkan oleh kerosakan pada bahagian-bahagian ini.

Jika tape yang tidak tersusun rapi akan menyebabkan kerosakan atau kekotoran

pada Head Drum. Untuk mengatasi masalah ini kita mestilah melihat pada isyarat RF

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 184: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/6

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

daripada Head. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai komponen mekanisma DAT sila

rujuk Rajah 11.3 dimana susunannya sama seperti VCR .

Rajah 11.3 : Bentangan Mekanisma Panduan Kedudukan Tape (DAT)

Panduan dari segi aspek keluaran ataupun masukan pada Head Drum serta panduan

tindakan tape yang betul sila rujuk Rajah.11.4

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 185: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/7

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Rajah 11.4 : Bentangan Mekanisma keseluruhan Tape (DAT)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 186: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/8

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

11.3.2 Perlarasan elektik

Terdapat banyak pelarasan yang jelas seperti Capstan Speed yang mana boleh

selari dengan VCRS. Pada DAT terdapat pelarasan untuk Capstan pada pelbagai kelajuan

yang boleh digunakan seperti x1.5, x16 dan sebagainya. Drum Drive Motor hanya digunakan

untuk gelendong yang terbaik untuk Capstan, dan Drum Drive yang bermaksud meneruskan

kajian semula pada tanda Torque pada semua set elektronik dimana ia mengalami tegangan

balik. Bagi memastikan ia masih kekal dalam sistem mekanikal yang boleh digunakan

walaupun menggunakan meter Torque.

11.3.3 Senggaraan Sistem Servo

Litar ATF digunakan untuk mengawal Capstan Servo dan mengutamakan dahulu

digunakan untuk mendapatkan litar Servo yang lebih moden dan lebih canggih lagi. Mengenai

masalah kerosakan pada Servo yang kurang dijumpai pada litar ATF, jadi masalah kerosakan

yang biasa dijumpai dalam bahagian Servo.

11.3.4 Litar ATF (Automatic Track Following) Sistem ATF agaknya masih belum dikenali pada orang ramai terutamanya dalam

perkhidmatan audio. ATF pada mulanya digunakan dalam format video-8, dimana sekarang ia

diperluaskan penggunaannya dalam gabungan kamera video dan perakam suara. Format bagi

Video-2000 telah bertahun menggunakan DTF (Dinamik Track Following) dengan

menggunakan keupayaan yang sama seperti sekarang. Sistem ATF ini telah digunakan dalam

perkhidmatan audio.

Pada asasnya bunyi mencatatkan hanya dalam bentuk Helical Track pada kedudukannya

pada litar tersebut. Rujuk Rajah 11.1. Ia akan mengulang pada setiap 4 track seperti 4 nada

frekuensi, Rujuk Rajah 11.0.

Satu data terbentuk di akhir 2 track. Oleh itu satu bentuk system ATF yang telah

lengkap di dalam 2 bentuk ataupun 4 Track :- hanya terdapat dalam bentuk satu A(+20) dan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 187: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/9

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

satu B(-20) track. Operasi yang dilakukan pada fakta tersebut berbeza dengan bentuk tetap

dan bertentangan dengan penyatuan dan panjangnya. Campuran perbincangan maklumat

diambil daripada bersebelahan atau berdekatan dari Track dan rakaman Azimut digunakan

untuk ATF.

Frekuensi rendah F1 adalah rendah menghampiri kepada ralat Azimut sepanjang

bacaan keluaran. Terdapat rangkaian yang boleh mengubah 4 Track dalam mengimbangi

Track yang sesuai untuk gerakan sebelum tape. Jadi, bila mana Head Main Balik F2 atau F3

manakala nada akan pecah pada nada F1 pada bahagian yang bersebelahan dan dengan senang

mengambil isyarat sambilan.

