bangun kata kerja.pptx

Upload: peggy9318

Post on 05-Oct-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bangun Kata Kerja

Kata Kerja Tak TransitifPenggunaan:Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan dan perbuatan itu tidak terkena kepada orang lain atau benda lain.Terbahagi kepada 2 jenis:

Kata Kerja Tak Transitif yang tak berpelengkapKata Kerja Tak Transitif yang berpelengkapKata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transitif yang tak berpelengkapIa adalah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya sebagai pelengkap.

Ia juga mempunyai makna yang sempurna.Kata Kerja Tak Transitif yang tak berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif yang tak berpelengkapContoh:BangunJatuhMenangis

Contoh ayat:Murid-murid sekolah bangun.Mangga jatuh.Adik menangis.

Kata Kerja Tak Transitif yang berpelengkapPenggunaan:Kata Kerja yang mesti dijelaskan lebih lanjut.Kata Kerja Tak Transitif yang berpelengkap

Contoh:MenjadiBerbuatTinggal

Contoh ayat:Cita-cita saya adalah menjadi seorang doktor.Abu sekeluarga tinggal di Taman Bukit Indah.Kata Kerja Tak Transitif yang berpelengkap

Ayat seperti contoh-contoh tadi menunjukkan Kata Kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap.

Ianya hendaklah diikuti oleh unsur pelengkap.

Unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada Kata Kerja Tak Transitif ialah:Kata Adjektif sebagai pelengkap.Frasa Sendi Nama sebagai pelengkap.Kata Nama sebagai pelengkap.Kata Kerja Tak Transitif yang berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Kata Adjektif sebagai pelengkapContoh:kukuh, jahat, baik, lemah, adil dan yang selebihnya hadir sesudah Kata Kerja Tak Transitif untuk melengkapkannya.

Contoh ayat:Bangunan itu kukuh.Kesihatan ibunya beransur baik. Badan Linda semakin lemah.

Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Frasa Sendi Nama sebagai pelengkapPenggunaannya: Hadir selepas Kata Kerja Tak Transitif bagi mendukung makna tempat.Contoh:BeradaTinggalMembelokKata Kerja Tak Transitif menggunakan Frasa Sendi nama sebagai pelengkap

Contoh ayat:

Ahmad dan Ah Chong berada di Melaka.Saya tinggal di Kampung Pandamaran.Kereta putih itu membelok ke kiri.Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Frasa Sendi nama sebagai pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Kata Nama sebagai pelengkapPenggunaannyaMesti diikuti oleh pelengkap kata nama.

Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Kata Nama sebagai pelengkap

Yang berimbuhan (ber-kan)Contoh ayat:Siti berbantalkan lengan.Nenek tua itu berselimutkan kotak.Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Kata Nama sebagai pelengkap

Yang diikuti dengan perkataan menjadi dan adaContoh ayat:Aminah bercita-cita menjadi guru.Makanan itu ada lalat.Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Kata Nama sebagai pelengkap

Kata Kerja TransitifKata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, iaitu objek.Menjawab pertanyaan apa?, mempunyai pelaku dan penyambut.Terbahagi kepada 2 jenis:Kata Kerja Transitif

Kata Kerja yang menerima awalan meN- dengan/ tanpa akhiran kan/ -i. Contoh:MembeliMenaikiMemasukkan

Kata Kerja Transitif (Ayat Aktif)Kata Kerja Transitif

Contoh ayat aktif:Ali membeli buku.

ii. Esha suka menaiki basikal. Kata Kerja TransitifPelaku - AliPenyambut membeli apa? = bukuPelaku - EshaPenyambut menaiki apa? = basikal

Kata Kerja Transitif (Ayat Pasif)Kata Kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.Ayat yang mengandungi kata oleh, di imbuhan awalan ter..Contoh:DibeliDinaikiDimasukkanKata Kerja Transitif

Contoh ayat pasif:

- Roti dibeli oleh Ali. Apa yang dibeli oleh Ali? = RotiRoti itu dibeli oleh? = Ali

Basikal telah dinaiki oleh Elsa. Apa yang dinaiki oleh Elsa? = BasikalBasikal itu dinaiki oleh? = Elsa

Kata Kerja Transitif

Bangun Kata Kerja

Awalan meN Menunjukkan bangun membuat atau aktif.Bentuk Awalan meN-Bentuk awalan meN- ini banyak serupa dengan awalan nama peN.

