budaya dan tradisi masyarakat india

20
BUDAYA DAN TRADISI MASYARAKAT INDIA

Upload: budax-ashs

Post on 11-Apr-2017

586 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya dan tradisi masyarakat india

BUDAYA DAN TRADISI MASYARAKAT INDIA

Page 2: Budaya dan tradisi masyarakat india

PENGENALAN

Tamadun adalah merupakan pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari

segi lahiriah dan rohaniah. Selalunya tamadun dikaitkan dengan perubahan dari segi

pembangunan, sikap atau manusia itu sendiri.

Page 3: Budaya dan tradisi masyarakat india

DEFENISI TAMADUN • Tamadun berasal dari perkataan “Maddana” yang bermaksud memajukan

sesebuah bandar. Tamadun juga terdapat istilah yang berbeza-beza.• Antara yang sering digunakan ialah Madanna, Umran, Hadarah,

Civilization dan juga Peradaban.• Takrif tamadun juga membawa erti “. Pencapaian manusia dalam bentuk

kota, sistemtulisan, kesenian, senibina, kepercayaan, undang-undang dan politi

Page 4: Budaya dan tradisi masyarakat india

KONSEP TAMADUN • Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan Madain atau

mudun atau madana bermaksud tinggi budi Bahasa.• Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar.• Maksud tamadun dari sudut Barat tamadun pembangunan lahirah

seperti dalam aspek kebudayaan – penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran.

• Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja. Manakala maksud tamadun dari sudut Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah

• Terdapat banyak negara yang terkenal dengan ketamadunan.Antaranya ialah Mesir, Yunani, Rom, Parsi dan termasuklah di Asia tamadun China dan India.

Page 5: Budaya dan tradisi masyarakat india

TAMADUN INDIA

• Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan

• Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.

• Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

• Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya

• Pada tahun 321 S.M. Telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka

Page 6: Budaya dan tradisi masyarakat india

BUDAYA DAN TRADISI MASYARAKAT INDIA

• Kedatangan orang Aryan telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan Cara hidup budaya dan tradisi masyarakat India, seperti pengaruh dalam susun lapis masyarakat, budaya, sistem politik, ekonomi dan sebagainya. Budaya dan Tradisi Masyarakat India merujuk kepada:

i. Kehidupan berkastaii. Kedudukan Wanitaiii. Pemerintahan & Pentadbiraniv. Ekonomiv. Bahasa dan Kesusasteraan 

Page 7: Budaya dan tradisi masyarakat india

SISTEM KASTA

Page 8: Budaya dan tradisi masyarakat india
Page 9: Budaya dan tradisi masyarakat india

• Tiga kasta teratas adalah masyarakat Aryan Manakala Sudra adalah masyarakat tempatan

• Antara sekatan kepada mereka iaitu kasta sudra dilarang belajar Veda, tidak boleh tukar kasta, tidak digalakkan kahwin campur.

• Sistem kasta merupakan satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat India dan ia juga dikenali sebagai sistem jati.

• Selalunya sistem jati dianggap sebagai salah satu aspek dalam ajaran agama Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah salah dan usaha untuk menghubungkaitkan konsep karma dengan sistem jati

• Konsep karma merupakan salah satu ajaran agama Hindu yang menyatakan bahawa segala perbuatan (fizikal), fikiran (minda) dan percakapan (kata-kata) tetap membawa kepada tindak balas (pembalasan).

Page 10: Budaya dan tradisi masyarakat india

SISTEM VARNA• Sistem Varna merupakan pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak

boleh diubah iaitu sistem ini menghadkan mobiliti sosial. • Sistem Varna merupakan pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak

boleh diubah iaitu sistem ini menghadkan mobiliti sosial. • Kelas sosial dibahagikan kepada lima kategori iaitu pertama, Brahmin iaitu golongan

guru-guru agama, pedanda, pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar dan lain-lain; kedua, Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan negara ketiga, Vaishya iaitu kelas perekonomian keempat, Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga golongan di atas dan kelima, Panchama/Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang varna.

Page 11: Budaya dan tradisi masyarakat india

SISTEM JATI• Pada akhir Zaman Veda Kemudian terdapat pelbagai suku

kaum yang berperang antara satu sama lain.• Bezanya keahlian dalam jati ditentukan menurut kelahiran

dan pada peringkat awalnya, sistem jati tidak bersifat hierarki. Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan pekerjaan yang mempunyai identiti sosial dan kepentingan ekonomi.• Sistem ini bermula di India Utara dan kemudiannya

tersebar meluas ke seluruh benua kecil India, dan tiada sesiapa pun yang terkecuali dalam sistem ini.