11.4 Kerosakan Dan Cara Membaiki

11.4.1 Kerosakan yang biasa berlaku pada DAT

(1) Pita jam

Satu daripada masalah biasa pada DAT ialah Pita tidak keluar apabila butang eject di

tekan, ini kerana pita jam. Punca kepada masalah ini ialah biasanya kerana kekotoran pada

sistem mekanikal, pelarasan yang tidak betul dan suhu (panas) pada bahagian mekanikal

yang terlibat. ( Rujuk rajah 11.6 )

Rajah 11.6 : Sistem Mekanikal Head Drum DAT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 188: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/10

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Cara mengatasinya:

Bersihkan bahagian yang terlibat dengan menggunakan contact cleaner .

Betulkan pelarasan, contohnya pelarasan pada belt tension.

(2) Kekotoran pada head drum

Kekotoran pada head drum akan menyebabkan gangguan pada bunyi, bunyi yang bising

dan tidaj jelas.

Cara mengatasinya :

Bersihkan head Drum. ( Rujuk Rajah 11.7 )

Rajah 11.7 : Cara Mencuci Head Drum

(3) Bateri Lemah

Data untuk initial setup akan hilang

Cara mengatasinya:

Tukar bateri baru atau buat proses “re initialize”

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 189: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/11

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

(4) Bateri rosak – Bocor

Cecair yang keluar dari bateri terkena pada track litar

Cara mengatasinya:

Tukar bateri dan cuci track yang terkena cecair dari bateri.

11.4.2 KEROSAKAN ATF Rajah 11.10 menunjukan blok diagram litar proses ATF. Isyarat ATF dipisahkan

daripada isyarat main balik r.f daripada masuk ke separuh jalan daripada LHS dari blok

diagram. Isyarat ini adalah kawalan gandaan dan masuk ke dalam pasangan gate pegang

melalui amplifier perbezaan yang terdapat di dalam IC 527. Apabila isyarat utama tiba, get

pegang akan buka melalui ATSI dan kedua-dua isyarat dibuka oleh ATS 2, dimana kedua-dua

isyarat datang dari IC demodulator utama. Keluaran daripada pin 13, isyarat kesalahan

dihantar terus ke penapis melalui laluan rendah dan kawalan pengesan bermula dengan

amplifier, IC 526 dari sini ia dapat melalui terus ke kawasan buffer ke drive motor Capstan.

Rajah 11.8 : R.f waveform from a DAT unit in play mode wing specified test tape. The

alignment should be such that amplitudes X and Y are equal.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 190: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/12

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Rajah 11.9 : Rajah Blok Kawalan Mekanisma dan Servo

IC518

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 191: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/13

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Rajah 11.10 : Rajah Blok Kawalan Mekanisma dan Servo (sambungan dari atas)

IC5311

IC401

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 192: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/14

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1 Dalam digital Audio Tape ( DAT ) terbahagi kepada dua bahagian iaitu stationary Head

Digital Audio Tape ( S- DAT ) dan Rotary Head Digital Audio Tape ( R- DAT )Terangkan

secara ringkas bahagian - bahagian tersebut.

Soalan 2 Kerosakan yang biasa berlaku dalam R – DAT adalah seperti pita jam, kotoran pada head,

bateri lemah dan bocor. Apakah penyebab utama berlakunya kerosakan tersebut dan cara

mengatasinya.

Soalan 3 Dalam peralatan elektronik, system ATF banyak digunakan untuk meningkatkan system

VHS, VCR servo seperti FG, PG untuk mengawal kerosakan. Dalam peralatan manakah

system ATF biasanya digunakan.

Soalan 4

Rajah 11.10 menunjukkan blok diagram litar proses ATF, terangkan cara proses ATF

dilakukan.

AKTIVITI 11

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 193: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/15

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1

Stationary head Digital Audio Tape (S-DAT) digunakan sebagai rotary head, ia

seakan-akan sama dengan perakam VCR. Format ini telah banyak digunakan dalam kumpulan

penyiaran dan penerbitan..

