budaya kaum cina yang perlu diwarisi

4
Budaya Kaum Cina yang perlu diwarisi Merisik untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik: lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran- restoran dengan disertai saudara mara lain. Ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Pertunangan Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina - bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan. Khidmat tukang tilik - penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana takut akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin. Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Membuktikan gadis bersetuju dengan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.

Upload: tee-pei-jing

Post on 04-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

budaya kaum Cina yang perlu diwarisi supaya tidak terpupus

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya Kaum Cina Yang Perlu Diwarisi

Budaya Kaum Cina yang perlu diwarisi

Merisik

untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.

mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.

Cara merisik: lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.

Gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga.

Pertunangan

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina - bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan.

Khidmat tukang tilik - penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana takut akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan.

Bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin.

Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan.

Membuktikan gadis bersetuju dengan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.

Hantaran: sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Jika tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi.

Semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Page 2: Budaya Kaum Cina Yang Perlu Diwarisi

Pernikahan

Hari perkahwinan pengantin dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.

Baju - bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan akan diiringi oleh pengiring masing-masing.

Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.

Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing untuk memohon restu.

Upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.

Tetamu-tetamu yang datang akan membawa angpau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.

Tahun Baru Cina

Percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Pada malam Tahun Baru ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama. Tujuannya untuk mengeratkan jalinan hubungan .

Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi 'angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' = kesejahteraan yang berpanjangan.

Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Page 3: Budaya Kaum Cina Yang Perlu Diwarisi

Tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Kelahiran

Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya

dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya.

Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah.

Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran).

Kematian

Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna-warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya-baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.

Apabila memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “ duit kertas ” dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada.

Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati.

Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih.

Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang diberi itu boleh dimakan.