6 bentuk awalan meN-, iaitu :me-mem-men-meny-meng-menge-

meN- menjadi me-Awalan meN- menjadi me- apabila diimbuhkan kepada kata dasar yang bermula dengan konsonan m, n, ny, ng, r, w, dan y .

Contoh: meN + masak = memasakmeN + nilai = menilai meN + langkah = melangkah

meN- menjadi mem-Apabila awalan meN- diimbuhkan kepada kata dasar yang bermula dengan konsonan p, b, f dan v, maka awalan ini menjadi mem-

Selepas itu, konsonan p dan f di pangkal kata dasar itu digugurkan, meninggalkan bentuk-bentuk seperti :

meN + pukul = mempukul >>>memukul meN + bawa = menbawa >>> membawa

Ada kala unsur p dan f itu tidak gugur. Ini selalu terjadi apabila kata dasar itu terdiri daripada kata terbitan, kata pinjaman atau kata yang mempunyai tiga suku kata atau lebih.

Contoh :meN + persoalkan >>>mempersoalkan (kata dasar tiga suku kata) meN + fitnahkan >>>memfitnahkan (kata dasar pinjaman)

meN- menjadi men- Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan kepada kata dasar yang bermula dengan konsonan t, d, c, j, sy dan z. kemudian, lazimnya konsonan t akan gugur.Contoh :meN + tolong = mentolong >>> menolongmeN + dukung = mendukung

Konsonan t dikekalkan dalam kata-kata dasar tiga suku kata, kerana kata dasar yang mempunyai tiga suku kata atau lebih, adalah berasal daripada kata dasar terbitan atau pinjaman.Contoh : meN + terjemah = menterjemah (pinjaman)meN + tertawakan = mentertawakan (terbitan)

Bentuk men- juga boleh timbul di hadapan kata dasar yang bermula dengan konsonan s, lebih-lebih lagi bagi kata dasar yang bermula dengan konsonan s. lazimnya konsonan s itu dikekalkan.Contoh :meN + senarai = mensenaraikan (tiga suku kata)meN + seimbangkan = menseimbangkan (terbitan )meN + strukturkan = menstrukturkan (pinjaman)

meN- menjadi meny-Apabila diimbuhkan kepada kata dasar yang bermula dengan konsonan s. lazimnya konsonan s digugurkan.Contoh :meN + sapu = menysapu >>> menyapumeN + sumpah = menysumpah >>>menyumpah

meN- menjadi meng-Apabila diimbuhkan kepada kata dasar yang bermula dengan huruf konsonan k, g, h, kh, gh, I, e, a, o, u dan e. lazimnya konsonan k digugurkan dan konsonan h kadang-kadang digugurkan dan kadang-kadang dikekalkan. Contoh: meN + kayuh = mengkayuh >>> mengayuhmeN + goreng = menggoreng meN + hantar = menghantar >>> mengantarmeN + ghairahkan = mengghairahkan

meN- menjadi menge-Apabila diimbuhkan kepada kata dasar yang berbentuk suku kata.Terjadilah proses imbangan dengan menimbulkan bunyi e selepas N, menjadi menge-Kadang-kadang ini menimbulkan kesulitan kerana ramai guru tidak mengenal perubahan bentuk begini.Contoh :meN + syaki = mengesyakimeN + lap = mengelap

Makna imbuhan meN-Apabila berlaku dengan kata kerja transitif, maka bentuk imbuhan bangun aktif yang dibentuk oleh awalan meN- membawa makna melakukan perbuatan dengan sengaja.Apabila berlaku dengan kata nama awalan meN-membawa makna menggunakan alat dalam kata nama dasar.Apabila berlaku dengan kata nama, awalan meN-membawa makna menghasilkan benda dalam kata nama dasar.Apabila berlaku dengan kata kerja tak transitif, awalan meN-membawa makna perbuatan dan menunjukkan arah yang ditujui, seperti, menunjukkan banyak

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika Berdasarkan Tatabahasa Dewan. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim, farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.RUJUKAN

SEKIAN, TERIMA KASIH