Rotary head Digital Audio Tape (R-DAT) dikukuhkan dalam penyiaran. Pada asalnya

ia tidak terikat pada asas VCR dimana rotary head berfungsi melalui satu bahagian besar.

Perbezaan yang jelas ialah dalam Pemain VCR, tape terus berhubung dengan tape head.

Tetapi dalam R-DAT yang mempunyai 90° wrap bermaksud kepala (head) yang hanya

berhubung dengan tape sebanyak 50% pada setiap masa. Ini wujud oleh ‘time compression’

dari data audio. Rujuk Rajah 11.0 di bawah. Rajah 11.1 menunjukkan bagaimana data audio

disimpan pada tape dengan format helical scan. Rajah 11.2 pula menunjukkan struktur binaan

bagi pita (tape) DAT.

Rajah 11.0 : Rajah menunjukkan kawasan yang tersentuh antara tape dengan

drum head bagi VHS, VTR dan DAT

MAKLUMBALAS 11

DAT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 194: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/16

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 2

Kerosakan yang biasa berlaku pada DAT

1. Pita jam

Satu daripada masalah biasa pada DAT ialah Pita tidak keluar apabila butang eject di

tekan, ini kerana pita jam. Punca kepada masalah ini ialah biasanya kerana kekotoran pada

sistem mekanikal, pelarasan yang tidak betul dan suhu (panas) pada bahagian mekanikal

yang terlibat. Rujuk rajah di bawah

Cara mengatasinya:

Bersihkan bahagian yang terlibat dengan menggunakan contact cleaner .

Betulkan pelarasan, contohnya pelarasan pada belt tension.

2.Kekotoran pada head drum

Kekotoran pada head drum akan menyebabkan gangguan pada bunyi, bunyi yang bising

dan tidak jelas.

Cara mengatasinya :

Bersihkan head Drum. ( Rujuk Rajah di bawah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 195: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/17

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

3. Bateri Lemah

Data untuk initial setup akan hilang

Cara mengatasinya:

Tukar bateri baru

Buat proses “re initialize”

4. Bateri rosak – Bocor

Cecair yang keluar dari bateri terkena pada track litar

Cara mengatasinya:

Tukar bateri dan cuci track yang terkena cecair dari bateri.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 196: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/18

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1 Merujuk kepada rajah 11.9 dan 11.0 terangkan kesan terhadap pemain DAT jika kerosakan bahagian berikut berlaku

i. IC 518 ii. IC 531

Soalan 2 Terangkan secara ringkas fungsi I.C 401 pada litar rajah 11.10. Soalan 3 Terangkan senggaraan yang perlu dilakukan pada Head Drum sesebuah pemain DAT. Soalan 4. Dapatkan litar skematik bagi pemain DAT dan daripada litar tersebut kenalpasti komponen-komponen utama dalam unit bekalan kuasa dan system servo. Terangkan secara ringkas fungsi komponen tersebut.

PENILAIAN KENDIRI 11

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 197: E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik

E4120/UNIT 11/19

Asri/Afli/Rizuhan/W. Zain JKE, PKB 08/19/2013

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

Soalan 1

Sistem servo tidak berfungsi

- Motor drum tidak berputar

- Capstan motor tidak berputar.

Soalan 2.

Kerosakan yang berlaku pada IC531 akan menyebabkan ketegangan tape tidak dapat

dikesan. Ini mungkin akan menyebabkan tape akan putus atau terlalu kendur dan

menyebabkan ia terbelit pada drum.

Soalan 3

Fungsi IC401 adalah untuk motor drum apabila menerima isyarat daripada I.C.

microcontroller drum dan capstan. Ia juga memastikan drum akan berputar pada suatu

kelajuan tertentu bagi memastikan head dapat membaca maklumat pada tape.

Soalan 4

Bincangkan dengan pensyarah anda.

MAKLUMBALAS KENDIRI 11

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

http://modul2poli.blogspot.com/