dokumentasi temumurni
DESCRIPTION
PROGRAM TEMUMURNITRANSCRIPT
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
“ Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancangdan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara “
VISI PENDIDIKAN KHAS SMK PUTRA
“ Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan seharian “
MISI PENDIDIKAN KHAS SMK PUTRA
“ Mencungkil Potensi Diri Pelajar agar Dapat hidup berdikari “
MOTO SMK PUTRA
“ MasaDepan Itu Sekarang”
PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Putra pada tahun ini mengadakan Majlis Temu
Murni bertujuan mengeratkan hubungan di antara ibubapa dan pelajar dengan warga pendidik
Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) SMK Putra. Program yang telah dimasukkan di
dalam diari PPKI Putra sebagai program tahunan ini merupakan platform penting dalam
meningkatkan keharmonian di dalam keluarga besar PPKI yang merangkumi guru-guru,ibubapa
pelajar dan juga Pembantu Pengurusan Murid(PPM). Dengan wujudnya hubungan dan
keharmonian tersebut, maka proses pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan dan efektif. Penglibatan daripada pihak guru dan pembantu pengurusan murid (PPM)
dalam proses pembelajaran pelajar-pelajar sememangnya amat penting kerana proses
pembelajaran tidak hanya terhenti di sekolah sahaja dan kesinambungannya adalah perlu supaya
wujud satu medan komunikasi yang positif antara guru-guru dan pelajar ke arah kecemerlangan
pelajar-pelajar dan keutuhan PPKI.
OBJEKTIF
Objektif Temu Murni PPKI Putra ini ialah:
i) Menjalinkan persefahaman antara guru, pelajar,PPM dan ibu bapa dalam memahami
konsep pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Khas.
ii) Menerapkan nilai berkerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan guru,
pelajar,PPM dan ibu bapa.
iii) Perbincangan bersama dapat merapatkan hubungan silaturahim antara warga
pendidikan.
iv) Menjalinkan hubungan baik antara guru,ibu bapa dan pelajar serta menangani
masalah yang timbul.
MAKLUMAT PERLAKSANAAN
Tarikh : 6.3.2014 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Putra
TENTATIF PROGRAM
11.00 PAGI : Ketibaan ibubapa/penjaga
11.30 PAGI : Ucapan pengerusi majlis
11.40 PAGI : Ucapan GPK Pendidikan Khas
12.00 T/HARI : Ucapan Pengetua
12.20 T/HARI : Sesi soal jawab
12.30 T/HARI : Perjumpaan ibu bapa dengan guru
1.00 T/HARI : Bersurai
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat
Pn.Hjh Ruhani binti Salleh
(Pengetua Cemerlang SMK Putra)
Pengerusi 1
Tn. Hj. Mohammad b.Idris
( Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Putra )
Timbalan Pengerusi 1
En. Mazlan b. Mohamed
( Guru Penolong Kanan HEM SMK Putra )
Timbalan Pengerusi 2
Pn.Hjh Noriah bt Zakaria
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Putra )
Timbalan Pengerusi 3
En.Rukmin bin Md Rashid
(Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Penyelaras Projek
Pn. Rabihah bt Mohd Yazid
Pengerusi Majlis
Pn.Tg Nur Akmarini bt Tg Chek
AJK Pendaftaran
Pn.Noriza bt Ahmed
Pembaca Doa
Mohd Sanusi Bin Mohd Nor
AJK Makanan
Che Rosmazirah bt Che Ghazali
Pn.Rabihah bt Mohd Yazid
AJK Dokumentasi
Pn.Noriza bt Ahmed
Brosur
Pn. Nora bt Sidek
Tayangan Video
Pn.Noriza bt Ahmed
Pn.Rabihah bt Mohd Yazid
ULASAN DAN LAPORAN
MAJLIS TEMU MURNI IBUBAPA PELAJAR PPKI SMK PUTRA 2014
Majlis Temu Murni Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) telah berjaya
dilaksanakan pada 6 Mac 2014. Program yang telah dimasukkan dalam diari PPKI sebagai
program tahunan ini merupakan platform penting dalam meningkatkan keharmonian di kalangan
keluarga besar PPKI yang merangkumi guru-guru, ibu bapa, pembantu pengurusan murid (PPM)
dan juga pelajar-pelajar.
Majlis temu murni ini di mulakan dengan sesi pendaftaran ibu bapa pelajar pada pukul
10.45 pagi. Majlis ini berlangsung di bilik mesyuarat SMK Putra yang dihadiri oleh Pengetua
Cemerlang SMK Putra Puan Hajah Ruhani Binti Salleh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Tuan Haji Mohamad Bin Idris, Guru Penolong Kanan PPKI Encik Rukmin Bin Abd Rashid,
guru-guru PPKI, pembantu pengurusan murid, ibu bapa serta anak-anak pelajar PPKI.
Majlis ini dimulai dengan ucapan pengerusi majlis yang terdiri daripada dua orang pelajar
PPKI iaitu Muhammad Saiful Azwan Bin Zakaria dan Nur Aishah Binti Md Nordin dan
dibimbing oleh guru PPKI iaitu YM Tg Nurakmarini Binti Tg Chek. Bagi memberkati majlis
temu murni ini, pengerusi majlis menjemput Encik Mohammad Sanusi Bin Mohammad Nor
untuk memimpin bacaan doa.
Seterusnya majlis temu murni ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru
Penolong Kanan PPKI iaitu Encik Rukmin Bin Abd Rashid. Dalam ucapan tersebut Encik
Rukmin menerangkan mengenai rancangan pengajaran murid kepada ibu bapa. Encik Rukmin
juga menerangkan mengenai aktiviti yang akan dan telah dijalankan sepanjang tahun 2014.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Puan Pengetua Cemerlang SMK Putra, Puan Hajah
Ruhani Binti Salleh. Dalam ucapan tersebut beliau juga mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke
majlis tersebut. Puan Hajah Ruhani berpuas hati dengan kehadiran ibu bapa pelajar seramai 29
orang. Beliau juga menerangkan mengenai tanggungjawab ibu bapa serta guru-guru terhadap
pelajar PPKI. Dalam ucapannya juga beliau meletakkan harapan yang tinggi supaya pelajar dapat
mewakili sekolah dalam pelbagai arena yang akan dipertandingkan.
Bagi menceriakan lagi majlis temu murni ini, majlis menayangkan “slide show” aktiviti
guru-guru, pembantu pengurusan murid serta pelajar sepanjang tahun 2013 dan 2014. Hadirin
yang hadir memberi tumpuan kepada tayangan “slide show” tersebut. Majlis temu murni
berakhir dengan perjumpaan ibu bapa dan guru kelas pelajar.
PENDAFTARAN IBU BAPA DAN CENDERAHATI
BACAAN DOA OLEH ENCIK SANUSI
UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
ANTARA TETAMU YANG HADIR
UCAPAN PENGETUA CEMERLANG
UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PPKI
TAYANGAN VIDEO
PELAJAR PPKI
KEHADIRAN IBU BAPA PELAJAR
PENUTUP
Diharapkan semoga dengan berakhirnya majlis temu murni ini dapat mengeratkan silaturrahim
antara ibu bapa dan warga PPKI SMK Putra serta dapat mewujudkan hubungan komunikasi dua
hala yang berkesan. Semoga matlamat yang diimpikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Disediakan oleh,
-------------------------------
( PN NORIZA BINTI AHMED )
Disahkan oleh,
---------------------------------
( EN RUKMIN BIN ABD RASHID )
GPK Pendidikan Khas
SMK Putra