Page 12: Budaya dan tradisi masyarakat india

• Pengasingan sosial (makan-minum, perkahwinan, dan sebagainya) digunakan sebagai alat yang berkesan untuk menjaga identiti jati masing-masing. Perkahwinan endogami amat dipentingkan supaya martabat jati tidak dicemari. Sistem jati bukan sahaja wujud di kalangan orang beragama Hindu, sebaliknya terdapat juga di kalangan penganut agama-agama lain seperti Kristian, Islam, Bahai dan sebagainya di India yang turut mengamalkan jati masing-masing.

Page 13: Budaya dan tradisi masyarakat india

KEDUDUKAN WANITA Terdapat bukti- bukti yang menunjukkan kaum wanita menjadi orang pertapa dan

mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta kitab-kitab suci. Mereka juga diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang

Mother Goddes -Mempunyai keistimewaan serta ketinggian kedudukan yang dapat dilambangkan dari kewujudan.

Sebagai kanak-kanak kaum wanita berada dalam ruang lingkup ayah dan ibunya dan sebagai isteri dalam ruang lingkup keluarga dan suaminya.

Zaman Pertengahan – golongan wanita terbabit dalam bidang muzik dan tarian yang terdiri daripada golongan yang berkasta rendah.

Page 14: Budaya dan tradisi masyarakat india

MASYARAKAT DRAVIDA Pada Zaman Sangam kaum wanita -kedudukan yang tinggi

-Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati,

disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia.

-Anak perempuan yang kecil dipanggil sebagai 'amma'

-mendapatkan pendidikan yang setinggi mungkin. Akhirnya, kedudukan kaum wanita mulai mengalami kemerosotan selepas Zaman

Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan dan pertapakan kuasa penjajah khasnya kuasa British di India. Di India Selatan juga pergerakan-pergerakan reformasi menjadi asas kepada pihak British untuk meluluskan undang-undang bagi melindungi serta menegakkan hak kaum wanita

Page 15: Budaya dan tradisi masyarakat india
Page 16: Budaya dan tradisi masyarakat india

PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN

Sistem Beraja.kerajaan kecil -bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja.

kerajaan besar-diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha

Berbentuk EmpayarChandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India

status raja kepada maharaja

Page 17: Budaya dan tradisi masyarakat india
Page 18: Budaya dan tradisi masyarakat india

BAHASA DAN KESUSASTERAANBAHASA-BAHASA INDO ARYA

BAHASA-BAHASA DRAVIDA

bahasa Hindi (30%) Telugu (9%) Bengali (8%) Marathi (8%) Tamil (7%) Urdu (5%) Gujarati (5%) Kannada (4%) Malayalam (4%) Punjabi (3%) Assam (2%) Oriya (1%) Kashmiri (1%) lain-lain (13%)

Page 19: Budaya dan tradisi masyarakat india

Bahasa Indo-Arya-bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit.

-bahasa Sanskrit mengalami perubahan fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat- loghat baru zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali, Shauraseni,

-loghat-loghat ini dianggap sebagai bahasa-bahasa tempatan yang dihubungkan dengan kawasan geografi masing- masing.

-Bahasa-bahasa ini menjadi awalan (precursors) kepada bahasa-bahasa tempatan yang digunakan sekarang.

-Bahasa-bahasa dalam kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi

Mengenai bahasa Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda. Bahasa-bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan puak-puak Toda dan Kota.

Page 20: Budaya dan tradisi masyarakat india

KESIMPULAN

• Orang Aryan telah memberikan sumbangan yang sangat besar kepada tamadun India di dalam pembentukkan masyarakat dan budaya yang telah melahirkan pelbagai variasi tradisi masyarakat, budaya, falsafah dan sebagainya.

• Kemajuan dalam tamadun India juga telah mempengaruhi perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi moden yang juga turut menyumbang kebangkitan serta kegemilangan tamadun India.

• Secara umumnya,setiap tamadun itu mestilah mempunyai cirri-ciri tersendiri dan cirri-ciri itulah yang membentuk jati diri dan identity sesuatu tamadun.Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya